Friday, December 18, 2015

PROMOSI BELI 5 FREE POSTAGE

Pon pon pon...
🎀
🎀
🎀
<< Produk PANAS, Produk HANGAT >>
Laris!
Repeat order!
‪#‎selesaikan‬ karang gigi
#selesaikan gusi berdarah
#selesaikan ulser mulut
#selesaikan sakit gigi
#selesaikan mulut berbau
Nak cuba?
*yang berminat join posto harini kabor cepat2 ya...lambat saya tinggal jer...tata


PROMOTE: UBAT GIGI MARINE ESSENCE

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum wbt & selamat pagi.

Tau tak, sejak 3 tahun ni saya dah tak jumpa doktor gigi. Hehe.. Alhamdulillah, setakat harini, gigi saya masih elok sejak mengamalkan Ubat Gigi Garam Buluh @ Ubat Gigi Marine Essence.

Untuk makluman semua, ketika mengandungkan anak kedua (2014), faham2 lah, time ni ibu perlu berkongsi makanan dengan anak yang dikandung, dan kebetulan saya masih menyusukan anak sulung yg ketika itu berusia 1tahun lebih. So calsium tu berkurang. Kebetulan diakhir kehamilan, gigi saya terserpih sedikit akibat makin nasi dengan ikan masin (gereh). Syoknya time tu makan sampai tak ingat gara2 dok fikir, waktu berpantang nanti, saya tak dapat makan gereh...hahaha

Disebabkan takut untuk dicabut gigi atau sebagainya, saya hanya maklumkan pada nurse ditempat saya check up di KK (IBU & ANAK) sahaja. Mujur tak sakit walaupun di hati tetap risau...

Ketika itu saya hanya meneruskan penggunaan Ubat Gigi Garam Buluh seperti biasa..

Setelah 1tahun lebih berlalu, ketika bulan puasa lepas (2015), buat pertama kalinya, gigi terserpih tu sakita yang amat2! Memang nak nangis rasanya...Langsung tak boleh nak bercakap, tidur & makan...

Ketika itu, saya sungguh2 gosok gigi ditempat sakit dalam tempoh 5minit...Kiranya dalam tempoh sakit gigi & gusi tu, saya kerap gosok gigi dengan menggunakan Ubat Gigi Garam Buluh. Saya juga minta suami carikan natural remedy yang sesuai (suami beli ubat cengkih).

Alhamdulillah, 3 hari gigi serpih & gusi sakit tu beransur baik. Terima kasih Allah!!!

Dan yang lagi syok, 3 kali juga karang2 gigi yang ada di gigi saya tanggal dengan sendirinya...Slowly but it's work!

Nak tau kenapa Ubat Gigi Garam Buluh ni best?

Korang ingat tak petua tok nenek moyang kita dulu..Letak garam pada tempat ulser atau doktor kata kumur dengan air garam untuk pulihkan gusi berdarah...Ni lah antara yang istimewanya Ubat Gigi Gram Buluh ni. 

Jom, bawah ni sedikit perkongsian tentang PRODUK HEBAT, UBAT GIGI GARAN BULUH



Ubat Gigi Garam Buluh pertama kalinya dengan ramuan botani Xylitol dan Pheno-SFETM untuk gigi yang bersih, gusi yang sihat dan nafas yang menyegarkan setiap hari!

Ramuan Ekslusif

Garam Buluh
Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan gigi dan gusi.
Membantu menyembuhkan luka kecil gusi, gusi berdarah dan ulser mulut..

Xylitol
Menguatkan enamel gigi dan mencegah kerosakan gigi.
Membantu memperbaiki kerosakan gigi.

Pheno-SFETM (Ekstrak Teh Pu-erh)
Menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel
gigi dan gusi [Anti-Penuaan].
Membantu membaiki dan memperbaharui sel-sel.

Gliserin
Pelembap yang terbaik.

Ciri-ciri

Gabungan unik ramuan semulajadi dan botani
Tanpa Gula
Tanpa Fluorida
Anti-Bakteria
Mineral Yang Bermanfaat
Anti Oksidan Yang Hebat
Antiseptik Semulajadi
Rasa Segar Daun Pudina Yang Berpanjangan

Kebaikan

Mencegah kaviti gigi
Mencegah masalah gusi
Mencegah pertumbuhan plak
Menguatkan enamel gigi yang lemah
Menanggalkan kotoran
Mencegah nafas berbau
Mencegah kerosakan gigi.
Selamat digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
Membunuh bakteria untuk mencegah kerosakan gigi.
Sumber kaya dengan mineral penting untuk menyihatkan dan menguatkan gigi dan gusi.
Membantu menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel gigi dan gusi.
Menyembuhkan luka kecil gusi, ulser mulut dan gusi berdarah.
Menyegarkan nafas.

Harga

RM 18.00 (Ahli)
RM 22.00 (Bukan ahli)

TESTIMONI & IKHTIAR YANG BERJAYA

Dari customer yang pernah berurusan dengan saya... Alhamdulillah..Terima Kasih, Allah.









Last but not least my own testimony..



Jika berminat & serius boleh dapatkan dari saya dengan wassap sahaja ke 019-3424700 (Ada).

SEMANGAT

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum wbt & selamat pagi.

Allahu akbar...rindunya saya menulis & update diruangan ini...Maaf lama tak bersiaran...
Apa2 pun saya tetap sihat alhamdulillah...
Saya juga berharap kalian juga begitu...

Suka saya kongsikan kata2 semangat buat anda dalam meniti kehidupan mendatang...Minda kita menentukan siapa kita...

  • Manusia yang
    berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.
  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
  • Terseradung bukannya terjatuh.
  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.
  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
:)

Sunday, May 10, 2015

SETIAP KESULITAN PASTI ADA HIKMAH

Assalamualaikum wbt..

Selamat berhujung minggu semua.. Actually, sejak petang jumaat lagi handphone saya buat cerita.. Semalam masuk wad sudah.. itu yang boleh update blog ni..huhuhu.. Namun saya pasti ada hikmahnya & yang penting Allah nak saya muhasabah diri balik..

Ialah dengan handphone ni banyak masa saya dengan gadjet tuh.. Cerita seharian & produk je taunya.. Al-Quran ntah ke mana.. Allah... Terima kasih Allah atas perhatian & teguranMu..

Anyway, mohon maaf banyak2 dari kalian semua... :)



Saturday, May 9, 2015

JOM DOA

Assalamualaikum wbt...

Jom amalkan doa ini selepas setiap kali solat...





Friday, May 8, 2015

KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN?? REMINDER TO MYSELF

KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPI...TAK SABAR..KAYA KAN DIRI SENDIRI💥
Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. 😀Kita boleh sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!
Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..
Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan...dahh naik panauuu
Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!
Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong Islam lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?

Jom buat bisnes dgn hati yg ikhlas kerana ALLAH SWT..
Niat nak tolong org..
Nak meningkatkan pendapatan..
Nak jadi jutawan dunia akhirat..
Nak bawak mak ayah mengerjakan haji/umrah..IN SHAA ALLAH..
IN SHAA ALLAH setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti dan berjihad di jalan ALLAH..
IN SHAA ALLAH YA ALLAH..
BANTULAH KAMI DENGAN KUASA MU..BERIKANLAH KAMI KEKUATAN SEMANGAT UNTUK KAMI MENCAPAI SEGALA HARAPAN,IMPIAN DAN MATLAMAT KAMI KERANA MU..
marilah sama2 kita tanam niat dalam hati untuk berjuang berjihad untuk agamanya dgn apa cara sekali pun sedaya yg kita mampu sesungguhnya kepada ALLAH.. IN SHAA ALLAH..
BEKALAN DAN SAHAM KITA UNTUK DIBAWA MENGADAPNYA NANTI..
IN SHAA ALLAH........
AMINNN....

Friday, April 10, 2015

Jom kita melihat kebesaran Allah



Surat Al Fathir 27 - Gunung Berwarna Warni

Seperti halnya Surat Ar Rahman 19-20 yang menyebutkan fenomena alam berupa pertemuan dua lautan yang tidak bercampur; ternyata fenomena gunung berwarna-warni yang difirmankan Allah dalam Surat Al Fahir 27, pun benar adanya.

Meskipun demikian,mungkin masih banyak orang yang belum mengetahui fenomena alam yang indah berupa gunung-gunung yang berwarna-warni di Zhangye Danxia, provinsi Gansu, Cina.



Al-Qur'an telah menginformasikan fenomena alam tersebut 14 abad yang lalu.
Apakah Nabi Muhammad SAW pernah ke Cina?
Tidak pernah sama sekali.
Tiada lain tiada bukan, informasi tersebut bersumber dari wahyu Allah SWT semata,

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ

"Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya.
Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang BERANEKA MACAM WARNANYA dan ada (pula) yang hitam pekat."
(QS. Fathir 27)




Gunung yang terletak di China ini tampak seperti hamparan pelangi karena itu orang menyebutnya 'rainbow mountain'.

Gunung pelangi seluas 300 kilometer persegi ini merupakan bagian dari Zhangye Danxia Landform Geological Park yang terletak di provinsi Gansu, China. 



Bukit dan lembahnya terdiri dari lapisan warna merah, biru, hijau zamrud, coklat, dan kuning.
Meskipun demikian, di sana tidak ditemui tumbuhan atau hewan apapun karena kondisi tanahnya yang tandus.

Fenomena alam yang menakjubkan ini merupakan contoh geomorfologi petrografi yang terbentuk karena kondisi lingkungan.

Menurut Telegraph, warna-warni perbukitan yang menakjubkan tersebut berasal dari batuan pasir merah dan mineral yang terbentuk sejak Periode Kapur, tepatnya 24 juta tahun lalu.



Gunung ini akan menampilkan pola warna yang berbeda-beda, tergantung pada kondisi cuaca dan pencahayaan matahari. Warna-warni gunung ini akan semakin kontras jika turun hujan pada hari sebelumnya.

Saat gunung ini pertama kali diketahui khalayak melalui foto yang beredar di dunia maya, banyak yang beranggapan kalau pola pelanginya merupakan hasil rekayasa komputer. Tetapi sekarang Zhangye Danxia Park menjadi salah satu objek wisata paling dicari di China.

SubhanAllah.
MahaBenar Allah dengan segala firman-Nya.

MUHASABAH


Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..
(Peringatan buat diri ku yg alpa)

MUDAHNYA SEDEKAH!!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Jumaat yang penuh keberkatan. saya ingin kongsikan sedikit tazkirah untuk menambah nilai hidup kita sebagai manusia.



MUDAHNYA BERSEDEKAH
=======================
Sudah bersedekah hari ini?
"Sesungguhnya dgn bersedekah tidak mengurangkan harta" HR Muslim
Sedekah itu bukan semata-mata wang ringgit. Sedekah itu adalah apa sahaja kebaikan yang dibuat dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH . smile emoticon

Apakah agaknya kebaikan-kebaikan kecil yang boleh kita lakukan hari ini?? smile emoticon 3 idea menarik & kreatif untuk bersedekah. Ringkasan dari perkongsian Ustaz Fathuri- Mudahnya Menjemput Rezeki :
*******************
Idea 1: Tanya khabar adik beradik/ kawan baik yang sudah lama tidak didengar beritanya. Akhiri perbualan singkat itu dengan kata-kata di bawah:
" I just call to say I love u..."
*******************
Idea 2: Beli sepasang selipar untuk kegunaan tandas masjid. Tidak perlu dipotong selipar itu atau ditandakan apa-apa, sebagaimana yang kerap dibuat orang.
*******************
Idea 3: Bayarkan tol kereta di belakang kita. Sebuah , dua buah atau 10 buah, ikut keyakinan kita.
Boleh mengurangkan jammed di bahagian tunai & melancarkan perjalanan orang lain. Besar sedekahnya smile emoticon Selamat beramal

Wednesday, February 11, 2015

Ceritaku..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Masih bernyawa lagi cuma la ni kurang aktif menaip di sini. Berhabuk & bersawang sudah..

Sekadar berkongsi perkembangan terbaru di tahun baru dengan usia yang baru & azam baru..

our 3rd anniversary.. syukur alhamdulillah. inshaa Allah perhubungan ini akan dibawa hingga ke syurga..


our kids, couple!! Thank you, Allah


My genius kids.. very active & energetic. so many ideas to do..


Semua yang baik milik Allah..
Mana yang terkurang kita cuba baiki untuk jadi lebih baik..
Masa yang lalu usah dikenang..
Saya mohon maaf andai pernah tersilap kata pada anda semua..