Saturday, October 31, 2009

~ AMALAN YANG BAIK ~

SALAM...

Banyak amalan2 yang baik ni sebenarnya. Tapi amalan yang sy nak share ni tuk kesihatan tubuh badan kita.  Mungkin ada yg dah tau pun tapi sekadar tuk mengingatkan saja. Antaranya adalah spt:-

* Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul di badan. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Pesanan ni juga sy dapat dari kwn2 laki saya...cz sorg bapa kwn sy ni pengamal perubatan Islam dia memang galakkan mandi awal ni..

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Jangan lupa selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sebanyak 3 x tuk awet muda. Makan madu pagi2 pun elok tuk minda dan perut..

* Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

* Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, susu dengan buah dll. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

* Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Kunyahan tu jangan lah cepat sangat, kang tercekek pulak. Satu lagi makan ikut kemampuan perut kita. Jangan membazir. Pantang sy tengok org tak habis makan ni..

Sama-samalah kita mengamalkannya…….

Sabda Nabi "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya."

WallahuA’lam

Friday, October 30, 2009

IMAM SOLAT, PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI


Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup. Oleh yang demikian, Allah mensyariatkan kepada umat Islam perkahwinan sebagai satu-satu cara yang halal untuk perhubungan di antara lelaki dan wanita selari dengan kehendak fitrah kejadian manusia.

Sebelum berkahwin, biasanya kebanyakan lelaki sudah membayangkan bagaimana cirri-ciri wanita yang bakal menjadi isteri yang akan menghiasi hidupnya samada pada sudut kefahaman agama, akhlak, kecantikan, harta dan keturunan sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : “seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara: harta, keturunan, kecantikan dan agamanya. Pilihlah yang beragama, kamu memerlukannya.” Manakala dalam satu hadis yang lain pula Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa seorang wanita yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan dengan sabda baginda melalui riwayat Imam Muslim : “Dunia adalah keseronokan dan sebaik baik keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah”.

Nabi s.a.w menyarankan kepada lelaki agar memilih perempuan yang beragama dan berakhlak. Satu persoalan yang hendak ditimbulkan di sini adalah bagaimana dengan para wanita? Adakah mereka perlu memilih siapakah yang bakal menjadi suami mereka? Jawapannya, ya. Sama sahaja. Mereka perlu memilih seorang lelaki sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam iaitu seorang yang bertakwa, memiliki akhlak yang mulia dan berasal daripada keturunan yang baik-baik sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud : “Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini.”



Diingatkan kepada para wanita tidak tergoda dan terpedaya dengan kebaikan serta pujuk rayu yang hanya dilakonkan oleh segelintir lelaki dan tidak mudah ‘cair’ dengan ayat-ayat manis lelaki yang hanya berlakon baik dihadapan anda. Anda perlu siasat dan mengenal pasti siapa dan bagaimana akhlaknya kerana orang yang bakal anda pilih adalah seorang yang bakal menjadi suami anda dan akan memimpin sebuah rumahtangga yang boleh diibarat sebuah ‘negara kecil’. Suami adalah ibarat Perdana Menteri dalam sesebuah keluarga. Jika Perdana Menterinya rosak, maka buruklah seluruh negara tersebut. Oleh yang demikian, pilihlah seorang ‘Perdana Menteri’ yang benar-benar memahami agama dan yang baik akhlaknya.

Kepada para wanita, satu panduan yang boleh dikongsi untuk anda semua iaitu dalam memilih lelaki yang bakal menjadi pemimpin dalam sebuah ‘negara kecil’ anda iaitu dengan memilih lelaki yang mampu menjadi imam solat. Rasanya perlu untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai lelaki yang mampu menjadi imam solat iaitu seorang lelaki yang mampu mengimamkan solat bacaan kuat (subuh, maghrib dan isyak) kerana pada solat yang bacaan jahr (kuat) ini pelbagai perkara yang dapat dinilai terhadap diri seseorang lelaki. Pertama, pada sudut kepimpinan dalam keluarga. Lelaki yang mampu mengimamkan solat dapat dilihat bahawa ia akan mampu membimbing keluarganya nanti dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek ibadah. Sekiranya lelaki tersebut tidak mampu untuk menjadi imam, cuba fikir fikirkan terlebih dahulu kerana dalam aspek ibadah yang dilakukan setiap hari pun tidak mampu untuk menjadi pemimpin apatah lagi dalam aspek yang lain-lain, mungkin tidak mampu untuk memimpin keluarganya dengan sebaik mungkin. Sekiranya ada lelaki yang ingin meminang anda, terlebih dahulu bertanya kepada mereka adakah mampu menjadi imam solat dan selepas itu barulah menilai mengenai perkara-perkara yang lain.

Kedua, adalah pada sudut ilmu dan kefahaman agama kerana seorang lelaki yang ingin mengimamkan solat (diingatkan solat yang dimaksudkan adalah solat Subuh,Maghrib atau Isyak) hukum-hukum asas fiqh seperti perlu mengetahui rukun-rukun solat, syarat-syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat dan kesempurnaan dalam pembacaan al Quran terutamanya surah al Fatihah. Kebanyakan lelaki ‘takut’ untuk mengimamkan solat yang Jahr (subuh,maghrib dan Isyak) kerana takut untuk membaca ayat ayat al Quran secara kuat disebabkan bimbang bacaan tidak betul. Melalui imam solat juga boleh dinilai tahap ilmu asas fiqh dan ilmu pembacaan al Quran. Ramai dikalangan lelaki yang ‘penakut’ ini lebih sanggup untuk menjadi imam bagi solat Zohor dan Asar tetapi pada solat subuh, maghrib dan Isyak mereka mencari jalan untuk mengelak.

Perkara ketiga adalah pada sudut akhlak atau pekerti seseorang lelaki. Kebanyakan mereka yang mampu menjadi imam adalah mereka memiliki akhlak, budi pekerti serta mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat. Tidak dinafikan juga bahawa ada yang bukan sekadar mampu menjadi imam solat biasa malah turut dijemput menjadi imam di masjid-masjid tetapi berakhlak dengan akhlak yang tidak sewajarnya dengan ’tiltle’ seorang imam. Kita semua tanpa mengira lelaki atau perempuan sudah tentu menginginkan pasangan yang baik dan memiliki akhlak yang mulia. Adalah diingatkan, janganlah terlalu memilih dan mencari yang terbaik sebaliknya jadikan diri kita dahulu seorang yang baik, berakhlak mulia dan soleh atau solehah kerana Allah telah menjanjikan yang baik adalah untuk mereka yang baik.

Jangan terpedaya dengan kecantikan atau ke’handsome’man semata-mata kerana cantik atau tampan seseorang tidak akan kekal hingga ke akhirnya. Nanti kalau uban dan berterabur, pipi dah kendur, gigi pun sudah gugur, mata dah kabur dan berjalan pun hampir nak tersungkur hilanglah segala kecantikan dan ketampanan yang ada. Begitu juga dengan keturunan dan harta yang tidak akan kekal selamanya. Pilih yang beragama serta berakhlak mulia kerana akan membawa kepada keredhaan Yang Maha Esa dan memacu arah menuju ke syurga.”

Nota: Eskandar Subki Albanjari

Kredit : 
http://www.jejariaccess.com/blog/


********************************************************

"Sesunggunya solat itu tiang agama. Jika dia menjaga solatnya maka dia juga faham tuntutan sebagai muslim dalam mencari redha Allah. Bila pilih lelaki yg menjaga solatnya, nescaya hidup kita dalam aman dan damai. Tetapi ingat! Sebagai wanita, solehahkan diri anda  (termasuk saya) dahulu sebelum mengimpikan lelaki soleh"

Thursday, October 29, 2009

~TAKE A SECOND~

The poem below has been penned by a Muslim sister, 17-year-old Fatma Abdullah. We thought it reflected depth of thought and a keen observation of the state of Muslims today.

pen-and-notepad

What is happening to Muslims today?
Why are we imitating the western way?
Are we forgetting a crucial part of Islam,
Following the Prophet (alayhi salaatu wassalaam)?

Although entertainment may bring about pleasure,
The Quran and Sunnah is what we should treasure.
What we commit to memory instead of ayaat and ahadith,
Are lyrics of songs that only weaken our belief.

When asked about Sahabah who struggled for this deen,
The response will be a shrug from many of the teens.
Biographies of singers and athletes fill their minds,
While daily adhkaar are sadly left behind.

Instead of preparing for our inevitable end,
We find ourselves spending endless hours with our friends.
Gossiping about celebrities and fellow kids at school,
Only so that we can be among the ‘cool’.

We find ourselves submitting to fashion and fame,
Instead of praising Allah with His glorious names.
Is it just me, or is the hijaab getting smaller?
Diets to get slimmer and high heels to look taller?

This ummah is in danger, and something must be done,
But first we must remember that as an ummah, we are one.
Like a single body undergoing trials and tests,
When one part feels the pain, it is felt throughout the rest.

Let’s go back in time to the seventh century,
And take examples from a people full of faith and purity.
The first Muslim generation knew divided they would fall,
So they stood together, may Allah be pleased with them all.

Abu Bakr al-Siddiq was the Prophet’s closest friend,
Supportive of his mission till the very end.

Umar bin Khattab was a companion strong and fierce,
But due to taqwa of Allah, he could not hold back his tears.

And Uthmaan bin Affaan would always give more than take,
So he was known to spend in masses, solely for Allah’s sake.

And there’s another who submitted when he was just a lad,
Unshakable faith was what Ali bin Abi Taalib had.

And let’s not forget Musab bin Umayr, Abu Dharr al Ghifari,
Abdullah bin Masood, Bilal and Abu Ayyub al Ansari.

Enemies of islam did what they could to stop the call,
But the Sahabah stood together like a firmly fixed brick wall.
The same can be said for Islam in modern days,
Being attacked from many angles, and in many different ways.

The media tries its best to make this way of life distorted,
Pointing fingers at those who try hard to support it.
So let us all unite and show the whole world that we're bold,
And spread Islam and its teachings to people young and old.




** NICE POETRY (*_*). Think about it..it is true in our life..

~SCIENCE & THE CITY OF MEKKAH~


Tuesday, October 27, 2009

~@ THE VEIL @~







The Veil - Dawud Wharnsby Ali

They say, "Oh, poor girl, you're so beautiful you know
It's a shame that you cover up your beauty so."
She just smiles and graciously responds reassuringly,
"This beauty that I have is just one simple part of me.
This body that I have, no stranger has the right to see.
These long clothes, this shawl I wear, ensure my modesty.
Faith is more essential than fashion, wouldn't you agree?"
This hijab, This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol, For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.


They tell her, 
"Girl, don't you know this is the West and you are free?
You don't need to be oppressed, ashamed of your femininity."
She just shakes her head and she speaks so assuredly,
"See the bill-boards and the magazines 
that line the check-out isles,
with their phony painted faces and their air-brushed smiles?
Well their sheer clothes and low cut gowns 
they are really not for me.
You call it freedom, I call it anarchy."
This hijab, This mark of piety,
Is an act of faith, a symbol, For all the world to see.
A simple cloth, to protect her dignity.
So lift the veil from your heart to see the heart of purity.
Lift the veil from your heart and seek the heart of purity.


******************************************************

" Suka sangat tengok wanita cam ni. Bila giliranku pula? (-_-) "


بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: "Islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."


**Ganjil - berpurdah (konteks tajuk entri ni)

Monday, October 26, 2009

HANYA SETEMPAYAN AIR…


“Esok, setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbangkan semangkuk susu untuk membantu askar-askar kita yang sedang dalam perjalanan menuju ke medan perang untuk mempertahankan negara,” kata seorang penghulu dengan begitu bersemangat sekali dalam satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

“Tidak banyak, hanya semangkuk susu,” tambah penghulu itu lagi.

“Saya akan letakkan sebuah tempayan besar di halaman rumah saya pada petang ini. Kamu semua boleh menuang semangkuk susu yang dimaksudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengah hari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan pada waktu petangnya,” jelasnya panjang lebar.

“Ah, aku akan membawa hanya semangkuk air dan tidak akan ada siapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan itu,” bisik hati seorang penduduk kampung.

“Kalau aku tuangkan semangkuk air ke dalam tempayan, tidak menjejaskan apa-apa. Hari pun gelap,” detik rasa seorang penduduk yang lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air!


MORAL:

Sikap “tidak apa”, lepas tangan dan curi tulang akan merosakkan semangat setia kawan dan keberkesanan satu regu kerja yang baik. Sikap pentingkan diri mudah berjangkit. “Feeling of God in you” ialah jawapan kepada anasir-anasir yang boleh merosakkan keikhlasan semasa kita bekerja dalam kumpulan.

*********************************************************************

Saya ada pengalaman macam ni. Lepas STPM (2005) dulu saya sempat kerja kat satu stesyen minyak ni. Dekat je dengan rumah saya. Saya buat dua kerja ketika itu. Pada waktu pagi kerja sebagai ‘pump girl’ dan malam jadi cashier kat Giant. Di pendekkan cerita, tahun baru Cina lime tu..Kerana sikap tidak apa dan lepas tangan oleh kawan sekerja, saya datang seperti biasa untuk chif pagi di stesyen minyak tersebut..

Ya Allah!! Semua gelap gelita! Saya jadi hairan sangat-sangat. Tauke ni tak buka business ke? Selalunya tak penah dia tutup. Kalau ada pape sekalipun, sure lah dia inform kat kami. Ummi still tunggu saya lepas subuh tu. Tak kan nak biar saya sorang2 kot! Bahaya! Dalam setengah jam kami tunggu. Say atry call tauke dan kawan sekerja. Lambat pulak angkatnyer..

Akhirnya panggilan saya berbalas. Kawan saya kata tauke buka lewat, kul 7 lebih (saya dah tak ingat kul berapa dia start sebenarnya). Bengang sangat2!! Kawan saya ni ingat saya tau..DIA SANGKA KAWAN LAIN DAH BAGITAU MULA KEJE LEWAT. Ya Allah!!! Geram sangat bila dengar jawapan dia yang macam tu..

Saya nekad tak nak datang dan saya marah sangta-sangat!! Marah dengan jawapan yang diberikan oleh kawan saya dan tauke saya sendiri. Marah juga kerana kecian kat ummi yang tunggu say alama tu. Then, bila dengar macam tuh, saya ajak ummi balik dan nekad jugak nak berhenti!!

Abah hairan nape saya balik. Saya explain elok-elok dan cakap tak nak keje dah!! (Saya ni ikut perangai abah. Tak puas hati saya luah habis!). Alhamdulillah abah faham dan abah pujuk saya. Ummi saya tak nak masuk campur dah. Ntah pukul bape ntah, tauke minyak tu call rumah say.a Dia suruh saya datang kerja. Tauke tu dengan abah dah kenal lama antara satu sama lain. Tapi saya tak nak. Pantang saya tak dimaklumkan awal-awal!! Itu yang saya tak puas hati.

Akhirnya, abah bawa saya kat stesyen minyak tu.. Ntah apa abah ndantauke tu bincang. Syaa memang tak cakap sampai sudah dengan kawan-kawan kerja saya yang lain..


Kenapa saya marah?
  1. Tak diberitahu kerja mula lewat!
  2. Jawapan yang diberi adalah “Saya ingat awak dah tahu”
  3. Kesian kat ummi sebab tunggu saya lama sangat..
Saya bukan tak amik tahu, tapi tak sangka jadi cam ni. Saya bandingkan kerja di Giant. Alhamdulillah sangat-sangat. Walaupun saya kerja kejap je tapi cara kerja meraka bagus. Mereka tahu saya buat dua kerja tapi still inform kat saya apa-apa yang berlaku dan apa yang perlu dilakukan. Bukan seorang yang menyampaikan tapi ramai termasuk dengan ketua saya sekali. Saya puas hati =)

Pengalaman yang sungguh menarik!! Banyak perkara yang saya belajar. Tapi marah hendaklah pada tempatnya, jangan ikut sangat darah muda =)

Sunday, October 25, 2009

~@ HARI YANG DIBENARKAN MEMOTONG KUKU @~



 

 RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

P/S: Sunat dimulakan dgn jari kanan dahulu dan di akhiri dgn jari kiri. Selalu ummi n abah suh sy ketip kuku dorg.. O_o

~MELAKA (LAST)~

Salam semua..

Entri last tuk trip g Melaka yg sy lawati pada 13 Oktober 2009. Lepas puas shoping, K-On ajak kami semua pegi lawat umah Pati (pakcik) dia kt Ulu Bertam. Kami pun setuju je..lagipun musim raya lagikan.. Sewaktu nak g kat tempat parking kete (we all park kt kawasan Dataran Pahlawan), semua kete yg dlm trip ni kena saman! Ya Allah.. Jia punyalah penik. Baru datang sini kok tetibe kena saman. Heran!! Rupa2nya tempat kami parking ni adalah parking berkupon..Adoi..

Setuasi agak tegang sikit tapi dapat diselesaikan dgn cepat. Ketiga2 pemilik keta, Jia, Jarir n Jah, pegi kt dalam Dataran Pahlawan sekali lagi tuk bayar saman. Mujur bayar murah. RM5, klu tak RM30!! Itupun puas dorg bagi alasan…

Dalam pukul 4.30 petang, rombongan kami tiba di Ulu Bertam. Tapi tanpa diketahui kami (rasanyer semua orang tak jangka dan tak tahu) K-On ajak g satu tempat. Kami ingat umah Pati dia. Silap! Kawasan perkuburan. Dalam fikiran dorg yg lain, maybe K-On nak lawat kubur arwah Atok dia. Silap!! Sy terdengar p’bualan K-On b4 dia kua keta, lawat kubur ayah dia. Innalillah..Kuatnya K-On. Sungguh!! Sy baru tau je. Sebenarnya, dalam otak sy tadi dok fikir nape K-On hanya cite about her mom n her brothers. Sy dengar je cerita dia..Tak menyampuk..tp rupanya..ada kesah.. =( Patut dia bawa Yasin..

Semua ahli rombongan bertafakur sebentar termasuk Tin Faizin..Dalam 10 minit gitu, baru selesai..Sebelum kuar pagar, Faizin lama sangat dok termenung n baca doa..Sy hairan..Rupanya, inilah pertama kali dia pergi kubur. Faizin teringat arwah mak dia yg meninggal sewaktu dia kecil. Dia kata kubur kt Malaysia ni dijaga bersih tak sama dgn tempat dia di Kemboja. Dia tak tahu di mana kubur mak dia..Subhanallah..Tersentap hati sy.

Sebenarnya kami main redah je rumah Pati K-On ni..cz panggilan K-On tak berangkat. Alhamdulillah sampai juga kat umah Pati K-On. Uncle dia on the way nak balik lepas amik anak. Sempatlah berborak dan berziarah..adat melawat lah katakan..Auntie nak masak tapi kami tak maulah susahkan dia..Banyak juga kek dia hidang termasuk biskut2 raya yang lain..Alhamdulillah :)

Dalam pukul 6.00 petang, rombongan kami bertolak balik..Jangka nak pegi Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya..Tapi semua dah tutup..Cian kwn2 sy yg nak sangat tgk lagi2 Faizin n Dayah Kasah. Tak pelah tak ada rezeki. Korang pegi ngn pasangan korang lah ye lepas nie..hehe ;)

Inilah cerita menarik tuk sem last sy bersama kwn2 BBAEC 2006-2009 (BATCH 3). Akhir2 cam nilah baru nak terasa rapat. K-On n Dayah Kasah sempat wat ucapan tuk sy n Jia. Dorg happy sgt cz dapat rapat ngn kami berdua..Sebelum ni dorg takut n tak biasa..

P/S : Otw nak balik tu, Jia pitam..Penat dan letih drive.. Ya Allah, mujur tak ada pape.. Kak Ta amik alih pemanduan. Dorg semua take care habis ngn Jia..I LOVE MY CLASSMATE SO MUCH!! MISS U GUYS!!

Saturday, October 24, 2009

~MELAKA (PART 2)~

Salam semua..

Nak sambung cite pegi Melaka lagi.. Lepas makan malam tu, kami pegi naik Eye On Melaka. Mujur bawa kad pelajar, so setiap seorg bayar RM8. Hanya Jah je lupa bawa kad pelajar jadi dia bayar lebih sikit la, RM 10. Pemandangan waktu malam ni cantik gak tp nk snap pic tu tak ok la sgt..huhu..Apa2 pun ktorang ok je. Time ni, org tak ramai mungkin sebab nk ujan n bukan time waktu cuti sekolah. Ada lah dalam 3 o 5 pusingan Eye On Melaka ni..Sy tak ingat sgt.

Then, ktorg pegi tgk kapal peninggalan Portugis tu..Nak naik Taming Sari tak dapat cz dah tutup..hehe..Sempatlah bergambar kt kapal tu..Classmate sy ni semuanya suka bergambar. Maklumlah dorg ni comey2 belaka..ahaks!

Malam ni ktorg banyak ronda2 tgk pemandangan malam je..Lepas tu berhenti jap kat Dataran Pahlawan. Time sy sekolah dulu, kwsan ni padang je n ada kereta lembu tuk bawa kita keliling padang ni. Now, dah tak de dah..Lepas mkn askrem, ktorg balik tuk tdo. Masing2 pun dah letih..

13 Oktober 2009

Pagi ni semua dak pempuan hanya bekfast roti n kerepek jew..Cian kn? Sy lak, mmg tak leh tgl sarapan pagi so, sy sentap dulu..ahaks! Lepas ktorg check out, dorg ni sempat amik pic lagi tu..Macam2!

Tempat 1st yg dituju ari ni adalah Dataran Pahlawan. Kami pegi sekali lagi. Nak tgk A Famosa. Bagi yg 1st time dtg dorg teruja la..Sy n K-On ok je..K-On jadi pemandu pelancong dlm trip kami ni..Lagipun kg dia kt sini.. Semua group kami nak naik beca lagi2 K-On, dia teruja sgt2 nak naik tp sy tak mau cz duit pn tak cukup n tak berminat. Tak tau lah nape..

Agak perut dah nyanyi lagu keroncong, kami pegi lah makan kt food court kt dlm Dataran Pahlawan..cantik gak tempat ni..Sempat gak lah dorg snap pic lagi. Sy pun tumpang sekaki..Sy tak cerewet bab mkn ni so just order nasi ayam biase n air mineral.. Dlm trip kami ni, ada sorg from Cambodia, so dia ni suka nak try makanan yg pelik2..Dia pegi order nasi apa ntah tp ada cendawan. Last2 dia tak mau cz masin. Cian Tin Faizin!! Sempat jugak Faizin ni luah kata dia rase terharu sgt bila kami bawa dia jalan2. Semua pgrm kelas dia ikut..

Kt dalam Dataran Pahlawan ni, ada tempat cenderamata so kami semua tak lepas peluang tuk shoping sakan. Pening gak tgk barang yg dijual. Kak Nor suh sy teman dia cari spek mata tp sampai sudah tak jumpe. Sy hanya beli 2 helai baju bertulisan Melaka, satu t-shirt tgn pendek n tgn panjang. Lawa giler..Pink n red..(~_^)

K lah..stop dulu..tata..


 
 
 
lawa sungguh pic kt atas nie..i suka!!

Friday, October 23, 2009

~MELAKA ( PART 1 )~

Salam semua..

Seperti yg dijanjikan, sy ingin b’kongsi sedikit cerita sewaktu meronda2 bandar Melaka.. Kalau nk diikutkan sy dah penah pegi waktu time sekolah dlu, tp disebabkan ajakan dan rancangan kwn2 BBAEC 6 yg nk sgt g Melaka, sy tak keberatan nk join.. Memandangkan inilah sem terakhir dan sy pun dah settle hal yg wajib, sy minta izin dari ummi n abah sy..Alhamdulillah dapat join..

Serius, sy tak gemar nk ikut aktiviti budak2 kelas sy, tak tau lah nape..Sy tak kan ikut klu best friend (FIZA) sy tak ikut.. Begitulah sebaliknya.. Tapi tgk keadaan jugaklah..

12 Oktober 2009

Hari yg dinantikan tiba..Ktorg tak buat preparation yg hebat pun..Just last minit..Tga ari tu, K-On n Kak Ta masak menu tuk kami mkn kt Melaka t..Just bihun goreng n megi goreng je..Bawa juga bekalan roti n kacang. Sy ni tlg je mana yg patut cz kt umah Jia. Tak beranilah nak memandai..

Ahli rombongan berjumlah 11org, 7 perempuan dan 4 lelaki..Ktorg pegi ngan 3 buah kete..Actually tak ramai nak pegi cz time ni ktorg semua kena betulkn tesis (lepas VIVA) bg sape2 yg ada teguran..Tetibe ntah cam ne Kak Nor n Jah nk join last minit. Tu yg jadi 3buah kete tu. Kami kena bayar RM50 sekepala tuk makanan, penginapan, minyak kete dll. Pegi pun tak lama, just 2 hari 1 malam.

Sampai kt Melaka dlm pkul 5.30 tak silap. Lagipun kami dah bertolak lewat dari Vista. Tempat 1st yg dicari adalah tempat tido. Cari yg sesuai ngn bajet beb. Nati bayar lebih lagi susah..Akhirnya kata sepakat telah dibuat setelah survey byk tempat dan ktorg setuju tido 1malam kt Klebang Beach Resort. Tempatnyer ok gak! Cantik n selesa. Hero2 kelas sy yg ciput tu suka sgt cz ada kolam renang..Girls tak minat!

Laki dok 1 bilik n girls yg 7 org ni dok 1 bilik..Pandai2 lah nk tido nati cam ne..Kak Ta pilih bilik ni cz katil dia de 2 n double lak tu..so tuk girls, ok lah..hehe. Lepas solat maghrib n bersihkan diri, ktorg pakat ramai2 mkn kt gazebo..Makan bekalan siang
tadi..Alhamdulillah share lah mane yg boleh..Banyak gak..Dayah Kasah pun bawa bekal nugget, chicken ball n kentang goreng..Wah!! Sedap n meriah..

Kebetulan time kami makan nie, rase sejuk menyapa kt muka masing cz cm nak ujan lagi2 dok tepi pantai..Sonoknyer…Plan ktorg lepas nie, nak pegi kt Eye on Melaka, Menara Taming Sari n jalan2 sekitar bandar Melaka..Harap2 tak ujan

Oklah ae..stop sini dulu..penat taip..


 

Thursday, October 22, 2009

Mesti tengok!!! Agak2 bape kita dapat??????



Kalaulah Allah s.w.t tukarkan pahala ngan duit....mesti sume orang akan melakukan kebaikan...btol tak? Contohnye cm nie...kalau solat sendiri tu Allah bagi kita RM1 n solat jemaah tu Allah s.w.t bagi kita RM27.00. Yang mane kita nak??????

Kalau lima waktu kita solat berjemaah dah dapat RM135.00...Ade ke kat dunia ni senang2 jer orang nak bagi kita RM135.00 sehari...gabenor bank negare pon tak leh wat tau..huhuh..kalau sebulan?????agak2 bape kite dapat?RM4050.00 kan?... agak2 same banyak ngan gaji sape nih?same ngan gaji lecturer tau...kite tak payah susah2 nak amik master baru bleh dapat duit banyak tuh....dalam setahun kita nyer duit simpanan RM48,600.00.. cume ngan solat jer...bezanyer ialah Allah tukarkan duit tu dengan pahale jee..

So sekarang bape duit dalam simpanan yang dah kita kumpul.....???? tapi yang pastinya duit simpanan kita ni kita tak penah kuarkan malah DIA kekal dalam simpanan kita...skang ni kita pilih nak solat jemaah atau solat sendirian...renungkanlah...maka rugilah orang2 yang meninggalkan solat...

Jom kita same2 kira income statement the year ended!!! macam akaun plak....huuhuu..
untuk solat berjemaah n solat sendiri...

SOLAT BERJEMAAH
27 x 5 =135 (day)
135 x 30=4050 (month)
4050 x 12=48600 (year)


 


SOLAT SENDIRI
1 x 5 =5 (day)
5 x 30=150 (month)
150 x 12=1800 (year)


 

Kite pikir lah sendiri!! Ini blom termasuk kebaikan yang lain kita lakukan...kalau niat ke arah kebaikan pun dapat pahala ni kan plak lakukan kebaikan tuh...pemurahnya Allah s.w.t..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!

Wednesday, October 21, 2009

~@ WATCHIN' TV @~

I don’t really like watching TV, since most of the time at my college and need more attention 4 my thesis! But, not know. I'm freely..Therefore, I’m quite picky in ‘spending’ my time to watch TV.
SmileyCentral.com


I started love being in front of that magic box from ASTRO. I love National Geographic, Discovery Channel, AXN, Hallmark, HBO and others. TV 3 also!

So without further do, here are some of my favourite shows. Let’s see whether we have something in common or not :)


CSI: ALL CSI SERIES
I love all the characters. Want to be a doctor but rezeki tak ada.. =(


 

OPRAH TALK SHOWS
Mula jinak tengok sejak temankan my mom..BIG GIVE la..byk la..




DRAMA LEGENDA
Just release tension..love Julia Juli and Sumpah Bunian..laen, I’m not interested!





~THAT’S ALL~

Tuesday, October 20, 2009

~CERITA VIVA~

Salam semua..

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Saya xtau nak mula dari mane tp sy cerita serba ringkas la ae pasal VIVA sy. Sape yg penah wt tesis ni tau la pe VIVA tu. Tapi nk cite gak pe VIVA ni. Biasenyer VIVA ni dibuat tuk m’huraikan hasil dapatan kajian yg telah dilakukan dlm bidang yg dikaji. Ia adalah hasil terbaru daripada pihak penulis yg m’buat kajian t’hadap sesuatu yg ingin dikaji. Maknanyer projek ilmiah la. Student yg buat degree atau master yg akn wt VIVA ni. Depend on university or kolej ae..

Pada hari yg ditunggu, 6 Oktober 2009, sy m’bentangkan hasil kajian sy “HOW EFFECTIVE IS E-BANKING IN PERSONAL TRANSACTION – PERSPECTIVE OF EMPLOYEE AT TNB, PETALING JAYA”. Sepatutnya giliran sy pada pukul 11 pagi tapi mula lambat la pulak..Seperti mana yg telah diceritakan dientri lepas,sy dapat melakukan dengan baik..Alhamdulillah..

Dengan itu,setiap pelajar yg sudah VIVA akan diberi masa selama 14 hari tuk membetulkan mana2 kesilapan yg telah dilakukan..masukan mana yg perlu ditambah..Tuk tesis sy, tak de masalah major pn tp ada sikit2 je yg perlu dibaiki..

Jadi, sekali lagi sy terpaksa bersengkang mata nk cari kesilapan dlm research findings sy..adoi..jenuh ler..Sesiapa yg berada disekeliling sy pasti kena tempiasnyer..selagi sy tak dapat cari, sy akan cuba sedaya mampu tuk bertanya pada yg tahu..Thanks a lot to my supervisor, Pn Nazifah..

Boleh dikatakan sy lah org pertama yg siap convert dlm PDF dan burn dalam CD..Jumaat, 16 Oktober 2009, sy dah boleh hantar dah..supervisor sy pn dah puas hati dengan hasil usaha sy..tp..adoi..Pn Hanizah plak minta hard bound tesis sy dan dia bagitau sedikit kesilapan dalam borang pengesahan tesis tu..jenuhnyer..berkampunglah sy kt VISTA, umah kwn sy, Nazihah..TENSION sgt..Nak balik……

Tapi…akhirnya..semalam, 19 Oktober 2009, sy hantar juga tesis sy tanpa hard bound. Lambat siaplah. Mujur dah explain elok2. Actually yg penting hantar CD PDF tu. Lepas hantar tuh, tak tau nk ckp. Rasa bebanan yg ditanggung dah tak de. Saya, Fiza n Kak Asma senyum puas lepas tu..makan sama..tapi sy tak sama tempat ngn dorg..Fiza balik Pahang n Kak Asma balik umah mak dia kt Penang cz suami dia keje luar..bawalah haluan kami..huhu..MISS U

Monday, October 19, 2009

~@ AFTER VIVA (PRESENTATION/DEFENSE THESIS) @~


"teman,andai Hassan Al-Banna kisah perjuangan, andai Umar Abd Aziz kisah pemerintahan, andai Bilal kisah kehambaan, maka kau dan aku adalah kisah persahabatan.. Andai bunga indah kerana warnanya, andai laut indah kerana birunya, maka persahabatan kita indah kerana ingatannya.. siiru 'ala barokatillah.. asifah 'ala kulli haal-anal faqiiru ilallah.."

Grad '09 Thumbs Up

Sunday, October 11, 2009

~@ Siapalah Hamba Mu Ini @~




Tika Dikau memilih para anbia

Siapakah yang layak

Buat menjadi kekasih Mu

Sabda Muhammad :

"Siapalah hamba Mu ini?

Hanya yatim piatu tak punya apa"

Lalu Kau angkat Muhammad

menjadi kekasihMu yang agung


Tika Dikau bertanya si penghuni samudera

Siapakah yang pantas

Buat menelani Yunus Mu

Keluh Nun :

"Siapalah hamba Mu ini?

Cuma si kecil cuba berenang

disamping si perkasa

Manakan bisa menyainginya"

Lalu bermuhasabahlah Yunus di dalam perut Nun


Tika Dikau menduga si paksi bumi

Siapakah tepat

Buat menjadi pelabuhan buat bahtera Nuh Mu

Bisik Judi :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Cuma si kecil dihimpit

gunung yang gagah

Manakan bisa menandinginya"

Lalu berlabuhlah bahtera Nuh di pergigian Judi


Kini ku bertanya :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Bukan si kecil Nun atau Judi

Jauh sekali Habibullah Mu

Yang Kau angkat mertabatnya

Kerana rendah dirinya mereka

Dalam mencari keredhaan Mu


Dan aku masih mencari...

