Tuesday, March 31, 2009

Tanda-tanda Kematian Bagi Orang Islam

Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencarikeredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wallahualam..

Sunday, March 29, 2009

10 Fakta Menarik Tentang Darah

1. Ketika dilahirkan, hanya ada kira-kira secawan darah saja dalam tubuh badan kita.

2. Darah membentuk tujuh peratus daripada berat badan manusia.

3. Sel darah merah membekalkan oksigen manakala sel darah putih pula mencari, menyerang dan membunuh segala organisma pembawa penyakit yang masuk ke dalam tubuh, terutamanya bakteria. Nanah sebenarnya berasal daripada sel neutrofil (yang membentuk 65-75 peratus daripada darah putih) yang mati selepas membunuh kuman.

4. Satu pain darah yang anda dermakan cukup untuk menyelamatkan tiga nyawa lain.

5. Susu lembu dicampur darah adalah salah satu makanan kesukaan masyarakat Masai di Afrika.

6. Orang Moche (Peru), Scythia (Greek) dan nomad di Rusia meminum darah musuh pertama yang mereka bunuh dalam peperangan sebagai lambang keberanian dan kegagahan.

7. Terdapat juga manusia yang mempunyai perangai pelik iaitu suka menghisap darah dari luka seorang manusia lain.

8. Dianggarkan terdapat 4.7 hingga 6.6 liter darah dalam tubuh seorang lelaki manakala perempuan, 3.8 hingga 5.7 liter.

9. Pada 1928, William Harvey (1578-1657) dari Universiti Cambridge telah diisytiharkan sebagai manusia pertama yang mengetahui tentang peredaran darah di dalam tubuh manusia.
Namun sebenarnya ketika itu ramai saintis Eropah yang telah pun mengetahui bahawa saintis Islam bernam Ibnu Nafis Ali bin Abi al-Hazamal-Quraisy telah menulis tentang perkara tersebut 300 tahun lebih awal daripad Harvey.

10. "Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal dara, lalu segumapal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah pencipta yang Paling Baik"- Surah al-Mukminun: 14

Sumber: Mastika April

* Adakah anda belum mendermakan darah anda? Bantulah mereka yang memerlukan..

Earth Hour - Malaysia


GAMBAR menunjukkan saat-saat bangunan NSTP (gambar bawah) dan bandar Putrajaya memadamkan lampu tepat jam 8.30 malam tadi di Kuala Lumpur. Kempen memadamkan lampu selama sejam ini diilhamkan Dana Hidupan Liar Sedunia bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya pemanasan global.
Mar 28, 2009 10:16 pm

Sumber: Berita Mingguan

* Harapnya selepas ini semua menyambut baik untuk menyelamatkan Bumi kita
* Keluarga saya pun tak terkecuali daripada VOTE FOR EARTH HOUR. Sejam kami bergelap (^_^)

Saturday, March 28, 2009

Salah ke manusia ada perasaan marah?

Emosi manusia pelbagai. Apabila dia sunyi dia mahu didampingi, apabila dia rasa diabaikan, dia mahu diambil kisah; apabila dia dikhianati dia mahukan pembelaan; apabila dia rasa mahu disayangi, dia perlukan perhatian...

Tapi bila dia marah kenapa orang anggap dia kurang sabar? Kebanyakan cakap macam senang jer.. Betul, sesuatu masalah yang hadir memang dapat mematangkan kita dan kita perlu tanganinya dengan bijak tapi kalau masalah tu terlalu mengganggu kita dan membuatkan kita rimas, tak kan kita nak diam je kot?!

Sebab itu orang yang tengah tension jangan diganggu..betul x? Biarkan dia dulu dengan emosi dia... Kalau dia dah ok, baguslah tapi jangan tanye banyak pula...tengok mood dia.. Nanti2 baru dia cerita.. Tapi sebagai kawan yang dipercayainya tuk mendengar masalah dia, bersedialah...dengar dengan teliti & peka.. Bila dia minta nasihat o pendapat, baru keluarkan..

Tapi yang paling terkilan sangat, TOLONGLAH!!!!! Jangan anggap sesuatu masalah yang diceritakan kepada kita tu sebagai gurauan... Cuba lah guna akal & otak yang sihat 2 dengan betul!!! Kawan ni punya percaya kt korang o awak, tapi awak leh wat main2 jer... Susah kadang orang yang de masalh ni nak cerita masalah dia, jadi bila dia pilih korang itu tandanya dia percaya.. Jangan musnahkan kepercayaan dia.. Nanti dia dendam baru tau..

Jadi logik tak kalau dia marah?????

Nak gurau tengok orang lah beb.. Orang yang baru kenal, jangan ingat dia leh terima gurauan 2... Cubalah fikir sikit.. Korang o awak ni xde ati perut ke??? Kalau dah lama kenal pn, ati2 sikit, ntah2 angin dia xok lagi sape tau kn? So jangan keluarkan idea xbernas o bodoh bila kawan kita tengah bermasalah.. INGAT!!!!

Jadi salah ke manusia ada perasaan marah??? Nasib korang o awak lah klu orang yg tengah tension o marah ni keluarkan kata2 tak best... Yang cari pasal sape suh??? Orang dulu2 pn kata "Jangan jolok sarang tebuan, nanti bahaya.."..Bila dah kena, rasakan..

