Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN NANTI

[nayzak.devianart.com]

Syaaban ingin pergi sayu menghiba diri,
Ramadhan ingin kembali riang bersua lagi,
Merangkak kita di lantai masa bersilang hari,
Merebak bulan di ufuk senja tahun berganti.
Telah terukir juga terzahir di bibir muara,
Akan kita insan yang sentiasa lupa dan lara,
Hidup bertunjangkan nafsu sesedap rasa,
Bermain dengan bara-bara yang penuh noda.
Dosa, bila diungkitkan tentang Neraka,
Lalu diselitkan tentang ajal yang menyusul tiba,
Insan baru padanya terkhabar dari lamunan,
Pantas dirinya menadah tangan mencari Tuhan.
Maka sedar tika alpa dosa inginkan pahala,
Alpa dalam bicara nafsu inginkan puasa.
Sumber: iluvislam.com
*****************************************
Marilah mari..kita mengisi..borang jadual ketika di bulan Ramadhan

Kemasukan baru ke universiti:- Tarikh : 1 Ogos 2011 
Nama U : University of Ramadhan Al-Mubarak 
Course wajib : Berpuasa 
Course special : Terawih 
Course tambahan : Baca quran, zikir, solat sunat, sedekah & etc 
Kelulusan : Ijazah Ketakwaan Kelas Pertama 
Konvo : 1 Syawal 
* Extra.. Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master course : Puasa 6 bulan Syawal

Saturday, July 30, 2011

LAYAKKAH AKU MENJADI DA'IE?



Layakkah Aku menjadi da'ie?
Jika diri sendiri belum di islahi
Bercakap bukan main tinggi
Nak laksanakan,masyaallah, susah sekali.

...Layakkah aku menjadi da'ie?
Qiamullail setahun sekali
Baca quran pun semuka je sehari
Ada hati nak jadi kekasih Ilahi

Layakkah aku menjadi da'ie?
Sedangkan masalah hati penuh dalam diri
Muamalat pun sesuka hati
Panggilan abang sayang dah jadi lali

Layakkah aku menjadi da'ie ?
Akhlak pun macam tahi
Gelak tak tengok kanan kiri
Orang sekeliling jenuh dok perhati

Ya Allah Ya Rabbi
Pimpilah diriku ini
Yang sentiasa di uji
Dari kanan dan kiri

Aku sedar segala kelemahan diri
Semoga dengan sentuhan kasihMU
Memberikan kekuatan untukku mengubah diri
Menjadi mukmin sejati
Yang mampu berjuang sepanjang hari
Demi mencari syurgamu Ilahi...

Sumber: Facebook

* Setiap dari kita ada tanggungjawab iaitu sebagai khalifah (penyampai). Jangan ingat tugas menegur salah silap anak hanya pada ustaz ustazah & guru-guru di sekolah sahaja tetapi tetap terletak kemas pada tugas ibu bapa sendiri. Begitu juga orang awam yang lain. Walaupun kita kurang ilmu agama tapi takkan tugas menegur orang buang sampah hanya pada ustaz? Tentu tidak bukan? Guna logik akal.. Mana yang mampu kita tegur demi kebaikkan, tegurlah secara berhemah. Moga-moga dengan usaha kecil itu sebagai khalifah iaitu penyampai kebenaran dan kebaikkan terlepas tanggungannya dari di tanya Allah s.w.t kelak.

Friday, July 29, 2011

~@ WAYS TO TREAT YOUR PARENTS @~

1. The most essential duty of a Muslim child (no matter how young or old you are!) is to show kindness and respect towards his or her parents. This can be in a form of many things; from kind words to warm hugs! In fact, Allah has commanded us to be kind to our parents in His verses, so it’s an important duty that should be taken seriously.


( Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang melayan Ummi & Abah sebaiknya dengan segala kudrat yang aku ada selagi mereka masih ada. Mungkin ini hikmahnya belum berumah tangga sebab lepas ni mungkin peluang yang ada semakin kurang. Kerja pun tak jauh dan aku satu-satunya anak yang masih ada di sisi Ummi & Abah tika ini - adik-adik lain ada yang berumah tangga dan belajar dan bekerja luar daerah)


2.Parents are to be treated like Kings and Queens; hence we as daughters or sons should always speak nicely and generously to our parents! And don’t forget to smile whenever you speak to them (yes, even if you’re on the phone! :P)


( Alhamdulillah teman berbual yang paling akrab dan setia adalah Ummi & Abah. Sentiasa dekat di hati. Cuma adakalanya, aku masih juga buat hal sendiri. Pernah juga Ummi tak berteman tengok tv. Adik-adik kerap call dengan pertanyaan, " Ummi tak rindu Angah ke?" - ikut style adik jika call)





3. Have you ever heard a nasyeed called “Your Mother” by Yusuf Islam? This is also one of the ways to treat your parent; which is to give EXTRA love to her! Mothers deserve fine and awesome treatment, for they have borne the child’s burden during pregnancy, has undergone birth pains, sacrificed her own comfort to her children, so many others!


But this doesn’t mean you should ignore your fathers! They too, are super awesome, so both parents must be treated with much respect.


( Ummi.....akak sayang Ummi. Mujur aku ada ketika Ummi sakit. Baru-baru ni kaki Ummi kejangdan Ummi menjerit (menangis). Abah cepat-cepat urut. Lepas tu aku yang sambung. Kebetulan aku tengah search info, Ummi terus kata "Cepat cari ubat apa yang boleh hilangkan cramp". Dalam kepala memang dah terfikir satu jawapan. Alhamdulillah, aku sediakan banyak-banyak air susu dan air masak untuk Ummi. Alhamdulillah pulih).


Info: Hilangkan kejang kaki iaitu: banyak makan sumber kalsium iaitu susu, magnesium dan potassium.


4. Don’t wait for special occasions to show your appreciation towards your loving parents! There are many ways to show your appreciation to them; like giving flowers, free back massage, cards, cook their favourite food, and many many others (within your capability and creativity!) And remember, everytime you do, do it with the right “niat”, and full with sincerity. In the end you’d just want to please Allah and make your parents feeling joyous :)


( Kami sangat manja dengan Ummi & Abah. Walaupun tiada hadiah yang mahal, aku tetap hulur mana yang mampu begitu juga dengan adik-adik yang lain. Kami share apa yang patut untuk mengembirakan Ummi & Abah. Namun, alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang untuk memasak sama ada sebelum aku pergi kerja, sediakan menu diet pada waktu padi dan malam, ketip kuku dan berlawak dengan Ummi & Abah.)





5. The best way to treat your parents is to continuously make dua’ for them! Make dua’ in your prayers or sujud, whenever you thinking or missing them, or even the times when they are in your presence. May Allah bless our beloved parents and grant them Paradise, amin!
“Rabbi-r-hamhumaa ka-mma rabbayaa ni sa-ii-ra”
(Aku berharap doa-doa dan apa jua kebaikkan yang pernah aku lakukan selama aku hidup ini mampu memberi faedah kepada Ummi & Abah untuk bekalan mereka nanti. Aku cuba menjadi PENAWAR YANG BERSERI YANG SOLEHAH. InsyaAllah. Amin)




6. Whenever you feel like it, tell your parents without hesitation: “I LOVE YOU!” *heart*


(Walaupun Ummi dengan nada bergurau menolak cintaku, namun aku tetap tak malu nak meluahkan pada Ummi & Abah secara sepenuh hati -serius "Akak sayang Ummi & Abah.")


Picture and English quote taken from : Owh So Muslim


*Hukhukhuk..sedih pula.. "Ya Allah, aku belum lagi mampu menandingi kasih sayang Ummi & Abah, namun berikanlah aku kekuatan untuk terus bersabar dengan mereka seperti mana ketika mereka mampu bersabar dengan ku sedari aku kecil hingga kini.."


~ Like doodles

KEK LAPIS SARAWAK ADALAH HALAL : PENGUSAHA

KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
 
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya.

Mengulas kenyataan Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri, Abang Shamshudin Abang Seruji semalam yang menasihatkan umat Islam di Sarawak supaya berhenti menggunakan produk ''Golden Churn Creamery Butter'' selepas DNA babi didapati dalam satu sampel yang diambil dari pasar tempatan, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kek lapis di Sarawak menggunakan jenama mentega yang berbeza sekarang.

Bagaimanapun, awal bulan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengisytiharkan bahawa produk itu halal selepas satu pencemaran yang didapati hanya terhad kepada sampel yang diambil dari satu kelompok di Johor.

Permintaan untuk kek lapis Sarawak sempena Ramadan dan sambutan Aidifitri bulan depan menurun berikutan ketidakpastian peminat juadah itu berhubung status halalnya.

Rabiah berkata berikutan ketidakpastian itu, permintaan terhadap kek lapis telah menurun 30 peratus tahun ini berbanding 50 peratus dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Rabiah berkata banyak pembuat kek lapis di Sarawak memilih mentega yang murah tetapi berkualiti kerana sebelum ini bahan itu agak mahal dan ramai pelanggan terutama dari semenanjung, Singapura dan Brunei mengadu mengenai harganya.

"Kami menggunakan mentega yang telah disahkan halal sekarang dan mampu menjualnya dengan harga serendah RM10 atau lebih daripada RM50 bergantung kepada reka bentuk dan saiz berbanding RM15 hingga lebih daripada RM60 sebelum ini," katanya.

Seorang lagi pembuat kek lapis Dayang Aspriza Awang Tajuddin yang berpengalaman lebih 10 tahun, memberitahu Bernama, bahawa ramai penjual dan pelanggannya sejauh Pulau Pinang telah menghantar SMS dan meminta beliau untuk mengesahkan status halal kek lapisnya dan mengaku tanggapan salah telah menjejaskan tempahan tahun ini.

Mengikut satu laporan pada Mei 2008, sepanjang tahun 2007, 15 pengeluar Kek Lapis Sarawak membantu menyumbang sejumlah RM5.4 juta kepada ekonomi negeri.

Sumber: Berita Harian (Mutakhir)

~ Sudah ramai yang prihatin tentang status halal sesebuah barangan terutamanya makanan. Sebenarnya, penjual atau pengusaha atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia perniagaan perlulah jujur dalam diri dan bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Saya ni bila tau ada campuran tak halal, rasa tak syok lah. Pengusaha perlu perjelaskan tentang bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan kek lapis ini pada setiap produk keluaran mereka.

Wednesday, July 27, 2011

HARI INI


Hari berlansung dengan baik..
Alhamdulillah..
Bila nak masuk tengahari..
Mula ngantuk..
Rehat..
Saya offer diri untuk tolong siapkan kerja..
Sebab tak tahu nak buat apa dah..
InsyaAllah..tinggal sikit je lagi..
Malam..
Makan roti sardin je sambil tengok berita..
Saya benci orang dera kucing..
Dahsyatlah..
Ingat luar negara je ada macam tu..
Sangat kejam!
Semua sama je bila sifat gila ada dalam diri!
Tengok 360..
Wah!
Sambutan Kedai 1 Malaysia tu sangat menggalakkan..
Air mineral dari RM1 boleh jadi sampai RM0.39..
Jauh beza tu..
Bila nak buat kat tempat kami pula????
Sambil menaip,
mata pandang drama Korea..
Best..
Lie to Me..
Itu je hiburan yang ada..
Lepas ni beradu..
Selamat Malam..
Masaul Khair..
(^_^)

Tuesday, July 26, 2011

KISAH RASULULLAH DAN BUAH LIMAU



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Keterangan:

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Sumber: Syok Islam

~ Menangis saya kerana terlalu kagum dengan akhlak baginda. Belum tentu saya mampu jadi sebegini sepanjang masa. Saya tak nafikan diri saya sendiri ketika saya dalam keadaan mood yang baik, baik serba serbi tapi bila ujian datang sedikit walapun hanya simple tapi mungkin merimaskan saya atau menyusahkan saya, mulalah merungut.. Kadang masih lagi ego wat tak tau.. (Maksudnya lambat minta maaf)...

Monday, July 25, 2011

ALAM PELIK PENGGILA BUKU

[Sebuah kedai buku yang dihias dengan penuh kreatif mampu menarik pembaca dari pelbagai golongan dan latar belakang]


BUKU walau apa pun isi kandungannya sedikit sebanyak ia umpama pengetahuan yang perlu di baca sehingga habis untuk mendapat manfaatnya.

Walau apa pun genrenya dari novel ke falsafah, agama, ekonomi, sastera dan pelbagai lagi, tidak dinafikan ilmu yang diperolehi begitu besar sehingga ia mampu mengubah dunia. Malah ada yang menggelar buku adalah kuasa.

Sesungguhnya jasa buku terlalu banyak dalam kehidupan manusia sehinggakan tidak keterlaluan untuk menyatakan kehidupan kita sekarang ini yang jauh lebih baik berbanding 5, 50, 500 atau mungkin 5000 tahun dahulu adalah hasil usaha dari buku-buku yang dihasilkan manusia sendiri.

Bersesuaian dengan perubahan zaman, kita sendiri boleh menyaksikan bahawa semakin banyak buku yang dihasilkan maka semakin maju tamadun manusia.

Maka seharusnya semakin maju tamadun itu pastinya semakin bijak atau cerdik manusia itu sendiri. Namun bagaimana manusia itu menggunakan kebijaksanaan itu adalah satu perkara lain kerana kebijaksanaan itu tidak membawa maksud mereka tidak akan lari daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun dari satu sudut, terdapat juga buku yang nilainya hanya layak dicampak ke tong sampah kerana isi kandungannya yang keterlaluan sifatnya seperti pengisahan kisah lucah, pornografi, pembohongan dan pelbagai lagi.

Namun secara umumnya terlalu banyak buku yang mempunyai nilai dan faedah yang tinggi pengetahuannya, yang mampu membuka minda dan kepompong pemikiran kita ke arah yang lebih baik.

Jadi secara umumnya, manusia itu akan berkelakuan lebih baik dan berhemah jika mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi hasil dari pembacaan buku yang pelbagai.

Impak

Namun bagaimana pula maknanya menjadi seorang penggila buku. Sama ada kita sedar atau tidak sejak abad ke 19 dan kini memasuki abad ke 20 terlalu banyak impak yang memberi signifikan nyata melalui ilmu pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku yang dihasilkan.

Seharusnya kita perlu berterima kasih kepada para penggila buku iaitu mereka yang begitu ghairah membaca, mengumpul dan kemudian menghasilkan pelbagai buku yang akhirnya bertanggungjawab membina dunia yang wujud sekarang.

Alasannya mudah kerana melalui pembacaan selain pembelajaran, maka seseorang akan cuba mencari kebenaran, maka beliau perlu lebih lagi membaca dan akhirnya akan menulis pula buku mengenai kebenaran yang dijumpainya.


Berkembang

Sebagai contoh bagi mereka yang gemar membaca buku mengenai perundangan atau ekonomi. Sudah terlalu banyak buku mengenai dua bidang ini ditulis dan ia akan berterusan ditulis mungkin sehingga kiamat.

Rata-rata mereka yang menulis mengenai perkara ini pernah membaca karya penulis lain dan ia semakin berkembang melalui pemahaman yang diperolehi.

Namun tidak ada satu pun buku yang boleh kita tafsirkan sebagai paling betul kerana ia akhirnya dinilai berdasarkan kesesuaian dan kehendak. Paling tidak pun ia membantu kita dalam beberapa urusan yang berkaitan namun seperti mana ilmu itu sendiri ia akan senantiasa berkembang tanpa ada batasan.

Dalam memperihalkan mengenai kaki buku, mereka ini boleh kita katakan antara insan terpilih kerana bukan semua di antara kita mampu untuk menjadi seperti mereka.

Bayangkan mereka ini umpama perpustakaan bergerak kerana hampir semua persoalan mampu dijawab secara spontan tanpa perlu dirujuk pada mana-mana buku dan orang tertentu terlebih dahulu.

Bibliomania

Namun menurut definisi Barat, kaki buku atau digelar sebagai bibliophilia yang maksudnya gemar membaca, mengagumi dan mengumpul buku.

Namun jangan tersilap antara bibliophilia dan bibliomania kerana maksud perkataan ini lebih kepada penyakit dihidapi seseorang yang begitu menggilai buku secara keterlaluan sehingga mungkin boleh membahayakan diri dan orang lain.

Walaupun sukar untuk kita menerimanya namun menurut Dr. John Ferriar yang mengkaji bidang ini, secara psikologinya mereka ini tidak merbahaya tetapi mungkin boleh bertindak di luar batasan jika buku yang dimahukan terpaksa direbut dengan orang lain.

