Saturday, August 14, 2010

BULAN RAMADHAN BULAN PESTA IBADAH


Janganlah Ramadhan dijadikan pesta makan minum

Janganlah jadikan Ramadhan banyak tidur-tidur sahaja di siangnya

Janganlah jadikan Ramadhan selepas sedikit ibadah sembahyang kemudian berbual dan borak-borak yang banyak

Selepas berbual-bual banyak pulang ke rumah kemudian tidur, malam tidak bangun pula menghidupkan malam bersama Tuhan

Ramadhan bukan sekadar menghidupkan malam, siang berlapar-laparan dan berletih-letihan

Ramadhan adalah untuk menghidupkan fikiran, hati dan jiwa dengan rasa bertuhan

Ramadhan hendak memeriahkan jiwa dengan rasa kehambaan, rasa hina, rasa lemah dan rasa kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa

Ramadhan hendak mengimarahkan jiwa dengan rasa rendah diri, takutkan Tuhan, cintakan-Nya, rasa bertuhan sentiasa

Ramadhan hendak menghidupkan jiwa timbang rasa sesama manusia

Rasa kasih sayang, simpati sesama manusia yang derita, yang tidak punya apa-apa

Ramadhan hendak menebalkan rasa berdosa, takut kalau terlibat lagi dengan dosa

Ramadhan hendak rasa agung-Nya Tuhan, hebat dan kuasa-Nya Tuhan

Ramadhan bukan sekadar ibadah luaran-luaran yang meriah dan ceria yang dalam gelap-gelita

Yang penting jiwa hendak dihidupkan, memeriahkan yang di dalam jiwa

Tuhan pandang bukan yang luaran tapi yang di dalam

Tuhan hendak melihat yang di dalam batin manusia apakah hidup jiwanya rasa bertuhan

Siangnya berpuasa, malam sembahyang, banyak membaca Al Quran untuk memberi cahaya kepada jiwa yang selama ini gelap-gelita

Membanyakkan berzikir bukan lafaznya tapi penghayatannya

Berzikir bukan sekadar menyebut di lidah tapi menyebut di hati, dirasa oleh jiwa

Berzikir bukan di lidah tapi ingatan di hati

Kedatangan Ramadhan adalah dengan tujuan hendak menghidupkan hati yang mati sebelumnya

Moga-moga kesan sebulan menghidupkan hati tahan setahun lamanya

Kemudian Ramadhan datang lagi hidupkan pula lagi hati yang mati tahan pula setahun lagi

Itu bagi orang awam yang selalu sahaja cuai dan lalai

Bagi orang yang bertaqwa jiwanya hidup setiap masa

Kedatangan Ramadhan hanya untuk darjat dan pangkat di sisi Tuhannya

Tapi kalau kedatangan Ramadhan tidak pun menghidupkan jiwa

Luar meriah di dalam tidak meriah

Luar terang-benderang dengan syariat lahir, syariat batinnya gelap

Kalau di luar Ramadhan tentulah lebih-lebih lagi malang

Gelaplah hati sepanjang tahun

Tidak ada masa hati yang terang, sungguh malang


Sumber: dari FB Haez Suzana






~ Demam dan batuk2...ampunkan dosa hambaMu ini, Ya Allah..

No comments: