Sunday, January 31, 2010

~ CERITA DARI HATI ~


Karya: Nurul Nazwa
Sinopsis novel: 

Aisya Humaira, seorang gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahankan agama dalam dirinya biarpun hidup di zaman penuh arus globalisasi. Berpegang pada prinsip La illah haillallah, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya.

Hinggalah satu ketika Aisya Humaira sendiri di uji Allah. Aisya Humaira terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta Allah, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-Nya. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan dari oleh-Nya. Sehingga dia merasakan ujian Allah padanya telah melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.

******************************************************

Saat tetamu sepi mengetuk hati,

Ada satu kekosongan dirasai,

Jiwa kontang mulai menagih kasih simpati,

Pada insan yang menjual harga diri,

Demi mendamba cinta palsu yang hakiki,

Jauh dari kasih-Nya yang abadi.

Wahai jiwa yang kontang,

Inilah iman yang gersang..

Membuat hati sentiasa walang,

Merindui tuhan memberikan petunjuk,

Agar nafsu dalam sentiasa tunduk,

Pada Allah ku cuba sentiasa tawadhuk,

Agar cinta yang didambakan beralih bentuk,

Dalam hati subur mewangi,

Kasihnya Allah tiada bertepi,

Inilah cinta yang kucari selama ini,

Doa harapan ku ukir setiap hari,

Agar berkekalan cinta dihati..

****************************************************

Demi ukhuwah....demi agama...demi Islam...segaa rintangan sanggup dilalui....

Cinta Allah yang dipegangnya selama ini telah membawanya kepada cinta manusia yang turut mencintai diri-Nya

~ Jangan ketinggalan untuk memilikinya..Banyak ayat al-Quran sebagai peringatan dalam novel ni...

Friday, January 29, 2010

❤ LOVE COME SLOWLY...

Menarik kan tajuk entri kali nie..Tapi aku bukan cakap pasal movie yang disiarkan dalam hallmark tu tau..Tajuk je sama..Erm, kalau diterjemah dalam Bahasa Melayu, “CINTA DATANG PERLAHAN-LAHAN”. Aku sudah jatuh chenta??hehehe..Tapi pada siapa?? Korang dapat teka ke isi hatiku ini? Yup!! Memang aku telah jatuh chenta..Aku mula sukakanya..

Biar aku mulakan dengan perihal diriku dahulu. Memandangkan aku dibesarkan dalam keluarga yang besar dan ramai lelaki, sikap ku ini banyak dipengaruhi ciri-ciri kelelakian ketika kecil..opps, jangan fikir lain ye. Hanya sikapku sahaja yang seperti budak lelaki. Kawan dengan lelaki dan perangai macam lelaki. Rambut aku ni kontot je sejak kecil. Tapi permainan budak-budak perempuan, aku bantai main juga!

Tapi semakin meningkat remaja, aku sedar yang aku tak boleh selamanya berperangai seperti lelaki dan macam-macam lagi. So, seiring itu juga aku mula berubah lebih lembut sikit (boleh caya ke??woha..not totally k). Walauapapun, aku tetap aku...


Dulu, aku selalu mengatakan yang memasak ini hanya untuk budak perempuan sahaja (tak sedar diri tu ke cik Marjan??awak perempuan kan??aipp..dulu kecik apa tau..hahaha). Tapi sebagai anak sulung yang baik hati, aku tetap ke dapur juga bantu mana yang mampu ketika itu. Tak silap aku, ketika darjah 4, jari manis dan jari hantu aku ni pernah masuk minyak panas ketika membuat jemput-jemput. Leka berangan ke apa ntah!! Aku memang rajin tolong ummi kat dapur walau mulut ni bebel kata memasak hanya untuk budak perempuan. Lawak kan??hahaha

Aku memang allergic betul bila sentuh bab memasak ni. Tak tau sebab apa tapi aku boleh memasak dengan baik tau. Start masak lauk special masa form 2 ketika bulan puasa. Time tu, ummi jaga periksa, so, untuk ringankan beban ummi, aku memasak..Ummi aku tak ajar pun, tapi aku tengok buku resepi yang ummi beli dan sejak itu, aku boleh masak hidangan yang menyelerakan..hahaha..Tapi still tabiat pelik dengan membebel benci memasak dan memasak untuk perempuan..Adoi..parah-parah..

Sebenarnya, aku pun still benci kasut tumit tinggi, make up dan handbag yang banyak digayakan oleh kaum hawa..Kawan-kawan pernah tegur, “Ada, kau kan perempuan juga, satu hari nanti, kau mesti pakai dan guna macam tu juga”, “cubalah sopan macam si polan ni, ayu je dengan lemah lembut cam tu”, “Ada, kenapa tak pakai beg tangan?”, “Ada, kenapa pakai beg sekolah ni, sandal je..bla bla bla”..

Woi..busan la dengar ayat korang ni. Tak de ayat lagi mencabar ke? Cuba la kata “Wah, smart la kau dengan selebet ni” atau “Ada, ko nampak macho la tanpa palitan tiruan ni. Baru rock!!” Ada ke yang nak cakap cam tu kat aku?? Tapi kan seingat aku, sorang kawan aku ni pernah kata “Hah, macam nilah Adawiah yang aku kenal..Ko sama cam dulu lagi..Kekalkan sifat muslimah tu..”..Orang ni tak hentam pun aku dengan hal pelik-pelik yang buat aku sakit telinga..Aku cuma tak pakai handbag, tak makeup, tak macam girlish lah katakan, pun kena marah ke???? Salah ae? Aku tak kutuk orang pun. Aku suka gak kaum hawa yang pandai berdandan ni tapi biarlah dandan untuk yag sah. Itu lagi aku tabik spring la kat korang.


OK, berbalik pada LOVE COME SLOWLY, korang dapat teka apa yang buat aku jatuh chenta? (jatuh cinta lagi…lagi2 ku jatuh cinta..ikut nyanyi cam Matta Band ae). Dapat teka tak?? Yahoo..Aku suka memasak!! Sangat best memasak ni..Walaupun mulut bising ketika kecil dulu tapi semulajadi aku ni dah ada bakat memasak tu cuma ada lagi yang aku tak korek dalam diri aku ni..Aku memang dah jatuh hati la dengan masak lemak daging salai, spaghetti bolognese, char kueh tiaw dll..

Aku pun suka makan dan menikmati makanan dengan tekunnya. Kadang boleh tahu bahan apa yang diletakkan. Aku tak cerewet bab makan ni. Makan asalkan halal dan rezeki aku pada hari itu. Makan juga adalah untuk menyambung kelansungan hidup ae..bukan tujuan hidup untuk makan sahaja..Banyak lagi aku nak fikir tau..

Aku cadang nak belajar masak sebenarnya untuk menajamkan skill aku ni dan nak makan banyak-banyak...hahaha. Memasak secara professional ni boleh mendatangkan keuntungan.. Aku nak masak sendiri bila kenduri aku tiba nanti..Best kan?? Aku jeles betul bila dengan Kak Faezah, masak lauk mewah, namanya masak kapitan (tak silap aku lah..) untuk kenduri kahwin dia dulu. Sebelum kahwin, hubby dia hantar pergi kursus masakan selama 6 bulan tau..sponsor lagi..Aku sangat jeles maaaa…Ada tak laki yang nak sponsor duit dia suruh aku belajar masak dan dalami ilmu masakan??

Memang aku belajar bab-bab business ni, so, itu pasal aku nak ceburi bidang masakan sebab kalau ekonomi meleset sekalipun, bidang makanan ni, tak pernah kering la. Ada je orang yang nak makan kan?? Tapi wajib kreatif, efficient dan effective la bila buat business makanan ni..Setuju?? Dan paling penting halal dan kerja sendiri ae..Tak mau makan gaji..Tapi apa-apa pun aku kena study MBA sampai habis..Berangan boleh tapi aku mesti ada visi untuk mencapai impian aku tu..Semoga ianya termakbul..ameen

~ Aku suka lelaki pandai masak sebab aku nak dia sama-sama tolong aku memasak dan menjana pendapatan dengan hasil sendiri. Dia juga mesti rajin. Sweet je masak ngan suami sendiri..(oohh..aku berangan lagi..)

Thursday, January 28, 2010

JAMUAN MAKAN TOK GURU

(gambar hiasan)

SEORANG Tok Guru telah dijemput ke suatu majlis jamuan makan. Dengan pakaian yang sangat sederhana, Tok Guru itu pun pergi ke majlis tersebut.


Malangnya, setibanya di majlis itu dia tidak dirai atau dijemput untuk makan. Tuan rumah lebih mengutamakan orang kenamaan; orang kaya, orang berpangkat dan ternama mendapat keutamaan. Tok Guru dipinggirkan.


Menyedari sikap “pilih bulu” tuan rumah, Tok Guru pulang semula ke rumahnya lalu menukar pakaiannya. Kali ini beliau memakai pakaian yang mahal dan gemerlapan.


Kemudian dengan segera beliau pergi semula ke majlis tersebut. Kali ini dia disambut dengan mesra dan dijemput dengan hormat menjamu selera makanan yang lazat-lazat oleh tuan rumah.


Tiba-tiba Tok Guru menuangkan lauk-lauk dan makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah ke atas bajunya, seluar dan seluruh pakaian yang mahal-mahal itu.


“Mengapa?” Tanya orang ramai.


Tok Guru menjawab, “Tuan rumah hendak menjamu pakaianku, bukan diriku!”


PENGAJARAN: Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting daripada pandangan orang lain terhadap diri kita. Inilah yang dikatakan harga diri. Dan inilah syarat utama untuk Berjaya dalam hidup.


Jadi, jangan risau kalau kita tidak dihargai, tetapi risaulah kalau benar-benar diri kita sudah tidak berharga. Harga diri kita bukan terletak pada barang-barang bernilai yang kita pakai atau miliki, tetapi pada ilmu, akhlak dan takwa yang ada di dalam diri.


~ Suka saya berkata, saya hormatkan semua pandangan yang ada..apatah lagi pandangan yang membina..Tapi saya tetap sayangkan diri saya kerana kita yang diamanahkan untuk menjaga dan menyayangi diri kita sendiri..saya tak kesah tentang pandangan orang terhadap saya, tapi saya tetap ambil nasihat yang diberi untuk memperbaiki diri..Cuma nilailah orang secara jujur..kenali dirinya dahulu sebelum sesedap rasa nak pandang serong dan anggap diri tu baik dan sempurna..


~ “Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-hata kamu tapi Allah melihat hati dan perbuatanmu.” (H.R. Muslim).



Law Of Attraction – Hati-Hati Bila Banyak Memikir Sesuatu



Bila Anda kerap memikirkan wajah kekasih Anda, dia akan  kerap menghubungi Anda. Sebabnya cuma satu, dia teringatkan  Anda selalu. Tenaga mental Anda membuat minda Anda bekerja untuk memunculkan kekasih Anda di depan mata Anda. Minda akan wujudkan proses perjumpaan Anda dengan kekasih Anda supaya Anda dapat menatap matanya. Kekasih Anda tu mungkin akan memberitahu Anda di mana tempat berjumpa, waktunya jam  berapa. Lama-kelamaan,  Anda dapat jumpa dia juga.




Contoh lain…apabila Anda selalu teringat ibu Anda di kejauhan, ibu Anda juga akan  kerap teringatkan Anda. Dia akan terbayang-bayang wajah Anda lalu muncul satu gesaan di hatinya, mendesak dia mahu berjumpa dengan Anda. Mungkin beberapa hari kemudian, secara kebetulan ibu Anda tiba-tiba muncul di depan pintu rumah Anda simply kerana Anda banyak teringatkan dia beberapa hari lepas.

Sebenarnya, prosesnya adalah begini – gelombang minda Anda mengembara beribu-ribu batu untuk sampai ke minda ibu Anda. Semakin kerap Anda berfikir mengenai ibu Anda, kesannya gelombang minda Anda akan menjadi semakin kuat getarannya, mendorong gelombang tu untuk bergerak lebih cepat. Gelobang minda kita bergetar untuk bergerak.




Jika Anda meminati kereta Mercedes C230 dan Anda selalu terbayang-bayang memandu kereta tu seolah-olah ia benar-benar berlaku, Anda akan perasan mata Anda banyak menangkap kelibat kereta Mercedes C230 lalu-lalang kat mana-mana Anda pergi. Anda akan merasa bertuah sebab selalu nampak kereta idaman Anda tu hingga Anda tersenyum sendiri jadinya.

Contoh-contoh tu semua hanya sebahagian dari bukti yang minda kita ni sememangnya ‘mesra pengguna’ kerana ia memberi respon pada apa saja yang kita kerap fikirkan. Mengikut hukum penarikan (Law Of Attraction) minda akan menarik apa yang saja yang kita banyak fikirkan bahkan menemukan kita dengan situasi, orang perseorangan, perkara dan benda berkaitan dengan apa yang kita selalu fikirkan tu.

Untuk mendapatkan sesuatu, fikirkannya dengan kerap. Nak mendapat duit, fikirkan duit selalu! Ya, ni betul dan saya mengakuinya berdasarkan pengalaman sendiri dua tahun lepas, bila saya terjumpa buku The Secret secara kebetulan.

Cuma, saya tak suka buat sebab saya akan terdorong menjadi tamak. Tapi, saya pernah terima duit dari kengkawan dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Pernah beberapa kali ada member belanja makan bila tetiba terjumpa ngan dia. Kekadang adik beradik saya bagi saya duit yang saya tak minta tapi duit tu saya ada fikirkan beberapa hari lepas.

Bila Anda kerap memikirkan masalah, kesannya Anda akan mendapat lebih banyak masalah.

Hati-hati bila Anda banyak memikir sesuatu.

