Thursday, May 27, 2010

MENCARI SYURGA DALAM SENANG?

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala diri ini menaip, terdengar kicauan burung yang riuh mencari rezeki. Apakah kita sama seperti burung-burung itu? Mencari rezeki di awal pagi dan pulang menjelang malam.. Adakah kita begitu? Mungkin ada dan mungkin tiada apatah lagi pagi-pagi begini cukup enak dapat beradu kembali.. Malu sungguh.. Lagi malu bila ada yang berangan untuk mengharapkan tuah tanpa berusaha. Ibarat angan-angan Mat Jenin sahaja.. ":Apa yang kita usahakan, kita akan dapat balik hasilnya" - Jangan lupa ayat keramat ini..

Berbalik kepada tajuk entri, apa yang saya nyatakan di atas tiada beza dengan kisah yang saya ingin paparkan di sini.. Moga ada iktibarnya untuk diri saya dan pengunjung blog Marjan Ibtisam

Diceritakan pada suatu malam, seorang raja bernama Ibrahim Adham, sedang rehat  dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya, sementara menunggu melelapkan mata. Tiba-tiba dia terdengar bunyi menunjukkan sesuatu sedang bergerak-gerak di atas siling istananya. Makin lama, makin jelas.

"Siapa di atas tu" bentak Ibrahim Adham.

"Saya, pengembala kambing," sahut satu suara dari atas menejwab dengan jelas.

"Apa yang kau buat di atas atap istanaku?" tanya raja lagi.

"Aku mencari kambingku yang hilang," jawab suara itu.

"Cis, pelik sungguh! Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yang hilang di atas atap istanaku?"

Dengan tegas suara itu menjawab, "Begitulah wahai Ibrahim... Adakah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu? Itu sama sahaja dengan mencari kambing yang hilang di atas atap!"

Selepas insiden itu Raja Ibrahim Adham tersedar daripada kelalaiannya. Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja, tanpa memikirkan kesusahan rakyat.

Tidak lama selepas itu, baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepad orang kepercayaannya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi. Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri, darjat ketaqwaan semakin meningkat, hingga tekenallah baginda sebagai seorang waliullah yang tersohor.

Moral cerita:

Tidak ada jalam mudah untuk mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya, syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan manakala neraka sentiasa dipagari oleh kesusahan. Justeru, hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.

Wednesday, May 26, 2010

MEAL BEFORE BED~MOTIVATION

Confidence, Trust and Hope

CONFIDENCE
Once, all village people decided to pray for rain. On the day of prayer,
all the people gathered but only one boy came with an umbrella; that's
Confidence.

TRUST
Trust should be like the feeling of a one-year-old baby. When you throw him
in the air, he laughs... because he knows you will catch him; that's Trust.

HOPE
Every night we go to bed, we have no assurance to get up alive in the next
morning but still we make plans for the coming day; that's Hope.

ALWAYS MAINTAIN YOUR CONFIDENCE
HAVE SOME TRUST IN OTHERS
and NEVER LOSE HOPE!

Never regret a day in your life.
Good days give you happiness;
Bad days give you experiences;
Both are essential to life

~ Time to refresh my self...zzzzz

Monday, May 24, 2010

INSAN TERPILIH YANG DIDOAKAN OLEH MALAIKAT

Assalamualaikum w.b.t



Saudaraku sekalian, inilah insan terpilih yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)


3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan”
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra’ bin ‘Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf”
(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)


6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)


7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., Shahih Muslim no. 2733)


9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur”
(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh”
(Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, “Sanadnya shahih”)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

* Sumber: iLuvislam.com

~Tidurku kurang lena..asyik risaukan assignment and proposal thesis..mujur dah siap tapi kena present pula...

Sunday, May 23, 2010

ALONE~ Akukah itu?

Assalamualaikum w.b.t

Hidup sendirian? Mampukah?

Dalam diam, kita menyendiri sambil melihat langit yang membiru, bergerombolan awan-awan putih yang menghiasi alam bergerak perlahan-lahan menuju ke satu destinasi.

Ketika itu, mesti kita cuba merenung diri kita sendiri bukan. Bertanya kepada diri sendiri apa yang telah kita lakukan. Samada baik atau sebaliknya.

Ingatlah wahai teman, bahawa sesungguhnya kita bukan bersendirian di muka bumi ini. Ada yang menemani anda dikala anda suka dan duka. Dia sangat menyayangi kita walaupun diri anda dibenci orang.

