Sunday, November 29, 2009

~@ KU CARI DAMAI ABADI @~

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi


1 comment:

Faarihin said...

Salam kak..

wah..puisi ni memang bagus.. walaupun ramai orag tak bape suke yang menukilkan puisi itu.. huhuhu..

"sentiasa ingin mencari damai abadi.."