Wednesday, March 27, 2013

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut...

Saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya...


JOM ZIKIR

Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Lailahaillah 33x
Allahu Akbar


JOM DOA & AMALKAN


Wednesday, March 13, 2013

13.03.13


Sana Helwa, Ya Gameel
Sana Helwa, Ya Gameel
Sana Helwa, Ya Habibati,
Sana Helwa, Ya Gameel..

SUN LIKES THE SUNDAY,
MOON LIKES THE MONDAY,
BUT I LIKES ONEDAY,
THATS YOUR BIRTHDAY.

Happy Birthday to you,
you live in a zoo,
you smell like a monkey,
and you look like one too.

“Happy Birthday to you”







[ Bila la my son boleh wish gini..tak sabar tgu..yes i'm 28 years now]

Syukur.. Umurku bertambah dengan izinNYA.. Maksud, aku masih hidup dengan oksigen yang diberiNYA untuk melihat karenah duniawi..

Syukur.. Umurku bertambah bersama tambahnya insan yang menyanyangiku..

Syukur.. Umurku bertambah dengan hadirnya insan tersayang dalam hidupku iaitu Suamiku, Mohd Zaidi Bin Zanuddin dan si Comel Muhammad Akhtar Khawarizmi..

Syukur.. Umurku bertambah dengan bertambahnya tanggungjawab yang harus dipikul..

Syukur.. kerana tarikh hari ini cantik padaku..hikhikhik ^_^

" Umur hanya pada angka, tapi pengalaman dan proses kematangan yang dilalui itulah warna kehidupanku."

~ p/s: Terima kasih buat keluarga tercinta; suami, Umi, Abah & adik2, teman rapat, teman facebook dll yang memberi ucapan buat diriku ini. Moga kalian dalam rahmat Allah s.w.t.. Sayang kamuuuuu.. <3

Wednesday, March 6, 2013

Fatih Seferagic - Surah Maryam



Jom kenali Fatih Seferagic ..

Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!!!

Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah..
Masyaallah..Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu!!
SUBHANALLAH...