Tuesday, January 31, 2012

JOM! TUKAR KATA LALUAN ANDA PADA 1 FEBRUARI

Oleh Syah Ismail

Dalam bab kata laluan, sama ada untuk emel, akaun bank dalam talian atau Facebook, kebanyakan orang langsung tidak mengambil berat. Kita sering kali melakukan kesalahan dengan menggunakan kata laluan biasa lemah yang mudah diteka. Tetapi apa lebih membimbangkan adalah kita menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun. Tambahan pula, kita jarang sekali mengubah kata laluan kita.

Dengan serangan siber semakin meningkat setiap tahun, kita harus melakukan apa yang patut untuk melindungi maklumat peribadi dari terjerumus ke tangan yang salah. Dan langkah pertama ke arah ini bergantung pada kata laluan kita. Salah satu blog teknologi popular, Gizmodo bersetuju dengan ini malah mengisytiharkan 1 Februari sebagai “Change Your Password Day”.

 
Kesilapan pertama yang kami buat apabila menaip kata laluan buat pertama kali ialah menggunakan kata laluan yang lemah. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh kekurangan kreativiti atau hanya kemalasan yang membuat kita memilih kata laluan lemah. Beberapa contoh kata laluan yang kerap digunakan ialah “password”, “123456”, “abc123”, “qwerty” dan “letmein”. Sebahagian daripada anda mungkin ketawa tetapi ia tidak mengubah fakta yang ramai orang masih tidak mengambil kata laluan mereka dengan serius.

Jadi soalan yang anda harus tanya diri anda, “Adakah kata laluan saya cukup kuat?”
Satu kata laluan yang kuat perlu mempunyai satu campuran abjad-abjad, nombor-nombor dan karakter-karakter khas. Beberapa laman web menilai kata laluan anda dan menentukan sama ada ia lemah atau kuat dengan menggunakan warna dengan merah sebagai 'lemah' dan hijau sebagai 'kuat'.

Berikut adalah satu cara mudah untuk mewujudkan kata laluan yang kuat.
Langkah 1: Pilih satu ungkapan biasa yang anda mudah ingat seperti “the cow jumped over the moon”.
Langkah 2: Ambil huruf awalan setiap perkataan dan jika boleh gantikan perkataan atau huruf yang kelihatan atau berbunyi seperti nombor. (Tcj0tm)
Langkah 3: Tambah karakter-karakter khas. (!Tcj0tm.)
Langkah 4: Anda boleh mengubah kata laluan anda mengikut satu akaun khusus seperti PayPal. (!Tcj0tm.PyPl)


Jika anda terlalu malas untuk mewujudkan kata laluan anda sendiri, terdapat banyak perisian percuma yang boleh melakukannya untuk anda. Satu pilihan yang amat popular ialah KeePass. Ia adalah pengurus kata laluan sumber terbuka yang membantu anda menguruskan kata laluan anda dalam satu cara yang terjamin. Anda boleh meletakkan semua kata laluan anda dalam satu pangkalan data yang mana dikunci dengan satu kunci induk atau satu fail kunci. Jadi anda hanya perlu ingat satu kata laluan induk tunggal atau memilih fail kunci untuk membuka seluruh pangkalan data.

Pangkalan data telah dikodkan menggunakan pertandaan algoritma selamat terkini dikenali (AES dan Twofish). Apa yang menarik ia boleh didapati di setiap platform termasuk Windows, Mac OS X, Android, iPhone malah BlackBerry. Dengan extension dan add-on, KeePass serasi dengan semua pelayar laman terbaik termasuk Chrome dan Firefox.

Sekarang anda memiliki satu kata laluan unik untuk setiap akaun dalam talian anda, anda dinasihatkan agar menukar kata laluan secara kerap. Untuk sesetengah syarikat, mandatori untuk kakitangan secara berkala mewujudkan kata laluan baru untuk profil mereka. Di pejabat saya, kami melakukannya setiap dua bulan dan kami tidak boleh menggunakan semula kata laluan lama. Ia satu amalan yang baik kerana anda tidak tahu bila dan jika akaun anda telah dikompromi.

Keselamatan dalam talian ialah satu isu serius dan tidak patut dijadikan topic gurau senda. Anda mungkin tidak menyedari potensi ancaman sekarang tetapi janganlah menangis apabila anda diugut apabila muncul sekeping gambar bogel anda yang telah disuperimpose dan digodam dari akaun Facebook atau bil kad kredit berjumlah ribuan ringgit dari laman-laman web dewasa. Datang 1 Februari, mari kita semua menukar kata laluan kita dan melindungi identiti diri serta data berharga kita, jauh dari anasir-anasir yang berniat jahat.

 Sumber: My Launch Pad News

~ Jika anda jenis suka buka banyak akaun, bersedialah untuk mengingat nombor-nombor rahsia anda.

TOMORROW WILL BE BETTER THAN TODAY


its midnight and
my eyes just staring at the wall opposite
no sleep, no dreams,
i sit and watch the drama
unfolding before me;

like an empty canvas
waiting for an artist
i wait in anticipation
wondering when and wondering why;

i did all i could,
so i believe so,
what is happening is beyond my grasp
and i can only watch as a mere spectator;

a mere spectator in my own life
one moment its all the way up,
the next its hanging in balance,
the tension is nerve wracking;

patience is all i have
and patience is all that i need
as i watch the things unfold
and let things take shape at its own pace;

i waited a long time for this,
so what difference it is going to make
to wait a little bit more
but for how long should i be the villian in my own life;

i wish i could answer all the questions running in my mind,
i wish i could end all the battles being fought inside,
i wish i do not have to wait for long
i wish, i hope and i believe
(maybe) tomorrow will be better than today;

Credit to: Poetry of life

Sunday, January 29, 2012

MUSLIMAH

Assalamualaikum wbt....


The Prophet pbuh said: "None but a noble man treats women in an honorable manner. And none but an ignoble treats women disgracefully" (Sunan At-Tirmidhî)

Credit to: Spread Salam

~ Awesome picture with beautiful messages.. 

Friday, January 20, 2012

TAK BOLEH LAKSANA SYARIAH DI AS

COLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.

“Sokongan saya kepada calon Islam bagi jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam.

“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang

Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.

Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.

“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.

“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.

“Namun, jika warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.

Dalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai ‘satu penghinaan secara sengaja ke atas rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa keganasan.

“Saya berpendapat, masanya sudah sampai untuk kita mengadakan satu perbincangan secara terbuka dan jujur mengenai radikal Islam,” katanya.

Gingrich sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penduduk Palestin sebagai masyarakat yang ‘dicipta.’

Mengulas kenyataan terbaru itu, Majlis Perhubungan Islam Amerika, (CAIR) menyifatkan beliau sebagai ‘alat kerajaan Amerika.’

Pengarah Perundangan CAIR, Corey Sayolor dalam kenyataannya berkata, Gingrich adalah antara ahli politik yang paling kuat menentang kehadiran Islam di Amerika.

“Visi Gingrich akan memisahkan rakyat Amerika mengikut kepercayaan agama. Idea politik beliau sudak lapuk dan tidak boleh diguna pakai. Masa untuk sikap berat sebelah dalam politik Amerika sudah berlalu,” katanya. – Agensi

Sumber: Berita Harian

~ Pemikiran siapakah perlu diubah? Apakah yang anda boleh nampak dalam situasi ini? Any comment?

Saturday, January 14, 2012

Jangan ambil mudah fatwa merokok adalah haram

PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah:
1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
~ Walaupun isu merokok ini dah 'lapuk' tapi masih lagi ada penggemarnya.. TOLONGLAH DIRI ANDA UNTUK KEKAL SIHAT & JANGAN MEMBERI KESAN KEPADA ORANG LAIN.  Saya terkesan kerana terdapat orang disekeliling saya menjadi peminatnya.. Lagi tragik bila berada dalam kawasan air cond.. Saya juga yang tak sihat...

BAJET BELANJA PERKAHWINAN


Bajet Perkahwinan
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.

Pra-perkahwinan:

* Kursus perkahwinan
* Wang hantaran
* Mas kahwin
* Upah jurunikah
* Kad jemputan
* Setem
* Cincin tunang
* Cincin kahwin
* Barang kemas
* Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
* Tempat penginapan untuk rombongan

Barangan Hantaran:

* Sirih junjung
* Potpurri
* Al-Quran
* Telekung/sejadah
* Kain ela
* Baju kurung
* Beg tangan
* Tuala
* Jam
* Kasut
* Satu set peralatan solek
* Satu set penjagaan badan
* Buah-buahan
* Puding
* Coklat
* Kek

Juruandam:

* Pelamin
* Bunga pahar
* Bunga telur/cenderahati tetamu
* Baju songket
* Hiasan bilik tidur
* Pintu gerbang
* Hiasan hantaran

Abadikan memori:

* Videografi yang siap disunting
* Jurugambar

Kanopi:

* Kanopi
* Kerusi dan meja
* Alas meja
* Kipas siling
* Lampu
* Upah pekerja

Hotel atau taman:

* Sewa hotel atau taman
* Kerusi dan meja
* Menu
* Penyambut tetamu
* Pengiring

Makan beradap:

* Set meja pengantin
* Kerusi dan Meja
* Alas meja
* Skirting
* Scallop
* Kerusi banquet
* Bunga bouquet
* Lauk pengantin
* Penanggah

Katering:

* Nasi dan lauk pilihan
* Buah-buahan
* Air (kordial)

Hiburan:

* Kompang
* Silat pengantin
* Cak lempong
* Kumpulan marhaban/berzanji

Sistem PA:

* Satu set sistem PA
* DJ / MC

Bulan Madu:

* Percutian

Jumlah perbelanjaan = RM ????

Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:

* Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500 Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

* Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500 Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

* Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500 Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

Sumber: Pelbagai.. Maaf tak ingat link..

~ Boleh ke belanja walimah dijimatkan? Saya memang suka bersederhana dan ikut apa yang di sunatkan.. Cuma ada juga yang terlari dari sasaran...huhu..

Monday, January 9, 2012

PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ALLAH DI DALAM MENDIRIKAN RUMAHTANGGA



1. “Dari Saidatina Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya sebesar-besar keberkatan di dalam rumahtangga ialah yang sederhana perbelanjaannya (tujuan berumahtangga ialah untuk membina keluarga bahagia)”.

2. “Ibnu Abad meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda; sesungguhnya wanita yang terbaik ialah yang paling ringan maskahwinnya”.

3. Lakukan akad nikah di tempat yang mulia seperti di dalam masjid atau surau kerana di dalam masjid itu penuh dengan barakah, rahmat dan hidayah Allah (barakah, rahmat dan hidayah amatlah perlu di dalam kehidupan kita di dunia dan akhirat).

4. Lakukan akad nikah pada malam atau siang Jumaat kerana hari Jumaat termasuk di dalam empat hari yang dipilih oleh Allah dan hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Kerja-kerja kebajikan yang dilakukan pada malam atau siang Jumaat akan digandakan sehingga 70 kali ganda pahalanya.

5. Carilah saksi akad yang soleh dan bukan yang fasiq.

6. Suami isteri di dalam keadaan berwudhuk semasa akad nikah.

7. Khalifah Saidina Umar Ibnu Khattab r.a berkata; “Janganlah kamu meminta maskahwin terlampau tinggi bagi anak-anak perempuan kamu kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah bernikah atau dinikahkan putrinya dengan maskahwin lebih daripada 4 dirham…”

8. Dua atau tiga hari sebelum akad nikah eloklah membaca ‘Istighfar’ 100 kali kerana barangsiapa membacanya sebanyak 100 kali akan mendapat tiga kebaikan;

i) dilepaskan dukacita
ii) ditunjukkan jalan keluar jika bermasalah
iii) mendapat rezeki yang tidak diduga

9. Buat sembahyang Sunat Taubat (mohon keampunan kepada Allah sebelum masuk ke alam rumahtangga). Cara-caranya ialah;

i) Lakukan selepas solat Maghrib atau Isya’ atau sebelum tidur
ii) Niatnya, (didalam hati – “sahaja aku sembahyang sunat taubat dua rekaat kerana Allah Taala”)
iii) Rakaat pertama; baca doa Iftitah, Al-Fatihah dan surah Al-kafirun
iv) Rakaat kedua; baca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas
v) Selepas memberi salam bacalah
vi) Berdoa

