Thursday, September 30, 2010

BANTUAN ALLAH S.W.T

Assalamualaikum w.b.t.


Kerap kali hati ini merintih lemah meminta dan mengharapkan daripada Allah swt. Sesungguhnya sangat banyak cabaran yang telah dilalui dan kadangkala ianya seperti memaksa kita untuk meninggalkan jalan ini. Nauzubillah.

Inilah fitrah kita selaku makhluk yang bernama manusia. Tidak pernah lekang dengan sifat cuai kerana kita bukanlah diciptakan sempurna. Mungkin selama ini kita terasa kuat dalam menghadapi mehnah pada jalan ini tetapi akan tiba suatu masa kita akan dikunjungi perasaan lemah dan malas yang akan menusuk hati kita secara perlahan-lahan. Ketika itu hati akan mula memberontak dan akhirnya dengan mudah syaitan laknatullah menjalankan misi mereka untuk menarik kita mengikuti jalan toghut.

Sebagai seorang pejuang dalam agama ini, kita seharusnya bergembira dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Baqarah:214)

Dalam ayat tersebut Allah menyatakan ujian yang diberikan adalah untuk menjadi bukti bahawa para pejuang kebenaran ini adalah seorang yang benar-benar beriman dan ikhlas berjuang hanya kerana ingin menggapai mardhotillah. Inilah hakikat perjuangan, tiada erti senang lenang di dalam kamus hidupnya, yang ada dalam catatan hariannya cumalah perkara yang perit dan penuh dengan pengajaran untuk dibawa sebagai bekalan menempuh hari-hari mendatang yang menjanjikan seribu kesukaran lagi.

Tetapi, walaupun begitu susah perjuangan ini, mereka tidak semudah itu untuk mengalah. Lihat sahaja kisah Bilal bin Rabah, Mus’ab bin Umair dan Khabab yang dikurniakan dengan ujian yang menggetarkan iman, tetapi kerana keimanan yang tinggi kepada Allah, maka mereka diberi keistimewaan berada disamping Allah.

Ayuh pejuang!!! Bangkitlah dari kelemahan diri ini, ingatlah bahawa ujian itu sebagai mahar yang perlu dibayar untuk mendapatkan syurga dan semoga jerih lelah kita menunaikan mahar ini akan menjadi sirna ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Perjuangan ini penuh onak duri dan segala macam rintangan, tetapi walaupun rintangan itu setinggi langit, ingatlah bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita.

* Dipetik dari facebook

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pendapat saya:

Jika kita berada di dalam kelompok yang sama fikrah dengan kita (golongan baik) maka kita belum diuji lagi dengan dugaan hebat. Sebab kebiasaanya golongan yang baik ini amat tinggi ilmu agamanya namun agak kedekut pula untuk berkongsi pengetahuan yang dia perolehi untuk kebaikan bersama. Kedekut di sini ialah menegur dengan cara yang salah seperti dia hebat dan tahu segala sedangkan baginda Nabi Muhammad s.a.w dahulu berdakwah dengan cara yang paling berhikmah kepada orang yang masih belum terbuka hatinya pada Islam.

Seperti mana yang pernah saya lalui, apabila saya bergaya lain sedikit atau berkawan dengan orang yang lain sedikit, ada saja pandangan yang tidak kena. Saya tahu mereka ini sayangkan saya tetapi bagaimana pula dengan sahabat yang memerlukan pertolongan kita? Bergaya bukan bermakna kita melanggar perintah Allah tapi membetulkan mengikut kesesuaian. Sebagai contoh ketika bersukan. Dibolehkan memakai pakaian sukan tetapi perlulah longgar, sopan, dan sebagainya.. Begitu juga dengan solat ketika bersukan. Bila masuk waktu, berhenti dan solat.

Ada beberapa junior dan sahabat ketika berada dibangku sekolah dan IPT bertanya "Bukan baik sangat pun tapi tegur orang macam kita ni buat silap lebih dari dia!", "Kenapa ada sesetengah orang yang baik ni macam menakutkan. Susah nak dekat?", "Ada yang kelihatan baik ni macam ikut je tapi tak buat" dan bermacam-macam persoalan yang cuba diutarakan..

Sebagaimana diri ini, saya juga bukan insan sempurna dan saya bukan jenis memaksa orang disekitar saya berkelakuan seperti saya yang boleh dianggap baik dan sempurna. Hakikatnya hanya Allah yang lebih mengetahui diri ini sebenarnya. Konsep saya mudah, menegur mengikut kesesuaian dan secara mudah disamping memberi sedikit pujian atas usahanya itu. Ibarat kita mengambil berat perubahan yang cuba dilakukan. Apa-apa pun semuanya kenalah ikhlas. Alhamdulillah, ada sahabat yang berjaya berubah.

