Sunday, November 29, 2009

~@ KU CARI DAMAI ABADI @~

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi


Saturday, November 28, 2009

~ DAIE : PERBAIKI DIRIMU ~

"Class cancel! Alhamdulillah. Leh la balek awal sikit hari ni." Im berkata kepada dirinya sendiri.

Selalunya kuliah hari Isnin amat padat. Dari seawal jam 8 pagi hingga 2 petang tanpa sela. Kebiasaannya Im akan solat dhuha sebelum kuliah. Tetapi hari itu dia agak terlambat bersiap. Dalam kelam-kabut berpakaian, dia terlupa untuk memperuntukkan masa untuk solat dhuha. Sepanjang kelas tadi dia berasa agak kesal kerana tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah sunat yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah itu. Diriwayatkan, ketika sedang bermusafir pun Rasulullah masih menyempatkan diri menunaikan solat sunat Dhuha. Di samping itu, banyak berkah yang dijanjikan dengan solat Dhuha.

"Hah, sukalah kau yek. Leh balik tidur!" Sergah Jepa dari belakang. Teman sekuliahnya itu memang suka mengenakan orang.

"Mana ada nak tidur, nak study la. Haha.."

"Ye la tu. Aku baru tahu hari ni ade perkataan study dalam kamus hidup kau. Hahaha." Rahmat menyakat.

"Heh..Rahmat nih...menyibuk je. Tapi melampau sangat kut tu..Haha.." Im cuba tersenyum. Gurauan dari Rahmat itu kelihatan seperti ada maksud tersiratnya.

"Aku gurau je la. Weh, balik naik ape nih? Jalan kaki jauh. Ada yang bawak kereta?"

"Aku bawak. Jom tumpang aku!" Tiba-tiba Vicknish menjerit dari belakang. Menawarkan kereta Proton Wajanya untuk ditumpangi.

"Nice one la Vicky...ko memang sahabat yang baik. Kalau duit scholar dah masuk nanti aku belanja kau makan. Tapi macam biasa, RM3 je." Jepa menanam tebu di tepi bibir.

Adat manusia, orang dah buat baik barulah dijadikan kawan. Teman tertawa mudah dicari, tetapi teman menangis sukar ditemui. Sebuah ungkapan yang pahit tapi benar.

"Dahla kau. Cakap lebat je. Nanti scholar masuk aku tuntut baru tau. Dahla, jom balik. Nak tumpang baik cepat. Aku ada hal lepas nih."

Mereka berempat pun melangkah menuju ke kereta dengan kadar segera.

*****

"Ok Vicky. Thanks a lot. Pergi dulu ye." Im mengucapkan terima kasih.

"No prob."

"Mat, ko nak balik bilik terus ke?"

"Aah, kenapa?"

"Kau dah buat tutorial Process Instrumentation? Petang ni ada tutorial kan? Aku tak siap lagi la. Leh pinjam?"

"Dah. Nak pinjam boleh je. Kenapa kau tak siapkan malam tadi je. Semalam kan kita free je."

"Owh, semalam aku ade kerja sikit. Balik lambat. Ingat nak buat lepas tu, tapi tertidur."

"Kerja apa? Usrah?"

"Em.." Im hanya mengiyakan. Hatinya mula berdetik, 'Mamat ni nak ungkit pasal study aku lagi ke ni..'

"Kita bila masuk universiti ni, yang paling penting study. Belajar tu kena sungguh-sungguh. Kan tanggungjawab tu. Amanah. Mana boleh buat main-main. Jangan sampai kita mengabaikan study." Rahmat mula memberi nasihat.

Im sememangnya sudah agak lama merasakan yang Rahmat selalu mengungkit masalah belajar. Ini bukan pertama kali dia dinasihati dengan ayat-ayat sinis seperti itu. Dalam benaknya, seakan-akan Rahmat ini anti dengan mereka yang menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti keislaman seperti usrah, halaqoh dan lain-lain. Rahmat sendiri merupakan antara pelajar cemerlang dalam jurusan yang diambilnya. Kebetulan pula, pencapaian akademik Im agak merosot baru-baru ini. Ramai yang mengatakan penyebabnya adalah kesibukannya dengan aktiviti dakwahnya.




'Bukan dakwah yang menyebabkan result aku jatuh. Aku sendiri yang tak urus masa aku dengan baik. Aku banyak buang masa semester lepas. Padahal masa aku tak macam orang-orang lain. Waktu untuk aku belajar tak macam orang lain. Tapi orang lain memang akan anggap semua ni salah dakwah. Tu yang susah tu. Orang yang teruk sebab asyik main game takde pulak diorang nak sound-sound macam ni.' Im bermonolog.

"Mat, terima kasih atas nasihat kau. Aku rasa aku faham apa yang kau cuba sampaikan selama ni. Macam ni la. Sebenarnya kat IPT ni kita boleh kategorikan pelajar-pelajar yang ada ni kepada 4 jenis. Yang pertama, orang-orang yang mantap akademiknya. Kedua, orang yang mantap dari sudut keagamaannya. Yang ketiga yang mantap dari segi kedua-duanya. Dan yang keempat ni pulak, kedua-duanya hampeh. Yang keempat ni kita tolak tepi dulu. Yang ketiga ni pulak dah bagus, dan ini yang kita cuba jadi. Kita fokus pada yang pertama dan kedua ni."

Rahmat hanya terdiam mendengar.

"Golongan yang pertama ni, aku rasa diorang tahu yang diorang sebenarnya dalam mencapai kejayaan akademik, perlu juga memantapkan sudut keislaman diorang ni. Tapi mungkin sebab diorang rasa diorang ni belum mampu lagi nak jadi lebih baik, dalam erti kata, ada benda-benda yang diorang masih susah nak buat, macam solat berjemaah, melazimkan bacaan Al-Quran dan lain-lain. Kalau yang perempuan, menutup aurat dengan sempurna dan sebagainya. Tapi aku yakin yang diorang ni sebenarnya nak jadi lebih baik. Tapi bila diorang tengok golongan-golongan kedua ni pulak, diorang selalu menyalahkan mereka. Nak jadi baik tapi tinggalkan dunia. Tapi bagi aku, golongan kedua ni, bukan diorang taknak memperbaiki cara belajar diorang, tapi mungkin belum jumpa caranya. Sebab kalau seseorang tu betul-betul berislam dengan baik, dia amat menyakini yang dalam hidup ni kita kena cemerlang dalam kedua-duanya, dunia dan akhirat. Sebab itu yang Allah firmankan :

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Al-Qasas 28:77]

Jadi kita sebagai orang yang mungkin tergolong sama-ada dalam golongan pertama dan kedua ni, boleh tak kalau kita ubah mind set? Bila tengok golongan pertama ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak score pelajaran je, taknak cuba baiki diri pun. Tapi cuba fikir macam mana nak bantu diorang ni supaya dapat dekat dengan Islam. Dan kalau kita tengok golongan yang kedua ni, jangan pulak kita anggap diorang ni tahu nak ibadah je, dunia tinggalkan. Tapi cuba kita bantu diorang ni, macam mana nak efektifkan masa belajar, bantu diorang dalam pelajaran diorang. Bagi nasihat pada diorang baik-baik. Baru masyarakat kita maju. Bukan asyik salah-menyalahkan antara satu sama lain. Dan kita kena ingat jugak, nabi pesan, dunia ini ladang akhirat. Maksudnya, apa yang kita capai kat dunia ni, hanyalah untuk akhirat kita. Macam manapun, core businness kita tetap akhirat." ulas Im panjang lebar.

Im kelihatan melepaskan apa yang terpendam dalam dirinya selama ini. Bukan memarahi, tetapi mengharap supaya difahami. Namun mungkin terselit sebersit kegeraman terhadap mereka yang selama ini memandang serong terhadap para aktivis dakwah.

Rahmat hanya terdiam. Mereka terus berjalan, melewati surau dan parkir basikal. Sesekali terdengar kicauan burung di waktu pagi. Sinar mentari waktu dhuha mendamaikan mereka yang ingin mencari ketenangan daripada Rabbnya. Tiba di bawah blok kediaman mereka, Rahmat mula berbicara,

"Sebenarnya aku cakap selama ni bukan aku tuju kat kau Im. Aku tau kau memang nak baiki diri. Tapi mungkin kau malas-malas sikit kut." Katanya sambil tersenyum tawar.

'Aik, bukan selama ni aku ke yang kau fire-fire. Ape maksud kau ni?' Im hanya terdiam. Membiarkan Rahmat meneruskan ayatnya yang kelihatan tergantung.




"Aku tak kisah orang nak buat kerja-kerja agama ni. Tapi janganla ikut usrah, tapi perangai teruk lagi daripada orang tak ikut usrah. Malam-malam pergi usrah, siang tak pergi kelas. Assignment tau nak salin orang je. Lepas tu main game, baca komik, tengok movie, sampai tak study. Aku jadi tension la. Nanti dah dekat due date, mesti jumpa aku : Mat, dah siap assignment? Aku salin ye."

"Siapa yang kau maksudkan ni Mat?"

"Meh datang bilik aku. Nanti kau faham. Lagipun kau nak pinjam tutorial kan?"

Mereka berdua melangkah ke bilik Mat. Apabila pintu dibuka, kelihatan roomate Mat sedang tidur. Tidak ke kelas. Nak bersangka baik, payah sekali.

'Dia ni ke yang Rahmat maksudkan? Aku kenal dia ni baik. Tapi mungkin iman dia tengah down kut, sebab tu dia banyak wat benda-benda mengarut ni. Aku yakin, naqib usrah dia kalau tahu benda ni mesti dia akan tegur.' Itulah sebaik-baik persangkaan yang boleh diberinya kepada roomate Rahmat.

"Sekarang kau faham kan? Aku tak tau macam mana nak tegur. Roomate aku kut. Tiap-tiap hari jumpa, nak sound-sound kang tak aman duduk sebilik."

"Sabar...Sabar..nanti kita tolong dia. Mungkin dia tengah ade problem kut. Aku rasa bukan tiap-tiap masa dia macam ni kan?"

"Entahlah Im. Tapi aku rasa, orang yang ikut usrah patutnya lagi baik dari ni."

"Jangan salahkan usrah. Orang yang ikut usrah tu je yang belum mengamalkan dengan sempurna apa yang dipelajarinya. Kena ingat gak, syaitan-syaitan yang datang menggoda orang-orang yang cuba mendekatkan diri dengan Islam ni mesti lagi power daripada yang datang pada orang-orang yang biasa-biasa. Tu yang kalau kita tak kuat, kadang-kadang kecundang. Takpelah. Nanti aku cuba apa yang patut."

"Em. Nah, ni jawapan tutorial aku. Nanti bagi masa kat kelas ye. Kalau tak paham, tanye la."

"Ok, thanks. Aku balik bilik dulu ye."

Ibrahim meninggalkan bilik itu dengan pelbagai perasaan. Serba salah, kecewa dan keazaman berbaur dalam hatinya. Dia serba salah kerana telah bersangka buruk dengan Rahmat selama ini, menganggap Rahmat anti kepada aktivis-aktivis dakwah. Kecewa dengan pelbagai sikap para da'i yang wujud di kampus tempat dia mencurahkan baktinya. Dan keazaman, untuk memperbaiki dirinya agar dakwah akan dipandang mulia semula.

Memang itulah cabaran seorang yang ingin membawa Islam. Mereka pasti akan dituju dengan kata-kata yang tidak menyenangkan hati, hanya atas kesilapan-kesilapan yang dilakukannya. Yang menjadi masalahnya, nama Islam diburukkan sekali.

"Macam ni ke nak jadi Da'i!? Tak reti sopan santun langsung!" Jerit seorang yang ditegur, mungkin secara tak berhikmah.

"Nak bawak Islam, tapi belajar malas. Baik tak payah berdakwah kalau macam ni." Rungut seorang lagi.

Teringat pesan seorang Ikhwah :

"Akh, nak berdakwah ni kita kena pastikan kita berusaha menjadi yang terbaik di antara mad'u-mad'u kita. Selalulah ingat siapa diri kita. Kita ni Da'i. Mereka yang mengajak kepada Allah. Menyeru umat untuk memperbaiki diri mereka, untuk mencari redha Allah. Dan kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada mad'u kita. Siapa yang akan dengar kata orang yang cakap tak serupa bikin? Seru orang tinggal maksiat, perjuangkan Islam, pelihara hak-hak Allah, tapi akhlaqnya hancur? Prestasi keduniaannya hampeh? Lebih teruk lagi kalau dia sendiri bermaksiat. Sebagai da'i kita tak boleh seperti kawan-kawan kita yang lain. Ingat, masyarakat akan menjadikan kita kayu ukur. Segala yang kita lakukan akan menjadi hujah mereka. Kalau da'i bercouple, orang umum boleh menganggap berzina tu benda biasa. Kalau Da'i tengok movie, diorang tengok benda-benda yang jauh lebih mengarut. Dan mereka pula akan sentiasa mencari titik salah kita. 10 kebaikan yang kita lakukan akan sirna hanya dengan 1 kesilapan yang mungkin kita anggap kecil. Dan sentiasa ingat, kesilapan kecil yang kita lakukan akan dipandang besar oleh orang lain. Memang susah, tetapi inilah tugas Da'i yang ingin menyeru orang lain ke jalan Allah. Kita perlu terus berusaha dan bersabar. Dan ingat, kita takkan mampu ubah orang lain selagi kita tidak mengubah diri kita sendiri."




'Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada dakwah dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripda azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Berikan mereka kefahaman tentang agama Ya-Allah. Bantulah aku dalam membimbing mereka...'

Im terus berdoa di dalam hatinya..



***************************************** 
Thanks to Srikandi Khairiah sebab dia yg post kt sy cerpen pengajaran ni kt facebook..
Sy kurang sihat la..doakan sy ae..dah la isnin ni (30nov) daftar masuk tuk master..

Friday, November 27, 2009

♥ CINTA SEORANG SUAMI ♥

Salam semua..

Apakah pengorbanan yang telah anda lakukan? Adakah anda sudah berkorban? Jom kita lihat cerpen di bawah ini untuk membuka mata anda semua..Selamat membaca ◕‿◕


**************************************************

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua. Mereka  berkahwin sudah lebih 32 tahun.


Mereka dikurniakan 4 orang anak. Di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat. Tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.


Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang  lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi. Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.     


Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.


Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.


Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.


Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.


Pada suatu hari ke empat anak Pak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.


Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.


Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :


”Pak kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu.”


Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya…


”Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,  kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini. Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini. Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” ujar anaknya yang sulung merayu.


Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.


”Anak-anakku, jikalau  hidup di dunia ini hanya untuk nafsu mungkin bapak akan berkahwin lagi tetapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”


Sejenak kerongkongannya tersekat.


“Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain. Bagaimana dengan ibumu yg masih sakit?”


Sejenak meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno. Mereka pun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.


Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno.


Kenapa bapak mampu bertahan  selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?


Ketika itu Pak Suyatno pun menangis. Tetamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.


Di situlah Pak Suyatno bercerita. Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tetapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.


Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat dia pun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya  bukan dengan mata kepala semata-mata dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik semuanya.


Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dan itu merupakan ujian bagi saya.


Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.


Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya kerana DIA maha Mendengar.




~ Kisah yang wajar kita teladani.

Tidak dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran cerita ini. Namun, saya yakin masih ada suami-suami di luar sana yang masih memiliki sifat sedemikian rupa. Insya-Allah.

~ Hargailah pengorbanan yg dilakukan kepada kita lebih2 lagi ibu yang melahirkan kita. Salam Aidilahdha ◕‿◕

Wednesday, November 25, 2009

NAMA-NAMA KAABAH DALAM AL-QURAN



Kaabah
Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormatidan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
"Sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah." (Surah al-Maidah 5: 95)


Al-Bait al-Haram
Rumah yang dihormati dan diharamkan membunuh, berburu dan menebang pokok.
"Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup)." (Surah al-Maidah 5: 97)


Al-Bait al-Mubarak
"Sesungguhnya rumnah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." (Surah Ali 'Imran 3: 96)


Baitullah
"Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman ): 'Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid al-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yangberiktikaf (yang tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud.'" (Surah al-Baqarah 2: 125)


Al-Bait al-Atiq
Bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka dari dosa dan azab. Kedua-dua makna boleh diterima.
"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu." (Surah al-Hajj 22: 29)


Al-Qiblah al-Mardhiyyah
"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai." (Surah al-Baqarah 2: 144)

Bakkah
"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia." (Surah Ali 'Imran 3: 96)

~ Sumber: Solusi

Tuesday, November 24, 2009

MEN & WOMEN - AN INTERESTING OBSERVATION




Men:
1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.
6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the women leaves them.
7. Although the women leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.

Women:
1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes.
3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.
4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "An old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.


Monday, November 23, 2009

INFO IBADAH KORBAN

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada tenakan yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN 

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakhadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

Untuk maklumat lebih lanjut sila lihat : http://www.al-azim.com/masjid/haji

Saturday, November 21, 2009

~KESIHATAN & DERMA ORGAN

Salam semua..

Alhamdulillah pagi tadi dalam pukul 10 lebih sempatlah sy bersama umi pergi ke Dewan Orang Ramai Kg Jenjarom untuk melakukan ujian kesihatan...Sebenaranya abah sy yg suruh dtg bg sokongan sebab org tak ramai..memula tgk kehadiran tu cam sedih je dan kebetulan sy je yg paling muda yg bergelar 'MISS'...yg lain semua warga EMAS..

Masa nak daftar tu, p'bantu tu tanya, nape nak cek? Dan kebetulan abah sy selaku pihak yg anjur prgram ni jawap bg pihak sy "Sepupu mak dia ni (dia merujuk pada sy ) ada cancer mase muda2..so aspecially for ladies pencegahan awal tuk breast cancer n cancer ovari kena dilakukan. Bahaya". Dalam hati sy lak kata, tak boleh ke aku nak cek kesihatan?? Erm..Tak kesahla nampak janggal sorg je muda, baik cek awal2..nati dah tua susah pulak nak cegah..badan sy yg sy bawa sampai tua nati (itupun jika Allah izinkan umur sy pnjg)

Bila dalam pukul 11 tu baru nampak kehadiran warga kg semakin bertambah tp sy tgk still sy sorg je yg muda..adoi..sedih lak rasenyer..

Ada 5 kaunter kat sini..Kaunter pertama tuk daftar & saringan kesihatan, kaunter ke2 cek berat badan & pinggang, kaunter ke3 urine test & glukos dlm badan, kaunter ke4 tekanan darah n last but not least kaunter kaunseling..

Tuk semua kaunter yg sy lalui tu, alhamdulillah sy xde masalah pun..hehe..semua normal tp...aaaarghhhh...ni yg den xboleh terima ni..beratku telah naik??? Toing3x..geramnyer..ni pasal dok umah je la ni..xbersenam n masak sedap mkn byk (masak sedap? xpuji diri kan??)..huhu..sy nak berat dulu....(time wt master nati, aku nak turun naik tangga..asrama kt KUIS tu tnggi..aku nak berat aku yg dulu...ameenn..tolong doakan ae..)..tapi berat sy tu dirahsiakan..ekekek..

