Friday, December 31, 2010

SOROTAN 2010

Assalamualaikum w.b.t

Dalam beberapa minit lagi kita akan menutup tahun 2010 dengan 1001 kisah yang sudah pasti akan meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan sama ada pahit atau manis, pencapaian dan kontroversi.

Di sini saya menyiarkan beberapa bingkisan yang dipetik dari akhbar KOSMO dan Berita Harian untuk tatapan kita semua. Antaranya:

Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya


[Allahyarhamah Sosilawati]


KETIKA umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri, rakyat Malaysia pula dikejutkan dengan berita kematian usahawan itu.


Sosilawati bersama tiga orang rakannya, Kamarudin Shansudin (pemandunya), 44, Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB), 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, menjadi mangsa kepada golongan bernafsu tamak haloba.


Keempat-empat individu itu dipercayai dipukul dan dibakar di atas kepingan zink sebelum abu mereka dilupuskan dalam sungai berdekatan ladang Gadong di Tanjong Sepat, Banting, Selangor.


Ramai yang menyifatkan kematian Sosilawati antara pembunuhan paling sadis dalam sejarah jenayah di Malaysia sepanjang dekad ini. Tidak kurang juga ada yang menyamakan pembunuhan ngeri jelitawan dari Batu Pahat, Johor itu dengan tragedi pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam, Datuk Mazlan Idris kira-kira 17 tahun lalu.


Berikutan pembongkaran kes itu, lima orang suspek termasuk seorang peguam, N. Pathmanabhan, 41, dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik itu dengan tiga rakannya.

Nahas bas terburuk


[Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan ngeri sehingga mengorbankan 28 nywa]


NEGARA terus disajikan dengan berita nahas jalan raya melibatkan bas ekspres pada tahun ini.
Tragedi nahas bas persiaran di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands bukan sahaja menjadi penutup siri kemalangan bas tahun ini, bahkan menjadi nahas terburuk dalam sejarah kemalangan bas tanah air.


Kegembiraan sekumpulan 35 orang penumpang yang rata-ratanya dari Hatyai, Thailand bertukar tragedi apabila bas yang menuju ke Kuala Lumpur dari Cameron Highlands itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik.


Akibat perlanggaran itu, 28 orang mangsa termasuk dua warga Malaysia, Omar Shahidan (pemandu bas), 48 dan Soontorn Kian (pemandu pelancong), 38, terkorban.


Seorang kakitangan bilik mayat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dipetik berkata: “Kami belum pernah menerima sebegitu banyak mayat dalam masa sehari.”


Mavi Marmara ditawan Israel


 [Kapal Mavi Marmara]

DALAM kejadian pukul 4.20 pagi 31 Mei lalu, kapal Mavi Marmara yang berada di perairan antarabangsa menghala ke Gaza dikepung dari segenap penjuru oleh tentera Israel.


Kapal yang memuatkan lebih 500 sukarelawan Flotila Pembebasan Gaza itu dikepung oleh tiga helikopter, 19 bot dan lapan kapal laut tentera Israel.


Mavi Marmara mendahului lapan kapal lain dalam misi menghantar 10,000 tan makanan, bahan binaan, bekalan sekolah dan bantuan perubatan ke Gaza.


Seramai 12 rakyat Malaysia turut berada di dalam kapal Mavi Marmara.


Antara rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal Mavi Marmara ketika serangan itu ialah wartawan dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Abdul Latip.


Amarah alam

[Banjir di Kedah dan Perlis]


BANJIR besar yang melanda Kedah dan Perlis dikatakan berpunca daripada fenomena La Nina selain angin kencang dan hujan lebat yang membawa hujan melebihi keadaan biasa bagi tempoh empat bulan bermula November.


Banjir itu yang menenggelamkan puluhan ribu rumah penduduk termasuk rumah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dikatakan yang terburuk sejak lima tahun lalu.


Di pentas antarabangsa pula, amukan alam lain termasuklah banjir besar dalam sejarah Pakistan selain bencana Gunung Merapi di Indonesia.


Pertunangan Putera William dengan Kate Willington


 [Putera William dan tunangnya Kate Middletondi Istana St. James, London 16 Nov 2010]


MEREKA telahpun melangsungkan pertunangan di Istana St. James, England pada 16 November, Selasa.


Menurut William, dia telah melamar Kate ketika mereka sedang bercuti di Kenya Oktober lalu dan kedua-dua mereka merancang untuk berkahwin pada tahun depan dan ingin mendapatkan anak secepat yang mungkin.


William telah melamar Kate dengan memberikan sebentuk cincin platinum dengan batu sapphire 18 karat berwarna biru dan bertaburan berlian milik ibunya, Puteri Diana.


Sebelum ini, cincin yang bernilai RM195,000 (USD65,000) itu diberikan oleh Putera Charles ketika melamar Diana pada Februari 1981.

Pahlawan Melayu di Istana Kayangan


[Dr. Sheikh Muszaphar & Dr. Harlina]


MERUPAKAN tema perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos yang bersiaran lansung di TV3 pada 10.10.10. lalu.


Perkahwinan yang paling menjadi tumpuan disebabkan beliau merupakan Angkasawan Negara Pertama.


Dr Sheikh Muszaphar telah menjemput lebih 100 angkasawan dari seluruh dunia untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau dan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos.


Antara angkasawan yang dijemput adalah Rakesh Sharma dari India, angkasawan pertama yang beragama Islam Putera Mahkota Arab Saudi dan angkasawan pertama China Yang Li Wei.


*********


Itu dalam negara dan sedikit dari luar negara.. So, apa cerita saya pula sepanjang tahun ini? Macam-macam...


Yang tak boleh lupa, kehilangan anak buah sulung, Muhammad Ajwad Naufal.. Semoga dirimu ditempatkan (pastinya) dikalangan para Solehin.. Sebulan je dapat bersama..


Then, berkerat rotan dengan salah seorang sahabat saya.. Memang sedih tapi tak mengapalah.. Saya salah.. Cumanya, saya bukan sempurna dan saya akui kesilapan saya dalam mengenali orang.. Kadang cuma ingin tahu je tapi bukan benar-benar mengambil berat.. Sebab tak semua sanggup terima kita jika kita susah.. Tapi saya sudah kenal di mana kekuatan saya.. Siapa dia di mata saya... Setiap kita pasti ada sejarahnya...


Namun, saya tetap bersyukur sebab diri ini sudi dimiliki orang... Erm, ujian Allah juga sebab dalam masa yang sama si dia tidak sihat.. Kuatkanlah dirimu wahai Adam.. Jika jodoh kita kuat, Allah tetap akan izinkannya berlaku...


Tapi, saya gundah gulana... Hati manusia.. Nak sempurna, namun mungkin itu yang sukar diperolehi... Saya bersyukur sangat dan gembira mengenalinya.. Sahabat yang sangat istimewa... Terima kasih..


Aku telah tamat belajar... Tapi bukan lagi dalam erti kata sebenar... Viva tesis menanti..


Buat akhirnya, saya memohon ampun maaf kepada sahabat blogger yang lain jika ada salah silap saya selama ini... Terima kasih kerana mewarnai sebahagian dari hidup saya =)

WANITA MAUT MESIN URUT HILANG KAWALAN

MIAMI: Seorang wanita di Florida semalam berkemungkinan besar maut disebabkan mesin urut leher yang digunakannya hilang kawalan dan menjerat lehernya, kata penyiasat jabatan syerif Broward County.


Dr Michelle Ferrasi-Gegerson, 37, membungkus hadiah pada malam Krismas dan menggunakan mesin itu untuk melegakan kesakitan tengkuk.


Suami Michelle menemui isterinya tidak sedarkan diri di bilik tidur rumah di Fort Lauderdale dan memanggil anggota paramedik yang mengesahkan dia sudah meninggal dunia.


Sumber: Berita Harian



~ Alat teknologi canggih macam mana sekalipun pasti ada keburukkannya juga... Tak dapat lupa tentang Makcik yang meninggal dalam kawah dodol tu...Ish2.. 

JANGAN LUPA JADI ISTERI SETELAH MENJADI IBU

Assalamualaikum w.b.t



Saya rasa mungkin ada yang pernah baca tentang hal ini namun tak ambil endah. Tak pe, ini peringatan sekali lagi buat diri saya juga buat anda para wanita diluar sana..

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.

Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”



Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri-isteri yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan untuk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerana itu.. seboleh-bolehnya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja-kerja yang dilakukan.. temani suami buat seketika untuk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata-mata.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara untuk dia melepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri di muka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..


Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak-anak..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

p/s: walau siapapun kita, suami adalah segala-galanya..jika tidak melanggar syariat, buatlah yang terbaik untuk memenangi hati suami..pasti dia sedar yang kita sangat menyayanginya...suami, didiklah dan tegurlah sayap kiri anda dengan berhemah...best sangat andai cinta yang ada itu dapat dikekalkan hingga akhir hayat...

~ Erm...thinking..saya sayang si dia...tapi adakah sayang saya bersambut...saya tak nak lukakan sesiapa...adakah saya pentingkan diri...sendirian...lagi best begini...itu memang pasti..saya melalut??? Hati...apa yang engkau rasa...

Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t


(Meraikan kejuaraan yang ditunggu selama 14 tahun..)

Rasanya tak terlambat nak mengucapkan tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia. Kita berjaya mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2 walapun malam tadi tewas dengan 2-1. Namun, saya rasa bangga sebab anak didik K.Rajagobal telah mengembalikan reputasi sukan bola sepak ke tempat yang terbaik.

Walapun saya tengah dalam proses akhir untuk menyiapkan tesis saya, sempat juga nak menyelit menonton tv 1 yang menyiarkan liputan sukan ini. Hahaha.. Sampai adik-adik saya pun bising kata "akak, siapkan kerja akak tu..". Padahal Andak, Utih dan Soleh sudah terjerit-terjerit bila tengok bola. Manalah akak dorang yang paling cute ni tak tergoda nak tengok.. Sepupu yang duduk kat rumah nenek pun satu hal. Jeritan dorang sampai dengar ke bilik saya bila sebut "GOOOOOOOOOLLLLLLLLL". Adeh... Dugaan betul...

Tapi itulah impaknya sukan bola sepak ini. Mungkin sudah sekian lama kita menunggu untuk meraikan kejayaan dan ia tercapai juga setelah 14 tahun menunggu malam tadi. Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Tertutup sudah mulut-mulut yang hasad dengki dekat pemain kita. Adat bertandinglahkan.. Saya tak mahu ulas isu yang pelik-pelik ni. Dan yang pasti, ia adalah titik tolak untuk pemain kita menuju kejayaan yang lebih gemilang selepas ini. Jangan lupa pula untuk melihat rumput yang dipijak.. Kenang ia sebagai peniup semangat.

Dan yang paling best sekali esok cuti umum kerana kejayaan pasukan bola sepak kita mengalahkan Indonesia. Tapi, tak de cutinya untuk saya sebab saya ada kat rumah pun... Viva Malaysia vs Viva Tesis...


Lagi berita di sini: Utusan Malaysia

* Tahniah Safee Sali kerana dinobatkan sebagai penjaring terbanyak. Anda terbaik...

~ Hati ini masih rasa something... Erm, kenapa perlu jadi macam ni...

Tuesday, December 28, 2010

STEPS TO MAKE SWEET SMILE

“You haven't lost your smile at all, it's right under your nose. You just forgot it was there.”

 

“If you see a friend without a smile; give him one of yours.”

 

“Too often we underestimate the power of a touch, a smile, a kind word, a listening ear, an honest compliment, or the smallest act of caring, all of which have the potential to turn a life around.” - Leo F. Buscaglia

 

 

 

1. Enjoy the many benefits of a smile. In order to want to smile, it really helps to know what benefits a smile can bring to your day. The following benefits are bound to make you lean towards sharing a smile with others most of the day:

  • Smiles improve your appearance. Charles Gordy once quipped: "A smile is an inexpensive way to change your looks". All you need to do is think about how you feel about a person who is frowning and a person who is smiling – who tends to be the better looking?
  • Smiles create trust and rapport. A smile is a great way of establishing mutual feelings of being on the same level as others, whether that is one-to-one or in front of a group giving a presentation. A smile says "I'm OK, you're OK, and we're all going to enjoy one another's company".

         
2. Become comfortable with smiling. If you're not used to smiling regularly, overcoming your nervousness or cynicism about smiling can take a little practice but like any habit, it's easy to reform with time. Some things to keep in mind include:

  • A smile always looks good. Feeling nervous about the beauty or appearance of your smile is unnecessary. Trust that your smile makes you look great.
  • A smile is professional. Smiling at work or during other professional occasions is not going to make you seem unprofessional. Quite the opposite, a smile will humanize you and make you appear more approachable. People will appreciate your recognition of their worth and of a job well done when you smile.


3. Make your smile genuine. While it is perfectly possible to crack a smile when you feel terrible, angry, annoyed, or you're up to something nefarious, a genuine smile is much harder to fake; indeed, only around 10 percent of the population can manage that feat. A genuine smile is detectable by others because it is accompanied by a general glow, smiling eyes where the outer corners crinkle and the lower lid tightens, and a reassuring demeanor that helps the viewer to feel more at ease in your presence. A genuine smile comes from being happy, positive, and from drawing your feelings from the heart.

  • Love people and your life. It's much easier to produce friendly, easygoing, genuine smiles when you love what you do, when you love the people around you, and when you love humanity in general. Be grateful for all that you have and you'll find smiles come far more naturally.
  • Be playful. Intense times can make us too serious. See life as an adventure, be gentle on yourself and watch children at play. Being playful will bring a smile to your face much more easily.


4. Smile with your eyes. A wholehearted smile will naturally draw in the eyes. It is commonplace to hear a person say "her eyes were smiling", or to say "he didn't mean it; he was smiling but his eyes weren't". The eyes are essential for a genuine, warm smile. Your eyes light up, twinkle, and reflect your happiness. While it's hard to fake this unless you're really feeling it, you can try this exercise:

  • To get a feel for how to make your eyes smile, stand in front of a mirror and practice smiling, but concentrate only on your eyes. You may find it helpful to cover the lower part of your face with a piece of paper. Play around with it a bit, and you'll find that you can make your mouth smile when your eyes aren't smiling, and you can also smile only with your eyes. When your eyes do smile, remember how it feels, which muscles are working and how. With practice, you may discover how to smile with your eyes at will by relying on your feelings and muscle memory.


5. Practice your smile. There is no harm in practicing your smile – doing so will increase your smiling confidence, improve your sense of well-being,[8] and help you to learn which of your smiles are your best. Look at photos of yourself smiling, with a closed mouth, open mouth, and from different angles. Which smiles and poses make your face light up the most? Which smile displays your other features to their best possible advantage? Which smile comes across as the most natural, the most "you"?
         
6. Maintain good mouth hygiene. One thing that can cause you to fear smiling is the worry that there is something stuck between your teeth, or that you have bad breath. Eliminate these hygiene sources of worry by taking active steps to keep your mouth fresh and clean. Brush your teeth regularly, carry floss with you wherever you go so that you can clean up after dining, and have breath freshener on you at all times (natural or commercial). In addition, see your dentist regularly for teeth check-ups and cleaning, as well as discussing options for teeth straightening, etc., if this is a concern for you. When you smile people will inevitably look at your mouth, so following these considerations will help you make a better impression, and, more importantly, a healthy mouth will make you feel more confident about smiling.


7. Expect smiling to be difficult in some situations. Smiling on demand can be difficult, whether it's for a photo or for the sake of keeping mom happy when the relatives you can't stand visit. This is because you are feeling self-conscious or you lack a genuine reason for smiling. In these sorts of cases, smiling needs to come from your memory of good smiles along with a little self-kidding or jokes in the head.
  

 

For more info: Click this... here

Picture: Taken from so many sources (Not my kids ya!)



~ When your eyes is smile with your mouth, it is such a beautiful picture that you give to others... Enjoy with it!

Sunday, December 26, 2010

MALAYSIA TERBAIK!!!

Assalamualaikum w.b.t

GOLLL!!!!

Siapa minat bola sila angkat tangan! Haip.. Ada tak? Ok2.. Nampak dah.. Malaysia terbaik lah.. Malaysia mengalahkan Indonesia dengan 3-0 baru je tadi habis... Aku tak pandai nak ulas sangat. Nanti kita tengok paper esok hari je lah ye...

Aku cuma rasa teruja sat tadi... Aku memang suka bola itupun jika ada masa nak tonton. Kat rumah je pun. Tengok dengan adik-adik aku yang lain. Tak macam Abah atau Angah dan sepupu aku tu, Si Fariq.. Siap pergi stadium lagi betapa mereka syok layan bola...

Bagi aku, Malaysia semakin baik rentak permainannya.. Moga nanti dapat kekalkan retak tersebut bila berlawan di Indonesia pula... Tahniah Malaysia..

Now, aku dah ngntok. Kepala pun asyik pusing tak tahu kenapa. Badan ni pula rasa panas sejak balik dari shopping kat Jaya Jusco, Bukit Tinggi.. Nak demam agaknya... Tak pun risau pasal tesis dan viva.. Seram pula bila fikir...

Tata... Masahul Khair..

~ Tadi Ummi kata kat dalam tandas wanita di Tingkat 1 JJ, ada budak hilang. Kecik je. Maybe dalam umur 3 tahun. Berketurunan Cina dan tak pakai selipar.. Tak tahu anak siapa... Aduh... Macam mana keadaannya... Korang jaga anak korang baik-baik ye...

Saturday, December 25, 2010

SUKA AWARD

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah rasa cam boleh bernafas sikit lepas habis exam semalam.. Tapi saya tak lupa untuk tesis saya yang belum siap tu.. Nak rehat sikit. Otak pun nak rehat kan ? Sebab dah fikir banyak sangat. So, ada masa nak jalan-jalan kat blog orang bagi tambah kenalan...

Saya memang suka kumpul award. Hahaha.. Bukan nak bangga tapi saya sangat-sangat menghargai.. Cuma saya belum berkesempatan nak buat award untuk para pengunjung Marjan Ibtisam.. Saya sekadar terima je dari sahabat lain...

Ok, saya terima award dari:

 
(cute kan?? ^_^)


Ada soalan kena jawab lor...Kacang je ni...


1) Name ape yer??
Tengah fikir ni.. Soalan ni kepada akak atau pemilik award?
Takpe, akak jawab
 Dalam blog ni, akak dikenali sebagai Marjan...atau Marjan Ibtisam..
Nama pemilik award ni, Awatif... Form 2 je baru... 
Tq Dik..

2) Ape pendapat kalian tentang blog (puitis-hidup.blogspot.com)
Blognya cumel dan cute.. Sesuai dengan adik Awatif ni.. Mesti cute adik ni.. Rajin juga bagi tutorial kat kawan blogger lain..
Terusakan usaha ye...


3) Comel tak award nih??
Yup, SANGAT COMEL!!!
Ada crown lagi...
Menggambarkan Adik Awatif ni ceria dan berfantasi.. Sebab ada UFO tu..
Good Luck for your PMR next year...


(saya friendly..puji diri sendiri pula... InsyaAllah, ada masa saya singgah blog sahabat2..saya takkan follow cam tu je..baca tau...)


Ada soalan juga yang perlu saya jawab...


1. Apa pendapat tentang blog Umar?
Blog Umar ni simple dan dah ada ramai follower... Seribu lebih dah... Mungkin akan bertambah lagi... Tahniah ye...


2.Tempat yang paling nak lawat?
Madinah: Sebab nak pergi haji... Jika boleh nak buat dalam usia muda..
Fiji: Honeymoon.. (*_*)
* Tengah mencari mana tempat yang sesuai nak sambung PHD... Saya suka lihat pemandangan menarik!

3. 3 perkara tentang diri anda....
  • Simple
  • Tak suka make up tapi macam nak belajar je untuk future..
  • Suka semua jenis lagu..




.
.
.
.
.
.
.
.
.
~ A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED

Friday, December 24, 2010

TO KNOW YOU IS YOU TO LOVE YOU



At times when I feel so lonely, No one to keep me company
You were there..

At times when I feel so trouble, No one for me to turn to
You were there..

You always there..

In times of pain and sorrow..
When it feels like there’s no tomorrow
In you I find peace and strength,To get my life back on track again..

In times of joy and laughter, Happiness feels like forever after
In you I find it never ends
Cause your love’s always there to mend

I’ve come to realize, That you are my savior
You’re the most forgiving, Most merciful

A step I take towards You, Thousand steps you will see me through..
You’re the All Knowing, You’re the Most Gracious, Most Bountiful

Oh Allah
The more I know you
The more I love you…

Credit to: alnaqish

~ Syukur ku panjatkan munajat pada DIA YANG MAHA KUASA, ALLAH S.W.T..Siang tadi tamatlah exam terakhirku... Lepas ni nak fokus untuk tesis dan viva.. Tapi sebelum tu nak nyanyi sikit..I praise Allah for sending me you my friend (BRABUS group - MBA Muamalah and Centre of Graduate Studies)..I will miss the moment with you guys..Thank you so much.. Hopefully we can be what we want and as vicegerent we can do for the ummah and Islam..

Thursday, December 23, 2010

JANGAN BENCI MANUSIA

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat pagi semua. Hari yang baik pastinya, InsyaAllah. Saya baru lepas study untuk kertas terakhir esok, so, nak santai-santai je sebenarnya. Malam tadi siapa ada terdetik di hatinya untuk memaafkan semua orang yang dikenalinya? Anda tanya diri anda sendiri.. Kerana apa saya bertanya demikian?
  1. Bila kita memaafkan semua orang sebelum tidur terutamanya suami isteri, insyaAllah hati kita akan menjadi tenang dan tiada rasa dendam yang tersimpan.
  2. InsyaAllah, hubungan kita akan kembali pulih seperti sediakala.
  3. Rasa amarah yang terjadi daripada nafsu kita dan juga dipengaruhi syaitan akan musnah kerana kita mampu memaafkan orang lain (Bukan tanda kita kalah).
  4. Mood anda pada keesokkan harinya akan baik. Lebih molek andai setiap kali kita bangun dari tidur, kita berperasaan yang indah untuk memulakan hari baru...
  5. Awet muda you... Penting tau..
Rasanya cukuplah 5 sebab saya beri jika kita memaafkan orang lain.. Sebarang yang menjurus ke arah kebaikan, hendaklah diteruskan dan diamalkan untuk kebaikan diri anda...


Bercerita pasal topik di atas, setiap manusia yang dilahirkan, pasti kesilapan akan dilakukan walaupun sekecil zarah kecuali para nabi dan rasul.

Sudah sememangnya ia akan berlaku, tetapi setiap kesilapan yang telah dilakukan hendaklah disusuli dengan keinsafan dan taubat.



Insan mana yang sukakan kesilapan. Betul tak?? Jika kawan anda mahupun sesiapa sahaja insan di sisi anda telah berbuat silap, janganlah membenci mereka kerana diri mereka telah melakukan kesilapan. Bahkan, kita hendaklah menyayangi diri mereka tetapi membenci perangai atau tingkahlaku mereka.. Orang kata tegurlah dan pimpinlah mereka ke arah kebaikkan..

Kalau kita telah membenci diri mereka, adakah diri kita sendiri akan membantu mereka ke jalan yang benar tanpa ada rasa sayang pada mereka? Tentu tidak boleh bukan..

Namun, kalau kita benci akan perbuatan mereka tetapi kita menyayangi diri mereka, pasti kita akan membantu mereka ke jalan yang benar, jalan yang lurus... Dan mereka juga sedar kerana masih lagi ada yang sayang pada mereka dan InsyaAllah secara sendirinya, mereka juga turut berubah...

Anda setuju?

Sebagai contoh:
Suatu hari, si A membuat satu kesilapan, dan si B memarahi dia lalu membenci. Adakah ia satu konsep yang betul? Di mana letaknya cara Islam mengajar kita untuk saling menyayangi sesama manusia kerana Allah?

Akhirnya, daripada si A yang telah terbukti bersalah menjadi semakin dekat padaNya, tetapi  si B menjadi lagi jauh dariNya.


Punca dari sebuah kesilapan kawan, akhirnya kita pula yang terhayut membawa dosa. Kerana mungkin dalam proses membenci itu, anda telah memfitnah dan memaki hamun sesedap hati secara terang atau mengumpat dibelakangnya..

Jangan kita tunjuk sikap suka jaga tepi kain orang, tetapi kita tunjuk yang kita mengambil berat tentang diri orang lain dengan niat supaya orang tersebut berubah...

Apabila kita mengambil berat tentang orang lain, pasti ia lahir dari sebuah perasaan sayang kepada orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang, kelak nanti kita sendiri yang terkena akibatnya.

Sayang dan ubah peribadi anda dari sekarang. Semoga dengan diri kita menyayangi orang lain, orang lain juga akan menyayangi diri kita semula.. Kebaikkan yang datang kadang-kadang berlaku pada hal-hal yang tak terjangka..

* teks asal telah diubah sedikit..


~ Ummi saya pernah kata "Jangan cakap besar yang kita tidak buat salah dengan memandang rendah dan hina pada orang lain. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kelak. Boleh jadi kita juga yang akan terkena akibatnya. Sekarang Allah bayar cash je kat dunia ni. Sekejap je DIA nak tunjuk kat kita"

Wednesday, December 22, 2010

VALUE

Assalamualaikum w.b.t



Something to think... It will help all of you...

******

A well known speaker started off his seminar by holding up a $20 bill. In the room of 200, he asked, "Who would like this $20 bill?"

Hands started going up.

He said, "I am going to give this $20 to one of you but first, let me do this." He proceeded to crumple the dollar bill up.

He then asked, "Who still wants it?"

Still the hands were up in the air.

"Well," he replied, "What if I do this?" And he dropped it on the ground and started to grind it into the floor with his shoe.

He picked it up, now all crumpled and dirty. "Now who still wants it?" Still the hands went into the air.

"My friends, you have all learned a very valuable lesson. No matter what I did to the money, you still wanted it because it did not decrease in value. It was still worth $20. 

Many times in our lives, we are dropped, crumpled, and ground into the dirt by the decisions we make and the circumstances that come our way.

We feel as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. You are special - Don't ever forget it!

~ Nobody knows about me, just myself only... But don't give up to try the best in what ever we do and learn from the mistake that we have made before...

Monday, December 20, 2010

NAHAS BAS TERBURUK NEGARA & PEMBUNUHAN

Assalamualaikum warahmatullah

Di sini, saya ingin mengucapkan takziah buat keluarga mangsa kemalangan ngeri bas yang berlaku 
di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, hari ini yang meragut 28 nyawa. Ia merupakan kemalangan  yang paling dahsyat dalam sejarah negara.

Selanjutnya di sini, sini dan sini

Tak lupa juga buat keluarga adik Siti Mazni Binti Abdul Rahman. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Berita di sini..

****************

Saya FOBIA dengan kes sebegini... Kemalangan ngeri dan pembunuhan... Saya tak sanggup untuk melihat, mendengar dan seumpama dengannya...

"Lindungilah kami, Ya Allah"

~ Bayangkan siang tadi, lepas habis exam Fiqh Al-Muamalah Al-Muasarah, saya, Kak Faez, Abg. Muaz dan Abg. Hisyam sempat join taklimat keusahawanan daripada Johor Corporation. Ala yang memiliki KFC tu..Thanks to Pn. Ainina sebab pelawa kami.. Tak rugi saya dengar taklimat di KUIS dan join mereka yang dewasa ni (saya paling muda di antara mereka) pergi survey Ayamazz Roti Impit di USIM. Sengaja nak melihat prospek perniagaan dan merasai sendiri menu tersebut..Sebab kat KUIS tiada lagi produk ni. So, dah kena rancang masa depan.. Jadikanlah Usahawan sebagai cita-cita anda.

Sunday, December 19, 2010

BEGINILAH CARAKU MENJAGA HATI

Assalamualikum warahmatullah
Bismillahirrahmanirrahiim....

Ini adalah sebuah cerita nyata yang di ambil di sini. Hal ini berkaitan dengan caranya menjaga hati. Mungkin dengan ini kita mampu mengambil ibrah dari apa yang didapat dari cerita ini. Insya Allah.

*****


Telah 5 tahun sudah, ku mencuba untuk mempertahankan hati ini untuknya, walaupun aku belum pernah melihat, mendengar, berinteraksi dan bertemu dengannya secara langsung untuk menjaga kesucian hatiku kepadaNya. Cerita ini berawal ketika hidayah itu telah datang dan dengan datangnya itu mampu mengubah segalanya jadi lebih indah dan terarah untuk ku tempuh.

Dahulu aku adalah seorang anak manusia yang biasa-biasa saja, seperti anak muda normal lainnya. Aku pun terkadang sering jatuh cinta kepada siapa yang aku kagumi. Hampir setiap hari mungkin hidupku terbiasa akan hal itu, hingga hal itu menjadi sesuatu yang lumrah dalam peribadiku.

Namun, pada suatu ketika datanglah Hidayah kepadaku. Hidayah yang didasari dari materi Cinta kepada Allah yang banyak aku pelajari dari sekelilingku ditambah dengan materi dari guru ngajiku ketika mentoring di sekolah. Hidayah itu menumbuhkan aku untuk mencintai Rabb (Tuhan) sehingga membuatku rela untuk menyingkirkan yang lainnya di hatiku terkecuali aku mencintai yang lainnya karenaNya.

Kedatangan Cahaya itu mampu membuatku membuka mata hatiku dalam mengaplikasikan cinta, tanpa harus membawaku kepada jurang kehancuran. Sehingga akupun mulai berhati-hati terhadap hatiku dalam mencintai agar Cintaku kepada Allah yang telah dikurniakanNya kepadaku mampu ku jaga karena aku menyedari bahawa hatiku miliknya. Dan karena aku pun juga menyedari bahawa cinta yang salah mampu melumpuhkan kualiti Cintaku denganNya, sedangkan yang aku harapkan adalah CintaNya karena tidak ada yang mampu mencukupiku kecuali Dia.



Sejak kedatangannya, hidayah itu mampu merubah segalanya yang ada pada diriku seperti masalah cara berfikir dan keperibadianku hingga orintasiku dalam mencintai sesuatu. Termasuk masalah ketertarikanku dalam menyukai sesuatu. Jika sebelumnya mungkin aku tertarik kepada wanita yang biasa-biasa saja, maka setelah Hidayah itu datang justeru hatiku tertarik untuk menyukai muslimah dengan busana khas dan sikapnya yang cenderung pemalu. Dan oleh karena itu akupun berharap agar Allah menakdirkanku untuk menikah dengan salah satu di antara mereka, muslimah yang shalehah. Insya Allah, Allahuma Amiin. Karena aku mengetahui bahwa menikah adalah Sunnah Rasulullah.

Walaupun demikian, namun Hidayah itupun mampu mengajarkan aku dalam mengendalikan perasanku agar hatiku tidak salah dalam menyikapi apa yang menarik hatiku. Karena bagiku rasa ketertarikanku cukuplah akan aku tumpahkan kepada istriku kelak walaupun aku belum pernah bertemu dengannya. Karena sejak awal, hidayah itu mampu membuatku memahami diriku akan hakikat mencintai pasanganku walaupun sebelum aku menikah dengannya tanpa membuat aku cenderung melupakan Allah, lantaran aku memahami bahwa kalau saja Allah menjadikan aku menikah dengan seseorang perempuan yang ditakdirkan Allah kepadaku maka untuk apa aku berharap dan menghabiskan waktuku kepada yang lainnya yang belum tentu akan menjadi istriku kelak, sedangkan hati ini mudah terdominasi dengan sesuatu hal yang lain jika kita tidak mampu mempertahankan hakikatnya dalam mencintai Rabb?.

Dan karena akupun tidak memungkiri bahwa setiap manusia yang normal pasti akan merasakan fitrahnya, termasuk permasalahan ketertarikannya terhadap lawan jenis, maka jika harus demikian, menurutku untuk apa jika hati ini aku tambatkan kepada siapa yang bukan orangnya nanti, jika memang hati ini sangat peka terhadap pengaruh diri yang memilikinya ketika hati itu salah dalam pengelolaannya. Oleh karenanya, aku memahami bahwa: Jika memang aku harus mencintai lantaran mencintai lawan jenis adalah fitrahku sebagai manusia maka aku akan mencuba untuk mencintai siapa yang akan aku nikahi nanti walaupun aku belum pernah bertemu dengannya, lantaran pasti Allah akan mempertemukanku dengannya, sehingga usahaku yang sia-sia akan cenderung berkurang di dalam lingkup fitrahku. Insya Allah

Sejak saat itu hatiku mulai tersadarkan untuk meninggalkan hal-hal yang sia-sia dalam cinta yang tidak memberikan manfaat kepadaku dalam mencintaiNya dan cinta yang mampu membuat hatiku cenderung meninggalkan Rabb.

*****


Waktupun berjalan seiring kegembiraanku atas datangnya hidayah itu. Hingga tanpa aku sedari godaaan-godaan kecilpun datang dari sekelilingku untuk menyukai muslimah yang aku rasa belum saatnya aku harus bersikap demikian kepadanya. Tanpa ku sedari hal itu mampu membuatku sedikit gundah, mungkin karena aku belum mampu mengendalikan fikiranku terhadap apa yang mempesonakanku terhadap mereka.

Kegundahanku itu membuatku khawatir jika dengan demikian maka nikmat karunia yang berupa Hidayah itu akan menyingkir dari diriku lantaran sikapku yang salah. Sehingga, akupun berdoa dan meminta petunjuk kepada Allah agar Allah mengkaruniakanku kefahaman agar aku terus istiqomah untuk menyikapi hatiku ketika ia harus menghadapi fitrahnya.

Singkat cerita, lantaran aku mengetahui bahwa istikharah adalah salah satu cara yang dapat meyakinkan diri kita terhadap suatu pilihan, oleh karenanya setiap godaan itu datang, dan di setiap ketidakmampuanku dalam menjaga diriku dalam mengelola hati, maka akupun berusaha untuk mengistikharahkan siapapun yang mempesonakanku agar aku dapat mengetahui diantara mereka siapakah orang yang aku “cari” sehingga hal itu dapat cenderung membuatku terhindar dari kesia-siaanku dalam pengelolaan hati yang salah yang aku takutkan dapat cenderung mampu melumpuhkan rasa Cintaku kepada Rabbku.


Setelah aku membiasakan diri untuk istikharah di setiap waktu ada yang mempesonakanku, seolah dengan itu hatiku mampu diyakinkan kepada siapa yang akan aku nikahi nanti walaupun aku belum pernah mengenalnya. Sepertinya dirinya telah terkesan di hatiku sehingga hal itu mampu membedakan dirinya dengan yang lainnya, kemudian dengan itu dapat membuatku melepaskan harapan dan keinginan hatiku kepada arah yang salah dalam pengelolaannya terhadap siapa yang bukan orangnya. Mungkin inilah cara Allah dalam meyakinkanku untuk mempertahankan hatiku kepada siapa yang pantas aku cintai nantinya yang salah satunya diperoleh melalui jawaban dari istikharah-istikharah itu.

Walaupun demikian, aku masih tetap seperti dengan manusia normal lainnya, hal ini kubuktikan dengan masih adanya rasa kagum dengan muslimah yang mempesonakanku, namun keberadaan mereka tidak sempat singgah dihatiku lantaran hatiku seolah gelisah ketika aku mendapati orang yang salah jika ku taruh di “sembarang” tempat dihatiku. Namun ketika aku mengingat tentang sosok yang aku yakini akan aku nikahi nantinya, dan ku hadirkan dia di hatiku, meskipun aku belum mengenalnya dan aku belum mengetahui jasadnya, maka entah mengapa perasaanku seolah (cenderung) tenteram karenanya. Mungkin hal itu terjadi karena hatiku telah berfatwa terhadapnya....

Mengenai hati yang berfatwa, aku menjadi teringat dengan sebuah hadith Rasulullah bahwa:

Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebaikan itu adalah ketika jiwa dan hati menjadi tenang kepadanya. Sedangkan al-itsm (dosa) adalah yang membingungkan jiwa dan meragukan hati. Meskipun manusia memberi fatwa kepadamu." (HR Muslim)

Mungkin karena ketenteraman dan kegelisahan yang aku dapati itulah dapat membuat diriku mengurungkan diri untuk tidak melepaskan tambatan hati ini kepada orang yang bukan dirinya yang akan aku nikahi nanti.

*****

Waktu berjalan dengan caraku menjaga hati itu, membuat hidupku lebih tersenyum lantaran kegundahanku itu mengurang seiring usahaku dalam meyakinkan hatiku untuk tidak salah dalam pengelolaannya melalui istikharah-istikharahku kepada Rabb. Semua itu aku lakukan untuk mempertahankan hatiku kepada Pemiliknya karena aku berharap agar Pemiliknya tidak tersingkir dari singgahsananya lantaran pengelolaan yang salah.

Namun, cubaan belum begitu saja berakhir hingga pada suatu ketika Allah sibakkan aku bertemu dengan seorang muslimah yang begitu mengagumkan. Dia berbeda, tidak seperti muslimah yang pernah aku temui pada biasanya, lantaran keberadaannya entah mengapa hampir menyerupai perasaanku terhadap sosok yang akan aku nikahi itu.

Kemungkinan ini jauh dari apa yang aku bayangkan, karena hal ini sepertinya akan lebih mengancam pertahananku dalam mempertahankan hatiku untuk Rabb. Apalagi aku meyadari bahwa wanita merupakan godaan terbesar seorang laki-laki.

Terkadang fikirankupun terbuai dengan dirinya di saat-saat aku kurang siaga dalam memelihara hati ini untukNya. Hingga akupun kehilangan definisi dalam mempertahankan hatiku untukNya. Mungkin karena terpesonanya aku dengan keserupaannya dengan keyakinanku terhadap sosok yang akan ku nikahi itu, membuatku terlupa untuk mengetahui jawabannya dengan istikharah-istikharahku dalam usahaku meyakinkan diriku atasnya.

Dan tanpa ku sadari...
Hal-hal Rabbani (Ketuhanan (maksudnya: Keislaman)) yang aku kenali seolah menjadi nuansa yang datar di hati, awalnya ku anggap hal itu sebagai futur (menurunnya iman) yang biasa, namun aku mendapati bahwa nuansa khas itu belum kunjung tiba dalam waktu yang cukup lama dan ketika aku telah lelah menunggu kedatangannya kembali.

Hal-hal yang dahulunya begitu peka di relung-relung hati ini seolah berkurang penginderaannya, hingga akupun menyadari bahwa hal ini terjadi karena sikapku yang salah dalam pengelolaan hati terhadap seorang muslimah yang menyerupai sosok yang akan aku nikahi itu.

Ketika aku tersadar, hal itu dapat membuatku takut ketika aku berfikir jikalau Allah mem-futurkanku dengan keadaan yang demikian. Jika demikian aku harus melakukan tindakan pencegahan agar perbuatanku tidak menjadikan keburukan bagiku.


Sesekali ku cuba bertanya dalam hati, bahwa jika memang dirinya adalah orangnya maka hal itu seharusnya tidak membuatku jauh dari Allah, lantaran dasarku menambatkan hati kepadanya adalah karena Cintaku kepada Rabb. Hingga akhirnya aku menyedari dari gerak hatiku bahwa bukan muslimah itulah orangnya.

Hingga keadaanpun mampu menegurku, sehingga dapat membantu menyedarkanku dari kesalahan yang telah aku perbuat, meskipun pesonaku terhadapnya belum pulih.

Pada suatu malam, akhirnya ku coba diri ini memohon ampun kepada Allah atas apa yang telah aku perbuat, dan memohon pulihnya karunia yang sekiranya enggan terasa indah dihatiku ketika itu. Dan akupun berharap kepadaNya agar hal yang seperti itu tidak terjadi kembali, lantaran aku tidak mau lagi bermain-main dengan hati ini lantaran aku sedari bahwa hati ini milikNya dan hanya kepada dan karenaNyalah seharusnya ku tambatkan. Dan aku berharap agar Allah menguatkan firasatku kepada sosok yang telah aku yakini yang terlahir dari istikharah-istikharahku terhadap siapa saja yang pernah mempesonakanku.

Hingga akupun memberanikah diri untuk berdoa:
"Yaa Allah, Sucikanlah hatiku hanya untuk siapa yang pantas menempatinya dengan keredhaanMu. Cukup dia sajalah yang aku cintai karena aku tidak menginginkan keburukan ketika aku berbuat salah terhadap hatiku. “

Ya Allah, aku tahu bahwa Engkau Maha Berkehendak dan akupun tidak meragukan KekuasaanMu Karena Engkau adalah Dzat Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka aku memohon kepadaMu agar Engkau memampukan diriku untuk dapat mengetahui wajah dari siapa yang akan aku nikahi nanti walaupun hanya sekejap saja agar dengan itu aku mampu membedakan dirinya dengan yang bukan dirinya, agar aku dapat cenderung menjauhkan hati ini dari kesia-siaan. Aku yakin bahwa Engkau mampu menjadikannya, dan aku yakin atas hal yang terbaik bagiku dari segala keinginanku, ku lakukan ini karena aku telah merindukannya dan mensyukurinya lantaran Engkau takdirkan aku kepadaNya. Dan maafkan aku jika aku tersalah. Ku mohon atas KuasaMu, ya Rabb.

Dan pertemukanlah aku dengannya ketika aku hendak menikahinya agar aku tidak berlama-lama menjadikan hati ini terlena dengannya walaupun aku tahu bahwa nantinya dia akan aku nikahi.

Jagalah hatiku untukMu Rabb, karena aku ingin selalu MencintaiMu lantaran Engkaulah Dzat yang pantas aku Cintai sepenuh hatiku.

Allahuma Amiin”
Pintaku penuh harap dan lirih...

Dengan harap-harap cemas ku sedari doa itu lantaran aku takut jika aku telah berbuat kesalahan. Entah hal apa yang mampu membuatku memberanikan diri untuk berdoa seperti itu, mungkin saja karena rasa penasaranku yang telah tertanam terhadap sosok yang kuyakini itu. Namun perasaan yakin bahwa aku tidak melakukan kesalahan membuatku sedikit lega.

Setelah itupun aku tertidur, mungkin karena aku terlelah...

*****


Beberapa waktu kemudian, kehidupanku mulai berubah, seeolah aku telah memulai lembaran hidupku yang baru, hal-hal yang telah terjadi seolah telah tersapu oleh air mata pembersihan diri ketika malam itu, membuatku bersemangat untuk mensucikan hati ini kepada siapa yang patut menempatinya.

Perasaanku lebih tenang setelah aku memohon maaf kepadaNya sehingga menjadikan kegundahanku terkikis beserta kecemasan-kecemasan lainnya. Namun, ada beberapa hal yang menurutku ajaib dari peristiwa yang aku alami sejak malam itu, entah mengapa dalam tidurku terkadang aku sering bermimpi didatangi oleh seseorang muslimah yang Insya Allah, shalehah dan baik keperibadiannya yang aku tidak pernah bertemu dengannya namun sepertinya aku mengenalinya, senyum, putih, pemalu, sosoknya menenangkan jiwa, membuat hatiku bergetar tentang kedatangannya. Hingga akupun berkesimpulan bahwa inikah jawaban Allah atas permintaanku waktu itu?. Aku tak mampu menjawabnya secara mutlak, namun keyakinanku dan gerak hatiku mampu meyakinkanku bahwa kedatangannya itu ada sangkut pautnya dengan keyakinanku kepada Allah akan terkabulnya doa yang pernah ku panjatkan kepada Allah ketika malam itu. Dan hal ini sedikit terbukti ketika aku melakukan istikharah untuknya, perasaan tenang yang tidak aku temukan jika aku meng-istikharahkan yang lainnya. Masya Allah...

Walaupun sosoknya telah tersibakkan, namun jika aku disuruh menggambarkan wajahnya maka aku tidak mampu, karena aku tidak bisa melihat jelas bagaimana wajahnya, namun sepertinya hanya hatiku-lah yang mampu mendeskripsikannya, hingga gambaran wajah itu mampu membawaku kepada ketenteraman dan ketenangan yang memuaskan hati. Mungkin dengan ini, hatiku telah berfatwa lagi atas dirinya...

Namun, bukan hanya wajahnya saja yang Allah tunjukkan kepadaku, melainkan karakter-karakter khasnya yang diperkenalkan kepadaku agar dengan itu mampu membedakan membantuku dirinya dengan yang lainnya secara lebih tepat. Masya Allah...



Sebelumnya aku mengira-ngira bahwa apa yang aku alami itu merupakan kebisaan fikiranku dalam berimaginasi, namun ketika ku telaah lagi, peristiwa itu dapat mengingatkanku kepada apa yang pernah Rasulullah sabdakan dalam sebuah hadith, meskipun hadith ini telah ditemukan olehku 5 tahun setelah kejadian itu.


"Rasulullah saw bersabda kepada Aisyah, “sebelum aku menikahimu, aku pernah melihatmu dua kali di dalam mimpi. Aku melihat Malaikat membawa secarik kain yang terbuat dari sutra. Kukatakan kepadanya, ‘Singkapkanlah.’ Malaikat itupun menyingkapnya. dan ternyata kain itu memuat gambarmu. lalu kukatakan, “jika ini merupakan ketentuan Allah, maka dia pasti akan membuatnya terjadi. ‘Pada kesempatan lain aku kembali melihatnya datang membawa secarik kain yang terbuat dari sutra. Maka kukatakan kepadanya, ‘Singkaplah.’ Malaikat itupun menyingkapnya. dan ternyata kain itu memuat gambarmu. lalu aku berkata, “jika ini merupakan ketentuan Allah, maka dia pasti akan membuatnya terjadi". (HR Bukhari, Muslim, dan Ahmad)

Subhanallah, aku tidak percaya ini, namun aku tetap bertawakal kepada Allah jikalau aku mendapatkan kesalahan atas apa yang terjadi pada peristiwa tersebut.

Karena aku menyedari bahwa muslimah tersebut ku lihat di mimpiku, maka akupun berdoa kepada Allah agar Allah menghentikan keberadaannya dimimpiku lantaran aku tidak menginginkan apa yang aku mimpikan itu adalah penyerupaan jin, terkecuali di waktu ketika aku membutuhkan kedatangannya. Alhamdulillah, beberapa waktu kemudian aku tidak memimpikannya lagi, hingga akupun merasa agak lebih legaan lantaran aku takut jika syaitan ikut campur dalam hal ini. Bagiku cukup dengan Ketawakalan dan keyakinan dari hatiku yang terdalamlah yang sekiranya mampu membuatku membedakan dirinya dengan sesuatu yang menyerupai dirinya. Semoga Allah menunjuki kita semua kepada jalan yang benar. Allahuma Amiin

Memang dirinya sudah tidak sering datang di dalam mimpi-mimpiku. Namun, dirinya kadang-kadang datang diwaktu aku perlu ada yang menegurku. Entah mengapa setiap kali aku berbuat zalim seperti halnya aku tidak mampu menundukkan pandanganku, dirinya terkadang hadir dimimpiku beberapa hari kemudian ataupun bisa malam harinya ketika aku tertidur, untuk mengurku dengan bahasa khasnya yang cukup mampu menjadi nasehat dan introspeksiku atas perbuatan yang telah aku perbuat. Bukan hanya itu iapun juga akan  terlihat memberikan nuansa kepuasannya yang khas ketika aku mampu mengendalikan diriku. Dia seolah benar-benar telah hidup di dalam diriku meskipun aku tidak mengenali siapa dirinya. Namun aku yakin dia ada.

Dan ada pula beberapa hal spesial yang aku alami setelah peristiwa itu terjadi di mana perasaanku merasa tidak nyaman ketika aku menempatkan seseorang wanita untuk aku jatuh cintai jika bukan sosok tersebut, hatiku seolah terasa kering, tidak menenangkan dan mampu meresapi indahnya rasa cinta itu seperti hal yang pernah aku rasakan dahulu terhadap siapa yang mempesonakanku. Seolah hati itu telah menjadi tidak peka terhadap cinta ketika aku sembarangan menempatkan seseorang yang salah di sana. Namun ketika aku ingat dengan sosok yang pernah hadir dimimpiku itu, entah mengapa seolah hati ini begitu luas dan begitu 'basah' untuk menempatkan dirinya di hati ini. Subhanallah, hal ini benar-benar mampu mengajarkanku untuk mempertahankan perasaanku dengannya demi membantuku untuk mempertahankan Kecintaanku kepada Allah, lantaran aku menyedari bahwa hatiku hanya satu sehingga aku tidak mampu jika harus mencintai lebih dari satu cinta terkecuali aku mencintai yang lainnya karenaNya. Insya Allah


Mengenai keberadaannya pernah menjadi pertanyaan bagiku, namun hatiku lebih tenteram ketika meyakini bahwa keberadaannya itu memang benar-benar ada, meskipun aku tidak tahu dimanakah ia saat ini. Jika saja muslimah sehebat Aisyah, Fatimah, Khadijah, Asiah dan Maryam pernah hidup di bumi ini, maka hal itu membuatku makin percaya akan keberadaannya .

Persitiwa ini mampu menjadikanku tersadar akan keterbatasan kemampuanku dalam memelihara hati demi menjaga Kecintaanku kepada Allah, membuatku yakin dengan kedatangan seseorang yang akan aku nikahi dan membuatku mengurungkan diri untuk mengira-ngira seseorang disekelilingku sehingga hal ini dapat cenderung membuatku mengurangi kesia-siaan.

Namun seperti dari awal, aku berharap kepada Allah agar Allah mempertemukanku ketika aku hendak menikahinya lantaran aku tidak mau menjadikan hati ini berlama-lama bermain dengan perasaanku terhadapnya walaupun nantinya dirinya akan dinikahkan olehku.

Namun, aku tidak berharap banyak, cukuplah Allah sebagai harapanku, Allah mengajarkanku keikhlasan, dan karenanya aku mencoba ikhlas untuk menerima selain dari yang dicirikan itu, jikalau memang benar dia tidak ada di bumi ini dan diwaktu yang bersamaan denganku ketika aku hidup. Meskipun aku berharap kehadirannya lantaran aku merasakan bahwa dialah belahan jiwaku. Bisa jadi aku menemukan sosok itu setelah aku menikah dengan seorang muslimah, ataupun bisa jadi muslimah itu adalah anak-anakku nanti yang dimana hal itu akan sangat membanggakan orang tuanya karena mengetahui memiliki anak yang shaleh dan shalehah. Ataupun aku tidak menemukannya di manapun, karena bisa jadi dia adalah diriku sendiri yang memang telah Allah tentukan di dalam diriku agar aku bisa menjadi seperti dirinya dan mengajarkan itu kepada istriku kelak agar apa yang aku dapati dalam yakinku dapat terwujud. Masya Allah

Aku tidak 'jatuh cinta' bukan karena aku tidak seperti laki-laki pada biasanya. Hatiku kupersembahkan kepada Pemiliknya, dan diisi hanya kepada yang halal olehku, siapapun yang mengisinya nanti, dialah bidadariku... Subahanllah...

Insya Allah

Terima kasih kepada siapa yang pernah mengalami peristiwa ini, Semoga Allah senantiasa Merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosamu beserta dosa-dosa kita semua dan menjadikan kita semua orang-orang yang dijauhi dari kesia-siaan. Allahuma Amiin

~ Alangkah bertuahnya dapat jadi macam ni..mungkin tak terlewat untukku..namun ku bersyukur dia masih mampu bersabar denganku..aku cuba sebaik mungkin menjaga hati ini untuknya..kuatkanlah aku....