Tuesday, June 28, 2011

BERKONGSI MEMBERI

Seorang tua berumur melebihi 80 tahun telah dilihat oleh seorang jirannya sedang menanam benih pokok pear. Lelaki itu berasa aneh kerana pokok itu mengambil masa bertahun lamanya untuk berbuah. Lalu dia bertanya, "Atuk, mengapa Atuk menanam pokok itu? Cucu fikir Atuk tentu tidak sempat makan buahnya".

Orang tua itu pun memandang kepada lelaki itu sambil tersenyum lalu berkata. "Cucu, sepanjang hayat, Atuk hanya memakan buah pear yang ditanam oleh orang lain, inilah masanya untuk Atuk menanam untuk orang lain pula".

Dalam mengamalkan memberi, kita sama-sama menanam pokok pear dan memakannya, dan samalah dengan orang lain tanpa disedari mereka telah lakukan demikian untuk faedah kita, mungkin beberapa tahun yang lalu.

Hari ini memberi adalah satu bekal untuk kebahagian di hari muka, walaupun kita tidak tahu bila, di mana atau dalam bentuk apakah kebahagiaan itu akan datang, yang mana merupakan sebahagian daripada keseronokan.


~ Teringat cerita Pak Njang time kami beraya dirumahnya tahun lepas.. Rumah Pak Njang tinggal sekarang ni adalah rumah arwah Tok dan Wan.. Suasana kat situ pun dah jauh beza berbanding masa saya kecil dulu.

Yang nak saya ceritakan ni adalah tentang pokok pelam yang Pak Njang tanam. Masa ia mula berbuah,  ada sebiji je dan memang besar buah tu, sepupu saya iaitu anak Pak Njang tak sabar nak tunggu buah tu masak untuk dimakan bersama. Maklumlah buah pertama. Tapi rupa-rupanya dalam mereka menunggu, ada jiran belakang rumah asyik perhatikan buah pelam ni je..

So, satu hari, jiran ni datang bertanya, "Nanti, dah besar, boleh saya minta pelam ni? Saya teringin"

Pak Njang pun sudi beri. Tapi anak-anak tak setuju...

Pak Njang cuma kata kepada anak-anaknya "Buah pelam yang besar yang kita sayang nilah patutnya beri je pada orang yang minta. InsyaAllah, ada yang lebih baik Allah gantikan".

Then, sampai sekarang pokok pelam ni subur je...

Sama jugalah macam ilmu.. senyum.. sedekah harta dll... InsyaAllah, Allah akan panjangkan lagi rezeki, kepandaian dan kebahagiaan kita.. Kita memberi adalah tanda kita ingin berkongsi kegembiraan kita dengan orang lain..

Saya sayangkan anda semua...maafkan saya..

Gambar: Milik google..

Sunday, June 26, 2011

Subhanallah - By Kamal Uddin

Assalamualaikum w.b.t.

Bagi sesiapa yang menjadi peminat setia Imam Muda, pasti perasan ada lagu iringan bila terdapat peserta yang terkeluar..kan?kan? Hah..lagu ni ditujukan untuk sajian halwa telinga anda sebelum tidur..hehe..

Nikmatinya..



Kamal Uddin

Chorus:
Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallah x3

Every time when I’m awake all things that I see
I know it’s hard to believe but it's from the Almighty
When the leaves fall from the tree every plant that grows on land
When the waves flow in the see it's by his command

Chorus

To Allah do I return, paradise is what I’ll earn
if I work hard and pray to my Lord everyday
So Allah give me the strength, show me the way the Prophet went. Let me hold tight to your rope,
without Islam there is no hope

Chorus

Ya Allah I thank you for my clothes and my food
as I live throughout this test I’ll remember I’ve been blessed
Ya Allah hear my du’a (prayer) please help your ummah (followers)
so that we can all unite and praise you day and night

Chorus x2

KENDURI MYDIN

Assalamualaikum w.b.t.

Entri yang nak share ni patutnya published malam tadi tapi mata ni macam tak boleh nak buka sebab letih sangat seharian berjalan. Pagi ni pun masih terasa lagi kepenatan semalam. Cumanya pagi ni we all satu family bangun awal dalam pukul 4.30 pagi ke pukul 5.30 pagi pasal terasa bumbung rumah nak tercabut. Haru betul.. Maklumlah rumah kami berteduh ni sedang dalam baik pulih... Cubaan...

Berbalik cerita Kenduri Mydin ni, pada mulanya kami sekeluarga dan sepupu dari Kedah memenuhi jemputan kenduri kahwin seorang lagi sepupu di Kampong Baru. Boleh tahan meriahnya. Semua sedara berkumpul. Tapi apa yang saya kagum tu adalah Mak kepada Pak Cik Ipin, masih lagi nak buat gotong royong untuk majlis cucunya. Kawasan KL tu..

Menunya alhamdulillah makan je apa yang ada lantaran perut pun dah lapar dan minta diisi. Tapi satu habit saya ni, pantang jumpa kerepek. Biasanya kat atas meja tetamu tu terdapat makanan ringan lain contohnya kueh koci, kek, kerepek, gula-gula atau tapai. Tapi baguslah  Mak Cik Kiah ni, ada terhidang kerepek pisang. Kunyah sorang pun tak apa!

Ingatnya nak tunggu sampai pengantin lelaki sampai, tapi keadaan dah makin sesak dan kami pun ada tujuan lain, so, kami berangkat dahulu. Banyaklah nasihat yang diberi oleh Opah, Pak Itam dan isterinya (orang yang masih bujang ginilah jadinya..huhu).

Dari Kampong Baru (Klinik Kesihatan) kami turun pula untuk bershopping di Mydin terbesar di Subang Jaya untuk berbelanja keperluan sepupu, Wahidatunnufus dan Utih dan untuk keperluan rumah juga. Alang-alang dah jalan, tu yang singgah sini. Lama tak pergi. Terdapat perubahan yang ketara juga.

Hypermarket Giant yang bersaing dengan Mydin sudah ditutup mungkin kerana kurangnya sambutan dan telah dibuka dalam Summit. Selain itu, sebelum ni bila nak masuk kawasan parking tu sebelah kiri Mydin jika dari arah Shah Alam dan keluar dari arah kanan Mydin. Tapi sekarang sudah bertukar iaitu masuk di sebelah kanan Mydin dan keluar di sebelah kiri Mydin.

Dan yang ni saya memang tertarik. Parking khas. Selalunya kami memang masuk parking khas dan parking ni hanya terletak di bahagian ruang tengah dalam Mydin (nak dekat pintu masuk untuk orang yang beli barang-barang gudang) tapi semalam apa yang buat saya bertambah kagum, terdapat parking untuk ibubapa yang mempunyai baby berusia sebulan "Just for Mom with baby one month" - lebih kurang cam tu ayatnya. Saya tak pasti alasannya tapi secara logik mungkin untuk memudahkan parents yang mempunyai baby ni berasa selesa dan anak mereka tidak meragam.

So cute! Sebab bila lihat Ibu-Ibu yang keluar dari kereta, memang mereka membawa baby! Hehehe.. Tapi cam kesian pula.. Memang baby ni boleh meragam sebab ramai orang.. Tak sesuai..

