Sunday, March 28, 2010

~ BERBEZA BIJAKSANA ~

Assalammualaikum w.b.t


Salam penuh keceriaan buat pengunjung blog Marjan Ibtisam. Di sini, saya akan memaklumkan bahawa saya akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada masa depan saya. Saya akan mula menghadapi peperiksaan semester 1 MBA Muamalah pada hari selasa ini iaitu, 30 Mac 2010 sehingga 7 April 2010. Doakan kejayaan saya =)

Tapi seperti biasa, saya tak kan tinggalkan blog saya dengan tangan kosong. Jadi, marilah kita pengambil iktibar di sebalik cerita yang tersiar di sini..

********************************

Satu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, profesor bertanya: " Kau pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf," jawab pengayuh sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup."

Tidak lama selepas itu, profesor bertanya lagi: "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan."

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak.

Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pengayuh sampan bertanya kepada profesor: "Tuan, apakah tuan pandai berenang?"

"Err, err... saya tidak tahu," jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

Pengajaran:

Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaa yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatknnya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri yang jitu. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya. Berusahalah menggilap kebijaksaan itu dan seterusnya memburu kejayaan dalam bidang masing-masing. Katakan pada diri, "Saya boleh berjaya dengan luar biasa cemerlang dalam hidup saya. Saya akan majukan diri sebaik mungkin dengan redha Allah s.w.t."

Friday, March 26, 2010

AWARD KE 2 TAHUN 2010

Assalammualaikum w.b.t

Saya tak mahu cerita panjang-panjang. Sekadar nak meletakkan penghargaan yang telah di beri oleh seseorang kepada saya. Ini adalah award ke 2 saya untuk tahun 2010. Nak diikutkan, dah banyak award yang saya dapat sejak saya tegar berblog pada tahun 2009, cuma saya tak tampal je. Bukan tak menghargai, tapi biar ia menjadi hadiah istimewa saya sendiri dalam dunia blog ini. =)


Untuk dapatkan award kali ini ada law & terms nya..=) antaranya ialah:_

1- Thank and link the person who gave you the award.

2- Pass the award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

3- Contact said blogs and let them know they've won the award.

4- State 7 things about yourself.
 ************************************************

1. Terima kasih buat adik ku, Sakinah al-Mardhiah a.k.a Anjang. Dah lama Anjang tak update blog, so, tadi bila akak buka, akak nampak ada award ni untuk akak. Maybe untuk hadiah hari lahir juga kan?? hehehe. Tq so much!! Sayang Onjen.. That's why akak kena cepat-cepat update entri akak.

2. Untuk soalan ni, erm, tak dan nak fikir siapa yang perlu diberi. Nanti ada yang tak adil pula.. So, jalan mudah, attention to all my followers, anda semua wajib ambil award ni dari saya.. Letak kat blog anda tau.. Amanah!! Saya tak ada hadiah untuk diberi tapi saya tak nak kedekut untuk berkongsi kegembiraan saya menerima award ini.. Silakan (^__^)

3. Sama jawapan dengan soalan ke 2 di atas.. 

4. 7 keajaiban?? Bukan lah.. Erm, dah tak tau nak share apa.. Tapi anda perlu tahu;
  • 30 Mac 2010 until 7 April 2010, saya akan menghadapi peperiksaan akhir semester satu MBA MUAMALAH. Doakan kejayaan saya tau.. Tq =)
  • Saya mendapat hadiah jam tangan (jenama dirahsiakan) dari seseorang sempena ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini berserta dengan beberapa buah buku sebagai menambah koleksi peribadi yang sedia ada. Syukran jazilan =)
  • Saya ada facebook tapi ianya untuk orang-orang tertentu sahaja..
  • Saya seorang yang mudah didekati tapi saya tetap berhati-hati dengan insan yang ingin menjadi sahabat saya..
  • Saya suka seni; muzik dan lukisan.. Sangat menenangkan.
  • Bila saya duduk di asrama, saya akan bawa semua keperluan saya selengkapnya. Saya tak suka pinjam orang dan orang pinjam saya. Kalau nak pinjam, minta izin. InsyaAllah, saya beri. Abah dan Ummi pernah kata, saya ibarat orang yang ingin pindah rumah..hahahahaha..lucu2..
  • Saya akan konvo degree saya pada bulan Julai nanti. InsyaAllah... Tak sabar nak jumpa kawan-kawan kelas saya terutamanya my best friend, Fiza. Aku rindu kamo...
~ Saya mengharapkan sinar itu memberikan kebahgiaan buat kami. Maafkan diri ini wahai pemilik hati sang ratu..

