Sunday, September 4, 2011

PERJALANAN JAUH TAK KU RASA....

Assalamualaikum w.b.t.

Hamdalah buat Maha Suci Tuhan Sekelian Alam kerana memberikan nikmat dan keupayaan buat kami bertemu sanak saudara nun jauh di utara. Masih terasa keletihan walapun bukan saya yang memandu.. Kami selamat sampai di teratak lebih kurang pukul 10.20 malam dari Nibong Tebal.

Menjadi kemusykilan saya bila bertolak dari teratak hari Jumaat lepas, awal je tiba. Masa perjalanan tak terasa lambat tapi malam tadi terasa berjauh batunya. Nak kata kenderaan penuh memang betul penuh tapi macam siput belaka. Tak tahu mana silapnya apatah lagi di lorong memandu laju.

Namun apa yang saya perhatikan dan memang boleh buat rosak mood adalah sikap pemandu. Rata-ratanya memandu sambil makan angin di lebuh raya. Sebolehnya semua orang memang nak cepat sampai ke rumah atau destinasi pilihan tapi fikirkan juga orang lain yang berkongsi kemudahan yang sama.

Sungguh saya tak boleh terima bila kereta di bawa perlahan ketika di lorong laju. Bertolak balik dari Nibong Tebal (lebih tepat Sg. Chena'am yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak) dalam pukul 4.00 petang. Saya anggarkan kami akan tiba dalam pukul 9.00 malam. Sepatutnya lagi awal boleh sampai. Memang dah biasa dah kami sampai dalam tempoh yang sebegitu tapi semalam jadi lain.

Ada beberapa kawasan yang menjadi pusat pemanduan perlahan semalam iaitu susur keluar Nibong Tebal, sebelum nak sampai terowong (sesiapa yang biasa lalu faham agaknya) dan ada tempatnya lagi tapi saya lupa namanya. Mana yang bukan berbukit tapi orang still memandu slow tu memang menghairankan.

Bagi pendapat sahabat, apa yang korang rasa?

4 comments:

aiEz said...

pandu lambat jiwa selamat..tapi jangan ler perlahan sangat macam dah susauhkan orang lain pula,hehe..

Brilliant Marjan said...

aiez >>

mmg betul ckp aiez tu tp pandu lambat di lorong laju memang sgt tidak baik ye..susahkan org lain..

Izzati Liyana Sabri said...

itu orang yang selfish dan tak tahu adab menggunakan kemudahan awam. saya pon pernah ulas pasal mereka yg menggunakan highway ni.

Brilliant Marjan said...

tulah..sebab tu ops sikap yg sekarang ni gagal..actually, sikap pemandu tu yg kena berubah & perlu buat khidmat masyarakat selain saman