Sebenarnya, sy sangka ada derma darah tapi awal2 lagi umi pesan jgn nak derma takut sy sakit. Tp mmg xde p'khidmatan derma darah pun. Dalam entri sebelum ni pasal derma darah, sy bgtau sy pernah derma darah sebanyak 3x..rasanyer tuk derma darah ni, sy tak kesah lg dan tak de masalah tp sy risau juga sebab doktor ada bgtau darah sy ni lambat beku..sy taupun mase sy sem 3 (umur 22) ketika sy dibedah tuk buang ketumbit di mata kanan..serius!! doktor tu hairan sbb darah sy lepas dibedah lambat beku..hohoho..takutnyer..

Sepanjang 24thn hidup dipinjam ni, alhamdulillah mmg tak penah berlaku luka teruk la, tp umi ada cerita masa zaman kanak2, kaki sy luka kena pisau n darah lambat kering...Jauhkanlah malapetaka tak diingini..tapi mungkin sy bukan dlm tahap kronik la..

Berbalik pasal derma ni kn, sy penah terfikir gak nak derma organ tp tak tau organ pe yg sy nak bg dan penerimaan umi dan abah sy..Dalam Islam pun derma organ diharuskan dan mmg sgt2 digalakkn dlm tujuan membantu saudara kita yg lebih memerlukan. Tp tak ramai org Melayu yg sudi mendermakan organnya..Kenapa ae?? Korang ada jawapan?? Boleh jadi juga korban tuk saudara kita kan?? Betul tak??

Papepun layan klip kt bawah ni..

Korang juga boleh lihat web ni..

http://saifulislam.com/?p=518



♥ HATI @ HEART ♥

Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!

Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,

Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,

Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,

Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,

Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu


Thursday, November 19, 2009

7 WONDERS OF THE WORLD?

No lah..Just 7 TIPS OF HAPPINEST..hehehe..

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :


   1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
   2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
   3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
   4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita (rumah)
   5. Al malul halal, atau harta yang halal
   6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
   7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

~@ PARIS OF LIFE : SUAP-SUAP..

Salam semua...

Di bawah ini kartun yg sy copy dari iLuvIslam...

(KLIK TUK BESARKAN)

Apa yang anda semua dapat simpulkan dari lakaran lukisan di atas?

Wednesday, November 18, 2009

3 CARA MELATIH KEKUATAN MINDA



Lebih banyak anda menggunakan minda, lebih tajam pemikiran anda, lebih banyak idea-idea kreatif tercetus tetiba. Berfikir lebih banyak, membayangkan sesuatu lebih banyak dari biasa dapat mengaktifkan minda, tapi tak akan menjadikan anda gila atau “mereng” seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang skeptik dan orang-orang pesimis.

3 cara berkesan melatih kekuatan minda adalah:

1. Menyelesaikan masalah matematik dengan kadar pantas - latih diri anda menyelesaikan masalah-masalah matematik yang mudah tapi dilakukan dengan sangat kerap, sangat pantas.

Misalnya, 12X36, 35+42, 342-177. Selesaikannya melalui bayangan minda atau melalui tulisan di atas kertas.

Lakukan dengan pantas!

Lebih banyak anda berlatih, Anda menjadi semakin cekap, lantas menjadikan minda anda semakin bertenaga, aktif, dan semakin tajam.

2. Bersuara dengan kuat - menyanyi, bersyarah, berucap, membaca dengan kuat, lakukannya dengan kerap. Latih diri bersuara dengan kuat kerana bunyi suara anda akan meransang tahap getaran getaran saraf neuron di dalam otak, lantas membuat ribuan neuron menjadi aktif akibat pergerakan arus elektrik yang pantas di antara hujung neuron dengan hujung neuron yang dekat dengannya.