Hidup ini adalah memberi namun perlulah berhati-hati. Terkadang ada ujian yang bakal dilalui ketika memberi itu. Namun bergantunglah sepenuhnya pada Allah yang Maha Berkuasa. Jika kita membantu di dalam agama Allah, maka Allah akan membantu dalam urusan kehidupan kita. Semuanya hendaklah dilalui dengan jalan yang sabar.



"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Wednesday, September 29, 2010

TAK TERUCAP UNTUK KU LUAHKAN

ALLAH MAHA CAHAYA - OPICK

Jauh melangkah berharap meniti waktu berlalu
Jauh berjalan lewati berjuta warna kehidupan
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

Allah bukalah hatiku
bimbing dijalan terangMu
selamatkanlah jiwa yang gelap dlm cahaya rahmatMu
Allah Kau  Maha Cahaya beri petunjuk sang jiwa
Ampuni diri yang lelah kadang sesat ku melangkah

Allah sang Maha Cahaya menerangi gelap jiwa
Allah sang Maha Penguasa padanya hati berserah
Begitu lirih tanpa sadar air ata menjadi saksi banyak waktu sia sia
Tanpa sadari dalam cermin wajah ini
Bertambah umurku dalam hidup yang smakin merapuh

Allah terangi jiwaku
Allah beri petunjukMu
Allah bimbinglah hambaMu
Allah ampunilah aku

** Hanya mampu ku gantikan dengan bait kata-kata di atas..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya Allah, Engkau lindungilah aku dari melakukan dosa maksiat secara sedar dan tidak sedar. Ya Allah, jadikan aku hambaMU yang kuat menjaga diriku dari terjebak pada punca dosa manusia lain serta kuat untuk menghadapi setiap ujianMU kepadaku. Ya Allah, jadikan aku hambaMU yang benar-benar mengabdikan diriku padaMU dan peliharalah diri yang selalu alpa ini. Engkau mengetahui, sedangkan aku tidak mengetahui, maka Kau bisikkanlah kata-kataMU ke dalam hatiku agar aku tidak terleka dan lalai dari mengagungkanMU dan terus-terusan beribadat padaMU tanpa rasa jemu .

Ya Allah, Tunjukkan kepadaku yang benar di atas setiap kejadian yang berlaku dan jadikan pilihan ku mengikuti yang benar itu dalam mendekatkan aku kepadaMU. Dan juga tunjukkan kepada ku yang tidak benar disebalik hijab yang tidak terlihat dan permudahkan aku meninggalkannya untuk aku terus bersamaMU. Sesungguhnya, aku redha dan berserah sepenuhnya kepadaMU hidup dan matiku ini..


Amin Ya Rabbal ‘Alamin


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Alhamdulillah selamat lahir ummat baginda yang menginginkan keberkatan dari Kholiqnya..
** Menghitung hari untuk diriku pula...Mampukah aku??

Sunday, September 26, 2010

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?

Assalamualaikum w.b.t


Bermacam-macam cerita yang saya lalui di sepanjang bulan ini. Kesemua jalan cerita itu adakalanya mengugat kesabaran saya sebagai hambaNya. Namun itulah lumrah kehidupan. Kita takkan lepas dari ujian yang kita sendiri tidak tahu apakah ia dan mampukah kita menanganinya dengan sebaik mungkin.

Intro yang agak beremosi pula. Tapi emosi memang penting sebab itu yang mewarnakan hidup kita. Saya sebenarnya baru je balik dari Johor selepas menghantar adik ke 7 saya di Muar. Sempat juga beraya dan berziarah ke rumah keluarga angkat Abah saya yang tidak jauh dari tempat tinggal adik saya itu. Agak letih namun saya rasa terubat sedikit melihat tempat orang. Sedapnyalah Mee Rebus Johor...

Ok, di sini topik utama adalah berkongsi dengan satu lagi karya hebat tapi bukan milik saya ye.. Moga ada iktibarnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU...?
by Nur Hidayah Kamsaini (dari facebook)

Nikmatilah Percintaan itu dengan caranya yang terindah
~PERKAHWINAN~



Satu ketika kau bertanya..

.......................

Sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

Sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

Sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

Sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

Sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu datang

air mataku ada yang menghapuskan..

............................

Sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jalan yang benar

.............................

Sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)


.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa saja dengan mu

tanpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang



Satu ketika aku menjawab...


"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..

................................

Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?


.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku



Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..



Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu



Sudikah kamu wahai .....................?



Aku percaya..kau masih sudi..



"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"



Nikmatilah Percintaan itu dengan caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~


**** Selamat ulang tahun kelahiran sahabatku, Elis.

Tuesday, September 21, 2010

BERSAHABAT KERANA ALLAH... (PART LAST)



Doa dari seorang sahabat:

Ya Allah, jika sahabatku jatuh CINTA, berikanlah cintanya pada seseorang yang melebihkan cinta pada-Mu agar bertambah kekuatannya untuk menyintai-Mu. Wahai Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh HATI, izinkanlah hatinya menyentuh hati orang yang hatinya tertaut pada-Mu agar sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah. Wahai Maha Pengasih, jika sahabatku RINDU, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu, jagalah rindunya pada-Mu agar dia tidak lalai dari merindui syurga-Mu... Amiin...

Hana terkedu. Sebak mencengkam dadanya. Terasa sesak nafasnya tatkala membaca 'SMS' itu. Hana berdoa dalam hatinya.

" Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana telah menemukan aku dengan sahabatku, Mardhiyyah. Segalanya atas izin-Mu jua. Kau limpahkanlah rahmat ke atasnya. Kekalkanlah persahabatan ini hingga ke akhir hayat kami. Amiin. "

Dengan sekali lafaz, Hana selamat diijab kabulkan dengan Aiman. Air matanya bergenang.

" Sekarang kau dah jadi isteri orang. Tak lama lagi, jadi ibu orang pula. Ingat, tanggungjawab kau makin besar. Jangan sesekali abaikan tanggungjawab kau tu. Syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya tau, " bisik Mardhiyyah. Hana mengangguk.

" Syukran, Mardhiyyah. " Hana mencium pipi sahabatnya itu. Terasa bagaikan ada aura yang mengalir. Mereka tersenyum.

Tidak lama kemudian, Mardhiyyah pula mengikut jejak langkah Hana. Jodohnya dengan seorang peguam syariah, Luqman Hakim namanya. Namun, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Suaminya telah kembali ke rahmatullah sewaktu dia mengandung anak kedua. Suaminya pergi semasa sedang tidur. Mardhiyyah tidak menangis, apatah lagi meratap. Dia begitu tenang sekali menghadapi saat-saat itu. Dia redha. Jodoh, ajal, maut semuanya dalam genggaman Rabbul Alamin.

" Sabarlah, Mardhiyyah. Allah lebih sayangkan suamimu. Panjatkanlah doa agar rohnya tenang di sisi para solihin, " Hana menenangkannya.

Dia tahu betapa luluhnya hati Mardhiyyah tika itu. Mereka berpelukan. Tiada kata yang mampu diucapkannya.

Usia kandungan Mardhiyyah sudah mencecah lapan bulan. Semenjak kematian suaminya, dia banyak bersendirian, beribadah kepada Allah disamping menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun.

" Hana, aku nak minta tolong sesuatu dari kau, boleh? " ujar Mardhiyyah pada satu petang. Petang yang begitu hening.

" Insya Allah... aku akan cuba penuhi permintaan kau tu. "

Mardhiyyah menarik nafas panjang.

" Kalau aku dah tak ada nanti, boleh tak kau jaga anak aku, Amirul dan ‘baby' yang bakal lahir ni? " Mardhiyyah mengusap-usap perutnya dengan penuh kasih sayang.

" Ish... Kau ni. Kenapa cakap macam tu pulak? Kan kita dah janji akan jaga anak kau sama-sama. " Hana gusar.

Mardhiyyah memegang perutnya.

" Nanti ‘baby' jangan nakal-nakal tau. Jadi anak solehah. Jangan degil. Jangan gaduh dengan Abang Amirul. Ummi sayang anak-anak ummi. "

Hana sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir.

" Hana, nanti kau namakan ‘baby' ni... Khaulah... Ummu Khaulah. "

Mardhiyyah tersenyum. Mungkin senyuman terakhir. Senyuman yang bisa merungkaikan segala kesulitan di hati seorang sahabat.

" Ya, Mardhiyyah. Aku akan buat apa saja untuk kau, " Hana menahan tangisnya.

" Insya Allah? " ujar Mardhiyyah.

" Insya Allah, Mardhiyyah. "

***

" Mama! "

Lamunan Hana terhenti. Ummu Khaulah berlari-lari ke arahnya.

" Ya, sayang. Belajar apa di tadika hari ni? " tanya Hana sambil merangkul tubuh si kecil itu.

" Hari ni Khaulah belajar melukis, ma. Cikgu tu cakap, lukisan Khaulah cantik. Besar nanti boleh jadi pelukis. Mama, boleh jual tak lukisan ni? Boleh tambah duit poket. "

Hana tersenyum mendengar kepetahan Khaulah.

" Ada orang nak beli ke lukisan ni nanti? Lagi satu, besar nanti nak jadi pelukis ke? " gurau Hana.

" Tak lah, mama. Khaulah nak jadi doktor Islam. Lukisan tu mama lah yang beli. " sambung Khaulah sambil ketawa.

Hana mengucup dahi Khaulah. Dia berasa begitu bahagia.

Mardhiyyah,
Dah enam tahun kau tinggalkan kami. Kau pergi di saat melahirkan Khaulah. Kau pernah beritahu aku. Mati semasa melahirkan anak merupakan salah satu tanda mati Husnul Khatimah. Amirul dan Khaulah aku jaga macam anak-anak aku sendiri. Masing-masing dah bersekolah. Khaulah mewarisi kepetahanmu dan Amirul mewarisi kesabaranmu. Amirul banyak bersabar dengan kerenah keanak-anakan adiknya itu. Kedua-duanya bijak seperti kau dulu. Janjiku pada kau akan aku laksanakan sebaiknya. Insya Allah... Aku terlalu merinduimu, Mardhiyyah. Rindu saat-saat dulu. Terima kasih atas segalanya. Kaulah sahabatku, selama-lamanya. Doaku agar rohmu ditempatkan di kalangan para syuhada'. Amiin.

Hana menyimpan semula kad itu. Air matanya mengalir lagi.

* Dipetik dari facebook
~ Alangkah indahnya andai persahabatan yang terjalin itu disulami dengan galakan dan dorongan untuk menuju kejayaan dan menuju ke syurga. Persahabatan tidak memerlukan syarat yang rumit tetapi cukuplah dengan keikhlasan dan menerima seadanya sahabat kita itu. Andai kita memilih sahabat dikalangan orang yang alim (baik akhlak, berilmu dan jaga solat) insyaAllah kebaikkannya akan terpalit sama buat kita akan tetapi jika kita memilih sahabat dikalangan orang yang tidak baik (menipu, kurang ajar, dan tidak hormt orang) maka kejahatannya akan terkena pada kita. Wallahu'alam.

Monday, September 20, 2010

KEMBALI SEPERTI SEDIAKALA

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah yang memiliki seluruh alam ini. Dia yang memegang setiap hati hamba-hambaNya untuk tunduk kepadaNya. Dia yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku dan bakal berlaku. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW berserta ahli keluarga baginda, para sahabat yang sentiasa mengiringi perjuangan baginda dan para tabi' tabiin terdahulu.

Alhamdulillah kita berada di minggu ke dua Syawal dan kebanyakkan dari kita sudah kembali bekerja dan bersekolah seperti biasa. Pasti banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama tapi jangan pula nak menunjuk-nunjuk apa yang dimiliki pula. Manalah tahu ada yang mendapat hadiah menarik sempena kedatangan Syawal, kenduri kahwin dan sebagainya. Beringat sebelum terkena. Macam-macam boleh berlaku sekarang ini. Minta dijauhkan dari segala hasad dengki. Amin.

Bagi diri saya pula, hari ini sesi kuliah semester akhir akan bermula secara normal. Bukan tak normal sebelum ini tapi biasalah, kami mendaftar masuk ketika semua umat Islam sedang berpuasa dan hampir pula ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Jadi suasana bercuti tu semakin dirasai ketika itu. Tapi sekarang, mood nak kembali balik tu yang ingin dibangkitkan. Tentu anda semua faham kan? Dah lama cuti ni..huhu..

Namun, saya mengharapkan semuanya kembali seperti sediakala. Amin..

"Ya Allah, Engkau yang mengetahui apa yang telah ku lalui ketika ini. Engkau kuatkanlah aku dalam menghadapi ujianMu yang sungguh tak termampu aku tanggung. Tapi aku redha kerana aku tahu ujian ini adalah untuk mendekatkan kembali aku kepadaMu. Aku juga tahu, ujian yang Engkau datangkan ini adalah yang termampu untuk ku hadapi berbanding dengan ujian dan dugaanMu kepada hamba-hambaMu yang lain. Aku redha. Tetapi janganlah Engkau jauh dariku. Aku masih mengharapkanMu."

BERSAHABAT KERANA ALLAH... (PART 1)


 Wish for Hana comel...

* Thanks for everything...
* Jangan lupa aku ye... Forget me not...
* Semoga berjaya dalam exam nanti...
* Semoga bahagia di dunia dan akhirat... Insya Allah...
*Love you forever...

Sahabatmu,
Mardhiyyah

Hana tersenyum. Kad comel yang diterimanya 15 tahun lalu dipegang. Dia mencium kad itu. Tanpa disedari, air matanya menitis. Kenangan di alam persekolahan menerjah mindanya. Kenangan itu membawa seribu satu pahit manis alam persahabatan. Di waktu itu jugalah, dia banyak belajar tentang erti kehidupan. Dia masih ingat saat bersama dengan sahabat baiknya, Mardhiyyah. Sahabat sejati yang dicari-cari selama ini.

Walaupun rumah mereka berjauhan, mereka masih saling berhubung. Gembira bersama, sedih bersama, segalanya bersama. Hana bersyukur setelah ditawarkan bekerja di satu daerah yang sama dengan sahabat baiknya itu. Mardhiyyah banyak membantunya. Daripada masalah di sekolah, bahkan di tempat kerja sehinggalah ke masalah peribadi. Hinggakan calon suami pun Mardhiyyah sanggup tolong carikan.

Dia masih ingat kata-kata Mardhiyyah, mahu menjadi seperti Khaulah binti Hakim. Wanita solehah di zaman Rasulullah S.A.W. yang menjadi orang perantara untuk melamar Saudah Zam'ah untuk baginda Rasulullah. Beliau seorang pencari jodoh yang mulia dan dihormati. Mardhiyyah mahu mencontohinya. Dia mahu Hana mendapat suami soleh, bertanggungjawab, warak dan mampu membimbingnya ke jalan yang benar.

" Kau yang rajin sangat carikan suami untuk aku, kau tu bila lagi, Mardhiyyah? "

Hana teringat selorohnya kepada Mardhiyyah.

" Ala... Bukan selalu. Aku nak sangat tengok kau kahwin. Tengok anak-anak kau. Takut tak sempat pula nanti, " sambung Mardhiyyah.

" Ish... Kau ni. Mengarut je la. Nanti aku kahwin, kau jadi pengapitnya. Aku bersalin, kau jadi bidannya. Boleh janji? "

" Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu: ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali (dengan menyebut): ‘Insya Allah'. Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. "

Pantas Mardhiyyah menyambung dengan membacakan tafsiran ayat 23 dan 24 dari surah Al-Kahfi. Begitu mendalam sekali maksud tafsiran itu.

Walaupun dilahirkan sebagai anak yatim piatu, Mardhiyyah bersyukur kerana telah dijaga dan diasuh oleh arwah neneknya, yang merupakan seorang guru agama. Dia telah terdidik dengan segala cabang ilmu agama sejak kecil. Bahkan, seawal usia 15 tahun dia sudah pun boleh menghafal 30 juzuk Al-Quran.

" Jadi, apa maksudnya, Ustazah Mardhiyyah?" Hana menyambung selorohnya.

Disebabkan kepetahan Mardhiyyah membicarakan hal-hal agama juga telah menyebabkan dia digelar ‘ustazah' di kalangan rakan-rakannya di sekolah.

" Insya Allah... Kalau umur aku panjang, bolehlah aku jadi pengapit dan ‘mak bidan' kau. Sebab itu aku tak mahu janji. Faham tak, anak muridku sayang? "

Lantas, Mardhiyyah mencuit hidung mancung milik Hana. Mereka berdua tertawa. Tidak menghiraukan suasana sekeliling. Hana teringat detik itu. Waktu itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia ingin saat itu terhenti. Kalaulah.


Tidak lama selepas itu, Hana telah dipertemukan dengan seorang pemuda yang kini menjadi ‘raja' dihatinya iaitu suaminya. Pertemuan yang tidak dijangka itu telah membibitkan rasa cinta antara mereka yang sudah semestinya bertunjangkan cinta kepada Rabbul Jalil. Semua itu aturan Ilahi yang telah diilhamkan kepada hambanya-Nya yang solehah. Hana sama sekali tidak menyangka bahawa pemuda itu merupakan sepupu kepada Mardhiyyah. Begitu hebat sekali percaturan Yang Maha Kuasa.

Petang Rabu itu, Mardhiyyah mengajak Hana untuk sama-sama solat berjemaah di Masjid At-Taqwa. Kebetulan hari itu akan diadakan kuliah Maghrib di masjid tersebut. Memang menjadi rutin mereka untuk menghadiri mana-mana majlis ilmu yang dianjurkan.

" Majlis ilmu merupakan salah satu daripada taman-taman syurga Allah. Berpuluh ribu malaikat akan turut bersama kita dalam majlis seperti ini. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk memohon tiga perkara daripada Allah. " Mardhiyyah mengingatkan.

" Perkara apa, Mardhiyyah? " soal Hana.

" Pertama, mohonlah syurga daripada Allah. Kedua, mohon supaya diri kita dijauhkan daripada api neraka dan ketiga, mohon diampunkan segala dosa-dosa kita. Insya Allah, Allah akan makbulkan permintaan hamba-Nya yang ikhlas. "

Hana tersenyum mendengar penjelasan itu. Berbunga hatinya lantaran takjub dengan kebesaran Illahi.

Usai solat Isya' berjemaah, mereka mengambil kesempatan untuk mengemas masjid itu. Al-Quran disusun dengan rapi. Telekung disangkut di tempatnya. Sejadah dilipat kemas. Sewaktu meletakkan sejadah di atas rak, Hana terpandang sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis sahih Riwayat Bukhari dan Muslim. Dia begitu tertarik lantas dicapainya kitab itu. Tertib sekali dia membuka kitab itu agar tidak terkoyak mahupun rosak.

Satu persatu halaman kitab itu dibeleknya. Matanya terpaku tatkala membaca satu hadis Riwayat Bukhari yang bermaksud;

" Wahai pemuda! Sesiapa yang mampu akan maskahwin maka berkahwinlah kerana ia lebih merendahkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia menjadi perisai baginya. "

Hana tersenyum sendiri lantaran teringat kata-kata Mardhiyyah yang ingin mencari suami untuknya. Dia tidak menyedari, perbuatannya itu diperhatikan oleh seorang pemuda.

" Assalamualaikum. " Pemuda itu menyapanya. Hana terkejut.

Hampir-hampir sahaja kitab itu terlepas dari pegangannya. Dia beristighfar sambil mengurut-urut dadanya.

" Waalaikumsalam. " Cepat-cepat Hana menjawab. Dia tahu hukum menjawab salam adalah wajib.

" Maafkan saya. Saya tak berniat nak membuatkan saudari terperanjat tadi. "

Lembut dan tenang tutur kata pemuda itu sewaktu memohon maaf atas tindakannya itu.

" Oh... Tak ada apa. Saya yang leka sikit tadi. " Hana sempat mengerling ke arah pemuda itu lalu ditundukkan kembali pandangan matanya.

Subhanallah! Dia terpegun melihat ketampanan wajah pemuda itu. Riak wajahnya begitu tenang, bisa menggugat keteguhan iman seorang yang bernama wanita. Hana tidak berani mendongak ke arah wajah itu kerana tidak mahu terjerat dengan perangkap Iblis Laknatullah.

Dia teringat salah satu hadis Rasulullah yang menjadi pegangannya yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang bermaksud:

" Rasa malu dan iman adalah sejoli. Bila yang satu lenyap, yang lainnya lenyap juga. "

" Saya Aiman Ashraff. Saudari? " tanyanya.

" Hana Insyirah. " Dia masih tunduk.

Pertemuan itu rupanya diatur oleh Mardhiyyah yang sedang asyik memerhatikan sahabatnya itu. Aiman merupakan seorang pensyarah agama di salah sebuah universiti dalam negara. Pertemuan itu juga merupakan titik permulaan ke alam perkahwinan bagi Hana yang disaksikan oleh berpuluh ribu malaikat di rumah Allah itu. Perkahwinan yang bakal menjanjikan kebahagiaan berumahtangga yang dilimpahi mawaddah wa rahmah dari Ilahi.

Dua minggu sebelum pernikahan Hana dan Aiman, Hana menerima 'SMS' daripada Mardhiyyah.


** Dipetik dari facebook

Saturday, September 18, 2010

SEMINGGU BERHARI RAYA..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah sudah 9 Syawal rupanya. Rasanya masih lagi kuat dengan mood raya kan? Banyak ke rumah terbuka yang dihadiri? Cukup tak koleksi duit raya kali ini? Saya? Memandangkan belum berumah tangga dan bekerja, saya masih dapat lagi duit raya. Alhamdulillah. Cuma tak banyak sebab tak sempat jumpa pakcik-pakcik kerana ada yang tak dapat pulang bercuti di kampung dan kekangan masa.

Tapi kan, untuk Syawal kali ini berlaku kelainan dalam keluarga kami iaitu menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di iCity pada Jumaat 10 September 2010, 1 Syawal. Bukan tak pernah pergi rumah terbuka cumanya kebiasaan setelah seminggu raya tetapi hari pertama raya. Then, yang paling teruja, kami enam beradik (yang mana ada) pergi tengok wayang bertajuk Resident Evil Afterlife di JJ Bukit  Tinggi. Memang lain dari yang lain..

Tak lupa juga cuti yang agak lama untuk sesi kuliah semester last saya. Rasa macam tergugat jiwa dengan cuti panjang begini. Maksudnya, kemalasan melanda. Assignment dan thesis yang perlu disiapkan mengikut dateline yang diberikan. Rasa penat sudah...

Manusia memang unik. Mood boleh berubah dan begitu juga dengan kesihatan. Bila menghadapi masalah, pasti tubuh badan menjadi tidak seimbang kerana lemah untuk mengawal keadaan. Masalah yang bertimpa-timpa memang melemaskan tapi saya kena kuat..

.........................................................................



(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Tuesday, September 14, 2010

LURUSKAN HATI KAMI YA ALLAH

Assalamualaikum w.b.t


Masih lagi dalam mood beraya. Mesti seronokkan? Wah, tu hah makan tak henti-henti.. Sedap ye menjamu selera bersama sanak saudara? Maklumlah, nak jumpa bukan senang ye tak? Tapi jangan terlebih makan pula, nanti asyik nak ke tandas saja.. Bagi yang dah memulakan tugas tu, jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi. Mood raya tu kena diteruskan, ceria tau..

Bagi saya sekeluarga, alhamdulillah semuanya disambut secara bersederhana. Tiada yang baru pun kat rumah kami ni. Baju-baju tu barulah.. Tapi sempat juga kami beraya ke utara tanah air iaitu Kedah dan Penang pada sabtu lepas (raya kedua). Lawat saudara kami dan bakal-bakal...ehem-ehem kepada adik-adik saya. Dah namanya raya, konsep family kami ni senang, ziarah menziarahi untuk lebih mengenali saudara-saudara seIslam dan seIman. Tiada yang pelik kan? Tidak terkecuali juga melawat sahabat saya yang kurang sihat di Perak semalam (raya keempat). Semoga beliau cepat sembuh sepenuhnya. Amin.

Sebenarnya, masih banyak lagi rumah saudara yang tak sempat kami kunjungi lantaran kepenatan dan keletihan berjalan jauh. Walaupun saya ni tak drive tapi tetap penat juga. Mungkin sebab kami balik hari agaknya.. Memang tak pernah dibuat orang agaknya.. Namun ia memberi seribu satu rahmat sebab dapat juga kami berjalan-jalan ke negeri orang. Tapi Ummi saya orang Kedah ye..

Namun yang mendukacitakan ketika semua umat Islam meraikan kemenangan lantaran sabar menjalani ibadah puasa, kita semua dikejutkan dengan berita sedih tentang pembunuhan jutawan kosmetik Dato' Sosilawati Lawiya bersama rakan-rakannya. Kejam sungguh cara mereka dibunuh!! Mereka yang telah ditangkap perlu dihukum gantung sampai mati!! ADIL

Tiba-tiba glamor Banting di dada-dada akhbar. Kawasan kejadian tak jauh pula tu dari kampung datuk saudara saya. Lagipun laluan tersebut memang kami dah biasa lalu. Licik betul pembunuh mencari lokasi yang dianggap strategik. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hukuman setimpal perlu diberi!!! Keadilan mesti ditegakkan..

...........................................

Dengan itu, saya dedikasi doa untuk kita mantapkan hati kita agar lurus dalam melalui ujian yang kita telah lalui dan bakal dilalui..


Ya Allah...
Dengan berkat Nabi-MU
Dengan berkat guru kami
Luruskanlah hati kami
Agar kami ikhlas selalu
Tetapkanlah hati kami
Agar kami tidak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya Allah...
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hati kami
Agar mazmumah kami
Tidak merosakkan agama kami
Dan juga tidak merosakkan
Kehidupan orang lain

Wahai Tuhan…
yang membolak-balikkan hati
Kuatkanlah hati kami
Agar keyakinan kami tidak berubah
Supaya kami sentiasa tabah

Tuhan...
ENGKAU rasalah hati kami
Sentiasa bersama-MU
Supaya kami rasa
Ada kawan yang sentiasa melindungi kami
Agar kami tidak merasa sepi
Di dalam hidup kami
Kami merasa malu
Melanggar perintahMU

Ya Allah..
Tuhan yang menjaga hati..
Luruskan hati kami
Agar seluruh hidup kami menjadi baik..
Supaya tidak khianat
atau tidak hasad
dan tidak pendendam
sesama manusia..

Tuhan…
Limpahkanlah ke dalam hati kami
Iman dan nikmat
Hingga kami dapat menyuluh hati
Dan menyuluh kehidupan kami
Supaya lahir batin kami menjadi taat

Tuhan..
kami harap engkau
Memudahkan doa kami ini..


Amin ya Robbal alamin


~ Al-Fatehah buat keempat-empat mangsa pembunuhan dan takziah buat keluarga mangsa..

Thursday, September 9, 2010

SALAM LEBARAN BUAT ANDA SEMUA

Assalamualaikum w.b.t


Tiada mukadimah yang lebih istimewa melainkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan peluang untuk merasai nikmat meraikan kemenangan buat umat Islam, Syawal yang akan bermula esok. Namun hati saya tetap sayu dan sedih kerana perginya Ramadhan yang mungkin inilah yang terakhir. Syaitan akan kembali bermaharajalela untuk menyesatkan umat manusia lagi. Itu janji Si Laknat. Nauzubillah..

Semoga Ramadhan ini membawa satu perubahan besar dalam hidup kita yang mana ia dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Moga ada perubahan yang berlaku dan setiap amalan kita ada penilaiannya daripada Allah Azza Wajalla. InsyaAllah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan buat anda semua terutamanya buat pengikut dan silent reader di Marjan Ibtisam. Apa yang saya kongsikan bersama anda di sini adalah sebagai satu medan dakwah secara tidak langsung untuk mengingatkan kita yang sering terleka. Namun, masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan saya cuba melakukan sebaik mungkin untuk kebaikan bersama.

Sebelum itu, hayati bait-bait video dan lirik lagu ini. Syabas TV 3 kerana menyiarkan cerita yang penuh pengajaran. Tapi harapnya jangan berlaku lagi iklan yang tidak ditapis terlebih dahulu dan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum. Saya kesal sebenarnya..





Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang Mu
Langit dan bumi setia, menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindungan Mu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu di dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya 'tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diri Mu
Ohh..
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman 'tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diri Mu

~  Rasanya inilah tahun yang penuh liku-liku cabaran buat diriku. Hanya padaMu aku meletakkan harapan, perlindungan, belas ihsan dan rahmat kasih sayangMu. Aku redha dengan ujian yang telah Engkau datangkan kepadaku.

Sunday, September 5, 2010

PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN


1. Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.


 Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.

~ Bagi saya sendiri, perbezaan yang terlihat antara lelaki dan perempuan haruslah ditangani secara berhikmah tanpa melibatkan perselisihan faham. Ia juga menunjukkan yang kita ini memerlukan antara satu sama lain. Perbezaan itulah yang mencorakkan hidup kita menjadi lebih bermakna. Tapi yang paling penting, jagalah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya tidak berlaku masalah yang timbul dikemudian hari. Wallahu'alam.

Saturday, September 4, 2010

PEREMPUAN VS MUSLIMAH


>Perempuan<

Apabila teruna memerhatikannya.. Perempuan membalas dengan renungan mata..

Apapila teruna mendekati selangkah.. Perempuan hias berpuluh langkah tak hirau salah..

Apabila teruna memujuk rayu.. Perempuan lemah terkulai layu..

Apabila teruna memberi harapan.. Perempuan hanyut dalam angan langsung rebah di pangkuan..


 >Muslimah<

Apabila teruna memandangnya.. Muslimah tunduk mengelak panah syaitan lantas malu menghijab mata..

Apabila teruna mendekati selangkah.. Muslimah berundur beribu langkah takutkan perintah-Nya..

Apabila teruna memujuk rayu.. Muslimah anggap itulah bisikan iblis tanpa jemu..

Apabila teruna menutur harapan.. Muslimah yakin janji-Nya kebahagiaan menanti di hadapan..

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari akan erti maruah peribadi sejati yang diselaputi iman yang hakiki yang tidak mudah dicemari

Dipetik: Facebook..
....................................

Ya Allah,
Aku bukanlah insan terbaik seperti yang diharapkan..
Engkau lebih tahu siapa diriku..
Namun..
Aku cuba untuk mengubah menjadi yang terbaik di antara terbaik..
Walaupun banyak liku..
Aku tetap tidak berputus asa..
Aku tahu Engkau sentiasa bersamaku..

Ya Allah,
Jangan Engkau jemu mendengar rintihanku ini..
Jangan Engkau berpaling daripadaku..
Aku masih mengharapkan ihsanMu..
Aku sentiasa mengharapkanMu..
Sehingga tiba waktu itu..



~ Aku mahu menjadi Muslimah itu...Amin