Sumber: iMotivasi


***************************************************


~ Sebenarnya pernah juga terjadi ketika sebelum rumah saya dimasuki perompak. Hal ini terjadi awal tahun lepas ketika saya berada di semester 5 pengajian. Saya di KUIS, seperti biasa menjalani urusan harian sebagai pelajar. Tetapi sejak hari isnin sebelum kejadian, hati ini selalu teringatkan ummi saya di kampung. Rasa rindu yang amat padahal saya ni boleh dikatakan kerap balik ke rumah. Saya cuma menenangkan diri saya tanpa memikirkan yang bukan-bukan. Tapi ia semakin menjadi-jadi setiap hari sehinggalah hari jumaat. Tapi saya tidak lah pula menelefon ummi saya (ummi saya ni jenis tak suka saya call jika tak ada hal..even nak borak-borak pun ummi tak bagi..ummi selalu kata ok..tapi sebagai anak, saya kena pandai-pandailah bawa diri..ummi tak nak kami risaukn ummi atau ummi risaukan kami adik beradik. Tapi kalau tak call, mulalah ummi bising..hukhuk..sabar jelah).


Tetapi dengan tak disangkanya, ummi call saya pada pagi sabtu ketika saya berdiskusi dengan kawan2 saya dan hati saya dah berdebar-debar tak tentu fasal. Hairan sungguh! Benarlah bagai dikata dan difikirkan, ummi, abah dan adik-adik ditinpa kecelakaan di rumah sendiri. Rumah dimasuki perompak!!! Allahu Akbar!! Saya terkejut sungguh! Hari itu juga saya dan anjang balik ke rumah tanpa ummi ketahui (ummi tak bagi kami risau dan tak bagi kami balik..tapi pertengahan jalan sebelum sampai ummi dah tahu dah kami balik!)


Alhamdulillah tak ada apa-apa yang teruk, tapi saya dan anjang sedih jugak sebab abah cedera, ummi ditolak dan adik2 saya luka-luka akibat bergelut dengan perompak tu..hukhuk..Rupa-rupanya, kesemua adik2 saya yang berada di kolej ketika itu mengalami perasaan yang sama. Teringatkan ummi dan tak senang tidur..

Saturday, January 23, 2010

.:: KERJA KECIL, JIWA BESAR ::.

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki." Begitulah pesanan pendek gurunya.

"Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas.

"Kamu akan tahu nanti."

Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan. Setelah solat dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-Quran tanpa mempedulikannya.

Dia terpandang pula seorang lelaki berhampiran mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur,"Tuan, bolehkah tuan ajar saya sesuatu?"

"Maaf, saya sibuk ni. Awak datang tidak kena pada masanya," jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang sedang dibacanya.

Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya?

Oleh kerana tiada orang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya dia terpandang seorang lelaki yang agak tua, sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.

"Dah berapa lama pakcik kerja di sini?" tanyanya, sekadar memeriahkan perbualan. Tidak ada apa-apa ilmu agama pun boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang masjid ini, bisiknya dalam hati.

"Hampir 15 tahun."

"Seronok?"

"Seronok sekali nak," kata lelaki itu sambil tersenyum.

Dilihatnya cara pakcik itu membersihkan longkang masjid begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya. Begitu tekun sekali.

"Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci. Hairan saya."
Click Me~
"Apa nak dihairankan?"

"Bukannya ada orang nampak pun benda-benda kecil sebegitu...."

"Tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum.

Murid tadi terdiam. Rupa-rupanya pakcik itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

PENGAJARAN:

~ Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredhaan Allah, yakni ganjaran yang lebih besar berbanding nilaian manusia.

~ Selain itu, apabila ada orang baru masuk ketempat kita, hendaklah kita membantunya dengan semampu yang mungkin, mana tau kita akan dimurahkan rezeki dan bertambah kenalan. Sepatutnya orang yang tengah ngaji al-Quran tu perlu amik peduli dengan apa yang berlaku. Memanglah tengah khusyuk, tapi jika ada hal penting yang diminta, tak salah hendak menolongnya.. =)

*** Cutiku sudah abis?? Alahai, nape cam malas mau balik hostel ni?? Prepare tuk test marketing lagi tapi kelas accounting tak ada...nak balik ke?? Ohhh hati...tenangla..aku risaukan sahabatku ini..semoga dikau cepat sembuh..ameen

Friday, January 22, 2010

BUKTI LOGIK DAN AL- QURAN TENTANG KEWUJUDAN ALLAH S.W.T

Salam semua…


Apa khabar semua? Harap sihat belaka ae..Cuaca sekarang memang tak menentu..Ahli rumah saya pun ada yang tak berapa sihat termasuk diri ini..Opps..sebelum terlupa, saya nak ucapkan tahniah buat sahabat blogger saya yang paling saya kasihi iaitu Lady Ell. Dia dah selamat melahirkan anak yang ke-4. Syukur semuanya selamat..Saya tumpang gembira =)


Sekarang ni masih lagi hangat dengan isu larangan penggunaan nama Allah untuk digunakan oleh orang Kristian. Saya tak mau ulas isu tersebut, ia memang jelas dalam surah Al-Ikhlas bahawa Allah itu Esa; tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada satu ciptaan pun yang mampu menandingi kekuasaan Allah s.w.t.


Berbalik pada tajuk entri di atas, mungkin ada segelintir yang masih lagi berfikiran lemah tentang wujudnya Allah s.w.t. Ini biasa terjadi bagi mereka yang kurang bimbingan agama tambahan pula banyak unsur-unsur negatif yang mendorong mereka untuk tidak mengakuinya..Biasanya anak-anak muda yang mudah terikut dengan pengaruh luar yang mengakibatkan mereka berpaling dari mempercayai wujudnya Allah s.w.t. Saya penah mengalami situasi ini di sini. Berhadapan dengan remaja yang sebegini memang menguji kesabaran saya apatah lagi saya bukanlah beraliran agama (setakat sekolah agama sampai form 3 tak cukup) tapi itulah realitinya kita yang bergelar khalifah. Membantu setakat yang mampu saja..




Malas nak celoteh panjang, jom kita lihat kisah ini..Semoga ianya membantu kita mendidik jiwa-jiwa insan yang memerlukan pertolongan dan juga iktibar buat diri kita sendiri..


* Suatu hari Jaafar Al-Siddiq telah didatangi oleh seorang lelaki ateis bernama Daeshani. Selepas lelaki ateis itu berhujah tentang penafiannya terhadap kewujudan Allah, Jaafar Al-Siddiq pun membalasnya dengan berkata, “Tahukah kamu, telur ini disimpan di dalam kulit yang tebal, di dalam dinding tebal ini pula terdapat kulit yang sangat nipis. Di dalam kulit ini terdapat dua cairan kental berwarna kuning dan putih yang tidak akan bercampur sama sekali. Tidak ada sesuatu yang keluar dari telur itu yang memberitahu sama ada baik atau tidak keadaan cairan tersebut, dan kita pun tidak tahu apakah ia akan menjadi ayam jantan atau betina. Apakah kamu fikir, tidak ada yang mengatur semua ini?”


Mendengar kata-kata Jaafar Al-Siddiq itu, Daeshani pun terus mengucap syahadah dan beriman kepada Allah.


* Masyarakat Arab Badwi mengiaskan perkara itu dengan berkata, “Najis haiwan menunjukkan adanya haiwan, jejak kaki menunjukkan adanya orang melintas. Kalau begitu, bagaimana halnya dengan langit dan bintang-bintangnya, bumi dengan samuderanya, bukankah semua itu menunjukkan adanya Pencipta Yang Maha Mengetahui?”


* “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, bahtera-bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna kepada manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan (suburkan) bumi sesudah mati (kering)-nya, berkeliaran di atasnya tiap-tiap yang melata, angin yang bertiupan dan awan yang terbentang antara langit dan bumi: (pada semua itu) sungguh terdapat ayat-ayat bagi kaum yang berakal” ( Surah Al-Baqarah: ayat 164)


* “Apakah mereka tidak memerhatikan kepada unta bagaimana ia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung, bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi, bagaimana ia dihamparkan?” (Surah Al-Ghasyiah: ayat 17-20)


* “Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu melihat bahtera belayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurniaNya, dan supaya kamu bersyukur” (Surah An-Nahl:ayat 14)

#################################################


Sebenarnya ada banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan kewujudan Allah s.w.t. Tapi apa-apa pun, hendaklah kita memiliki ilmu dan bertanya kepada yang lebih arif..Paling penting, iman kita kena kukuh dan jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang cuba nak merosakkan akidah..


Learning without thinking is useless, Thinking without learning is dangerous - Confucius

"Bahawasanya kita,
TIDAK akan beribadah MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan bertawakal MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan meminta MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengharap MELAINKAN hanya daripada Allah.
TIDAK akan mengagungkan MELAINKAN hanya kepada Allah.
TIDAK akan beribadah kepada Allah MELAINKAN apa yang
Allah kehendaki dan diajar oleh rasul."

Wednesday, January 20, 2010

AYYASH & UQBAH ~ RENUNGAN INSAN BERSAHABAT


Kisah 1: Pengaruh Abu Jahal

Pernah dengar mengenai Uqbah bin Abi Mui’th seorang pemuka Quraisy yang ingin memeluk Islam? Uqbah ini sangat berkawan rapat dengan Abu Jahal. Uqbah pada mulanya pernah ingin mengikut naluri fitrahnya ke arah kebenaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ketika itu Abu Jahal berada di luar kota dan Uqbah pergi menemui Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar ajaran yang dibawa oleh Nabi s.a.w, Baginda menawarkan Islam kepadanya. Uqbah menerimanya tetapi meminta tangguh sehingga besok untuk lebih memikirkannya.

