Thursday, March 31, 2011

TELUR KURANGKAN KOLESTEROL


Siapa suka makan telur? Bagi penggemar telur, anda tak perlu bimbang. Ada berita baik untuk anda. Sebenarnya, kebanyakan daripada penghidap hipertensi sering menghindari telur dalam hidangan mereka kerana ia dianggap mengandungi banyak kolesterol. Namun, kandungan nutrisi dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyarankan sebaliknya. Dikatakan, kandungan kolesterol pada telur tidak sebanyak yang diheboh-hebohkan.

Batu-baru ini, USDA mengkaji kandungan nutrisi pada telur ayam berukuran standard. Hasil kajian menunjukkan bahawa rata-rata kolesterol yang terdapat di dalam sebiji telur bersaiz 185 mg adalah 14 peratus lebih rendah daripada data sebelumnya. Analisis ini juga menyatakan bahawa telur besar kini mengandungi 41 IU vitamin D, naik sejumlah 64 peratus daripada data sebelumnya.

Ini merupakan prosedur pengujian terhadap telur setelah kajian terakhir pada 2002 lalu. Sementara itu, nilai nutrisinya masih sama dan nilai kolesterol mengalami penurunan sebanyak 14 peratus, sedangkan nilai vitamin D meningkat sebanyak 64 peratus dari 2002.

~ Fuh!! Dapat juga publish 26 entri untuk bulan 3 sempena umur saya. Simbolik. Esok masuk bulan 4 dah.. Cepatnya masa berlalu.. Yezza.. Ada cerita baru dari lebaran baru =)

JANJI YANG TAK DITEPATI

Assalamualaikum w.b.t.


Adab bergaul sesama manusia sangat dititik beratkan lebih-lebih lagi dalam agama Islam dan budaya Melayu. Begitu juga dengan agama lain yang mengambil kira kepentingan menjaga tatasusila sesama insan. Ini termasuk dengan menepati janji.

Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”. (Surah Al-Isra’: 34)

Ayat ini memperingatkan bahawa hidup manusia di dunia ini selalu terikat dengan janji. Oleh kerana itu jangan mudah kita membuat janji, kalau janji itu dijangka sukar untuk ditepati atau dipenuhi.

Saya nak kongsikan satu cerita, adakah ini menepati janji atau tidak? (saya pun tak tahu kategori mana)

KES PERTAMA

Ketika saya dibangku sekolah dulu, kami berempat (saya dan tiga kawan yang lain) bercadang ingin melawat kawan kepada salah seorang di antara kami yang sakit di hospital. Ketika itu, saya berbesar hati untuk turut serta (at least bawa kesedaran ketika melawat nanti). Sebenarnya, saya tinggal agak jauh dari kawan yang lain.

Pada hari kejadian, saya bersiap awal namun kerana menggalas tanggungjawab sebagai anak dan kakak, saya perlu menyediakan juadah untuk keluarga terlebih dahulu. Rasanya ketika itu form 1 kot. Ummi meminta saya menyiang ikan. Kami janji pukul 12 tengahari berkumpul sama. Tapi memandangkan takut tak sempat, pukul 10.00 pagi saya dah call sahabat saya jika saya lewat. (Minta mereka tunggu sebab saya tidak kenal si pesakit dan tak tahu di wad mana. Handphone pun tak ada lagi.)

Ringkasnya, bila saya sampai ditempat berkumpul tepat pada masanya, semua tiada. Saya terpaksa pergi ke rumah orang untuk menelefon sahabat-sahabat saya. Namun, hampa. Mereka dah pergi dulu. Aduh... Apakah yang anda rasa????? (Time tu kecewa sangat.. Semua pakat tinggalkan saya tanpa memaklumkannya. Yang sakit hati, mereka buat tak tahu dan tak minta maaf sehinggalah sesi kedua kelas keesokkannya). Budak-budak pun ada perasaan tau...

KES KEDUA

Kami berjanji untuk berjumpa tapi bukan saya yang bagi cadangan. Saya faham akan kesibukkan kedua pihak. Sahabat tersebut yang membuat janji. Saya rasa gembira sebab lama tak jumpa dan payah pula tu. 

Pada hari yang dinanti, sahabat tersebut mengatakan ada urusan lain. Raut wajah saya berubah walaupun hanya saya yang merasainya. Saya fikir bukan rezeki walaupun hati rasa kecewa. Tapi sahabat ini beri pula idea lain, jumpa pada satu tarikh yang dia sendiri tentukan. Apakah yang anda rasa??? (Senang-senang je buat jadual untuk kita..huhuhu.. Tak ada kerja lain agaknya.)


KES KETIGA

(Tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah pergi)

Seorang lelaki bersungguh-sungguh untuk menawan hati seorang wanita. Ceh.. Hebatlah tu.. Dia ingin menyunting wanita tersebut sebagai suri hidupnya. Segala proses telah dilalui dengan jayanya, namun si lelaki didapati menghadapi masalah dalam tempoh tersebut. Janji itu mungkin tidak dapat ditunaikan.

Apakah rumusan anda??

KES KEEMPAT

Seringkali bila saya berjanji, kalimah InsyaAllah pasti saya tuturkan. Namun si penerima seumpama tidak meyakininya. Saya jadi hairan, walhal seingat saya, tak pernah saya mungkir. Jika tidak mampu, saya tidak berjanji apa-apa. Tapi bila, saya mengucapkan InsyaAllah, saya memang memaksudkannya. Apakah salah???

Cukuplah empat kes yang saya beri. Kerahkan neuron otak anda bekerja dengan pantas.. Berfikir bagaimana untuk mengatasinya..

~ Secara jujur, diri ini sangat pantang bila janji dimungkiri. Tapi bagaimana janji kita kepada Allah s.w.t.? Apakah janji yang kita buat itu kita tepati atau tidak? Adakah kita berubah menjadi Muslim yang sebaiknya? Hah, bagaimana pula janjimu kepada orang tuamu? Adakah kamu sudah menunaikannya? Fikir-fikirkan.. 

(Wahai diri, jadilah anak yang solehah dan hamba yang beriman sebelum ajal datang menjemput..)

MANUSIA

Manusia
Sifatnya leka dan alpa
Atas nikmat dan rahmat-Nya
Atas ihsan dan kasih sayang-Nya
Atas kekayaan dan kebesaran-Nya

Manusia
Kau berbangga-bangga dengan maksiat
Bermegah-megah dengan dunia penuh nikmat
Hatimu penuh dendam kesumat
Maksiat dibuat terasa lazat
Seolah-olah tiadanya kiamat

Lupakah kau???
Sedarkah kau???

Umurmu semakin meniti
Kuburmu sedang menanti
Hartamu tidak bererti
Amalmu tiada pengganti
Hidupmu lawannya mati

Manusia
Sementara ada kesempatan
Pohonlah keampunan
Bertaubatlah atas perbuatan
Moga mudah-mudahan
Tidak terjerumus ke lembah syaitan
Tidak mudah termakan hasutan
Bertindaklah atas kewarasan
Moga-moga terpelihara iman...

Sumber: iluvislam.com

~ Selagi manusia masih punyai kesedaran di hati dan rasa takut kepada Ilahi, pulanglah.. Kembali kepada fitrahmu.. Setiap detik kita pasti melakukan kesilapan, tapi mohonlah keampunan dengan segara.. Peringatan untuk diri sendiri..

MINAH INDON MENGHINA RASULULLAH SAW DI FACEBOOK

Assalamualaikum w.b.t.

Saya tak mahu cakap banyak. Terus pergi kepada topik utama. Semalam Anjang bagitahu saya tentang satu facebook yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Sungguh menyakitkan hati. Moga dia mendapat hidayah dari Allah swt. Mari nyahkan dia dari terus menghina...


[Click untuk besarkan.. pinjam dari Milo Suam]

Ini facebook minah ni [sini]



~ Tidakkah mereka sedar, mulut atau perbuatan tidak boleh sewenang-wenangnya menyakitkan hati orang lain apatah lagi menghina agama anutan orang lain? Nauzubillah

Wednesday, March 30, 2011

SAYA MANUSIA, BUKAN KAMBING

Assalamualaikum w.b.t.
Kisah ini mempunyai nilai pengajaran yang sangat tinggi. Melibatkan tahap keyakinan diri kita apabila berdepan dengan sesuatu. Self motivation tu penting. So, saya harap sahabat semua dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.

******************************
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar-ketar ketakutan.

Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."

Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing.

Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.

"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar.

"Saya manusia."

"Bukan kambing?"

"Bukan, saya manusia."

"Cuba ulang,"pinta doktor.

"Saya manusia. Saya manusia. Saya manusia."

"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi"

Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuag restoran yang dikunjungi ramai.

"Takut. Takut. Saya nak pulang."

"Eh, kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing?"

"Ya, ya, saya yakin saya memang manusia. Tapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai kambing?"

********************************

You get that point???

Pengajaran: Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Dia sentiasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.


Bagi saya, bila seseorang yang mempunyai keyakinan diri yang kurang sampai sanggup menyamakan dirinya dengan benda lain , ia bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. Hal ini perlu diambil perhatian oleh keluarga terdekat dan orang ramai. Dengan tekanan hidup yang semakin meningkat samada dari sudut ekonomi, kewangan, pergaulan, pelajaran, dan diri, sudah pasti ia akan mempengaruhi putaran kehidupan kita.

Seorang yang periang dan petah berkata-kata tiba-tiba berubah menjadi orang lain yang sama sekali tidak kita kenali lantaran mereka tidak mampu mengawal dirinya apabila menghadapi sesuatu masalah. Kesedaran untuk mendapatkan rawatan psikologi perlu bukan sekadar bila kita menghadapi masalah tetapi pada peringkat permulaan sikap yang berlainan yang ditonjolkan.

Mungkin ada yang mengatakan masalah boleh diatasi. Memang betul ada yang mampu melakukannya tetapi bagaimana yang tidak mampu? Ada orang mungkin agak sukar untuk meluahkan bebanan yang ditanggung kerana berasakan tidak perlu diceritakan tetapi percayalah, apabila kita mampu berkongsi perasaan kita dan meluahkannya ditempat yang betul dengan cara yang betul, sudah pasti seluruh bebanan dan isi hati akan terlerai sedikit demi sedikit.

Senang kata, tak salah nak berkongsi perasaan terutamanya dengan insan tersayang seperti ibu bapa, suami isteri, tunang, kekasih, atau kawan rapat. Sebagai manusia, kita memerlukan orang lain sebagai tempat bergantung selain Allah s.w.t.

Bagi mak ayah pula, jadilah sahabat kepada anak-anak anda. Kenalilah sikap dan perubahan diri mereka sedari kecil sehingga dewasa. Ini kerana, jika ada sesuatu yang pelik terjadi, anda mampu mengatasinya. Anda yang berhak membantu anak anda kerana anda lebih tahu (ini untuk ibu bapa yang prihatin.)

~ Apa yang saya kongsikan ini, adalah sebahagian cerita benar dalam hidup saya berdepan dengan seorang sahabat saya yang sebegini. Saya sedih kerana dia mempunyai sikap rendah diri secara tiba-tiba. Semuanya berubah sekelip mata. Adakah dia memang begitu dari kecil atau sebaliknya? Mana satu yang betul? For parents yang ada anak tu, please take care of your kids. Mungkin kerana tidak menghargai anak terutamanya berkongsi masalah, ia jadi sebegini. Jangan nak kejar dunia, Hargai anak yang Allah dah beri tu. Amanah!

Monday, March 28, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah saya masih diberi nafas untuk merasai nikmat Allah s.w.t yang tidak terperi. Nikmat tubuh badan yang sihat satu kelebihan bagi insan sebab bila tubuh badan sihat, kita boleh melakukan segala suruhanNYA sebaik mungkin. Cuaca pun terang dan penuh semangat je.

Bila kita inginkan sesuatu, perkara yang paling penting, kita haruslah berusaha terlebih dahulu. Baru boleh pasang angan-angan. Ni ada yang tak usaha, dah mula pasang angan-angan yang macam-macam pula. Tapi bila kita dah usaha tu, jangan cepat putus asa pula. Mungkin apa yang kita nak tu tak dapat dengan kadar yang segera. Kena tunggu dulu. Orang kata tunggu giliran. Time nilah, Islam kata tawakal.

Sekarang erti syukur itu baru saya fahami bila dah meningkat dewasa ni. Memang ada hikmah yang tak kita ketahui jika kita tunggu dengan sabar (padahal iman tu goyah kejap namun tetap ingat). Apa yang penting, sabar dan redha dengan perjalanan hidup itu. Nak sesal lama pun tak guna tanpa kita sendiri yang ubah sikap kita tu ke arah yang lebih baik.

Ada sesetengah orang memang bertuah sebab dilahirkan dengan segala kemewahan yang ada. Tak perlu susah payah. Celik je mata, cuci kaki je taunya. Semua dah terhidang. Alangkah indah jika mereka bersyukur. Mungkin ada, mungkin jarang atau mungkin tiada lansung!

Bagi yang terpaksa bersusah-susah dahulu (dan bersenang-senang kemudian), pasti mereka menghargai apa yang mereka perolehi lagi-lagi jika hasil usaha sendiri dengan cara yang halal dan berkat walaupun kecil je. Tapi berapa ramai yang mementingkan sumber rezeki yang diperolehi itu halal dan berkat??

Sukar bukan untuk dijawab? Tapi itu bagi mereka yang tidak mementingkan kualiti untuk hidup selepas kebangkitan. Kenapa saya berkata demikian? Sebab, apa yang kita lakukan, akan disoal hatta dalam pemilihan sumber rezeki dan makanan kerana itu juga akan diambil kira dan amat dititik beratkan di dalam Islam. Jadi darah daging!

Nah, anda yang berhak tentukan anda berada dikelompok mana.. Nak pilih kiri atau kanan. Nak jadi baik atau jahat. Tapi, bagi saya, carilah rezeki yang halal dengan memperolehi kehidupan yang terbaik yang diredhai Allah serta dapat menyenangkan hati ibu bapa kita.

Apa yang perlu anda buat jika anda memperolehi sesuatu yang menggembirakan?

1. Ucapkan alhamdulillah.

2. Buat sujud syukur.

3. Buat kenduri kesyukuran (ikut budget ye..).

4. Sedekah lebih sikit kepada orang yang memerlukan..

5. Bersifat qanaah iaitu tidak berhenti berusaha untuk mencari rezeki yang halal sebaik mungkin.

6. Sentiasa bersikap sepatutnya. Jadilah insan yang baik.. Kekalkan sifat baik dalam diri dan tambahkan mana yang kurang. Jangan buat orang makin benci pula.

dan banyak lagi...