Siapalah hamba Mu ini

Tiada istimewa cukup cuma

Mencari keredhaan mu

Dalam mencari tempat di dalam firdausi Mu


By: Ati


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Erm….keluh, resah, gelisah….
Di mana halatuju ku….
Aku bingung dengan apa yang telah aku lakukan…
Siapalah aku ini, Ya Allah??
Layakkah aku menerima keampunan Mu??
Setelah aku menjauhkan diriku dari Mu
Aku biarkan nafsu menguasai diriku….
Aku biarkan diri ini tertipu dengan dunia…
Padahal ia sementara cuma…
Ya Allah….
Betapa hinanya diriku ini….
Tapi…
Hanya Engkau yang layak mengukur ku…
Dari pandangan Mu….
Ampunkan dosa hamba Mu ini…
Sedarkanlah aku…
Ingatkanlah aku…
Aku takut…aku takut….
Ampunkanlah dosa ku ini, YA ALLAH...
By: Marjan (My Self)

Friday, October 9, 2009

KENALKAN ALLAH KEPADA HATINYA….


Kata pepatah:
Melentur buluh biarlah dari rebung
kerana bila sudah menjadi buluh…
diurut payah dilurut patah
mendidik biar sewaktu kecil
….bagai mengukir di atas batu
mendidik ketika dewasa
….bagai melukis di atas pasir
Tapi bagaimana kiranya
jika di peringkat rebung lagi
aur sudah sekah,
sudah reput dan sudah rekah
rosak sudah di pangkal,
punah sampai ke hujung
keruh sudah di hulu,
kelodak sampai ke hilir
di awal alpa Bismillah
di akhir tanpa Alhamdulillah
Jenayah di peringkat sekolah
masalah lama terus terserlah
barah yang sudag lama membengkak
kini meletus mengeluarkan nanah
kata sesetengah pihak – ini masalah ‘kecik’
tak sampai ke tahap kronik
peratusnya tak sampai satu
tak perlu diheboh-hebohkan dulu
kata sesetengah pula – ini masalah Negara
tunas generasi sudah tercalar
kanak-kanak lagi sudah tercemar
apakah jadi bila remaja?
apatah lagi nanti dewasa?
Mari kita tafakur sebentar
menganalisis produk dari kilangnya
melihat kuih dari acuannya
menghitung nasi serta kuahnya
menilai rintik si anak dari borek bapanya
mari kita susur ke akar
mencari jati diri pada hakikat
mentafsir asal mula pada yang tersirat
justeru jenayah atau apa sahaja
ialah buah, ialah natijah,
asal-muasal daripada
mukadimah yang salah!
Awal bermula dipertemuan ibu bapa
perkenalan dan cinta jangan dicemari dosa
pertunangan dan pernikahan
disusun penuh syariat
nikah yang berkat bersendikan hukum Allah
ketika hendak ‘bersama’
dimulakan dengan doa….
agar anak yang bakal dikurniakan
selamat daripada gangguan syaitan….
Di rahim ibu benih anak disimpan
dibajai dan disuburkan dalam belaian al-Quran
surah Luqman, Yusuf dan Maryam
….agar degup jantung,aliran darah
dan denyut pernafasan
dalam selubung kebaikan,
dalam lindung keredaan
Lahirnya dilaungkan seruan azan
iqamat, tahnik, akikah lalu dinamakan
Muhammad….sempena insan teladan
Adam, Isa, Ilyas, Yusuf….
berkat nabi dan rasul pilihan
di kalangan para pejuang
dan penegak kebenaran
di kalangan para sahabat dan siddiqin
para syuhada dan solehin….
Dididik putera-puteri mengenal Allah
diteraskan al-Quran, berasaskan al-Sunnah
diajar beradab dan beribadah
menerusi sejarah hidup Rasulullah
biar program awalnya bersih putih
akar tunjangnya teguh kukuh
jiwa, akal, emosinya gagah
bersendikan – Awwaluddin Makrifatullah
(Awal agama mengenal Allah)
Ajarkan dia menghitung dosa
disamping belajar menghitung angka
asuhlah dia membaca
dengan roh ‘Iqra’ daripada Yang Esa
ketika sudah pandai menulis
dia seharusnya telah sedar
akan tipuan iblis!
Ajar dia mengenal yang dicipta
berasaskan iman kepada Pencipta
ketika berinteraksi sesama insan
jangan lupa komunikasi dengan Tuhan
ketika meneguk nikmat
ingat Pemberi Nikmat
jangan asyik mengkaji tumbuhan dan haiwan
hingga lupa mengenal Tuhan…
kenalkan Allah kepada hatinya,
nescaya kenallah dia kepada ibu bapa,
masyarakat dan negara
tetapi kalau lupa pada DIA…
dia akan lupa segala
juga pada dirinya!
Berhenti sejenak di satu destinasi
istirehat sejenak mengatur koreksi
kita tidak boleh lagi terus-terusan begini
menghasilkan penghuni Pusat Serenti
menghasilkan manusia bohjan bohsia
masalah dadah dan juvana
ini bukan lagi soal pendekatan
tapi soal prinsip dan keyakinan
jangan persoalkan kecil besar
banyak atau sedikit
ini bukan soal statistic atau data
bukan soal diskusi, forum dan seminar
tetapi soal manusia
ya, siapa menyemai gelombang
dia akan menuai badai
bila rebung-rebung menjadi rentung
kita perlu kembali ke benih
betulkan mukadimah….
Indahlah natijah
Dari: Abu Asif (SOLUSI)