Wednesday, October 31, 2012

KENALKAN SOLID FOOD UNTUK BAYI ANDA

RESEPI UMUR 6 BULAN

Guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: Air kanji nasi. Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby.
Hari 4-7 : Bubur nasi
Hari 8-11 : Bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : Bnasi + carrot
Hari 16-19: Bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: Bubur nasi + bilis
Hari 24-27: Bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: Bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. 
Sumber: Facebook Ibu2 Comel Mengandung 

~ Ada yang mula ngan buah dulu tapi apa2 pun terpulang. Ummi saya dulu lenyek nasi campur sayur guna penafis je.. Saya yang makan lebih banyak dari adik kecik saya..

Monday, October 29, 2012

KISAH PENGORBANAN : ABANG BUAT ADIK

[ Comel giler wall ni.. ]

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas.....
Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku..

Sumber: Facebook

Tuesday, October 23, 2012

Sunnah Meminta Pendapat Anak

COPY PASTE DARI USTAZ HASRIZAL

Buka minda dan pemikiran untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman Ustaz Hasrizal sendiri. Ini juga yang berlaku dalam keluarga saya. Maksudnya Ummi & Abah juga meminta pendapat anak-anak untuk sebarang tindakan.


“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta.
“Tanyalah” jawab Saiful Islam.
“Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal.
“Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan.
Lama beliau berfikir.
Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya.
“Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya.
“Kenapa agaknya Yop kata Abi sabar?” saya menyoal lagi.
“Bukan senang jadi bapa. Anak-anak buat perangai macam-macam. Tapi Abi sabar” terang beliau.
“Sesekali Abi marah juga. Yop pun pernah kena rotan juga, kan?” saya mahukan kepastian.
“Sesekali tak apalah. Biasalah tu” jawabnya.
Jawapan yang Saiful Islam berikan itu mencetuskan rasa lega sedikit buat diri saya. Sekurang-kurangnya dia faham mujahadah yang saya alami setiap hari untuk berusaha menjadi bapa yang baik. Adakalanya, kita seperti itik yang berenang. Nampak tenang dan damai di permukaan air, sedangkan kaki terkapai-kapai berkayuh di balik pandangan.
“Apa tentang Abi yang paling Yop tak suka?” saya bertanya soalan bahagian kedua.
“Hmm… hmm… hmm…” beliau mengusap-ngusap dagunya gaya berfikir.
“Apabila Abi tanya, maknanya Abi nak dengar jawapan Yop. Abi tak kisah dan tak marah apa-apa pun jawapan yang Yop bagi” saya cuba meyakinkannya.
“Sibuk!” jawab beliau. Sepatah.
Kereta petang itu meluncur di lebuhraya. Saya hening dalam menyambut jawab balas si anak.
“Rasa-rasanya Yop tahu tak kenapa Abi sibuk?” saya bertanya lagi.
“Tahu. Sebab Abi ustaz. Abi kena berdakwah” jawab beliau lagi.
“Selain kena berdakwah, Abi juga kena kerja cari pendapatan. Keperluan kita pun macam-macam, kan?” saya menambah.
“Memanglah. Sekarang ni semua benda mahal. Nak pakai duit” ujar beliau.
Kami hanya berdua di dalam kereta. Naurah tidak bersekolah hari itu. Jika tidak, saya juga mahukan maklum balas si anak dara yang seorang itu.
“Banyaknya Abi tanya. Penat Yop nak fikir jawapan!” kata Saiful Islam.
Memang penat. Mungkin lebih penat daripada saya. Kelasnya bermula jam 8, berakhir jam 5. Sudah seperti orang bekerja pejabat.
“Ok, soalan terakhir. Abi nak kurangkan ceramah dan kerja, Abi cuba. Tetapi apa penyelesaian yang Yop boleh fikirkan?” saya meminta pendapatnya.
“Hmm… bagi Yop ikut Abi pergi mana-mana ceramah yang Abi rasa Yop boleh ikut” cadangnya.
“Ok! Insha Allah! Tapi jangan tertidur pula! Ceramah Abi kadang-kadang membosankan” saya bergurau sambil menyetujui cadangan.
“Yop suka dengar ceramah Abi. Tapi kadang-kadang Yop dah dengar ceramah tu. Yop pun tak tahu kenapa Yop ketawa” tambah beliau.
Tol sudah dibayar, kereta kami sudah masuk ke Bandar Seri Putra. Saya berpuas hati dengan perbualan kami petang itu. Perbualan yang mengingatkan saya kepada sunnah yang diajar oleh Ibrahim ‘alayhi al-Salaam dalam komunikasi baginda bersama anaknya Ismail ’alayhi al-Salaam:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [Al-Saffat 37: 102]
Biar pun perintah menyembelih itu adalah perintah Allah yang pasti ditunai, Ibrahim melakukan sesuatu yang masih penting dalam mendidik Ismail secara efektif.
Ibrahim meminta pendapat anaknya.
Tidak mudah untuk sunnah yang satu ini dilaksanakan.
Tidak biasa.
Tidak punya masa.
Namun ia perlu.
Dan apabila ia diwartakan sebagai keperluan, mahu tidak mahu, kita tiada pilihan beralasan melainkan terus berusaha agar ia dapat dilaksanakan. Tidak biasa kena dibiasakan. Tiada masa, perlu dicari masa.
Demi anak-anak kesayangan.
Demi Tuhan!
TUJUH BUAH FIKIRAN:
  1. Faktor kualiti masa jauh lebih penting berbanding kuantiti masa
  2. Kualiti masa boleh dihasilkan dengan meningkatkan kualiti komunikasi
  3. Meminta pendapat anak berkenaan kualiti kita sebagai ibu bapa adalah sunnah dan salah satu bentuk komunikasi berkualiti
  4. Untuk menjayakannya, langkah pertama adalah pada membina kepercayaan antara kita dengan anak-anak bahawa kita ikhlas bertanya dan tidak meletakkan syarat pada jawapan
  5. Pertanyaan hendaklah diungkai kepada pertanyaan-pertanyaan yang kecil, satu persatu dan tidak bersifat konsepsual yang sukar anak fahami
  6. Berikan peluang untuk anak memikirkan solusi
  7. Ucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada kesudian anak bekerjasama memberikan maklum balas tersebut

Thursday, October 18, 2012

AYAT-AYAT AMALAN UNTUK MENCUKUPKAN SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni kesedaran ibu-ibu moden untuk memberikan sepenuhnya susu badan kepada bayi yang dikasihi sangat tinggi. Jika boleh apa yang disarankan agama iaitu genap dua tahun bayi diberi susu ibu bukan susu lembu atau sebagainya seboleh mungkin cuba diamalkan.

Umum mengetahui susu ibu banyak khasiatnya untuk keperluan bayi terutamanya 6 bulan pertama. Amat bahagia di hati si ibu jika keperluan si kecil dapat dipenuhi. Terasa bangga kan? Sebab itu ramai yang sanggup berusaha macam-macam termasuk ikut petua yang disarankan atau buat stock susu untuk si manja.

Jom, saya nak share ayat-ayat pengasih oopppss bukan ye..ayat-ayat Al-Quran untuk cuba kita amalkan.. Segalanya perlu ada usaha supaya apa yang kita niatkan dapat dimakbulkan Allah. Saya pun bercita-cita nak genapkan 2 tahun untuk keperluan bakal anak yang dilahirkan nanti..InsyaAllah..

1. Bacalah doa, "Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan mudahkanlah perjalananku untuk menyusukan bayiku agar menuruti segala syariat yang telah Engkau syariatkan... Amin".

2. Baca Selawat dan Bismillah sebelum mengepam.

3. Mengamalkan bacaan surah Al-Hijr, ayat 22-23 yang bermaksud,

" Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya."

4. Mengamalkan ayat surah Saad, ayat 54 yang bermaksud,

"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis"

5. Membaca surah Al-Hujurat & surah Al-Khauthar sebagai amalan harian dalam tempoh menyusukan bayi anda.

Semoga segalanya menjadi mudah.. InsyaAllah

Tuesday, October 16, 2012

PANDUAN UNTUK IBU BAPA MENANGANI ANAK-ANAK

Assalamualaikum w.b.t.



Meh saya nak share cara nak didik anak-anak. Ni pun kira maklumat untuk diri saya juga yang bakal mendapat anak tidak lama lagi..