Sayangnya Abu Jahal telah kembali dan Uqbah terus menyatakan hasratnya itu kepada Abu Jahal, “Besok, aku akan menemui Muhammad dan menyatakan keIslamanku.” Abu Jahal berang dan menyanggah, “Demi persahabatan kita, seharusnya engkau menemuinya untuk meludahi mukanya!” Uqbah terus berlalu meninggalkan Abu Jahal.

Besoknya Uqbah tetap menemui Nabi namun diekori oleh Abu Jahal. Di waktu Uqbah ingin melafazkan syahadah dan menyatakan keIslamannya, Abu Jahal muncul dan terus memujuknya, “Wahai sahabatku, agamamu atau sahabatmu”

Akhirnya ternyata demi persahabatan Uqbah telah memilih kesesatan dan mengikut Abu Jahal. Malah selepas itu Uqbah menjadi orang kafir yang terlalu membenci Nabi. Tiada orang yang lebih berani menyakiti Nabi melainkan Uqbah sendiri. Pernah ketika Nabi sedang solat, Uqbah datang dari belakang dan menjerut leher Nabi dengan selendangnya. Jerutan yang kuat itu telah membuatkan Nabi jatuh tersungkur. Tidak cukup dengan itu suatu hari ketika Nabi sedang sujud Uqbah datang dengan membawa usus perut unta dan melemparkannya ke belakang Nabi. Baginda tidak boleh bangun sehingga datang puterinya Zainab menyingkirkan kotoran tersebut.

Kuasa Allah meliputi segalanya dan akibat memilih rakan yang sesat dan menyakiti kekasih Allah s..w.t, Uqbah mati dalam keadaan cukup terhina. Uqbah mati dalam kekafiran sewaktu perang Badar. Setelah mati, tubuhnya membengkak dan membusuk. Mayatnya tidak boleh dikuburkan bersama-sama dengan sahabat-sahabat kafirnya yang lain kerana baunya yang busuk menyengat. Mayatnya hanya ditimbun dengan tanah di tempat ia mati dalam keadaan yang amat buruk.

***************************************************



Kisah 2: Pengaruh Umar

Pernah tak pula kita kenal siapa rakan baik Umar al-Khattab yang diajak hijrah bersama? Umar berkawan baik dengan Ayyash bin Abu Rabi’ah. Maka Umar mengajaknya hijrah ke Madinah bersama-sama. Di suku perjalanan datang seorang utusan ibu Ayyash mengkhabarkan perihal ibu Ayyash yang hampir meninggal dunia. Ibunya tidak bermaya kerana berjanji akan terus berdiri di terik panas matahari dan tidak akan mandi sehinggalah Ayyash kembali menemuinya. Maka bergoncanglah hati sahabat ini dan beliau merasa sangat gusar. Ayyash ingin berpatah balik dan pulang menemui ibunya. Umar tidak berdiam diri, lantas memujuk Ayyash untuk meneruskan hijrah dengan bersungguh-sungguh.

Namun disambut Ayassh dengan keluhan, “Ibuku”. Umar tidak berputus asa meyakinkannya dan berkata, “Ayyash, jika hari ini ibumu mampu berpanas di bawah terik matahari, tetapi esoknya ia belum tentu mampu. Jika hari ini ibumu berkeras untuk tidak mandi, maka ianya tidak akan lama. Nanti ia akan mandi jua kerana tidak tahan dengan tubuh badannya yang kotor. Jika sekarang ia tahan berpanas, besok ia akan mencari jua tempat berteduh. Namun Ayyash hanya menjawab, “Umar, ibuku.”

Umar seraya mengingatkan, “Ayyash, jika engkau berkeras ingin kembali, engkau akan mendapat fitnah kelak.” Ayyash tetap berkata, “Ibuku, Umar.” Umar sangat faham, dalam berkawan kita perlu berkorban. Waktu itu Umar sudah merasa rakannya tidak mampu dipujuk dan dipengaruhi walaupun hampir memaksanya. Lantas Umar turun dari kenderaannya seraya menawarkannya kepada sahabatnya itu, “Wahai Ayyash, jika kau tetap berkeras untuk kembali, ambillah kenderaan aku ini. Semoga kenderaan ini akan mengingatkanmu ketika engkau ingin kembali padaku suatu hari nanti.”

Akhirnya Ayyash berpatah balik ke Mekah dan memang benar ia disiksa dan difitnah sehingga hampir menggoyahkan keimanannya. Malah ia telah dihina oleh Abu Jahal sebaik sahaja memasuki kota Mekah, meskipun sebelum itu Abu Jahal menumpang kenderaannya. Namun kenderaan itu sering mengingatkan Ayyash pada Umar dan terus mengukuhkan keimanannya. Akhirnya satu hari Ayyash kembali berhijrah meninggalkan keluarganya dengan berkah dan keikhlasan sahabatnya, Umar.