Macam2 nak bagi reda marah ni sebenarnya.. Selawat ke atas nabi, zikir, amik wuduk & solat.. Jangan berada kat tempat yang leh wat kita marah lagi...beredar cepat2.. Bila marah dalam duduk, kita berdiri; bila berdiri, kita duduk; dan macam2 lagilah..korang pun tau..

Semoga jadikan sesuatu yang berlaku itu pengajaran.. Memang ada hikmah tapi berhatilah2.. Jangan berlaku lagi...

* Telajak perahu boleh di undur, terlajak bicara buruk padahnya..fikir-fikirlah
* Ingat juga, hargailah kawan yang berada disekeliling kita..

Petua untuk cantikkan wajah

1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca " Ya Badiyah " 1 x
Baca " Ya Nur " 1x
Baca " Ya Hadi ” 1 x
Baca " Ya Allah " 3x

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut :

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit info tambahan; Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

Sekian, selamat beramal.

Just for U


Friday, March 27, 2009

Kekasihku...




Islam di mulut Tidak di hati

Tuhan memberitahu kita tahu tapi macam tak tahu
Tuhan memberitahu tapi kita tak mahu tahu
Tuhan membawa berita kita percaya
Tapi mendenagr acuh tak acuh saja
Tuhan membawa berita larangan dan tegah
Endah tak endah saja
Tuhan membawa berita gembira dengan Syurga
Tidak pun rasa gembira
Tuhan membwa berita ancaman dengan Neraka
Dengar tapi tidak pun rasa gerun
Tuhan membwa syariat, peraturan di semua aspek kehidupan
Hati merasa tidak senang sahaja dan membuat - buat tidak dengar
Walau telah diperdengar
Peraturan dibaca, bahkan digalakkan
Pembaca yang berjaya diberi hadiah pula
Namun diamalkan tidak juga
Bahkan dianggap pengacau Negara
Begitulah Islam di mulut tidak di hati
Tuhan disebut fi lisan (di lidah) tidak di hati
Barulah kita tahu apabila pengalaman diberi
Menjadi orang Islam mudah
Menjadi mukmin amat sulit sekali..

* Lindungilah diriku ini Ya Allah.. Amin

Bunga dan Khasiat


> Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
> Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
> Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
> Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
> Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
> Bunga kenangan - menaikan seri dan senang didekati.
> Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
>Limau susu - melembutkan kulit
* Janagn gunakan bunga yang banyak hama seperti bunga matahari dan berbau busuk seperti bunga tahi ayam.
* Pillih bunga yang berbau wangi dan warna menarik kerana dari segi saintifiknya, aura warna dan bauan bunga mempunyai tenaga sendiri yang akan bertindak balas dengan tenaga dalam tubuh seperti kuasa magnet..

Wednesday, March 25, 2009

ONLY FOR 1 HOUR...PLEASE!!


EARTH HOUR.. SAVE OUR PLANET!!

This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming. For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard.

Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights. Global landmarks such as the Golden Gate Bridge in San Francisco, Rome’s Colosseum, the Sydney Opera House and the Coca Cola billboard in Times Square all stood in darkness.

In 2009, Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote. Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from. VOTE EARTH is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 74 countries and territories have pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.

We all have a vote, and every single vote counts. Together we can take control of the future of our planet, for future generations.

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

For more info visit: EARTH HOUR

Sakit yang amat!!!!



Sakit ni memang dah lama aku rasa. Since dari sem 1, 2006 (umo 21). Tp xpenah cabut. Ponstan pn xpenah nk amik, wat xtau jer. Kebal la kunun2nyer..3years tau!! Asyik tumbuh sikit2 jer.. Geram sangat. Kejap atas kanan, kejap kiri bawah, now kanan bawah. Cume atas kanan xtumbuh lg... Hah,pe tuh?? Pokok??

Jeng3x... GIGI GERAHAM BONGSU!!


Sengsara amat! ia naik sikit 2 setiap sem n tahun. Ntah cm ne aku leh thn pn xtau la.. Kat famili n kwn2 rapat aku selalu ngadu..wawawa..

Tapi arini aku dah xtahan!! Geram! Cm nak pe jer ntah.. Dalam kol 10 pg td my mom bw aku g jmpe dentist.. Lama gak dlm setengah jam gtu. Aku suka jmpe doktor ni xkesah doc pe pn..cz dl de ati nk jd DOKTOR! but xde rezeki.. Bidang yg diamik pn dah lari lama dah..

Ok sambung pasal gg aku ni.. Aku bgtau la yg aku nk check si bongsu ni..cz isi gusi tu dah menghalang gg aku.. Cam anak tekak dah rupanyer gusi aku ni (mesti xfhm n xdapat dibayangkan..emm..xpelah). Ush, xtau nk ckp.. My mom pn ngeri.. Itu yg akit sesangat!

Tp dentist kt sabar je la ae.. Mmg amik mse.. Depend pd umor la.. Dah tua2 pe de gak yg tumbuh gg ni.. Oic.. Lagi la aku t'kejut.. Dentist ni pn citelah pasal sorg pak cik yg dah 70 above dtg jmpe dia cz gusi dia de putih2 (si bongsu la 2)..yg ajaibnye, si pak cik ni pakai gg palsu.. So dgn rasa tanggungjawab, dentist ni pn tebuk gg palsu dia..supaya si bongsu leh idup n bernafas dgn sihat.. Kuasa Allah..

Sbnrnye ramai yg heran cm ne aku leh sakit gg.." TUNGGULAH TIME KO KENA, BARU KO RASA CM NE AZAB SAKIT GIGI BONGSU NI..."

Si angah, adik aku, penah cabut gg bongsu ni.. Dia xtahan sakit. Dentist pn de ckp ramai remaja skang byk yg wt pilihan cabut gg ni cz xthn akit n rahang dorg xckp besa..uiks..ngerinyer.. Ala org yg dewasa pn de gak cabut gg ni.. Mmg ramai yg kata baik sakit kepala dari sakit gg.. Tp aku xkesah.. Terime jer..

But aku xcabut tau..si bongsu aku ni tumbuh ngn sempurnanye.. Cume akit amat la..tu pasal jmpe doc ni.. Amik ubat n nasihat..tp dah alang datang, aku cuci gg jg n tampal mne yg patut..hehehe..

Doc pn puji my teeth ni cantik..hehe..sukanyer.. Kalau nak tau, dari kecik my mom cukup jaga gg kami adik beradik. My mom akn pastikan gg kami tumbuh rata n cantik.. Cume ntah mne yg tersilap, si angah adik aku 2, my mom terlepas pandang..cian dia..huhu.. Until now aku tetap suka tengok gg org tau.. Aku akn tengok dia senyum or bercakap.. Aku cukup xberkenan klu xpandai jaga gg.. n aku xsuka PEROKOK!!. gg dorang xlawa..n xsuka gg berlapis..

Berbalik pd si bongsu ni, dentist de suggest juga klu nk cabut, but aku jerit xnak.. SAYANG TAU!! Dia pn faham..tau gg aku cantik.. Lps dah siap sumenyer, alhamdulillah, dentist bg postan n bp jenis ubat lg.. Tuk bg aku xsakit gg ni...bayaran pn leh tahan tau, RM 100. (kaya la doc ni..)

Itulah kesah GIGI GERAHAM BONGSU AKU..skang ni pn akit lg tp mujur dah mamam ubt yg diberi...(Bilakah berakhirnya episod ini?)

* Sesiapa yg kenal aku tau cm ne gg aku..cantik! Petua yang aku penah wt dari kecik (otak kreatif ni..suka trial n error) gosok ngn arang la (dl suka bakar2..tu yg leh dapat arang 2), gne soda bikarbonat la (curik sikit dr my mom).. itu tu putihkan gg la.. Then, kumur ngn air garam tuk elak gusi berdarah.. Selain gosok gg 2x sehari.. My famili gne ubat gg halal gel, safi o mukmin.. Guna kayu sugi pn elok tau, sunnah. Jangan lupa flos gg sendiri tuk elak plak n sisa makanan kt celah gg.. (^_^)

Tuesday, March 24, 2009

Tension...


Sakit kepala? Rimas? Nak marah? Geram?
uhhhhhhhhh................
i don't like it...
xtau nk marah ke nk benci ke nk tumbuk ke nk pe ntah...
oic..tumbuk?(bila la nk sparring cm dl ek?uiks..JANGAN!)
sabau, sabau...
de gak org xfhm bahase kt dunia ni..
heran-heran...
npe ORANG XFAHAM BAHASA NI BOLEH HIDUP??
skang aku yg sakit pale...
GERAM!!!!
sabau, sabau.....
tarik nafas...hembus...
GIVE UR SWEET SMILE TO THE WORLD..(^_^)
ingat Tuhan...
ko xde iman?
ok ingt Tuhan..(bisik pd atiku..selawat..zikir)
but np de gak ORANG XFAHAM BAHASA huh?
ske nk susahkan idup aku..
itu yg aku xpuas ati sgt2...
aku dah tolak cara baik,
sengal xnk fhm!!!!!
i don't like it....
WHAT SHOULD I DO ????

"YA ALLAH, SABARKANLAH AKU..AKU XTAU PE LAGI YANG PERLU AKU LAKUKAN SELAIN BERSERAH KEPADA-MU...MUNGKIN INI BALASANMU..UJIANMU KEPADA HAMBAMU YANG LEMAH INI " huk huk huk...sob...sob..


* Meminjam kt daripada sahabat,suraya (tetiba atiku bernyanyi riang..hehe..best lagu suraya ni...) " Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya."
* Great advise..thanks a lot!

Survival daripada Rasa Patah Hati

Dalam satu kajian di Barat, 95% pasangan mengalami situasi putus cinta tidak berbalas sebelum ulang tahun kelahiran ke-25. Profesor Helen Fisher dari Jabatan Antropologi Universiti Rutgers mencadangkan beberapa panduan bagi menghadapi perpisahan atau kekecewaaan dalam percintaan.


  1. Berceritalah dengan orang yang dapat dipercayai. Dapatkan kata-kata yang bijaksana yang dapat menghiburkan gundah-gulana di hati. Mendekatkan diri kepada Tuhan melalui majlis ilmu dan bergaul dengan mereka membawa kepada hakikat baru dalam kehidupan.




