Wednesday, March 30, 2011

SAYA MANUSIA, BUKAN KAMBING

Assalamualaikum w.b.t.
Kisah ini mempunyai nilai pengajaran yang sangat tinggi. Melibatkan tahap keyakinan diri kita apabila berdepan dengan sesuatu. Self motivation tu penting. So, saya harap sahabat semua dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.

******************************
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar-ketar ketakutan.

Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."

Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing.

Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.

"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar.

"Saya manusia."

"Bukan kambing?"

"Bukan, saya manusia."

"Cuba ulang,"pinta doktor.

"Saya manusia. Saya manusia. Saya manusia."

"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi"

Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuag restoran yang dikunjungi ramai.

"Takut. Takut. Saya nak pulang."

"Eh, kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing?"

"Ya, ya, saya yakin saya memang manusia. Tapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai kambing?"

********************************

You get that point???

Pengajaran: Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Dia sentiasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.


Bagi saya, bila seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang kurang sampai sanggup menyamakan dirinya dengan benda lain , ia bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Hal ini perlu diambil perhatian oleh keluarga terdekat dan orang ramai. Dengan tekanan hidup yang semakin meningkat samada dari sudut ekonomi, kewangan, pergaulan, pelajaran, dan diri, sudah pasti ia akan mempengaruhi putaran kehidupan kita.

Seorang yang periang dan petah berkata-kata tiba-tiba berubah menjadi orang lain yang sama sekali tidak kita kenali lantaran mereka tidak mampu mengawal dirinya apabila menghadapi sesuatu masalah. Kesedaran untuk mendapatkan rawatan psikologi perlu bukan sekadar bila kita menghadapi masalah tetapi pada peringkat permulaan sikap yang berlainan yang ditonjolkan.

Mungkin ada yang mengatakan masalah boleh diatasi. Memang betul ada yang mampu melakukannya tetapi bagaimana yang tidak mampu? Ada orang mungkin agak sukar untuk meluahkan bebanan yang ditanggung kerana berasakan tidak perlu diceritakan tetapi percayalah, apabila kita mampu berkongsi perasaan kita dan meluahkannya ditempat yang betul dengan cara yang betul, sudah pasti seluruh bebanan dan isi hati akan terlerai sedikit demi sedikit.

Senang kata, tak salah nak berkongsi perasaan terutamanya dengan insan tersayang seperti ibu bapa, suami isteri, tunang, kekasih, atau kawan rapat. Sebagai manusia, kita memerlukan orang lain sebagai tempat bergantung selain Allah s.w.t.

Bagi mak ayah pula, jadilah sahabat kepada anak-anak anda. Kenalilah sikap dan perubahan diri mereka sedari kecil sehingga dewasa. Ini kerana, jika ada sesuatu yang pelik terjadi, anda mampu mengatasinya. Anda yang berhak membantu anak anda kerana anda lebih tahu (ini untuk ibu bapa yang prihatin.)

~ Apa yang saya kongsikan ini, adalah sebahagian cerita benar dalam hidup saya berdepan dengan seorang sahabat saya yang sebegini. Saya sedih kerana dia mempunyai sikap rendah diri secara tiba-tiba. Semuanya berubah sekelip mata. Adakah dia memang begitu dari kecil atau sebaliknya? Mana satu yang betul? For parents yang ada anak tu, please take care of your kids. Mungkin kerana tidak menghargai anak terutamanya berkongsi masalah, ia jadi sebegini. Jangan nak kejar dunia, Hargai anak yang Allah dah beri tu. Amanah!

6 comments:

airaniez wirdani said...

Bagusnya entri ni!Bagus untuk dibaca oleh orang-orang yang kurang keyakinan diri.Seharusnya tiada apa yang perlu ditakuti di dunia ini kecuali Allah s.w.t.

zulkarnain said...

Menarik2 cerita yg kelihatan bersahaja namun impaknya besar...

Pesimis Melampau; iaitu cnderung utk memandang keburukan sesuatu prkara, cepat brputus asa, mdh kecewa dan hilang kepercayaan kpd sesuatu.

Dan Hakikatnya, Allah adlah tempat memohon & brgantung yg paling utuh

teruskn menulis demi maslahah semua. Insyaalllah Dakwah Bil Qalam

Brilliant Marjan said...

to airaniez wirdani >>

Tq.sebarkan pada sahabat2 yg lain. Setuju, kita hanya perlu takut kepada Allah bukan selainNYA.

Brilliant Marjan said...

to zulkarnain >>

bagaimana jika dia masih melakukan segala suruhan namun hati masih takut kpd manusia?rendah diri keterlaluan?ini mmg masalah kronik..peranan semua pihak sgt perlu..hal ini perlu diselidiki ke akar umbi..

terima kasih atas komen membina.. =)

:: cikNuurul :: said...

salam,=)

entri yg sgt bagus,.suke sy mmbacenye,.hehe,.

sy blom prnh lg ade shbt atau knalan yg ade sft rndh kykinn dri tp ade shbt yg was2 trhdp dri,..same ke?,.die trlalu was2 untuk mlakukan ssuatu smpai pd thap yg m'ganggu khdpan dri sndri,.kesian sgt,.

Brilliant Marjan said...

to ciknuurul >>

sama kot ^_-.sbb bila dh ganggu rutin harian, itu mmg ada mslh..syaitan cuba memanipulasikan hatinya..berilah kekuatan kpd sahabat td..