Thursday, April 30, 2009

Kenapa Islam mengharamkan babi? (Part 3)

HUKUM SYARAK

Orang Islam mentaati perintah dan hukum-hukum Allah melebihi nasihat yang diberikan oleh pakar perubatan. Firman Allah dalam Al-Quran:

“Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah; tetapi barangsiapa yang terpaksa memakannya dengan tidak menganiaya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Allag Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah An Nahl, ayat 114-115)

Ayat di atas adalah perintah dari Pencipta Alam yang menetapkan segala peraturan. Seluruh umat Islam wajib mematuhinya. Inilah jawapan paling ringkas dan mudah kepada mereka yang biasanya bertanya kenapa Islam mengharamkan babi kepada penganutnya.

Bagaimanapun, tidak berdosa jika seseorang Islam yang kebuluran atau kerana darurat memakan daging babi dalam usaha menyelamatkan nyawanya. Tetapi jika seseorang Islam dengan sengaja mencampakkan harga dirinya dengan sesuka hati memakan babi, dirinya menjadi sungguh tidak berharga kerana tidak mempunyai pegangan. Dia menjadi seorang yang tidak tahu malu dan berdosa sebagai seorang Islam di mata orang lain – termasuk di kalangan bukan Islam.

Firman Allah swt dalam Al-Quran:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (mutu aya-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka sewaktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Maka apakah orang-orang yang menoleh dengan mukanya menghidari azab yang buruk pada hari kiamat (sama dengan orang mukmin yang tidak kena azab)? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zalim. “Rasakanlah olehmu balasan apa yang telah kamu kerjakan”.

Orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul), maka datanglah kepada mereka azab dari arah yang tidak mereka sangka.

Maka Allah merasakan kepada mereka kehinaan pada kehidupan dunia. Dan sesungguhnya azab pada hari akhirat lebih besar kalau mereka mengetahui” (Surah Az Zumar, ayat 23-26)

* Sumber: PANDUAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (HALAL HARAM)
* Semoga kita terhindar daripada mengambil barang syubhah & tidak berkat..

Wednesday, April 29, 2009

Kenapa Islam mengharamkan babi? (Part 2)

Aspek Perubatan
· Dr Ebrahim Kazim, dalam rencana tulisannya “Medical Aspects of Forbidden Foods in Islam” (Muslim Journal, Julai 1981) telah menjelaskan tentang penyakit yang dibawa atau disebabkan oleh daging babi. Beliau menulis:

“Babi ialah binatang pemakan bangkai yang memakan apa saja. Ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia khususnya jangkitan parasit. Kebelakangan ini, penyelidikan lanjutan tertumpu kepada masalah nyanyuk. Usia tua mempunyai ciri-ciri pengerasan lapisan saluran darah ke jantung, otak dan sebagainya dalam proses yang dinamakan aterosklerosis. Apabila pembekuan darah berlaku, ia mengakibatkan trombosis koronari atau serangan jantung dan trombosis serebrum atau strok.”

“Faktor-faktor pemakanan yang berbeza bertangggungjawab ke atas aterosklerosis.. lemak babi mengandungi 2,800 unit Vitamin D per 100 gram dan tiada Vitamin A. Kebelakangan ini Vitamin D dikatakan bertangggungjawab terhadap penyakit ateroma, dengan menyebabkan peningkatan penyerapan kalsium dan penimbunan kalsium dalam saluran darah.”

“Di kalangan manusia, kolesterol serum tidak bergantung kepada pengambilan kolesterol dalam diet, tetapi bergantung kepada nisbah lemak binatang dalam diet, yang menaikkan paras protein beta-lipo dalam darah. Lemak binatang mengandungi asid lemak tepu yang menjadi salah satu punca ateroma di kalangan lelaki. Lemak bakon mengandungi 25% protein dan 55% lemak”

· Mengikut hasil penyelidikan perubatan, kandungan lemak dalam daging babi melebihi apa yang terkandung dalam daging-daging lain (daging kambing, daging lembu dan sebagainya) serta mengambil masa yang lebih lama untuk dihadamkan. Dr. Muhammad Jaffer melalui sebuah rencana yang tersiar dalam The Islamic Review (London) pada Januari 1967 telah menyenaraikan 16 jenis kuman berbahaya yang ditemui dalam daging babi serta penyakit yang dibawanya hasil daripada penyelidikan moden yang dilakukan.