Thursday, March 25, 2010

~@ ENTI SUDI JADI ISTERI KEDUA ANA? @~

Assalammualaikum w.b.t

Semoga anda semua ceria selalu. Bahang peperiksaan terasa semakin menakutkan walaupun setiap semester saya melaluinya tapi kali ini ia sangat berlainan kerana saya bukan lagi berada dalam zaman bersenang lenang tetapi zaman penuh kematangan walau diri ini kelihatan muda dan ibarat tidak cukup umur..huhuhu.. Perasan lah pulak!! Ya Allah! Mudahkan lah urusan hamba-Mu ini dan tenangkanlah hati ku dalam menghadapi ujian dunia-Mu.

Berbalik pada tajuk entri di atas, anda semua boleh ramalkan apa cerita disebaliknya? Sanggupkah wahai para wanita sekalian seandainya anda dijadikan isteri kedua?? Apakah anda akan melenting, mengamuk dan sebagainya? Wahai para lelaki yang budiman, apakah anda adil melaksanakan tugas anda?? Anda sanggup mengorbankan kasih sayang anda untuk keduanya??

Oleh dengan itu, mari kita berkongsi sedikit daripada hasil saya berjalan-jalan mencari ilham tapi ini copy paste je dari sini . Moga ada iktibar daripadanya...

**************************************************


“Enti sudi jadi isteri kedua ana?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka enta sudah beristeri! Enta jahat! Sanggup mempermainkan hati ana. Enta ingat ana tiada maruah? Hah!” pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Ana ingat kita lama berYM, enta masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fulanah mula sebak.
“Tak. Maksud ana……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… ……… …………”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fulanah dengan kasar.
“Enta nampak macam alim, tapi sanggup menipu ana. Dan enta sanggup melamar ana menjadi isteri kedua enta. Enta ingat ana ni siapa?” suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu ‘Fulanah’ di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini.

Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya yang berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“ Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai Muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fulanah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian.

Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fulanah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun.

Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

“Enti sudi jadi isteri kedua ana?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Err, err, betul ke ni?!” tergagap Fikri apabila menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa ana?” tanya Fikri ingin tahu.
“Ana ingin membantu gerak kerja dakwah enta,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut hati kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, menghadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan!!” jawab Fikri.

******************************************

Sedarlah semua kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…
Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan,
Bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini…
Tetapi anda adalah bakal isteri kedua!!!
Kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!!!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…
Kehadiran dirimu…
Adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam
Bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu!
Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga dirimu…
Dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan Islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…
Terimalah hakikat…
Anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya
Atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu!!!
Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya,
Kerana suami yang pertama bagi isterimu…
Ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya!

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam.
Jika dirimu tidak sedemikian,
Sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu!
Bantulah isterimu dan kuatkanlah dia untuk teruskan perjuangan!! !

Wednesday, March 24, 2010

* TINDAKANKU BILA DIUJI LELAKI *

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dapat lagi saya merasai nikmat yang Allah s.w.t beri. Hari ini saya akan kembali semula ke KUIS. Ada last kuliah petang ni. Itupun kalau Dr. Adnan ada.. Final exam semakin menghampiri. Minggu depan je mula walhal persiapan nak exam pun tak sedia lagi. Huhuhu.. Ada satu lagi assignment yang tak siap, Research Methodology.

Kita berhenti dulu perihal saya, kita kembali kepada tajuk asal entri di atas. Saya terbaca satu luahan dan keazaman daripada sahabat facebook. So, saya merasakan perlunya saya berkongsi dengan sahabat-sahabat saya di blog khususnya kepada kaum wanita yang sangat saya sayangi. Peringatan ini juga untuk diri saya juga. Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya..

*************************************************



“Coretan bait-bait etika untuk setiap Muslimah. Semoga kita berazam untuk lebih tegas dan beriltizam dengan etika ini”
  
1. INGAT & BERPEGANG KEPADA PRINSIP

Fikirkan masa depan yg panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah Ta`ala! 

2. APABILA GANGGUAN MEREKA MEMBUATKAN MEREKA ASYIK BERMAIN DI FIKIRAN

Segeralah beristighfar dan berzikir. Bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar  cintamu pada Allah Ta`ala tidak sirna.

3. APABILA DIA SERING MENELEFON

Kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. Bagi mereka yg tidak faham Islam, mereka akan rasa terhina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri. Jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah Ta`ala, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan aku cukup bertegas dalam hal ini agar dia tidak akan menghubungiku lagi. Pastikan aku sentiasa cuba mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan agar dia tidak terjerat dengan cinta dan pastikan ia adalah perbualan yang pertama dan terakhir. Ingatlah, Allah Ta`ala tidak akan sesekali meredai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba kau sampaikan akan terhijab dan sukar menembusi. Cukuplah bumi ini sudah didiami oleh ramai orang yg rosak peribadinya, mati hatinya. Bangkitlah untuk menjadi MUJAHADAH yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terserlah pula pada peribadi.

4. APABILA DIA AJAK KELUAR

Tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yg betul-betul penting.

5. APABILA DIA KERAP SANGAT MENELEFON

Bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tidak kena dengan syariat. Bagi kefahaman dan hujah bukannya bertegas tidak bertempat. Nanti disalah tafsir.

6. APABILA DITANYA ADAKAH DIRIKU SUDAH B’PUNYA

Berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah Ta`ala semata-mata pada usia ini dan akan kupelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yg dipilih Allah Ta`ala untukku. Aku hanya akan fikirkannya apabila aku sudah bersedia.

7. APABILA TIDAK DISANGKA-SANGKA DIA DATANG MENEMUIKU

Cuba mengelak. Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar dia terlindung daripada memandang wajahku. Cakap sekadar perlu, ringkaskannya!

*~ Seindah @->- B’duri

“Kalau aku tidak berdisiplin dan melanggarnya, aku mesti denda diriku dengan denda yang berat. Aku tidak boleh biarkan nafsuku mengangkat panji kemenangan. Aku akan pastikan ia terus tunduk, lemah, takut, dipukul dan akhirnya mengalah. Akal mesti mengatasi nafsu!”

Monday, March 22, 2010

HANYA SUKA-SUKA, BUKAN BENAR-BENAR SUKA


Diceritakan di Negara China zaman dahulu kala, ada seorang pemuda yang begitu mengagumi naga. Lukisan, perbualan dan tindakannya dibayangi oleh rasa kagumnya terhadap naga. Dia benar-benar ingin bertemu dengan naga - melihat rupanya yang gagah, kulitnya yang keras dan nafas naga yang kononnya berapi.

Entah macam mana, satu hari ketika dia berdiri di tingkap....tiba-tiba naga yang dipuja-pujanya selama ini muncul. Rupa dan pergerakan naga itu sungguh dahsyat. Melihat semua itu pemuda itu terkejut dan jatuh pengsan.

Setelah sedar dia mengeluh ketakutan dan penuh kekecewaan, rupa-rupanya bertemu dengan naga sungguh menggerunkan. Tidak seperti memujanya dari jauh.

Pengajaran:

Jangan terlalu memuji atau mengeji seseorang. Jangan tertipu hanya dengan kecantikan dan kemasyhuran. Selebriti Barat yang punya berjuta peminat, kekadang, anak sendiripun tidak suka mendekat. Manusia hanya suka-suka bukan benar-benar sukakan mereka...

~ Apa pendapat anda?? Benar ke apa yang dikata??

BERBULAN MADU ~ LANGKAWI (2)


 Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk saya berkongsi dengan anda lagi..Hidup kena berbagi apa yang kita rasa. Tapi cukuplah yang perlu sahaja. Ok kita sambung cerita semalam..

Lepas kami semua puas menjelajah di Oriental Village dan naik cable car, kami bercadang ingin ke Makam Mahsuri. Tapi sebelum itu, kami kena isi perut dulu. Tak ingat makan kat mana tapi tukang masak tu orang Pattani. Boleh tahan la...


Destinasi seterusnya, Makam Mashuri. Hari agak panas dan cuaca pun baik. Rasa-rasanya semua dah tahu cerita disebalik kisah ni kan. Tak perlulah saya cerita panjang lebar lagi. Bayaran yang dikenakan saya tak pasti. Tapi dalam kawasan ni ada macam-macam tempat. Ada muzium, ada rumah Kedah, ada mini zoo dan lain-lain lagi. Semuanya kami pergi. Tapi biasalah, Ummi tak boleh jalan lama-lama, masa kat rumah Kedah tu, Ummi dengan ditemani adik-adik duduk berehat di bahagian tangga. Sebelum pulang, Ummi dan Abah beli minyak gamat yang ada dijual di sini. Ummi tahu saya ada sinus, so Ummi pesan kat makcik yang jual gamat ni untuk beli 2 mangkuk sup gamat. Saya layan je... Tak mahu Ummi marah kalau saya tolak. Sup tu macam sup ayam juga tapi isi gamat..