Dia selalu menegur kita, memberi kita petunjuk dengan kata-kata yang indah dari Al-Quran. Hati yang keras pun akan menjadi lembut pabila diberikan bacaan yang indah.

Bersedih kerana berseorangan itu adalah normal bagi setiap manusia kerana manusia sendiri memerlukan teman. Tetapi ingatlah bahawa Allah itu sentiasa dekat dengan anda, lebih dekat dari segala-galanya. Perhatikan betul-betul alam ini dan anda pasti kembali tersedar, bahawa penolong anda ialah Allah, dan segala-galanya yang anda ingatkan ialah Allah swt. Tuhan yang Maha Agung. Kembalilah kepadanya.

Banyak sebab mengapa kita diberikan keseorangan. Salah satunya, supaya kita kembali semula kepadaNya, belajar dari muhasabah diri. Allah sayangkan kita semua, tidak ada satupun dari tindakanNya yang tidak memberi manfaat kepada kita.

Mungkin dari keseorang seketika ini, kita menjadi lebih kuat, tidak mudah berputus asa dan lebih mendekatkan hati kita kepadaNya. InsyaAllah, kesunyian keseorangan yang anda lalui ini pasti akan menemui penghujung jalan yang bercahaya, amin..=)

** Sumber: Share Motivasi


~ Single is better then couple.. Allah is there..

~ KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN ~

Assalamualaikum w.b.t

Saya bukan seorang fanatik muzik, tetapi saya tetap menghargai kehadiran muzik dalam hidup saya. Asalkan ia tidak melalaikan jiwa yang keresahan. Saya cukup suka dan tertarik dengan juara AF8 yang sudah kita ketahui pemenangnya dari awal, dari apa yang diperlihatkan saban minggu walaupun pernah terkeluar. Tahniah Shahir..

Tapi maaf la, saya tak tengok pun persembahan dia sebelum ini. Boleh dikatakan saya tidak tertarik untuk menonton tv. Seperti yang dikatakan tadi, ada hal lain yang perlu di dahulukan apatah lagi sebagai seorang pelajar. Tetapi untuk malam tadi, saya terus berkenan dengan lagu yang dibawakan Shahir iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Saya tengok konsert Af8 dengan family di rumah. 

Cuma apa yang ingin dikongsi, lirik tersebut sangat kena dalam hidup saya. Huhuhuhuhu.. Biarlah saya yang menyanyikan melodi itu dalam relung hati saya... Saya insan normal yang tak lepas dari ujian. Tapi demi sebuah kebangkitan dan kejayaan, saya tak kan toleh belakang lagi. Nyah kau.... Aku tak perlukan orang yang tak menghargai aku..

Tambahan pula selayaknya perasaan yang hadir itu, dipandu dengan penuh keimanan tanpa dendam (sabarkah aku???). Lihatlah dunia dari pandangan yang positif.. Perpisahan yang datang pasti ada hikmah disebaliknnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya...

 
KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

singing by: Shahir AF8

~p/s: Shahir ni baya adik aku je..Tapi aduyai..adik oi, cantik na kereta hang menang tu...dapat brand innershine setahun tu..best2..mata akak ni kena cerahkan balik laaa...tak mahu pakai cermin mata..

Saturday, May 22, 2010

KURUS UNTUK SIHAT ATAU KURUS UNTUK CANTIK??

Assalamualaikum w.b.t



Jika dilihat pada tajuk entri, rasanya isu ini sudah biasa diperkatakan tapi biarlah ianya pula dari pandangan saya. Ayat di atas membawa dua maksud berbeza iaitu kurus untuk sihat atau kurus untuk cantik. Walaupun titik akhir kepada kejayaan itu sudah pasti ianya kelihatan cantik. Itupun jika ia dilakukan secara sihat dan tidak mendatangkan mudarat.

Apa guna kalau kurus tetapi dalaman tidak sihat dan tidak cantik akibat mengambil ubat-ubat pelansing yang tidak bersesuaian dengan tubuh. Menyiksakan tubuh saja.Ibarat macam mayat hidup lagaknya. Alangkah baiknya jika mengamalkan diet yang seimbang kerana ianya lebih terjamin dan kekal sihat selamanya.

Sebenarnya ada isu yang saya rasa perlu diluahkan. Saya hairan betul jika ada lelaki yang menyebuk menyuruh menguruskan badan atau sebagainya. Saya maklum kecantikkan ini sangat subjektif bagi semua orang. Terpulang pada yang melihatnya. Tapi biarlah kecantikkan dalaman dipilih dahulu. Rasanya itu lebih baik lagi.

Saya cukup tak berkenan hal ini dibincangkan, bukan perkara penting pun walhal ada isu lebih utama lagi perlu diambil perhatian. Saya setuju juga jika tujuan untuk menguruskan badan demi kesihatan. Tapi biarlah ia dilakukan secara sihat dan galakan. Bukan dengan paksaan atau kehinaan.

Apa kaum Adam rasa, jika saya menyuruh anda berhenti merokok? Itu bagi sesiapa yang merokoklah. Pandai pula sediakan alasan yang ntah apa-apa untuk meneruskan niat nak merokok tu. Tak best lansung. Jadi adil juga jika sama-sama guna ugutan kurus untuk sihat dan tak nak rokok utnuk sihat. Betul tak?? hehehe

Cuma bagi saya sendiri, biarlah kurus bukan kerana orang lain tetapi kerana untuk kesihatan diri sendiri. Dan lebih penting dapat beribadat kepada Allah s.w.t dengan sempurna. Misalnya pergi menunaikan fadhu haji ke. Molek gitu.. Kesihatan dapat, pahala pun dapat. Amin..

Di bawah ini saya kongsikan tips untuk menguruskan badan yang dipetik dari UMIHADRI


CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN DALAM KUANTITI SEDIKIT TETAPI KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. BERUS GIGI
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANGKAN MARJERIN
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MINUM AIR PERAHAN LIMAU
Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. LEBIHKAN BUAH-BUAHAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. ELAK TIMBANG BERAT SETIAP HARI
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. LEBIHKAN MAKANAN BEREMPAH
Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. LEBIHKAN BIJIRAN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. KURANGKAN PENGAMBILAN MINYAK
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. GUNAKAN PIRING YANG RATA
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN UNTUK HADAMKAN MAKANAN.
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. MAKAN SEBELUM BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
  • Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
  • Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif.
  • Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam.
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Beauty is not in the face; beauty is a light in the heart ~ Kahlil Gibran~
    ~ Kecantikkan yang ada bukan untuk ditayangkan kepada yang bukan berhak. Hargai apa yang anda ada sekarang ini. Nikmati hidup ini dengan jiwa yang positif dan penuh kesyukuran.

    ~ Masih lagi menyiapkan proposal tesis. Minggu depan kena bentang dah...huhu...Mood datanglah kepadaku..

    Friday, May 21, 2010

    EXCLUSIVE QUOTE FOR BEAUTIFUL MORNING

    (i love this picture~tq google)




    The breeze has awakened the Earth
    And Sun has colored our World
    The birds have added melody to the morning
    I hope i am not late to wish u gud morning!


    Look at everything as though....
    you were seeing it either for the first or last time.
    Then your time on earth will be filled with glory.


    One who gives happiness cannot give sorrow.
    One who gives sorrow, cannot give happiness.
    Where there is happiness there cannot be sorrow.


    We always feel that good things happen only to OTHERS
    But We always forget that we are also OTHERS to SOMEONE!!!!


    No one is born happy....
    But all of us are born with the ability to create happiness...
    So today, make others happy...
    Flash your sweetest smile...


    ~ Jumaat Penghulu segala hari..syukur alhamdulillah kerana aku masih lagi mendengar kicauan burung dan menghirup udara segar pagi.
    ~ Bangun-bangun...jangan tidur. Rebut rezeki di pagi hari ini.. Jadilah seperti burung yang berterbangan mencari rezeki untuk dibawa pulang ke sarang pada petang hari...
    ~ Aku kena temankan Ummi la...stop sini..tata

    Thursday, May 20, 2010

    AWARD & TAG LAGI

    Assalamualaikum w.b.t

    Maaf andai tiada entri baru dari saya buat masa ini. Saya kekurangan masa untuk mengupdate entri baru apatah lagi laptop kesayangan saya menghadapi masalah untuk diberikan rawatan segera..Huhu..Maaf ye kawan-kwan semua..

    Tapi walaubagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua sahabat yang sudi berkunjung di teratak saya ini. Tak lupa juga buat pemberi award dan tag..Terima kasih sekali lagi. Maaf sebab lambat menyiarkannya..

    Dari Pereka Cerita




    3 names in your message inbox

    Fiza, Abah & Rizal


    Your main ringtone

    Ya Allah by Wali Band


    What u did at 12 last night?

    Enak dibuai mimpi


    Who was the last person you went out with?where?

    My Mom…mengambilku..


    The colour of t-shirt you're wearing now

    Grey


    The last thing you did

    Update fb & blogwalking


    3 of your everyday favourite items

    Handphone, laptop & buku


    The colour of your bedroom

    Cream


    How much money in your wallet now?

    Dalam RM 100 lebih..kena jimat dan pandai urus duit..


    How's life?

    Risaukan proposal tesis dan lappy yang kena hantar pergi klinik


    Your favourite song

    All song by Maher Zain


    What will you do next weekend

    Menyiapkan proposal dan assignment al-siayasah al-maliyyah


    When wast the last time you see your mum?

    Setiap minggu saya balik, jadi boleh dikatakan saya selalu lihat Ummi saya yang dicintai..Lagipun di handphone & fb ada muka Ummi & Abah


    Where is she now?

    Di rumah..


    When was the last time you talk to your parents?

    Baru je tadi..saja nak wish sekali lagi untuk Abah “Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abah. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat kepada Allah & Rasul”


    Who is the last person that talked with you last night?

    =)


    The last surprise you got?

    Tak ingat. Lagipun tak pernah ada surprise ni.. Nak juga merasainya..Boleh??


    Last thing you borrowed from your friend?

    Tak pernah pinjam..sebab semua barang saya ada..


    Who is your bf/gf/husband/wife?

    Mencari siapa yang berani.. =)


    What do you feel right now?

    Rasa nak demam & risau...


    Wanna share with who?

    Nak share sakit ke?..saya je..tak perlu orang lain..


    Who know your secrect?

    Orang yang terpilih sahaja..


    They keep your secrect?

    InsyaAllah


    Are you angry with someone?

    Mungkin..tapi tunggu sajalah balasannya..


    What do you order at Mc'D?

    Apa-apa yang sedap ditengok & yang nak ditelan


    The last time you feel so sad?

    Yesterday..erm..


    Mahu Tag?

    No idea…




    Dari PakCikIm



    Dari Eddy

    Sunday, May 16, 2010

    HARI YANG PENUH BERMAKNA

    Assalamualaikum w.b.t

    Alhamdulillah kerana DIA memberi saya peluang untuk mendiami bumiNYA lagi. Bangun pagi tadi, saya rasa agak malas sedikit kerana keletihan yang melampau (agaknyalah). Tapi, walau macam manapun, saya tetap gagahkan diri bagi menyelesaikan kewajipan yang sepatutnya.

    Sebelum terlupa, SELAMAT HARI GURU buat semua guru di seluruh Malaysia. Sejuta penghargaan buat guru di PASTI Nurul Hidayah, Madrasah Darul Mujahiddin, SKKM, SAMTTAR, SMKTPG, SMKSM, UNISEL dan KUIS. Jasa kalian takkan saya lupakan kerana tanpa kalian, saya tidak akan berada di tahap sekarang ini. Terima kasih untuk segalanya (maaf andai saya terlupa nama dan wajah guru yang pernah mengajar saya..banyak tempat saya belajar..huhu).

    Tak lupa juga buat PERMATA HATI saya yang tiada tolok bandingan, UMMI tersayang. Ummi juga merupakan seorang guru tetapi saya belum pernah lagi menjadi anak murid Ummi ketika di sekolah. Memang saya pernah menuntut di tempat sama dengan Ummi mengajar tetapi ketika itu saya berada di tingkatan empat sedangkan Ummi mengajar di tingkatan tiga. Tiada siapa tahu saya merupakan anak Ummi. Bahkan bila berselisih pun, saya selamba mengucapkan "Assalamualaikum Teacher". Kami bukan jenis kecoh. Tapi bila saya masuk tingkatan lima, baru ada yang bertanya dan mengetahuinya.. Kakak sayang Ummi =)

    Sebenarnya, semalam satu hari kami (saya, utih, Ummi dan Abah) berada di luar untuk mencari barang keperluan. Sungguh letih tak terkata! Tempat pertama yang ditinjau adalah kedai batik di Mydin, Subang Jaya. Ummi dan Abah bercadang memakai baju batik untuk hari tersebut. Warna yang dipilih adalah hijau seperti tema yang dicadangkan. Boleh dikatakan sedondon la pasangan comel ini..hehehe

    Rambang mata dibuatnya bila berada di kedai tersebut dan harga yang ditawarkan pun boleh tahan mengikut standard yang sepatutnya. Gembira hatiku melihat Ummi mendapat kain yang diidamkan. Saya dan Utih hanya memerhatikan saja. Tapi Utih ni, erm, tak sudah-sudah dengan komik dia. Mujur juga ada keinginan untuk membaca.. Tanpa berlengah, Abah tempah baju di kedai tersebut juga.

    Seterusnya, kami pergi ke bahagian barang borong di Mydin. Aduh!! Serabut aku tengok dengan barang yang banyak disusun di sini. Macam-macam ada. Kami beli barang yang dikehendaki dalam kuantiti yang sepatutnya. Ketika itu, Angah turut serta bersama kami. Dalam RM 500 juga habis.

    Sebenarnya, saya sempat membeli sehelai kaftan berwarna pelangi dan jubah berwarna pink. Sangat cantik. Biasalah dah namanya perempuan, apa-apa yang menarik dipandangan mata, akan dibelinya. Tapi saya bukan perempuan yang inginkan segalanya. Cukuplah apa yang perlu sahaja. Berhias sekadar perlu. Bukan berhias untuk tatapan mata jahat lelaki. Nauzubillah...

    Perjalanan kami tidak terhenti di Mydin, Subang Jaya saja tetapi berlanjutan pula di Center Point, Klang. Nasib tidak baik kerana baju yang sesuai tidak dijumpai. So, solution tersebut adalah Jusco, Bukit Tinggi. Alhamdulillah ada juga baju yang dicari. Biar matching semuanya.

    Dalam pukul 9 malam baru kami sampai di rumah. Bayangkan dari tengahari kami mencari barang keperluan. Sangat memenatkan!! Boleh jadi karangan bagi kanak-kanak sekolah agaknya..huhu

    ~ Semoga hari yang dinanti akan berjaya sepenuhnya.. InsyaAllah. Amin..

    Saturday, May 15, 2010

    JANGAN BENCI MANUSIA

    Assalamualaikum w.b.t


    Setiap manusia yang dilahirkan, pasti tidak lepas dari melakukan kesilapan kecuali para nabi dan rasul. Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.

    Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak? Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan. Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkah laku mereka..

    Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan.. Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus. Anda setuju?


    Sebagai contoh:

    Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Dimana letaknya cara Islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

    Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi  si B menjadi lagi jauh dariNya.Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun.

    Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain.

    Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

    Sayang dan ubah peribadi. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula..=)

    ~ Sumber: Share Motivasi

    Friday, May 14, 2010

    LIFE STILL HAS A MEANING


    If there is a future there is time for mending-
    Time to see your troubles coming to an ending.

    Life is never hopeless however great your sorrow-
    If you're looking forward to a new tomorrow.

    If there is time for wishing then there is time for hoping-
    When through doubt and darkness you are blindly groping.

    Though the heart be heavy and hurt you may be feeling-
    If there is time for praying there is time for healing.

    So if through your window there is a new day breaking-
    Thank God for the promise, though mind and soul be aching,

    If with harvest over there is grain enough for gleaning-
    There is a new tomorrow and life still has meaning.

    Tuesday, May 11, 2010

    DOSA-DOSA DI DALAM FACEBOOK



    Assalamualaikum w.b.t


    Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa bersemangat untuk melaksanakan amanah Allah. Di sini, saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sahabat blogger, Norhaslinas.

    Terus terang saya memang ada facebook tapi saya bukanlah pengguna tegar. Saya lebih meminati blog berbanding facebook. Tujuan saya membuka akaun facebook adalah kerana ingin mencari sahabat-shabat lama disamping berkongsi maklumat yang tidak melalaikan apatah lagi untuk group MBA saya. Kami melakukan perbincangan selepas kuliah. Memang mempunyai manfaatnya.


    Walaupun saya tidak suka dikenali (tidak meletakkan gambar), tetapi ia bergantung pada situasi. Tapi insyaAllah tidak melanggar batas-batas yang sepatutnya. Mari kita berkongsi maklumat ini..

    Dari Website ustaz Zaharuddin.net...ASTAGFIRULLAH..SATU ILMU YANG SANGAT BAIK UNTUK DIKONGSI..TERASA BETAPA LEMAHNYA DIRI INI..MOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA PERBAIKI KELEMAHAN INI...

    Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

    1)     1.  Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

    Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri. 

    Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri. 

    Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga. 

    Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. 

    Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook. 

    Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

    2)      2. Terlebih gambar

    Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. 

    Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu. 

    Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah. 

    Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'. Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook.

    3)     3. Penyamaran

    Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu. 

    Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

    4)     4.  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

    Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain. 

    Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar. 

    Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

    5)      5. Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

    Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. 

    Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend). Ini boleh menjadi dosa, kerana:

    • Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram. 
    • Individu terbabit mungkin berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidak perihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
    • Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

    6)      6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan.

    Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat. 

    Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya. 

    Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

    KESIMPULAN 

    Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

    Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa. 

    Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

    Sekian Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net