· Jumlah pesakit yang menghidapi penyakit cacing pita adalah yang tertinggi di dunia di kalangan Negara yang penduduknya memakan daging babi. Cacing ‘trichinella spiralis’ dan cacing usus menyebabkan penyakit-penaykit lain yang berpunca daripada babi.

Nota tambahan:

~ Penyakit Japanese Encephalitis (JE) bawaan dari nyamuk ini juga menyerang ternakan terutamanya ternakan babi, juga menyerang manusia…see more: http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Japanese_Encephalitis

~ Now, selesema babi (H 1 N1) telah merebak dengan cepat keseluruh negara yang mana ia mula dikesan di Mexico..menyerang manusia...see more: http://www.utusan.com.my/

* to be continued..

Tuesday, April 28, 2009

Kenapa Islam mengharamkan babi? (Part 1)

Makanan dan minuman memberikan kesan secara langsung terhadap kesihatan kita. Itulah sebabnya Islam telah menggariskan peraturan-peraturan tertentu mengenai makanan dan minuman. Tujuan pokoknya ialah bagi melahirkan umat yang sihat. Selain memberi banyak penekanan kepada kesihatan fizikal, pendidikan moral dam aspek lain untuk membangunkan kehidupan sejahtera, Islam mengajar kita supaya hidup dalam persekitaran yang bersih.





Larangan memakan daging babi hanyalah satu langkah dalam Islam untuk mendidik umatnya mengamalkan kebersihan dan menyucikan rohani. Untuk menyemai sifat-sifat kemanusiaan yang luhur dan murni, Islam menekankan mengenai kebersihan diri dan pembersihan jiwa menerusi amalan solat, berzikir kepada Allah dan mengisi tanggungjawab lain. Ini boleh dicapai melalui pengembangan sifat-sifat murni. Islam mengajar kita bagaimana mencapai nilai-nilai murni itu dan cara meninggalkan tabiat yang buruk kerana kedua-dua sifat ini berkembang dalam diri manusia mengikut cara ia dibesarkan, pendidikannya yang diterimanya & suasana persekitarannya.





Setiap manusia dilahirkan dengan mewarisi keinginan semula jadi terhadap tiga perkara penting dalam hidupnya; iaitu makanan, tidur dan seks. Dia juga mempunyai perasaan hati yang lahir secara semulajadi; gembira, marah, sedih, sayang, bimbang, jijik, tamak dan sebagainya. Islam tidak pula menyarankan agar semua perasaan ini disingkirkan, sebaliknya menawarkan cara untuk mengawalnya menerusi pendidikan dan disiplin keagamaan.






Larangan memakan daging babi dalam Islam mempunyai kaitan dalam konteks ini. Ada pepatah Inggeris yang menyatakan 'anda ialah apa yang anda makan'. Islam membenarkan umatnya memakan makanan yang suci dan bersih. Bagaimanapun dari segi pengambilan daging, umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dan tahu membezakan antara yang halal dengan yang haram.





Langkah ini secara automatik membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan menyemai sifat kemanusiaan yang sejati. Di sebabkan darah pada asasnya merupakan aliran kehidupan kita, dan apa saja yang kita makan akan mempengaruhi secara langsung sistem darah kita, justeru kita perlu mengamalkan cara memilih makanan dan minuman seperti yang dituntut Syarak.





Terdapat beberapa jenis makana dan minuman tertentu yang ditetapkan oleh Allah dan Pesuruh-Nya dalam Al-Quran dan Hadis sebagai larangan. Allah bukan sengaja mengada-adakan larangan berhubung makanan dan minuman ini. Ia adalah perintah daripada Tuhan Pencipta sekalian alam demi kebaikan manusia sejagat.





Apabila Al-Quran menyebut benda-benda yang dilarang itu sebagai buruk, bukan bersifat asli dan memudaratkan kesihatan, ia memberikan pemerhatian yang mendalam ke atas moral, dan kebijaksanaan manusia, kesihatan dan kekayaannya, melalui tanda ketakwaannya dan kebiasaan tingkah lakunya - yang mana kesemuanya merupakan harta yang tidak ternilai harganya dari sudut pandangan Islam.





Alasan di sebalik perintah yang Maha Agung begitu banyak. Ia bersifat intelektual, spiritual serta mental, fizikal dan ekonomi. Satu-satunya tujuan bagi larangan ini ialah untuk menunjukkan kepada manusia bagaimana untuk memajukan dirinya menurut cara yang betul dalam kehidupan, ke arah menjadi satu unit yang suhat dalam struktur kehidupan berkeluarga, kemudian kehidupan dalam masyarakat, dan akhirnya dalam kemanusiaan secara menyeluruh.





Selain larangan memakan daging babi dan daging binatang buruan seperti singa dan harimau, orang Islam juga dilarang memakan binatang seperti ular, kucing, anjing, tikus dan sebagainya. Larangan ini adalah berdasarkan matlamat pembersihan jiwa seseorang, kerana makanan apabila dimakan bukan sekadar masuk ke dalam perut dan usus dan keluar sebagai najis. Ia diserap dan dimetabolismekan ke dalam sistem penghadaman dan mengalir ke seluruh bahagian tubuh termasuk otak, dan peranannya bukanlah kecil dalam mempengaruhi sifat semulajadi manusia...

* to be continued..

Saturday, April 25, 2009

Dosa MENGUMPAT

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. : " Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".



Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

* Sampaikanlah pesanan ini sebagai peringatan bersama..

Friday, April 24, 2009

MEMYSELFI




Wasiat Imam Syafie


Sebelum Imam Syafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada Allah s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ Allah s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada Allah, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

Thursday, April 23, 2009

Cinta dari pandangan Imam Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."
“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”
“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."
“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.
Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."
“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."
“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."
“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."
“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."
“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."
“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."
“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."
“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
* Himpunan Tazkirah

Wednesday, April 22, 2009

Earth Day, 22 April

Jom kita cuci mata dengan melihat kebesaran Allah s.w.t..Walaupun Earth Day pada hari ini tidaklah wajib disambut, tetapi bagi pencinta alam,tarikh 22 April yang disambut setiap tahun amat bermakna bagi mereka..

Ini kerana bumi yang kita duduki ini sudah mencapai kepada tahap yang membimbangkan. Sana sini penuh kemusnahan akibat bencana alam dan sebagainya. Tetapi yang paling kronik adalah dari perbuatan manusia itu sendiri yang kurang kesedaran terhadap menjaga alam sekitar..

Nak ke kita lihat pencemaran alam berleluasa? Pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak, penebangan pokok sesuka hati, kemusnahan flora dan fauna...Nanti apa yang akan kita ada untuk dihargai? Sekadar harta tak kan ke mana...Alam, semua generasi akan menikmatinya!!

Jadi, jangan kita bongkak dengan apa yang kita ada tanpa menjaga alam yang kita diami ini...Tanpa anugerah alam yang diberi Allah seperti yang terdapat di daratan atau di laut, sudah pasti kita akan mati kelaparan dan sebagainya...

Renung-renungkan balik adakah anda seorang pemusnah alam atau pencinta alam?? Jangan pandang enteng pada plastik gula-gula dan puntung rokok yang dibuang di celah pasu bunga, pembuangan sampah sarap di sungai dan banyak lagi..kerana yang sekecil itulah akan menyebabkan alam kita 'sakit dan melarat' sehingga ia tidak mampu menahan bebanannya.. Sedih tak? Cuba kita 'di tempatnya'..

Fikirkanlah...

sukenya air terjun...subhanallah
laut yang membiru...


cantiknyer...syukur alhamdulillah

menakjubkan!!

Monday, April 20, 2009

Tribute to My Friends



I've paid my dues

Time after time

I've done my sentence

But committed no crime


And bad mistakes

I've made a fewand I've had my share of sand

Kicked in my face

But I've come through

And I need to go on and on and on and on



We are the champions - my friends

And we'll keep on fightin' till the end

We are the champions

We are the champions

No time for losers

'Cause we are the champions of the world



I've taken my bows

And my curtain calls

You've brought me fame and fortune

And everything that goes with itI thank you all

But it's been no bed of roses no pleasure cruise

and I consider it a challenge before all human race

That I ain't gonna lose

And I need to go on and on and on and on



We are the champions - my friends

And we'll keep on fightin' till the end

We are the champions

We are the champions

No time for losers

'Cause we are the champions of the world



We are the champions - my friends

And We'll keep on fightin' till the end

We are the champions

We are the champions

No time for losers

'Cause we are the champions


* Artist: Queen (band)



Saturday, April 18, 2009

^_-


* Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam

Friday, April 17, 2009

Book Fair 2009


Tempat: PWTC, KL
Tarikh: 17-26 april 2009
Masa: 10pg - 10 mlm

* Jom mai ramai2..
* "Reading is fun!!"

Wednesday, April 15, 2009

PERHIASAN YANG DIDAMBAKAN

Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.
Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?
Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.
Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.



Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.
Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-sutau perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan `palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!
Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.


Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah kamu menasihati para wanita dengan sebaik mungkin, kerana sesungguhnya wanita itu dijadikan daripada tulang rusuk, sesungguhnya bahagian yang paling bengkok pada tulang itu ialah yang di sebelah atasnya; apabila kamu mahu meluruskannya patahlah ia, dan sekiranya kamu membiarkannya kekallah ia dalam keadaan bengkok. Oleh itu tolonglah kamu nasihati para wanita dengan sebaik-baiknya"(Riwayat Bukhari, Muslim dan abu Hurairah)

Tuesday, April 14, 2009

Mengapa Ibadah Sembahyang Tak Membangunkan Insan?


Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan di mana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu di sebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini di kategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba di bawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan di luar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Isya Allah...marilah kita sama ber MUHASABAH.......di manakah solat kita.....adakah solat yg kita lakukan itu....telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita...penglibatan kita...@ tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah........insya Allah ....moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama..........adakah segalanya yg kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita. Oleh itu sesamalah kita berpesan pesanan antara satu sama lain...

* Himpunan Tazkirah

Pagani Zonda


The Pagani Zonda is a mid-engined sports car produced by Pagani in Italy. It debuted in 1999 and continues through the present, with production proceeding at roughly 10 cars per year. As of September, 2008, 95 Zondas had been built. Both 2-seat coupe and convertible versions have been produced. Construction is mainly of carbon fibre.

Some early Zonda engineering was done by Formula One champion, Juan Manuel Fangio. The car was originally to be named for him, the "Fangio F1", but the name was changed upon his death in 1995, renamed after an air current above Argentina.

hot colour...

can i get it???..dreaming..

see more: http://www.paganiautomobili.it/

Du'a is supplication in Islam

Du'a is an Arabic ( ) term which means to 'call out' or to 'summon'. Muslims use this term and call out to God, and Muslims regard this as one of the greatest acts of worship in Islam. The Prophet Muhammad sal Allahu Alayhi Wa Sallam said "Dua is the very essence of worship." God has commanded Muslims in the Quran to call out to him, citing Surah Ghafir Verse 60:


"And your Lord says: "Call on Me; I will answer your (Prayer): but those who are too arrogant to serve Me will surely find themselves in Hell - in humiliation!" [1]

The Qur'an ("Qor-Ann") is a Message from Allah to humanity. It was transmitted to us in a chain starting from the Almighty Himself (swt) to the angel Gabriel to the Prophet Muhammad (saas). This message was given to the Prophet (saas) in pieces over a period spanning approximately 23 years (610 CE to 622 CE). The Prophet (saas) was 40 years old when the Qur'an began to be revealed to him, and he was 63 when the revelation was completed. The language of the original message was Arabic, but it has been translated into many other languages.

The Qur'an is one leg of two which form the basis of Islam. The second leg is the Sunnah of the Prophet (saas). What makes the Qur'an different from the Sunnah is primarily its form. Unlike the Sunnah, the Qur'an is quite literally the Word of Allah, whereas the Sunnah was inspired by Allah but the wording and actions are the Prophet's. The Qur'an has not been expressed using any human's words. Its wording is letter for letter fixed by no one but Allah.

Prophet Muhammad (saas) was the final Messenger of Allah to humanity, and therefore the Qur'an is the last Message which Allah has sent to us. Its predecessors such as the Torah, Psalms, and Gospels have all been superceded. It is an obligation - and blessing - for all who hear of the Qur'an and Islam to investigate it and evaluate it for themselves. Allah has guaranteed that He will protect the Qur'an from human tampering, and today's readers can find exact copies of it all over the world. The Qur'an of today is the same as the Qur'an revealed to Muhammad (saas).

Monday, April 13, 2009

Dirimu Sebutir Mutiara


* Lindungilah hambamu yang lemah ini, Ya Allah!..huhu

Sebuah Kehidupan..

Masih adakah sahabat yang akan menegur kita apabila kita tersilap langkah?
Masih adakah sahabat yang akan sentiasa memberi sokongan untuk kita terus berjaya?
Masih adakah sahabat yang akan menangis bersama kita?

ATAU

Adakah semua rakan hanya membiarkan kita hanyut dalam kelalaian?
Adakah semua rakan sentiasa membantutkan hajat kita untuk berjaya?
Adakah semua rakan hanya bersama ketika kita senyum?

dunia sekarang...penuh dengan tipu helah...rakan yang mengaku sahabat...walhal hanya berkawan untuk kepentingan sendiri...

Sedarlah pembaca...hitunglah diri masing-masing...
Cukupkah pahala kita untuk berlari merentasi titian yang halus di akhirat kelak?berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan dengan gembiranya?tanpa rasa bersalah walau sedikit...bahkan bangga dengan dosa itu...
saya bukanlah sebaik yang pembaca sangka...juga merupakan manusia biasa...inilah ingatan untuk pembaca dan diri yang lemah ini...

FIKIRKANLAH...

My Believes

ALLAH is my LORD
ISLAM is my LIFE
AL-QURAN is my GUIDE
The SUNNAH is my PRACTISE
JIHAD is my SPIRIT
RIGHTEOUNESS is my CHARACTER
and.....
PARADISE is my GOAL

Happy Moments - PRAISE ALLAH
Difficult Moments - SEEK ALLAH
Quiet Moments - WORSHIP ALLAH
Painful Moments - TRUST ALLAH
Moment By Moment - THANK ALLAH

* "You look at me and call me oppressed Simply because of the way I'm dressed, you know me not for what's inside, you judge the clothing I wear with pride" (Hijab)

Sunday, April 12, 2009

Assalamualaikum..

Happy Anniversary Ummi & Abah


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda dan sahabat2 serta seluruh umat muslimin & muslimat di mana jua anda berada..



Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan my parents yg ke-25 (Jubli Perak)..As the eldest daughter of 10 siblings, syukur sgt jd 1 of this family..Best!! But, sis xkje lg la ummi & abah, so nak celebrate pn xde sgt..huhu..



Hopefully our family can still together in barakah & love of Allah s.w.t.

Thanks for everything..

Saturday, April 11, 2009

Maksud Nama - Huruf Pertama

Sekadar tuk b'kongsi dgn anda sume..Tapi jgn caye sgt..sesuke jer..

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.


D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Friday, April 10, 2009

Cherished Friends


God must have known there would be times

We'd need a word of cheer,

Someone to praise a triumph

Or brush away a tear.


He must have known we'd need to share

The joy of "little things"

In order to appreciate

The happiness life brings.


I think He knew our troubled hearts

Would sometimes throb with pain,

At trials and misfortunes,

Or goals we can't attain.


He knew we'd need the comfort

Of an understanding heart

To give us strength and courage

To make a fresh, new start.



He knew we'd need companionship,

Unselfish... lasting... true,

And so God answered the heart's great need

With cherished friends... like you!

How To Love Yourself

Stop All Criticism
Criticism never changes a thing. Refuse to criticize yourself. Accept yourself exactly as you are. Everybody changes. When you criticize yourself, your changes are negative. When you approve of yourself,your changes are positive.

Don't Scare Yourself
Stop terrorizing yourself with your thoughts. It's adreadful way to live. Find a mental image that gives you pleasure (mine is yellow roses), and immediately switch your scary thought to a pleasure thought.

Be Gentle And Kind And Patient
Be gentle with yourself. Be kind to yourself. Be patient with yourself as you learn the new ways of thinking.Treat yourself as you would someone you really loved.

Be Kind To Your Mind
Self hatred is only hating your own thoughts. Don't hate yourself for having the thoughts. Gently change your thoughts.

Praise Yourself
Criticism breaks down the inner spirit. Praise builds it up. Praise yourself as much as you can. Tell yourself how well you are doing with every little thing.

Support Yourself
Find ways to support yourself. Reach out to friends and allow them to help you. It is being strong to ask for help when you need it.

Be Loving To Your Negatives
Acknowledge that you created them to fulfill a need. Now, you are finding new, positive ways to fulfill those needs. So, lovingly release the old negative patterns.

Take Care Of Your Body
Learn about nutrition. What kind of fuel does your body need to have optimum energy and vitality? Learn about exercise. What kind of exercise can you enjoy? Cherish and revere the temple you live in.

Mirror Work
Look into your eyes often. Express this growing sense of love you have for yourself. Forgive yourself looking into the mirror. Talk to your parents looking into the mirror. Forgive them too. At least once a day say: "I love you, I really love you."

Love Yourself ..Do It Now
Don't wait until you get well, or lose the weight, or get the new job, or the new relationship. Begin now -- and do the best you can.

From: http://solaceforlife.blogspot.com/

Thursday, April 9, 2009

Congrets!...Elis


Konvo gak besfren aku sorg ni...Tahniah!!!! Adiah ko t la ek...tgu besday ko..Bestnye abis study..Aku je blum g..Xpe kne tgu r..sabau..Lps ni aku follow ko....Miss u so mush!!! By da way, bl mau melanje aku aaaa???

CINTA INI (LENTERA TIMUR)

BETAPA ENGKAU MENYINTAI
AGUNGKAN AKU BAGAI SEORANG PUTERI
SELALU KAU PUJA DIRIKU INI
MELAYANG AKU TAK MEMIJAK BUMI

NAMUN TERKADANG KU RASAKAN
APAKAH SIKAPMU TAK BERLEBIHAN
AKU WANITA TAK SEMPURNA
BUKAN SEKILAUNYA BATU PERMATA

MARILAH BERSAMA JALANI CINTA KITA APA ADANYA
SALING MENGERTI DAN SUDI MENERIMA
KITA MANUSIA BIASA
MARILAH MENJAGA KESUCIAN CINTA RAHMAT YANG KUASA
SALING BERPADU HATI UNTUK BERDUA
DALAM DAKAPAN MESRA

NIKMATI SUKA BERBAGI DUKA
SEIRING DENGANMU AKU BAHAGIA
GENGGAM JEMARI DAN BERJANJI
SETIA SELAMANYA SAMPAI AKHIR NANTI

* Dato' Siti Nurhaliza

Wednesday, April 8, 2009

Migraine Headache

Up to 90% of the general population reported experiencing headaches at some point in their lives. At any given point in time, up to 10% of the general population seeks medical treatment for the relief of migraine, headache, migraine headache of disabling headaches, and over 40% of North Americans have experienced severe headaches at some point in their lives. Headache is a complex phenomenon, the pathophysiology of which is migraine.

Migraine sometimes has dramatic features of transient neurologic deficits, blinding headaches, nausea, and vomiting. Migraine is much more common in women than men, runs in families, and is usually a disorder of young, primarily healthy women. Out of the several categories of migraine headaches, two are particularly worth mentioning. Migraine with aura and migraine without Migraine without aura is far more "common" than migraine with aura. Aura are usually visual, but may Auras should typically last from 5 to 60 minutes in most patients and represent progressive neurologic deficit with subsequent complete recovery. They usually precede the actual headache attack. Migraine headaches commonly begin early in the morning but may occur at any time of the day or night.

Nocturnal headaches, awakening the patient from sleep, characteristically occur in cluster headaches but have also been reported with migraine. However, in a patient with the recent onset of nocturnal headaches, brain tumor and glaucoma should be excluded by thorough neurologic and ophthalmologic evaluation and with appropriate imaging studies. During severe attacks, headache is lateralized in 60-70% of the patients followed by bi-frontal or global headache in up to 30%; occasionally other locations, including bi-occipital headaches are described. Pain is usually associated with nausea, photophobia, phonophobia, and occasional vomiting. Headache is usually gradual in onset and follows a crescendo pattern which persists typically for 4 to 72 hours, with gradual but complete resolution. The headache is usually dull, deep and steady when mild to moderate and becomes throbbing or pulsatile when severe. Migraine headaches are worsened by rapid head motion, sneezing, straining, constant motion or physical exertion thereby leading many migraine sufferers to lie down in a dark, quiet room. Some migraine sufferers can abort their headaches.

Phenomenon of prodrome should be separated from the aura. Prodromes can last from hours to days, and are usually associated with changes in mood, appetite, and fluid retention. Although autonomic features characteristically occur in cluster headaches, they can also occur in 10-20% of migraine patients. These symptoms may include nasal stuffiness, rhinorrhea, tearing, skin color and temperature change.

* I hate medicine...wawawawa...help me 3x!!...mcm2 ubt kne telan..

Love according to STERNBERG

Cinta menurut Sternberg
Sebagai renungan bersama. Sangat baik difikirkan untuk mereka yang tengah di zon Relationship atau di zon friendship yang akan menuju ke arah Relationship.



Relationship - Hubungan istimewa , Friendship - Persahabatan
Terdapat 3 jenis atau komponen yang membawa dan menyusun kata Cinta:





1. Intimacy (Keintiman/Berasa dekat)
2. Passion (hasrat/nafsu/gairah)
3. Commitment (kesetiaan/kesungguhan)





Dari sini muncullah beberapa jenis cinta:




A. Liking/friendship
= Hanya ada Intimacy sahaja.


B. Infatuated love
= Hanya ada Passion sahaja.


C. Empty love
= Hanya ada Commitment sahaja.


D. Romantic love
= Ada Intimacy dan Passion sahaja.


E. Companionate love
= Ada Intimacy dan Commitment sahaja.


F. Fatuous love
= Ada Passion dan Commitment sahaja.


G. Consummate love
= Ada Intimacy dan Passion dan juga Commitment.
Apabila seorang jejaka atau pemuda mulai menyukai seorang wanita atau wanita mulai menyukai seorang jejaka, perlu difikirkan dan diteliti, apakah kerana alasan-alasan di bawah ini:
- Kerana ada intimacy?
Tandanya seperti senang atau mudah diajak berbual/berinteraksi, dapat saling membina, likes to spend time together, berasa selesa ketika berinteraksi.
- Kerana ada passion?
Lebih ke arah fizikal yang menarik( saling tertarik), seperti apakah si dia ni cantik/tampan, atau sorot matanya yang menawan dan mengoda, suka melihat senyumannya, tubuhnya yang "wow".
- Kerana commitment?
Kerana terlanjur dijodohkan, merasa wajib mendampingi, wajib menjaga, wajib membuat si dia bahagia, kerana sudah berjanji maka harus ditepati.
Ops! Sekarang mari kita check hubungan kita dengan lawan jenis di zon cinta kita yang mempunyai potensi mengarah kepada relationship. Apakah hubungan anda mula menunjukkan gabungan antara dua aspek seperti diatas atau hanya satu aspek saja (relationships tak seimbang) atau sudah mengarah kepada ketiga aspek yang ada? (relationships yang sihat).
Contoh Situasi:
a. Ada jejaka/wanita yang menarik tetapi tidak selesa ketika diajak berbual
Ertinya, ada passion tetapi kurang intimacy.
b. Ada jejaka/wanita yang sangat selesa ketika melakukan aktiviti secara bersama, tetapi tidak merasakan adanya 'chemistry'
Ertinya, ada intimacy tetapi kurang passion.
Huhu...Mari refleksi diri kita dalam hubungan lawan jenis kita masing-masing...hmm
Perlu diingat, sebelum melangkah terlalu jauh, harus dijaga batas-batas antara friendship just for friendship atau friendship for the next relationships.(Persahabatan hanya sekadar berkawan / Persahabatan untuk ke arah hubungan yang lebih istimewa)



TQ: http://sogoh.blogspot.com/2008/12/love.html

* But the most important is love yang bersandarkan Allah & syara'...