Perjalanan seterusnya adalah ke kawasan Air Hangat. Kawasan ni agak suram je dari pengujung.. Lagipun hanya satu je kawasan tadahan yang boleh dikatakan hangat. Masa kami datang tu, ada sekumpulan warga dari China sedang beristirehat di sini. Pada mulanya saya tak nak join untuk letak kaki bagi berendam di sini tapi bila tengok line clear, cepat-cepat saya masukan kaki. Lega seketika.. Kami sekeluarga yang menguasai kawasan ni..hehehe.. Sebelum balik, Abah dan Ummi sempat berurut dengan tukang urut di sini. Lama juga. Khidmat Urutan yang diberi pun bagus menurut kata Abah saya lah. Lagipun, tukang urut ni pernah urut Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Masing-masing keletihan nampaknya. So, kami pulang ke pangkal jalan..huhu.. Malamnya pula, ada antara kami tak ikut berjalan. Abah dah tak larat. Tak pergi ke mana-mana pun, cuma sekadar berjalan-jalan di Pekan Kuah. Tapi Ummi sempat beli beg untuk Utih di sebuah pasaraya.


15 Mac 2010

Pagi ni kami hanya bersarapan roti yang dibeli sebagai alas perut. Hari ini, Pakcik Ijan turut menyertai kami dan dia akan bawa kami semua ke tempat yang lebih menarik. Destinasinya adalah Kilim Geoforest Park. Kawasan paya bakau ni.. Kami kena naik bot..

Memandangkan Pakcik Ijan ni polis Marin, so, rata-rata peniaga dan pemilik bot di sini kenal denganya. Kami pergi ke Gua kelawar dahulu. Mana yang muda-muda ni, kami teroka bahagian dalam gua siap naik tangga lagi. Memang ada kelawar pun tapi tengah tidur la.. Seterusnya, pemandu bot ni bawa kami ke kawasan perusahaan ikan air tawar. Menarik sangat sebab dapat tengok ikan besar-besar. Maklumlah kami semua bukan kaki pancing. Dulu Angah ada juga berminat dengan hobi ni tapi dia macam tak boleh pergi je sebab ada hal lain. Paling best bila pemuda yang menjadi pengiring kami mempelawa kami untuk memberi ikan-ikan ni makan. Jinak-jinak.. Tapi paling saya suka, ikan menembak. Lupa nama apa. Tapi ia hanya makan serangga dan ia memburu mangsanya dengan menembak tapi guna air la.. Tepat lor.. Even dalam mata kita pun ikan ni boleh tembak sebab ia menyangka itu adalah makanannya. Tapi pemuda ni hanya bagi ikan ni makan roti je..


Seterusnya kami pergi ke Gua Buaya. Menurut kata pemandu bot, memang ada buaya cuma tak pasti jantan atau betina dan ia tak kan datang dekat jika dengar bunyi enjin. Tapi kalau bot biasa, memang buaya ni akan hampir. Kami tak lama kat sini. Seterusnya, kami menyusuri kawasan yang menjadi tumpuan langkawi.. Kawasan helang. Langkawi ni mengambil nama sempena helang yang banyak di sini dan bersempena batu kawi yang boleh dibuat marble. Helang ni duduk atas puncak bukit atau gunung. Kami diberitahu, para pengunjung tak dibenarkan memberinya makan sebab takut akan menyebabkan ia pupus apatah lagi jika diberi makan ayam.





Perjalanan kami seterusnya melihat ke bahagian laut. Tapi sebelum tu ada kejadian yang Allah telah ciptakan yang mana ia sangat menarik untuk dikongsi. Anda perhatikan betul-betul bulatan yang berwarna merah ni. Sebelah kanan gambar kelihatan seperti hidung manusia dan di sebelah kiri gambar kelihatan seperti orang red indian. Wallahu'alam.. Kami juga lihat pulau yang menyerupai kasut dan penyu. Subhanallah.. Rasa kerdil betul.. Line handphone dah masuk kawasan Thailand dan kami juga boleh nampak Thailand walaupun ia berbalam-balam.

Setelah penjelajahan kami dengan menaiki bot selesai, kami menjamu selera. Yelahkan, pagi tadi sarapan dengan roti je.. Perut pun dah berbunyi.. Bayaran bot ni pun saya tak pasti berapa tapi lebih kurang kot. Mereka kenal pakcik saya ni..


