Thursday, August 27, 2009

~ PANDUAN UNTUK BERPUASA ~

~SALAM~


Renungan jasmani semasa berpuasa.

Beberapa perkara akan berlaku di sebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3 hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga (14-akhir puasa): Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan

Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”


Wallahualam...

Saturday, August 22, 2009

~ TAG and KAD RAMADHAN ~

~ SALAM ~
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Semua...
First day puasa ni....
Harapnya bermula dengan baik dan berakhir dengan baik juga....
Ada tugasan tuk sy dari Zack@Ansorullah....

Rules:
DE 4 SOALAN (PENDEK JER...)

1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

MARJAN~ Siap....

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..

MARJAN~ Senarainyer di bawah ae...lebey 3org...so 13

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

MARJAN~ InyaAllah....sebarkanlah dan lakukanlah amalan dan cara hidup Islam dalam kehidupan kita...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

MARJAN~ Hidupku dan matiku hanya kerana Allah..tubuh ni hanya pinjaman saja...InsyaAllah sedaya mungkin ku amalkan suruhan-MU

~THE END~
Soklan yang sempoi tapi ada makna yang tersirat...lebih2 lagi kita yang Islam dan ngaku Islam banyak yg tak menjalani kehidupan yg berlandaskan syariat Islam...ISLAM IS THE BEAUTIFUL AND WAY OF LIFE....
Thanks for Zack@Ansorullah for giving this TAG...^_^

CALON-CALON TUK TAG INI ADALAH...
PERINDU CINTA ILLAHI
INSYIRAH
Sam'z Ha
LADY ELL
REEN
CIKGU IZZA
MIMIELOMA
MAMA KITER
SHAFIE
HAMDAN
NADIA

MISS OREN
DEVOTEE

###################################################

Sonoknyer...dapat buah Ramadhan dari


(1) Khairunnisa
http://www.qalamhazin.blogspot.com






(2) Mujahidah Puteri
http://mujahidahputeri.blogspot.com






(3) Mama Kiter
http://anita-marzuki.blogspot.com/





SYUKRAN JAZILAN...^_^

Friday, August 21, 2009

~ MONTH OF MERCY ~


Welcome to Ramadan, the month of mercy.
Sit yourself calm and witness the beauty.

Feel the pure breeze under the shade of palm trees,
Forgiveness - even if sins stretch seven seas.

The month of reflecting on the life we’ve spent
And how it healed after every dent.

The time to realize your true objective
And to live Islam fully and not selective.

The time to appreciate the food and drink.
To unite rich and poor and provide the link.

The month of the struggle to grasp your soul,
For the next eleven months, in full control.

This is the time when the gates of hell are shut.
The devil is locked up and his work is cut.

The doors of mercy are opened up wide
And Allah’s blessings are always on your side

This is the month when the Qur’an was revealed,
The last revelation – the door had been sealed.

A true guidance for the whole of mankind,
No better words elsewhere will we ever find.

This is the month in which falls the Night of Power,
‘Better than a thousand months’, the blessings shower.

The angels descend on us so that they may see
The faces of believers in tranquility.

Don’t ignore this Ramadan; it could be your last.
Strive to obtain Allah’s pleasure and hold your fast.

Tomorrow could be your final day, be prepared.
Seize today by the neck and have no chance spared.






Tuesday, August 18, 2009

~ NTAH TAJUK APA ~

~SALAM~

Salam keceriaan kepada semua pengunjung blog ini...Senyumlah selagi mana boleh bg menceriakn diri anda...mana yg tak sihat tu jgn pasif ae kerana bila anda pasif semua tak jadi..betul tak?? Jadi gerak2kn diri anda...Sy pn tak sihat juga nie...baru nk baik demam tp papepn kena juga wt ceria dan siapkan kerja yg utama dulu...

Sebenarnya, sy sgt la frust bila laptop sy rosak..sekarang ia tido..tp tambah frust adalah kerana data spss sy (data paling penting dlm tesis) hilang..baru je berjaya dibuat tp tak dpt diselamatkan...
Now, terpaksa guna mana yg ada dan pinjam laptop org....Adeh....

Ahad baru nie (16 Ogos 2009), ummi sy bg tau yg Ustazah sy ada tgk blog sy nie...siap promote kat ank dia (girl ae)...Malunyer...Bukan pe, tak sangka pulak...Terima kasih ae Ustazah dan sesiapa yg sudi baca blog yg tak seberapa ini...mana yg baik, ambillah...mana yg tak baik, tinggalkan je...

Tak lupa juga buat sahabat blogger yg lain..Maaf sgt2...Tuntutan masa yg kadang2 cemburu dgn sy ni yg wt sy jarang dan terlewat nk lawat rumah korang...Maaf lagi sekali..La nie pn, line internet pn tak bape baik la...tu yg agak leceh...

Selamat datang bulan Ramadhan yg mulia.Bulan yg paling dinanti2kan..Tak sabarnyer la...Byk fadhilat ni..Kena rebut jika Allah izinkan.Kena tingkatkan amalan.Lagi2 sepuluh malam terakhir. Sape yg penah jumpa malam Lailatul Qadr?? Tak payah bgtau..Simpan je tp klu de share la ae.Bukan pe, tuk amik pengajaran..

Last but not least, yang paling penting lagi, sy dah nk abis belajar....Nak final exam dah yg dijangka awal bulan 9 nie..Wah!!! Kejap je masanyer (aku nk keja dah??)...Ummi pn dah pesan, lepas siap tesis ni apply lah mana2 yg ok sesuai dgn kelayakkan...Tp papepn, sy kena dapatkn juga pointer yg PALING CEMERLANG dlm hidup (Dean's List) coz i'm not a lucky girl before this..At least, i have goal to achieve..By hook or by crook, i nak buat juga master cm ne pn...Kepuasan tu...Nk buat pe yg i suka...Ameen..

~tAMat~

Sunday, August 16, 2009

~ PERSAHABATAN ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Sekadar berkongsi cerita yg sy amik dr Muhd Kamil Ibrahim  mengenai PERSHABATAN...Tersentuh hati bila baca kisah nie walaupun sy tak pergi Makkah lagi...korang baca la ae...

##############################################################


Selepas subuh, saya membaca khutbah Jumaat yang ringkas tetapi signifikan.
Persahabatan akan mula terurai bila bermulanya perasaan iri hati yang tidak terkawal. Sejarah telah memperlihat bagaimana mereka yang bersahabat baik mula berjauhan apabila tidak dapat menerima sahabat yang hampir mendapat sedikit kelebihan.
Tentu sekali ia soal hati.
Kenyataan ini selalu dinyatakan kepada para pelajar. Bantulah rakan-rakan sekelas. Setiap kali kita mengajar mereka yang lemah, setiap kali itulah ilmu yang ada di dada akan bertambah. Jangan sesekali kita takut yang mereka akan menjadi lebih pandai, lebih bijak dan mendapat lebih kemuliaan.
Kemuliaan yang utama adalah di sisi Allah.
Allah mengajar saya erti persahabatan secara luar biasa. Pertimbangkan petikan kisah yang disampaikan melalui Travelogue Haji: Mengubah Sempadan Masa.
“…………. Rasa nikmat inilah yang menyebabkan hati tidak putus-putus berdoa supaya dapat membantu mereka yang dalam kesusahan mencari saf. Pada setiap waktu sembahyang!
Namun, perasaan nikmat yang tidak dapat digambarkan ialah pada hari terakhir di Masjidil Haram ketika mahu menunaikan solat Subuh. Saya berada hampir dengan Kaabah dan bersiap-sedia untuk membaca doa rutin.
Secara tiba-tiba bacaan doa diubah: Ya Allah, aku mohon keampunanMu. Aku mohon kerahmatanMu. Terimalah solatku ini. Ya Allah, inilah adalah solat terakhir aku di sini pada musim haji ini. Ya Allah, Kau hantarlah kepada ku sesiapa yang belum mendapat saf sebagai khidmat terakhir ku di Masjidil Haram. Ya Allah aku mohon keredhaanMu Ya Allah.
Hampir 70 meter di sebelah kiri saf, terlihat seorang jemaah berjalan tertunduk-tunduk mencari ruang untuk bersembahyang sambil memegang sejadah. Dia menghulur-hulur tangan memohon izin tetapi pastinya ia terlalu sukar. Apatah lagi jika saf sembahyang berhampiran dengan Kaabah.
Hati sempat melawak: Datanglah ke sini, datanglah ke sini, di sini tempat anda. Benar. Dia muncul di hadapan saya. Kami bertentang mata. Dia memohon persetujuan secara gerak hati dan perasaan. Saya membiarkan dia berlalu. Selepas bergerak setapak melintasi saf, saya memegang tangan kanannya dan menarik ke dalam saf. Dia nyata sangat-sangat gembira lalu menghampar sejadah untuk dijadikan alas sujud buat kami berdua.
Selesai sembahyang fardhu, saya terus mengangkat tangan untuk bersolat sunat dua rakaat sebelum bersembahyang sunat jenazah. Dia mengambil sejadah lalu membentangkannya secara memanjang khusus untuk di gunakan oleh saya seorang.
Kemudian, dia juga mengangkat takbir dan turut bersembahyang sunat dengan hanya berlapikkan batu marmar. Peritiswa kecil ini menyentuh hati. Tindakan beliau menyentuh hati. Saya hiba. Lalu menitiskan air mata. Dia telah memberikan kemuliaan hanya kerana memberikan ruang kepadanya untuk bersembahyang.
Ya Allah, janjiMu adalah benar, Ya Allah janjiMu adalah benar. Aku mohon keampunanMu Ya Allah.
Saya membaca bacaan sembahyang dalam linangan air mata yang cuba ditahan-tahan. Nyata Allah mengajar saya: Kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Kemuliaan manusia terletak pada hati dan perasaan. Sekecil mana perbuatan ikhlas yang cuba anda lakukan, ia pasti mendapat balasan. Ia mungkin rasa nikmat yang hanya saya sendiri mengerti dan memahaminya. Subhanallah – Subhanallah – Subhanallah [Astaghfirullah].
Selesai sembahyang, saya melipatkan sejadah dan menyerahkan kembali kepadanya. Dia memeluk saya, kiri – kanan – kiri, sambil mengucapkan terima kasih. Dia juga menyebut: Anda seorang yang baik (good man), semoga Allah memberkati hidup anda.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [Al-Quran 99:7-8]
Saya terfikir, kita boleh menjadi Wali Allah @ Malaikat di Masjidil Haram bukanlah secara jasad dan fizikal. Malaikat – sepanjang masa – melakukan ibadat kepada Allah. Wali pula adalah kekasih Allah. Mungkin kita boleh menjelmakan diri kita sebagai wali @ malaikat dengan melakukan sesuatu yang membuat orang berfikir begitu. Dan ia mudah dilakukan semasa menunaikan fardu haji. Namun idea sebenar adalah untuk menyuci diri dan mencari keredhaanNya.
Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mengtasbihNya dan hanya kepadaNyalah mereka bersujud [Al-Quran 7:206].
Dan yang lebih penting, bila pulang ke Malaysia meneruskan amalan baik yang telah anda lakukan di Tanah Suci Makkah dan Madinah. [Nota: Petikan daripada Bab Menjadi Wali Allah]

Saturday, August 15, 2009

~ CINTA DAMAI (AWARD FROM KOKODA) ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Dah beberapa hari award nie de dlm simpanan sy..
Sekarang baru sempat nk publish...
CINTA DAMAI...
Sweet je kan...
Tapi cinta yag ada sekarang ni makin kurang la...
Maybe kita tak sedar and maybe kita sedar...
kerana kemusnahan byk berlaku..
Betul tak?
Cinta ni memang bawa byk maksud..
Tapi senang kata biarlah sy bawa cinta pada Allah..
Dalam tak sedar, byk hal yg wajib dilakukan
tp hanya buat sambil lewa je..
Solat dilambatkan..
Nk ngaji Al-Quran pn dah jarang-jarang..
Puasa pn ntah buat ntah tak..
Mana yg kena ganti tu dah ke??
Jaga hubungan antara laki perempuan pn main taram je..
Sedar tak?
Hubungan dgn Allah kita dah kurang jaga,
so hubungan yg lain apatah lagi...
Byk yg kita tak sedar kan??
Mana yg masih buat lg amalan2 yg wajib
dan jaga hubungan dgn Allah,
Alhamdulillah...Teruskan...
Tambahkn dgn yg sunat...
Kawal nafsu selagi mana kita mampu...
Minta pertolongan dari Allah
agar diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran
Dalam menempuh hidup ini...
Hubungan dgn manusia lagi2 dgn Ibu Bapa hendaklah di jaga..
Mereka lah segala2nya bg seorang anak...
Jaga mereka sebaik mungkin selagi mereka masih ada..
Tanpa mereka siapalah kita...
Hubungan dgn makhluk yang lain pun jangan ambil ringan..
Siapa yg berada disekeliling kita
Adalah tanggungjawab kita..
Bermuamalah lah dgn cara yg baik..
Di akhirat nanti..
Semuanya akan ditanya...
Hubungan dengan Alam..
Sejauhmana kita menghargai alam ini?
Apa yg kita dah lakukan pada bumi ini??
Memusnahkan, merosakkan atau mencantikkan??
Fikir-fikirkanlah,
Ambillah renungan ini bersama..
Disebalik simbol..
CINTA DAMAI...
http://cenderawasi-papua.blogspot.com/


Thursday, August 13, 2009

~ MEMORI LAMA ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة



Kadang-kadang bila kita ingat balik zaman sekolah dulu, mesti rasa seronok kan?? Ngape ae? Teringat kenakalan yang dilakukan dulu2 ke? Ke 1st love korang? Ala..cinta-cinta monyet gitu…Tak pun, cikgu yg korang suka? Subjek yg jadi kegemaran ke?..ala..senang cite, mcm2 ada..

Nak kata aku nakal dulu pn, tak juga coz aku ni biase2 jer…huhu.. Tp boleh tahan gak ar..hahahaha..nakal dak pempuan..

Entri aku kali ni sesaje nk ingat balik zaman aku time form 4 & form 5 dulu.. Senang kata, sejak aku pindah sekolah lps tamat PMR..

Pindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang(SMKTPG) since bulan 4 thn 2001. Ngada2 nk tukar kos yg aku suka. Time kat Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), bukan tak boleh bawa B.Arab (kebanyakn yg pindah ada yg xbole amik B.Arab) tp aku borink dah kt citu. Ntah la. Tak tau nape. Degil punya pasal la senang kata. Lagipun tak suka amik account ketika itu. Nk lari la..*_*

So, bila masuk SMKTPG, aku amik Lukisan Kejuruteraan (LK). Dlm kelas ni, almaklumlah, nama pn dah LK, jadi mostly student nyer ramai yg laki. Semuanyer 25 (boys 15, girl 10). Dari situlah, aku dipanggil AWIE. Sesedap je Cikgu Jailani pgl cm tu...Ada juga yg pgl aku 'Budak Papan'..Siapa yg aliran cam aku, biasa akan bawa papan lukisan samada jenis kayu or plastik..yg bagi gelaran ni, si Mahyul Asyura, kwn asrama aku..

Masa form 5 la, ntah cm ne dorg dlm kelas aku ni, lantik aku jd penolong kelas bantu si Zaifitri..Adeh..Tambah je beban.. Aku ni garang ke? Tnyer la kwn2 kelas aku…huhu.. Bila dah ramai kwn laki dlm kelas, ada je la yg suka menyakitkan hati... Cham Chin Lei antara wanted yg paling aku xsuka.. Bukannyer pe pn, tau la dia pandai, tp suka sgt ajak aku borak bila cikgu ngjar..de je la yg dia nk share ngn aku..Mcm2 karenah dak kelas aku ni. Walau papepn, sejak masuk SMKTPG ni, aku makin aktif. Ialah maybe dulu kt SAMTTAR, dorg pilih kasih sikit. Biasenyer dak asrama je yg boleh join aktiviti sekolah..Itu yg aku malas nk join..

Kat SMKTPG ni gak, aku saje nk dok asrama… Walaupn rumah aku dekat je. Kt asrama ni, jgn cite la, senior (form 5) tak ramai pn. 7org je. Semua girls..hahaha..Aku? Nakal? biarlah cite tu jadi rahsia. Kat asrama, aku di lantik jadi AJK Biro Ibadah. Selalu kena kejutkn dorg bgn solat.. Kadang, aku la org pertama dicari bl de pape. Aku, manusia paling awl bgn kt asrama ni. Sampai dak junior kata, “akk tu tak takut hantu ker??”, “npe la akk tu bgn pagi2 ae?”, “suka betul akk tu membasuh pg2” dan banyak lglah..

Tp de jugak yg nk buli aku waktu awal2 aku masuk asrama dulu..Mungkin diri ini kecik sgt n sweet je, so adik2 ni ingat aku ni baya dorg.. Sangat menguji minda ae...Tapi, akhirnya, AKU ADALAH AKU...xde sape nk usik pn.. Lagipun aku jenis wt hal sendiri... Cuma bila nk abis p'sekolahan, de la adik2 yg nk jadikan aku sebagai kakak angkatla.. Bagi hadiah la..Terharu betoi..

Pendek cerita, aku suka sgt kenangan aku time tu. Lagi2 my classmate…Mcm2 cerita yg berlaku dan yg aku cipta sendiri..Alhamdulillah, walau dh berlalu zaman tu, until now, we all still contact each other. Kebanyakkannya ada yg dah kawen pn..

Tapi di sini, saje nk bagitau SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT EZRI BIN BASRI (dlm bulatan) yg jatuh pada hari ini…Dia antara bebarapa sahabat yg still berhubung dgn aku selain Hirzayati, Saliza, Sufian, Zaifitri and NorFazrin..Azlizawati and Rafiza de gak, tp dorg dah kawen…yg lain semua hilang jejak…

Sebenarnya, sengaja aku tak wish birthday si Ezri ni sejak malam td and pagi ni. Nak dera jiwa dia.haha....Agak keterlaluan ae....Maafkn hamba, En. Ezri…Padahal time besday aku, dialah antara org yg paling awl wish..hekhek..

SEMOGA DIRIMU DI LINDUNGI ALLAH S.W.T DAN DIMURAHKAN REZEKI..DI SAYANGI KELUARGA DAN RAKAN2 SEKERJA. SEMOGA ANDA SIHAT SELALU (jgn demok2 ae ^_^). CEPAT2 KAHWIN TAU..

TAK LUPA JUGA BUAT KAK ASMA HANIN YG JUGA MENYAMBUT ULANG TAHUN PADA 17 OGOS INI..TERIMA KASIH KAK…SEMOGA DIRIMU DIBERKATI ALLAH S.W.T

Wednesday, August 12, 2009

.:: CONTOHILAH POHON SEMALU ::.

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.

Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua
, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga
, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

* Renung-renungkanlah wahai wanita saudariku sekalian...jua peringatan buat diriku ini....
* Sharing is caring ^_^

Tuesday, August 11, 2009

~ TAG DARI FAARIHIN ~

~~ SALAM ~~

Jom kita layan tag yang diberi.. (^__^)

1. Nak tau sangat nama singkatan korang, umo, dan dok mana....???
Byk sgt la nama singkatan ni..Awie, Wee, and Ada…
Umur 24 thn, so pd adik2 blogger ni pgl sy akk la ae…
Sy tgl di kg yang damai n de byk kelapa sawit….huhu

2. Tiap2 hari ke korang bukak Blog nih??? Biasa kol berapa?? Lama tak?
Boleh gak la tgk tiap2 hari…itupn kalau tak ada keje. Tp klu de keje, xtgk pn..biasenyer pepagi la sy bukak blog sy ni…

3. Bila dah on kat Blog.. apa yang korang buat ek???
Kalau de org bg komen, sy balas komen dorg..ziarah ke blog kwn2 n baca maklumat yg di share…

4. Pernah tak sedang asyik melayan internet ni.. Korang telah abaikan sesuatu?
Erm..Penah gak..tapi tak lah teruk sgt..sama ada sy lambat wt keje atau tak je…tak pn sambil wt asement, layan blog…hehehe..(Jangan tiru ae..)

5. Macam mana korang masak maggie?
Tak makan jenama Maggie..jenama lain sy ok..Cintan ke, Ruski ke…mkn bl teringin..
Sama cam Faarihin wt, air first tu sy buang dulu coz ada lilin…yang lain tu cm biasalah ae..semua dah tau pn..

6. Hubby or wife korang tau tak korang ada blog ni? Pernah dia orang baca blog korang ni??
Tak kawen lagi maa…Cuma kwn2 I tau la yg I ada blog nih…terpulang la pada kwn2 I nk baca or tidak…huhu

Sekian.. Itu ajelah ye.. (^__^)

Sunday, August 9, 2009

~ SINAR CAHAYA DAN KHASIAT AYAT KURSI ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafaat kecuali denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi dihadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
(Al-Baqarah: 255)

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Sebab ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk Allah, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Allah s.w.t.

Antara hikmah Ayat Kursi :

# Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

# Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

# Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

# Mengikut keterangan dari kitab”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

# Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya

# Hadis ada mengatakan tentang Fadilat Ayat Al-Kursi, Rasulullahlah s. a. w. bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

# Sabda baginda lagi;“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

# Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

# Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

# Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan dan pencuri.

# Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat bagi menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

# Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Wallahu 'alam

Saturday, August 8, 2009

..:: SIAPAKAH YANG RUGI? ::..

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
* Bererti ia selalu meringankan kewajipan yang 5 (solat) itu..sama juga seperti melambatkan solat tanpa ada urusan yang penting.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi! Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
* Sentiasa melihat ujian yang dilalui sebagai jalan untuk mencapai kebahgiaan

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
* Sentiasa melakukan amal jariah walau dengan apa cara sekalipun..semata-mata dilakukannya untuk Allah
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa serta sentiasa meminta-minta harta.
* Ibarat dunia ini perlu digapai jika ada kekayaan..semoga dijauhkan dari rasa tidak bersyukur ini..

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
* Walaupun kubur kata mari, tetap juga dengan keseronokkan dunia yang ada..nauzubillah..moga kita sentiasa beringat yang semuanya hanyalah pinjaman sahaja...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
* Siapa pun anda dan di mana anda berada, jadikanlah akhlak yang baik itu sebagai perhiasan diri....begitu juga insan yang bergelar wanita...."WANITA CANTIK TETAPI TAK BERAKHLAK ADALAH IBARAT BUNGA CANTIK TAK BERBAU; WANITA CANTIK DAN BERAKHLAK DI IBARAT SEPERTI CANTIKNYA WANITA SOLEHAH DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W..HARUM SEMERBAK SENTIASA"

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
* Sentiasalah melakukan amal kebaikan..tak rugi pun..untungnya adalah pada kita juga di akhirat nanti...

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
* Janganlah mengambil harta-harta yang bukan milik kita...tunaikan zakat, jangan amik harta anak yatim...kelak terima padahnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
* Setiap tindak-tanduk yang dilakukan hendaklah berpandukan dengan akal yang bijak..fikir dahulu sebelum buat..jangan ikut nafsu yang kemudiannya merosakkan diri sendiri...

Friday, August 7, 2009

~~ ELAIKA - PADAMU YA ALLAH ~~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap


تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia


* Muhammad Obaid (Syair Imam Syafie)*

Thursday, August 6, 2009

~ WHaT IS LOVe?? ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta, manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, kita perlulah tahu sifat-sifat cinta;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga memberi.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona

Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta. Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampudikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.



Apakah itu Bukti Cinta?

......Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu, apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur" - Saidina Umar Ibnul Khattab

wassalam
kias_fansuri

***cinta sejati belum kutemui...tp biarlah cintaku ini milik yang Hakiki....

Wednesday, August 5, 2009

< PETUA LAMA >

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Menghaluskan Kulit Muka
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Menghaluskan Kulit Muka
(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
##########################################################
KUIS ditutup selama seminggu...huhu...kerana apa?? yup, demam yg dihidapi oleh sebahagian besar pelajar KUIS. so, sbg langkah b'jaga2, maka arahan kementerian kesihatan hendaklah dipatuhi...
Adeh....byk keje ni...assignment Legal, privacy and security issues in e-commerce, Case study MIS, Case study SM & Thesis (final project)...sangat takut................................final exam round in the corner...

Tuesday, August 4, 2009

~ $AJAK BU@T BAKAL $U@M! ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

tak semestinya manusia cinta kepada kita,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya,

kita cinta kepada manusia,

kita akan cemburu kepada orang yang

mencintai orang yang kita cintai,

tetapi sekiranya,

kita cinta kepada Allah,

kita akan turut mencintai orang yang

melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,

andainya dia adalah jodoh

yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

Maka,

campakkanlah ke dalam hatiku,

cinta kepadanya adalah kerana-Mu,

dan campakkanlah ke dalam hatinya,

cinta kepadaku adalah kerana-Mu.

Namun,

andainya dia bukanlah jodoh yang

ditetapkan oleh-Mu kepadaku,

berikanlah aku kekuatan agar pasrah

dalam mengharungi ujian,

yang Kau berikan kepadaku.

*Aminah Qutb*

#########################################################


Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


*De Hearty*

Sunday, August 2, 2009

~ Mengawal Nafsu ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk mengawal nafsu dan seterusnya meluruskan hidup kita agar sesuai dengan fitrahnya.

1. Biasakan Berwudhuk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum melakukan pekerjaan atau sebarang aktiviti.

Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselasaikan. Contohnya, seseorang pelajar disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhuk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca mudah diingati.

# Petua awet muda juga..=)



2. Banyakkan Membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan oleh Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.

# Al-Quran sebagai pendinding kita dlm apa juga keadaan sekalipun..amalkan juga m’baca ma’thurat dlm m’hindarkan diri kita dari mendapat kecelakaan..


3. Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk yang paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadah sehari-hari. Antaranya ialah dengan mendirikan solat sunat.

Solat sunat hajat, sunat taubat, sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada satu pertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


# Jangan lupa tambahkn dgn sunat dhuha, baik tuk dimurahkan rezeki…



4. Bersangka Baik Dengan Allah

Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian hidup. Semuanya merupakan ujian daripada Allah yang Berkuasa untuk menguji keimanan kita sebagi hamba Allah.
Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mestilah percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

# Diriku ini juga merupakan insan yg tak lepas dari menyalahkanNya..huhu..tp semakin umurku meningkat, aku sedar yg hidup ini amat indah dgn ujian yg dilalui..mmg ada hikmah yg tersembunyi…dlm sedar xsedar saja aku melaluinya..








