Sunday, October 11, 2009

~@ Siapalah Hamba Mu Ini @~




Tika Dikau memilih para anbia

Siapakah yang layak

Buat menjadi kekasih Mu

Sabda Muhammad :

"Siapalah hamba Mu ini?

Hanya yatim piatu tak punya apa"

Lalu Kau angkat Muhammad

menjadi kekasihMu yang agung


Tika Dikau bertanya si penghuni samudera

Siapakah yang pantas

Buat menelani Yunus Mu

Keluh Nun :

"Siapalah hamba Mu ini?

Cuma si kecil cuba berenang

disamping si perkasa

Manakan bisa menyainginya"

Lalu bermuhasabahlah Yunus di dalam perut Nun


Tika Dikau menduga si paksi bumi

Siapakah tepat

Buat menjadi pelabuhan buat bahtera Nuh Mu

Bisik Judi :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Cuma si kecil dihimpit

gunung yang gagah

Manakan bisa menandinginya"

Lalu berlabuhlah bahtera Nuh di pergigian Judi


Kini ku bertanya :

"Siapalah hamba Mu ini?"

Bukan si kecil Nun atau Judi

Jauh sekali Habibullah Mu

Yang Kau angkat mertabatnya

Kerana rendah dirinya mereka

Dalam mencari keredhaan Mu


Dan aku masih mencari...

Siapalah hamba Mu ini

Tiada istimewa cukup cuma

Mencari keredhaan mu

Dalam mencari tempat di dalam firdausi Mu


By: Ati


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Erm….keluh, resah, gelisah….
Di mana halatuju ku….
Aku bingung dengan apa yang telah aku lakukan…
Siapalah aku ini, Ya Allah??
Layakkah aku menerima keampunan Mu??
Setelah aku menjauhkan diriku dari Mu
Aku biarkan nafsu menguasai diriku….
Aku biarkan diri ini tertipu dengan dunia…
Padahal ia sementara cuma…
Ya Allah….
Betapa hinanya diriku ini….
Tapi…
Hanya Engkau yang layak mengukur ku…
Dari pandangan Mu….
Ampunkan dosa hamba Mu ini…
Sedarkanlah aku…
Ingatkanlah aku…
Aku takut…aku takut….
Ampunkanlah dosa ku ini, YA ALLAH...
By: Marjan (My Self)

1 comment:

wh0se said...

kita sebgai hambanya perlu sentiasa merendah diri walaupn dirasakan diri hebat berbandg manusia yang lain kerana disisi Allah tiada yang lebih hebat selain orang yang penuh amalannya...