Next trip adalah ke kawasan jeti. Saja nak lihat bot-bot berlabuh. Tempat ni tak jauh dari Pulau Dayang Bunting. Tapi kami tak pergi pun pulau ni. Sempat bergambar di tugu Langkawi yang mana ia famous dengan Helang.


Jika datang ke Langkawi, tak sah lah kalau tak beli barang-barang yang murah di sini. Ummi dari awal lagi nak beli pinggan mangkuk dan kain baju. So, Pakcik Ijan bawa kami ke tempat yang sepatutnya, Haji Ismail Group. Memang glamour sungguh Tuan Haji ni.. Rata-rata kawasan jualan adalah miliknya. Nak kata banyak yang kami beli tu tak juga tapi boleh lah. 2 set pinggan mangkuk, set pisau, 20 helai kain batik dan cenderamata lain-lain macam keychain, baju tulisan Langkawi dan seluar pantai. Huhuhu.. Last but not least, kami pergi tempat kerja Pakcik Ijan. Teruja kejap.. Cantik dengan bot-bot peronda polis marin.



16 Mac 2010

Hari terakhir kami di sini. Kami sarapan pun dekat airport je tapi bukan dalam bangunan tu. Just makan nasi lemak dan air oren twister yang di beli di luar. Tak dan nak makan kat food court dalam ni. Mahal ooo. So, kami lepak bergilir-gilir makan di bangku luar bangunan. Datang hari tu, bawa 9 beg dan bagasi tapi bila nak balik pula, ada 14 beg dan bagasi berserta barang yang di shopping. Ni tak termasuk beg laptop dan ole-ole yang dipegang di tangan masing-masing.. Hebat-hebat.. Apa-apa pun, inilah percutian yang sangat bermakna dalam hidup saya setelah saya dewasa ini. Sebenarnya, dah dah 2 kali saya tak dapat berjalan ramai-ramai macam ni. Inilah hadiah yang paling indah buat saya. Walau banyak onak berduri yang dilalui, alhamdulillah semuanya berakhir.. Tapi saya masih mengharapkan dan berdoa moga sinar ketenangan itu akan bersama kami selamanya. Ikatan yang ada tak boleh dipisahkan. Saya amat merinduinya.. Moga sinar itu pun begitu.. Hargailah selagi mana yang berkuasa itu ada kerana ia tak kan datang untuk kedua kalinya..

~ Modal gambar adalah adik-adik saya yang sangat happening..

Sunday, March 21, 2010

BERBULAN MADU ~ LANGKAWI


Assalammualaikum w.b.t

Sengaja tajuk entri bagi gempak sikit.. Baru ada ummph. Esok sesi persekolahan bermula kembali. Adik-adik saya pun dah pulang ke asrama masing-masing. Rasanya tak terlewat untuk saya bercerita perihal holiday saya ketika ulang tahun kelahiran saya yang ke 25 tahun pada 13 Mac lalu. Kira dah seminggu cerita ni tertangguh. Nak cerita, tak sampai feeling lagi..huhu..Ntah kenapa mood ni berpusing je..

Alhamdulillah saya berkesempatan bersama-sama dengan keluarga bercuti ke Langkawi selama 4hari 3malam. Sebenarnya dah lama rancang percutian ni iaitu sejak akhir tahun lepas. Selama ni Ummi asyik bising je kat Abah sebab bila waktu cuti, kami sekeluarga tak berjalan ke mana-mana. Abah pula asyik dengan tugasan kerja dan persatuan yang diterajui. YB PIBG lah katakan. Jadi cuti Abah banyak dihabiskan kat luar berbanding bersama-sama kami. So, Abah rasa tercabar agaknya dan sebagai tanda cinta dan kasihkan Ummi, Abah tempah tiket MAS. Abah kata nak bagi kami semua peluang merasa naik kapal terbang. Memang betul pun, kami tak pernah naik lagi. Cuma Abah je yang pernah sebab Abah pernah sambung belajar kat oversea. Angah pula kebetulan ada tugas di Kelantan awal tahun baru ni, so dia pun sempat merasa tapi AirAsia.

Setelah dibuat timbang-tara, kebetulan tiket MAS lebih murah lagi dari AirAsia. So, Abah tempah untuk 12 orang. Jangan terkejut! Family saya memang family besar dan Abah ingin pastikan kami semua ada di Langkawi. Tapi kita hanya mampu merancang dan hanya DIA lah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. 3 adik-adik saya tak dapat menyertai family gathering ini yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya. Semuanya berlaku di saat2 akhir.. Alang kerana urusan kerja, Anjang pula kerana urusan rumahtangga dan Andak kerana urusan kolej. Tak ada rezeki...

Boarding time pada pukul 5.35 petang (13 Mac), so kami datang awal dari waktu tersebut dengan bergilir-gilir. Saya, Angah, Utih dan Dayah sampai dulu. Ummi, Abah, Uda, Utih dan Soleh sampai kemudian. Alang yang drive menghantar. Perjalanan ke Langkawi tak ambil masa yang lama, dalam 34minit. Cuaca pun ok je.

Sampai kat Langkawi, Pakcik Ijan dan sahabatnya yang menjemput kami dengan 2 buah kerata. Pakcik Ijan merupakan adik kepada Pak Lang saya (biras Ummi). Mujur ada juga saudara kat sini. Alhamdulillah.

"Manusia yang meletakkan Allah sebagai kekasih hatinya, tidak akan rasa rugi jika berbuat kebaikan kepada saudaranya. Dia seboleh mungkin ingin memberikan yang terbaik buat saudaranya kerana rasa cinta kepada Khaliqnya"

Memandangkan tempat penginapan TNB yang Abah tempah dah penuh, begitu runsing memikirkan cara penyelesaiannya sehinggalah ketika pergi ke rumah Tok Njang di Parit Buntar awal Mac lalu, Tok dan anaknya memberitahu yang Pak Lang saya ada adik di sana (Langkawi). Dan di sebabkan Pak Lang telah naik pangkat dalam PDRM, dengan bermurah hatinya, Pak Lang membantu kami untuk mendapatkan tempat tinggal. Dia memberitahu kepada Abah, ada orang pernah menolongnya ketika di Terengganu, jadi demi adik beradik (isterinya adik Ummi), dia sponsor penginapan kami di MES PDRM, Pantai Pasir Hitam di Langkawi. Syukur, Alhamdulillah.. Pakcik Ijan pula memberikan keretanya untuk memudahkan perjalanan kami di sini disamping mencarikan sebuah lagi kereta untuk kami dari kawan-kawannya. 2 buah chalet untuk tempat kami beristirehat di Langkawi.

Malam itu kami hanya berjalan mencari makanan dan membeli sedikit barang di sekitar pekan Kuah. Kebanyakkan kedai sudah menunjukkan tanda-tanda untuk menamatkan operasi mereka walaupun jam menunjukkan pukul 8 lebih. Agak awal sebenarnya. Tapi itulah realitinya. Tapi yang pasti, pasaraya Tafel (kalau tak silap ejaanlah, tempat yang wajib disinggah selain Haji Ismail Group) masih dibuka untuk menerima tetamu yang ingin membuang duit mereka..hehehe.. Sape yang pernah pergi Langkawi, pasti tau apa maksud saya..

 14 Mac 2010

Hari Ahad yang sungguh ceria. Kami hanya bersarapan nasi lemak yang cute (50 sen je). Angah beli juga bubur nasi sekadar untuk merasa. Walaupun saya bercuti bersama keluarga, tapi nak tak nak assignment yang banyak tak boleh diabaikan. Saya bawa juga laptop dan broadband ke mana saya pergi. Sempat juga melihat peta Langkawi untuk mencari tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Kami tak guna tourist guide. Semuanya main redah je.

Dalam pukul 9 pagi, kami bertolak tanpa tujuan. Tapi dalam perjalanan, Ummi sempat call sepupu Ummi. Dia mencadangkan pergi ke Oriental Village (cable car). Mujur, arah yang dituju tak jauh dari laluan kami. So, destinasi pertama adalah Cable car..yuhooo...


Ketika ini pengunjung belumlah dikatakan memenuhi kawasan tapi kawasan parking kereta pun dah penuh (cuti sekolah)..huhu.. Nak kata teruja tu taklah juga tapi mampu membuatkan kami semua tak sabar-sabar ingin merasainya. Agak terkejut juga bila saya melihat tiket RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak. Tapi penjaga kaunter meminta IC masing-masing, kami akur sahaja. Charge yang dikenakan RM 17 sahaja. Kira ok juga..Semuanya RM 153 untuk 9 orang. Banyak duit Abah keluar ni.. Risau juga saya tapi Ummi kata, Abah memang dah peruntukkan sejumlah wang untuk percutian kami kali ini.