5. Jangan Makan Berlebihan
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan hawa nafsu menjadi kuat.

Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah dengan mengamalkan sedikit makan dengan disiplin yang kuat.

Makanan yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung, darah tinggi dan kencing manis.



# Petua aku?? Jgn lepas tuk amik sarapan pg. WAJIB! Tga hari makan dgn agak byk (ikut perut aku la..menu berat), mkn mlm before maghrib…tp mujur diri ini xcerewet bab mkn..mkn je pe yg ada, janji halal..








6. Menangis Sepuas Hati

Jika tekanan yang dihadapi melibatkan individu lain, ia dapat diredakan melalui luahan hati dengan menulis rasa tidak puas hati tersebut dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana.

Sesetengah individu tidak suka meluahkan masalah apabila bersama rakan-rakan sedangkan di dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Oleh itu, menangis adalah salah satu cara untuk mengurangkan tekanan dan cabaran yang dihadapi.

# Aku insan yg terbuka..means aku akn bg peluang bl b’laku ketidakpuasan hati yg melanda..aku akn cakap terus terang & dpt dgr pendapat org lain dgn baik..tp…bl dah bg peluang, jgn xcakap pe yg xpuas hati tu..kerana aku cukup pantang bl orang cakap belakang!!! Ni mmg nak kena smash ngn aku lps ni…

# Aku suka share masalah aku ngn org2 yg aku rapat. Itu juga merupakan saranan dari ummi aku agar kami, adik beradik xsegan tuk luah masalah ^_^












7. Hargai Kebolahan Diri

Kita mesti mempunyai sikap yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan, kita tidak akan mempunyai masalah dalam menghadapi cabaran hidup. Apa yang penting, kita mesti menghargai kebolehan sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

# Proud to be myself..aku xsanggup nk ubah pe yg Allah dah beri..tp jika tuk kebaikan & ilmu, yes, aku xkan lepaskan peluang yg ada..Alhamdulillah aku mengikut perangai abah yg petah b’kata-kata dan tegas bertindak…



8. Cintai Diri Sendiri


“Cintailah diri sendiri sebelum kamu menyintai orang lain.”

Daripada maksud sepotong hadith ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu menyintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Kita perlu memulakan kehidupan dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

# I love my self….bangga menjadi diriku…dulu kini dan selamanya, AKU ADALAH AKU…apa-apa pn family aku yg utama..tanpa orang lain pn xmengapa…smile =)


Cabaran hidup dan pelbagai masalah yang berkaitan dengan tuntutan nafsu bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan peyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pasti dapat diselesaikan dengan baik.


# Jihad melawan nafsu diri sendiri adalah lebih susah sebenarnya..tp dgn bantuan ilmu yg dimiliki, azam dan doa, itulah kekuatan yg kita ada dlm melawan hawa nafsu yg bersarang dlm diri…







# Carilah seberapa byk ilmu yg ada tuk memantapkan diri dan b’dampinglah dgn golongan yg baik2 dan alim ulamak supaya kita sentiasa memperbaiki diri…

Saturday, August 1, 2009

.:: WO AI NI, ALLAH::.

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة




Penulis: Vanny Chrisma W.
Diterbitkan oleh: PTS Litera


Sinopsis:

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan social? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.

Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhirnya dia bertemu apa itu Tuhan.


Wo Ai Ni, Allah…aku cinta Allah…tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.

###################################################

Ulasan:

Watak gadis Cina di dalam novel ini adalah cermin kerinduan spiritual yang tidak terperikan di kalangan ateis yang tidak tahu ke manakah jalan hidupnya. Sementara bagi muslim dan muslimah sendiri, watak itu adalah ujian yang mempertanyakan kesejatian iman dan ihsannya….Taufiqurrahman al-Azizy

###################################################

Antara kata-kata yang menarik dalam buku ini...

“KASIH SAYANG YANG BAIK KEPADA MANUSIA ADALAH SETENGAH AKAL, KEBAIKAN PERTANYAAN ITU SETENGAH ILMU, DAN KEBAIKAN PENGATURAN ITU ADALAH SEBAHAGIAN PENGHIDUPAN. BANYAK ORANG YANG TERHANYUT TERBUAI KENIKMATAN, BANYAK ORANG YANG TERMAKAN FITNAH OLEH PUJIAN DAN BANYAK JUGA ORANG YANG TERTIPU OLEH TUTUP KEAIBAN. TIDAKKAH KAMU TAHU, BAGAIMANA SIANG DAN MALAM MENGUJI KITA? TAPI, KITA BERMAIN-MAIN MELULU, BAIK SECARA DIAM-DIAM MAHUPUN TERANG-TERANGAN. JANGANLAH KAMU TERPEDAYA PADA DUNIA DAN SEGALA ISINYA. KERANA, TANAH AIR DUNIA, BUKAN TANAH AIR YANG SEBENARNYA. DAN BERBUATLAH UNTUK DIRIMU, SELAGI BELUM DATANG KEMATIAN. JANGAN SAMPAI KAMU TERTIPU, OLEH BANYAK SAHABAT DAN TEMAN.”

“OH, TUHANKU, TIADA INDAH SUATU MALAM, KECUALI DENGAN BERMUNAJAT KEPADA-MU. TIADA INDAH SUATU SIANG, KECUALI DENGAN MENYEBUT NAMA-MU. TIADA INDAH AKHIRAT, KECUALI BERSAMA KEAMPUNAN-MU. DAN, TIADA SYURGA MELAINKAN DENGAN MELIHAT WAJAH-MU.”

#################################################





“AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH, TUHAN SEKALIAN MANUSIA.” (AN-NAS: 1)

“DAN RAHSIAKANLAH PERKATAANMU ATAU NYATAKANLAH. SESUNGGUHNYA DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA ISI HATI.” (AL-MULK: 13)


“KATAKANLAH (MUHAMMAD), TERANGKANLAH KEPADA-KU JIKA SUMBER AIR KAMU MENJADI KERING, MAKA SIAPA YANG AKAN MEMBERIMU AIR YANG MENGALIR?.” (AL-MULK: 30)


(أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمدا رسول الله . Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan NABI MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH...Sesungguhnya Allah itu wujud, dan DIALAH yang Mentadbir alam ini)


###################################################


Luahanku....


Buku ini ku beli ketika pergi ke PESTA BUKU NEGERI SELANGOR 2009, 25 Julai 2oo9..masih lagi di buka hingga isnin ini..Aku membelinyer kerana mmg aku suka m'baca ttp ada sebab lain yg ingin ku ketahui...


Apa perasaan korg bl kwn korg yg ISLAM b'kata dirinya ateis? dia nk tau knp aku leh solat dgn percaya yang Allah tu wujud & ikut pe yg Allah perintahkn...msti korg t'gamam kn? dia xmau ikut je mcm mana org buat tp dia nk ikut & percaya...ye, mmg dia minta aku ajar dia ngaji n solat...dia mmg nk berubah balik..aku cuba wt yg termampu...tp semakin lama aku b'samanya, byk masalah lain yg aku ketahui...sungguh!! masalah besar!! "Ya Allah, apa yg Engkau nk tunjukn pada diriku ini...??"


Buku 'WO AI NI, ALLAH' mmg bgus bg ku...tp wataknyer seorang gadis Cina Buddha...tp yg bertanyakan pada ku ini, ISLAM...mcm 1 batu besar himpap kt pale ku ini je...berat tugas ni...dia mmg telah menyimpang jauh...hanya aku sahaja dia meluahkan masalah ini...parents dia xthu lansung!!


Awal pg Khamis (30 Julai 2009), 4.00 am, aku baca buku ini sehingga habis dgn linangn air mata...sgt bagus bagi mereka yg mencari siapa Tuhannya..n bg yg Muslim, ini ujian...aku xnafikan..


Korang akn tahu bl baca buku ni...n mengalami apa yg aku rasakan...


Semoga aku kuat tuk membantunya...dia menjadikan aku ini sbg "ROLE MODEL" nya (Ya Allah, kuatkanlah iman ku...jgnlah Engkau m'buatkan diri ini riak & takbur...Ampunkanlah dosa2 ku ini..Aku bukanlah insan yang baik tp aku redha menerima ujian-Mu ini...)


Buat sahabat yg mana telah ku luahkn mslh ini, doakn aku semoga kuat & istiqomah dgn apa yg telah ku lakukan. Memang tugas kt sbg KHALIFAH ALLAH tuk berdakwah, menegur mana yg silap, memperbaiki amalan yg ada...dan ini juga merupakan masalah umat akhir zaman tika ini..."Ya Allah, Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu, bantulah hamba-Mu yang lemah ini...Kuatkanlah imanku. Janganlah Engkau membolak-balikkan hatiku dari mengingati-Mu. Sesungguhnya, sangat berat ujian-Mu ini..Ampunkanlah diri ini, Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" Ameen