10. Kedua-dua pasangan kemudiannya hendaklah memohon ampun daripada ibu bapa serta memohon doa restu daripadanya.

11. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin lelaki);

i) Solat Maghrib berjemaah, khatam Al-Quran, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Berselawat atas Nabi
iv) Tazkirah ringkas
v) Jamuan sekadarnya

12. Aktiviti pada hari sebelum majlis akad nikah (di rumah pengantin perempuan);

i) Solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yaasin, Tahlil dan doa selamat
ii) Solat Isya’ berjemaah
iii) Selawat dan Marhaban
iv) Syarahan agama berkaitan rumahtangga

Pada keesokkan harinya diadakan majlis khatam Al-Quran.

LAKUKAN AKAD NIKAH DI DALAM MASJID DENGAN TUJUAN KITA MENGHAYATI PERKARA-PERKARA DI BAWAH INI


1. Asal usul berlaku nikah kahwin di antara Nabi Adam dengan Hawa di tempat yang penuh mulia, penuh nikmat, rahmat dan berkat (Syurga).

2. Apabila nikah kahwin itu perintah Allah, maka ianya adalah ibadah kepada Allah.

3. Supaya mendapat lebih keberkatan, rahmat dan hidayah yang sangat-sangat diperlukan di dalam kehidupan di dunia sebagaimana maksud ayat 96 surah Al-Imrah iaitu; “rumah ibadah yang mula-mula yang Allah perintah bina di muka bumi ini ialah Ka’bah yang penuh dengan barakah dan hidayah seluruh alam semesta”.

4. Mudah hendak melakukan ibadah yang bersangkut paut dengan majlis akad nikah.

PERCINTAAN SELEPAS KAHWIN ITULAH YANG PALING DIREDHAI ALLAH

Sekiranya percintaan sebelum perkahwinan terjadi, batas perhubungan hendaklah dijaga, antaranya:

1. Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

2. Menjaga maruah dan harga diri masing-masing.

3. Mendapat restu dan kebenaran ibu bapa.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki diredai dan diberkati Allah.

5. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, dating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan.



Sumber: Forum

Saturday, January 7, 2012

HINALAH MAKSIAT, JANGAN DIHINA PELAKU MAKSIAT (HATE THE SIN NOT THE SINNER)



Jom kita hayati kisah seorang abid dari Bani Israil yang meluangkan masa 500 tahun untuk beribadah, tetapi takabbur dengan amalannya dengan seorang fasik dari Bani Israil yang langsung tak taat pada Allah.


~ Moralnya: Jika kau baik sekalipun, kau tidak perlu menghina orang yang masih bernyawa kerana dengan umurnya yang panjang itu, maka dia mampu berubah menjadi insan yang lebih baik darimu... 

HARGA SEHELAI TUDUNG LABUH

Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak.Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran.. inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."
"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insya-Allah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah.Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunan-Nya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur pada-Nya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
.. dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita..
SUMBER: iluvislam.com

Wednesday, January 4, 2012

MAKNA DOA





TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju-laju.. Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Warhamni (sayangi aku)


Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

Wa’fuannii (Maafkan aku)

WALIMAH AL- URUS

Assalamualaikum w.b.t

Salam rindu semua. Kita dah masuk tahun baru ni, sahabat semua ada azam baru yang ditanam ke? Teruskan apa yang diimpikan dan berdoalah dengan sepenuh hati. InsyaAllah, apa yang dihajati akan diperolehi.

Hari ni saya saje nak share bab munakahat. Mostly, topik ni menjadi perhatian.


PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
  • Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)


TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS
  • Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
  • Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
Maksudnya:
“Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)
  • Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
  • Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:
    1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
    2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
    3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

    4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.


HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".
HUKUM MENGHADIRINYA
Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG
i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.
ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.
iii) Di dalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.
iv) Tiada bercampur gaul di dalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.
v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.
vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.
vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.
ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.
Sumber: Al-Azim

~ Dalam proses melangkah ke alam baru.. Cuba menjadi yang terbaik.