Sunday, March 6, 2011

DOOR GIFT KETIKA KENDURI

Assalamualaikum w.b.t


Selamat berehat dihujung minggu. Saya harapkan semua sahabat saya sihat hendaknya dengan limpahan rahmat dari Allah s.w.t. Saya kira inilah entri dari diri saya sendiri memandangkan saya agak jarang nak buat entri sendiri. Walaupun banyak idea namun kadangkala idea tu terperam je dalam otak atas sebab yang tidak diketahui (hahahaha..alasan je tu..)..

Semakin saya meningkat dewasa dan mula bergaul dengan ramai orang, kita sedar kita memang memerlukan orang lain. Itulah fitrah kita sebagai manusia. Dan sebagai menghargai saudara Islam yang menjemput untuk walimahtul urus, seboleh mungkin saya dan keluarga akan cuba memenuhinya. Semalam pergi satu kenduri, rumah Kak Rinna (kawan sekolah dan sekampung). Hari ini pula, pergi empat jemputan. Pergh...perut penuh tu..

Kenduri hari ni semua kenalan Abah sebenarnya. Abah dan Ummi ajak saya ikut sekali sebab kami bertiga je yang ada di rumah. Tanpa membantah saya setuju. Dalam list jemputan tu, ada yang mak pengantinnya berdarah di raja Selangor. Hebat majlis untuk anaknya.


Bebel pula saya ni. Tapi bila perut dah kenyang, biasanya masa nak pulang tu kita bersalam dengan orang tua pengantin dan pengantin itu sendiri. Majoritinyalah, kita pasti tak kan pulang dengan tangan kosong. Betul tak? Tak kisah lah apa jenis door gift yang diberi oleh tuan rumah. Tapi itu ke yang dicari?

Saya tak pasti nak jawap apa tapi saya suka dapat door gift. Kadang ada yang mewah, kadang ada juga yang biasa je. Tapi itu bukan isunya. Cuma yang saya suka nak share di sini adakah door gift yang diberi itu berkhasiat jika ianya makanan? Door gift yang khusus untuk ahli keluarga atau jemputan istimewa? Ahh.. Macam-macam jenis door gift lah yang ada...

Saya maklum yang tuan rumah banyak menghabiskan belanja untuk majlis bersejarah tersebut. Bergantung juga pada belanjawan dan kemampuan tuan rumah sama ada door gift yang diberi biasa atau luar biasa. Paling banyak yang saya dapat jenis makanan berbentuk makanan ringan. Agak jarang dapat jenis berkat (Nasi dan sedikit lauk kenduri. Biasanya di kampung yang masih lagi kuat dengan adat memberi berkat-khususnya masyarakat Jawa. Saya Jawa ye).



Bila cakap pasal door gift berbentuk makanan ringan ni, tuan rumah biasanya nak jimat kos. Lagipun barangan tersebut murah dan tak perlu fikir banyak. Gula-gula, coklat, keropok, sumi (jeli) dan macam-macam lagi. Mungkin rata-rata kosnya adalah RM1 sahaja untuk satu beg door gift. Tapi secara jujur, ianya tidak berkhasiat apatah lagi untuk kanak-kanak. Dan kadangkala halalnya meragukan. Setuju?

Saya suka jika door gift yang diberi adalah makanan yang sederhana berat sebagai contoh baulu, kek (tak banyak krim), kismis dan air mineral. Ni memang best sebab boleh bawa bekal jika kita tak sempat nak makan makanan berat. Dan bagi saya inilah yang berkhasiat. Kosnya pula lebih kurang RM 3. Tengok pada jenis kek, air dan baulu. Lagipun pernah seorang sahabat saya kata "Memang kenyang!".

Itu pasal door gift jenis makanan. Yang jenis cendermata lain pula budgetnya. Saya pernah dapat jenis labu air, freme, keronsang, cawan unik, yasin, buku doa untuk pengantin dan lain-lain lagi. Itu bagi saya uniklah. Biasa ada juga dapat cawan, bunga telur (tapi jarang dah), bakul kecil dianyam dan sebagainya. Semuanya menjadi koleksi yang saya suka dan sayang. Tak perlu dah nak hias rumah dengan souvinear mahal, hanya door gift dari kenduri kahwin pun dah cukup. Hehehe...


Tapi jika kawan-kawan semua perasan, untuk tetamu rapat kepada tuan rumah, door gift yang diberi adalah lain beg atau bungkusannya. Untuk orang tak berapa rapat lain pula door gift yang diberi. Kenapa ye? Kenapa ada diskriminasi? Hairan saya.. Ini benar-benar terjadi kepada saya dan keluarga. Terang-terangan we all mendapat door gift yang lain jenis padahal kami adalah saudara. Barangkali kami bukan jenis kaya harta agaknya. Itu yang berlaku kejadian sebegitu. Kalau berlaku kepada anda, apakah yang anda rasa?

Memang betul door gift yang diberi ketika kenduri kahwin terpulang kepada tuan rumah, namun adalah lebih baik jika ia dibuat sama rata. Jangan dibezakan. Kalau nak beri jangan bagi nampak kepada tetamu lain sebab takut ada yang terguris hati. Walaupun ianya kecil dan jika tiada tak mengapa (ada ke yang tak beri?), tapi berpada-padalah. Jaga hati saudara seIslam itu adalah lebih baik... Setuju?

Cukuplah isu yang saya nak kongsikan di sini. Harap ada inputnya kepada anda apatah lagi untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Semua perkara perlu diambil kira apatah lagi door gift. Bila time saya nanti, pastinya sesuatu yang berkhasiat... =)

* Door gift adalah hadiah kecil yang diberi kepada tetamu yang datang ke sebuah majlis kenduri kahwin. Ada yang diberi ketika sedang menjamu selera atau ketika pulang selepas memberi tuan rumah sedikit duit. Door gift ini biasanya seperti bunga telor yang beraneka warna, baulu yang siap dibungkus cantik, aneka souvinear dll.


~ Gambar dari pelbagai sumber google.

1 comment:

Bazzstary said...

nk doorgift dr kk marjan plak la..