Selain bibliomania terdapat beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan gila buku antaranya bibliophagy yang dikaitkan dengan seseorang yang sanggup makan buku, bibliokleptomania iaitu seseorang yang mencuri buku secara kerap dan bibliotaphy yang berkaitan dengan kegilaan seseorang yang sanggup menanam buku.


Penyakit

Antara mereka yang pernah dikaitkan dengan penyakit-penyakit di atas adalah Stephen Carrie Blumberg yang pernah ditangkap kerana memiliki buku curi sebanyak 23,600 naskah.

Lebih hebat lagi buku-buku ini dicuri di lebih 268 muzium dan universiti di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada dan hampir kesemuanya adalah koleksi buku yang sangat jarang dilihat dan begitu berharga.
Blumberg yang ditahan pada 1990 telah dijatuhkan hukuman penjara 71 bulan dan denda AS$200,000 (RM600,000). Lebih mengagumkan nilai buku yang dicurinya mencecah AS$5.3 juta (RM15.9 juta) dan dianggap sebagai kecurian buku paling besar dalam sejarah dunia.

Satu lagi contoh bibliomania adalah Sir Thomas Phillipps (1792 - 1872) yang memiliki lebih 160,000 koleksi buku dan manuskrip. Berasal dari keturunan bangsawan namun akhirnya beliau sekeluarga terpaksa hidup berhutang keliling pinggang kerana terlalu gilakan buku-buku lama.

Termuda

Dunia pernah dikejutkan apabila seorang wanita berusia 18 tahun telah mencipta sejarah sebagai profesor termuda dunia pada 2008. Alia Sabur yang berasal dari New York dilantik menjadi profesor matematik di Universiti Konkuk di Seoul, Korea Selatan tetapi hanya kekal di sana selama setahun.

Namun satu perkara menarik tentang beliau adalah kegilaannya membaca sejak dari kecil malah dikatakan mula membaca sejak berusia lapan bulan! Alia mengakui gemar membaca namun lebih meminati bidang matematik sejak kecil. Selain mempunyai wajah yang jelita beliau juga berjaya memperoleh tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Tae Kwan Do hanya pada usia lapan tahun.


Kegilaan

Antara nama-nama besar lain yang dikenali dengan kegilaan mereka terhadap buku adalah bekas Presiden AS seperti Thomas Jefferson, ahli falsafah terkenal Adam Smith, bekas Perdana Menteri United Kingdom William Ewart Gladstone dan pencipta watak James Bond, Ian Fleming, sekadar menyebut beberapa nama.

Selain itu terdapat juga kelab bagi mereka yang gilakan buku seperti Oxford University Society of Bibliophiles yang ditubuhkan pada 1950, Caxton Club yang diasaskan pada 1895 di Chicago, The Club of Odd Volumes yang diasaskan pada 1887 di Boston dan Grolier Club yang ditubuhkan pada 1884 di New York City.

Namun bersesuaian dengan zaman, mungkin buku akan hanya tinggal naskah lusuh tetapi mempunyai nilai tinggi dan berharga dengan kehadiran gajet buku canggih seperti eBooks, iPad dan kindle.

Namun waima apa pun kegilaan terhadap buku ini tidak akan mati tanpa mengira zaman walaupun ia sekadar peralatan canggih yang berfungsi di hujung jari.

Sumber: Mingguan Malaysia

~ Saya suka baca buku dan duduk dalam timbunan buku.. Asyik! Tapi saya tak suka masuk library. Tak tahu kenapa.. Jika ada kerja yang betul-betul perlu, barulah library menjadi rumah kedua saya.. Cuma nak dapat suasana macam tu balik belum lagi untuk masa sekarang ni... Rasa rindu nak belajar.. Huhu..

Cuma saya bukan gila buku sampai nak curi buku yang saya idamkan tu.... Tapi kini, baru saya tau ada juga manusia yang sanggup tanam buku & makan buku... Sayang terlampau..

Sunday, July 24, 2011

BILA CERAI JADI MAINAN

[google]

SESIAPA lihat suami saya, Amin tentu jatuh hati kerana baik, lemah lembut, hormat orang tua, muka syurga, dua kali buat umrah dan bergelar haji, kalau saya cakap keburukan perangainya tak akan ada orang yang percaya.

‘‘Tetapi dia pantang tengok perempuan berduit dan berharta mulalah dia memancing. Saya perasankan kelakuannya setelah dapat dua anak. Bila terbongkar dia putuskan hubungan, katanya masih sayangkan saya.’’ Itu kata Norhidayah ketika kami bertemu Selasa lalu.

‘‘Sebelum kahwin saya kurang selidik perangai Amin. Namun saya pilih dia kerana dia baik, rajin solat dan jujur dengan saya. Tolak tepi dia pengawal keselamatan sedangkan saya pegawai lulusan universiti. Tapi saya ikhlas mungkin dah jodoh saya.

‘‘Lepas kahwin saya suruh dia belajar, tapi dia bengap, belajar tak sampai ke mana, tapi berkat usaha kami, dia dapat kerja jadi kerani rendah. Sejak kahwin semua urusan keluarga jadi tanggungjawab saya, dari sewa rumah, makan pakai dan susu anak, belanja dapur, tadika, sekolah, segalanya atas tengkuk saya. Dia sentiasa kata gajinya tak cukup.

‘‘Amin memang kaki perempuan, lepas satu, satu perempuan jadi mangsa, dan dia putuskan hubungan bila aktivitinya terbongkar konon takutkan saya. Dari awal lagi saya bagi tahu Amin saya tak tegah dia nak kahwin lagi, tetapi ceraikan saya, sebab dia tak mampu.

‘‘Walaupun saya menanggung keluarga tetapi saya tak pernah beritahu ibu bapa dan adik beradik saya, sebab ada antara mereka dari awal menasihatkan saya supaya fikir dua kali kahwin dengan Amin kerana perbezaan kedudukan dan gaji kami, tetapi saya redha.

‘‘Berkat kesabaran dan pengorbanan saya, Allah memberi saya jalan untuk kumpul duit dan saya dapat beli tiga buah rumah murah. Entah macam mana bodohnya saya, semua rumah tersebut saya gunakan namanya. Cuma terbaru saya beli guna dua nama. Bukan itu saja saya beli tanah juga atas namanya, begitu juga motorsikal dan kereta.

Rasuah

‘‘Saya tak pernah bercerita pada keluarga saya bila Amin digantung kerja oleh majikannya atas tuduhan rasuah. Malah saya keluar duit carikan peguam atas permintaannya. Saya lakukan kerana dia suami saya dan tak mahu anak-anak malu.

‘‘Anak-anak yang dah besar pernah tanya saya, ‘ayah tu kerja jaga, tapi sana sini bawa laptop?’’ Saya tak terfikir pulak. Namun anak-anak lebih bijak, mereka tahu ayahnya ada facebook ada emel dan mereka buka satu persatu. Mereka terjerit panggil saya tengok facebook ayahnya mendakwa dia duda kaya dah duatahun , ingin cari calon isteri, bekerja arkitek ada firma sendiri.

‘‘Sedihnya adik-beradik Amin bukan saja menambah masalah, tetapi turut menyusahkan saya. Mereka bukan sahaja kerap datang ke rumah, malah suka minta duit Amin. Mereka juga sesuka hati merancang buat kenduri di rumah saya tanpa berbincang dengan saya dulu.

‘‘Sepatutnya ketika Amin tak bekerja mereka bantu saya, bukan menyusahkan saya dengan berhutang kiri kanan. Mereka kata Amin kaya ada rumah sewa. Sedangkan saya tak pernah merasa sesen pun walaupun rumah itu saya beli, Amin yang kutip sewa.

‘‘Amin pernah ceraikan saya dua tahun lalu, tapi adik-beradiknya kelam-kabut suruh rujuk semula dan kami rujuk dua minggu kemudian.

‘‘Namun Allah Maha Adil, saya terjumpa draf dan dokumen tersebut dalam beg Farid, siap ada surat peguam lagi. Bila rahsia terbongkar adik-beradiknya tuduh saya kurang ajar nak rebut harta Amin. Siapa rebut harta siapa? Bukankah itu duit titik peluh saya, adiknya Pengawal Keselamatan, mana ada duit? Saya pertahankan hak anak-anak saya.

‘‘Saya ingin merujuk kembali kes perceraian pertama saya supaya pembaca faham. Saya diceraikan bulan Ramadan dua bulan selepas saya melahirkan anak. Amin lafazkan cerai secara lisan dan menulis surat yang dia tanda tangan sendiri. Sebab dia nak kahwin. Ketika itu saya baru habis solat. Bila saya kemukakan pada hakim, Amin mengaku dia tulis dan tandatangan surat tersebut, tetapi dia enggan mengaku dia ceraikan saya.

‘‘Bukti sudah cukup nyata, tetapi kerana Amin tidak mahu ceraikan saya (atas nasihat adik beradik) maka hakim cadangkan Amin angkat sumpah Istizhar bahawa dia tidak ceraikan saya. Amin ikut cakap hakim. Dan hakim tolak bukti yang saya kemukakan.

‘‘Masa itulah adik-beradiknya kelam kabut pujuk Amin dan saya rujuk semula. Kerana tak tahu kedudukan saya sama ada sah bercerai atau tidak maka saya terpaksa rujuk takut berdosa. Dalam tempoh sebulan selepas rujuk mereka tukarkan harta saya atas nama Amin kepada nama kakak mereka, seperti saya ceritakan tadi.

‘‘Kepada penegak keadilan saya ingin maklumkan kes cerai kali kedua yang suami saya failkan memakan masa hampir setahun dengan 13 sesi perbicaraan, namun keputusan tetap berpihak kepada Amin, walaupun Amin mengaku dia lafazkan cerai. Tetapi hakim tanya Amin mengapa dia failkan cerai? Biarkan isteri yang buat tuntutan cerai?

‘‘Dalam kes perceraian kedua ini saya habis lebih RM50,000, untuk peguam tapi Amin menang tanpa peguam bela, namun dia ditolong dan dinasihati oleh hakim yang memihak kepadanya. Adakah kerana Amin ada anak saudara jadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di situ, maka semua takut dan bantu dia? Adakah ini adil?

‘‘Hakim meminta saya bawa bukti, takkan saya nak bawa janda kaya dari Johor, pegawai Putrajaya, janda Gombak yang banyak rumah sewa, isteri orang yang kini hamil 5 bulan dan banyak lagi untuk jadi saksi, ataupun anak-anak saya melihat facebook ayahnya, naik mahkamah. Sedangkan saya sudah berjanji tidak akan aibkan mereka.

‘‘Tak cukupkah bukti yang saya kemukakan surat Amin ceraikan dan melafazkan cerai pada saya? Terbaru kerana Amin menang kes, dia jadi ego dan terus berzina. Anak-anak sendiri melihat bilik kami bersepah dengan pakaian, pewangi, baju tidur wanita yang tidak sempat disorokkannya ketika kami sampai. Adakah anak-anak saya juga berbohong? Atau ayahnya tidak bermaruah. Sama-samalah anda tolong fikirkan.’’
Itu cerita Norhidayah yang telah 20 tahun berkahwin dan akan memfailkan kes terbarunya untuk mendapatkan keadilan.

Sumber: Mingguan Malaysia

~ Dari saya kecil hingga kini, Ummi kerap pesan untuk tahu kisah kehidupan wanita lain dan sebagai pengajaran kepada saya, baca 'Di Celah-Celah Kehidupan - DCCK'.

~ Saya cuma berdoa yang terbaik untuk kehidupan saya yang akan datang..

~ Apa pandangan korang semua tentang kisah di atas??

KOREAN DRAMA

Actually, there is some Korean Drama that i love to watch. Not addicted but still want to know the end of story.

[ Love You A Thousand Times ]

Baek Sae Hoon and his wife, Lee Sun Young, desperately try to conceive a child but are unsuccessful. Sae Hoon’s mother goes to Sun Young and asks that she consider surrogacy as a way of conceiving a child without Sae Hoon’s knowledge. This is where Go Eun Nim comes in. She is their surrogate mother carrying their child but things become complicated when she later falls in love with Sae Hoon’s younger brother, Kang Ho.

Cast: Lee Soo Kyung as Go Eun Nim, Jung Gyu Woon as Baek Kang Ho, Ryu Jin as Baek Sae Hoon, & Go Eun Mi as Lee Sun Young

[ Its' Okay, Daddy's Girl ]

Moon Chae Won plays Eun Chae Ryung, a spoiled young daughter who nevertheless dotes on her father. Chae Ryung’s father gets into an accident and passes away, leaving Eun Chae Ryung and her household ruined. Along the way, she realizes her father’s sacrifices and works to support her family, this is the story of Eun Chae Ryun’s coming-of-age into a mature, independent woman.

Cast: Park In Hwan, Moon Chae Won, Lee Hee Jin, Kang Won, Kim Hye Ok, & Yoo Seung Mok

[ 49 Day ]

A girl who falls into a coma mere days before her wedding. The only way she can wake up is if she can get three tears from three people who care about her, apart from her family, in 49 days. During this time, her soul will have to borrow someone else’s body, that of a woman who works at a convenience store.

Cast: Lee Yoo Won, Jo Hyun Jae, Bae Soo Bin, Seo Ji Hye, Jung Il Woo and Nam Gyu Ri.

[ Lie To Me ]

Gong Ah Jung, a level 5 Ministry of Culture official, gets entangled in a web of lies when she mistakenly lies that she’s married to Hyun Ki Joon, a hotel manager from an affluent family. Their relationship is further complicated when Ki Joon’s ex-fiancée and a close friend of his brother’s, Oh Yoon Joo, reappears in his life.

Cast: Yoon Eun Hye as Gong Ah Jung, Kang Ji Hwan as Hyun Ki Joon, Sung Joon as Hyun Sang Hee, Jo Yoon Hee as Oh Yoon Joo, Hong Soo Hyun as Yoo So Ran & Ryu Seung Soo as Chun Jae Bum

 [ City Hunter ]

‘City Hunter’ is an original script based on the world-famous novel by Japan’s Tsukasa Hojo. Since it became public that Korea would be the first remake of this story into a drama, ‘City Hunter’ has been receiving worldwide attention. ‘City Hunter’ has switched the setting from Tokyo 1980 to Seoul 2011, and according to the original story structure, the protagonist becomes a city hunter and his character develops while resolving gratifying cases.

The story takes place in Seoul, 2011. Lee Yoon Sung is a talented MIT-graduate who works on the international communications team in the Blue House. He plans revenge on five politicians who caused his father’s death with his surrogate father Lee Jin Pyo and eventually becomes a “City Hunter.”

Cast: Lee Min Ho as Lee Yoon Sung / John Lee, Park Min Young as Kim Na Na & Lee Joon Hyuk as Kim Young Joo

[ New Gisaeng Story ]

Also known as New Tales of Gisaeng is about life inside a gisaeng house, a place where women serve, and only VIPs can enter. It is a place of love, sadness and grief. The story revolves around Dan Sa Ran, who is studying dance in university. She meets Ah Da Mo, and falls for him, but keeps her feelings under wraps, because she comes from a poor family. A gisaeng at Buyongkak recruits her.

Cast: Lim Soo-Hyang, Sung Hoon, Han Hye-Rin, Kim Bo-Yeon, Kim Hye-Sun, Lee Mae-Ri, Baek Ok-Dam, Kim Joo-Young, Lee Suk, Han Jin-Hee, Lee Jong-Nam, Lee Dong-Joon, Lee Sang-Mi, Lim Hyuk, Kim Hye-Jung, Park Jun-Myun, Seo Dong-Soo, Song Dae-Kwan, Jun Ji-Hoo.

Saturday, July 23, 2011

AKU RINDU PADA KAMU YANG BELUM TENTU MILIKKU

Assalamualaikum w.b.t.
Saya tidak pandai bermadah. Hanya bisa tercoret dengan air mata jika ia mengganggu ketenangan. Kadang dengan sisa berbaki, sejadah itu saya kunjung untuk melerai gundah di hati.. Bukan sekali tetapi belum mampu menandingi para sufi..

Ketika baca novel dari Penulisan2u "Calon Menantu Mak", rasa sedih tiba-tiba.. Ada ayat yang menyentuh perasaan.. Ahhh.. Suka benar air mata ni mengalir bila umur makin bertambah.. (Kenapa???)

Dan bila terbaca monolog milik Adi Wafi, saya jatuh suka...

Untuk Kamu Yang Belum Tentu..
ada pun cinta masih di lautan
bayunya tetap mengarus daratan--
nyaman.

rindu pada suatu yang belum tentu,
jaraknya aku dengan kamu

~ Aku yakin pada janji-Mu. Ujian yang ku lalui bisa mematangkan aku walaupun ia mengambil masa. Aku redha..Bantulah aku Wahai Pemilik Hati - Allah S.W.T.

MOOD SAYA PAGI NI..













(Sumber: Google & Islamic tumblr.)

Friday, July 22, 2011

ADAKAH KAU LUPA



Munsyid : Alarm Me
http://liriknasyid.com


Adakah kau lupa 
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

* Antara nasyid yang saya gemari. Rasa semangat dan penuh jihad. Teringat dekat Kak Faez sebab Kak Faez yang rajin pasang nasyid ni bila dia nak study ketika kami satu bilik buat master dulu *

* Dengar boleh tapi anda dan saya kena ada azam untuk menjadi Muslim yang lebih baik untuk agama kita. Buktikan kita lebih hebat dari bangsa lain. InsyaAllah *

SAYA NAK HEADER FLASH

Assalamualaikum w.b.t.



Sebelum tu minta maaf kepada pemilik blog. First sekali yang saya tak berkenan gambar angel dalam header tu. Sebab kita sendiri tak tahu rupa angle tu macam mana. Lagipun gambar tersebut kelihatan kurang sopan walapun ia hanya cartoon. Saya berpendapat tuan blog yang memiliki header tersebut sangat suka perkara yang bercirikan Korea sebab dari blognya yang memaparkan image-image dan style dari sana.

Dengan itu saya mencadangkan agar gambar tersebut ditukar dengan image lain berbentuk lukisan doodle yang digemari tuan blog yang lebih muslimah. Maksudnya ber 'identitikan' tuan blog. Baru dekat dihati penggemar blog tersebut.

Selain itu, melankolik ni bukan dia ada jiwa ke? Menggambarkan perasaan tuan blog. Kombinasi hitam dan warna-warna ceria(jika tuan blog memang gemar hitam). Turning Melancholy To Magic. Maksudnya biar ada cerita dari header tu yang lebih bombastik.. Biar orang lihat header tu, "Wah lawanya..kedengaran misteri tapi menarik". Bunga gugur tu macam tak smooth saya kira dan nampak tak cantik berkumpul jatuh sebegitu. Cuba campur dengan angin tiup ke atau daun gugur ke ditambah dengan rerumput dan bunga-bunga kecil..Lagi satu, ros hitam putih tu macam tak sesuai tegak kat situ..macam tiba-tiba..

Saya layak dapat header flash tu sebab saya pernah belajar flash dan multimedia cuma saya tak sempat nak mendalami ilmu ni lebih lanjut dan aplikasikan di blog sendiri. Nak buat flash sendiri macam dah lupa je sebab bukan major saya... Jadi saya sangat-sangat tertarik dengan kreativiti Kei Seichi membuat flash untuk blogger lain terutamanya Geekzster's World dan Invasion Plan. Memang cool!!!!

Teruskan usaha Kei Seichi dengan meluaskan bakat anda.. Hooorrraaaayyyy

MUHAMMAD SABU ARAH PEGUAM SAMAN BUKIT AMAN


KUALA LUMPUR, 22 Julai: Peguam Mohamed Hanipa Maidin telah menerima arahan dari Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar menghantar surat saman kepada Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Polis ekoran dakwaan beliau (Mohamad) menipu.

Hanipa berkata, Mohamad telah menghubungi beliau pagi ini dan mengarahkan beliau menghantar notis kepada pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

Semalam Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dalam sidang medianya berkata, tidak ada kebenaran bahawa kenderaan milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.

“Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar ‘fender’ Pajero,” katanya.

Video berkenaan menunjuk sebuah kenderaan polis mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.

“Saya harap akan dapat menghantar notis kepada Bukit Aman minggu depan meminta mereka menarik balik dakwaan Mohamad Sabu menipu,” kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad.

Sebelum ini Mohamad Sabu mendakwa motosikal yang dinaikinya semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas telah dirempuh sebuah kenderaan polis dan menyebabkan beliau terjatuh dan lututnya cedera.
Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak.

Namun begitu, Umno dan penyokong mereka mendakwa, Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim pura-pura cedera untuk meraih simpati.

Dua hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya.

“Saya dirempuh Proton Waja Polis”

Lebih lanjut di sini

~ Sebenarnya ketika saya ke Selangor Medical Centre (SMC) setelah perjumpa Dr. Shuguna (Neurologist) dan sedang menunggu CT Brain yang saya lakukan (sakit kepala akibat infection selepas demam), dengan secara tak sengaja terlihat di depan mata kehadiran aktivis Haji Muhammad Sabu yang ditolak dengan katilnya oleh jururawat yang bertugas. Beliau tidak ditemani sesiapa ketika itu disebabkan bukan waktu melawat dan ketika orang bekerja. Saya hanya tersenyum memandang beliau. Lagipun masing-masing sakit... Huhu.. Beliau  pun nak buat scan lututnya yang tercedera itu. Sempat melihat beliau berbual dengan seorang doktor ketika itu...

"Tiba-tiba teringat Abah..."

Thursday, July 21, 2011

AMALAN YANG BAIK

Assalamualaikum w.b.t.

Mood manusia ni kejap je boleh berubah-ubah. Sama juga dengan kesihatan. Saya bukan merungut tapi hanya menyatakan..  But the point is bila petang tadi saya dapat email kat office terus saya gembira dengan perkongisan ini. Nak kata email berantai ke apa ke..terpulang tapi bagi saya, ia ilmu yang baik.. Tapi anda, sahabat-sahabat saya jangan tak baca pula ye.. Baca sampai habis.. InsyaAllah sangat-sangat berguna..

*********************


Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dengan rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya.. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga  surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan pada Allah dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, Surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Jika dia pegang pada surah Al-Kafirun, insyaAllah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda.

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan  sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati.

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kuat fizikal.

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setibanya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra'.....!

Take a break........meditate. ..3 minutes & calm your mind....
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

*******************

Terpulang pada sahabat untuk mengamalkannya.. Sama juga jika kita rajin baca ayat kursi. Banyak khasiatnya. Sebenarnya setiap ayat-ayat milik Allah s.w.t yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat manusia sedari dulu hingga kini sangat banyak kelebihannya. Setiap perkataan itu ada penawar dan hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

Dalam dua minggu lepas ketika berehat dihujung minggu kalau tak silap saya, rancangan perubatan secara Islam yang disiarkan di saluran Oasis 106 ada menyentuh tentang menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kaedah rawatan dan penyembuhan penyakit. Pesakit ni menghidap barah (saya kurang pasti sakit apa tapi kanser tahap serius) dan setelah berubat dengan doktor ibarat tiada harapan, beliau mencuba alternatif lain iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

Dia dirawat dengan segala doa dari ayat Al-Quran dan beliau juga diminta membaca dan mengamalkan surah tertentu untuk penyembuhan selanjutnya dan alhamdulillah sakitnya telah hilang.

Bulan Syaaban pun tinggal sikit je lagi, marilah kita mula mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dari sekarang. Biasakan dan basahkanlah lidah sahabat dengan alunan ayat-ayat mukjizat ini. Tadi sewaktu pulang dari kerja, sempat dengar radio IKIM. Penceramah yang dijemput juga menggalakkan pendengar untuk menghidupkan kembali hati kepada Al-Quran. Jika ada cucu 30 orang, beri setiap cucu tu 1 juzu' untuk dibacanya dan dapatlah khatam Al-Quran...

Indah bukan???

Anda berhak pilih mana yang terbaik...

Wednesday, July 20, 2011

BUAT SI PENCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Syukur pada Allah. Kerja di office banyak yang dapat dibereskan mengikut waktunya.

Sebenarnya isi bicara yang saya nak kongsikan di sini dipetik dari Abu Muawiyah. Promote sikit ye.. Adakalanya saya akui kita tidak lepas dari buat silap terutamanya tentang cinta. Kita melebihkan cinta manusia yang belum tentu lagi jadi milik kita berbanding cinta kita kepada Allah.

Anda renung diri sendiri betul atau tidak kata-kata saya ni? Nak lebih terang sila baca perkongsian ini.. 

***********
[weheartit.com]

Undurkanlah dirimu wahai si pencinta! Kerna dia tidak menginginkanmu!

Benarlah kata orang...untuk melihat seseorang itu jujur di dalam percintaannya, memang sukar sekali. Apatah lagi di zaman ini yang penuh dengan makar...maka cinta yang lahir itu kebanyakannya hanyalah datang dari nafsu semata-mata. 

Kata-kata yang penuh hikmah..."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Indah sekali kata-kata ini, malangnya ia mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk berhadapan. Inilah realiti. Sekiranya cinta anda itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, sudah tentu hal ini tampak begitu mudah sekali. Ketahuilah cinta yang jujur dan ikhlas itu tidak lahir melainkan dari hati yang jernih dengan iman...

Saban hari mengharapkan pengungakapan cinta dari seseorang yang kita cintai, tetapi...sehingga kini ia masih mendiamkan diri...hanya sabar menjadi pendinding kepada hati si pencinta. Setiap hari kita bertanyakan khabarnya, bergurau dengannya, menyelesaikan masalahnya...tetapi...si dia masih mendiamkan diri. Mungkin, si dia merasakan bahawa perkara itu bukanlah bukti bahawa si pencinta mencintainya...atau...mungkin si pencinta itu hanya sekadar 'syok sendiri'...hmmm, benar. Inilah yang sebenarnya. Mengapa tidak? Lihatlah bagaimana dia melayanimu...adakah dengan penuh keceriaan? atau...dia hanya terpaksa?...Ya. Terpaksa melayanimu atas dasar 'menjaga hati'...atas dasar 'persahabatan'...

Wahai si pencinta, tidakkah kau melihat bagaimana dia berhadapan denganmu? Adakah diiringi dengan senyuman? Bagaimana pula ketika kau menghubunginya...adakah dia menjawabnya dengan penuh kegembiraan dan sangat mengalu-alukan?...mungkin, kau merasakan dia gembira melayanimu, tetapi..ternyata dia hanya bosan mendengar suaramu...tetapi, mengapa pula dia tidak menghentikan sahaja perbualan itu?...'menjaga hati'mu wahai si pencinta...itu sahaja jawapannya...

Tidakkah kau perasan wahai si pencinta akan tanda-tanda si dia tidak menginginkanmu?

TAHU! ya, sudah tentu kau tahu wahai si pencinta...tetapi mengapa kau masih mengharapkannya? kerana kau bukanlah seorang yang mudah mengalah...bahkan kau masih mampu bersangka baik dengannya, sekalipun ianya jelas ingin menjauhimu, alangkah indahnya jika sikap si pencinta ini dimiliki semua orang...

Agama bukanlah sesuatu yang jauh dan janggal buat dirimu wahai si pencinta...kau amat mencintainya. Tidak kira sesiapa sahaja, di mana sahaja...kau pasti tidak akan jemu dari mengatakan sesuatu tentangagamamu... Kau bangga dengannya...tetapi, kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut menyukai hal yang sama...kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut gemar mendengar pendapatmu tentang agamamu...ternyata itu semua hanya lebih menjauhkanmu dari si dia. Mengapa?

Adakah si dia itu tidak menyukai agama? Oh tidak!...ketahuilah bahawa si dia bukanlah tidak menyukai dari mendengar tentang agama ini...tetapi, si dia tidak menyukai sekiranya yang mengatakannya datang dari mulutmu...Ya!, wahai si pencinta, benar sekali...si dia tidak menyukainya. Kerana...si dia melihat diri kau adalah seseorang yang 'taksub'. Seseorang yang 'keras' di dalam peganganmu...sehinggalah dia meluahkan kepadamu, ketika itulah baru dirimu merasakan sesuatu yang...sedih...hampa. Adakah kau membalasnya? Tidak...tidak sama sekali, bahkan kau mampu mengawal perasaanmu dan dengan penuh merendah hatinya, kau menerima segala kritikannya...oh, indahnya dirimu wahai si pencinta...

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Sampailah masanya wahai si pencinta...terimalah hakikat ini! terimalah penerimaan ini! Mungkin ianya pahit untukmu, tetapi demi dirimu yang mulia, telanlah ia sebagai ubat hatimu yang terluka...kau mencintainya, tetapi si dia tidak mencintaimu...mengapa kau marah? kau sangkakan benar dia mencintaimu?!...Ya! Kerana di masa itu dia meluahkan padamu...

Benarkah? Apa yang diluahkannya?....dia menerimu?...dia mencintaimu?...dia ingin bersamamu?................................tidak.....dia hanya meluahkan padamu bahawa cintanya milik orang lain.

Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...bantulah...bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...

tiada lagi...

undurkanlah dirimu darinya..kerana...

telah datangnya keputusan Allah...

**********

Berdasarkan pengalaman sendiri, tidak kira lelaki atau perempuan, ada yang sanggup menjadi hamba cinta.. Punyalah tunggu dengan penuh setia.. Akuilah dia tu milik kamu.. Tayang sana-sini.. Banyak yang saya lihat jadi begini.. Saya malu..

Saya juga bukanlah sempurna, tapi cukuplah apa yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kadang-kadang dengan nama CINTA ini, kita boleh tersilap dan jadi lebih jauh dari-Nya.. Namun jarang sangat kita punyai kekuatan untuk bangkit balik dari cinta yang sia-sia tadi tu..

Hanya orang terpilih je yang boleh sedar dari kekalutan tersebut.. So, bila dah ada chance untuk berubah, jangan lepaskan peluang.. Tak perlu terhegeh-hegeh dengan cinta manusia.. Faham?!

Wahai saudaraku yang amat aku sayangi, sayanglah diri anda terlebih dahulu. Utamakan yang utama dahulu.. Kejarlah impian dirimu dan penuhilah harapan orang tuamu terlebih dahulu... Jika kau mampu dan punyai kekuatan untuk memiliki hati insan lain, usahakanlah dengan cara yang selayaknya disisi Islam... Binalah kekuatan cinta itu berteraskan acuan Islam.. Kelak kau juga yang memperoleh bahagia..

~ Dalam diam, aku juga inginkan yang terbaik dalam hidupku.. Banyak yang aku belajar...

Monday, July 18, 2011

JURUTERA TUNGGAL



Assalamualaikum w.b.t.

Bila nak taip entri ni, saya gelak dulu tadi. Serba lucu jadinya. Untuk makluman, saya bukan jurutera @ IR. Tapi cita-cita ke arah itu pernah terlintas suatu ketika dulu. Namun bila terjebak dalam bidang kira-kira, sukar nak patah balik..

Hari ini saya mencipta sejarah sekali lagi. Anak tunggal kononnya (sebab hanya saya bersama Ummi & Abah di rumah sementara adik-adik merantau mencari ilmu) telah berjaya menghidupkan suis yang menyambungkan wayar streamyx yang telah dipotong oleh tukang buat rumah (bijak betul orang ni...)..

Alkisah..

Rumah kami sedang dibikin balik sebab nak ada majlis besar lepas ni.. Hehe.. Seperti biasa ketika pulang, Abah pasti akan melihat maklumat terkini dari komputer kesayangannya. Tapi dengan tiba-tiba Abah bising..

"Kenapa line ieternet tak ada ni??"

Saya dan Ummi diam je..

Sehinggalah ditemui jawapannya..

Wayar tersebut telah dipotong secara tidak sengaja (mungkin) oleh tukang buat rumah. Abah mulalah bising dan call Alang sebab tak tahu nak buat macam mana.. Abah pun panggil saya..

Dengan kepala yang pusing-pusing dan muka bermuram durja (sebab tengah sedih dok muhasabah diri), saya pun keluar dari bilik untuk melihat akan masalah yang dibisingkan oleh Abah..

Connection memang tiada! Kira terputus hubungan dengan dunia luar. Tapi televisyen boleh je tengok..

Saya tahu nak buat sebab naluri suka 'bega' barang-barang memang ada sejak kecil.. Dari Abah bising lebih lanjut, baik saya usaha setelah berborak sedikit dengan Alang di handphone.

Dengan mata yang bagai nak terkatup ni berserta suluhan lampu picit bersederhana besar dan gunting di tangan, saya mula membuat kerja-kerja electrician sambil duduk dilantai yang berdebu (tak siap renovate lagi).

Wohaaaaaaa

Saya berjaya.. See Abah, your daughter is great!!!!!!! Like a man!

Ummi mencebik penuh kedengkian.. Hehe.. Saya sengeh je pandang Abah bila Abah kata, "Boleh ke Kak? Abah tengok ko khusyuk berteleku dengan lampu suluh tadi.."

Alhamdulillah.. Ni memang jurutera tak terlatih. Jika betul-betul masuk bidang, putih mata wa cakap sama lu...

Teringat kenangan ketika saya sekolah rendah. Darjah enam kalau tak silap. Zaman itu mana ada kemudahan yang hebat sangat. Kami adik-beradik cukup happy bila pasang vcd (tape besar tu..betul ke vcd?) cerita Walt Disney. Tak jemu-jemu diulang tayang.. Semua jalan cerita dan lagu boleh dikatakan dah hafal dalam kepala.

Pernah ketika itu vcd tak jalan sebab dah uzur. Mungkin lasak sangat kami guna untuk tengok cartoon. Adik-adik time tu kecil lagi dan sayalah harapan dorang. Lepas tu apalagi, gigih lah kakak mereka ni baiki mana yang patut. Ummi dan Abah memang tak tahu. Ambil skru lah, ntah apa-apa yang saya buat.. Bukak balik tempat letak vcd tu..

Lastly, usaha tangga kejayaan.. Saya berjaya!! Hoooraaayyyy... Tambah gembira tak payah Abah atau Ummi beli baru dan kami boleh tonton cerita cartoon kegemaran kami seperti biasa.. =)

Bila ada ramai lelaki dalam keluarga, serba sedikit perilaku tu macam lelaki. Dari tak tahu jadi tahu tentang hal lelaki especially tentang menggunakan peralatan pertukangan. Jangan tak percaya, saya pernah angkat batu dengan kereta sorong tu untuk simen rumah masa mula-mula rumah kami dibina. Time tu saya form 1.

Tolong Abah betulkan mesin rumputlah.. Cangkul paritlah (dalam uuuu).. Tukar tayarlah (secara manual) dan baiki sendiri lampu bilik tidur saya..Hahahaha.. Tapi nama pun perempuan, manalah larat sangat.. Lepas tu memang keluar urutlah kat badan ni.. Hulk!!

Itu je cerita untuk hari ini.. Namun tetap membuatkan saya bangga dengan usaha kecil saya.. Bukan nak menyaingi lelaki tetapi inilah halnya yang berlaku jika tiada adik-adik lelaki di rumah..Ummi awal-awal dah ngaku kalah tak nak melakukan benda-benda mirip lelaki ni...

SO, jari telunjuk tu tetap pada saya... =)

Sunday, July 17, 2011

KITA BERBEZA DI BAWAH LANGIT YANG SAMA...

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.

"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.

Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.

"Hilwah... kau marah?"

Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."

"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional?

Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

"Maksudmu?"

Aku memerhatikan gelagat beberapa orang AJK seminar yang gesit berpergian ke sana ke mari. Sibuk mengurus bahan-bahan untuk pembentangan kertas kerja sesi petang. "Ya, dari sudut material, mungkin. Atau stratifikasi kelas profesional. Jika dari sudut itu, aku akui. Tetapi tidak jika kau katakan profesion guru itu serendah-rendah kerjaya dari aspek khidmat bakti, budi, hatta martabatnya di sisi Tuhan."

Dia terlongo. Kemudian perlahan-lahan menguntum senyum. "Kau sebenarnya marah padaku, bukan?"

Aku sekadar diam. Dan menjeling geram.

"Hati-hati, nanti matamu juling!" usiknya.

Segaris senyuman pun tidak terlukis di bibirku. Pedulikan!

"Maafkan aku tentang hari itu."Matanya tunak merenung anak mataku. Tajamnya menembus ke jantung! Aku melarikan pandangan, dan sedikit terpinga. "Maaf? Tentang apa?" Baki donat di tangan, aku suapkan ke mulut. Gula yang melekat pada jari kukesat dengan sehelai tisu yang sudah keronyok.

"Maafkan aku kerana aku telah berkahwin." Roman mukanya menggambarkan kekesalan.

Aku terperanjat. Eh, kenapa soal ini pula yang ditimbulkan? "Kenapa minta maaf? Salahkah jika berkahwin?" Aku pura-pura berlagak selamba. Mengenang peristiwa bulan sudah ketika aku keluar ke pusat membeli-belah. Niat di hati mahu mencari hadiah hari jadi untuk teman baikku, Suraya. Jadi, aku keluar seorang diri. Dan Tuhan telah memperlihatkan kepadaku pada hari itu, dia sedang mendukung seorang bayi sambil tangan kirinya memegang tangan seorang wanita kecil molek. Mata kami bertembung. Dan dia kaget. Gelabah.

"Aku tahu hatimu, Hilwah. Takkan kau telah lupakan segala kenangan kita di bangku sekolah?" Tampangku tertampan di kornea matanya, tidak mahu lepas-lepas. Aku kalah pada renungan itu, lalu mengalih pandang kepada cawan putih di hadapanku, berenang di dalam cairan kopi yang hitam pekat.

Semilir kenangan kembali berhembus di ranting ingatan. Dahulunya, dia seniorku ketika di bangku sekolah menengah. Aku masih ingat, setiap kali tiba waktu rehat, pasti dia dan beberapa teman baiknya akan datang ke kelasku. Mengintai-intai gerakku. Sepi tanpa suara, dan langsung tiada usikan. Juga tiada surat cinta. Hanya pandangan mata berbicara. Tetapi itu tidak lama kerana dia berpeluang menyambung pengajian di universiti, sedangkan aku masih di tingkatan dua. Segala yang pernah berlaku terus lesap dikaburi cita-cita masa depan.

"Masakan aku lupa, Is. Tapi kita tak punya apa-apa hubungan aku kira. Sekadar rasa di hati. Setiap manusia pasti punya naluri demikian. Itu fitrah." Kopi sudah suam. Aku meneguk sekali. Rasa pahit di tekak tiba-tiba.

"Tapi aku tahu, kau masih miliki rasa terhadapku hingga saat ini. Jangan kau nafikan, Hilwah." Kening lebatnya bertaut. Renungannya tajam.

"Is, aku minta diri dulu. Majlis dah nak mula." Aku gesit berdiri sambil mencapai beg tangan berona coklat di atas meja beralas cadar merah jambu. Sekonyong-konyong, beg tangan itu terasa seperti tersangkut pada sesuatu. Berat. Aku memandang sekilas. Dia menarik beg tanganku!

"Kenapa ni, Is?"

"Aku tetap tahu hatimu biarpun kau diam atau tidak mengakui. Aku tahu, Hilwah..." Beg tanganku dilepaskan. Dan aku berlalu dengan mengusung hati yang libang-libu.

Aku sengaja sign in ke Yahoo Messenger dengan status available. Tumpuanku tidak pula ke situ. Tanganku cekatan menaip sebuah artikel untuk dipos ke blog yang aku kira sudah semakin semak dan bersawang akibat tidak dikemaskini beberapa lama.

Buzz! Aku terperanjat. Melihat tetingkap Camar Senja terpapar di skrin komputer riba.

"Hilwah, aku tetap bertegas mengatakan karier pensyarah adalah lebih baik berbanding guru!"

 Batinku serasa berasap mendengar kenyataan itu. "Kau ni kenapa, Is? Tanpa salam, terus saja redah cakap merapu-rapu!" Aku sedikit radang.

"Kenapa, kau tiada hujah untuk membidas kenyataanku itu? Kerana ia benar, bukan?"

"Tidak! Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau yang entah apa-apa. Perasan sangat!" Aku membalas geram.

"Perasan atau kau sebenarnya telah mengaku kalah?" Dia mengirim senyuman ketawa berdekah-dekah. Aku kian hangat. Kugenggam jari-jemari dan berderap-derup bunyinya. Segera ku taip, "Kau tahu, aku pernah membaca ungkapan ini 'kemenangan yang sebenar adalah dengan mengaku kalah'. Ertinya, aku menang lantaran tidak mahu berbalah dengan kau!"

"Tidak. Kau tidak menang selagi tidak dapat mematahkan hujahku... Bagi aku, kerjaya guru layak dipohon oleh sesiapa saja, hatta tukang kebun!"

Ini sudah melampau! Tuduhan melulu tidak berasas. Pasti sengaja mahu menaikkan darahku. "Eh, kau ni betul-betulkah pensyarah? Jangan cakap melulu saja. Kau tak tahukah, untuk menjadi guru perlukan pengetahuan pedagogi. Serba-serbi tentang dunia pendidikan kena tahu. Dan aku rasa, kau juga tidak punya pengetahuan pedagogi! Menurutku, untuk menjadi pensyarah tidak semestinya perlukan pengetahuan itu." Aku berhenti sejenak. Berfikir dalam-dalam sebelum meneruskan. "Tukang kebun dengan dunia tukang kebunlah. Jika tukang kebun kurang arif tentang dunia guru, kita pun serupa. Kurang dari segi ilmu perkebunan. Bukankah kita ini saling lengkap-melengkapi. Ha, jangan kau nak hina tukang kebun pula! Ingat, datukmu dahulu tukang kebun juga!" Aku sengaja melemparkan paku buah keras.

"Ahh!! Kau jangan nak kaitkan dengan datuk aku pula."

Aku sengaja tidak membalas. Malas sungguh mahu melayan sikapnya yang keanak-anakan itu, sedangkan hakikatnya sudah pun menjadi bapa orang.

Buzz! "Kalau kau perhatikan, guru sering tidak ke mana-mana. Di takuk itu jugalah, tak berubah-ubah sampai pencen! Cuba kau lihat pensyarah. Lepas dapat M.A. sambung Ph.D pula. Kemudian sambung lagi, dan lagi. Aku kira, hanya golongan pensyarah yang mentradisikan pembelajaran sepanjang hayat."

Aku naik jelek. Rasa meluat meluap-luap dalam dada. "Aku tak faham kenapa kau terlalu ghairah untuk mengangkat kedudukan kerjaya sendiri." Anak rambut jatuh berjuntaian di dahi. Gesit aku menyelit di belakang telinga. "Hmm, bagi aku, pembelajaran sepanjang hayat bukanlah mesti melalui proses formal semata. Bukan sekadar belajar daripada buku-buku, teori atau kajian ilmiah, bahkan dari kehidupan dan pengalaman itu sendiri. Cuba kau lihat golongan lama di kampung-kampung. Mendengar kuliah ilmu di masjid-masjid, menadah kitab di pondok-pondok, belajar sesuatu melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam, itukan juga suatu pembelajaran, meski tidak formal. Tidak perlu berpangkat pensyarah atau berlenggang bawa 'telinga' masuk ke dewan kuliah baru boleh dikatakan sebagai belajar. Kehidupan ini madrasah, Is. Sekolah. Kita sentiasa belajar daripada sekolah hidup..." Aku menyudahkan rangkaian ayat-ayat tersebut dengan senyuman puas.

Camar Senja is typing a message. "Ya, baiklah. Aku setuju. Tapi apa pendapat kau tentang karier guru? Guru dengan pensyarah; mana lebih baik?"

"Is, aku takkan menghukum mana yang lebih baik. Masing-masing ada kurang lebih tersendiri. Misalnya, jika kau katakan pensyarah itu lebih baik, alasannya mungkin kerana tangga gajinya yang lebih tinggi, ruang kerja yang lebih kondusif dan eksklusif. Gelar 'pensyarah' itu sendiri sudah kedengaran gah berbanding guru."

"Akhirnya kau mengaku juga..."

"Aku belum habis, Is. Sudah aku katakan, aku tidak berpihak kepada mana-mana. Selama ini pun, aku langsung tidak pernah terfikir untuk membandingkan di antara dua kerjaya itu, atau kerjaya-kerjaya lain juga. Apa yang penting, setiap pekerjaan itu niatkan ikhlas kerana Allah. Di situlah nilainya."

"Aku tetap mahu penjelasan kau tentang karier guru."

Aku mendengus marah. Genggaman penumbuk aku acukan ke skrin komputer. Geram. "Kau ni degil ya? Bapa yang sungguh degil! Kelak, anak-anakmu akan mewarisi kedegilan itu."

"Teruskan saja... Aku ini bapa muda, tahu?"

Aku mencebik. Perasan! Jari-jemariku kembali menekan-nekan papan kekunci. Menaip pantas. "Baiklah. Secara peribadi, karier guru bagiku lebih mulia berbanding pensyarah. Bukan mudah untuk menjadi guru, Is. Tapi jika mahu jadi pensyarah, serasaku lebih senang. Gelarnya juga pensyarah. Masuk ke dewan kuliah, bersyarahlah semata tanpa terlalu menitikberatkan sama ada pelajar faham apa tidak. Guru sebaliknya. Dia harus 'menyuap' pelajar ketika pelajar itu masih kosong. Tidak punya sebarang asas pembelajaran. Jadi, mana lebih susah?"

"Pelajar universiti kan sudah dewasa. Bisa hidup mandiri. Tidak perlu 'disuap' lagi..." Dia tiba-tiba mencelah.

"Tunggulah aku habiskan ayat, Is. Kata mahu dengar hujahku."

Dia mengirimi senyuman malu tersipi-sipu. "Okey, okey..."

"Kau harus tahu. Guru turut berperanan sebagai ibu dan ayah kedua selain mengajar. Misalan yang dapat aku bawa, ada sebahagian guru di pedalaman yang terpaksa memandikan pelajar dan bedakkan mereka sebelum pengajaran bemula. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut tidak pernah mandi pagi. Lantaran itu, memandikan mereka merupakan salah satu pendekatan untuk memberitahu mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri." Jeda memanipulasi. Fikiranku ligat berputar, bagai roda di atas jalan. Aku meneruskan. "Malah, guru lebih dekat dengan pelajar jika dibandingkan dengan pensyarah. Pelajar tidak segan silu untuk bertemu guru tentang apa juga permasalahan, hatta maslah peribadi. Hal sebalknya berlaku kepada pensyarah. Pensyarah dengan pelajarnya seolah-olah ada jurang yang lebar membataskan hubungan kedua-duanya untuk lebih hampir. Mungkin kerana taraf atau status pensyarah itu yang dipandang eksklusif, kononnya..."

Tiada balasan. Sepi. Aku melihat statusnya: Offline. Aku mengeluh. 'Merajukkah orang tua ni?' Aku yang sejak awal malas mahu melayan fiilnya terus hanyut dalam timbunan buku-buku dan abjad-abjad di skrin komputer.

Kafe Fakulti Pendidikan lengang, tidak ramai pelanggan. Aku terus menghirup bihun sup yang masih panas berasap. Lapar mencucuk-cucuk sehingga aku tidak lagi pedulikan tampang di hadapanku.

Dia tersenyum. "Bagus juga hujah kau semalam, Hilwah. Maaf, aku terpaksa sign out sebab ada hal mengejut. "Dia sekadar menghirup teh O ais limau menerusi straw berjalur putih jingga di atas meja tanpa alas.

"Kenapa? Anak meragam? Atau isteri merajuk melihat suami berchatting dengan perempuan lain?" Aku sengaja mencucuk. Mahu melihat riak muka.

Dia ketawa anak. Mukanya merah. "Ke situ pula fikiranmu." Dia menyambung tawa.

Aku mengerling dengan ekor mata. Lidah tiba-tiba rasa melecur dek bihun yang panas. Segera kuteguk sirap limau yang sudah sedikit cair ketulan aisnya.

"Aku sayangkan kau, Hilwah."

Aku melatah terkejut. Telinga turut berdesing. "Kau nampak longkang tu?" Telunjukku menuding ke arah longkang yang tidak jauh dari tempat kami berada. Dia membuang pandang mengikut arah telunjukku. "Buang sayangmu di situ!"

"Kau menghina aku, Hilwah?"

"Tidak. Aku bukan menghina. Tapi sayangmu tidak berhak untukku."

"Kenapa?"

"Jangan jadi bodoh. Kau punya anak dan isteri. Beri sayangmu kepada mereka."

Mukanya memerah. Menahan malu barangkali. Tapi biarlah aku pasakkan ketegasan di hadapan lelaki ini.

"Is, aku ini hanyalah seorang bakal guru... Kata orang dulu-dulu; enggang terbang bersama enggang. Pipit dengan pipit mengepak bersama..."

Seleraku sudah patah. Aku tinggalkan mangkuk bihun yang masih berbaki sedikit sambil direnung hampa olehnya. Hatiku sendiri kosong.

Sumber: iluvislam.com

~ Mana-mana kerjaya yang berasal dari keringat sendiri adalah sangat mulia di sisi Allah sebab kita melaksanakan amanahnya dan mampu memperbaiki fitrah kita ke arah lebih baik.. Usaha tangga jaya dan yang penting halal...

~ Tapi saya bosan dengan pertanyaan yang diutarakan oleh bapa muda itu...macam tak berakal...