Dan semua sedia maklum, Sabtu tanpa plastik tapi kami tetap lupa. Time nak bershopping, kadang ingat nak bawa paper beg sendiri tapi biasanya lupa sahaja. Barang yang nak dibeli tu bukan sedikit tapi banyak!

Cuma yang saya perhatikan dan memang satu-satunya yang saya pernah lihat... Anda tahu ke apa? Siapa pernah shopping di Mydin Subang? Anda dapat teka apa yang saya nak cakap?????? Tunggu...

Selalunya Abah payah sikit nak memberi kerjasama tapi memandangkan Abah seorang je lelaki yang ada, Abah terpaksa bersabar menunggu kami membeli barang keperluan. Kami tolong Wahida ni pilih apa-apa yang patut untuk keperluannya di kolej nanti dan termasuk barang kami sendiri. Sebab Mak Bapak dia tiada di sini.. Mereka pun bukan family senang.. Nak masuk mendaftar hari Isnin pulak tu. Mau tak kalut cari barang!

Tapi bagusnya tentang sepupu saya ni, dia tahu di mana dia. Hanya ilmu yang mampu mengubah diri dan keluarganya. Abah saya gigih nak bantu sebab Pak Njang saya ni pun sama sepertinya tapi nasib tidak menyebelahi sebab hidupnya dikorbankan untuk menjaga arwah Tok saya ketika hayatnya. Sekarang ni mana yang termampu kami bantu sebab itu je keluarga yang ada.... Abah pula sebagai abang ipar tertua jadi Abah rasa bertanggungjawab untuk melihat adiknya gembira.

...Selingan sekejap...

Lepas pilih apa yang perlu tu, kami buat pembayaran. Cik Juruwang tu pun kata "Maaf ye, hari ni tiada plastik. Kalau nak, 20sen untuk satu plastik."

Kami memang sedia maklum dan rupanya Cik Juruwang tu beri cadangan pada Abah. Abah hilang seketika dan membawa sebuah kotak besar. Ye, Kotak! Untuk memasukkan barang-barang yang telah dibayar. Ni yang saya nak beritahu tadi tu.. Hanya di Mydin Subang Jaya ye kawan-kawan.. Tempat lain saya tak pasti.

Anjang awal-awal dah kata, "Biar Anjang tolak troli, kakak bawa kotak. Anjang malu.."

Then we noticed that, memang ramai yang bawa kotak dan bukan kami sekeluarga sahaja. Hehehe.. Banyak tau. Siap ada tempat khas untuk sesiapa yang nak ambil kotak dan ada pembantu yang tolong tampalkan kotak yang telah dibuka.

Unik!

Pulak tu, kami ada beli luggage yang bersaiz sederhana, sumbatlah pakaian, tuala dan selimut dalam tu... Huhuhu...

Itu je yang nak dikongsikan...

Saturday, June 25, 2011

WIRA WANITA







[Semua gambar ni diambil di Islamic tumblr...]


Saya suka gambar ke dua last dan last sekali sebab itu jiwa saya sedari kecil. Sekarang ni masih membara lagi cuma kurang dah macam zaman muda-muda dulu. Tapi saya tetap rindukan bidang sukan yang paling saya gemari, Seni Pertahanan Diri.

Teringat zaman sekolah dulu, hari minggu ada tournament. Pakai full attire Taekwondo. Ketika lawan tak rasa apa-apa tapi balik je rumah, baru perasan lebam kat paha dan kaki. Mulalah carik Ummi..

Bila ke sekolah esoknya dengan muka yang memang bajet suci bersih (gadis pingitan) tapi buat semua orang hairan dan tertanya-tanya (tidak ramai tahu saya join tournament) kerana jalan terhenjut-henjut macam orang ditimpa kecelakaan.

Bila orang tanya, saya senyum je.. Sehinggalah kawan sekelas, Ridhwan (dah kahwin pun) bertanya, "Muka comel tapi nape ko jalan gitu?? Ko excident ke?"

Saya ni malas nak layan tapi memandangkan dia antara kawan yang paling baik, so jawaplah "Aku join tournament semalam. Jadilah gini "

"Hah? Ko masuk apa? Asal aku tak tahu? Eh, jap. Yang dengan Zaim, Asraff semua tu ke?"

"Ye betul. Aku join dengan dorang lah tu. Tak ramai budak form 3 ni. Aku je perempuan tunggal wakil form 3. Kawan baik aku tak ada pun yang berminat"

"Ko tu memang lasak habis! Dah lah. Jaga diri elok-elok. Tapi aku respek la.. Tak sangka ko berminat dengan Taekwondo ni"

"Dari sekolah rendah lagi aku join le. Thanks ya... Doakan aku cepat baik"

*Paling best pun dapat gangsa je masa sparring & pomsee*

~Tq Sir V. Sundram & anaknya S.Kumuthini.~
[Saya hanya ingat sir sekolah rendah & awal menengah je. Yang lain kelalen]

Friday, June 24, 2011

JUMAAT INI

Assalamualaikum .w.b.t.


Kisah yang saya ingin kongsikan ini wajarlah diambil iktibar dan direnungkan bersama apakah diri kita mampu menyampaikan dan menyempurnakan tugasan kita sebagai Khalifah Allah. Walaupun ia kelihatan tidak penting bagi manusia lain tapi ingatlah, Allah lebih tahu dan lebih peduli apa yang dilakukan hamba-hambanya.


**********************************




Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang..


Sumber: Sekadar Biasa 

~ Bayangkan macam mana kita, adakah kita mampu bersabar untuk menyebarkan kebenaran seperti mana junjungan besar Nabi Muhammad ketika menyebarkan Islam dahulu? Adakah blog-blog, facebook, twitter dan butir-butir bicara anda sendiri setiap hari mampu memberikan kesan dan pengajaran kepada insan lain?? Adakah mampu kita mengharungi hujan untuk menyebarkan risalah seperti anak kecil tersebut????



Setiap orang berhak mendapat peluang kedua walau apapun kesalahannya dan kita mampu membantunya bukan dengan meninggalkan mereka sendirian.. Sebab kita ada tanggungjawab dan kita adalah komuniti. Dengan gerak hati yang Allah beri pada anak kecil itu, hasilnya sangat bernilai untuk menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan..


Thursday, June 23, 2011

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.


Bila berkesempatan menonton tv, perkara yang saya tak lepas tengok berita. Saya kira ramai yang tak tahu hal ini lagi. Tapi hari ini kali kedua berita TV 3 menyiarkan tentang sambutan 'Kedai Rakyat 1 Malaysia'.

Semalam (22 Jun 2011) merupakan detik bersejarah kepada rakyat, iaitu pelancaran pasar mini Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak  di stesen LRT Kelana Jaya.

Saya sangat tertarik dengan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan dan MYDIN demi membantu rakyat yang berpendapatan rendah terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Apatah lagi dengan tertubuhnya 'Kedai Rakyat 1 Malaysia' ini juga dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.


Perbezaan yang terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” - dengan bungkusan yang berwarna putih. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.

Antara kelainan yang saya kira sangat unik di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil. Bagi pasangan yang baru kahwin (nak jimat budget) dan yang mempunyai anak yang ramai atau sedikit boleh berasa lega dan rebutlah peluang ni. Untuk kita juga.