Saya, Ummi, Abah, Acik, Utih dan Dayah dalam satu cable car. Sementara Angah, Uda dan Soleh dalam cable car yang lain. Boleh muat 6 orang je dan kena tunggu giliran. Mula-mula naik tu, rasa ok lagi tapi ada satu part ni, tetiba laju semacam, agak gayat lah juga..huhu.. Tapi subhanallah... Cantik sangat pemandangan yang terbentang. Rasa seronok sangat2. Saya tak putus-putus mengucapkan hamdalah dalam hati lantaran saya berpeluang pergi ke sini bersama-sama dengan insan kesayangan saya.


Terdapat dua stesyen perhentian. Yang pertama, tak best sangat tapi yang kedua, erm..puncak paling tinggi..Gunung Mat Cincang, 710m. Cuaca agak panas sedikit. So, tak nampaklah kabus-kabus seperti yang diperkatakan Utih. Utih pernah datang sini sewaktu dia di tingkatan 2 dulu. Ada program sekolah. Walaubagaimanapun, pemandangannya sangat cantik..


Setelah berada di atas selama 1jam, kami turun ke bumi balik... Kami jelajah kat kawasan Oriental Village ni. Banyak cenderamata yang dijual dengan harga yang boleh tahan juga. Kawasan bebas cukai pun ada. Sempat juga kami melawat mini zoo, zhana show (harimau) dan beli coklat. Nyum3x..

Sebenarnya, Pakcik Ijan tak dapat bersama kami kerana dia ada tugasan sebagai polis marin. Dia sempat memberikan kereta myvi untuk ditukarkan dengan van.

Stop kat sini dulu..nanti saya sambung lagi..Ada tempat-tempat menarik lagi..

Saturday, March 20, 2010

~ AKIBAT TERLALU DEKAT ~


Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannya.

"Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" katanya pelanggan itu menunjukkan genggamannya.

"Cuba berikan aku bayangan," pint penjual telur.

"Benda ini bentuknya seperti telur," ujar pelanggan.

"Lagi?"

"Warnanya seperti telur."

"Lagi?" rayu penjual telur lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: "Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bilaa dipanaskan ia menjadi pepejal."

Penjual telur masih terpinga-terpinga. "Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir."

"Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih mengelilingi warna kuning!"

Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit: "Aku tahu jawapannya! Ia sejenis kuih!"

Pelanggan menggeleng-geleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur...apalagi?

Pengajaran:

Manusia sering menjadi "buta" dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerap kali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat. Jadi, hargai insan yang berada disekeliling anda sebelum mereka hilang dari pandangan.

Friday, March 19, 2010

BALASAN ATAU KEBETULAN??

Assalamualaikum wrbth...

Saya harapkan anda semua dalam peliharaan ALLAH selalu hendaknya..Amiiinnn..Saya tak mahu ulas panjang tapi baca dan fahami isi entri kali ini..Moga menjadi mengajaran buat kita semua..

Kali ni saya nak mengajak anda semua mendengar luahan hati seorang bapa yang sangat menyesali dosa-dosa yang telah dilakukan satu masa dulu. Mungkin ini adalah pembalasan dari ALLAH yang di tunjukkan di dunia atau pun secara kebetulan ianya berlaku. Tapi yang penting kesah ini memang satu kesah benar..Jom sama-sama kita dengar luahannya melalui satu kiriman email yang di hantar..

**************************************************

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..

Minggu lepas, anak dara kesayangan aku telah dicabul.. Aku tak nak cerita secara detail kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya iaitu guru mengajinya.

Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu. Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.


Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan dia Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2.. Tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun dia tak bagi, cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan dia berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak Ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dalam minuman ayu. Lepas aku tengok dia high, aku cepat2 bawa dia check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan Ayu tanpa Ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..Namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, Ayu pulak menangis sekuat hati..


Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada Ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan Ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut. Selepas berjanji dengan Ayu, aku pun menghantar pulang Ayu kerumah sewanya. Sambil ayu menangis teresak2, Ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan macam ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku. Nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja ke rumah, tiba2 isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yang masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..Aku masih sayang pada isteriku..

Bile terfikir tentang Ayu, aku rasa bersalah yang amat sgt pada isteriku.. Sejak itu isteriku melayan
aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada Ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku.

Janji yang aku tabur pada Ayu, hanya janji manis saja. Aku cuba jauhkan diri aku pada Ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi. Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta Ayu didepan rumah aku, aku tercari2 Ayu di mana dia. Dalam perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh.. Aku panik, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.



Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat Ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan dia mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar Ayu sepuas-puasnya. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita Ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain.

Tanpa rase bersalah aku menarik Ayu dan menghalau dia keluar dari rumah. Menangis Ayu
melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dengan nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant? Aku hampir pengsan lagi..dan Ayu juga melafazkan " Aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol". Setelah itu Ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan Ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama..Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati dia, dia naik syok dengan aku.. Isteriku tak puas hati tapi dia siap warning jika benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah memang aku tiada affair dengan Ayu. Keesokkan harinya, aku cuba call Ayu untuk memutuskan hubungan dengan Ayu.. Sebaik Ayu mengangkat telefon terus dia hysteria dan menyumpah2 aku.. Sumpah yang aku masih teringat2.. " Aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol"..

Semenjak itu, Ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar Ayu sudah meningal dunia tahun lepas. Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu,tapi ayu sudah tiada. Aku bingung.. Setiap malam aku buat sembahyang sunat, taubat... Tapi bayangan ayu selalu hadir dalam minda ku....

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit.. Sungguh perit.. ya, kisah aku lebih kurang dalam cerita2 rekaan yang selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian.. Terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir.. Tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. Hidup aku, hidup family aku dan hidup insan lain..

Tat kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru.. Memikirkan hal anak aku, aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu.. Anak aku sekarang semakin histeria, dia tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis.. Aku dan isteri sangat sedih. Anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah dia berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut dia bunuh diri atau mencederakan diri..setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. Isteriku menangis dan aku menahan sebak.. Kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nanti.. Sekarang mungkin dia rasa tak selamat nak berjumpa orang asing..

Anak ku juga tak berapa nak makan, kami risau dia akan sakit.. Aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suka bersendiri, kadang2 terdengar dia menyanyi seorang2, risau juga takut dia alami gangguan emosi. Dia terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil dia tau apa yang bakal dia alami bila dewasa kelak..

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan.. Berbalik pada kisah Ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu die Kay.. Kay yang memberitahu aku yang Ayu sudah meninggal dunia.. Kesnya terkena buatan orang.. Yang aku tak berapa pasti, Kay memberitahu Ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.


Selepas itu, Ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang dia tanggung, Kay beritahu mujur Ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana dia nak hadapi familynya dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang Ayu, tapi Ayu menolak, Ayu jelaskan pada Kay, dia tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya... Aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

Jejaka tu berang bila Ayu menolak pinangannya.. Lepas tu hidup Ayu terus porak peranda.. Puas dibawa berubat, akhirnya Ayu menghembuskan nafas terakhir.. Kay kata Ayu terkena santau dari Siam.. Siapa yang buat wallahualam.. Selepas Kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan.. Sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain sekaligus..

Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku keatasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga. Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji.. Tetapi selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi. Pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya kerumah orang untuk beraya.. Kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan dia pergi mengaji malam tu.. Tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

Aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi mangsa? Aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat.. Kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh.. Kadang2 aku geram sangat.. Geram pada lelaki tu.. Nak saja aku kerjakan dia cukup2.. Aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar.. Kalau penduduk area rumah aku tau.. Aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain..

Akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah.. Hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga.. aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil.

Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada,pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..Ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kita pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard... Tapi kita tak pernah pun amik tau siapa mereka.. Ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.


Harap sama2 kita ambil iktibar dari kesah ini.. Menyesal kemudian tak berguna dah..

Thursday, March 18, 2010

"Muntahlah atas tangan Amid"

Semoga cerita begini sedikit sebanyak memberi kesedaran dan panduan......
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?" soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat," jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"Isshhh. betul ke budak ni?

Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis," hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?" pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak," katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?" soal saya masih tidak percaya.

"Betul," balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah," kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.
Saya termenung di serambi. Kata-kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun. Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak. Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak. Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid. Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana , tetapi dia menolak.

Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.
Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.
Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah," kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah. Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur .

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu. Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur . Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak dan terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya. Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit. Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah. Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu. Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda. Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang. Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu. Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba. prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.n Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang. Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana ...
"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!" jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya. Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya. Ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam. Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

Cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid. Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. Tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau semerbak haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencari-cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.

Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". - Surah Luqman ayat 14.
 
~ Email yang diberi oleh abah kepada saya..Insaf!! Moga saya mampu menjadi semulia Amid..Amin..