Monday, December 30, 2013

Memori 2013

Assalamualaikum w.b.t.

[ Suka Ummi tengok Akhtar time ni.. Comel lak si Aqilah bag pakai baju bear kat kepalanya]
Counting days.. Tahun 2013 bakal melabuh tirai. Tahun 2014 bakal menjelma. Sudahkan sahabat memasang niat atau azam baru? Bersediakah sahabat dengan tekanan ekonomi dan kewangan yang makin menyempit?

Dugaan kan?? Huuh.. (segala bantuan pun tak mampu nak ubah melainkan kekuasaan dari Allah).

Sorry merepik jap..

Untuk diri saya, memang suami yang tanggung semua dan saya hanya bantu serba sedikit namun memang terkesan dengan apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tambah, bilangan ahli akan bertambah tidak lama lagi.. Cabaran tu..

Namun saya bukan berceloteh tentang perkara itu untuk saat ini, itu hanya bingkisan ringkas bebenan yang saya dan keluarga rasa. Senang kata rakyat biasa rasa.

Sebenarnya, saya ingin mengembalikan memori yang masih segar dalam fikiran saya pada tahun 2013 ini.

Alhamdulillah tahun ini kami bertiga menempuh kehidupan bersama. Semuanya serba baru bagi kami yang baru menimang cahaya mata. Saya dapat melihat berkembangan anak membesar depan mata dengan niat untuk menyusukannya selama 2 tahun. Syukur pada Allah s.w.t. Rutin harian berubah daripada berdua kepada bertiga. Difikiran pasti terkenang dan teringat secomel yang soleh Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi.

Segalanya sangat manis dan mencabar. Tapi terdapat juga dugaan yang hebat telah berlaku dalam keluarga kami. Alhamdulillah, saya memiliki seorang suami yang melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri. Walau banyak kesilapan telah saya lakukan, namun suami sedia membimbing diriku kembali. Kalau orang lain, lama dah kena tinggal atau biarkan isterinya hanyut walaupun isterinya kelihatan baik. Uishh.. jangan kata wanita baik sempurna dah cukup sempurna mengendalikan rumah tangga dan suami serta anak. Ada kekurangan saya ni tapi saya cuba buat yang terbaik dan cuba mengambil hati suami saya semula. Baru kahwin kan....

Tapi betulah, anak ni menjadi pengikat kasih sayang hubungan suami isteri. Dulu berdua tak rasa sangat feelingnya. Masing-masing masih cari rentak yang sesuai tambahan suami saya baru nak baik dari sakitnya akibat kemalangan. Kami pun kiranya bercinta lepas nikah. Serius tau!!

Dengan adanya anak yang supper cute serta ada lesung pipit tu, saya belajar menjadi seorang Ummi yang supper dupper sabar. Saya seorang yang sangat kasar, panas baran ikut pada perkara yang berlaku dan adakalanya terlebih emosional. Hingga bila saya mula marah pada anak, suami ada tegur,

"Eh, Ayah tak pernah tengok Ummi awak macam ni.. Selalu Ummi awak banyak bersabar dan nasihatkan Ayah"

"Dinda, sabar dinda.. Dinda kan Ummi penyayang"

Terdiam jap bila suami cakap macam tu.. Saya dah jarang marah sejak ada anak ni. Wah, karekter berubah. Tapi tegas tu ada. Anak sulung yang ramai adik lelaki ni masih gak ada tabiat lama tu cuma terendam je dalam kanvas. Kalau dijolok tebuan atau angin sesat mana ntah, baru timbul balik.. Haila.. Macam-macamlah..

Yes, saya bersyukur sangat dengan apa yang saya lalui walaupun masih mengimpikan untuk bertukar tempat kerja sesuai dengan kelayakan yang saya perolehi. Gaji tinggi tu bukan impian sangat tapi tetap nak saya miliki untuk settlekan hutang yang banyak tu.. Nak juga saya memberikan khidmat terbaik sebagai anak dengan pendidikan yang saya miliki. Nak bagi Ummi Abah saya merasai gaji orang berijazah. Lain tu..

Sebelum terlupa, ada sesuatu telah berlaku pada saya dan anak kami. Cerita mengikut tarikh..

13/09/2013 (Jumaat)

Setelah selesai urusan kerja, suami membawa saya pergi ke klinik pada petang tersebut. Hari sebelumnya, saya melakukan ujian dan didapati samar. Berdebar saya sebab tak jangka. Masin mulut suami nak anak lagi. Setelah cerita apa yang patut pada doktor, ntah macam mana doktor cadangkan saya buang kandungan tersebut dengan alasan masih baru dan membahayakan saya. Walhal dia tidak buat ujian secara menyeluruh.

16/09/2013 (Isnin)

Cuti Malaysia kami ambil kesempatan pergi ke klinik lain sekali lagi. Sebelum itu, puas saya menangis sedih kerana tidak sanggup membuang kandungan yang diberi Allah. Solution lain kami cari dan alhamdulillah masih ada sinarnya buat kami suami isteri. Rahim saya sehat dan tiada masalah akibat pembedahan Cesarean lalu. Doktor pesan jaga kandungan sebaiknya. Allah dah beri.. Positif sangat2.. Senyum kami suami isteri. 6minggu.. Akhtar bakal dapat adik.

09/11/2013 (Sabtu)
Awal pagi di kampung tempat saya membesar, Akhtar tiba2 muntah. Suami tiada di sisi kerana mempunyai urusan kerja di bandar. Suami saya hanya menghantar saya bagi menemani adik saya sahaja. Muntah Akhar berterusan sehingga ke siang. Saya bertenang namun tetap takut dan risau sebab hal sebeini pernah terjadi pada anak kami. Habis susu dimuntahkannya. Mujur ada adik ipar. Dengan bantuannya, Akhtar dibawa ke klinik.

Doktor mengatakan punca Akhtar muntah sebab tak boleh buang air. Saya pun berasa sedikit lega. Di fikiran saya, sebelum sampai di kampung, perjalanan mmemang sesak, lambat makan dan penat. Akhtar pun tak buang sejak Khamis. Moga tiada apa menimpanya lagi.

Ummi Abah saya dan ahli yang lain berada di Pahang ketika itu. Petang tu juga setelah selesai kerja, suami tiba di kampung.

Akhtar mula membuang dan kembali ceria. Namun seketika. Akhtar muntah lagi.. Saya dan suami bergilir menjaganya sehingga kami berdua tidur di ruang tamu. Tidur pun tidur2 ayam sahaja.

10/11/2013 (Ahad)

Awal pagi 5.30, Akhtar mula berhenti muntah. Saya memang tak cukup rehat. Namun redha demi anak. Segalanya kembali pulih. Namun setibanya Umi Abah dan adik2 yang lain dari Pahang, saya pula muntah tak henti2.

5x saya buang segala isi perut. Setiba di rumah kami, saya lesu dan tidur. Suami urus apa yang patut.

11/11/2013 (Isnin)

Awal pagi bangun seperti biasa namun saya kerap membuang air di tandas. Rasa memulas perut ni. Otw, menghantar Akhtar seperti biasa sebelum ke tempat kerja, saya terasa sesuatu. Diikuti sakit perut disebelah kanan.

Ketika di rumah M.I.L, sempat saya maklumkan pada suami. Suami suruh cek. Allah.. Berdebar saya bila melihat darah..Menggigil sebab itu pertama kali terjadi dalam hidup saya.. Terdengar suami menjerit kepada emak..

Suami kelihatan kusut setelah mendapat cerita tadi.. Kami segera pergi ke klinik. Mujur tidak berdarah lagi. Tapi habis mood suami saya terbang. Semua orang dimarahnya.. Saya serba salah dan sedih. Lepas satu, satu..

Terdengar perbualan suami kepada pekerja kami,

"Sorry la, Isteri saya hampir nak gugur.. Saya runsing tadi"

Saya diberi cuti selama seminggu dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Rahim lemah namun baby dalam kandungan sihat cergas bergerak.

Tetapi saya tetap buat rutin seperti biasa hatta menjaga Akhtar.. Cuma berhati-hati. Saya makan ubat doktor beri.

Minggu tersebut memang sangat mencabar terutamanya buat suami tercinta. Kasihan melihat dirinya lantaran saya dan anak sakit. Suami mengakui yang dirinya bagai terduduk bila saya dan anak sakit tambahan kerja-kerja yang memerlukan pemantauan darinya makin bertambah.

Akhtar demam teruk menjelang hari lahirnya setelah cirit-birit dan muntah2. Semua dia tak mahu makan kecuali susu saya. Berdukung sepanjang masa. 2 klinik dan 1 hospital kami kunjungi. Syukur tiada penyakit yang merbahaya.

Itulah memori saya sepanjang tahun ini..Bakal menyambut kehadiran insan baru tidak lama lagi.. 21 minggu lebih kurang usia kandungan saya. Moga Allah memudahkan urusan saya sekeluarga. Amin.

1 comment:

merahitujambu said...

comelnyaa anak2 awak dear..cium sikit