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak perna
h lagi melihat dunia... mengapak
ah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.
Sumber: Dari Facebook -  Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
~ Saya tetap kagum dan sangat bertuah menjadi anak kepada Hajah Noraini Binti Husain & Haji Mesari Bin Jasman sebab saya terasa dekat dan rapat dengan Ummi & Abah saya walaupun dah berkahwin. Cara Abah yang garang ketika mudanya tapi bila dah berusia, Abah sangat sporting join kami bercerita. Begitu juga Ummi yang sangat tenang, sabar & pendengar yang terbaik buat anak2. Kami boleh jadi geng gosip yang sangat mantop! Adik beradik boleh kumpul share macam-macam cerita dengan Ummi & Abah. Macam usrah gitu. Aku nak jadi macam Ummi aku yang sangat 'happening' tu.. Tanpa Ummi & Abah, aku tak ada kat dunia ni..

Saturday, October 13, 2012

HIKMAH MEMBACA

[ Sumber: Doodle dakwah]

Bagi umat Islam membaca yang paling utama adalah membaca qalam Allah yaitu Alquran, setelahnya tentu membaca semua yang dapat dijangkau oleh kita sebagai manusia. Untuk menyebut berbagai keutamaan membaca Alquran diantaranya adalah bahwa dengan membaca Alquraan akan memberi banyak hikmah (QS. Az-Zukruf: 4), sebagai pelajaran, penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk-petunjuk serta rahmat bagi orang-orang beriman (QS. Yunus: 57), petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman (QS. Fushsilat: 44).

Membaca Alquran tentu merupakan amalan yang sangat mulia dan akan mendapatkan pahala, juga kepada yang mendengarkannya, “Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (QS. Al- ‘Araaf: 204). Bertambah iman dan bertawakal kepada Allah (QS. Al Anfaal: 2).

Secara ilmiah Dr. Al Qadhi melakukan penelitian di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, Ia ber

hasil membuktikan bahwa dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Al quran, seseorang muslim, baik mereka yang berbahasa Arab maupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologis. Penurunan depresi, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, menangkal berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang menjadi objek penelitian Dr. Al Qadhi.

Laporan hasil penelitian yang disampaikan dalam Konfrensi Kedokteran Islam Amerika Utara pada tahun 1984 menyebutkan bahwa Alquran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sampai 97 persen bagi mereka yang mendengarkannya. Kesimpulan hasil penelitian ini diperkuat oleh Muhammad Salim yang dipublikasikan Universitas Boston.

Alquran juga memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi, seperti yang diungkapkan oleh Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Konseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut penelitian yang dilakukannya ini, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Alquran dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Begitu juga dengan bagaimana kita membaca semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat akan menjadi pintu dan jendela bagi terbukanya wawasan, pemahaman dan ilmu pengetahuan. Membaca semacam ini akan memberi kecerdasan dan kearifan, kebijakan dan kebajikan. Ia senantiasa memberi manfaat yang positif bagi siapa saja yang melakukannya.

Friday, October 5, 2012

Romney Menang Debat Dengan Obama


DENVER, Colorado (AS) – Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Mitt Romney tampil dengan gaya yang meyakinkan semasa berdebat dengan Barack Obama di Universiti Denver di sini kelmarin.

Menurut laporan agensi berita AFP, Obama yang juga Presiden AS kadangkala kelihatan gementar dan tidak bersedia untuk berdebat dengan Romney.

Debat pusingan pertama itu diadakan selama 90 minit menjelang pilihan raya presiden AS yang dijadualkan berlangsung pada 6 November depan.

“Romney menang. Kejutan terbesar ialah kemenangannya amat jelas,” kata seorang profesor sains politik di Universiti Negeri Youngstown, Paul Scracic.

Menurut agensi berita Reuters, tinjauan pendapat saluran televisyen CNN mendapati kira-kira 67 peratus orang memilih Romney sebagai pemenang.

Pengarah Pusat Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall, G. Terry Madonna turut menyatakan Romney menjadi pemenang.

“Saya tidak berpendapat terdapat sebarang keraguan bahawa Romney menang,” katanya yang memantau pilihan raya presiden AS sejak 1960.

Obama, 51, bertanding buat kali kedua bagi mempertahankan jawatannya.

Romney, 65, yang merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan menyelar Obama berhubung isu defisit AS, kadar pengangguran, pengurangan beberapa cukai, dasar ekonomi dan kesihatan.
“Jika presiden dipilih semula (Obama), anda akan menyaksikan golongan pertengahan tertekan,” kata Romney.

Obama menyerang balas dengan mendakwa Romney tidak mempunyai sebarang rancangan terperinci untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Anda tahu, empat tahun lalu, saya menyatakan bahawa saya bukannya seorang lelaki yang sempurna dan saya tidak akan menjadi presiden yang sempurna. Ia mungkin janji yang difikirkan Romney akan saya teruskan,” kata Obama daripada parti Demokrat.

Pusingan kedua dan ketiga debat calon presiden itu akan diadakan pada 16 dan 22 Oktober depan.

Sumber: Mynewshub.com

~ Pemimpin kita ada berani ke debat secara begini? Biar rakyat tengok kebenarannya..

Thursday, October 4, 2012

BERLATIH UNTUK TENANG - 31 Minggu 2 Hari

Assalamualaikum w.b.t.
[Damai je rasa..]



Syukur dengan nikmat yang Allah beri. Saya baru je sudah makan Nasi Ayam Garing yang dibeli suami. Kesian baby Ummi ye. Lambat kita makan tadi. Hari ni sibuk sangat dengan kerja melengkapkan profail syarikat, lesen yang hidup dan sebagainya untuk dihantar kejabatan hari ni juga.

Sampaikan, Pak Hasan tegur saya, "Ada.. bulan berapa dah? Tak cekak (loghat kelantan - betul ke eja cam tu?) je tengok"

"Nak masuk 8 bulan dah" balas saya..

 Terasa gementar bila masuk trimester terakhir ni. Saya perlu banyak berhati-hati terutamanya turun dan naik tangga. Kurang 20 anak tangga ok! Tinggi! Waktu ke bilik air pun begitu terutamanya waktu Maghrib jika saya balik lewat dari ofis.

Lagi perlu berhati-hati jika saya seorang diri di ofis. Suami pun dah pesan awal-awal, apa-apa beritahu dan kunci pintu.

Semalam pergi buat check up seperti biasa. Selang 2 minggu saya dah kena ikut jadual yang diberi nurse. Alhamdulillah tiada masalah. Cuma saya belum lagi baik batuk dan selsema. Minggu ni pula saya kerap muntah dan loya..

Hebat ujian Allah beri. Memang insaf sangat-sangat apatah lagi bila teringat Ummi saya ketika mengandungkan saya 27 tahun lalu. Tak henti2 saya berfikir dan merenung segala salah silap saya..

Namun dalam hati, saya selalu berdoa agar Allah ampunkan dosa saya, suami, Ummi, Abah, Mak dan Abah. Selain itu, saya nak sangat hadiahkan cucu untuk Ummi dan Abah saya. Agar mereka dapat ceria kembali dari mengingati cucu sulong, anak adik saya yang meninggal 2tahun lalu. Moga kami, 4 ibu mengandung (saya, adik & 2 adik ipar) dapat melahirkan anak yang sihat, sempurna dan soleh solehah. Amin.

Sekarang ni saya cuba mengawal dan belajar untuk tenangkan diri dalam segala kemungkinan yang berlaku. Walaupun kadang tak tahan terutamanya bila nak berbaring untuk tidur atau qada hajat. Azab hanya Allah yang tahu.. Selain itu bila kaki kiri kerap kejang ketika bangun tidur. Saya mesti jerit panggil suami jika tak tahan sakit!

Bila anak Ummi yang soleh ni mengeras sewaktu berjalan, Allah je yang tahu apa yang saya rasa.. Sakit! Kadang tak tahu cam ne rupa saya.. Jalan pun slow je.. Kadang banyak berhenti dari berjalan.. Sabar je orang yang berada di sekeliling saya terutamanya suami saya.

Tapi kan, walaupun dah agak sarat begini, hobi saya membasuh kain, mengemas, memasak dan membaca, tetap saya buat. Tapi yang paling saya gila, membaca! Setiap hari, ada je buku baru yang saya beli. Masalahnya kat ofis pun saya sempat juga membaca.. ~_~

Oklah..tak tahu nak share apa lagi.. Ada kerja ni..tata

Monday, October 1, 2012

Shila Amzah - Set Fire To The Rain - 茜拉 声动亚洲 Asian Wave 20120912



~ Kalau mood saya nak bersantai, rajin juga saya dengar lagu. Kadang layan juga youtube Shila. Anyway, Tahniah Shila!!!!!!