Selain itu, keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Tapi apa yang saya harapkan di sini, setiap barangan masih dan wajib ada label tarikh tamat tempoh, kandungan bahan yang digunakan dan yang penting tanda halal yang sah dan soreh dari JAKIM dan yang seumpamanya. Harapnya tiada yang cuba nak menipu. Biasalah "BLUE OCEAN STARTEGY" - idea baru ni pasti akan ada yang cuba nak ikut.

Dan saya tertanya adakah ini satu lagi strategy untuk meraih undi di pilihanraya yang dijangka bulan Julai nanti?Huhuhu.. Serampang dua mata kan.. Banyak maksud tersirat sebenarnya.. Tapi saya sokong mana yang baik yang menjadi hak rakyat.. Orang bagi, kita ambil tapi kena tahu halal haramnya.. peace..

Lebih lanjut sila [link]

HIJAB & WOMEN

Assalamualaikum w.b.t.

Have a nice day everybody. Actually, I found this article in [link] and i want to share it with you guys and girls.    


HIJAB

You look at me and call me oppressed,
Simply because of the way I'm dressed,

You know me not for what is inside,
You judge the clothing I wear with pride,

My body is not for your eyes to hold,
You must speak to my mind, not my feminine mould,

I'm an individual. I'm no man's slave,
It's Allah's pleasure that I only crave,

I have a voice so I will be heard,
For in my heart I carry His word,

"O ye women, wrap close your cloak,
So you won't be bothered by ignorant folk".

Man doesn't tell me to dress this way,
It's law from God that I obey,

Oppressed is something I'm truly not,
For liberation is what I've got,

It was given to me many years ago,
With the right to prosper, the right to grow,

I can climb mountains or cross the seas,
Expand my mind in all degrees,

For God Himself gave us liberty,
When He sent Islam, to you and me !


~ I'm happy if i see any women that wearing hijab and full attire as Muslim women. Really beautiful..

HARI TERBUKA GLC

Assalamualaikum w.b.t.

Mari-mari kawan dengar ini cerita..Ahai..Bernada pula ye. Meh saya nak habaq sikit, saya dengar dari radio IKIM.fm. Memang bermanfaat untuk semua terutamanya sesiapa yang mencari peluang perniagaan dan peluang pekerjaan.

Dengan bertemakan “Membina negara, Memupuk insan”, Hari Terbuka GLC 2011 memperagakan sumbangan  lima buah Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan 18 buah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada pembangunan ekonomi negara, dan seiringan dengan itu,  menyumbang kepada kemakmuran rakyat Malaysia.

Tarikh: 24-26 Jun 2011
Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 
Masuk: PERCUMA. 
Masa: 10 pg - 8 mlm pada Jumaat dan Sabtu; dan 10 pg - 6 ptg pada Ahad.


Di Hari Terbuka GLC, para pengunjung akan berpeluang untuk memahami dengan lebih lanjut tentang bidang perniagaan yang diceburi oleh GLC, meneroka peluang perniagaan dan pekerjaan, serta mengetahui bagaimana GLC telah menyumbang kepada pembangunan negara.

Orang ramai turut berpeluang menghadiri forum awam yang akan membariskan pakar-pakar yang mengupas isu-isu yang membawa kesan kepada persekitaran operasi dan ekonomi makro. Hari Terbuka GLC menyasarkan untuk mengakrabkan hubungan GLC dengan orang ramai dan sekali gus mewujudkan kerjasama yang lebih rapat.

Antara syarikat-syarikat yang turut serta:

Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan
Syarikat Berkaitan Kerajaan

Antaranya
Jom rebut peluang datang beramai-ramai.. Banyak manfaatnya terutamanya forum ilmu. Saya memang tertarik habis dengan tentatif program yang last tu iaitu Kerjaya Dalam Perbankan oleh Razman Ismail, Assistant General Manager, Group Human Resource, CIMB Group.. Hadiah untuk dimenangi pun ada.. Jom ramai-ramai serbu...

Untuk lebih lanjut sila layari [glcopenday]

Wednesday, June 22, 2011

ISLAMIC TUMBLR - AGAIN

[In Islam, there is no word for “HANDS UP”, no word for “SURRENDER” there are only 2 things, “WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID”]




If you are quick to thank God for everything He grants you, He will be quick to grant you everything you ask for.







Tuesday, June 21, 2011

TANAH GAMBUT

Assalamualaikum w.b.t.


Saya nak bawa anda untuk menikmati alam. Ingat, unsur yang ada pada tanah dan sumber dari tanah sangat penting pada kita. Dengan adanya tanah, kita boleh dapat hasil (mana yang green hand, tahniah ye) dengan bercucuk tanam, membina penempatan dll.

Terdapat pelbagai jenis tanah antaranya tanah liat, tanah lumpur, tanah berpasir, tanah kapur, tanah aluvial (hasil mendapan dari sungai), tanah vulkanis (bekas letusan gunung berapi) dan tanah gambut. Tanah gambut ni yang saya nak fokuskan. Tapi bukan untuk buat kajian ye sebab saya bukan ambil jurusan itu.. Just nak share something je dengan anda semua.

Serba sedikit info mengenai tanah gambut yang saya search dari Google..

Tanah gambut adalah salah satu daripada tanah bermasalah yang terdapat di negara ini dan memerlukan pengurusan yang khusus sebelum dapat dibangunkan untuk pertanian dengan jayanya.  Tanah gambut biasanya wujud di kawasan-kawasan paya atau rata yang kurang baik salirannya.  


Dalam keadaan semulajadi tanah ini mempunyai paras air yang tinggi dan dalam keadaan terendam dengan air. Kandungan tanah gambut ini kebanyakannya terdiri daripada sisa-sisa tumbuhan yang belum reput sepenuhnya. Tanah gambut ni jenis coklat kehitaman.


Pada umumnya tanah gambut dibahagikan kepada 3 kelas mengikut kedalaman lapisan gambut iaitu:-


·         gambut cetek (0.5 m - 1.5 m)
·         gambut sederhana (1.5m - 3.0m)
·         gambut dalam (>3.0m)

Ciri-ciri Masaalah Tanah Gambut


Diantara ciri-ciri dan masalah utama tanah gambut ialah:-

  1. Saliran sangat jelik (tidak baik)
  2.  Sangat masam / pH rendah menyebabkan ketersediaan nutrien rendah.
  3. Paras air tinggi hampir di permukaan tanah kerana saliran sangat jelik.
  4. Mudah kering dan sukar diresapi air jika dibuat saliran secara berlebihan.
  5. Keupayaan galas tanah rendah terutama gambut dalam dan belum matang menyebabkan operasi jentera menjadi sukar.
  6. Kekurangan nutrien samada makro atau mikro seperti unsur N, K, Cu, Bo, Zn dan Fe.
  7. Mudah menyusut akibat pereputan terutama apabila saliran dilakukan menyebabkan akar timbul dan tanaman rebah.  Pada umumnya, tanah gambut menyusut 1 inci setiap tahun.
  8. Terdapat batang  pokok dan akar kayu yang belum reput dengan sempurna menyukarkan operasi pertanian.
  9. Mudah terbakar terutama di musim kemarau.

* Sumber: Petani


Nampakkan tulisan yang telah saya merahkan dalam masalah yang last tu. Sebab apa? Jom kita fikir..

Point yang saya nak cerita dan kongsikan di sini, sebenarnya dah nak masuk dua bulan saya lihat satu kawasan di laluan Jalan Kebun (jalan short cut nak pergi Shah Alam & Kemuning), tak jauh dari warung kat tepi jalan tu berasap ibarat tak nak berhenti!

Bila pagi nak pergi kerja, saya tak perasan kehadiran asap. Tapi bila nak balik je, pasti mulut ni akan membebel, "Kenapa still berasap lagi kebun ni" (kira tinggal sisa pokok kelapa sawit terbakar). Saya memang maklum dengan tanah gambut yang kaya dengan macro dan mikro, tapi macam tak sampai hati je tengok ia berterusan terbakar (takut berpindah ke tempat lain je, itu yang bahaya.).

Pada mula kejadian (bulan 5), saya memang perasan kehadiran bomba untuk memadamkan api di kebun itu. Seperti yang saya highlight kan dengan warna merah tu, tanah gambut ni mudah terbakar. Boleh dikatakan ia masih lagi berasap sehingga kini (di kebun tersebut). Macam ingin memusnahkan segala khazanah yang ada di dasar tanah.

Dan satu lagu saya perasan sejak Sabtu lepas, ada lagi kebun kelapa sawit yang terbakar dan hari ini ia kelihatan merebak. Allah, begitu kuasa penguasaan-Mu.

Mungkin benar tanah gambut tersebut ingin dikomersialkan semula lagipun saya melihat tanah tersebut hanya terbiar (mungkin tidak mendatangkan hasil atau tiada siapa yang ingin menjaganya), tapi saya mohon agar pemantauan yang lebih kerap dapat dijalankan dari pihak berkuasa. Bukan apa, takut ia melarat pula.. Sebab kerap sangat kita dengar tentang kebakaran hutan yang tidak disengajakan (kalau yang memang ada niat nak bakar tu, memang melampau namanya)..

Monday, June 20, 2011

AKU YANG MENJADI SAYAP KIRI MU

Assalamualaikum w.b.t.




Secara jujurnya, ketika ini aku tidak kenal atau lebih tepat lagi lansung tidak dapat agak siapakah yang dapat menjadi  Imamku.. Tapi aku tahu dan aku sedar Allah telah memberikan perancangan yang terbaik untuk diriku.

Aku telah dan dapat merasai transisi perubahan itu walaupun seketika cuma, namun aku tahu itulah pengalaman yang paling berharga yang pernah aku lalui. Alhamdulillah aku masih lagi ada di sini. Allah sayangkan aku. Aku tahu ada ganjarannya..

Siapa kata cantik itu sempurna? Siapa kata ramai peminat itu pasti hidupnya senang senantiasa? Jika iya, boleh dibilang bukan? Itu aku kira bertuah!

Namun Allah aturkan hidup hambanya dengan pilihan hamba tersebut dengan begitu cantik. Pasti ada ranjau duri.. Tiada yang manis belaka.. Lihatlah hidup kita sendiri? Tiada yang indah bukan? Tapi jika kita menghargai apa yang kita perolehi, ia akan menjadi sangat bermakna buat kita....

Terlajak kata aku ni.. Tajuknya lain.. Isinya lain.. Faham-fahamkan sudah..

Tapi betul, aku iri dengan insan yang sudah membina masjid; dapat berbakti kepada pasangan masing-masing, dapat kumpul pahala sebanyak mungkin, senyum bersama dsb.

Ummi pernah kata dalam nada bergurau, "Ummi tak nak dengan akak.." (Puncanya aku pernah kata, "Akak tinggal dengan Ummi jelah. Dapat berbakti dekat Ummi & Abah dulu" )

Bila fikirkan, memang sedih.. Tapi aku macam tak sedih.. Ialah kadangkala simpan seorang sahaja. Siapa yang nak tahu? InsyaAllah, aku yakin akhir tahun ini atau tahun depan, ada berita gembira buat ku.. InsyaAllah.. Amin..

Meh nak kabarkan dan tujukan surat di bawah ini untuk insan special seperti kamu (miliki akhlak terbaik sebagai Imam ku).. Simpan tau..


SURAT UNTUK IMAM KU

Untuk imamku,
Makmum mu ini mungkin seorang yang degil, ganas, kasar, manja, mengada, dan sebagainya. 
Bersabarlah. Tabahlah.
Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang..


Aku berharap
Allah telah mempertemukan kita
Ku harap kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Kau telah ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah. Hanya ini mintaku.

Sumber: Tak Ingat


*Lirih harapan ditujukan buat imam ku kelak.. Aku masih tercari-cari apakah itu kamu?? Adakah benar kamu yang mampu membimbing ku? Layakkah aku bersama dengan mu menjadi sayap kiri mu? *


~ Hari ini sangat letih....

Sunday, June 19, 2011

MANUSIA YANG TIADA IHSAN

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni lancar je nak taip entri kat blog, maklumlah ada masa nak berehat-rehat.. Kalau tidak, sunyi sepi je blog saya ni. Sana sini kita sudah didengarkan dengan berita penderaan bayi dan kanak-kanak, makin banyak disiarkan, makin banyak pula kes-kes ni terjadi. Bertambah-tambah!

Tak kira sama ada ahli keluarga yang dera (bukan niat nak bentuk anak-anak tapi nak musnahkan anak-anak) atau bukan ahli keluarga seperti jiran, pengasuh dsb.

Saya boleh dikira perempuan Melayu ke dua yang bujang dan masih muda yang berkerja di company saya tu. Majoriti dan berusia 30an. Saya je 20an. So, bila time rehat dan makan dipantry secara berjemaah (masing-masing bawa bekal yang dimasak sendiri atau tapau sahaja ditepi-tepi jalan) pasti cerita hal anak-anak dan pengalaman bersalin atau isu-isu lain disajikan dan dikongsikan bersama selepas makan (rehat satu jam diberi).

Saya yang bujang ni sekadar memerhati dan mendengar untuk dijadikan bekalan dan teladan di masa hadapan. Tapi ada antara cerita tu yang bagi saya ngeri sekali terutamanya tentang hal anak-anak yang masih bayi diberi kepada pengasuh. Sebabnya ada pengasuh yang selamba biarkan anak tak mandi, makan bukan-bukan dan tidak diberi ubat sepatutnya.

Cuma satu yang saya ingat, Kak Faez sempat menceritakan tentang hal kawannya yang telah memberikan peluang kepada jirannya untuk menjaga bayi mereka. Anak sulong. Dah lama kahwin katanya, so anak itu pasti ditunggu-tunggu namun bila ibunya pulang dari kerja dan ingin mengambil bayi tersebut, lehernya terkulai apabila bertukar tangan..

Panik lah si Ibu.. Jiran tu hanya memaklumkan "Tak tahu pun jadi macam tu.." (saya tak ingat ayat penuh..)

Allah sayangkan bayi tersebut..

Ibu tersebut redha dengan apa yang berlaku dan dia tidak saman jiran yang menjaga anaknya...

Serius saya ngeri! Tambah geram bila tengok video bawah ni... Nilai ihsan tiada dalam diri. Mengapa begitu??



Apalah dosa budak ni diperlakukan demikian.. Hampir nak lemas baby ni yang saya kira berusia 3 tahun. Cuba juga baby ni nak lari dari pengasuh yang tak ada hati perut..

Bila tengok pengasuh ni cebuk dengan kaki, teringat ketika saya cebukkan sepupu sewaktu dia berusia 4-5 tahun lebih kurang kerana secara tak sengaja terbuang air. Walaupun sepupu, saya buat juga sebab dia ibarat adik saya (budak-budak ni kadang geli nak cebuk punggung sendiri seperti mana adik-adik saya ketika kecil dulu...huhu).

Tolonglah, aku tak rela nak dengar dan tengok hal-hal sebegini terjadi lagi...

* Jika kau tak berihsan dengan manusia lain, bagaimana pula Allah mahu berihsan denganmu????

DOA UNTUK UMMI & ABAH

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin kongsikan doa untuk Ibu Bapa ini buat anda semua.. Sebenarnya setiap hari adalah hari yang bernilai buat ibu bapa kita kerana setiap hari juga mereka berusaha keras untuk kita sehingga mereka melihat hasilnya. Jadi setiap hari adalah istimewa (Abah & Ummi pun kata macam tu apatah lagi bila anak-anak dapat kumpul bersama.Itulah saat indah mereka).

Abah pun pernah beritahu saya ketika kami pulang dari kerja bersama, "Ummi call Abah sebab beritahu semua dah ada tapi kakak tak ada lagi (belum balik kerja).. Riuh rumah"..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Ameen Ya Rabbal Alamin..

-_-

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.

Ampunkan dosa anakmu ini...


Sumber: Doa

SALAM UNTUK AYAHANDA TERCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Buat insan yang sangat istimewa dimataku, Abah dan semua bapa-bapa yang bertanggungjawab (yang tak tersenarai tu, syyuuuuuhhhh...), aku menghargaimu...

Setiap keringatmu, aku tak mampu nak membalasnya sebab sampai sekarang ni pun, ada lagi permintaan Abah yang tak mampu aku tunaikan (beli kereta hybrid prius-kopak duit den dengan gaji yang semput-semput ni..'-_-)

Bila mulut kami yang 10 orang ni minta diisikan sesuatu, Abah seboleh mungkin cuba penuhi agar kami tak kelaparan, tak meragam dan macam-macam lagi masalah lain.. Abah tetap tunjukkan yang terbaik buat kami semua..

Walaupun tak mewah macam orang lain, tapi kami tak banyak bunyi sebab tahu semuanya sukar diperolehi tambahan jumlah kami ni ramai..merasalah kenyang seadil mungkin.. Semuanya dikongsi bersama... Alhamdulillah

Jika ada rezeki lebih, dengan tangan kanan itulah Abah jinjit barang-barang keperluan rumah atau buah tangan dan menaiki motosikal untuk dibawa balik ke rumah dan dikongsi bersama.. Ketika itu kereta belum mampu dimiliki lagi..

Bila ekonomi keluarga dah baik sejak Abah balik dari United Kingdom dan dapat kerja lebih baik dan gaji pun lebih mantap, mudah sikit segala urusan untuk membesarkan kami.. Kami pun tumpang senang dengan segala yang Abah beri..

Tidak mewah dan tidak melarat.. Alhamdulillah. Syukur

Walaupun Abah pernah bakar anak patung aku time darjah satu dulu (Abah fikir tak sesuai untuk aku), bantai kami sebab buat bising dan bergaduh antara satu sama lain, kejar kami sebab lewat balik rumah dan merayap tak tentu pasal, aku dan adik-adik tak pernah kecil hati (tapi Utih cepat terasa pula-setiap adik lain jiwanya..adoiyai)..tapi takut tu tetap adalah sebabnya, Abah memang garang dan tegas!

Jika Abah minta kami melakukan sesuatu, Abah minta kami ulang balik apa yang Abah cakap. Kalau tertinggal, siaplah! Tapi kami tak fikir Abah nak dera kami.. Kami tahu itu tugas dan tanggungjawab Abah dalam mendidik kami untuk menjadi insan yang baik..

Tapi sejak Abah dah masuk fasa stabil (dah penat nak marah), kami lihat Abah mesra dan boleh buat lawak (lagipun aku, Angah dan Alang yang ganti Abah untuk marah adik-adik yang kecil supaya tak terleka)...Tapi majoriti anak-anak Abah dan Ummi mewarisi baka yang sama..huhu.. Jiwa pendeker dalam cara masing-masing..

Namun dalam diam, aku perhatikan dari dulu lagi, walaupun garang dan tegas, Abah masih lembut dan sangat-sangat bertanggungjawab kepada kami semua.. Kadangkala Ummi sibuk dengan urusan rumah lain, Abah mandikan kami, basuh kain, beri kami makan, masak pun pernah, bawa jalan-jalan (setiap negeri kami merasa tau..) dan memberikan kasih sayang sama adil sebanyak mungkin... Hebat Abah!

Walaupun kelihatan Abah macam tak peduli, namun diam-diam Abah bising kat Ummi supaya check anak-anak cukup ke tak.. Tapi biasanya Abah yang jenguk bilik tidur kami dan bilang sampai cukup! Tapi pernah adik aku hilang sorang, Abah kalut kejut Ummi supaya bangun sebab anak hilang..Tengok-tengok ada bawah katil sebab terjatuh..hehehehe..

Kalau sekarang ni, adik-adik ada yang lewat balik, Abahlah antara insan yang paling risau.. Contohnya, macam Uda kata nak sampai pukul 2 dari Johor, tengok-tengok tak sampai lagi...Abah dah risau.. Tapi satu lagi, bila adik-adik call Ummi kata dah sampai tempat masing-masing, Ummi tak ada tapi Abah yang jawab panggilan, terus Abah senyap tak mention kepada Ummi..huhu..

Sekarang ni kiranya, Abah dah boleh dikategorikan sebagai warga emas dan dah nak pencen pun, memang Abah banyak senyap dan diam berbanding dulu.. Namun Abah tetap perhatikan kami dengan mata tuanya (aku suka tengok Abah pakai cermin mata bila nak baca akhbar..comel!).

Kudrat Abah pun tak berapa kuat dan sihat macam dulu tambahan bila Abah mengadu tangan kanan Abah sakit (ada waktu-waktu tertentu) sebab tangan itulah yang Abah miliki dan banyak berjasa...huhuhu...

Abah pun dah pandai merajok jika hajatnya tak ditepati. Reaksi muka pun Abah dah pandai tonjolkan.. Contohnya ketip kuku dan basuh kain atau angkat kain Abah (Abah basuh asing dan sidai ditempat khas) .. Macam ketip kuku tu, Abah nak aku juga yang buat.. Abah tak mahu adik-adik lain, katanya tak best.. Sejak aku masuk Unisel lagi Abah dah suruh aku ketip kuku.. Aku pun akan ketip kuku Ummi juga.. (tapi adik lain pun nak aku berikan service yang sama pada Abah dan Ummi..ish!)

Kadang malas juga nak buat, tapi aku tetap buat juga.. Rupanya bila aku tanya kenapa Abah suka aku yang buat, Abah kata "Dulu Abah pun ketip kuku Mbah (Atok). Lagipun cara kakak dengan Abah sama..". Terdiam aku.. Maaf Abah..
 
Alhamdulillah, tahun ni Abah dapat rezeki lebih dan insyaAllah jika tiada aral melintang, Abah dan Ummi akan menunaikan haji. Jika ikut giliran yang sepatutnya (teringat reaksi Abah ketika memberitahu) memang dah kiamat. Mungkin kita semua dah tak ada lagi.. Tapi alhamdulillah dapat pergi tahun ini.

Abah dan Ummi sudah mula berdiet disebabkan adanya anak-anak yang menyokong dan aku yang tukang menjaga jadual makan minum mereka (kalau Acik, memang semua dia tak bagi nak makan) dan untuk memudahkan melakukan ibadat di tanah suci nanti..

Buat Abah dan Ummi yang sangat-sangat aku kasihi dan insan yang sangat handsome, segak, lawa dan cantik serta comel, anak-anakmu ini mengucapkan ribuan ampun maaf di atas segala keterlanjuran tingkah laku dan tutur kata yang mengguris perasaanmu secara sedar dan tidak sedar. Anak-anakmu ini sangat-sangat menghargai segala keringat, penat lelah, keluh kesah, air mata, dan kasih sayang yang maha kaya darimu kepada kami. Tiada yang lebih layak membalas jasamu wahai Abah dan Ummi melainkan Allah s.w.t. Aku mengharapkan diri Abah dan Ummi berada di tempat tertinggi dan yang paling hampir dengan Khaliqmu berserta nabi-nabi dan para soleh-solehin.

Doakan kami agar tetap istiqomah bersatu teguh antara adik beradik dan dapat membalas jasamu yang tidak ternilai itu. InsyaAllah dirimu berdua akan melihat impak besar kami dengan adanya AL-SAFI sedikit masa lagi.. Doakan juga agar anak-anakmu memiliki rezeki yang luas dan cukup, merendah diri dan suka menderma tidak kira apa cara sekalipun dan bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran. Doakan juga kami mememiliki insan terbaik sebagai peneman hidup. Amin..



* we love you Ummi & Abah*

Saturday, June 18, 2011

ARABIC CALLIGRAPHY

Assalamualaikum w.b.t.

“Seni itu sememangnya indah dan kadangkala sukar untuk di tafsir oleh mata kasar kerana ia mengandungi makna yang tersirat di sebalik apa yang tersurat pada permukaannya,” tutur penulis khat profesional tanah air, Ustaz Abdul Baki Abu Bakar.
Tiba-tiba saya teringat kenangan lama. Waktu di Sekolah Rendah Agama Kg. Medan dulu (1993-1997), selain mata pelajar Tauhid, Feqah, Akhlak, Al-Quran, Sirah (Sejarah para nabi dan sahabat) dan Bahasa Arab terdapat juga mata pelajaran Khat. Khat merupakan antara subjek yang saya gemari ketika disekolah rendah dulu. Itulah masanya saya mengenal apa itu Khat.

Ketika di darjah tiga Jim, Ustaz Yusof yang sangat baik hati itu (walaupun kelihatan garang) mengajar kami subjek ini. Bagi saya Ustaz Yusof sangat mahir dengan Seni Khat dan kalau boleh ketika itu, saya nak jadi macam dia. Kebetulan, saya dan beberapa orang sahabat lain memang makan ilmunya. Kira buat khat dengan baiklah.

Ingat lagi bila nak mula je kelas tu, Ustaz Yusof dah pesan awal-awal supaya asah pensel dengan kemas dan cantik (buat sedikit bentuk dihujung pensel untuk memudahkan membuat tulisan khat). Kadangkala, Ustaz Yusof akan tolong asahkan pensel kami mengikut kehendaknya. Sebab adakalanya kami bentuk tak cantik.

Bila tak asah dan bentukkan hujung pensel dengan betul, memang tak jadilah jawapnya. Tak ada rupa. Itu yang Ustaz tak nak. Ustaz mesti marah. Kadang baju, muka dan tangan boleh comot dengan kotoran dari pensel yang telah diasah. Time tu memang saya tak fikir ada pensel untuk khat. Ialah, budak-budak lagi.. Tak tahu apa sangat..

Tapi itulah saat yang paling enjoy sebab subjeknya tak berat dan memang saya suka. Saya juga pernah dapat hadiah untuk khat tapi tak ingat tempat keberapa atau sebab apa. Lama dah..

Bila masuk je sekolah menengah, baru luas sedikit ilmu tu. Saya beli pen khat sendiri sebagai kenangan dan untuk kegunaan peribadi. Dan ketika di tingkatan lima, saya sanggup ambil subjek tambahan iaitu pendidikan seni disebabkan minat terhadap lukisan dan kebetulan ketika SPM (2002), tajuknya berkaitan dengan khat (saya tak ingat apa) tapi memang kena buat khat ikut kreativiti kita sendiri.

Ketika itu saya jadi tumpuan sebab rupa-rupanya saya seorang sahaja yang buat pilihan khat. Tak adalah hebat mana sebab tak berguru pun, cuma ingat ilmu yang ada ketika zaman sekolah rendah dulu je tapi saya tetap puas. Memang berbaloi.

Tapi apa-apa pun saya kalah dengan adik saya. Dia lagi mahir sebab dia memang masuk kelas Seni Khat di sekolah dan ketika di kolej. Jika ada masa, kami tetap bertukar ilmu didada. Adik saya bantu saya untuk membuat khat dengan baik.

Untuk makluman semua, Seni Khat atau Seni Kaligrafi Islam merupakan antara cabang seni yang ada di dunia selain Seni Muzik, Seni Lukis dan sebagainya dan juga merupakan khazanah tertua sekali yang dimiliki oleh umat Islam. Seiring dengan perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubaan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya. Contohnya macam dalam Al-Quran yang kita baca tu. Itu juga merupakan salah satu Seni Khat supaya ia kekal terjaga dan dihormati.

Jenis-Jenis Khat

Sebenarnya sangat banyak jenis-jenis khat ni. Saya pun baru tahu. Yang diketahui ada 86 jenis tapi ada lebih lagi daripada ini. Biasa yang kita tahu ada lima jenis je iaitu Khat Nasakh, Khat Jali, Khat Thuluth, Khat Diwani dan Khat Kufi. Itu yang biasa digunakan oleh artis Seni Khat.

Untuk lebih tahu, anda boleh klik JK

Contoh-contoh Khat dan penerangannya

1. Khat Nasakh


INFO:
Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh muncul pada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah.

* Saya arif khat ini... ^_^

2. Khat Huruf Taj


INFO:
Taj bermaksud mahkota. Bentuk ini dicipta oleh pakar khat Mesir Muhammad Mahfiz pada zaman pemerintahan Raja Ahmad Fuad 1349H dengan meletakkan satu tanda seperti lam alif terbalik (seperti bentuk mahkota) di atas kepala huruf Nasakh dan ada juga di atas huruf Riq'ah.

3. Khat Diwani Jali


INFO:
Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah oleh khattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.

4. Khat Farisi


INFO:
Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.

5. Khat Ijazah


INFO:
Khat ini dicipta/diambil dari dua jenis khat iaitu Nasakh dan Thuluth. Ini bermakna khat Ijazah merupakan adunan dua jenis khat menjadi satu. Dinamakan Ijazah kerana Ijazah bermakna syahadah atau sijil yang dikurniakan kepada mereka yang betul-betul cemerlang dalam bidang khat. Maka guru khat tersebut akan menuliskan ijazah yang memperakui muridnya adalah orang yang berkelayakkan dalam bidang seni khat, ia juga digunakan untuk tandatangan sultan dan kalifah.
6. Khat Kufi Fatimi


INFO:
Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.
Sumber: CK

Hasil Seni Khat

[Tanda tangan bergaya (tughra) Sultan Mahmud II dari Empayar Ottoman ditulis dalam khat menyerlah . Ia berbunyi Mahmud Khan anak of Abdulhamid sentiasa menang.]

[Khat Bismillah]

[Calligram Arab dalam bentuk burung]

[Hasil Ustaz Baki untuk RHB bank: Murabahah, Musyarakah, Wakalah...]

[Semoga Allah memberkati kamu berdua..doa untuk pengantin ni..]

* Time kelas ketika master dulu, abang-abang tu tahu saya minat Khat dan jawi dan mereka paksa juga saya tuliskan nama mereka di buku masing-masing sebab jika saya boring dalam kelas, saya suka lakarkan sesuatu dalam tulisan jawi. Tapi alat tak ada, so, saya hanya guna pensel sahaja. Rindu pula zaman belajar...

MEMANG TERKEJUT

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya kerja half day. Letih tu memang ada tapi bersyukurlah dapat rehat berbanding insan-insan lain yang tiada masa untuk berehat. Contohnya driver bas..

Before pergi kerja, saya sempat baca muka depan akbar Metro dengan tajuk yang sangat membuatkan orang nak baca iaitu "Mainan Berahi". Mengucap panjang saya..

Ini sebahagian berita tersebut...

**************

KUALA LUMPUR: Satu permainan elektronik yang diadaptasi daripada rancangan realiti seks terkenal di luar negara kini menjadi kegilaan remaja terutama pelajar untuk dimuat turun ke dalam telefon bimbit secara percuma.

Antara tarikan utama yang mendorong remaja memuat turun permainan itu disebabkan ia menggunakan visual manusia, bukan animasi seperti permainan elektronik lain.

Melalui permainan ini, pemain bertindak sebagai jurukamera program itu dengan merakamkan aksi lucah dan berahi tiga gadis yang menjadi peserta program realiti terbabit.

Pada peringkat permulaan, setiap pemain diwajib menjawab soalan dan menyelesaikan beberapa halangan untuk ke peringkat seterusnya.

Permainan itu cukup mudah dan memberahikan kerana setiap pemain disyaratkan menjawab satu soalan di setiap peringkat selain memujuk gadis dalam program terbabit. Sekiranya berjaya, gadis pilihan terbabit akan membuka pakaiannya satu persatu sehingga bogel.

*****

Saya cukup risau dengan hal macam ni. Katanya dah disekat segala macam unsur-unsur yang tak baik ni tapi masih ada lagi dan makin berleluasa nampaknya. Sekarang ni negara heboh dengan isu hackers. Saya dapat tahu dari adik saya (agak sukar nak dengar isu2 hangat sekarang ni sebab tak cukup masa), punca yang menyebabkan ramai hacker nak hack laman web kerajaan adalah disebabkan mereka marah dengan tindakan pihak yang menutup saluran muat turun movie dan kemudahan lain tetapi saluran pornografi tidak ditutup.

Betul, memang mereka (kerajaan dll) rugi sebab kemudahan muat turun untuk video, movie, lagu dan lain-lain mudah nak dibuat dan jimat masa. Lagipun tak keluar duit (bil je yang naik). Tapi yang sangat-sangat menghairankan saya seperti yang adik saya cakap, kenapa tidak terus dibuang sahaja atau ditutup segala unsur permainan dan muat turun perkara yang berbau lucuh dan memang lucah?? Itulah yang patut dikawal.

Rosaklah bakal anak bangsa kita. Tokey-tokey kedai pun tumpang gembira sebab bawa untung yang banyak kerana permintaan terhadap permainan berahi ini sangat tinggi terutamanya dari pelajar. Saya rasa macam orang Melayu je majoriti. Aduhai....

Bendunglah selagi boleh.. Pihak-pihak berwajib kena intai apa yang berlaku... Jangan seronok je disinggahsana... Masa depan kita boleh terjajah dengan mudah sahaja disebabkan adanya unsur S...

Thursday, June 16, 2011

NADA DERING

Assalamualaikum w.b.t.

Ada sesiapa yang menunggu melihat gerhana bulan? Tapi seperti yang saya baca dalam paper gerhana tidak dapat dilihat kerana berada dikawasan pembayang yang kurang gelap. Bukan rezeki kita nampaknya untuk melihat kejadian alam yang jarang sekali berlaku.

Saya rasa semakin ramai yang memiliki handphone. Budak kecil yang sekolah tadika pun dah pandai apatah lagi yang berumur tiga empat tahun. Macam-macam jenama handphone yang dimiliki. Tapi saya bukan nak cerita pasal jenama. Cuma aplikasinya yang sering kita gunakan.

Biasanya dalam handphone kita tu memang dah ada nada dering tertentu yang telah tersedia berkhidmat untuk kita. Tapi kadang boring kan asyik lagu sama je. So, ada yang lebih advanced memasukkan nada dering sama ada dibayar atau melakukannya secara sendiri. Lagu tersebut mengikut trend semasa dan kesedapan halwa telinga kita.

Selagi tak gegar anak telinga, ada je bunyi yang difikirkan sesuai dan yang tak boleh tahan range lagu tu dari satu boleh naik sampai lima oktaf (saya main sebut je..betul ke?). Maksudnya dari serendah bunyi boleh jadi sampai satu padang boleh dengar nada dering kita. Hai, melampaulah tu. Itu sudah mengganggu ketenteraman awam. Huhu..

Bagi saya, cukuplah yang menyedapkan hati dan jiwa. Saya pun jenis yang tak berapa kisah lagu apa untuk dijadikan nada dering tapi bila orang hubungi saya, berkumandanglah lagu Maher Zain iaitu Is Allah Satisfied with Us dan bila message masuk pula, berdendanglah nyanyian dari Mawi vs Akil Hayy iaitu Hamba-Mu.

Tapi ada juga yang saya kelompokkan untuk orang-rang tertentu seperti untuk ahli keluarga saya lagu lain dan untuk kawan-kawan rapat lagu lain juga. Jangan tak tahu, untuk alarm (jam loceng) pun lagu special yang saya pilih. Biasanya himpunan zikir-zikir dan doa ataupun rentak lagu yang lembut.

Saya suka bangun dari tidur dalam keadaan tenang. Bila bangun tidur tu tak adalah rasa macam terentap jantung bila dengar lagu yang lembut-lembut. Sebab bila dengar lagu yang berentak kasar atau kuat nanti buat sakit jantung ataupun mengganggu orang lain. Yelah, roh kita belum sempat nak masuk dalam tubuh tiba-tiba dipanggil dengan cara paksa.

Lagi satu yang saya perhatikan nada dering ni pun boleh mencerminkan jiwa si pengguna. Tak kirlah lelaki atau perempuan. Sekarang ni pun yang berusia, saya tengok nada deringnya bukan main canggih. Terpulang selera masing-masing macam mana. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Di sini, saya ingin kongsikan lelaki dan nada dering yang dipilih. Cuba anda selidiki, adakah benar atau tidak bagai dikata. Saya ambil dari Alam Satu Cinta.

●Nada standard.
~ Lelaki yang menggunakan nada dering yang memang telah tersedia dalam telefon bimbitnya, biasanya menganggap telefon bimbit hanyalah satu keperluan semata-mata. Memadai asalkan dia dapat membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima sms sahaja. Dia mungkin seorang yang amat mementingkan pekerjaannya dan sentiasa sibuk.

●Nada lagu nasyid.
~ Seorang lelaki yang kurang terbuka, serius dan biasanya alim. Emosi lelaki yang menggunakan nada dering begini juga selalunya terjaga. Dia juga seorang yang melakukan semua perkara dengan kesungguhan hati dan perasaannya juga bukan senang untuk dipermain-mainkan..

●Nada dangdut/disko dut.
~ Lelaki yang penuh humor dan selalunya lurus bendul orangnya. Biasanya bila dalam keadaan berhumor dan 'main-main' dia jarang serius dalam setiap apa yang dicakap atau dilakukannya.

●Nada pop/balada.
~ Jika telefon bimbitnya menggunakan nada dering berupa lagu pop/balada yang mengasyikkan menandakan dia seorang yang cool, tenang dan penyabar. Sukar untuk melihat dia marah atau panas baran. Tetapi, jika dia dalam keadaan mood yang tak bagus, sukar sekali untuk dilayan perasaan dan sikapnya.

●Nada rentak R&B.
~ Lelaki yang biasanya menyeronokkan. Sentiasa ceria dan gembira. Jika sesiapa disisinya juga turut terhibur melihat sikap 'happy go lucky' dirinya. Tetapi dia selalunya memiliki sifat keegoan yang tinggi.

●Nada Rock.
~ Seorang yang kental dan keras jiwanya. Biasanya penuh semangat dan orang yang amat berdikari. Sentiasa spontan dan selamba orangnya.

●Nada dance music.
~ Lelaki yang selalu mempunyai penampilan yang memikat dan pandai menarik perhatian wanita. Jika menjadi kekasih, dia amat romantis orangnya. Tetapi, mungkin juga dia seorang yang mudah berubah hati.

●Nada rakaman sendiri.
~ Jika nada deringnya dirakam suara atau lagunya sendiri bererti dia orang yang kreatif dan mahukan sesuatu yang istimewa dan berbeza. Dia tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru. Biasanya sentiasa mahukan penampilan yang terbaik didepan kawan-kawannya dan dia seorang yang amat egoistik.

Wednesday, June 15, 2011

SELAMATKAN HATIKU



Walau kelam sudah,
Walau telah jatuh,
Walau tersesat jauh,
Namun ku punya hati
yang mahu mengerti,
Ya, mahu mengerti..
Kerana aku masih insani,
Aku mahu mendengari,
Kerana itulah aku mencari....
sesungguhnya adalah kerana hati.

Ketika ini,
Aku ingin berkata,
Maafkanku wahai Hati,
Aku telah mengingkari,
Aku telah memungkiri,
Aku telah menodai.

YA RABB..
Selamatkanlah hatiku
Simbahinya dengan cahayaMU,
Kurniakanlah setitik kasihMU,
Agar hilang dahaganya,
Agar ia sedar akan kesesalanku.

Sumber: iLuvislam.com

********

Tetiba teringat pula pada lagu Jagalah Hati dari Snada

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh
Dengan Alloh kian jauh

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian suci
tak ada yang tersakiti
Pribadi menawan hati
dirimu disegani

Namun bila hati busuk
Pikiran jahat merasuk
Akhlak kian terpuruk
Jadi makhluk terkutuk

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian lapang
Hidup sempit terasa senang
Walau kesulitan dagang
Dihadapi dengan tenang

Tapi bila hati sempit
Segalanya jadi rumit
Terasa terus menghimpit
Lahir batin terasa sakit

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Tuesday, June 14, 2011

KHITBAH (BERTUNANG)

Assalamualaikum w.b.t

Isu hangat hari ni pasal kejadian gempa. Anda turut merasa ke? Masa kat office tadi saya tak rasa apa-apa pun maklumlah khusyuk buat kerja. Tup-tup bila office boy sampai je, dia ceritalah pengalaman dia dekat Pejabat Tanah. Haru biru juga katanya. Abah pun tumpang sekaki dengan Alang bercerita bila balik tadi.

Agaknya pasal nak gerhana bulan, Allah nak tunjukkan sesuatu tu. Bangunan baru kat Putrajaya tadi pun dah ada tanda retak. So, beware. Baik ingat Allah dan mengucap banyak-banyak. Termasuk sayalah tu...

Ok, berbalik pada topik utama, saya tak dapat cari dalam Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali tentang khitbah ni. Tapi dari sumber lain, hukum khitbah ini adalah "harus" tetapi Imam As-Syafie(sila rujuk buku Mughni Almuhtaj) mengatakan hukumnya adalah "al-istihbab / sunat". Dan Dr. Abd. Karim Zaidan(sila rujuk buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah mengatakan bahawa hukum "al-istihbab / sunat" ini lebih aula (utama / baik) dari hukum "harus" tadi.

"Khitbah" di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna 'melamar' wanita untuk dijadikan bakal isteri. "Melamar" ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.

"Khitbah" juga bermakna proses lelaki meminta dari pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara atau jalan-jalan yang diketahui masyhur di tempat masing-masing.(Fiqh Assunnah oleh Syed sabiq).

"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr. Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.*

Boleh faham kan? Serba ringkas je tu. Saya pun tak arif. (Sila rujuk pakar) Tapi apa yang saya tahu lebih elok rahsiakan pertunangan yang terjadi kerana ditakuti ada sesuatu yang berlaku dikemudian hari.

Namun, zaman kini lain pula jadinya. Sana sini heboh mengalahkan orang yang dah kahwin. Majlis yang dibuat meriah dan boleh dikatakan membazir. Siap ada pelamin lah. Berhabis duit tak sah! Betul apa saya cakap...

Makcik saya pun hairan dengan anak-anak muda zaman sekarang. Punyalah dia berleter dekat Ummi kata perempuan ada yang dok terkinja-kinja layan tetamu serupa orang kahwin. Ambil gambar macam nak roboh pelamin yang ada.

Tapi ikut suka masing-masinglah. Hangpa yang tanggung.

Sebenarnya, Sabtu baru ni (11 Jan 2011) ada kejadian penting yang berlaku dalam keluarga saya. Meminang anak orang. Inilah yang berlaku apabila ramai lelaki dalam keluarga kami. Tapi kebanyakkan persiapan semua Ummi dan Anjang yang buat. Saya pula tumpang tengok sebab memang tak ada masa untuk saya nak bantu sama. Tapi mujur persiapan dibuat awal. Saya teman beli je apa-apa yang patut. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Cumanya saya tak tahu berapa kos yang dihabiskan oleh pihak perempuan. Bagi saya simple tu sudah. Mana yang elok dan dalam keadaan baik (macam dulang, pelapik, bunga dll), boleh guna lagi. Boleh turun ke generasi adik-adik. Hehehe..

Ada sedikit gambar yang saya nak share.. 3 keping je




 [13 balasan di pihak perempuan. Dalam gambar tak penuh.]

 [9 dari pihak lelaki]



~ Semoga hubungan yang dibina berkekalan. Wahai adik-adik lelakiku, jagalah bakal isterimu seperti mana yang dirimu kehendaki. Jika elok didikannya, maka eloklah mereka. Menjaga hubungan dua keluarga bukanlah mudah namun permudahkanlah ia sesuai yang dikehendaki Islam.


* Sumber: Khitbah