Sunday, June 5, 2011

ISTIKHARAH CINTA

Assalamualaikum w.b.t.


 Saya kira inilah hari yang paling banyak Abah menerima undangan walimatul urus (sepanjang yang saya tahulah).. 9 jemputan kesemuanya. Tapi Abah dan Ummi hanya mampu menghadirkan diri di 7 rumah sahaja. Baki lagi dua, saya dan Acik yang selesaikan kerana salah seorang adalah kenalan saya. Padahal saya juga banyak menerima jemputan. Tapi maaf sangat-sangat, ada yang tak mampu saya penuhi.

Bila rakan-rakan yang sama baya melangkah ke gerbang perkahwinan, saya berasa gembira. Moga mereka mampu dan tabah menjalani ujian hidup selepas berkahwin nanti. Saya selalu mendoakan kebahagiaan buat mereka. Namun insyaAllah, giliran saya akan tiba juga sedikit masa lagi.

Teringat perbualan saya dengan Anjang (sudah berumah tangga)..

"Kakak redha tak Anjang kahwin ni?"

Saya terkesima dan tergelak.. Lalu menjawab dengan soalan juga.

"Kenapa tanya soalan macam tu?"

"Ialah Anjang kahwin dulu dari kakak...." (ayat seterusnya saya tidak ingat apa yang Anjang balas)..

Namun jawapan saya, (banyak yang saya bebelkan tapi biarlah rahsia cuma yang mampu dikongsi adalah...)

"Kakak redha lagipun jodoh Anjang awal.. Akak pun dah buat istikharah dulu masa kita bualkan hal ini before Anjang kahwin. Kakak tak nampak apa-apa. Dan hati akak rasa inilah masanya akak tolong dan bantu Ummi Abah terlebih dahulu. Banyak yang perlu akak buat lagi" (Ketika saya menulis, hati touching maaaaa).


Siapa yang tak nak kahwinkan? Jika menolak sunnah, maka kita bukan pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Saya juga teringin nak meramaikan ummat Nabi di muka bumi ini dengan lahirnya khalifah yang soleh solehah... Bakal jundullah..Indah!

Namun saya sedar, persiapan diri dan proses perubahan diri perlu dilakukan. Jika kita inginkan zuriat yang baik dan pasangan yang baik, diri kita sendiri wajarlah dibentuk untuk memiliki akhlak yang baik.. Itulah azam saya. Saya sedang dan tengah berusaha ke arah itu. Semoga Allah mudahkan urusan dan niat saya yang baik ini. Amin..

Ujian yang maha hebat telah saya lalui, insyaAllah manisnya pasti ada buat diri saya. Saya sedar, sabar saya bukannya tinggi namun saya juga sedar yang saya hanya hamba yang sangat-sangat hina disisiNYA. Saya redha. Alhamdulillah saya memiliki keluarga yang sangat-sangat menyokong kuat dibelakang saya.

Sejujurnya saya ini bukanlah seorang yang alim dan kuat beragama, diri ini pernah juga tergelincir dari landasan. Namun Allah sedarkan saya. Alhamdulillah..Cinta Allah sangat luas.. Seorang membenci seribu yang cari. Itulah rezeki.. Ada saja hikmah yang Allah nak tunjukkan pada saya. Dan itu juga yang membuatkan saya memandang sesuatu dari sudut yang sangat luas.

Adik-adik lelaki saya dah tak sabar nak kami mengadakan majlis serantak tahun hadapan namun kakak mereka ini belum tahu kesudahan ceritanya. Hanya yang saya mampu lakukan adalah berteman dengan hening malam, doa dan harapan..

Oleh itu..saya hadiahkan anda dengan bait-bait indah dari Sigma - Istikharah Cinta. Dalami maknanya.. Istikharah adalah jalan terbaik untuk kita membuat pilihan yang tepat buat diri kita..



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

~ Saya tidak pernah menetapkan waktunya bila namun sebolehnya biarlah segalanya dimudahkan dan dipercepatkan. Kerana saya tidak sampai hati membiarkan Ummi dan Abah merasa sedih kerana saya.. Saya juga tidak tahu sekuat mana saya mampu menahan perasaan saya.. Hanya Allah yang tahu segalanya..

* Barakallahu lakuma wa baraka
   Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

buat Farhana dan Ajib, Fadhilah dan Shahril serta Khairul dan Farihah.. Tahniah. Moga limpahan kasih sayang mewarnai diri kalian dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.

** Picture taken from weheartit.com

No comments: