Thursday, June 28, 2012

CHECK BULANAN KEHAMILAN..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ni saya diberi kesempatan untuk berkunjung lagi di Klinik Desa Hulu Kelang untuk melakukan rutin buat kali ke 3. Hari ni hubby hantar awal sikit sebab dia ada cabut undi. Temu janji saya patutnya pukul 9 pagi.

Bila di klinik kerajaan, apa yang paling bosan adalah waktu menunggu. Lepas saya dah ambil no giliran dan dikepilkan pada buku rekod kesihatan kaler pink tu, saya duduk sebentar sebab bekas urine test tak ada yang kosong. So, saya laksanakan hobi saya dengan membuat latihan minda, Magnificent Word Search v 2. Terisi masa yang ada tu.

Time tu orang memang ramai dan saya tak peduli apa dah. Ramai juga suami2 yang sabar menunggu isteri dan bayi masing2. Dan kebetulan nurse panggil nama baby ni untuk di check, bila buka saje pampers, baby ni terus shoooooott.. Hehehe..Gamat sekejap suasana kat situ.

Sebelum tiba no giliran, nurse tu dah panggil nama saya untuk timbang berat badan dan ambil tekanan darah. Bila timbang tu, ingat ok lah. Tapi nurse bagitau, "Berat kurang. Every month kandungan yang kurang 5bulan kena tambahkan berat dengan 0.5 kg. Lepas ni ambil darah ye."

Saya keliru dengan ayat dia.."Aku kena tambahkan berat ni..Ambil darah sejak preggy ni rasa macam tak sanggup je.." Terus message suami sebab dia tanya dah siap ke belum dan saya pun mention seperti yang nurse maklumkan.....

Saya tengok no giliran tu dah melangkau2 tak ikut susunan dan terus no giliran saya. Tapi sebelum sampai no giliran saya tu, perut dah minta di isi. Mujur bawa bekal roti. So, selamba je saya makan sambil mata tengok tv 3, ulang tayang cerita Marimar.

Bila masuk dalam bilik 1, nurse minta saya baring untuk check perut dan tinggi rahim. Dia pun sapu apa ntah kat perut saya then dengar bunyi.. Terus dia kata "degup jantung bayi"dan tunjukkan bacaan 158. Normal. Alhamdulillah..

Semua ok dan kaki saya pun tak bengkak lagi. Owh, nurse maklumkan sekali lagi, saya kena kurangkan berat badan supaya tak perlu ambil air gula untuk masalah kecing manis atau darah tinggi. Berat saya terlebih setengah kg dari yang sepatutnya. Nurse pun nasihatkkan jangan ambil makanan yang mempunyai karbohidrat terlalu banyak. More to eat veggy n fruits.

"Walaupun ahli keluarga tiada yang menghidap kencing manis tapi kena hati2 bila waktu mengandung ni. Apa pun boleh berlaku. Makan berulang walaupun sikit tak mengapa tapi jangan ambil dalam amount yang banyak." Pesan nurse tu lagi.. Saya lupa nama dia...

Then nurse tu minta saya masuk bilik makmal untuk ambil darah. Seriau rasanya padahal sebelum ni derma darah ok je tapi itulah, sejak saya disahkan hamil, ngeri pula bila kena cucuk..

Tapikan, sekarang saya masih lagi loya tekak, makan tak boleh banyak sebab nanti muntah dan ada juga yang tak habis makan. Kesian nasi tu nangis. Awal2 hamil dulu tak macam tu tau.. Dah bulan ke 4 ni je jadi semacam. Heran kan? Ikut orang kot.. Tapi yang lagi hairan, saya tak boleh pakai cincin dan jam tangan. Jadi gatal tak tentu fasal. Alahan pembawakan bayi dalam perut ni kot.. Sebelum ni dah gatal bawah bibir..

Erm, apa2 pun, saya tetap bersyukur semuanya sihat.. Moga my little caliph stay strong & become a good child to us, Ummi & Abah. Amin.

~ Sekarang ni, saya biasakan diri untuk berpuasa untuk prepare Ramadhan yang akan datang ni dan teruskan amal ibadah yang lain dengan istiqomah. Walaupun saya bukan alim tapi tetap cuba jadi bakal Ummi yang baik. InsyaAllah.

Wednesday, June 27, 2012

ENGLISH - IDIOMS

blow hot and cold (about something) (informal) to change your opinion about something often

a cold fish
a person who seems unfriendly and without strong emotions

get/have cold feet (informal) to suddenly become nervous about doing something that you had planned to do
*He was going to ask her but he got cold feet and said nothing.
 
give someone the cold shoulder (informal) to treat someone in an unfriendly way
 see also cold-shoulder

go hot and cold
to experience a sudden feeling of fear or anxiety
*When the phone rang I just went hot and cold.

in cold blood
acting in a way that is deliberately cruel; with no feeling for someone else's suffering
*to kill someone in cold blood

in the cold light of day
when you have had time to think calmly about something; in the morning when things are clearer
*These things always look different in the cold light of day.

leave someone cold
to fail to affect or interest someone
*Most modern art leaves me cold.

make someone's blood run cold
to make someone very frightened or fill them with horror
*The sound of laughter in the empty house made my blood run cold.

pour/throw cold water on something
to give reasons for not being in favor of something; to criticize something
*She immediately poured cold water on his plans to expand the business.

~ Mommy teach us how to use idioms in writing an essay or speaking.

MUHASABAH



Siapa pun kita, berkongsi ilmu yang baik dengan orang lain sangat dituntut dan digalakkan.Seperti mana sabda Nabi Muhammad: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Tidaklah kita tidak mampu menjawab di akhirat kelak apabila di tanya malaikat tentang tugas kita sebagai hamba.


~ Biasanya apa yang saya kongsikan di sini, memang untuk peringatan buat diri.

Tuesday, June 26, 2012

Pembonceng Motosikal Yang Seksi

Assalamualaikum w.b.t.

Lama juga tak kongsi pemerhatian saya dengan korang semua.. Tapi rasa tak tahan dengan kes semalam lah. Pemandangan biasa bila kita lihat penunggang motosikal membawa pembonceng. Tapi luar biasa bila si pembonceng tu berpakaian yang ntah pape. Terutamanya pembonceng perempuan.

Sebelum tu, saya tak de niat nak kutuk mana2 pihak atau tujukan pada sesiapa. Sekadar berkongsi pandangan sahaja. Saya juga bukan insan sempurna. Banyak cacat celanya..

Otw nak ke tempat kerja tu, saya dok perhati setiap makhluk Allah di atas jalan raya. Macam2 hal kaedahnya. Namun, ntah mata saya ni terperasan dengan kelibat penunggang motosikal berserta si pembonceng. Mak aih...seksinya makcik tu.. Saya tak nampak muka tapi kelibat belakang badannya sahaja. Tu yang agak makcik kot.

Pakai kain belah naik motor skuter.. Aiseh..Cam ne tu.. Habis terangkat.. Mujur di cover dengan badan  suaminya. Saya tengok pun malu..Istighfar je dalam hati..

Actually, sejak dari kecil ustazah, ustaz or cikgu2 pernah pesan, bila naik motor atau basikal tu cuba pakai pakaian yang elok iaitu memakai seluar panjang di dalamnya jika memakai baju kurung atau jubah. Tak delah terdedah sana sini.

Saya tau, anda semua memiliki anugerah yang paling indah namun cuba hargai dengan menutupnya sebaik mungkin. Kan lagi manis.. Saya jadi sakit mata bila tengok keadaan macam tu. Tak tahu kenapa..

Kalau nak senang, pakai je seluar so tak adalah nak terselak sana sini.

Imbas kembali, teringat masa form 3 dulu, masa tu saya lepas habis program Kem Arabic di sekolah. Bila dah sampai kedai Tapen tu, saya tunggu Abah ambil dan kebetulan Abah naik motor virago. Dan kebetulan juga, ada abang handsome senior saya di sekolah yang turut serta program tu sedang memerhatikan saya. Jarak antara kami tak jauh pun.

Saya rasa gelabah gak sebab bonceng motor besar dengan Abah, malu kot abang handsome tengok. Tapi bila saya naik je, hehe alhamdulillah everything is cover. Saya pakai seluar dan stokin yer kawan-kawan.. Tidak lah abang pengawas satu kampung dengan saya tu nampak terkejut nanti.

Lega...senyum je saya.. Sebelum naik motor tu, Abah sempat tanya, "Akak pakai seluar panjang tak?".. Saya angguk je..

Moralnya: Dari kecil kena biasakan anak gadis pakai seluar atau kain dalam jika pakai baju kurung atau jubah. Lagi satu cover juga dengan stokin panjang bukan yang kecik2 tu. Senang untuk apa2 hal yang tidak diingini. Tak de lah orang lain tengok free show tiang elektrik bergerak : P

Walaubagaimanapun, sentiasalah berpakaian sopan mengikut syariat. Faham sendiri ye..

Tapi kan, apa pula pandangan korang bila lihat, seorang ibu membonceng motosikal duduk simpuh sambil pegang baby. Bahaya kot!!!!!!! Agak2 lah nak sopan pun... Saya risau & tak boleh lupa pemandangan tu..

Friday, June 22, 2012

Pecah rumah kumpul duit kahwin

NIBONG TEBAL – Siapa sangka usaha keras seorang lelaki bekerja siang malam mengumpul wang untuk ke jinjang pelamin dua minggu lalu rupa-rupanya diperoleh hasil daripada 58 kegiatan pecah rumah sejak dua tahun lalu.

Tembelang pengantin baharu itu pecah setelah suspek bersama seorang lagi rakannya dicekup polis daerah Seberang Perai Selatan (SPS) pada Ahad lalu berikutan kes-kes pecah rumah di daerah ini, Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.

Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Shafien Mamat berkata, kedua-dua sahabat itu ditahan selepas polis menemui bukti mengaitkan pembabitan mereka dalam kes-kes pecah rumah yang dilaporkan sejak awal tahun lalu.

Menurut beliau, suspek pertama berusia 26 tahun yang baru dua minggu berkahwin ditahan di rumahnya di Sungai Duri pukul 5 pagi manakala rakannya berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Parit Kasa pukul 11 malam.

“Jarak antara rumah kedua-dua suspek itu adalah 22 kilometer dan mereka dipercayai sudah bersahabat sejak sekian lama,” kata beliau.

Menurut beliau, suspek pertama itu mengaku dia melakukan kes-kes pecah rumah sejak dua tahun untuk mengumpul wang bagi majlis pernikahannya yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu.

Sumber: Kosmo

*****************

Bila baca je berita ni, saya terus terfikir, adakah hantaran yang diminta oleh pihak perempuan tinggi sampai sanggup dia buat tindakan sebegini? Atau, adakah dia tidak bekerja atau tidak dapat pekerjaan yang sesuai untuk menampung belanja kahwin dia? Aduhai kesian sungguh... Untuk memenuhi kehendak yang suci tapi dilakukan dengan cara yang tidak terpuji.. Moga ini memjadi pengajaran buat bakal pengantin dan familinya.. Siasat latar belakang sebaik mungkin dan jangan diminta hantaran yang bukan-bukan.. Cukuplah menepati syarak..

