Thursday, January 30, 2014

5 LANGKAH UNTUK DIPRAKTIKKAN BILA MULA SAKIT BERSALIN


1. BERJALAN

Cuba untuk bangun dan berjalan disekitar rumah atau kawasan anda untuk menggalakkan bayi lebih turun ke bawah. Berjalan naik dan turun tangga juga boleh membantu ketika ini.

2. BERBARING KANAN KE KIRI

Cuba berbaring disebelah kiri anda. Ini meningkatkan aliran darah kepada bayi dan boleh meningkatkan kesakitan.

3. MERANGKAK

Belakang anda akan berasa lebih baik dan anda akan membantu bayi berputar ke dalam kedudukan muka-down bagi memudahkan dia keluar. Dapatkan di lantai dan perlahan-lahan meletakkan berat di tangan dan lutut anda. Jika perlu, berlutut di atas bantal untuk lebih selesa.

4. SENAMAN REGANGAN KAKI

Melegakan kesakitan kontraksi dan membantu bayi mula bergerak ke arah yang betul. Meletakkan satu kaki di atas kerusi dan bersandar ke hadapan. Beralih ke kaki yang lain dengan melakukan perkara yang sama.

5. MENCANGKUNG

Mencangkun apabila tiba masanya. Apabila anda mula merasa pengecutan keras yang menjadi lebih hampir, nurse atau doktor anda mungkin memberitahu sudah tiba masanya untuk anda menolak. Mencangkung menjadikan proses menolak lebih mudah.

p/s: Yang saya sempat buat adalah berjalan dan berbaring. Nak buat milo cicah dengan roti pun tak dan sebab suami suruh cepat.. Dia yang lebih risau.. Tapi akhirnya emergency czar sebab jantung baby lemah. Moga untuk anak kedua ni, Allah bagi nikmat untuk saya merasai bersalin normal.

Wednesday, January 29, 2014

Di mana letaknya maruah kita?


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

Sumber: RIDHUAN TEE ABDULLAH

p/s: Sepatutnya, penganut Islam perlu kuat.. Saya setuju dengan apa yang dilontarkan oleh Saudara Ridhuan Tee Abdullah

Wednesday, January 22, 2014

JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN

Assalamualaikum w.b.t.

12/1/2014

WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR

Saje tukar angin sebab saya dah boring makan kat tempat biasa kami makan. Bila suami minta beri cadangan, saya terus ajak datang sini. Baru lagi cawangan restoran ni..

Lepas Maghrib kami menapak. Agak lama juga tunggu nak makan. Orang ramai. Pelayan friendly. Kat bawah ni mostly picture google je.






[This is my own picture - My Hubby & My Son]


Kami tak order apa yang tekak kami nak makan (saya nak try spageti dan suami nak try lobster) tapi saja try menu Meat Lover bla bla bla.. Tak ingat nama nya tapi gambar macam kat atas. Suami tak gemar menu yang kami order. Just "BOLEH" katnya.

Lupa nak cakap, sebelum tiba menu kami, kami makan snek macam maruku tu. Itu pun dia cas tau.. Baby saya suka la benda ni.. Then kami order Starter kentang goreng tu..

Overall, hiasan dalam restoran ni cantik dan penuh dengan reward  dari zaman muda dan terkini Chef Zubir. Makanan, bagi saya hebat.. Hiasan pun canggih. Last tu kami makan kek Tiramisu.

17/1/2014

WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUESE (WISH)

As singkatan namanya, itu jugala yang telah di wish oleh abah saya sewaktu kami balik bercuti di kampung saya pada Thaipusam yang lalu. Abah saya dah siap potong keratan akhbar Metro untuk merasai makanan di WISH.

Actually, adik2 saya tak cukup ketika itu tapi mana yang ada tu kami join je makan. Termasuk Abah Ummi dan 2 baby, 11 orang semuanya. Ni kami pergi yang dekat Bangi tu. Ikut Highway SKVE yang baru tu, kejap je la sampai..

[My own picture: iklan penyambut tetamu depan pintu masuk]
[My own picture: Garlic Bread for My Son]
[My own picture: Alfredo so yummy..]
[ Permintaan adik saya ke 6 dan isterinya - tak ingat nama tapi daging la..]
[ Permintaan adik ipar ke-3]
Ramai pengunjung yang makan dalam restoran ni. Sempoi dan cantik. Pelayan friendly juga sama macam dekat Wangsa Grill tu. Tapi semuanya lelaki. Kat sini pun tunggu makanan sampai agak lama juga. Terutamanya menu Abah saya dan suami saya, kalau tak silap namanya, Meat shoulder bla bla.. Kami habis makan baru dapat menu mereka.

Saya ni kalau pergi mana-mana restoran yang jenis orang putih ni, saya suka order jenis spageti yang kuah putih or Carbonara. Tekak memang suka yang cheese dan creamy ni. Memang terangkat. Alfredo tu memang sedap walaupun nampak dull je tampa hiasan.

Semua sedap.. saya try suami punya menu, sedap juga. Banana milkshake dan oreo milkshake pun sedap.

Overall, menu puas hati termasuk Abah dan Ummi saya suka rib apa ntah yang di order Ummi saya. Tapi bab pelayan ni, dorang tak berapa efficient la. Maksud saya, bila kita nak order tu, mereka kata sebut kod makanan tu. Contoh: 287 Alfredo. Dorang tak hafal menu.

Then, bila nak hantar menu pula, pelayan ni tak tahu menu tu di order oleh meja mana. Terpinga-pinga kami dan mereka. Sampai siap panggil pekerja yang lagi senior.. Punya berkerja keras otak nak hafal nama menu yang kami order tu. Dan accident yang tak patut terjadi (tapi manusia kan mana ada yang perfect) pelayan yang ada tu agak kecoh nak mengemas meja yang telah digunakan dan ada yang terpecah.

Abah cakap

"Makanan memang sedap tapi kalau orang yang mementingkan semuanya, mereka perlu tingkatkan service tu ke tahap yang lagi hebat. Kalau orang yang tak kesah, mereka buat tak tahu aje"

Tuesday, January 21, 2014

ANAKKU..


PESAN IBU TENTANG AYAH:


Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
 
p/s: Ditujukan buat Abah, Abah mertua dan Istimewa buat Suamiku..