Jadi dalam hidup ini adakah kita ingin mencari sahabat semulia Umar atau sehina Abu Jahal?

Adakah kita ingin tersangat bertuah seperti Ayyash atau tersangat rugi seperti Uqbah?

Adakah terhadap rakan, kita mampu memberi pengaruh dan beraura baik sekuat Umar atau beraura buruk sehina Abu Jahal?

Adakah kita seperti Ayyash yang cenderung kepada rakan yang baik atau seperti Uqbah yang cenderung kepada rakan yang hanya membawa kepada kehinaan?

Untungnya Ayyash kerana kemurahan kawan dan malangnya Uqbah hanya kerana kejahilan kawan.


Fikir-fikirkanlah.

Sumber: Siti Zaniza Tohar (via facebook)

Tuesday, January 19, 2010

13 WASIAT RASULULLAH S.A.W

Salam semua..

Mungkin ada yang dah tahu wasiat ni dan mungkin ada yang tidak ambil peduli lansung tentang wasiat ini. Tapi untuk mengingatkannya lagi, saya mahu berkongsi dengan para saudaraku sekalian..Lepas ni, jangan dibiarkan je tau peringatan ni..Ambil perhatian juga..Buat untuk memantapkan diri anda semua..Saya tak rugi pun jika korang semua tak amalkan tapi saya tak nak lah tengok saudara seIslam saya menjadi semakin lalai dan berjaya disesatkan oleh syaitan laknatullah..nauzubillah..



**************************************************************************

RASULULLAH S.A.W ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan dalam kehidupan seharian.

Larangan dan suruhan Rasulullah s.a.w melalui wasiat itu, adalah juga merupakan peringatan buat kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
Brilliant Marjan menambah ~ Maksud di sini adalah memakai kain basahan tidak kira bagi lelaki ataupun wanita. Ia bagi mengelak dari menjadi panahan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
Brilliant Marjan menambah ~ Sunat memakai cincin di jari manis dan di jari kelingking tidak kira bagi lelaki ataupun wanita.



3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
Brilliant Marjan menambah ~ Sentiasa membasahkan lidah dengan berzikir, bertahmid, solat hajat dan solat taubat agar kita sentiasa mendapat keberkatan dari-NYA

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
Brilliant Marjan menambah ~ Berkatalah benar walaupun pahit bagi orang yang tidak sukakan kebenaran. Jangan kita melambung-lambung memuji atau menyatakan sesuatu sehingga mengakibatkan kita mendustakan sesuatu perkara. Apa-apa pun jangan bersifat berat sebelah kepada mana-mana pihak.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
Brilliant Marjan menambah ~ Perbaikilah diri sendiri dahulu sebelum melihat kesilapan orang lain. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Diam itu lebih baik dari banyak berkata-kata yang tidak benar.


6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
Brilliant Marjan menambah ~ Jika mencari saksi, biarlah yang mempunyai akhlak yang baik dan cukup syarat. Jangan sewenang-wenang menuduh orang sebarang tanpa mengemukakan bukti sah. Apatah lagi dengan menggunakan kalimah Allah dan menjunjung Al-Quran.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
Brilliant Marjan menambah ~ Sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan kurniaan-NYA. Selepas subuh bacalah surah Al-Mulk bagi mendapat rezeki yang murah dan juga mendirikan solat sunat Dhuha. InsyaAllah, Allah s.w.t menyukai hambaNYA yang merendah diri dan sentiasa mengarapkanNYA.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
Brilliant Marjan menambah ~ Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara. Gunakan akal yang waras dan pertimbangan ilmu yang sewajarnya agar kita tidak termasuk dalam kategori manusia yang rugi akibat kebodohan sendiri.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
Brilliant Marjan menambah ~ Petua untuk bijak adalah dengan selalu bersugi dan mengosok gigi =)

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
Brilliant Marjan menambah ~ Jauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh membuatkan kita berada dalam situasi tegang. Berwuduklah dengan segera, buat solat sunat dan zikir..

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
Brilliant Marjan menambah ~ Setiap yang kita lakukan hendaklah kita niatkan hanya untuk Allah s.w.t. Biarlah apa yang kita infakkan itu memberi keberkatan kepada seluruh isi alam terutamanya kepada ahli keluarga kita.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
Brilliant Marjan menambah ~ Adil membawa keberkatan. Adil membawa persahabatan.



13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Brilliant Marjan menambah ~ Sifat yang terpuji adalah dengan memuliakan ahli rumahnya dahulu dan orang yang berada disekitarnya.. Biarlah kita menerbitkan wangian yang paling harum buat seluruh ahli keluarga kita dan juga jiran kita. Salam+senyum+sabar = peace world

“Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.”

InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing

~~ Peringatan untuk diriku juga..InsyaAllah..Amin

Sunday, January 17, 2010

.:: DOSA YANG BERERTI ::.

Salam semua…

Semoga anda ceria pada hari ini..Apa aktiviti anda pada hujung minggu ni? Mesti ada yang pergi berjalan-jalan bersama keluarga dan kawan-kawan kan? Saya tak ke mana-mana pun. Cuti sem saya ni hanya di isi dengan menyiapkan assignment yang diberikan penyarah dan mengulangkaji pelajaran..

Walaupun nampak best je amik master (pendapat kawan-kawan saya la) tapi otak ni kena banyak berfikir.. Nak masukkan isi yang bernas dan cari topic yang sesuai tuk tesis dan perbincangan. Sangat memeningkan. Umi, jom pergi berlibur!! (Aku sorang je cuti..tak bestnya)

Berbalik pada topik asal, manusia dijadikan dengan sangat unik dan sangat sempurna diantara kejadian yang ada di bumi ni. Sebagai manusia, sudah pasti kita tidak lepas dari melakukan kesilapan akibat kelalaian dan kealpaan kita kerana godaan nafsu dan sebagainya.


***************************************************



Manusia hakikatnya tempat segala dosa. Pada dirinya, berkumpul berbagai kekurangan dan kelemahan. Dalam jiwanya, bersemayam kekhilafan dan kealpaan hingga tercipta dosa yang membuat ia berjarak pada Khaliknya.

Akan tetapi, ada kalanya dosa membuat manusia dekat pada ALLAH. Dosa yang membuat pelakunya semakin mengenal dan mencintai ALLAH. Dosa yang digariskan oleh ALLAH sebagai penunjuk jalan agar ia sedar dan mendekati diri-Nya.

Ada tiga dosa yang dapat membuat seseorang menyedari hakikat dan kekerdilan diri sebagai hamba ALLAH.

Pertama, dosa yang tidak diingini. Dosa yang diperbuat, kerana kealpaan semata. Saat melakukan perbuatan yang berbuah dosa itu, tidaklah direncanakan. Ia tercipta kerana kekhilafan bukan kebiasaan.

Kedua, dosa yang menimbulkan rasa tidak nyaman. Dosa yang dilakukan, meninggalkan bekas yang membuat galau hati. Rasa yang menyebabkan pelakunya dihantui rasa bersalah di setiap detik hidupnya. Ia sama sekali tidak menikmati dosa-dosa yang dilakukan.

Dan ketiga, dosa yang membuat seseorang menjadi tersungkur pada ALLAH. Cirinya, ia menyesal saat menyedari dosa yang telah diperbuat, dan taubat memohon ampunan ALLAH.

Yakinlah bahawa seseorang boleh tergelincir ke perbuatan dosa kerana berkurangnya perlindungan dari ALLAH. Kerananya, jangan pernah putus harapan ketika menyedari besarnya dosa yang telah diperbuat. Jangan pernah sedikit pun meragukan kasih sayang ALLAH. Bahkan seseorang akan ‘benar-benar’ berdosa bila meyakini dosanya tidak terampuni. Sebab ia meragukan ALLAH sebagai Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Begitu juga, jangan pernah memandang rendah orang yang berdosa namun bertaubat kerananya. Lebih mulia seseorang yang bertaubat akan dosa yang ia lakukan daripada mereka yang menyombongkan dirinya dan merasa aman dengan berbagai amal yang ia lakukan.

Yang penting bukanlah membanggakan diri sebagai manusia tanpa dosa, tetapi bagaimana membuat hanya ALLAH di hati, meskipun beribu dosa menyesaki!


***************************************************




~ Aku juga insan yang tak lepas dari melakukan dosa sama ada secara nyata ataupun tidak.. Buat para pengunjung blog ini, andai aku pernah melakukan kesilapan kepada kalian, maafkanlah diriku yang hina ini..Halalkan apa jua yang telah aku terambil..


~ Aku nak berjaya dengan aman dan tenang tanpa hasad dengki..Amin

Saturday, January 16, 2010

~ KEKUATAN SEDEKAH ~

Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad, seperti berikut :


Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram air),

Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya".

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.




RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb:

Allah Ta'ala berfirman,"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Allah Ta'ala berfirman,"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".


Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb:

"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah".
"Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)???




Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal: amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat:

Antara yang sedekah yang boleh diamalkan:

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan. Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.  Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.  Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid. Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a. Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak. Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat. Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

Jadilah daie "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :


"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itudilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk".

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat".
Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.