Wednesday, July 17, 2013

TIPS : Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol

Rasa kecewa bila bayi anda menolak bila diberikan botol? Dah cuba banyak jenama tapi masih tak berjaya?

Jangan risau...anda tidak keseorangan. Berikut teknik-teknik berguna dari ibu berpengalaman yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol.

  • Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada bayi. Selain mengelakkan payudara ibu membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu.
  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".
  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).
  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan botol MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.
  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.
  • Last but not least - NEVER GIVE UP! Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan btol.
SELAMAT MENCUBA!

 Credit to Samantha Cardone & Babyboo mimijumi

12 comments:

Anonymous said...

Lagi 3 hari nak habis cuti. maknanya lagi 3 hari akan start keje semula. tp baby still xnak minum botol. *risau..

Brilliant Marjan said...

cuba ayahnya or orang lain yg bagi botol susu tu..

Anonymous said...

KALAU BABY DA UMUR SETAHUN 2 BULAN, TETIBA TAK NAK BOTOL DA MCM MANA? KESIAN BABY, KAT RUMAH BABYSITTER X MENYUSU LANGSUNG, MUMMY BALIK RUMAH BARU MINUM SUSU DENGAN MUMMY ;(

Brilliant Marjan said...

sama dengan anak saya, tapi anak saya sejak masuk 6/7 bulan dia langsung tak mahu botol dan tak minum stok susu ebm yang saya tinggalkan untuknya..

saya guna kaedah bagi dengan cawan dan sudu atau syringe..tak pun campur dalam makanan dia sama ada bubur atau cerelac..

jika anak tak mahu juga, tak apa, gantikan dengan makanan lain sebab dia dah boleh makan..bila sis balik, terpaksa la susukan anak secara berganda..

>> saya sudah melaluinya, hingga ramai yang kata "kurusnya anak ko"..tapi alhamdulillah dia tetap sihat walaupun beratnya tidak naik banyak..anak saya sekarang berumur 1tahun 5 bulan..cuba bagi susu lain pun dia tetap kurang minum..

kita hanya berusaha yang termampu tapi jangan putus asa

Anonymous said...

Anak sy dah nak msuk setahun tp tak pndai lg isap susu botol. Dh mcm2 sy usahakn. Tukar botol susu, puting n susu pun dia taknak semua. Ad saranan lain x sis? Pasni nak try botol mimijumi plak. Thanks sis for your tips

Unknown said...

Sy pun ade pengalaman yg sama..hehe.ank sulung sejak 6bln xmo botol..byk stok terpkse buang sebab dia xnak langsung even guna cawan or syringe...sedih kan buang stok ebm..huhu...sabar je la.bile tghr lps sek sy akn bergegas utk blik mnyusukn dia..klu ptg kena pg sek smule..hntr smule ke pengasuh...tu je cara nye..susu pun xde la byk sgt sbb brenti mengepam lps die xmo tu..aduhh seksa jgk rs..kesian jgk kat ank..try bg susu formula pun dia reject..hoho..sbr je la..masa umur die setahun mcm tu berat naik xbyk tp die sihat..syukur skrg dh 3 thn...mkn byk berat pun naik byk..hehe..skrg tgh cuti bersalin adik kedua..tgh berusaha buat stok ebm...so far latih bby dr dlm pntang mnum guna botol...dia trime..hopefully dia akn lbh mudah menjalani proses penyusuan ni..hehe..selalu latih bg susu fresh je..ni nk start latih guna ebm juga..tkut die xnak plk..cuti berbaki 20hari...insyaallah doakan yg terbaik utk bby amira yusra:-)

De' Qaseh Suria said...

Fakhriah bole whatsapp saya x..? 0125955375..nak tanya tentang penyusuan..

De' Qaseh Suria said...

Salam fakhriah..bole minta email awak..saya nak tanya pengalaman awak tentang anak pertama awak..saya da buntu..

Anonymous said...

Anak sy dh 10 bulan..sy baru dpt kerja..lg smggu nk report duty..tp dia xnk botol..mkn pon kurang..nk susu badan je..risaw sgt..ramai kata sbb sy dh jaga lama sgt so dia dh biasa..risaw sgt ni..botol sume die reject..menangis kuat2 xnk nyusu..syringe ngan sudu pon sama..susu formula ataw susu badan pon sama..buntuuu

Anonymous said...

Sekarang tu lah masalah saya.... bila amik dia.. beria2 hisap sudu direct..sedih nye tengokk

Anonymous said...

anak saya sekarang 10 bulan..tetap tak nak EBM dalam botol..even dah try botol MIMIJUMI tu..lepas ambil dari pengasuh xsempat balik rumah mengamuk nak susu direct.kesian plak tengok..sekarang pengasuh duk bagi guna sudu je..pengasuh plak request nak guna suplementary nursing system yang medela tu..OK ke?

fiqah said...

Pastu ape jd sis? Kt pengasuh pn xnak botol ke