Thursday, March 31, 2011

JANJI YANG TAK DITEPATI

Assalamualaikum w.b.t.


Adab bergaul sesama manusia sangat dititik beratkan lebih-lebih lagi dalam agama Islam dan budaya Melayu. Begitu juga dengan agama lain yang mengambil kira kepentingan menjaga tatasusila sesama insan. Ini termasuk dengan menepati janji.

Demi menjaga kesejahteraan, maka membuat sebarang janji hendaklah ditepati. Menepati janji itu adalah tuntutan syara‘, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Tafsirnya: “Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”. (Surah Al-Isra’: 34)

Ayat ini memperingatkan bahawa hidup manusia di dunia ini selalu terikat dengan janji. Oleh kerana itu jangan mudah kita membuat janji, kalau janji itu dijangka sukar untuk ditepati atau dipenuhi.

Saya nak kongsikan satu cerita, adakah ini menepati janji atau tidak? (saya pun tak tahu kategori mana)

KES PERTAMA

Ketika saya dibangku sekolah dulu, kami berempat (saya dan tiga kawan yang lain) bercadang ingin melawat kawan kepada salah seorang di antara kami yang sakit di hospital. Ketika itu, saya berbesar hati untuk turut serta (at least bawa kesedaran ketika melawat nanti). Sebenarnya, saya tinggal agak jauh dari kawan yang lain.

Pada hari kejadian, saya bersiap awal namun kerana menggalas tanggungjawab sebagai anak dan kakak, saya perlu menyediakan juadah untuk keluarga terlebih dahulu. Rasanya ketika itu form 1 kot. Ummi meminta saya menyiang ikan. Kami janji pukul 12 tengahari berkumpul sama. Tapi memandangkan takut tak sempat, pukul 10.00 pagi saya dah call sahabat saya jika saya lewat. (Minta mereka tunggu sebab saya tidak kenal si pesakit dan tak tahu di wad mana. Handphone pun tak ada lagi.)

Ringkasnya, bila saya sampai ditempat berkumpul tepat pada masanya, semua tiada. Saya terpaksa pergi ke rumah orang untuk menelefon sahabat-sahabat saya. Namun, hampa. Mereka dah pergi dulu. Aduh... Apakah yang anda rasa????? (Time tu kecewa sangat.. Semua pakat tinggalkan saya tanpa memaklumkannya. Yang sakit hati, mereka buat tak tahu dan tak minta maaf sehinggalah sesi kedua kelas keesokkannya). Budak-budak pun ada perasaan tau...

KES KEDUA

Kami berjanji untuk berjumpa tapi bukan saya yang bagi cadangan. Saya faham akan kesibukkan kedua pihak. Sahabat tersebut yang membuat janji. Saya rasa gembira sebab lama tak jumpa dan payah pula tu. 

Pada hari yang dinanti, sahabat tersebut mengatakan ada urusan lain. Raut wajah saya berubah walaupun hanya saya yang merasainya. Saya fikir bukan rezeki walaupun hati rasa kecewa. Tapi sahabat ini beri pula idea lain, jumpa pada satu tarikh yang dia sendiri tentukan. Apakah yang anda rasa??? (Senang-senang je buat jadual untuk kita..huhuhu.. Tak ada kerja lain agaknya.)


KES KETIGA

(Tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah pergi)

Seorang lelaki bersungguh-sungguh untuk menawan hati seorang wanita. Ceh.. Hebatlah tu.. Dia ingin menyunting wanita tersebut sebagai suri hidupnya. Segala proses telah dilalui dengan jayanya, namun si lelaki didapati menghadapi masalah dalam tempoh tersebut. Janji itu mungkin tidak dapat ditunaikan.

Apakah rumusan anda??

KES KEEMPAT

Seringkali bila saya berjanji, kalimah InsyaAllah pasti saya tuturkan. Namun si penerima seumpama tidak meyakininya. Saya jadi hairan, walhal seingat saya, tak pernah saya mungkir. Jika tidak mampu, saya tidak berjanji apa-apa. Tapi bila, saya mengucapkan InsyaAllah, saya memang memaksudkannya. Apakah salah???

Cukuplah empat kes yang saya beri. Kerahkan neuron otak anda bekerja dengan pantas.. Berfikir bagaimana untuk mengatasinya..

~ Secara jujur, diri ini sangat pantang bila janji dimungkiri. Tapi bagaimana janji kita kepada Allah s.w.t.? Apakah janji yang kita buat itu kita tepati atau tidak? Adakah kita berubah menjadi Muslim yang sebaiknya? Hah, bagaimana pula janjimu kepada orang tuamu? Adakah kamu sudah menunaikannya? Fikir-fikirkan.. 

(Wahai diri, jadilah anak yang solehah dan hamba yang beriman sebelum ajal datang menjemput..)

No comments: