Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

SELAMAT BERPANTANG!

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada lafaz yang lebih hebat mampu diucapkan melainkan kalimah 'Alhamdulillah'.. Selamat semuanya..

Ceritanya bermula begini..

22 April 2014

Check up mingguan di Klinik Kg. Pasir Hulu Kelang. Saya dah masuk 37 minggu. Semuanya ok melainkan saya memberitahu nurse gigi geraham sebelah kanan atas patah separuh ( suami kata sumbing ) ketika makan hari minggu lepas.

Saya telah diberikan surat bertarikh 17 April 2014 oleh doktor yang bertugas untuk dirujuk di Hospital Ampang sama ada saya boleh bersalin secara normal atau pembedahan tapi saya tidak sempat melakukannya lantaran suami saya mempunyai urusan yang lain.

Puas dah saya pujuk suami takut ada pape yang terjadi dan suami berjanji untuk membawa saya keesokan harinya.

Malamnya saya bermain dengan Akhtar dan melakukan rutin biasa tapi saya berasa tidak sedap hati. Saya tidak memaklumkan kepada suami cuma saya berlagak tenang. Akhtar pula asyik benar menyebut 'Adik' sambil bermain perut saya.

Saya terdetik di hati, "tanda aku nak sakit bersalin kat Akhtar, hari Selasa, Rabunya Akhtar lahir dah.. Ni adiknya pun macam tu ke??"

Saya sudahkan melipat baju, basuh dan sidai kain, sempat kemas baju Akhtar sekali..

23 April 2014

Dalam pukul 1.35 pagi saya sempat menjamah sedikit kurma dan minum air susu kambing..

Saya berkira-kira dalam hati, masanya dah tiba ni..

Sebenarnya, suami minta saya berehat tapi hati rasa tak tenang.. Kemudian, baru saya kejutkan suami,

"Kanda, dinda rasa dah sampai masa ni.. Tak apalah kita pergi hantar Akhtar dulu kat rumah mak. Rasa sakit tu dah makin kerap"

Saya tak pasti apa yang suami balas waktu itu..

Sekitar pukul 2 pagi, kami tiba di rumah Sentul, Mak Abah dan Kak Seri sudah menunggu kami.

Sempat saya minta maaf dari Mak dan Abah serta minta doa mereka agar saya mudah bersalin. Mak cium saya..

Mak tanya, "Dah rasa sakit sangat ke?"

Saya menganggup sambil suara terketar-ketar menjawap, "Dah agak kerap" (tengah kontraksi tu..)

Sempat saya pesan pada mak, "Tengokkan Akhtar elok-elok ye, mak. Kalau dia jaga, mak bagi air tau"

My hero yang soleh still bf with me..tu yang saya sedih sikit..

Then kami terus patah balik pergi ke Hospital Ampang..

Kali ni suami parking pada tempatnya tidak seperti kelahiran lalu, habis kena saman suami saya..

Sesudah mendaftar, saya terus disiapkan dan nurse sempat marah ringan setelah saya ajukan surat doktor tempat saya check up.

"Patient lambat buat tindakan"

Terus doktor India datang,

"Siapa yang advice awak untuk bersalin normal?"

Saya geleng..

"Ok, kita cuba bersalin normal tapi kalau tanda-tanda perut awak akan pecah, kita terus buat pembedahan"

(Dalam hati, tersentap dengar ayat doktor tu... Kuasa Allah. Dulu aku emergency czar la)

Melihat saya sakit semakin kerap, terus mereka bawa ke labor room, tingkat 4.

========

Ok, bersambung di lain kali..batuk teruk la..


Friday, March 28, 2014

9 Bulan Mengandungkan Anak


Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.

Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali. 


Sumber: Dari facebook

TIDUR AWAL SUPAYA MUDAH SOLAT


Sebagai ibu bapa kita yang berhak mencorakkan anak-anak kita mengikut apa yang ditekankan dalam Islam.

Suka saya kongsikan nasihat ini untuk kita sama-sama membentuk anak-anak kita agar mudah mengerjakan solat subuh dengan tidur awal..

Saya cukup tak suka jika anak saya tidur lewat walaupun Akhtar masih kecil..

Katakanlah pada anak-anakmu, " Tidur awallah kalian agar esok kalian boleh bangun untuk menunaikan solat subuh - supaya akhirat menjadi cita-cita dan keinginan utama mereka"

Jangan kau katakan pada anak-anakmu, "Tidur awallah kalian agar kalian tidak terlambat bangun untuk ke sekolah kerana esok kalian harus ke sekolah - ucapan yang sebegitu akan membuatkan anak-anakmu menjadikan dunia sebagai cita-cita dan keinginan utama mereka."

Wednesday, March 5, 2014

PERMATA HATI

[ Baby soleh dan bijak, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Amin ]
Anakku.....
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu..
MAKA IBU AKAN MEMILIH MENGANDUNGMU..
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Tuhan...

Sembilan bulan nak...engkau hidup diperut ibu...
Engkau ikut kemanapun ibu pergi...
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdegup kerana kebahagiaan...
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,kerana ibu kecewa dan mengurai air mata...

Anakku....

Bila ibu harus memilih apakah ibu harus operasi caesar,atau ibu harus berjuang melahirkanmu
MAKA IBU MEMILIH MELAHIRKANMU...

Karena menunggu dari jam ke jam...,minit ke minit kelahiranmu.......
Adalah seperti menunggu antara memasuki salah satu pintu surga
Kerana kedasyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan...

Dan saat itulah kebesaran Tuhan menyelimuti kita berdua....,Diantara peluh dan erangan rasa sakit...
Yang tak pernah boleh ibu ceritakan kepada siapa pun...

Dan ketika engkau hadir,tangismu memecah dunia...,saat itulah...saat paling membahagiakan...
Segala sakit dan derita sirna melihat dirimu yang merah....

Mendengar Ayahmu mengumandangkan Azan....
Mendengar Ayahmu membacakan Doa...
Mendengar Ayahmu membacakan Firman Tuhan
Membisikan ayat ayat suci di telinga mungilmu.....

Anakku.....

Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu....
MAKA IBU MEMILIH MENYUSUIMU...

Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan titisan dan tegukan tegukan yg sangat berharga...
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan...

Anakku....

Bila ibu boleh memilih duduk berehat di waktu terluang...atau duduk dilantai menemanimu bermain puzzle
MAKA IBU MEMILIH BERMAIN PUZZLE DENGANMU...

Tetapi Anakku....

Hidup memang pilihan...jika dengan pilihan ibu,engkau merasa sepi dan merana......
MAKA MAAFKANLAH NAK...
maafkan ibu...maafkan ibu...Percayalah nak...,ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita...Agar tidak ada satu kepingan bagian puzzle kehidupan kita yang hilang.

Percayalah Nak.....
Sepi dan derita mu adalah sebagian duka ibu...
Percayalah Nak.....
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu..........


p/s: Bila mengandung kali ke dua ni, emosi sedikit terganggu.. Kesian pada Akhtar sebab Ummi kadang tak terlayan melayan kemanjaan dan kecerdikan mu duhai anak. Kadang tangan ni ringan nak cubit atau pukul.. Huhuhu.. Cepat rasa rimas.. Mujur suami banyak redakan keadaan.. Dan mujur diri cepat buat benda lain atau solat taubat.. Emosi, kenapa jadi begini?????? Ummi sayang Akhtar. Ummi faham perasaan mu yang berasa ketidakselesaan kerana ingin mendapat adik tidak lama lagi.. Ummi cuba buat yang sebaik Ummi mampu untuk masa yang ada ini sebelum adikmu lahir..InsyaAllah..
T_T

Tuesday, February 11, 2014

NASIHAT BAGI IBU BAPA YANG SUKA MARAH-MARAH

Bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

4. Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

5. Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

6. Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

7. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

- Nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!

Thursday, January 30, 2014

5 LANGKAH UNTUK DIPRAKTIKKAN BILA MULA SAKIT BERSALIN


1. BERJALAN

Cuba untuk bangun dan berjalan disekitar rumah atau kawasan anda untuk menggalakkan bayi lebih turun ke bawah. Berjalan naik dan turun tangga juga boleh membantu ketika ini.

2. BERBARING KANAN KE KIRI

Cuba berbaring disebelah kiri anda. Ini meningkatkan aliran darah kepada bayi dan boleh meningkatkan kesakitan.

3. MERANGKAK

Belakang anda akan berasa lebih baik dan anda akan membantu bayi berputar ke dalam kedudukan muka-down bagi memudahkan dia keluar. Dapatkan di lantai dan perlahan-lahan meletakkan berat di tangan dan lutut anda. Jika perlu, berlutut di atas bantal untuk lebih selesa.

4. SENAMAN REGANGAN KAKI

Melegakan kesakitan kontraksi dan membantu bayi mula bergerak ke arah yang betul. Meletakkan satu kaki di atas kerusi dan bersandar ke hadapan. Beralih ke kaki yang lain dengan melakukan perkara yang sama.

5. MENCANGKUNG

Mencangkun apabila tiba masanya. Apabila anda mula merasa pengecutan keras yang menjadi lebih hampir, nurse atau doktor anda mungkin memberitahu sudah tiba masanya untuk anda menolak. Mencangkung menjadikan proses menolak lebih mudah.

p/s: Yang saya sempat buat adalah berjalan dan berbaring. Nak buat milo cicah dengan roti pun tak dan sebab suami suruh cepat.. Dia yang lebih risau.. Tapi akhirnya emergency czar sebab jantung baby lemah. Moga untuk anak kedua ni, Allah bagi nikmat untuk saya merasai bersalin normal.

Tuesday, January 21, 2014

ANAKKU..


PESAN IBU TENTANG AYAH:


Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
 
p/s: Ditujukan buat Abah, Abah mertua dan Istimewa buat Suamiku..

Thursday, December 12, 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Tip ni wajar dipraktikkan pada anak yang berusia 0-3 tahun untuk  perkembangan skill mereka. Ketika usia ni, mereka cepat tangkap apa yang berlaku di depan mata. Jaga2. Saya copy dari sini dan edit sedikit. Tq sis sebab share info berguna.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

 * Ni jika berkesempatan jumpa rumput, saya 'lanyakkan' anak saya untuk dia rasa. Pernah saya lalukan kakinya di dinding kasar untuk dia rasa struktur yang ada pasir campur simen. Dan saya juga dah ajar anak saya buat art guna water color untuk conteng di color paper. 


2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7!
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! 
No handphone in front of Alex please!"
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone).
 But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. 
Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. 
For example, kita cakap,
 Oh Boboiboy is wearing a red cap. 
Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! 
Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. 
But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching.
 Itu petanda buruk. 
So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone,
games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?

Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.

* Alhamdulillah, untuk hal ni, saya cuba kurangkan Akhtar tengok tivi.
Biasanya saya kerap bermain bersamanya jika
disamping bercerita bersama dia.


3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

[Serius, waktu ni bingit sangat sebab Akhtar ambil tin kosong ni buat gendang sambil dia gelak kuat2]
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
* Alhamdulillah, Akhtar ikut semua berkembangan bayi membesar. Dia masih merangkak lagi. Part ni rasa lega sikit walaupun saya nak dia berjalan (tak larat nak dukung). Maybe Allah nak bagi anak Ummi bijak orangnya dan berguna untuk Islam dan Ummah. InsyaAllah. Amin


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

* Tang ni, mainan Akhtar masih sesuai dengan dia. Mujur tak beli watak Upin Ipin dan Ninja Turtle.
[Act, bawah meja kecil ni ada kotak. Semua Akhtar yang susun. Dia nak masukkan kereta yang dia main tu dalam kotak]


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

* Saya dah ajar pun anak bersalam dengan orang lain. Tapi budak kan, kalau ada mood, dia buat dengan jayanya. Tak boleh putus asa nih!

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. 


8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

* Alhamdulillah, Akhtar dah good mood dengan ayahnya. ^_^

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
[Time ni Akhtar syok main kereta sambil makan keropok bunga2]

[Waktu ni saya baru perasan yang anak saya sangat fokus pusingkan tayar lori mainannya.]

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Akhtar menangis?"

Tapi Akhtar diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Akhtar jatuh?"
"Akhtar sakit perut?"
"Akhtar lapar?"
"Akhtar bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Friday, November 29, 2013

Sandwich Bag Art

Assalamualaikum w.b.t.

Banyak nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Cuma hari ni, saya nak share hasil kreativiti seorang ayah sesudah menyiapkan sandwich untuk si anak tersayang. Ayah yang awesome ni lukis guna marker mata tajam tu je. Mesti happy anak dia bila time nak lunch. Saya yang tengok ni pun nak buat perkara yang sama untuk Akhtar dan adik2 nya bila dah masuk sekolah nanti ( berangan je ko nih. ^_^ ).

See.. What say you?
























Ini kata-kata ayah yang awesome, David;

“The sandwich bags are something that my boys and I share together. But the comments people leave about a parent doing something similar really touches me, because there are other parents that love their kids just as much. And they love them enough to leave a little note, a little whatever it may be… that’s just something that brightens their day when they get to their lunch.”
 p/s: Tetibe rasa nak lukis balik..Syoknya.. Now Akhtar pun dah pandai conteng sejak dia 10 bulan lagi. Memang Akhtar dah pandai pegang pensil dengan baik. Saya pun tak ajar. Tapi mungkin ketika mengandungkannya setahun lalu, saya rajin membaca dan mengira. So, dia gemar buku, kertas, pensil dan seumpama dengannya. Spend time dengan anak ni memang buat kita rasa muda bercampur geram. Ahaks...

Friday, October 18, 2013

BERKONGSI SETIAP PERKARA DENGAN SI KECIL

Assalamualaikum w.b.t.


Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan Hari Jumaat, penghulu segala hari. Macam mana sambutan Aidiladha di tempat anda, meriah? Jika tanya saya, sangat sederhana. Cuti sehari dan berbahagi dengan 2 buah keluarga. Sempatlah jumpa adik beradik yang memang agak sukar nak jumpa sekarang ni.

Berbalik pada tajuk di atas, sejak dari kandungan lagi, saya dah berkongsi segala pengalaman dengan si kecil. Mengaji, membaca, mengira dan macam-macam lagi.

Bila anak dah lahir, sebaik mungkin saya cuba terapkan nilai-nilai Muslim yang baik buat anak soleh saya, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Setiap hari boleh nampak perkembangannya.

Tapi sekarang ini dan saat ini, paling saya teruja sebab dia dah bagi tindak balas yang sangat baik. Sebelum ni, ada juga. Contohnya, bila saya selawat, panggil namanya dan bila mendengar azan atau mengaji. Akhtar akan kusyuk dan berhenti seketika. Sweet sangat.

Setiap hari saya akan cerita padanya, apa yang saya dan suami buat. Maksudnya ketika kami bekerja, ketika saya lipat kain, baca buku, memasak, menyidai kain dan sebagainya. Anak dah makin membesar ni, kalau boleh dia nak kita ada depan mata dia. So, mengikut je apa yang saya buat. Pandai cari pula tu.

Namun adakalanya sikap si kecil saya ni memang menguji kesabaran tang bab menyepah. Aduhai. Pening Ummi dibuatnya. Kita pura-pura nangis, dia gelak. Tapi saya jarang nak marah dia cara kasar. Selalu berhemah dan itu yang saya perlu tingkatkan kesabaran.

Satu lagi bab makan. Akhtar agak cerewat juga. Kalau ada yang tak kena masuk dimulutnya, cepat-cepat dia luah dengan buat muka comel. Geram sih! Bila saya makan, dia ikut nak juga. Tapi bila dah bagi, dia buat main-main. Sabar je la.. Tapi, Akhtar suka makan anggur (kadang dibuang kulitnya sendiri), kiwi (makan berserta kulit) dan buah oren sanquict. Lepas makan, berak banyak ko!!! Hahaha.

Ada lagi sifat dia yang betul-betuk mencuit hati. Mungkin saya biasa cium Akhtar. Sekarang dia akan tiru balik apa yang saya buat padanya. Dia akan cium saya sambil bermain-main korek mata lah, korek mulutlah dan korek hidung lah.. Kadang Akhtar gelak bila dia buat macam tu pada saya. Suka eh kacau Ummi.

Kadang ada juga aksinya yang membuatkan saya risau. Bila nak berjalan (bertatih) dan menggoyangkan  badan (ibarat menari). Maklumlah, Akhtar sekarang cuba nak teroka cara berjalan sambil pegang-pegang benda. Kadang, sebagai Ummi ni saya risau. Banyak kali jatuh dah.. Ni dah mula nak panjat-panjat. Mujur pandai kawal dirinya bila nak turun. Tapi Akhtar tahu saya marah sebab ekspresi dirinya akan buat muka cuak bila ia dibuat secara sembunyi-sembunyi. Lucu tengok!

Tang gerak badan macam menari atau bertepuk tangan atau hulur tangan tu saya memang suka. Bila kita, selawat, respon Akhtar begitu. Bila pasang lagu ABC, Alif Ba Ta dan lagu islamik lain pun responnya begitu. Cuma yang tak syok bila dengar lagu rock dan rancak. Ummi tak ajar nak ooooiiiii... Huhu.. Moga anak-anak Ummi tidak terpengaruh dengan hiburan yang lalai. Amin.

La ni, Akhtar pun tak mahu kalah nak ajak bercerita. Bahasa baby dan dunia baby agaknya. Saya tetap respon dengan baik. Saya dan suami mengajar cara komunikasi dua hala yang effective. Bila bermain pun, saya akan pastikan Akhtar tak main sorang-sorang. Kesian anak kalau dia main sorang-sorang. Namun yang bestnya saat bermain, Akhtar yang soleh ni suka sangat nganga mulut. Ummi cuba buat pun penat. Seronok benar dia sambil nganga mulut tu. Besar kau!

Ummi sayang anak Ummi.. Akhtar nak jadi Along dah..

p/s: Tak dapat nak masukan gambar Akhtar setalah dia buat salah panjat meja.

Wednesday, September 4, 2013

MANFAAT SUSU IBU SEPANJANG HAYAT

SUSU ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.

Di samping itu, bayi yang menyusu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga enam bulan yang pertama, mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu.

Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula.

Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

Menurut Pengerusi Persatuan Susu Ibu Hospital Pusrawi, Dr. Asmah Yun Mat Sidek, penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu.

Kesan baik itu bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil namun kekal sepanjang hayat meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi dan pembentukan peribadi seorang anak.
Beliau berkata, menurut kajian Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif.

''Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahiran. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut.

"Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

"Dengan gaya hidup masa kini yang sentiasa sibuk, ramai ibu bekerja menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka.

"Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga di Malaysia pada tahun 2006, peratusan ibu yang menyusukan bayi bagi sesuatu tempoh adalah 94.7 peratus.

"Walaupun ini merupakan satu kadar yang tinggi, malangnya hanya 14.5 peratus menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan pertama. Ini adalah di antara kadar yang paling rendah di Asia Tenggara.

"Kadar penyusuan secara eksklusif adalah tinggi pada dua bulan pertama, iaitu melangkaui 40 peratus tetapi menurun dengan mendadak selepas bayi berumur dua bulan. Menurut kajian yang sama, lebih separuh daripada bayi tersebut diberi rumusan bayi dan bijirin," kata Dr. Asmah dalam ucapannya pada perasmian dan sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat Hospital Pusrawi 2013, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau menambah, tema tahun ini Breastfeeding Support: Closer to Mother sesuai dengan matlamat hospital tersebut yang sedang berusaha bagi menggalakkan ibu-ibu yang baru bersalin di hospital tersebut dan seluruh Malaysia untuk menyusukan bayi mereka sendiri.

Sambutan tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Hospital Pusrawi, Dr. Muhamad Fuad Abdullah.

Wednesday, August 28, 2013

TIPS AGAR BACAAN QURAN ANDA TIDAK DIRASA 'KOSONG'.


Quran selalu dibaca, tapi payah nak timbulkan kesedaran setiap ayatnya boleh 'guide' hidup kita. Mengapa agaknya & bagaimana cara nak dapatkan perasaan itu?

Ia perlu start dengan ubah perspektif. Baca Quran kerana pahala kepada baca Quran nak dapatkan pedoman, idea, tips & teknik hidup lebih luarbiasa.

First, kita perlu timbulkan perasaan 'hauskan petunjuk' dari Quran. Ada masalah rujuk Quran dulu. Ia akan lebih mudah dengan cara 'kosongkan fikiran' ketika baca Quran.

Apa maksudnya?

Jika kita baca Quran dgn pemikiran 'I'm smart & intelligent person, I know how to make desicion, kita akan dapat 'zero'. Anda meletakkan posisi anda sebagai imam bukannya makmum. Gelas fikiran anda 'full' bukannya 'empty'. Itu silapnya.

No wonder why Quran tidak dirujuk bila hadapi masalah walaupun ghunnah betul, tajwid cantik & makhraj hebat.

MORAL : betulkan alignment niat. Kita perlu mengaku yg kita perlukan guidance. Then minta Tuhan guide kita via AlQuran.

Bahasa mudah fahamnya : bila baca Quran, start dgn doa 'Ya Allah, HELP ME! HELP ME! I NEED GUIDANCE YG PROVEN

Pasti Allah akan bagi 'makhroja' : jalan keluar, teknik yg tak pernah terfikir utk solve problem hidup kita.

P.S : Jika anda dapati point ini bermanfaaat, sila share. Ilmu berguna takkan powerfull jika ia diketahui sorang-sorang saja. Biar ramai yg tahu, biar ramai yg cinta AlQuran.

Kredit to
-Ustaz Asraff Ayob-
-FB : UstazAsraff-
-www.inspirasiqurani.com-


~ Bila kita baca Al-Quran dengan penuh penghayatan dan cuba memahaminya, pasti menitis air mata hamba kita tu.

Wednesday, July 24, 2013

10 Cara Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi

10 Cara Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi

  • 1655
     

Ajar Anak
Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
- See more at: http://hamil.mustaffa.org/10-cara-mengajar-anak-dari-peringkat-bayi#sthash.8dH6nRDJ.dpufBayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

kredit: pa&ma

Tuesday, July 23, 2013

ANAK MENOLAK BOTOL SUSU

Assalamualaikum w.b.t.

Saya tak sangka anak saya antara bayi yang menolak botol susu...Itu topik yang saya nak kongsi dengan anda semua.

Hal ni saya dah perasan sejak 2 bulan kebelakangan ini. Stok susu yang saya bekalkan tidak habis dan baby soleh saya kerap jaga malam. Cabaran!!!

Minggu lepas saya bercuti untuk bawa anak saya ke klinik ( dah tak kerap macam waktu dia baru lahir dulu ) - 8 bulan sudah. Berat badan dia hanya naik 0.3 gram menjadi 7.8 kilo dari 7.5 kilo waktu dia 6 bulan dulu. Saya bersyukur tapi tetap rasa stress. Saya minta nasihat dari Pakar Pemakanan.

Apa yang saya nak katakan di sini:-

1. Cabaran dari keluarga

Di sini, ada yang membandingkan antara seorang bayi yang sihat dengan bayi yang gemuk, aktif dan suka bermain, susu ibu dan susu formula.

Satu lagi, bayi tak nak makan bubur yang dibuat.. Nak bijirin bayi saje..

Sedih mak!!

Bila dengan saya, masalah tersebut tiada.. Tidak mahu botol, saya faham kenapa tapi saya gigih dan usaha beri anak susu dengan sudu atau cawan atau campurkan dalam menu buburnya. BERJAYA!!

Umminya juga yang faham..

2. Cabaran untuk mengajar sesuatu yang baru

Anak saya cucu ke dua untuk sebalah suami dan berjaya breastfeeding(bf) sehingga sekarang. Alhamdulillah dan saya berharap ia berterusan hingga umurnya dua tahun. Tapi cabaran bf ni tak sama dengan susu formula.

Bila saya ajar begini jadi begitu pula.. Allah. Sungguh ia memang ujian yang hebat bagi saya.. Contoh cara nak bagi bayi menyusu dan cara pengendalian stok ebm. Namun saya tetap tak putus asa.

3. Cabaran bayi menolak botol susu

Sebenarnya tiada masalah yang berlaku pada anak saya sedari dia dilahirkan. Saya sudah ajar dan alhamdulillah minum sampai habis dan tembam! Tapi mungkin sebab dia dah bijak & tahu beza antara reality dan fantasy ( yang ori dan tak ori ), itu yang Akhtar tak mahu tu..

Rasanya itu je masalah saya yang terbesar.

Bulan puasa ni, macam2 ujian dan dugaan..

Tapi, saya tak boleh putus asa..

Masih gigih buat bubur untuk anak dan buat stok ebm.

~ Kadang, orang lama ni perlu terima cara orang baru. Tak salah pun.. Di telan mati emak, di luah mati bapa...huhuhu
~ Sedih tengok anak saya yang tahan nyusu sampai petang..Ummi rasa nak berhenti kerja jaga ko nak. Tapi masanya bukan sekarang..


Wednesday, July 17, 2013

TIPS : Bagaimana Melatih Bayi Menggunakan Botol

Rasa kecewa bila bayi anda menolak bila diberikan botol? Dah cuba banyak jenama tapi masih tak berjaya?

Jangan risau...anda tidak keseorangan. Berikut teknik-teknik berguna dari ibu berpengalaman yang boleh anda cuba semasa melatih bayi menyusu botol.

  • Digalakkan memberi perahan susu ibu (EBM) kepada bayi. Selain mengelakkan payudara ibu membengkak, EBM terbukti mampu menenangkan bayi serta mengelakkannya dari terkejut akibat perubahan rasa susu.
  • Minta bantuan orang ketiga. Biarkan si ayah atau pengasuh yang memperkenalkan botol susu kepada bayi. Logiknya, bayi akan lebih sukar untuk menerima botol jika dia merasa payudara ibunya ada berdekatan. Pastikan ibu TIDAK BERADA BERSAMA semasa 'bottle-training' kerana bayi anda boleh menghidu bau ibunya sejauh 10 kaki. Bila ibu tiada di sisi, secara tidak langsung ia memberi isyarat kepada bayi yang " Oh..ini masa untuk minum susu dalam botol" atau pun.. "Eh, apa ni? (hisap..hisap..)..jap2x...oh sedap..sedap".
  • Bereksperimen dengan posisi penyusuan yang berbeza-beza. Seboleh-bolehnya bukan pada posisi ibu menyusukan bayi. Cara yang boleh dicuba ialah dengan menyusukan bayi mengadap ayah/ penjaga (face-to-face).
  • Cuba letakkan puting botol di tepi mulut bayi, tunggu sehingga bayi buka mulut dan menghisap puting. Dengan botol MIMIJUMI, tugas anda jadi lebih mudah kerana botol ini direka supaya ia kelihatan seperti puting ibu dan susu hanya akan keluar bila bayi mula menghisap.
  • Cuba susukan pada waktu malam, yakni ketika bayi anda lebih relaks. Bayi akan lebih tenang untuk menerima botol berbanding ketika dia dalam keadaan terlalu lapar.
  • Peluk dan tenangkan bayi. Cuba bercakap-cakap dengan bayi, mendodoi dan juga mengusap kepalanya agar bayi lebih relaks. Boleh juga dukung dan bawa bayi berjalan-jalan semasa cuba menyusukan. Tidak perlu jalan tergesa-gesa, cukup hanya berjalan perlahan-lahan bagi mengelakkan bayi muntah. Ia akan buat bayi anda selesa dan mengalih perhatiannya dari payudara ibu.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu supaya bayi tidak keliru puting.
  • Last but not least - NEVER GIVE UP! Teruskan mencuba, bersabar dan berikan masa untuk bayi menyesuaikan diri dengan btol.
SELAMAT MENCUBA!

 Credit to Samantha Cardone & Babyboo mimijumi

Tuesday, July 2, 2013

KEMALANGAN KECIL MY LITTLE SOLEH BOY

Assalamualaikum w.b.t

Nampa tajuk kat atas tu? Jika boleh memang nak elak dari terjadi pada anak-anak. Tapi macam mana kalau terjadi juga? Itu yang berlaku pada baby saya, Muhammad Akhtar Khawarizmi.

Kes 1

Al kisah terjadi pada pagi Jumaat lepas, 28 June 2013. Seperti biasa saya bangun awal untuk sediakan segala keperluan. Jika sempat, saya memang akan buat nasi goreng untuk dijadikan bekalan. Biasanya saya akan lakukan dengan pantas, maklumlah takut si cerdik terjaga. Karang susah Umminya nak buat kerja.

Ntah macam mana fakos saya hilang bila terdengar tangisan si cerdik. Dalam kepala,"Habislah.. Sat nak. Lagi sikit je Ummi nak sudah masak."

Tangisan makin panjang dan ada unsur ngada-ngada. (Manja ko anak aku tu.. Tak mau langsung nak berenggang.-Padahal lapar tu..)

Kebetulan si ayah amik alih tengok si cerdik yang soleh. Hilang sat beban saya.

Biasanya, saya akan tidurkan si cerdik Akhtar di atas katil yang letak hujung ke dinding. Kami akan buat kubu pertahanan dengan letak banyak bantal dan selimut supaya si cerdik tak jatuh. Kadang ada juga saya tidur di bawah supaya si ayah tak terganggu. Sama juga kaedahnya - buat kubu pertahanan. Anak kami dah boleh meniarap dan maju ke depan. Itu yang buat macam tu.

Tapi... tup tup saya dengar tangisan yang maha kuat. Saya gegas lari masuk bilik. Tengok si ayah sambung tidur tapi anak tiada.

Akhtar jatuh dekat dengan timbunan kubu yang musnah. Terus saya peluk tenangkan dia. Ayahnya dah terkejut sambil kata, "Kan dinda, kanda dah cakap, anak menangis, segera tengok."

Sambil pujuk anak, saya pun tak mahu kalah (bukan marah), "Alah, kanda tu tidur lagi teruk. Dinda tengah buat nasi goreng."

Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Memang rasa bersalah tapi mujur si cerdik jatuh dalam timbunan kubu yang musnah, selimut dan bantal yang terjatuh. Impaknya kurang.

Kes 2

Ni semalam. 1 Julai 2013. Sangat tragik bagiku. Si cerdik yang soleh kami ni dijaga oleh MIL ketika saya dan suami bekerja. So seperti biasa kami ambil menjelang petang.

Biasanya, saya akan duduk di bahagian belakang sebalah kiri bersama dengan si cerdik yang soleh. Bila nak balik tu biasanya ada adegan lambai melambai sambil mengekek dari si cerdik yang soleh.

Baru nak mula perjalanan, saya rasa sesuatu macam tersangkut. Terus jerit. Dan si cerdik menangis dan meraung sekuat hati. Tangan my hero tersepit di cermin (fobia terus aku dan menggigil satu badan).

Suami saya pun macam panik tapi try cool kan keadaan dengan biarkan jarinya tersepit pula. Huhu..

Saya peluk sambil usap tangan kecil anak. Nak menangis masa tu. Memang seram semacam badan saya ni. Takut apa-apa jadi kat anak. Suami saya minta si cerdik genggam barang dan ambil barang yang berada di tangan saya.

Lama nak pujuk (berhenti depan rumah MIL). Saya upah susu padanya.

Alhamdulillah Allah masih sayangkan anak kami dan bagi peringatan pada kami berdua.

Malam tu saya terlelap sambil bermimpi tangan anak tersepit. Ngadu kat suami yang tak tidur lagi tu. Dan dalam berita semalam pun ada melaporkan seorang kanak-kanak tersepit tangannya...Stress!

Pengajaran:

Perlu extra pemerhatian dan penjagaan terhadap anak-anak yang masih belum tahu apa-apa. Pastikan sekeliling mereka selamat. Yang pasti, saya dan suami hanya insan biasa yang cuba menjaga amanah Allah dengan sebaiknya tapi Allah lah yang maha mengetahui akan sesuatu.

~ Actually, ada juga kemalangan kecil yang lain. Berlaku kat tempat lain.Terhantuk dinding, terkena bucu dan terlanggar benda berat. Maklumlah, si cerdik dah meniarap dan maju ke depan, jadi ada benda yang dia nak ambil dan capai. Banyak yang dia try nak masuk mulut atau gaya nak sesuatu- suka hentak kepala. Itu yang paling saya risau. Saya tak belikan dia walker pun.


Monday, July 1, 2013

RAHSIA SI KECIL

[ My son dalam semiggu selepas lahir - kalau tak salah]

Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan anak anda, teruskan membaca maklumat yang disediakan ini.

Dalam memastikan perkembangan anak menjadi lebih positif, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti, mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal.

Selain itu, memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif, memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

Dalam tempoh itu, persediaan amat penting untuk menerima perubahan mengagumkan anak anda, dari seorang bayi kepada kanak-kanak kecil. Ini membolehkan anda membantunya mencapai kebolehan maksimumnya dalam empat bidang kepintaran pada setiap peringkat perkembangan.

Namun perkembangan awal fizikal tidak semestinya menunjuk kecerdikan seseorang anak kerana kematangan sistem saraf adalah berdasarkan sejarah keluarga. Penunjuk pada kecerdikan otak yang boleh dipercayai adalah senyuman awal, kepekaan, daya tumpuan dan ingatan yang baik, percakapan awal dan minat yang meningkat terhadap permainan.

Sama ada kepintaran anak lebih nyata dalam satu bidang atau adalah seorang yang serba berkebolehan, penjagaan dan pemakanan yang berkualiti, disulami dengan penerimaan dan kasih sayang tidak berbelah bagi dari ibu bapa, pasti akan membantu anak membesar menuju ke arah kecemerlangan.

Pendapat Head Start Project, menunjukkan bahawa baka bukanlah satu-satunya faktor yang boleh menentukan prestasi intelek seseorang itu kerana yang lebih penting lagi ialah pengalaman-pengalaman, kaedah-kaedah pembelajaran dan galakan yang diterimanya. Ramai para penyelidik menyatakan bahawa peringkat dua hingga tiga tahun adalah kritikal bagi perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu.

Jika persekitaran atau cara bimbingannya sehingga peringkat umur ini rendah mutunya dari segi stimulasi, perkembangan kognitifnya tidak akan tercapai dengan optimum. Jadi ibu bapa adalah pencetus untuk stimulasi anak ke arah yang lebih positif.

Tips Kenali Diri Anak


Anak adalah pemerhati dan pengamat setia terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Jadi anda harus memperlihatkan wajah ceria, bahasa santun dan merangsang, belaian dan kemanjaan menjadikan anak berada dalam keadaan fitrah. Manakala komunikasi dan dialog dengan anak seharusnya berlaku dengan berbagai cara kerana anak mungkin bertanya sesuatu yang dilihat, dibaca dan ditonton kepada ibu bapanya.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak dan sabar memberikan penjelasan supaya fikiran serta perasaan anak terbimbing ke arah kebaikan. Sekiranya bimbingan dan perhatian rapi tidak diberi, sumber yang ditonton, dilayari, dibaca dan dilihat boleh memberi kesan negatif kepada jiwa dan pemikiran anak.

10 Panduan Ringkas Mengenai Si Kecil Anda :


1. Anak berumur 12 bulan sehingga 36 bulan (3 tahun) adalah unik. Pada usia ini mereka baru belajar mengenal diri sendiri dan membangunkan kemahiran diri.

2. Pada tempoh masa ini juga mereka akan mula belajar bertatih dan bercakap.

3. Pada usia ini, karektor mereka menawan hati yang melihatnya. Pastinya ibu bapa akan tersenyum melihat gelagatnya.

4. Memang pada usia ini anak kecil ini aktif. Tetapi mereka tidak boleh dilabelkan sebagai nakal.

5. Penerokaan juga menjadi agenda utama kanak-kanak pada usia ini. Ini kerana sikap ingin tahu, mencuba dan merasa menjadi keinginannya. Contohnya perkembangan kreativiti membantu anak menjadi seorang yang kreatif. Sediakan alat tulis untuk melakukan aktiviti yang menjana mindanya.

6. Perkembangan fizikalnya telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya iaitu berlari lebih laju, boleh memanjat, mengimbangi diri dan lebih stabil imbangan badannya.

7. Kerenahnya juga semakin menjadi-jadi seperti menjadi seorang yang cerewet seperti memilih makanan yang sedap sahaja, tidak mahu makan sayur dan suka makan makanan manis.

8. Sudah pandai memilih pakaian dan permainan kesukaannya. Dia akan menunjukkan koleksi yang disukainya sambil berkata, ‘cantik’.

9. Bermain dengan emosi dengan anda apabila pandai merajuk apabila lambat membuat susu untuknya dan mahu pula dipujuk oleh anda.

10. Mereka ini cukup terkenal dengan ‘buat perangai’ atau menunjukkan tantrum. Ia berlaku disebabkan lapar, letih, sakit, cemas atau iri hati dengan adik-beradik yang lain.


~ Buat masa ini, my hero yang soleh Muhammad Akhtar Khawarizmi lebih manja dengan saya untuk berbanding dengan ayahnya. Rela si anak meniarap laju2 untuk capai kaki saya agar saya tak jauh darinya walhal Umminya nak mengemas atau memasak. Manja betul kadang hilang sikit sudah menangis..huhu

Bagaimana nak menahan perasaan marah kepada anak kecil?


1- Ingat yang kita tak melahirkan robot, tapi seorang manusia. Walaupun masih kecil, anak-anak ini sudah mempunyai emosi yang kadang-kadang ok, atau kadang-kadang merasa tidak selesa dan marah dengan sesuatu. Maka tugas kita sebagai ibu bapa untuk memujuk dan mendidik mereka dengan sebaiknya.

2- Menangis atau meragam adalah cara anak kecil berkomunikasi dan menyampaikan kepada kita sesuatu maksud. Mungkin mereka ingin memberitahu kepada kita yang mereka demam, sakit perut, minta bantuan kita untuk sesuatu dan sebagainya. Sebaiknya periksa dulu apa yang membuatkan anak menangis.

3- Ingat bahawa ingatan anak kecil sangat kuat dan mudah mengikut perbuatan dan percakapan kita. Kita pastinya tidak mahu anak- anak kita membesar menjadi seorang yang pemarah dan emosi yang tidak stabil. Jaga percakapan dan tingkah laku kita daripada melampaui batas.. Elakkan daripada menyebut perkara-perkara negatif kepada anak kecil.

4- Bersyukur yang kita dikurniakan anak. Berapa ramai pasangan suami isteri di luar sana yang tidak mendapat cahaya mata. Bersyukur yang Allah maha pemurah kerana memeberikan kita peluang menjadi ibu dan ayah.

5- Fikirkan yang jika sesuatu yang tidak baik berlaku kepada anak kita, pastinya kita akan merasa terkilan kerana memarahi mereka yang bukan-bukan. Pastinya juga kita akan menyesal yang tidak berkesudahan.

6- Banyakkan istighfar dan selawat jika kita mula hilang sabar. Jika merasa hendak marah yang amat sangat, biarkan anak seketika. Ambil masa untuk kita tenangkan diri, dan pada masa yang sama anak juga dapat bertenang seketika. Bila sudah dapat menenangkan diri, pujuk anak kembali.

7- Fikirkan adakah kita mahukan anak yang sihat, boleh menangis dan meragam.. atau pun mempunyai anak yang tidak menangis dan meragam, tapi hanya terlantar kesakitan?? pastinya kita akan merasa bersyukur kerana anak-anak masih sihat walaupun kadang-kadang meragam.

8- Banyakkan memperdengarkan anak-anak dengan bacaan Al-quran, supaya hati mereka lembut dan mudah mendengar kata.

9- Bercakap kepada mereka dengan lembut kerana jika kita bercakap kasar dan meninggikan suara, itu langsung tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan bagaimana perasaan kita jika ada orang memarahi kita sebegitu.

10- Fikirkan yang anak-anak menangis atau meragam kerana mungkin nak mendapatkan perhatian kita. Muhasabah diri mungkin kita kurang memberi masa dan kasih sayang kepada mereka.
Sumber: Facebook 
~ Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan kegigihan yang tinggi dan terbaik dalam menjaga suamiku dan anak2 ku yang paling aku sayang. Merekalah harta yang tak ternilai yang aku dapat dari-Mu. Ya Allah, berikanlah aku rasa kasih sayang dan cinta yang tak mampu ditandingi buat suamiku dan anak2 kami. Moga setiap tindak tanduk ku sentiasa dalam peliharaan-Mu agar semuanya dalam keadaan terbaik buat keluargaku. Moga keluarga sakinah mawaddah milik kami. Amin