Thursday, June 7, 2012

30 hours ago, I escaped from being kidnapped

Cerita yang saya kongsikan ini adalah kisah benar yang dialami oleh seorang wanita di The Curve baru-baru ini. Tidak silap saya hari Isnin lepas isu ini turut dibincangkan di Malaysia Hari Ini dan terdapat demo dari Penganalisis Jenayah yang terkenal, Kamal Effendi iaitu bagaimana wanita terutamanya untuk menghadapi situasi diculik ketika berada di kawasan tempat letak kereta.

************
by Chin Xin-Ci on Tuesday, May 29, 2012 at 12:39am ·

As I sit here writing this, I am just so grateful to be alive. To think that 30 hours ago I had a knife to my throat, face to face with the threat of being kidnapped and raped.

 It was a Sunday, at 5.22PM. I was alone, walking towards my boyfriend's car in level B2 of The Curve, Mutiara Damansara. He was not in town, and I was running errands with his car. Just as I was putting my shopping bags in the rear seat, the rear car door was slammed against my back, and a meat cleaver was pressed against my throat. A man covered my mouth with his hand, and whispered not to scream. He then shoved me onto the floor of the backseat of the car and waved the cleaver at me, reminding me not to  scream. He was skinny, wearing a baggy turqoise blue t-shirt, had a thick moustache and short curly hair, approx 5'8", mid-30s, and of Indian descent.

 At this moment, second man appeared. He was also in his mid-30s. He was wearing a red t-shirt, had a crew cut, and was of Malay descent. He grabbed my car keys and demanded for my parking ticket. I couldn't remember where it was. They shoved me deeper into the car, and the Indian man got into the back seat with me, while the Malay man got into the driver's seat, driving us out of the car park. I told them they could take everything, just let me go. But at that point they didn't even ask for money. Instead, the Indian man started to make sexual advances. Then it hit me. "Oh my God. Oh my God. This is really happening. I'm being kidnapped.. and I think I know what they want."

From this moment on, there were a few crucial things that happened that I think is the reason I'm alive today.


1. I managed to get into a position to escape.
 When they got into the car, the Indian man had tried to force my body down onto the floor. I knew that the moment I'm on the floor, there would be no chance of escape. So I begged him to let me sit up. I promised him I wouldn't scream or alert anyone's attention. Thankfully, he trusted me, and let me sit up, gripping my arm tightly. Then I told him my arm really hurt and to please not grip it so hard. He loosened his grip.


2. I did not fight for the sake of fighting.
 I was in an enclosed space, with no clear escape route. I would never win in a fight with these 2 guys, especially when they have sharp weapons. Had I fought from the get go, I may not have been in a position to escape. I might've even been knocked out cold, and God only knows where I would be right now.


3. I was lucky and sneaky.
 I knew that the only way to escape, was to jump out of the car, even if it was moving. They had locked the car doors. So I leaned back, pretended to scratch my hair, and shakily unlocked the door I was leaning against. I'm so lucky they did not see or hear this!


4. I went 'crazy' at the right time.
 And then I waited. I knew that the car would have to slow down outside the parking lot, as it exits to merge with the main roads. The moment it slowed down, I opened the car door and tried to make a run for it. I failed. I kicked my legs out of the car, but the Indian man had managed to pull my body back in. From this moment on, everything is a blur. I remember the Malay driver temporarily stopping the car, leaning over from the driver's seat and attempting to close the door and pull my legs in. At that point I remember thinking, "Even if I don't get out now, I need to keep the door open and my legs out the door. At the very least, it should cause a scene, and someone would see me. Or, the door might hit another car and they'll be forced to slow down." So I continued kicking. My right foot pushed against the wide-open car door to keep it open. I recall elbowing, struggling, kicking, and even biting. I lost my glasses, and was struggling blindly for  my life. At some point the Malay driver yelled, "BAGI DIA LEPAS! BAGI DIA LEPAS!" (Let her go! Let her go!) and the Indian man loosened his grip. I made a jump out of the still-moving car, and ran for my life.


5. I acted in spite of the fear.
 My friends said I was brave. But I didn't feel like it. I was quivering and shaking in fear. I was so afraid. I thought I was going to die. I was weak with fear and deathly afraid. I truly thought "this was it". But I knew I
 HAD to move. I had to run. Or there would be a worse fate in store for me.While I was quaking in fear, I forced myself to look around and see if there was any way I could escape, or even catch someone's eye.


6. I remembered the people I love.
 The only thing that matters when you're faced with potentially horrendous fate, is the people in your life. When I felt the knife to my neck, the first thing I thought was , "This cannot be happening. I must be dreaming." The second? The people that truly matter to me flashed across my mind. It sounds cliche, but it's true. I thought of my parents. My brother. Khailee. Esther. More people. That's all I could think of for a few moments, before I thought, "Shit. I need to get out of here."

I ran towards the Maybank outlet at the Curve. There were plenty of people milling around. I screamed for help over and over again. I was hysterical. I grabbed an older Malay man by his shoulders and begged for help before practically collapsing at his feet. I will always remember the relief and liberation I felt, running over Mutiara Damansara's manicured grass and into the crowd.

Today, I found out that the entire ordeal from the moment I left the parking ticket payment machine, to my escape, happened in about 4 minutes.To me, it felt like one long nightmare.We never think its going to happen to us... and then it does. I used to think that this is something that happens only in the papers and to people far, far removed from me. But then it did happen to me. I moved to PJ/KL 6 years ago, and I've spent countless mornings, afternoons and nights at The Curve. When my friends and I were organizing Rock Up! back in 2008, we were walking around the place at 4AM even. It's been 6 years, and never once did
 I feel that I was unsafe at The Curve.

Until yesterday. I feel like moving out of the country ASAP. Getting the hell out of this state where you hear of a kidnapping or attempted one every month (remember Nayati?), or a snatch theft every week. And yet I'm fully aware of the fact that in another country with more lax firearm laws, they would've been holding a gun to my head, not a cleaver. And that would've been so, so much
 worse. I'm Blessed. By God's grace, I am alive and relatively well. And I will live another day to build another cat iPhone app. It just was not my time to go. And for that, I thank God.

I want to share this story with everyone because cops tell me that they rarely get to hear it from someone who escapes.

Girls, be so very careful. Be vigilant, and please try not to go anywhere alone. If you need to walk to the car park, and you're alone, get a guard to go with you. I was recently told that it's part of their job description to assist anyone if needed.

Guys, watch out for your girlfriends, wives, mothers, sisters and friends. Walk with them, don't take their paranoia or fear lightly. Watch out for them.

And everyone, just watch out for each other. Take care of each other. These things really DO happen. As I ran out of the car, so many people came to help me. Strangers who didn't know who I was, came forward and offered me tissue paper, water, cellphones, and general comfort.

Malaysians, please care for one another. You already do. Just keep on caring. Keep watching out for each other. Don't worry about being thought of as "busy body" or "overreacting". The world can be a cruel place, but all it takes is for people to care for one another to make all the difference.

~ Dan ini merupakan pesan Abah saya, sebab Abah saya yang forword cerita ini.

KAKAK - in no circumstances that you enter a lift or out from lift ALONE - I repeat ALONE / what more walk anywhere ALONE...with Zaidi is a MUST kind of thing. It seems nowadays danger is everywhere.

Monday, June 4, 2012

GERHANA SEPARA BULAN 4 JUN 2012

Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M / 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 18:00
Pertengahan Gerhana : 19:03
Mula Dapat Dilihat : 19:15
Akhir Gerhana : 20:06



Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang penumbra pada jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang penumbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara Melaka). Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap. Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama. Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam 20:06, maka berakhir gerhana separa. Gerhana berakhir sepenuhnya apabila Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik selesai solat maghrib.

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa dikabarkan dari Rasulullah saw., bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Matahari dan Bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solatSahih Muslim [Bahasa Arab saja :1521]

Sumber: Al-Khawarizmi