Pergerakan darah anda juga semakin lancar lantas menjadikan tubuh anda ringan bertenaga, bebas dari sikap malas, bertangguh, berat nak buat kerja.

3. Pernafasan terarah - Tarik nafas perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat, tahan selama 7 tahan, lepas perlahan-lahan dalam kiraan 10 saat.

Lakukan berulang-ulang dengan kerap, minda anda akan lebih aktif. Latihan ini amat baik untuk pelajar dan orang yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pelukis, arkitek, pereka grafik, pencipta lagu, pencipta produk, jurnalis.

Bagaimana yang dikatakan minda yang kuat?

Anda menjadi semakin matang, semakin bijak, dapat membuat keputusan dengan betul dalam masa yang singkat,  dan memperoleh gerak hati yang tajam.

Anda juga dapat mencetus idea-idea unik dan memperoleh ilham berterusan disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Anda akan terfikir penyelesaian yang orang lain tak terfikir langsung, kemudian boleh menganalisa masalah menggunakan logik lalu menyelesaikannya menggunakan daya kreatif anda.

Lagi satu, anda dapat menggunakan otak kiri dan otak kanan dengan lebih seimbang tanpa anda sedari, sesuatu yang tak ramai dari kita berjaya mencapainya.

Dipetik dari : iMotivasi

~ ARWAH IBU MELAWAT MAYAT ANAK...??~

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun? -sekian-

Ihsan :  http://zai6973.blogspot.com

**PESAN SAYA : JAGA SOLAT & HORMATI IBU BAPA KITA  

Monday, November 16, 2009

~ HUJAN ~


Salam semua..

Alhamdulillah segala urusan di KUIS sudah selesai..Sempatlah saya bermalam di rumah (asrama) sahabat saya. Boleh dikatakan sejak saya datang ke KUIS semalam sehinggalah hari ini, hujan tidak henti2-henti membasahi bumi..huhu..Adoi..sejuk banget den.. Tapi papepn hujan itu adalha rahmat. Hanya Allah s.w.t tahu segala rahsia yang DIA jadikan.. Bagi kawasan yang dilanda banjir, bersabarla..masa untuk menguji iman kita..berhati-hati juga dengan banjir yang berlaku..jangan sampai hilang nyawa pula..

RAIN – ASMA KHAN

The clouds are black
The lightning striking

With the thunderstorm
Rain started RIM JHIM, RHIM JHIM

People running here and there
To get the shelter anywhere

Some of them holding umbrellas
Some wearing raincoats


I am bare headed
rain falling on me

Shrieking with joy............
I say rain, rain, rain

Pour heavily, make me wet
I don't mind getting wet myself

But don't get into homes
You are welcome, but not the floods and storms

Make the barren land fertile
Make the grass green

You wash the mountains and trees
You make the land sparkling clean

You're blessing from God
Coming like a thread from clouds

I love seeing you falling
I wonder how you pour from clouds

After every minute the light strikes
With the cloud getting darker and darker

Making the city noisy and floody
Kids swimming in the puddled water

People walking in the knee deep water
Rain if not there the clouds won't be there

Thunder, lightening, floods won't be there
Rain, rain we don't want to miss you

We wan't to have the pleasures of rain
Fall, fall, fall, we want to feel you

Pour and make our lands fertile
Rain, rain, rain
Rim jhim, rim jhim,
Tup, tup, tup, tup.


Saturday, November 14, 2009

~ KETULU$AN H@TI ~

Salam semua..

Semalam sy tgk saluran tv oasis di astro..Kebetulan dihidangkan dengan lagu Ketulusan Hati nyanyian Anuar Zain tp klip video tentang jemaah haji, means rasa kecintaan kita pada Allah..Tersentuh hati sy rasakan ketika itu..bukan xbiase dengar tapi mungkin selama ni sy xperasan yg lagu ni adalh layaknya tuk pencipta sekalian makhluk di muka bumi ini..Allah s.w.t..So, sy nak share ngn korang sume..hayati lirik ini..




Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu selalu