Monday, December 30, 2013

Memori 2013

Assalamualaikum w.b.t.

[ Suka Ummi tengok Akhtar time ni.. Comel lak si Aqilah bag pakai baju bear kat kepalanya]
Counting days.. Tahun 2013 bakal melabuh tirai. Tahun 2014 bakal menjelma. Sudahkan sahabat memasang niat atau azam baru? Bersediakah sahabat dengan tekanan ekonomi dan kewangan yang makin menyempit?

Dugaan kan?? Huuh.. (segala bantuan pun tak mampu nak ubah melainkan kekuasaan dari Allah).

Sorry merepik jap..

Untuk diri saya, memang suami yang tanggung semua dan saya hanya bantu serba sedikit namun memang terkesan dengan apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tambah, bilangan ahli akan bertambah tidak lama lagi.. Cabaran tu..

Namun saya bukan berceloteh tentang perkara itu untuk saat ini, itu hanya bingkisan ringkas bebenan yang saya dan keluarga rasa. Senang kata rakyat biasa rasa.

Sebenarnya, saya ingin mengembalikan memori yang masih segar dalam fikiran saya pada tahun 2013 ini.

Alhamdulillah tahun ini kami bertiga menempuh kehidupan bersama. Semuanya serba baru bagi kami yang baru menimang cahaya mata. Saya dapat melihat berkembangan anak membesar depan mata dengan niat untuk menyusukannya selama 2 tahun. Syukur pada Allah s.w.t. Rutin harian berubah daripada berdua kepada bertiga. Difikiran pasti terkenang dan teringat secomel yang soleh Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi.

Segalanya sangat manis dan mencabar. Tapi terdapat juga dugaan yang hebat telah berlaku dalam keluarga kami. Alhamdulillah, saya memiliki seorang suami yang melengkapkan kehidupan saya sebagai seorang isteri. Walau banyak kesilapan telah saya lakukan, namun suami sedia membimbing diriku kembali. Kalau orang lain, lama dah kena tinggal atau biarkan isterinya hanyut walaupun isterinya kelihatan baik. Uishh.. jangan kata wanita baik sempurna dah cukup sempurna mengendalikan rumah tangga dan suami serta anak. Ada kekurangan saya ni tapi saya cuba buat yang terbaik dan cuba mengambil hati suami saya semula. Baru kahwin kan....

Tapi betulah, anak ni menjadi pengikat kasih sayang hubungan suami isteri. Dulu berdua tak rasa sangat feelingnya. Masing-masing masih cari rentak yang sesuai tambahan suami saya baru nak baik dari sakitnya akibat kemalangan. Kami pun kiranya bercinta lepas nikah. Serius tau!!

Dengan adanya anak yang supper cute serta ada lesung pipit tu, saya belajar menjadi seorang Ummi yang supper dupper sabar. Saya seorang yang sangat kasar, panas baran ikut pada perkara yang berlaku dan adakalanya terlebih emosional. Hingga bila saya mula marah pada anak, suami ada tegur,

"Eh, Ayah tak pernah tengok Ummi awak macam ni.. Selalu Ummi awak banyak bersabar dan nasihatkan Ayah"

"Dinda, sabar dinda.. Dinda kan Ummi penyayang"

Terdiam jap bila suami cakap macam tu.. Saya dah jarang marah sejak ada anak ni. Wah, karekter berubah. Tapi tegas tu ada. Anak sulung yang ramai adik lelaki ni masih gak ada tabiat lama tu cuma terendam je dalam kanvas. Kalau dijolok tebuan atau angin sesat mana ntah, baru timbul balik.. Haila.. Macam-macamlah..

Yes, saya bersyukur sangat dengan apa yang saya lalui walaupun masih mengimpikan untuk bertukar tempat kerja sesuai dengan kelayakan yang saya perolehi. Gaji tinggi tu bukan impian sangat tapi tetap nak saya miliki untuk settlekan hutang yang banyak tu.. Nak juga saya memberikan khidmat terbaik sebagai anak dengan pendidikan yang saya miliki. Nak bagi Ummi Abah saya merasai gaji orang berijazah. Lain tu..

Sebelum terlupa, ada sesuatu telah berlaku pada saya dan anak kami. Cerita mengikut tarikh..

13/09/2013 (Jumaat)

Setelah selesai urusan kerja, suami membawa saya pergi ke klinik pada petang tersebut. Hari sebelumnya, saya melakukan ujian dan didapati samar. Berdebar saya sebab tak jangka. Masin mulut suami nak anak lagi. Setelah cerita apa yang patut pada doktor, ntah macam mana doktor cadangkan saya buang kandungan tersebut dengan alasan masih baru dan membahayakan saya. Walhal dia tidak buat ujian secara menyeluruh.

16/09/2013 (Isnin)

Cuti Malaysia kami ambil kesempatan pergi ke klinik lain sekali lagi. Sebelum itu, puas saya menangis sedih kerana tidak sanggup membuang kandungan yang diberi Allah. Solution lain kami cari dan alhamdulillah masih ada sinarnya buat kami suami isteri. Rahim saya sehat dan tiada masalah akibat pembedahan Cesarean lalu. Doktor pesan jaga kandungan sebaiknya. Allah dah beri.. Positif sangat2.. Senyum kami suami isteri. 6minggu.. Akhtar bakal dapat adik.

09/11/2013 (Sabtu)
Awal pagi di kampung tempat saya membesar, Akhtar tiba2 muntah. Suami tiada di sisi kerana mempunyai urusan kerja di bandar. Suami saya hanya menghantar saya bagi menemani adik saya sahaja. Muntah Akhar berterusan sehingga ke siang. Saya bertenang namun tetap takut dan risau sebab hal sebeini pernah terjadi pada anak kami. Habis susu dimuntahkannya. Mujur ada adik ipar. Dengan bantuannya, Akhtar dibawa ke klinik.

Doktor mengatakan punca Akhtar muntah sebab tak boleh buang air. Saya pun berasa sedikit lega. Di fikiran saya, sebelum sampai di kampung, perjalanan mmemang sesak, lambat makan dan penat. Akhtar pun tak buang sejak Khamis. Moga tiada apa menimpanya lagi.

Ummi Abah saya dan ahli yang lain berada di Pahang ketika itu. Petang tu juga setelah selesai kerja, suami tiba di kampung.

Akhtar mula membuang dan kembali ceria. Namun seketika. Akhtar muntah lagi.. Saya dan suami bergilir menjaganya sehingga kami berdua tidur di ruang tamu. Tidur pun tidur2 ayam sahaja.

10/11/2013 (Ahad)

Awal pagi 5.30, Akhtar mula berhenti muntah. Saya memang tak cukup rehat. Namun redha demi anak. Segalanya kembali pulih. Namun setibanya Umi Abah dan adik2 yang lain dari Pahang, saya pula muntah tak henti2.

5x saya buang segala isi perut. Setiba di rumah kami, saya lesu dan tidur. Suami urus apa yang patut.

11/11/2013 (Isnin)

Awal pagi bangun seperti biasa namun saya kerap membuang air di tandas. Rasa memulas perut ni. Otw, menghantar Akhtar seperti biasa sebelum ke tempat kerja, saya terasa sesuatu. Diikuti sakit perut disebelah kanan.

Ketika di rumah M.I.L, sempat saya maklumkan pada suami. Suami suruh cek. Allah.. Berdebar saya bila melihat darah..Menggigil sebab itu pertama kali terjadi dalam hidup saya.. Terdengar suami menjerit kepada emak..

Suami kelihatan kusut setelah mendapat cerita tadi.. Kami segera pergi ke klinik. Mujur tidak berdarah lagi. Tapi habis mood suami saya terbang. Semua orang dimarahnya.. Saya serba salah dan sedih. Lepas satu, satu..

Terdengar perbualan suami kepada pekerja kami,

"Sorry la, Isteri saya hampir nak gugur.. Saya runsing tadi"

Saya diberi cuti selama seminggu dan tidak boleh melakukan kerja-kerja berat. Rahim lemah namun baby dalam kandungan sihat cergas bergerak.

Tetapi saya tetap buat rutin seperti biasa hatta menjaga Akhtar.. Cuma berhati-hati. Saya makan ubat doktor beri.

Minggu tersebut memang sangat mencabar terutamanya buat suami tercinta. Kasihan melihat dirinya lantaran saya dan anak sakit. Suami mengakui yang dirinya bagai terduduk bila saya dan anak sakit tambahan kerja-kerja yang memerlukan pemantauan darinya makin bertambah.

Akhtar demam teruk menjelang hari lahirnya setelah cirit-birit dan muntah2. Semua dia tak mahu makan kecuali susu saya. Berdukung sepanjang masa. 2 klinik dan 1 hospital kami kunjungi. Syukur tiada penyakit yang merbahaya.

Itulah memori saya sepanjang tahun ini..Bakal menyambut kehadiran insan baru tidak lama lagi.. 21 minggu lebih kurang usia kandungan saya. Moga Allah memudahkan urusan saya sekeluarga. Amin.

Tuesday, December 24, 2013

PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sikit disangka "diet"

Orang berperangai baik disangka buruk

Orang berperangai buruk disangka baik

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Wallahu a'lam


Sumber: Facebook Heliza Helmi

Thursday, December 12, 2013

10 Tips berguna dari Child Psychiatrist (pakar mental kanak-kanak)

Tip ni wajar dipraktikkan pada anak yang berusia 0-3 tahun untuk  perkembangan skill mereka. Ketika usia ni, mereka cepat tangkap apa yang berlaku di depan mata. Jaga2. Saya copy dari sini dan edit sedikit. Tq sis sebab share info berguna.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

 * Ni jika berkesempatan jumpa rumput, saya 'lanyakkan' anak saya untuk dia rasa. Pernah saya lalukan kakinya di dinding kasar untuk dia rasa struktur yang ada pasir campur simen. Dan saya juga dah ajar anak saya buat art guna water color untuk conteng di color paper. 


2. Don't expose to too much things in a box. 
"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T
Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7!
So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?
Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! 
No handphone in front of Alex please!"
Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone).
 But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. 
Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. 
For example, kita cakap,
 Oh Boboiboy is wearing a red cap. 
Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! 
Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. 
But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching.
 Itu petanda buruk. 
So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone,
games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?

Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.

Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.

* Alhamdulillah, untuk hal ni, saya cuba kurangkan Akhtar tengok tivi.
Biasanya saya kerap bermain bersamanya jika
disamping bercerita bersama dia.


3) Stimulate their imitation skills.
Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.
So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

[Serius, waktu ni bingit sangat sebab Akhtar ambil tin kosong ni buat gendang sambil dia gelak kuat2]
Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).
* Alhamdulillah, Akhtar ikut semua berkembangan bayi membesar. Dia masih merangkak lagi. Part ni rasa lega sikit walaupun saya nak dia berjalan (tak larat nak dukung). Maybe Allah nak bagi anak Ummi bijak orangnya dan berguna untuk Islam dan Ummah. InsyaAllah. Amin


4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

* Tang ni, mainan Akhtar masih sesuai dengan dia. Mujur tak beli watak Upin Ipin dan Ninja Turtle.
[Act, bawah meja kecil ni ada kotak. Semua Akhtar yang susun. Dia nak masukkan kereta yang dia main tu dalam kotak]


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.
Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,
"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."
"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.
Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D
Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

* Saya dah ajar pun anak bersalam dengan orang lain. Tapi budak kan, kalau ada mood, dia buat dengan jayanya. Tak boleh putus asa nih!

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.
Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, 
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan. 


8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

* Alhamdulillah, Akhtar dah good mood dengan ayahnya. ^_^

9) Bila bermain, follow his interest. 
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.
[Time ni Akhtar syok main kereta sambil makan keropok bunga2]

[Waktu ni saya baru perasan yang anak saya sangat fokus pusingkan tayar lori mainannya.]

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.
Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.
Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Akhtar menangis?"

Tapi Akhtar diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam
 "Akhtar jatuh?"
"Akhtar sakit perut?"
"Akhtar lapar?"
"Akhtar bosan?"
Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab. 
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Wednesday, December 11, 2013

SHOPPING DI JJ AEON SETIAWANGSA

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau dah namanya perempuan, suka sangat cuci mata dengan shopping. Alhamdulillah sabtu baru ni, 7/12/2013 saya, Ummi, Anjang dan Ina berserta dengan baby masing-masing menghabiskan hujung minggu bersama. Suami saya ada kerja, so, ingatnya tak dapat balik rumah Ummi. Tapi ntah macama mana suami izinkan. Ummi yang ambil kebetulan nak datang rumah saya berjalan.

Macam dapat kunci je bila yang join shopping tu semuanya perempuan. Anak saya, Akhtar pertama kali tidur dalam troli.

Yang nak ceritanya, dah lama hati teringin nak jejak kedai DAISO yang selalu blogger2 dok cerita tu. Tapi tak berkesempatan. So, bila peluang depan mata, saya tak lepaskan! Kebetulan ada dekat JJ Aeon Setiawangsa.

Harga semua RM 5.Cute dan comel. Saya beli apa yang perlu je. Nak dekat RM 250 juga habis. Itu barang saya, Anjang dan Ina.

Then, kaki jejak masuk Aoen bahagian pakaian. Anjang dah rambang mata dengan cekak rambut yang super gorgeous tu. Kebetulan saya terlihat perfume keluaran SIMPLYSITI. Dalam hati nak beli jika berkenan. Kebetulan juga SALE. Grab la mana yang berkenan.

[Sweet baunya. Saya tanya dekat jurujual mana yang ramai orang pilih? Ini dia, CANDY. Offer]

[Ni bau dia best giler. Goda suami I, OK!! ]

[ Hadiah untuk suami tercinta. Sekali bau terus berkenan!!]
Lepas tengok minyak wangi, mata pula rambang tengok baju anak. Beli beberapa pasang baju baru untuk pakaian harian dia. Budak makin lasak baju cepat kotor. Kesian anak Ummi. Beli juga sepasang kasut untuk bagi dia semangat nak jalan sendiri. Ummi tak sabar tunggu saat tu. Ummi tak larat nak dukung Akhtar dah.

Ingat nak beli mainan untuk birthday anak sempena 1tahun tapi tiada yang berkenan. Bila teringat anak dah pandai conteng, saje saya beli water color yang sesuai untuk usia macam dia dan beli paper warna. Boleh buat sesi seni bersama anak. Syoknya!!

[See...wajah comel semua anak2. Ziyad, Akhtar dan Sumayyah. Izzat je tiada dalam gambar sebab masih di Kedah lagi. Sumayyah tangah tak ada mood tu]

Nak cerita kat sini, saya rasa semua masalah hilang bila dapat shopping macam ni. Bukan selalu. Memang terapi lah. Syukur. Sayang Ummi saya sebab memahami anakmu ini.

p/s: Serius, saya tertekan minggu lepas. Tapi let gone be bygone. Today, Selangor cuti tapi kami kerja. Selamat bercuti ye kawan-kawan. Cantik tarikh hari ni kan? 11/12/13 My anak buah yang sebaya dengan anak saya dan ziyad menyambut ulang tahunnya hari ini. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Thursday, December 5, 2013

STRESS

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada ayat yang mampu untuk diluahkan melainkan rasa nak marah. Geram sangat!!!!!

Nak tanya, pernah ke korang diminta bagi pendapat tapi pendapat kita tak diterima dan ditolak. Lepas tu marah dan kata,

"Belajar tinggi2 itu pun tak boleh fikir?"

"Belajar tinggi2 cubalah bagi pendapat sikit?"

Wah...rasa panas otak. Ntah apa yang dimahukannya pun tak tahu!

Lepastu boleh pulak minta tulis surat personal kepada bank (surat rasmi tapi panjang berjela dan ambil masa lebih seminggu untuk ubah dan tulis balik ayat). This is nonsense!!!!!!!!

Saya pernah kerja dengan orang yang lagi hebat dan bijak, tapi tak pernah pula nak minta buat benda bodoh macam ni selama seminggu lebih.

Saya memang dah tak tahan!!!!! Memang nak marah sangat ni!!

Nak direct depan bukan tak pernah tapi lain jadinya.. Kami ni dianggap tak berguna.

Manusia memang lupa diri!!!!!!

Ko ada duit, ko nak beli kami?????

Nonsense!!!








p/s: Semoga sahabat2 saya yang berada dipantai timur dimudahkan segala urusan dan bersabar dengan ujian bencana ini.

Tuesday, December 3, 2013

GENAP SEBULAN AMMAR PERGI



KEHIDUPANNYA seperti remaja lain, aktif bersukan, lasak dan suka melakukan sesuatu yang baru serta mencabar dirinya. Ketika hayatnya, dirinya kurang dikenali, namun tatkala dia meninggal, satu dunia mengenalinya!

Dialah Ahmad Ammar Ahmad Azam, meninggal dunia kerana dilanggar ambulans ketika melintas jalan di Istanbul, Turki, jam 1.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia), pada 2 November lalu.

Istimewanya Ammar, apabila disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, yang menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di Turki.

Kematiannya dikaitkan penghijrahan sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari dari Madinah ke Konstantinopel (Istanbul) yang akhirnya syahid di kota itu.

Begitulah juga dengan perjalanan hidup Ammar yang berhijrah dari Malaysia ke Istanbul, yang dikatakan syahid ketika dalam perjalanan untuk mengajar agama Tafsir Risalah An -Nur kepada pelajar baru dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

Semalam, genap sebulan arwah Ammar, 20, menemui pencipta-Nya, namun kehilangannya masih dirasai sehingga hari ini. Terselit ‘sesuatu’ pada diri Ammar sehinggakan dia diberi kemuliaan sehinggakan ramai orang berebut-rebut mahu mengusung jenazahnya ke tempat persemadiannya.

Mengimbas kembali kisah itu, bapa arwah Ammar, Ahmad Azam Ab Rahman, 53, berkata, pelbagai perasaan terbit dalam dirinya saat dikhabarkan satu-satu anak lelaki tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan Nur Azlina Abdul Aziz disahkan meninggal dunia.

“Saya sedih dan terkejut. Saya dapat berita itu pada 2 November jam 11.30 malam. Sepanjang malam itu tidak tidur. Keesokannya selepas Subuh ketika dalam ‘flight’ ke Turki, saya dan isteri menangis berganti-ganti, tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Namun, sebaik tiba di Istanbul, perasaan sedih Ahmad Azam bertukar terharu dan bersyukur kerana begitu ramai guru, ustaz serta rakan-rakan universiti Ammar dari Malaysia dan Turki hadir menziarahi arwah anaknya.

“Kami pergi  ke rumah mayat dan pada malam itu, pelajar Malaysia dengan pegawai kedutaan buat tahlil. Jamaah Hayrat juga turut mengadakan majlis,” katanya.

Ahmad Azam tidak menyangka anak lelakinya begitu dimuliakan apabila permohonannya untuk mengebumikan Ammar di Eyub Sultan, ditunaikan.

Ini kerana, tanah perkuburan itu dianggap tempat paling mulia di Turki kerana menempatkan sahabat nabi yang mati syahid.

“Waktu itu terdetik di hati saya bahawa permohonan Ammar itu sangat berat untuk dilaksanakan Jamaah Hayrat. Ini umpama saya beri wasiat; ‘kalau saya meninggal dunia, terus kebumikan saya di makam pahlawan di Masjid Negara’.

“Ammar hanya budak 20 tahun, tidak ada sejarah, orang luar pula, minta tempat sangat diidam-idamkan oleh semua orang Turki. Itu hampir mustahil sampai ada orang Turki kata; ‘anak kamu ini dapat (dikebumikan di Eyub Sultan) ini, tempat kami nak mimpi pun tak berani sebab hampir mustahil, tapi ALLAH SWT membuka dan memuliakan anak kamu’.

“Ketika itu, barulah timbul rasa terharu kerana Ammar begitu dimuliakan ribuan orang Turki termasuklah kerajaan Turki. Rupanya berita kematian Ammar sampai kepada Menteri Luar Turki. Beliau ke luar negara waktu itu. Bila saya pulang ke Malaysia, beliau mengucapkan takziah,” katanya.


Imej Malaysia naik

Berita arwah Ammar, rakyat Malaysia pertama dikebumikan di Eyub Sultan menjadikan negara dipandang tinggi dan sangat dihormati kerana masyarakat Turki menganggap orang luar yang disemadikan di situ, sudah pasti seseorang yang sangat istimewa.

Seorang pendakwah terkenal di Turki yang dikenali sebagai Omer Dongeloglu beri syarahan mengatakan bahawa Ammar adalah orang yang dimuliakan ALLAH dan dikira sebagai mati syahid. Pandangan itu turut sama dikongsi ulama lain di Turki.

Perkara itu membuatkan Ahmad Azam dan isterinya tertanya-tanya mengenai ‘kehebatan’ anaknya sehingga digelar sebegitu. Malah, jenazah Ammar juga kelihatan percikan peluh di dahi dan bawah kelopak mata ketika dikafankan – antara tanda kematian yang baik.

“Kami lihat wajah Ammar tenang, seolah-olah sedang tidur. Raut wajahnya kelihatan seperti tersenyum, sesuatu yang jarang kami lihat ketika hayatnya sebab mukanya sentiasa serius seakan-akan sedang memikirkan sesuatu,” katanya.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila rakannya memaklumkan kepada Ahmad Azam bahawa anaknya sudah menamatkan pengajian Tafsir al-Quran Risalah an-Nur, dalam tempoh lapan bulan.

“Saya sendiri tidak pernah tahu perkara ini. Tafsir ini, yang diasaskan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi agak payah dan orang Turki sendiri ambil masa lama untuk tamatkan. Saya sendiri ada tafsir ini, tapi tak habis baca lagi.

“Disebabkan itu, ustaz kepada arwah Ammar ini menjalankan ujian terhadap Ammar dan dia telah lulus, sama mengikut kefahaman mereka. Akhirnya, ustaz mentauliahkan dia dan Ammar sudah boleh mengajar tafsir itu,” katanya

Ahmad Azam, yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, ketika kejadian Ammar dilanggar, ia merupakan hari pertama arwah mengajar pelajar baharu dari Malaysia, Thailand dan Kemboja.

“Takdir ALLAH, dalam perjalanan hendak mengajar Tafsir Risalah an-Nur, dia meninggal. Saya difahamkan, Ammar sudah melintas ketika itu, namun dia hilang imbangan, lalu terjatuh.

“Dalam beg yang dibawa Ammar waktu itu, dia memang hendak ajar tafsir tajuk pertama iaitu mengenai bab ikhlas sebab hanya sifat ini saja menjadikan semua amalan dapat pahala.

Di sinilah, baru saya nampak kenapa Ammar dimuliakan,” katanya. Ahmad Azam berkata, tiada kesan darah ditemui pada pakaian dipakai Ammar ketika kemalangan tersebut.

“Autopsi dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Hasil pemeriksaan mendapati, tangan kiri dan dua tulang rusuk Ammar patah, serta kecederaan dalaman,” katanya.


Mimpi bertemu bidadari

Dua minggu sebelum kematian anaknya, Ahmad Azam berpeluang bertemu Ammar semasa lawatan urusan kerjanya di Istanbul, namun arwah tidak memberitahunya tentang pengalamannya ketika mengikuti misi kemanusiaan di Syria.

“Rakannya bercerita, Ammar bermimpi bertemu dengan bidadarinya. Dia cakap; ‘Alhamdulillah, ALLAH beri hadiah pada aku dengan bertemu bidadariku. Aku dah mati, aku mati syahid. Tak sabar nak jumpa dengan bidadari,” ceritanya mengulangi kisah diberitahu rakan anaknya.

Dalam nota dicatatkan arwah menerusi telefon bimbitnya, kata Ahmad Azam, ketika Ammar berada di Syria, berlaku pergolakan dalam dirinya sama ada mahu mengangkat senjata atau meneruskan pengajiannya.

“Sebagai bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (RMC), soal tembak menembak ini tiada masalah.

Akhirnya, dia melihat tugasnya sebagai pelajar belum selesai. Dia buat keputusan untuk berdakwah. Jadi dia kena balik dan habiskan tugas-tugasnya sebagai pendakwah.

“Sebab itu, kawan-kawannya dalam nada gurauan menggelarkan Ammar sebagai ‘syahid yang tertangguh’. Dua minggu kemudian, Ammar meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya.

“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki.

“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain,” katanya.


Rakam gambar sebelum meninggal

Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah Ammar dikatakan banyak bergambar dengan tokoh-tokoh terkenal seperti sasterawan, Datuk Baha Zain dan mengambil gambar di tempat yang dikunjunginya.

Bagi Ahmad Azam, sikap Ammar kelihatan agak luar biasa kerana anaknya bukan seorang yang begitu, tetapi tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa ia adalah ‘kenangan’ yang akan ditinggalkan buat tatapan keluarga.

“Kehadirannya tidak dirasai orang kerana dia seorang pemalu. Kalau dia ada pun, orang tidak akan perasan.

Tapi kali ini dia minta orang tolong ambilkan gambar. Kita tak terfikir, kelakuan itu pelik ke apa, sekarang baharu rasa, ada mesej dia nak bagi.

“Yang paling saya tak jangka, kawan dia hendak siapkan tugasan dan ada masalah hendak cari tokoh korporat. Ammar telah minta bantuan saya untuk bantu rakannya. Ini pun bukan sikap dia. Kami ingat, dia sekarang sudah lebih matang, rupa-rupanya itu tanda dia nak pergi,” katanya.

Menurut Nur Azlina, anaknya sempat menziarahi saudara dan rakannya ketika pulang ke Malaysia selama dua bulan, bermula Ramadan lalu, seolah-olah mahu mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada mereka.

“Masa dia dengan kami pun tak banyak. Dia banyak mengembara dan dalam tempoh dua bulan cuti, dia mengikuti misi kemanusiaan kami ke Kemboja, melibatkan diri dalam program Ramadhan sekolah pelarian Rohingya di Klang dan program di Pesantren Hamka di Padang, Indonesia. Dia nampak seronok apabila berpeluang mempelajari selok-belok kerja sawah padi di Sik, Kedah.

“Kalau dia balik, tiada masa untuk lihat Ammar bersantai atau menonton televisyen. Masa banyak dihabiskan buat terjemahan drama TV Al Hijrah atau laporan projeknya di Kemboja dan sebagainya,” katanya.

Walaupun Ammar seorang yang pendiam, Nur Azlina berkata, dia tetap disukai rakann kerana sikapnya disenangi, suka bercakap bila perlu.

“Dia tidak pernah bercerita sesuatu perkara yang membangga dirinya. Kami kenal dia sebagai seorang anak yang merendah diri, terutama dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Dia pernah terpilih sebagai pelajar terbaik, tetapi tidak tercalon kerana sikapnya pendiam," katanya.


Tak pernah mimpi Ammar

Dalam keluarganya, Ammar adalah anak keempat daripada lima adik-beradik.

Nur Azlina berkata, tiada tanda-tanda pelik ditunjukkan ketika kali terakhir beliau bertemu Ammar, iaitu semasa menghantar arwah anaknya ke lapangan terbang selepas habis bercuti, pada 22 September lalu, iaitu 40 hari sebelum kematian Ammar.

“Cuma dia ada menyebut, selepas ini dia tidak akan balik lagi. Tiada benda ketara yang disebutnya. Tapi kawannya ada menceritakan yang Ammar ingin mempertingkatkan kerja dakwah kerana masa sudah suntuk,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, Nur Azlina tidak pernah bermimpikan arwah anaknya walaupun ramai orang yang berkongsi pengalaman mimpi bertemu dengan Ammar.

“Sampaikan ada orang kata; ‘saya doakan makcik mimpikan Ammar’. Saya kata; ‘tidak mengapa, yang penting berdoa dan tahu dia (Ammar) dekat dengan hati saya," katanya.

Sebagai tanda memperingati jasa Ammar, pihak Universiti Marmara, Turki menanam pokok di tempat pengajiannya.

Selain itu, Ahmad Azam memberitahu, semua barang milik anaknya ditinggalkan di sana kerana permintaan orang Turki.

“Buku-buku dia semua kami tinggalkan di Turki untuk diletakkan dalam perpustakaan. Baju-baju Ammar pula, habis dibahagikan kepada orang Turki, sebagai kenangan kerana syahid,” katanya.


Hidup dalam keluarga besar

Ammar dibesarkan dalam suasana keluarga ‘extended family’ (lebih dua generasi dalam sebuah rumah) selama 12 tahun. Ammar membesar bersama dengan datuk, nenek dan ramai bapa dan emak saudara kerana dia sibuk bekerja ketika itu.

Bercerita lanjut mengenai kisah putera tunggalnya, Ahmad Azam berkata, arwah anaknya membesar dengan datuk, nenek dan bapa saudara kerana dia dan suami sibuk bekerja ketika itu.

“Dari kecil lagi, Ammar diterapkan dengan ilmu agama dan bersekolah Sekolah Rendah Islam Abim Al-Huda dan di Sekolah Agama Menengah Bestari. Sikap kepimpinan Ammar terserlah apabila dia melanjutkan pelajaran di RMC,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Friday, November 29, 2013

Sandwich Bag Art

Assalamualaikum w.b.t.

Banyak nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Cuma hari ni, saya nak share hasil kreativiti seorang ayah sesudah menyiapkan sandwich untuk si anak tersayang. Ayah yang awesome ni lukis guna marker mata tajam tu je. Mesti happy anak dia bila time nak lunch. Saya yang tengok ni pun nak buat perkara yang sama untuk Akhtar dan adik2 nya bila dah masuk sekolah nanti ( berangan je ko nih. ^_^ ).

See.. What say you?
























Ini kata-kata ayah yang awesome, David;

“The sandwich bags are something that my boys and I share together. But the comments people leave about a parent doing something similar really touches me, because there are other parents that love their kids just as much. And they love them enough to leave a little note, a little whatever it may be… that’s just something that brightens their day when they get to their lunch.”
 p/s: Tetibe rasa nak lukis balik..Syoknya.. Now Akhtar pun dah pandai conteng sejak dia 10 bulan lagi. Memang Akhtar dah pandai pegang pensil dengan baik. Saya pun tak ajar. Tapi mungkin ketika mengandungkannya setahun lalu, saya rajin membaca dan mengira. So, dia gemar buku, kertas, pensil dan seumpama dengannya. Spend time dengan anak ni memang buat kita rasa muda bercampur geram. Ahaks...

Wednesday, November 20, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013) - Pelajar Malaysia Yang Meninggal Di Turki

Assalamualaikum w.b.t.
Sejujurnya saya tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah secara tidak sengaja saya terlihat video ini di wall facebook sahabat saya dan jujur, saya tersentuh dan syahdu.

Saya hanya mampu berdoa untuk melakukan segala kebaikan selagi hayat dikandung badan sesuai dengan status seorang hamba, isteri, ibu, anak, menantu, kakak dan sahabat. Untuk berjihad dan berkelana keluar dari zon selesa memerlukan keizinan dari seorang suami. Jika tidak diberi izin untuk pergi jauh, saya hanya buat yang termampu walaupun hati mengiginkan lebih.

Moga saya sekeluarga dan keturunan saya mampu dan mengikuti segala kebaikan perjalanan dan perjuangan Rasulullah, para sahabat dan Adik Ahmad Ammar untuk masyarakat Islam. InsyaAllah.

Al-Fatihah.

p/s: Memang nak bermusafir di bumi Ambia. Saya teringin nak bertalaqqi dengan Shaikh2 hebat. Nak belajar Al-Quran bersanad. Allah Maha Besar

Tuesday, November 12, 2013

"SAYA MAHU JADI TELEVISYEN"

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya
 

'Kenapa menangis ni?'
 

'Lihatlah karangan budak ni..'
 

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
 

Jadikan Saya Sebuah Televisyen
 

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.
 

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.
 

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.
 

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
 

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
 

Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
 

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
 

'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'
 

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
 

'Abang, itu karangan anak kita!'
 

Jika diperhatikan sekarang ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek dan focus handphone masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kadang2 anak2 dok tengok je dari jauh sambil main mainannya.. jangan pulak nanti anak2 kita pulak buat essei.. 'Jadikan saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikan perhatian pada insan2 disekeliling yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita..


p/s: Masih luangkan masa dengan anak untuk bermain dengannya walaupun ada kerja yang perlu dilakukan. Kerja boleh siap kemudian, tapi saat bergembira bersama dengan anak dan lihat perkembangannya pasti tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Tuesday, October 29, 2013

Gambar Sekitar Majlis Nikah Diana Amir







Picture credit to: Beautifulnara dan Amalina Tuna Photography.

p/s: Suka tengok persalinan dan orang yang hadir di majlis Diana Amir dan Habib. Sejuk mata. Tahniah buat mereka berdua. Moga bahagia hingga ke syurga. Now, saya tunggu turn Heliza Helmi pula..

Motif: Cuci mata ^_^

Monday, October 28, 2013

MY LITTLE PRINCE

Handsome tak? Saya tengah makan bahulu ni..

Saya tak tahulah kenapa saya suka makan dan ambil dengan tangan kiri.. Ummi banyak kali ajar saya makan dan ambil dengan tangan kanan..

~ Memang ada baby suka  makan banyak bila keluar berjalan ke? Anak saya macam tu.. Jika di rumah kurang makan dan lebih gemar makan cerelac.

~ Semalam (27/10/2013), buat pertama kali anak jatuh dan mempunyai luka. Jika dilihat dengan dekat pada gambar kedua di atas, di bawah kening mata kiri terdapat luka dan bengkak biru. Hish..risau..mujur sapu aloe vera.

~ Ummi saya anak Ummi.. Moga Muhammad Akhtar Khawarizmi membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan cerdik.

Friday, October 18, 2013

REMOVE YOUR BLACKHEADS & WHITEHEADS

 
“How to we get rid of blackheads and whiteheads”

Maintaining a clear and beautiful skin, takes time, consistency and effort. Dermatologist may recommend lots of products, but some of them can be expensive and may actually take a long time to work. You can, however, incorporate some home remedies for blackheads and whiteheads into your daily beauty regimen and in a few weeks, you will experience a drastic reduction or even total elimination of the problem.

● Toothpaste – Toothpaste is an effective blackhead and whitehead remover. Apply a thin paste to your infected areas and let it sit on your face for at least 25 minutes. You will probably feel a burning sensation when you apply the toothpaste, but this is normal and will pass. Once you remove the toothpaste, the top of your blackheads and whiteheads will disappear, but you still need to thoroughly wash your face to remove the buildup underneath. Repeat this home remedy every other day for two weeks.

● Tomato – Tomatoes have natural antiseptic properties that dry up whiteheads and blackheads. Peel and mash a small tomato. Apply the tomato pulp to your blackheads and whiteheads before going to bed. Leave the tomato pulp on your face while you sleep and then wash your face in warm water in the morning.

● Lemon -Wash your face in warm water. Then, squeeze the juice of one lemon into a bowl. Add in a pinch of salt and stir the mixture. Apply the mixture to your blackheads and whiteheads. Leave the mixture on for approximately 20 minutes and then wash your face with warm water again.

● Lime – You can also use equal parts of lime juice and cinnamon powder and apply this mixture to blackheads. Leave it on overnight and rinse it off in the morning

● Cornstarch – Mix about a three-to-one cornstarch to vinegar ratio into a paste. Apply it to your problem areas and let sit for 15 to 30 minutes. Remove the paste with warm water and a washcloth.

● Yogurt – Mix three tablespoons of plain yogurt with two tablespoons of oatmeal. Add one teaspoon of olive oil and one tablespoon of lemon juice to the mixture. Stir the mixture thoroughly and apply it to the effective area of the face. Let the mixture sit for five to seven minutes then rinse off with cold water.

● Almond or oatmeal – Mix either oatmeal or almond powder with just enough rose water to make a spreadable paste. Apply it to your problem areas with your fingertips first and then apply it to the rest of your face. Let it set for about 15 minutes and then rinse your face with cold water.

● Rice – Soak rice in milk for 5 hours and then grind this in a blender until it is paste-like in consistency. Use the paste as a scrub on affected areas of the body.

● Potatoes – Grate raw potatoes and then rub the area with the mixture. Wash it off after 15 minutes.

● Fenugreek leaves – Crush some fenugreek leaves and mix with water to form a paste. Put this on the face for 15 minutes and then remove it. Do this every night to keep your face free of blackheads.

● Coriander leaves – Mix some coriander leaves and a little turmeric powder with water and form a paste. Use this as a mask to eliminate blackheads.

● Oatmeal -Grind oatmeal into a powder in a blender and then add some rose water. Use this on affected areas for 15 minutes and then wash it off with cold water.

● Baking soda – Prepare a mixture of equal parts of baking soda and water and rub it onto your face or other body areas prone to blackheads. Leave it on for 15 minutes and then rinse it off with warm water.

● Honey is also good for removing blackheads. Spread honey on the affected area and remove it after 15 minutes.

Remember – Be gentle to your skin. Never pinch, scrape, poke, press, or squeeze too hard!

BERKONGSI SETIAP PERKARA DENGAN SI KECIL

Assalamualaikum w.b.t.


Syukur alhamdulillah bertemu lagi dengan Hari Jumaat, penghulu segala hari. Macam mana sambutan Aidiladha di tempat anda, meriah? Jika tanya saya, sangat sederhana. Cuti sehari dan berbahagi dengan 2 buah keluarga. Sempatlah jumpa adik beradik yang memang agak sukar nak jumpa sekarang ni.

Berbalik pada tajuk di atas, sejak dari kandungan lagi, saya dah berkongsi segala pengalaman dengan si kecil. Mengaji, membaca, mengira dan macam-macam lagi.

Bila anak dah lahir, sebaik mungkin saya cuba terapkan nilai-nilai Muslim yang baik buat anak soleh saya, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Setiap hari boleh nampak perkembangannya.

Tapi sekarang ini dan saat ini, paling saya teruja sebab dia dah bagi tindak balas yang sangat baik. Sebelum ni, ada juga. Contohnya, bila saya selawat, panggil namanya dan bila mendengar azan atau mengaji. Akhtar akan kusyuk dan berhenti seketika. Sweet sangat.

Setiap hari saya akan cerita padanya, apa yang saya dan suami buat. Maksudnya ketika kami bekerja, ketika saya lipat kain, baca buku, memasak, menyidai kain dan sebagainya. Anak dah makin membesar ni, kalau boleh dia nak kita ada depan mata dia. So, mengikut je apa yang saya buat. Pandai cari pula tu.

Namun adakalanya sikap si kecil saya ni memang menguji kesabaran tang bab menyepah. Aduhai. Pening Ummi dibuatnya. Kita pura-pura nangis, dia gelak. Tapi saya jarang nak marah dia cara kasar. Selalu berhemah dan itu yang saya perlu tingkatkan kesabaran.

Satu lagi bab makan. Akhtar agak cerewat juga. Kalau ada yang tak kena masuk dimulutnya, cepat-cepat dia luah dengan buat muka comel. Geram sih! Bila saya makan, dia ikut nak juga. Tapi bila dah bagi, dia buat main-main. Sabar je la.. Tapi, Akhtar suka makan anggur (kadang dibuang kulitnya sendiri), kiwi (makan berserta kulit) dan buah oren sanquict. Lepas makan, berak banyak ko!!! Hahaha.

Ada lagi sifat dia yang betul-betuk mencuit hati. Mungkin saya biasa cium Akhtar. Sekarang dia akan tiru balik apa yang saya buat padanya. Dia akan cium saya sambil bermain-main korek mata lah, korek mulutlah dan korek hidung lah.. Kadang Akhtar gelak bila dia buat macam tu pada saya. Suka eh kacau Ummi.

Kadang ada juga aksinya yang membuatkan saya risau. Bila nak berjalan (bertatih) dan menggoyangkan  badan (ibarat menari). Maklumlah, Akhtar sekarang cuba nak teroka cara berjalan sambil pegang-pegang benda. Kadang, sebagai Ummi ni saya risau. Banyak kali jatuh dah.. Ni dah mula nak panjat-panjat. Mujur pandai kawal dirinya bila nak turun. Tapi Akhtar tahu saya marah sebab ekspresi dirinya akan buat muka cuak bila ia dibuat secara sembunyi-sembunyi. Lucu tengok!

Tang gerak badan macam menari atau bertepuk tangan atau hulur tangan tu saya memang suka. Bila kita, selawat, respon Akhtar begitu. Bila pasang lagu ABC, Alif Ba Ta dan lagu islamik lain pun responnya begitu. Cuma yang tak syok bila dengar lagu rock dan rancak. Ummi tak ajar nak ooooiiiii... Huhu.. Moga anak-anak Ummi tidak terpengaruh dengan hiburan yang lalai. Amin.

La ni, Akhtar pun tak mahu kalah nak ajak bercerita. Bahasa baby dan dunia baby agaknya. Saya tetap respon dengan baik. Saya dan suami mengajar cara komunikasi dua hala yang effective. Bila bermain pun, saya akan pastikan Akhtar tak main sorang-sorang. Kesian anak kalau dia main sorang-sorang. Namun yang bestnya saat bermain, Akhtar yang soleh ni suka sangat nganga mulut. Ummi cuba buat pun penat. Seronok benar dia sambil nganga mulut tu. Besar kau!

Ummi sayang anak Ummi.. Akhtar nak jadi Along dah..

p/s: Tak dapat nak masukan gambar Akhtar setalah dia buat salah panjat meja.