Hidup ni ibarat roda, ada masa kita kat atas dan ada masa kita kat bawah... So, bila dah dapat duduk di atas tu, ingat selalu pada nikmat yang Allah telah beri tu. Buatlah apa-apa yang patut sebagai seorang Muslim. Kena selalu beringat. Dan bila kat bawah, jangan selamanya nak kesalkan diri atau lower confident. Inilah masanya kita muhasabahkan diri kita tu balik. Yang penting jangan putus asa. Never give up.. Anggap semua tu ujian untuk sampai ke tahap yang sepatutnya..

~ Alhamdulillah... Tak mampu nak gambarkan apa yang saya rasakan tika ini.. Syahdu sekejap. Saya hanya mahu mengembirakan Ummi dan Abah saya disamping memperolehi rezeki yang halal dan berkat serta cukup. Hidup hebat sampai lupa diri bukan jaminan kebahagiaan dan kekal lama. Makin banyak sakit adalah.

"Carilah ketenangan dan bukannya kekayaan"

Done!

Saturday, March 26, 2011

EARTH HOUR KEMBALI LAGI


Earth Hour 2011

Earth Hour kembali lagi. Sebagai insan yang punya kesedaran untuk selamatkan bumi, inilah usaha kita. Luangkan masa anda untuk menjayakan misi ini. Tidak lama pun 1 jam je bermula pada hari ini, jam 8.30 malam.

Jom pakat ramai2 jimatkan elektrik kita... Anda juga yang senang. Mana yang ada anak tu, inilah masanya untuk mendidik mereka sebelum terlambat.. Didik anak menghargai alam, udara, angin dll. Tanpa itu, kita pun tak dapat hidup... Tapi jangan lupa, kaitkan alam ini dengan adanya Allah Azzawajala.. Ambil contoh yang mudah je.. Pokok yang tumbuh dilaman rumah fungsinya kepada ekosistem yang lain dan manusia yang berada di dalam rumah itu.. Kan mudah..

Dah jadi sesi mengajar pula..

Okey..tata.. =)

Friday, March 25, 2011

PERASAANKU BILA BER 'BLOG'

Assalamualaikum w.b.t.


Entri ni sebenarnya dah lama saya nak published tapi ntah kenapa dijadikan pekasan. Terperap lama. Seperti kebiasaan, saya akan membuka lappy dan berjalan-jalan mencari ilmu. Banyak benar isu yang kadang tak masuk akal pula. Contohnya tentang video 'istimewa' lakonan DSAI. Ish.. Buat adik2, cari ilmu yang sesuai ye...

Ilmu ni luas dan tidak fokus pada satu perkara sahaja. Boleh jadi berita, tazkirah, iklan jawatan kosong, info kesihatan, IT, perubatan, dll. Tapi sebelum tu, saya mohon maaf jika terdapat penggunaan bahasa 'Aku' sebagai ganti diri. Lebih kurang macam luahan emosi saya pula. Eh, bukan emosi tapi luahan rasa.

Teringat seorang akak ni pernah tegur, "Adik memang suka buka laptop ye pagi-pagi? Orang muda memang macam tu agaknya". Ketika itu, air muka saya agak berubah kerana tidak sangka ditegur demikian. Mungkin bagi akak tersebut, ia agak luar biasa ibarat saya tidak melakukan apa-apa.

Jawapan saya kepada akak tersebut kelihatan agak beremosi, " Taklah kak. Saya pastikan kerja saya siap dan baru saya buka laptop. Lagipun kita kan ada assignment yang perlu diselesaikan. Jadi saya buat awal. Jika kat rumah, tengok keadaan juga. Tak de lah semedang saya ngadap laptop je." (Lebih kurang begitulah jawapan saya).

Kemudian akak tu balas, "Maaflah jika buat adik terasa. Tapi mungkin itu budaya remaja." (Muka akak ni ketika itu sukar sangat nak ditafsirkan dan saya hanya buat diam seperti tiada apa walaupun terasa kurang selesa). Saya pun tak tahu nak cakap apa dah!

Bagi pelajar atau pekerja yang selalu mengadap laptop dan tiada kemudahan televisyen, pasti itulah medium terbaik untuk melepaskan tekanan atau mencari segala informasi berkaitan bidang yang dikehendaki. Dan laptoplah antara teman paling akrab bagi individu bergelar pelajar atau orang 'korporat' - untuk istilah orang yang sibuk dengan urusan atau banyak urusan dengan berniaga.

Tapi bagi saya dan menjadi prinsip saya, saya akan laksanakan kerja saya dahulu sebelum melakukan serampang dua mata jika mood study saya sudah berkurangan. Hahahahaha.. Rasanya normal manusia memang macam tu..

Ok, berbalik kepada mulanya kisah saya ber 'blog' adalah melalui subjek Web Programming yang diajar oleh En. Kerul (nama yang kami panggil) ketika saya di semester 3 dan semester 4. Para pelajar Bachelor Business Administration with E-Commerce (BBAEC) diwajibkan untuk mencipta blog milik sendiri dan markah akan di ambil sebagai assignment kami. So, nak tak nak, terpaksa juga buat.

Ketika itu saya masih lagi kurang berminat dengan ilmu 'glamor' sedemikian. Maksudnya pendedahan kepada umum. Saya agak lambat menceburi dunia teknologi walaupun tahu kepentingannya. Yang saya tahu hanya untuk melakukan assignment, search info tentang assignment dan yahoo messenger  tanpa memikirkan hal lain. Apatah lagi hendak bermain game.

Namun, hatiku terpanggil pabila Anjang mempunyai blog yang dilakukan untuk memudahkan perjalanan program yang diikutinya. Aiseh... Tak boleh jadi ni.. Dalam hati dah berkata "Aku ada blog pun tak jalan, macam mana ni? Padahal aku budak separa IT." Sejak tu bermulalah segalanya..

Memula blog aku ni simple je. Banyak yang copy past. Sebab sayang sangat nak buang apa yang aku dapat melalui email. Lagipun tiada salahnya jika ia bermanfaat untuk dikongsi bersama. Tak adalah aku simpan seorang je ilmu tu. Boleh jadi juga sebagai peringatan buat diri aku yang selalu alpa.

Bagiku, blog ini umpama sebuah diari. Kita bebas nak bercerita tentang apa yang kita suka dan apa yang telah kita lalui. Bila aku dah mula mahir dengan selok belok blog, aku lihat ramai lagi yang lebih advance dariku. Blog gah dan ramai follower. Namun aku tak kesah sebab bukan itu yang aku cari. Aku tahu apa yang aku nak!


Macam-macam cerita yang aku baca jika berziarah ke blog lain. Tapi yang boleh aku lihat bezanya adalah blog yang dimiliki oleh lelaki dan perempuan. Blog lelaki ni lebih kreatif. Ada je isu yang bernas dan best yang dibincangkan. Isu politik, sosiobudaya, camping, khat, DSLR, jiwang dll. Bahasa yang digunakan agak santai dan selamba tapi masih lagi boleh difahami. Ada juga yang mempunyai ramai pengikut. Aku pun tak terkecuali. If korang nak tahu, list tu ada kat kiri kanan dalam blog aku nih.

Bagi blogger perempuan pula, mostly isu yang sama. Tudung, make up, shopping, masakan dll. Majoriti menjurus kepada hal perempuan. Jarang nak keluar dari isu lain. Tapi ada juga yang lain. Cuma tak ramai. Tentang hal ni, ada juga yang aku suka dan ada juga yang aku tak suka. Pasai apa aku kata lagu tu? Ada yang borink je aku rasa.. Sebab tak semua perempuan suka make up dan suka tudung yang berlilit bagai tuh. Lepas tu, kadang ada yang letak gambar banyak-banyak. Taulah lawa.. Tapi tak perlulah nak menonjol. Itu pendapat aku ye.. List blogger perempuan yang kerap aku singgah pun ada dalam blog aku ni.. Ada juga ilmu untuk future bila aku dah kawen nanti...

Aku suka follow mana-mana blog yang aku rasakan sangat menarik. Tak kisahlah cerita apa pun tapi biasanya yang unik bagi aku dan ada ilmu. Walaupun ada yang glamor tapi itu tolak tepi. Orang lain tak tahu pun apa yang aku suka dan aku umpatkan. Simpan hati je senang.. Tapi biasanya jarang aku nak komen kat blog yang aku suka datang. Ntah kenapa. Bukan sebab malas.. Cuma mungkin tak perlu untuk dikomen, line tak ok atau apa. Alasan ke?

Tapikan, yang tak bestnya bila blog yang aku follow ni tak aktif sampai berbulan-bulan tak update or hilang jejak sebab lupa password or dikerjakan orang or berpindah. Bagilah amaran awal-awal jika berpindah atau diprivatekan. Sedih je aku rasa bila tak dapat baca. Macam yang hilang jejak tu memang tak boleh nak dibuat apa.. Biasanya aku dah keluarkan dari list aku.. Maaflah ye..

Satu lagi yang aku rasa bila ber'blog' ni, dapat luahkan perasaan. Tapi anda silap.. Saya JARANG atau KADANG-KADANG untuk mengadakan sesi luahan emosi dalam blog. Ada juga sahabat saya yang sibuk dok cek blog saya untuk tahu kisah istimewa saya tentang dot dot dot.. SILAP! Hahahaha.. Sorrylah geng..

Peribadi rahsia, namun ilmu lain boleh dikongsikan.. Tapi bagi sesiapa yang tahu erti tersirat, ada juga yang aku selitkan.. Cuma, aku rasa happy bila ada blog.. Ibarat ada teman walaupun hanya bisu namun buat aku gembira dan menghargai apa yang ada... Satu lagi, aku tak reti nak beramah sangat dalam blog berbanding bila orang kenal aku secara berdepan. Tak kenal maka tak cinta!!

Ni nasihat aku bila anda berblog

1. Setting niat. Mesti ada sebab takut keluar landasan.. If u nak publish diri u pada umum, silakan. But, if not, lupakan.. Janji jangan tipu.. Sebab itu lambang identiti..

2. Berblog secara berhemah. Ini adalah medium yang selalu dan mudah orang baca, singgah dan datang untuk search info. So, isikan hal-hal yang bermanfaat yang anda rasakan perlu untuk buat CSR. Kira buat khidmat social lah.. Berdakwah melalui cara anda sendiri... Macam saya yang kurang pandai nak karang, buat mana yang mampu je.. At least boleh dapat saham dengan kongsikan apa yang baik..

3. Jangan bergaduh atau hentam blogger lain sesuka hati. Hah.. Ni memang tak baik. Sama juga macam mengumpat.. Tak suka, tegur personal lah..  If tak kenal, jangan pandai-pandai nak heboh satu dunia keburukkan dia.. Diam dalam hati dan tegur personal tanpa mention nama orang tu.. Berani kerana benar..

4. Bahasa yang sopan dan mudah difahami. Kadang bila baca kat sesetengah blog tu, saya rasa sedih.. Sedih sebab jadi medium mengumpat dan gelanggang untuk bergaduh. Maka keluarlah kata-kata yang serupa bukan manusia. Satu lagi, ada yang guna short form yang sangat pelik. Memang pening nak baca.. Macam tak bagi singgah je.. Hish...

5. Jangan over tonjolkan diri. Ini yang saya kurang gemar. Sebab saya bukan macam tu. Tapi jika anda memang begitu, berwaspada. Jangan menjadi tempat orang berbuat fitnah kerana sikap kita dan perilaku kita. Jadilah orang yang sederhana..

6. Simple dan tak berat. Blog macam ni cukup aku suka. Rasanya blog aku pun tak berapa berat sangat. Oklah.. Tak berat dengan widget yang pelik-pelik.. Kalau ada, korang kabarkan ye..

Rasanya cukuplah 6 nasihat yang aku berikan tu.. Dah tiada idea.. If ada yang anda nak share..kabarkan ye..

Macam best je ada wordpress.. Tapi macam tak larat je nak bawa.. Terfikir nak tutup blog pun ada...Ish..

"Ya, Razak! Mudahkanlah rezeki ku dalam memperolehi pekerjaan yang lebih baik lagi. Aku hanya ingin menyenangkan orang tuaku dan membantu adik-adikku..Amin"

Thursday, March 24, 2011

DENGARLAH CERITA ISTERIMU


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu ,meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.



Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengar sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Sumber: Ustaz Fathi Yusuf (iluvislam.com)

~ Saya suka artikel ni sebab tu saya kongsi. Boleh jadi renungan dan tauladan untuk pasangan suami isteri atau yang bakal berumah tangga. Bagi diri saya, saya suka komunikasi dua hala. Ada respon atau tindak balas yang sewajarnya dari orang yang kita berlawan cakap.

Memang lumrah wanita sebegitu. Ada saje cerita yang ingin dikongsikan bersama walaupun ia kelihatan sama setiap hari. Tapi itulah terapi bagi wanita. Itulah yang dapat menghilangkan stressnya walaupun ia kelihatan remeh bagi lelaki. Macam Ustaz Fathi kata, tak lama. Amik masa kejap je. 5minit.

Kadang wanita ni nak perhatian je. Lelaki pun macam tu tapi perhatian mereka nak tu lain. So, senang kata, faham keadaan pasangan masing-masing.

Wah, diri bercakap macam dah ada pengalaman pula. Komunikasi itu perkara normal, jika tiada komunikasi, rosaklah hubungan tersebut. Hati pun makin parah. Setuju?

*** Buat si dia, jika ada masalah luahkanlah.. Namun terima kasih kerana sudi mendengar ceritera dariku.. =)

NAZAR (Definisi dan Dalil)

Assalamualaikum w.b.t.


Hari saya ingin berkongsi ilmu dengan sahabat semua tentang NAZAR. Adakah anda tahu apa itu nazar?

Nazar dari segi bahasa bermakna perjanjian yang baik atau yang buruk manakala dari segi syarak pula dikhususkan kepada perjanjian yang baik sahaja.

Menurut istilah ulama fiqah, nazar bermaksud membuat iltizam untuk melakukan sesuatu kebajikan yang tidak wajib dari segi syarak sama ada dikaitkan dengan sesuatu ataupun tidak.

Dalil pensyariatan nazar dan wajib menunaikannya berdasarkan sumber primer perundangan Islam iaitu al-Quran dan hadis:

Allah berfirman tentang sifat ahli kebajikan yang bermaksud: "(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya) dan mereka takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana." (Surah al-Insan 76: 7).

Menurut al-Maraghi, mereka memenuhi apa yang mereka wajibkan atas diri mereka. Jika demikian keadaannya iaitu mereka memenuhi apa yang diwajibkan kepada dirinya sendiri, maka dia tentu lebih memenuhi apa yang diwajibkan Allah s.w.t. kepada dirinya sendiri.

Dalam surah al-Hajj ayat 29, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya."

Daripada Aisyah r.ha., bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah hendaklah ia mentaatinya, dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat terhadap Allah, janganlah dia melakukannya." (Riwayat al-Bukhari no. 6318).

Dalam hadis yang lain, daripada Imran bin Husain, Nabi s.a.w. bersabda tentang nazar, maksudnya: "Selepas kamu nanti akan terdapat golongan yang khianat, tidak beramanah, menjadi saksi tanpa diminta, bernazar tetapi tidak menunaikannya dan masing-masing kelihatan gemuk-gemuk belaka." (Muttafaq 'alaih).

>> Untuk ayat yang lebih mudah, nazar ini merupakan satu niat yang terdetik di dalam hati untuk melakukan suatu kebaikkan (bukan berniat untuk melakukan sebaliknya) yang menjadi satu kewajiban bagi dirinya untuk melaksanakan niat itu dengan sebaiknya.

Sebagai contoh, "Jika aku mendapat keputusan 11A+  dalam peperiksaan SPM, aku bernazar untuk berpuasa satu hari." atau "Jika aku mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan, aku bernazar untuk bersedekah di masjid".

Ayat di atas, adalah contoh nazar yang wajib dilakukan oleh tuan empunya badan jika apa yang di target kan oleh dirinya mencapai matlamat. Maksudnya memperolehi apa yang dihajati. Jika tidak berjaya, nazar itu tidak memberi kesan apa-apa.

Dan sekiranya, nazar itu berjaya ditunaikan, namun empunya badan sudah tiada (meninggal), orang terdekat yang mengetahui nazar itu wajiblah melaksanakannya.

Nazar dengan niat yang mampu dilakukan adalah dituntut. Jangan pula membebankan diri sendiri dengan nazar yang sukar dipenuhi..

Wallahu'alam...

* Saya juga ada bernazar...tapi jawapan masih belum diperolehi lagi... SABAR..

Wednesday, March 23, 2011

SEKARANG AKU MEMILIH


Aku pernah memikirkan,
bahwa setiap manusia pasti ingin punya KEKASIH & TEMAN SEJATI...
Kekasih yang akan terus bersamanya, sehidup semati, dalam suka maupun duka.
Kebersamaan yang tak terpisahkan.
Namun sekarang aku memilih AMAL SHALEH sebagai kekasihku.
Karena ternyata hanya amal shaleh yang terus mau menemaniku,
sekalipun aku masuk ke dalam kuburku….

Aku pernah sangat KAGUM pada manusia cerdas, manusia yang kaya sekali,
manusia yang berhasil dalam karir hidup dan hebat dunianya.
Sekarang aku memilih mengganti kriteria kekagumanku,
aku kagum dengan manusia yang hebat di mata Allah.
Manusia yang sanggup taat dan bertaqwa kepada Allah,
sekalipun kadang penampilannya begitu bersahaja……

Dulu aku memilih MARAH karena merasa harga diriku dijatuhkan,
ketika orang lain berlaku zhalim kepadaku atau menggunjingku,
menyakitiku dengan kalimat-kalimat sindiran.
Sekarang aku memilih BERSYUKUR dan berterima kasih,
karena ku yakin ada transfer pahala dari mereka..
ketika aku mampu memaafkan dan bersabar….


Aku dulu memilih, MENGEJAR dunia dan menumpuknya sebisaku..
ternyata aku sadari kebutuhanku hanya makan dan minum untuk hari ini
dan bagaimana cara membuangnya dari perutku.
Sekarang aku memilih BERSYUKUR dg apa yg ada…
dan memilih bagaimana aku bisa mengisi waktuku hari ini, dengan penuh makna…
dan bermanfaat untuk sesama.

Aku dulu berfikir bahwa aku bisa MEMBAHAGIAKAN orang tuaku,
saudara dan teman-temanku nanti kalau aku berhasil dengan duniaku…
ternyata yang membuat kebanyakan mereka bahagia bukan itu..
melainkan karena sikap, tingkah dan sapaku….
Aku memilih membuat mereka bahagia sekarang dengan apa yang ada padaku...

Dulu aku memilih untuk membuat RENCANA-RENCANA dahsyat untuk duniaku,
ternyata aku menjumpai teman dan saudara-saudaraku begitu cepat menghadap kepada-Nya.
Tak ada yang bisa menjamin aku besok bertemu matahari.
Tak ada yang bisa memberikan garansi aku masih bisa menghirup nafas keesokan hari.
Sekarang aku memilih memasukan dalam rencana-rencana besarku,
yang paling utama adalah agar aku selalu SIAP menghadap kepada-Nya…

Ya Allah berilah selalu petunjuk ketika aku MEMILIH…
Ya Allah berkahilah dan luruskanlah selalu langkah-langkahku…..

Sumber: Dari Facebook..

~ Ntah mengapa air mata ini dirasakan terlalu murah menitis ke bumi.. Namun aku bersyukur, bak kata seorang sahabat "Jika awak mampu menangis, maka hati awak masih mampu untuk dibentukkan lagi dan menerima segala musibah disamping masih mampu dibaiki lagi. Awak masih ada iman."

Aku memilih demi mencari yang terbaik di antara yang terbaik. Tidak kira dalam urusan kehidupan ku atau pekerjaaanku atau pasangan hidupku..

Namun, sebelum aku memilih, aku kena pastikan diri ini mampu menjadi insan TERPILIH..insyaAllah. Amin

Tuesday, March 22, 2011

CANTIK YANG PELBAGAI

Assalamualaikum w.b.t

[gambar hiasan: pandangan pertama biasanya itulah yang menambat hati]

Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.


Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?


Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur

2. Keyakinan diri tinggi

3. Sedap mata memandang

4. Maintanance rendah (sepatutnya)

5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa


Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.


Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial

2. Disayangi hanya kerana rupa

3. Menimbulkan riak dalam hati

4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata


Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Pakaian? Peluk cium usah kira, penambah saham dosa. Oh, tiada kerja!

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.

Sumber: iluvislam.com

[gambar hiasan: bagaimanapun, apa yang dituntut di dalam Islam, itulah keindahan yang tidak terperi]

~ Beauty is in the eye of the beholder. Memang sangat subjektif. Semalam tengok cerita korea (channel 393) TWO WIVES, Hea Ran marah dan tak puas hati dekat Ji Ho sebab Ji Ho suka Young Yee yang lebih tua daripadanya dan kelihatan seperti perempuan kampung. Tambahan Young Yee pernah bercerai dan mempunyai anak lelaki. Hea Ran merasakan dia lebih layak dengan Ji ho kerana dia muda, cantik, kaya dan hebat.

Tapi itulah, hati yang sudah terpaut, mana yang tidak sempurna ditolak ketepi dari terlalu memikirkan kesempurnaan. Bila dianugerahkan cantik pun, ia bukan jaminan untuk kita berkelakuan baik setiap masa. Kadang nafsu dan syaitan tu bergabung mendominasi akal agar bertindak sebaliknya.

Itulah lumrah. Namun yang penting, bertindak sederhana dan selalu berdoa pada Allah, agar ditetapkan hati dalam setiap perkara yang dilakukan dan bukan menjadi umpat fitnah manusia. Walaupun kita pernah tergelincir dari landasan sebenar akibat mengikut kata hati untuk cantik dan sebagainya, bangkitlah kembali untuk menghapuskan noda itu.
Orang memang akan membenci dan melemparkan pelbagai tanggapan buruk tapi insyaAllah, jika kita mempunyai azam yang kuat, musuh pun pasti sayang kepada kita. Yakin...
 
"Tidak ada manusia yang tidak berbuat dosa dan tidak ada manusia yang sentiasa sempurna"

Sunday, March 20, 2011

SABTU YANG HEBAT DAN LETIH

Assalamualaikum w.b.t

Kabare? Hari ni tentu ramai ibu bapa yang sibuk untuk menghantar anak mereka pulang ke asrama masing-masing, memandangkan sesi persekolahan akan bermula seperti biasa pada esok hari. Ada juga yang berehat sahaja di rumah atau melihat belon panas yang sekarang sedang berlansung di Putrajaya. Semoga masa yang ada dapat ditumpukan sepenuhnya untuk beristirehat bersama keluarga tersayang. Tanpa mereka di sisi, hidup kita pun tak ceria.

Semalam seharian kami sekeluarga tidak ada di rumah. Menghantar rombongan peminangan untuk adik saya buat sicantik manis pilihannya. Wooha! Letih. Maklumlah balik hari. Sekadar catatan ringkas yang ingin dikongsi bersama sahabat sekalian =)

[Barangan dari pihak lelaki kepada perempuan. Bersungguh saya,Ummi dan Anjang buat hantaran ni. Sireh junjung pertama saya buat sendiri.]

>> Lepas Subuh kami sekeluarga dengan menaiki 3 buah kereta bertolak ke Parit Buntar (tempat persinggahan - rumah Tok Njang).

>> Dalam perjalanan tu saya dah bekalkan bahulu, popia goreng dan air mineral untuk 3 buah kereta. Ini kerana kami tidak berhenti di mana-mana melainkan untuk mengisi minyak.

>> Sampai di rumah Tok Njang menghampiri pukul 10.00 pagi. Dapatlah berehat sebentar. Rumah Tok Njang ni sebagai tempat singgah untuk adik-adik Ummi berkumpul sebelum pergi ke destinasi seterusnya. Rumah bakal adik ipar saya. =)

>> Nak menghampiri pukul 11 pagi, Acik Wan (Adik Abah) dan keluarga sampai. Acik Wan sebagai orang tengah untuk majlis nanti. Seterusnya ketibaan Pak Ndak sekeluarga dan Pak Ngah sekeluarga.

>> Lebih kurang pukul 1 petang, kami bertolak ke destinasi terpenting. Tapi singgah solat dulu di surau tak jauh dari rumah si gadis. Ececeh..

>> Macam nak menikah je lagaknya bila kami berjalan kaki dari surau dengan membawa hantaran ke rumah Pak Said, bakal bapa mentua adik saya. Alang disorokkan buat sementara waktu. Tak boleh ikut sekali masuk.


[Barangan balasan dari pihak perempuan untuk lelaki. Banyaknyew....17]

>> Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Macam lucu je sebab ada juga insident yang tidak diduga berlaku. hehehe.. Apa-apapun, rombongan dari Selangor ke Kg. Chena'am, Pulau Pinang semuanya selamat. Makanan pun sedap dan tidak putus-putus bekalan makanan untuk di bawa pulang.

>> Saya lak sangat sengal pergi tinggal cermin mata di rumah Tok Njang. Inilah padahnya bila cermin mata bukan menjadi kebiasaan hidup. Perasan mata ok! (terpaksa singgah semula untuk amik cermin mata).

>> Singgah sebentar di rumah Mak mentua Acik Jed. Acik Jed saya ni sekarang sudah bergelar usahawan cendawan. InsyaAllah pelaburan yang dilakukan berjaya seperti yang dikehendakinya.

>> 5.47 petang bertolak balik ke Selangor. Hujan kejap lebat kejap gerimis. Lengang dan jamp, biasalah tu..

>> 9.20 malam sampai di teratak al-Safi. =)


**** Moral cerita, saya bakal iringi Ummi lagi selepas ini untuk menyarungkan cincin buat gadis yang lain pula. Maklumlah rumahku ini ramai hero-heronya. Semuanya jauh-jauh belaka! Adeh... Pening pale den..

Thursday, March 17, 2011

5 PUNCA TERLEBIH BERBELANJA

Assalamualaikum w.b.t.

[Tak sanggup jadi gini..]

Happy thursday kawan-kawan. Bagi adik-adik yang tengah cuti sekolah tu, buatlah aktiviti berfaedah ye. Asah bakat adik-adik buat sesuatu yang lain dari lain. Sebelum ni main game tak henti-henti, so apa kata ubah buat rak kayu ke. Tolong emak cantas or cantum pokok bunga ke. Hah, kan banyak tu yang perlu di buat. For girls, tolong mak masak tau. Jangan malas!

Hahaha.. pepagi dah kena ceramah. Nasihat je tu. Amik sebagai perubahan diri. InsyaAllah, tak rugi. Ok, bila cakap pasal berbelanja or shopping, kita seringkali rambang mata nak beli macam-macam, nak-nak bila ada sales. Semua harga mudah beli bila time sales ni. Tambahan duit dalam poket banyak bagai tak terkata. (iya ke banyak??!).

Sebenarnya berbelanja untuk diri sendiri ni or untuk orang tersayang ni tak ada salahnya. Suka hatilah kan. Kadang diri kita ni perlu juga dimanjakan sebagai penghargaan diri. Tambahan bila segala usaha berhasil. Tetapi.. Hah ada tapi tu.. Kita haruslah berbelanja dengan penuh rasa tanggungjawab. Haik... Nape kata gitu pulak? Perlu ke tanggungjawab?

(Mestilah.. sebab nanti semua habis dibelinya jika beli ikut nafsu...)

Di sini, saya listkan beberapa alasan yang kerap kali dirasakan sebagai sebab atau alasan kenapa kita boleh terlebih berbelanja...

1. PERASAAN BERHAK.

Mesti dalam hati korang semua pernah terbisik or berbisik mengatakan "aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat bekerja." tak pun "duit aku, aku punya sukalah nak belanja banyak mana". Alah lebih kurang macam ayat kat atas tu..

Maka akhirnya, kita akan berkunjung ke kedai yang sudah di 'target' kan dan membeli beg, blouse, alat solek or cakera padat artis kegemaran. Biasanya barang yang dibeli berada dalam jumlah yang boleh tahan.

Tak pun ada juga di antara kita yang cuba nak ikut kawan lain yang lebih kaya dan berduit supaya diterima dalam kumpulan. Ikut bidalan "apa yang kawan buat, kita pun nak buat sama..". Padahal natijahnya kita yang terima sebab beli barang yang tak perlu dan terlebih belanja.

* Kes ni banyak kali saya dengar... sampai sanggup minta duit lebih dengan tipu mak bapak untk beli buku. Kawan ni memang kaya sebab anak orang berada, si girl ni pun ikut je gaya hidup kawan ni supaya diterima..

2.  SEDIH DAN KECEWA.

Ada antara kita yang mempunyai tabiat sebegini apabila dilanda perasaan sedih dan kecewa. Ketika bergaduh dengan teman lelaki atau adik-beradik, pasti mood nak lepaskan marah tu kita lontarkan untuk berbelanja. Konon nak ubat kekecewaan dan kesedihan. Tu dia, mata dah tak nampak lain dah.. Hajat hati mesti dilunasi..

Seringnya, kita beranggapan orang lain akan memahami mengapa kita berbelanja untuk menyedapkan perasaan. So, nasihat di sini, better korang cari someone yang paling korang trust for sharing your problems. Kan lagi baik bila ada yang sudi dengar dari shopping yang bukan-bukan.

* For me, i lebih suka nak makan. Hahahahaha.. Ada je menu yang nak dimasak. Macam mana badan tak naik.. But now, i tengah kawal pemakanan sebab perut ni macam tak selesa je..(Harap diabaikan and jangan follow ye...).

3. HOBI BERBELANJA.

Hobi merupakan tujuan untuk memenuhi masa lapang dan tak dinafikan juga, ada yang menjadikan bershopping sebagai hobinya. Most of Malaysian people lebih suka hobi ini.

Buktinya, bila tibanya jualan hujung tahun, hujung bulan atau hujung minggu atau perayaan or event tertentu. Pergh....sesak nak amat..(dosa pun bertambah..). Biasanya promotion sangat banyak dan itu yang membuatkan ramai orang yang suka kepada hobi ini tertarik untuk membeli barang yang dipromosikan itu.

* Sudah-sudahlah..banyak hobi lain yang lebih bermanfaat.. Barang yang ada pun elok dan baru lagi... Saya tak kesah sangat tentang buku mean beli buku sebab itu adalah investment yang sangat menguntungkan. Ilmu dapat, boleh share lagi satu keluarga or dengan kawan-kawan.

4. MEMBELI PADA HARGA TAWARAN.

Ramai antara kita terperangkap dengan alasan ini. Sebabnya kita jarang nak fikir panjang sangat. Maklumlah, tak sabar-sabar untuk mendapatkan barangan yang paling murah dan dihajati. Tapi, baik berfikir dulu sebelum bertindak. Tangguh dulu niat anda untuk sementara waktu agar tidak terbeli barangan yang tidak diperlukan. Tak pun buat survey dulu.

Bila dah rasa puas dan yakin, belilah. Tak ada siapa nak halang jika anda merasakan itu adalah pilihan yang wajar.

* Tak salah kita fikir seribu kali.. Kadang ada yang lebih kepada nafsu semata-mata bila kita tidak berfikir sama anda keperluan atau kehendak. Mujur saya bukan kaki shopping, beli pun bila rasa memang nak beli..

5. MENGGUNAKAN HUTANG DAN TIDAK BAJET.

Hah, ni ramai anak muda yang terjerumus. Trend katanya. Leher tu dah tak boleh nak bernyawa sebab dah terikat dengan hutang kad kredit. Biasanya, bila duit dah tak cukup, executive muda (semua golongan muda) lebih suka kaedah penyelesaian dengan kad kredit.

To solve this problem, apa yang perlu dilakukan adalah melakukan bajet! Bajet agar kita tidak terlebih berbelanja. Ini sangat penting. Tak fasal-fasal, cukup bulan, bil melambung!

* Jangan suka berhutang!


Akhirul kalam, anda boleh melakukan apa yang anda suka, tetapi perlu diingat, berpada-padalah. Jangan menyesal pula...

Wednesday, March 16, 2011

ICE CREAM SEBAGAI PEMBUKA SELERA

Assalamualaikum w.b.t.

Hello everybody.. Saya borink-borink tadi, so saje cari tentang ice cream. Bila dah search tu, terliur lah pula. Bestnya bila tengok gambar di bawah.. Rasa tak sabar nak makan pun ada. Hehehehehe.. Opppsss.. Sabar..













Source: Cute Food


~ Nak ice cream.... Time birthday baru ni Abah belikan kek cheese tapi cam tak kena selera je.. Adik-adik yang habiskan. Tq Abah

~ Namun hatiku hanya Allah yang tahu..

Tuesday, March 15, 2011

HATIKU MILIK-NYA


Jemari kemas menggengam pena,
Melakar karya cinta pada-Nya,
Fikiran lemas tipuan buana,
Inilah puisi hatiku milik-Nya.

Hati tunduk mengabdikan diri,
Jiwa teguh ujian ilahi,
Tarbiah nafsu didik peribadi,
Insan soleh tetamu syurgawi.

Mata melirik semesta duniawi,
Telinga mendengar zikir yang suci,
Akal mentafsir yang tersurat,
Naluri menyingkap yang tersirat.

Susuri jalan yang satu,
Redahi ujian dalam rahmat-Nya,
Semakin berpadu cahaya kasih-Nya,
Benarlah kini, hatiku milik-Nya.

Mencari cinta ku temui noktah,
Mencari rindu ku temui sendu,
Mencari kasih ku temui sedih,
Mencari gembira ku temui lara.

Kian tercipta denai cinta,
Bisa terlukis hamparan rindu,
Moga terlakar gelombang kasih,
Agar terpahat lukisan gembira.

Pena ini terus bertinta,
Menanti ilham menukil kata,
Hatiku ini tetap milik-Nya,
Dari azali hingga akhir nyawa.

Sumber: iluvislam.com


~ Benarlah, berapa banyak pun kita mengejar cinta manusia, takkan sama cinta yang Allah berikan kepada kita. Dan memang benar, sejak azali hati kita ini adalah milik-Nya yang mutlak. DIA lebih tahu apa yang tersirat dalam hati kita ini. Kita tidak boleh lari dari pemerhatian-Nya.

Sunday, March 13, 2011

AGE IS NUMBER


Age is strictly a case of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter. - Jack Benny

The old believe everything; the middle-aged suspect everything; the young know everything. - Oscar Wilde

The older the fiddler, the sweeter the tune. English Proverb

Sugar in the gourd and honey in the horn,
I never was so happy since the hour I was born. - Anonymous

*****************************

Kata-kata di atas mungkin biasa kedengaran apabila ulang tahun kelahiran tiba.

Namun, umur hanyalah pada angka.

Walau hidupku belum cukup makan garam, namun rempah ratus hidupan masih lagi enak di santap dan dihidangkan seiring dengan peningkatan usiaku yang genap pada hari ini..

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Engkau masih lagi memberi peluang untukku memperbaiki diri dan berbakti kepada orang tuaku..

Walapun aku sedar, umur ini tidak memberi jaminan jika pada bila-bila masa Engkau ingin mengambilku dari orang tuaku..

Kerana aku hanyalah pinjaman sementara dan nikmat ku ini adalah berbalik juga kepada perhambaan ku kepadaMU..

Ya Allah...

Aku tahu semua yang terjadi adalah di bawah pemerhatianMU... SUNNATULLAH..

Aku juga tahu yang ilmu ku belum cukup lagi untuk memperlengkapkan diriku dari menghadapi ujianMU...SYARIATULLAH..

Namun itu bukanlah alasan ku untuk menyalahkan apa yang telah berlaku...

Aku bertanggungjawab di atas segalanya...

Aku redha dan aku insaf , Ya Rahman...

Sabarkanlah hambaMU yang hina ini, Ya Rahim...

Tenangkanlah rasa gundah hatiku, Ya Latif...

Aku akui kesilapanku, Ya Khaliq..

Terimalah taubatku di sepangjang hayat hidupku...

Bimbinglah aku dalam melalui jalanMU....

Usiaku hanya pada angka, namun Engkau telah menyedarkan aku tentang bila-bila masa diri ini akan pergi menghadapMU...

Usiaku hanya pada angka, namun semua yang aku lakukan adalah dalam pemerhatianMU...

Usiaku hanya pada angka, namun aku masih tetap hamba...

Usiaku hanya pada angka, namun Engkaulah Maha Hidup... Ada di mana-mana.. Engkaulah tempat meluahkan segalanya... Engkaulah pemilik hati yang masih menerima hidayah...

Ampunkan hambaMU ini...

Hidup dan matiku hanya untukMU....

......................
......................
......................

* Aku insaf dengan apa yang telah berlaku dan yang telah Engkau perlihatkan kepadaku... Hidup tidak lama...

* Moga peningkatan umur ini, membuatkan aku lebih menghargai siapa diriku dan orang disekelilingku, apa tujuan aku hidup, apa bakti yang aku telah lakukan dan bakal lakukan, memperbaiki diri menjadi Muslim yang sejati dan khalifah di muka bumi ini...

Saturday, March 12, 2011

DIA Selalu Ada


Hidup di dunia. Kau berdepan kesukaran yang menggila. Ada saat-saatnya kau berasa seolah-olah telah ditakdirkan untuk kalah,dan semua yang telah kau dilakukan terlihat salah.

Seorang insan berdosa dan menyedari dosa besarnya. Kemudian ia merasa tidak mampu selamat daripada dosa-dosa yang lalu. Terkadang fikirannya menyimpang ke arah kejahatan. Fikirannya mengatakan yang dia sudah tidak dapat selamat, dan nafsu pula mengajaknya supaya menjadi lebih khianat.

Lalu dia terlihat tegar mengotorkan janji Tuhan mengenai syurga dan kemanisannya. Tunggu dulu! Jangan kau melulu menghukum saudaramu itu. Mungkin dia bukan begitu tetapi dia telah terperangkap dengan semalam yang silap. Fikirnya dia sudah menjadi pembiadab, dan dirinya sudah tiada harap.


Manusia yang terlihat hanyut, ada masanya tidak memilih untuk terus menjadi hanyut. Namun, ada masanya mereka tertewas, dan masalah yang paling besar adalah mereka terus tertewas.

Ada manusia yang selalu berasa tertekan dan merasakan masalah terlalu banyak, terlalu membebankan. Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi mereka, maka masalah yang dihadapi seolah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.

Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.
Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Surah Az-Zumar: 53]


Siapa kau? Pendosa yang tercelaka? Pemegang beban masalah dunia? Jangan berhenti berharap. Jangan hukum dirimu sebelum kau dihukum. Masalah itu hadiah, ia anugerah dan ia juga pendekat dirimu dengan Allah.

Percayalah, setiap kesusahan itu pasti akan berakhir dengan kegembiraan jika kau punya kesabaran.
Setiap kali datangnya saat-saat yang kau tidak mahu bernafas lagi, ingatlah yang sebenarnya Pencintamu sedang menguji.

Ya Allah, rahmatilah dan hadiahkan kami yang tertewas dan terhimpit ini dengan segala kemudahan. Amin....

Bila berakhirnya semua ini, bila habis Kau menguji diri ini, hiaskanlah wajah-wajah berdosa ini dengan senyuman dan ketenangan dari-Mu.

Wallahua'lam.

Sumber: iluvislam.com


~ Aku suka artikel ini. Aku juga sebahagian dari manusia yang tidak terlepas dari melakukan dosa.. Diriku tidak selalunya suci dan putih bersih ibarat bayi yang baru lahir... Hanya Allah yang layak menentukan letak duduknya diriku ini di hadapanNYA.

Ya... hidup ibarat roda.. Siapa pun kita, pasti kita akan kecundang dalam menghadapi ujianNYA.. Itulah diri kita yang tidak mampu melawan hasutan nafsu. Jika iman kuat sekalipun, pasti syaitan yang terhebat akan menguji kita. Benarlah, memerangi nafsu sendiri adalah jihad yang paling sukar untuk ditangani...

Apa yang penting, aku tidak putus berdoa memohon keampunan dari DIA yang selalu ada. Aku insaf.. Hidup bukan panjang... Aku kerdil.. Aku gerun dengan amaran yang telah ENGKAU perlihatkkan saat hayat ku ni.. Bencana sana sini tanda ENGKAULAH YANG MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU.. KUN FA YA KUN...

"Ya, Allah! Hanya kepadaMu aku berserah... Aku menyesal dengan apa yang telah aku perbuat selama ini disepanjang hayatku.. Semoga Engkau menerima taubatku yang tidak berbelah bagi ini.. Engkau telah saksikan titisan jernih yang jatuh ke bumi demi mengharapkan keampunan dariMU. Peliharalah iman kami sebaik mungkin dan sentiasa dalam agamaMU. Selamatkanlah kami dari seksaan azabMU yang amat pedih". Amin..

* Jika diberi peluang, ingin aku hidup sebagai anak kecil kembali.... Namun takdir sebegini... Sebentar lagi genap usia ku 26 tahun.. Moga, aku menjadi muslim yang taat pada suruhan dan meninggalkan segala laranganNYA...

KERETA API PENUMPANG GHAIB



TOKYO: Sebuah kereta api yang membawa penumpang masih gagal dikesan selepas hilang ketika gempa bumi melanda timur laut Jepun, semalam.
Menurut sumber, kereta api itu melalui kawasan pantai Jepun apabila ia gagal dikesan.

Memetik sumber polis, agensi berita Kyodo melaporkan, kereta api penumpang itu dikendalikan Syarikat East Japan Railway.

Ketika kejadian, kereta api itu berada berhampiran stesen Nobiru di landasan menghubungkan Sendai dengan Ishinomaki.

Sementara itu, polis Jepun berkata, pihak berkuasa menemui 200 hingga 300 mayat di kawasan pantai timur laut negara itu selepas kawasan berkenaan dilanda tsunami, semalam.

Sumber berkata, kebanyakan mayat itu ditemui di Sendai, bandar utama paling hampir dengan pusat gempa bumi petang semalam.

Gempa sekuat 8.9 magnitud itu mencetuskan tsunami sehingga 10 meter, diikuti lebih 50 gegaran susulan selama beberapa jam.

Kebanyakan gegaran susulan itu sekuat lebih 6.0 magnitud.

Berpuluh-puluh bandar dan perkampungan di sepanjang 2,100 kilometer di timur negara itu turut merasai gegaran berkenaan.

Kesan gempa turut dirasai di Tokyo yang terletak beratus-ratus kilometer dari pusat gegaran.

Sebelum ini, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 56 lagi hilang.

Bagaimanapun, jumlah sebenar korban dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa apabila kerja-kerja mengesan dan menyelamat dilaksanakan sepenuhnya. - AP

Sumber: Metro


~ Dijangka lebih 1,000 mangsa Tsunami

Friday, March 11, 2011

TSUNAMI DI JEPUN!

Insaflah wahai saudaraku sekalian. Mohonlah perlindungan dari Allah... Saksikanlah video ini dengan penuh rasa hamba...

TSUNAMI KEMBALI DI JEPUN










Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.


Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

Sumber: Mimpi Senja


Penduduk dinasihat tidak ke pantai


KUALA LUMPUR – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

Sumber: Kosmo


~ Gerun rasanya. Rasa bergenang air mata bila tengok berita tadi. Insaflah sebelum terlambat.. Kemungkinan bencana tsunami lebih besar ada... Selamatkanlah kami, Ya Allah.