  2. Jangan jadikan dadah ataupun arak sebagai jalan bagi melupakannya. Ia hanya memberi masa tetapi bukan jalan penyelesaian. Jauhi diri daripada kegilaan ini. Sebaik-baiknya jangan simpan apa sahaja bentuk kenangan sama ada berbentuk gambar, kad-kad, surat ataupun cuba menghubunginya melalui telefon, apatah lagi bagi kita menjadi rakannya.




  3. Carilah hobi baru. Keluar dan kenali sebanyak mungkin rakan-rakan baru untuk kita dapati. Penuhi masa senggang dengan aktiviti berfaedah.




  4. Jangan berbaring di katil dan memainkan pita kenangan berkali-kali. Lakukan perkara yang menarik pemikiran kita ke arah perkara lain. Secara perlahan-lahan, fisiologi otak yang masih dalam suasana keseronokan dahulu akan berkurangan.




  5. Tangisan mampu memberi kelegaan. Namun minda perlu selalu disedarkan dengan hakikat kehidupan perlu diteruskan bukan dengan tenggelam dalam penyesalan. Usah peduli dengan komen negatif yamg memburukkan keadaan.




  6. Hindarkan diri daripada kita membuat keputusan-keputusan besar kerana keadaan kita masih dalam kedukaan dan dipengaruhi emosi yang tidak stabil.




  7. Berjumpalah dengan rakan-rakan lama yamg mampu membuat kita gembira dan tertawa.




  8. Perbaikilah penampilan diri. Selalu katakan kepada diri setiap hari kita lebih bersedia dan lebih baik dari semalam.




  9. Bermainlah dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan arnab kerana ia dapat membantu memberi ketenangan.




  10. Jangan cuba menjadikan orang lain sebagai sumber penyelesaian masalah. Membina hubungan cinta yang baru dalam jangka masa yang singkat bukan penyelesaian kerana realitinya kita masih belum sedia.




  11. Menulis luahan hati dan perasaan marah pada helaian kertas dan membakarnya adalah satu cara meredakan emosi.




  12. Makan apabila tiba waktunya. Jangan menyeksa diri dengan pemikiran yang tidak sihat. Sentiasa amalkan pemakanan seimbang dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.




  13. Aktiviti mengeluarkan peluh seperti sukan, berkebun dan apa sahaja bentuk aktiviti fizikal membantu mengembalikan mood selain menyihatkan tubuh badan.




  14. Bacala buku-buku yang memberi keyakinan diri. Al-Quran adalah sumber inspirasi yang berkesan membawa diri kembali kepada kedudukan yang seimbang.




  15. Sentiasa menyebut kata-kata positif pada diri ataupun mengulang-ulang ayat Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 216, maksud "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Tuhan mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."




  16. Sediakan senarai sahabat-sahabat, kekuatan yang ada, kelemahan diri dan perancangan masa depan kita. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri kita.


Sumber: Zamri Mohd. Memahami Bahasa Cinta Lelaki.
* Cinta yang tiada tolok bandingnya adalah cinta kepada Allah s.w.t., ibubapa, agama, bangsa dan negara. Nikmatilah dan bersyukurlah dengan apa yamg kita miliki sekarang ini. Hargainya sebelum ia hilang daripada kita...

Monday, March 23, 2009

BOIKOT




Berani Yang Positif

Adakah anda seorang yang berani? Berani yang macam mana? Setiap org de perspektif sendiri tentang berani..tp BERANI YANG POSITIF ADALAH LEBIH BAIK..

So, untuk tatapan semua sy ingin berkongsi tulisan Ahmad Safuan Al-Karami dalam bukunya yang bertajuk BERANI "LET'S BE BRAVE"

Enjoy it!

Sebenarnya berani yang digalak dan disuruh ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya dan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan kepada semua.

Sebagai contoh ialah berani hanya kepada disuruh Allah s.w.t. Berani seperti ini adalah sikap mental yang mendorong sikap rajin dan hati-hati, sebab dengan adanya sifat ini manusia akan merasa bahawa segala gerak-geri hanyalah untuk mencari redha Allah s.w.t dan sedar bahawa ia sentiasa dalam pengawasan-Nya.

Berani hanya kepada yang benar bermakna takut melakukan yang salah dan maksiat. Sedangkan takut seperti ini adalah didorong oleh perasaan takut kepada Allah s.w.t. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi menerangkan bahawa takut kepada Allah mendorong untuk mengamalkan ilmu pengetahuan, dan untuk lebih banyak beramal, kerana ilmu dan amal itu sendiri akan dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Perlu difahami bahawa yang dinamakan takut kepada Allah bukan takut kepada seksa-Nya, tetapi takut kepada Allah adalah bahawa Allah akan selalu mengawasi segala perbuatan hamba-hambanya, sama ada perbuatan baik atau perbuatan buruk. Dengan demikian orang berkenaan tidak berani melakukan maksiat.

Begitu juga takut kepada seksa Allah dan dosa. Takut kepada seksa Allah bagi orang sufi tidak berbeza dengan takut kepada Allah, kerana sama-sama dapat mendorong seseorang untuk membanyakkan amal ibadah yang diredhai Allah, dan dapat mencegah dari berbuat maksiat yang nantinya pada hari kiamat akan memperolehi balasan sesuai dengan apa yang diperbuatnya.

* Ampunkan dosaku Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Hambamu ini tidak lepas dari melakukan kesilapan..Huhuhu

Takziah...

Assalamualaikum..

Tepat pukul 4 pg td, sy menerima sms dari sahabat sy (since di Madrasah Darul Mujahiddin), Norhidayah Abdullah tentang permergian ibunya yang tersayang ke rahmatullah. Innalillah.. Semoga roh ibunya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah.
Al-Fatihah untuk ibunya..

...dari Dialah kita datang dan dari Dialah kita kembali...

Sunday, March 22, 2009

Kenali Jangkitan disekeliling Anda

Jangkitan Bakteria
> Jangkitan telinga tengah
> Jangkitan sinus yang teruk
> Jangkitan salur kencing
> Kebanyakan jangkitan pada luka dan kulit
> Sakit tekak hingga sukar menelan makanan (menyebabkan pesakit demam, batuk, abdomen sakit dan tonsil bengkak)

Jangkitan Virus
> Selesema
> Influenza
> Kebanyakan jenis batuk
> Kebanyakan jenis sakit tekak
>Keradangan usus
>Keradangan bronkus (pada paru-paru)

* Go for medical check up, take care of your body..."Sesungguhnya pencegahan adalah lebih baik dari mengubati" (Al-Ghazali & Ibnu Sina)

Balasan Orang Yang Tidak Menunaikan Solat

3 SIKSAAN MATI:
> Matinya hina
> Matinya kelaparan
> Matinya haus dan andai kata diberi minum air samudera dunia pun tidak puas.

3 SIKSAAN KETIKA DALAM KUBUR
> Disempitkan kuburnya
> Dinyalakan api dalam kubur
> Datang ular Syuja'ul aqra'

3 SIKSAAN KETIKA KELUAR DARI KUBUR
> Dikira dengan kiraan yang paling teliti dan mereka tidak dimasukkan ke dalam golongan mereka yang mendapat rahmat
> Allah memandang murka
> Allah memerintahkan semua malaikat untuk bertemu dengan semua orang yang meninggalkan solat. Diantaranya ada yang membawa rantai dan digantung pada leher dan disumbat dalam perut.

Beringatlah..jangan sekali-kali meninggalkan solat walau dalam apa jua sekalipun.. Wallahu'alam

Saturday, March 21, 2009

Akhlak Seorang SAHABAT


Tanda-tanda Taubat diterima Allah

Seorang ahli hikmah pernah ditanya mengenai taubat, “Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita diterima oleh Allah SWT atau tidak ? Maka jawabnya, “ Ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya, tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu :
Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu apabila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

1. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang soleh daripada mendekati mereka yang fasik.

2.Apabila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah SWT.

3. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan kepada Allah SWT sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah SWT.

4. Walaupun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun dia tetap melihatnya banyak tetapi walaupun banyak amal untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun dia tetap melihatnya sedikit.

5. Apabila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya sering bertafakur dan selalu berada dalam keadaan sedih dan menyesal.

Wallahu'alam

Muhasabah Cinta by EdCoustic

Wahai...
Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Back to Reff.
* The beautiful song. Superb!! Insaf

Cara Kawal Sakit Kepala

> Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.

> Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.

> Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.

> Makan ubat penahan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk mengurangkan sakit kepala anda.

>Berehat - Berehat dengan menutup mata dan menarik nafs panjang-panjang dengan perlahan-lahan.

> Mandi.

>Tutup mata anda dengan kain basah..lebih elok tuala biru kerana ia dapat memberikan ketenangan.

* Apa-apa pun jgn stress sgt..think positively..REMEMBER ALLAH!

Friday, March 20, 2009

Zikir


Cara Memperkukuhkan Tali Persaudaraan

Agama Islam telah meletakkan dasar-dasar praktis dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta kasih dan dalam memperdalamkan roh ukhwah. Jika peraturan-peraturan ini di pegang teguh oleh umat Islam maka persaudaraan (ukhwah) itu akan semakin kukuh. Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."

MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)

BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."

MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."

MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).

Rasulullah SAW pernah mengajar hal tersebut seperti dicontohkan dalam hal-hal sebagai berikut:

1. Berkenaan dengan kelahiran anak: "Semoga anda diberkati atas pemberianNya itu dan bersyukur dengan Yang Memberi Rezeki mulai dari kelahiran dilimpahi dengan kebaikan hingga hari tuanya." (HR Husein bin Ali RA)
2. Apabila kembali dari menunaikan haji: "Semoga Allah menerima hajimu, mengampuni dosamu, dan menggantikan nafkahmu." (HR Ibnu Sunni dari Ibnu Umar RA)
3. Bila salah seorang saudara menikah : "Mudah-mudahan Allah mengekalkan keberkatan atasmu dan mengumpulkanmu berdua di dalam kebaikan." (HR Abu Daud dan Tirmizi dari Abu Hurairah)
4. Ucapan Selamat Aidil Fitri : Semoga Allah menerima amal kita, membalas kebaikan saudara dengan ucapan selamat: "Semoga Allah memberkatimu, keluargamu, hartamu, dan mudah-mudahan Allah membalas kebaikan kepadamu." (HR Nasa' dari Ibnu Majah)

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

MENEGAKKAN HAK-HAK PERSAUDARAAN - Untuk memperkukuhkan ukhwah maka adalah wajib bagi kita untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarah saudaranya yang sakit, mendoakannya ketika bersin, dan menolong bagi yang teraniaya (dizalimi).Oleh kerana itu adalah tidak perlu ragu lagi bagi kita bila seorang muslim memberitahu saudaranya bahawa ia mencintainya, membiasakan mendoakan saudaranya dari jauh, bersikap senang apabila berjumpa dengan saudaranya, membiasakan berjabat tangan bila berjumpa, mengucapkan salam, memberi hadiah, saling menziarahi. Maksud dari semua itu adalah tidak lain untuk menunjukkan rasa cinta kasih sekali gus untuk mempereratkan ukhwah bila dalam melaksanakannya adalah betul-betul ikhlas kerana Allah SWT.

6 Pesanan kepada Wanita

> Jaga solat pada awal waktu
Jika datang haid, perlu duduk di tikar sembahyang supaya anak tidak melihat kita meninggalkan solat.

> Hidupkan bacaan hadith
Nabi Muhammad s.a.w di rumah dengan keluarga baca hadith fadilat amal. Ini amalan zaman Nabi Muhammad. Anak-anak yang mengamalkan cara hidup ini akan mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan akhirat.

> Baca al-Quran setiap hari walaupun lapan ayat
Jika tidak mampu untuk membaca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium al-Quran dan muhasabah, "Ya Allah, apa dosa saya sehingga tidak dapat membaca kitab-Mu pada hari ini."

> Medidik anak secara Islam
Mengajar anak patut dari rebung dengan doa masnun iaitu doa harian Nabi Muhammad seperti doa tidur, bangun tidur dan makan.

> Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga unutk wanita berkenaan. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu.

> Galak suami bermujahadah atas agama Allah
Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat jemaah di masjid atau surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

* Ayuh para wanita! Banyak ganjaran telah menanti kita..Laksanakan segera

Tuesday, March 17, 2009

Hikmah Sujud

Assalammualaikum w.b.t

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia (burut).
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Sunday, March 15, 2009

Cantiknya Wanita...Idaman Lelaki..

Sekadar peringatan kecil buat kaum sejenis...juga untuk difahami...dimengertikan juga buat kaum lelaki...

*Jika inginkan bentuk bibir yang menawan...bukan dengan mencalit lipstik dengan warna idaman...tapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata kebaikan.

*Inginkan mata yang cantik menawan dan indah bukan hanya mencalit pewarna mata...tapi sebenarnya adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan mengkagumkan...bukan dengan berdiet semata-mata...tapi berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita...bukan syampoo bukan pewarna yang diperlukannya...tapi lurutan penuh kasih ke atasnya...bagi si ibu...mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari...kerana anak kecil itu sememangnya penuh kasih dihati...

*Bagi mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, insyaAllah akan senantiasa ada tangan terhulur buat mu...

...Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tangan mu itu, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Tapi sebenarnya...Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

....Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia...kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

...Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh di sepanjang waktu buatnya...

Tetapi cantiknya seorang wanita itu adalah dengan memberi rasa cintanya kepada Allah Azzawajalla...kerana itulah cinta yang paling hakiki yang tak mampu ditandingi...

MUST READ FOR YOUR OWN SAFETY!!! (Air Purifier Malaysia Taxis)

No matter the taxi driver is chinese, malay or indian, PLEASE BE AWARE! !
If you notice that there is a sound of spray of perfume or air purifier inside the taxi, PLEASE GET DOWN from the TAXI IMMEDIATELY!!

It just happened to me just now. It was about 12.45 am . I got into a taxi driven by a malay man. I was in the taxi for a few minutes, I suddenly heard of a sound of spray and there was a smell like air purifier. I felt weird as to why the driverput two types of air purifiers in his taxi. The smell immediately reminded me about this forwarded email that I read. I started to be aware of my s! urroundings. But the puff of the purifier kept appearing every few minutes. I was very worried and scared.

Gradually, I sensed that my body started to feel weaker and weaker. The purifier kept puffing from the back seat, just right behind me. As I really felt my whole body is weaken, I asked the driver to let me get down at the side road. But he kept trying to talk to me and ask me why not dropping me off at my destination. I think he was trying to drag the time. To my horror, I felt both of my hands and legs got numbed and noenergy, almost could not move.

When I talked t! o the driver, I could not even speak properly, not to say to shout for help, 'cos I was really too weak... Immediately, at a traffic light I opened the door, jumped out and ran to a passer-by for help.

I really thank God for saving me. If not, I really can't imagine what would have happened to me. I am traumatized by this incident.

This is TRUE case. Please do keep in mind! IT IS BETTER TO BE SAFE THAN SORRY!I feel the need to share with you guys, no matter you are men or women 'cos it is NOT a LIE , not a made-up story. It really happened. Do let your friends, family members and relatives know about this case. I believe you are just like me, don't wish anybody to be the victim of this case.'Please be aware when aboard to a taxi, especially the ladies.'

I received an email some months ago about a lady getting into a cab and felt uneasy and become faint when she smelt something like incense being burnt. She was smart enough t! o order the taxi to stop immediately and after throwing some money at the taxi man quickly get out of the taxi. She later got to know that if she had not stopped the taxi and gotten out, she would have fainted and raped by the taxi man (or a gang of rapists)!

After reading this, I thought maybe this was one of those emails that you would read and just forget about it, but I was wrong!

Few weeks ago, a visitor to our Chinese church who stayed in Puchong got into a taxi driven by an Indian man. When she sat into the taxi, there was a little burner and she could smell incense burn! ing in the taxi. After awhile, she felt weak and unable to speak or shout. The Indian taxi man drove to a lonely road where there was hardly anyone and raped her. Before she was completely knocked out, she was told by the taxi guy that she was his number six victim. She was not only raped but also robbed!

When she was conscious again, she quickly went to see a doctor. The sad thing is, the doctor knew she was raped but did not advise her what to do. The doctor just let her make the decision to make or not to make a police report. Since she does not know the rapist name and also the taxi number and in great fear after this trauma, she told the doctor that she would not dare to report to the police. The doctor said since she dare not make the report, he would j! ust have to destroy the medical report!

Because the rapist took her whole bag with her IC in it, he got her address and even has the guts to come straight to her house and try to be funny with her.

Please remember not to get into a taxi that smells funny and if possible don't get into a taxi alone, and if you have to do so, give a call or sms back to your friends or relatives and let them know the taxi registration number and if possible, the name of the taxi man.

AND OPEN THE WINDOW!

Gals... please take note and....
Guys... please forward to your female friends...

Mampukah...

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah???
Agung cintanya kepada ALLAH & Rasulullah,
Hartanya diperjuangkn ke jalan ALLAH,
Penawar hati kekasih ALLAH,
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah???
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan & penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dengan setiap perintah,
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu Syurga...

Ketika aku merah,
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku setabah ummi Nabi Ismail,
Menggendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga...

Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantahan,
Pengharapannya hanya kepada ALLAH,
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah???
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Saturday, March 14, 2009

9 Pembaziran yang sering dilakukan Manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Peliharalah diri kita dari melakukan pembaziran yang mana akan merugikan diri kita sendiri..Semoga Allah memberikan kita kekuatan dalam menghadapi hidup ini.Wallahu'alam

Kesan Istighfar

Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Wallahu'alam.

Apa Ada Dalam Kotak?

Salam semua...sy baru terbaca entri ni "Apa ada dalam kotak?" dari Kisah Cinta..menarik! So, i want to share with u..n u can think about that..

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung.
“Untuk apa?” tanya si ayah.“Nak bungkus hadiah” jawab si kecil.
“Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.”
Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.”
Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.!
“Hadiah apa ni?”“Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.”
Dan si ayah pun membuka bungkusan itu.Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga.“Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”
Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi?
Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)

Friday, March 13, 2009

Alhamdulillah..

Syukur kpd Allah krn aku msh lg idup pd tika ini..yg penting sxli arini merupakan ulang thn kelahiranku yg ke-24..huhu..tua?xkot..umo je b'tambah tp mke cm budak je..haha..but the most important is pemikiran mcm org dewasa...bkn bdk2 ae..

Start mlm td lg ramai yg wish 4 my besday..bestnye..tp malangnye skang tmpt aku cuti..huhu..jd adiah xdpt dgn segera...hehehe..ade ke yg nk beri??(de kot...fiza,bulan,seman,rina n kyn, i'm waiting 4 my big gift k..jgn lupa tau..)

Semoga aku cpt dpt jodoh..my parents da bising aspecially my daddy..huhu..tp penting abis study dl...kdg mls nk pk kwen ni even ramai kwn yg da kwen & dpt baby..tp kebyknnye dorg da kje.senang skit..emm..biarla..aku ngn dunia aku...

Tnx pd yg wish..arapnye ukhwah kita berkekalan & diberkatinya... (^_^)

Thursday, March 12, 2009

Pengertian Istiqamah

Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

1. Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.

2. Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.

3. Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.

4. Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.

5. Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Tahap-tahap Istiqamah

Ada tiga tahap Istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:

Istiqamah hati: sentiasa teguh dalam mempertahankan kesucian iman dengan cara menjaga kesucian hati daripada sifat syirik, menjauhi sifat-sifat cela seperti riak dan menyuburkan hati dengan sifat terpuji terutamanya ikhlas. Dengan kata-kata lain Istiqamah hati bermaksud mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran.

Istiqamah lisan: memelihara lisan atau tutur kata daripada kata-kata supaya sentiasa berkata benar dan jujur, setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran dan jujur, tidak berpura-pura, tidak bermuka-muka dan tidak berdolak dalik. Istiqamah lisan terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah Taala.

Istiqamah perbuatan: Tekun berkerja atau melakukan amalan atau melakukan apa saja usaha untuk mencapai kejayaan yang di redhai Allah. Dengan kata-kata lain istikamah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan, perusahaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini menjadi begitu rupa kerana dorongan hati yang istiqamah.

So, nilailah diri kita sendiri mcm ne.. Adakah kita istiqamah dgn apa yg kita lakukan? Sekecil perbuatan yg kita lakukan spt zikir, sedekah, senyum dsb ada ganjarannya..krn tika ini semuanya sukar didapati seolah-olah ia tidak penting lagi..Fikir-fikirkanlah..

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

1.Apabila mendengar AZAN, makan bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah AL-QURAN, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam BAHASA ARAB kerana bahasa arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4.Janganlah BERTENGKAR dalam apa-apa perkara sekalipun keranan pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 kebaikan.

5.Janganlah banyak KETAWA kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak BERGURAU kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih NYARING daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti orang.

8.Jauhilah daripada MENGUMPAT peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.

9.BERKENAL-KENAL lah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10.KEWAJIPAN LEBIH BANYAK DARI MASA yang ada pada kita.Oleh itu,gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH-RENUNGKANLAH-AMALKANLAH KERANA ADA HIKMAHNYA

Renungan

TIGA wali Allah terkenal selepas zaman Rasulullah meninggalkan pesanan dan peringatan kepada umat Islam mengenai cara terbaik menjalani kehidupan di dunia. Mereka ialah Abu Muhammad Royam, Al-Syibli dan Hasan al-Basri.

Pesanan Abu Royam:
– Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia untuk memperhambakan diri kepada-Nya, bukan untuk tujuan lain.
– Semakin kaya orang itu, semakin jauh dia daripada Allah.
– Ketika berseorangan, menangislah sambil berdoa kepada Allah agar hati menjadi bersih.

Pesanan Al-Syibli:
– Sesuatu yang Allah takdirkan untukmu, pasti akan dapat walaupun terpaksa melalui seribu halangan.
– Orang yang tidur satu jam pada waktu malam dengan melupakan Allah, adalah tertinggal seribu tahun ke belakang dalam perlumbaan kerohanian.
– Waktu sekarang yang sedang kamu lalui lebih berharga daripada seribu tahun lalu dan seribu tahun akan datang. Untuk itu jangan terpedaya dengan kebendaan.

Pesanan Hasan:
– Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan membina bangunan akhirat di atasnya adalah orang yang bijak.
– Kawan yang jahat suka merosakkan orang yang sedang menuju ke jalan Allah.
– Barang siapa yang terlalu menyintai emas dan perak, dia akan dihina Allah.

Imam al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :

1. Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatu perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Ia adalah punca akhlak buruk seperti riya', hasad dengki, bermusuhan, bangga diri dan sebagainya. Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :

a. Kamu mengakui sesuatu kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
b. Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain

2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya

3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedah

4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya

Erti Persahabatan

Indah, sempurna dan ceria..itulah kemanisan dalam persahabatan...
Kejujuran , kepercayaan adalah perencah persahabatan..
Silaturahim yang dicipta mengukuhkan lagi persahabatan.
Begitu sukar dalam perjalanan ini untuk mencari sesuap ikatan...
Tak perlu harta atau keseronokan , cuma secebis kasih sayang yang terlalu bernilai
yang tidak termampu di tukarkan walaupun dengan segunung emas
Hatta bermulanya sebuah persahabatan....harus disulami kepercayaan, kejujuran, dan kasih sayang......
Manisnya sebuah persahabatan itu adalah semanis madu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Sukar untuk digambarkan nilai tawa, gurau senda, sedih dan pilu....
Ia adlah satu nikmat dalam persahabatan..
Mungkinkah persahabatan ini terus mengalir seperti sungai ...
Moga tiada apa yang dapat meruntuhkan benteng persahabatan ini walaupun sebesar zarah sekalipun.....

To my beloved fren; fiza, elis,k.farah n bulan tq so much.. :)

Buah Hikmah

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. -Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. -Khalifah Umar al-Khattab

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. -Saidina Umar al-Khattab

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya. -Imam Al-Ghazali

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit. -Ibnu Abbas

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan. - Ibnu Abbas

Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya. -Imam Syafi'e

Wednesday, March 11, 2009

Wahai Ayah...

"Wahai Ayah, anakmu tidak akan menjadi sebab dirimu dicampak ke neraka. Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?..mnutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersdialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahanam.) Duhai anak2 perempuan, sanggupkah kite melihat ayah kita menjadi bahan api neraka hanya kerana perbuatan kita yang tidak menutup aurat, yang melakukan zina,dsb.."

Sunday, March 1, 2009

Cara Pemakanan Yahudi Seperti Dalam Hadis

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yang mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yang memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua.

Tak perlulah saya mengulang lagi perilaku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi, kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy)
Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa laman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita dan generasi seterusnya.

Janganlah kita mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim di Gaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israel dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara ringkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semoga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan generasi yg baik. Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir Universiti Massachuset USA. Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang termasuk kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pembelajaran di sekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genetik dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pembelajaran dengan mudah dapat di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekankan dengan pembelajaran ilmu sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan di Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti biperniagaan dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan business (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu genetik bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat disana?
Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esay nya hanyalah mengenai “Mengapa saya gemarkan tomato!” Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon