Friday, April 29, 2011

ROYAL WEDDING VS MUMMY'S BIRTHDAY

Assalamualaikum w.b.t.




Orang kata 20 tahun sekali baru dapat lihat peristiwa yang jarang-jarang nak jumpa. Tapi bagi saya tetap sama sebab saya hanya manusia biasa nun jauh di Malaysia. Tak ada papepun yang lain. Hanya mampu tengok pun melalui televisyen.

Berkat hari Jumaat, hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran bonda tercinta yang biasa saya panggil Ummi @ Datin Nor. Glamour ye ayat last tu. Apapun, Ummi, Engkaulah Ratu hatiku.... Kalah ratu lain. Ok!

Pagi tadi nak pergi kerja, hujan boleh tahan. Saya tak sempat salam Ummi. Just buat lambaian tangan je sebab tangan penuh dengan segala barang. (-_-) Alasan ke tu?

Hati tetap terkilan.. Namun sempat bagi pesanan ringkas 
"Selamat Hari Lahir, Ummi. Akak minta maaf atas salah silap akak. May Allah bless U. Moga penuh dengan love antara kita."
Ketika itu, hanya ayat di atas yang sempat ditulis. Banyak nak cakap tapi cakap kat rumah jelah. Ummi cuma balas "Tq". Aik..simple je..

Then, Abah pula hantar sms, Ummi merajok sebab Abah lupa hari ni hari apa...Sweet je (sebab Ummi merajuk)...Ummi memang dah buat lagu dah..

Nak dipendekkan cerita, Abah beli kek birthday, jelly kelapa, cheese tat untuk Ummi sebagai tanda memujuk Ummi yang tengah pura-pura merajuk. So sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttt.....Lucu beb...

Apapun, i loooooovveeee my Mom and my Daddy.. Happy ever after. Ameen. Best tengok pasangan emas yang loving couple ni.. Moga anakmu ini mengikut jejak kebahagiaan, kecekalan dan ketabahan yang dimiliki oleh sang Raja dan Ratu, Abah dan Ummi.



[tak sabar nak jelajah dunia...]

pssst: Saya lupa nak beri hadiah untuk Ummi.. Ada tu.. Tak balut lagi.. So, redah jelah... Love your parents before them leave you..


Picture from: wehearit.com

Monday, April 25, 2011

Sunday, April 24, 2011

AKU TANPA DIRI

Jasad ada tapi....tanpa jiwa,
Pelik bukan?
Jasad ada tapi....kaku,
Kau peduli?
Jasad ada tapi....kosong,
Hilang...
Melayang...
Pelik!

Kau tak rasa apa yang aku rasa...
Serong melangit!!

Aku sendiri...
Kau kesah?!

Hah..
Aku tahu...
Kau gembira...
Kau yang sisih...

***

~ Bestla tengok tumblr... Cam ne nak join ek???
~ Wa nak pegi itu book fair ma...

Saturday, April 23, 2011

ISLAMIC QUOTES & PHOTOS

Here some quotes for those who love to develop their soul....Sharing is caring =)

[Note to self everyday everytime]




















Sources: Islamicquote

* Click the picture to enlarge

SISI KEHIDUPAN

Assalamualaikum w.b.t.

Hari minggu macam ni, inilah saat yang saya tunggu sebab boleh rehat dari fikirkan hal kerja. Suasana di tempat kerja dengan di rumah lain benar saya kira. Itulah sebabnya dinamakan "Rumahku Syurgaku."

Lepas breakfast tadi sempat saya berjalan dari satu blog ke satu blog. Sebenarnya yang paling menarik bagi saya adalah gambar yang menghiasi sesebuah blog atau entri di blog terbabit. Bukan cerita je yang saya suka nak baca tapi mata ni suka pula nak dijamu dengan pemandangan atau kata-kata berbentuk motivasi. Memang best!

Walaupun hanya gambar yang diletakkan sebagai subjek utama, kadangkala mood seseorang itu boleh berubah. Itulah dipanggil sisi kehidupan. Setiap pandangan dari kita mungkin berbeza dan jarang sekali untuk sama atau tepat terhadap sesuatu. Tetapi disebabkan wujudnya persefahaman atau toleransi, segalanya menjadi satu dan mudah. Itu juga adalah kehidupan.

Sebab itu Allah menjadikan kita berbeza supaya kita mampu mengenal antara satu sama lain dan menerima segala keburukan dan kebaikan orang lain terhadap kita. Itu juga merupakan satu proses pembelajaran dan kehidupan. Jika kita hanya memandang dalam kawasan lingkungan kita terhadap sesuatu perkara, mungkin sudut berfikir kita juga sedikit tertutup dan sempit.

Tetapi jika kita mampu bergaul dan mengenali perbezaan orang lain dari pelbagai sudut, maka potensi untuk kita menjadi manusia yang memahami sangat tinggi. Maksudnya, bila kita cuba fahami orang lain yang berbeza, kita belajar suatu perkara baru sebagai contoh sifat sabar, terima pendapat, empati, perkongsian, ambil tahu dan ambil berat dan sebagainya.

Dengan itu, kita perlu belajar menerima kejadian Allah yang lain. Sebab setiap manusia perlu ingat, kita adalah satu kelompok kehidupan yang saling memerlukan dan ditambah dengan pelbagai ragam dan emosi, sudah tentu rantaian yang kita ciptakan dan memang menjadi peraturan Allah itulah sebaik-baik perkara di muka bumi ini.

Jom berfikir melalui gambar yang saya sertakan di sini...

[Tak sabar saya nak jejak ke bumi yang berkah ini.. -_-]

[Hatiku milikmu...ececeh..happy birthday to Utih, Anjang & Ummi]

[Source: Almostrue]


[Sources: Breanchansukna]

[Source: Deadlygroceries]




 [Sources: weheartit]







[Source: Pichaus]

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

* Ada gambar yang di cari di google...