Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, April 10, 2015

MUDAHNYA SEDEKAH!!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Jumaat yang penuh keberkatan. saya ingin kongsikan sedikit tazkirah untuk menambah nilai hidup kita sebagai manusia.



MUDAHNYA BERSEDEKAH
=======================
Sudah bersedekah hari ini?
"Sesungguhnya dgn bersedekah tidak mengurangkan harta" HR Muslim
Sedekah itu bukan semata-mata wang ringgit. Sedekah itu adalah apa sahaja kebaikan yang dibuat dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH . smile emoticon

Apakah agaknya kebaikan-kebaikan kecil yang boleh kita lakukan hari ini?? smile emoticon 3 idea menarik & kreatif untuk bersedekah. Ringkasan dari perkongsian Ustaz Fathuri- Mudahnya Menjemput Rezeki :
*******************
Idea 1: Tanya khabar adik beradik/ kawan baik yang sudah lama tidak didengar beritanya. Akhiri perbualan singkat itu dengan kata-kata di bawah:
" I just call to say I love u..."
*******************
Idea 2: Beli sepasang selipar untuk kegunaan tandas masjid. Tidak perlu dipotong selipar itu atau ditandakan apa-apa, sebagaimana yang kerap dibuat orang.
*******************
Idea 3: Bayarkan tol kereta di belakang kita. Sebuah , dua buah atau 10 buah, ikut keyakinan kita.
Boleh mengurangkan jammed di bahagian tunai & melancarkan perjalanan orang lain. Besar sedekahnya smile emoticon Selamat beramal

Tuesday, January 21, 2014

ANAKKU..


PESAN IBU TENTANG AYAH:


Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.

Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
 
p/s: Ditujukan buat Abah, Abah mertua dan Istimewa buat Suamiku..

Friday, November 29, 2013

Sandwich Bag Art

Assalamualaikum w.b.t.

Banyak nak cerita tapi tak tahu nak mula dari mana. Cuma hari ni, saya nak share hasil kreativiti seorang ayah sesudah menyiapkan sandwich untuk si anak tersayang. Ayah yang awesome ni lukis guna marker mata tajam tu je. Mesti happy anak dia bila time nak lunch. Saya yang tengok ni pun nak buat perkara yang sama untuk Akhtar dan adik2 nya bila dah masuk sekolah nanti ( berangan je ko nih. ^_^ ).

See.. What say you?
























Ini kata-kata ayah yang awesome, David;

“The sandwich bags are something that my boys and I share together. But the comments people leave about a parent doing something similar really touches me, because there are other parents that love their kids just as much. And they love them enough to leave a little note, a little whatever it may be… that’s just something that brightens their day when they get to their lunch.”
 p/s: Tetibe rasa nak lukis balik..Syoknya.. Now Akhtar pun dah pandai conteng sejak dia 10 bulan lagi. Memang Akhtar dah pandai pegang pensil dengan baik. Saya pun tak ajar. Tapi mungkin ketika mengandungkannya setahun lalu, saya rajin membaca dan mengira. So, dia gemar buku, kertas, pensil dan seumpama dengannya. Spend time dengan anak ni memang buat kita rasa muda bercampur geram. Ahaks...

Tuesday, October 29, 2013

Gambar Sekitar Majlis Nikah Diana Amir







Picture credit to: Beautifulnara dan Amalina Tuna Photography.

p/s: Suka tengok persalinan dan orang yang hadir di majlis Diana Amir dan Habib. Sejuk mata. Tahniah buat mereka berdua. Moga bahagia hingga ke syurga. Now, saya tunggu turn Heliza Helmi pula..

Motif: Cuci mata ^_^

Friday, June 7, 2013

DEDICATE TO MY HUSBAND





























HAPPY BIRTHDAY SUAMIKU 4/6/2013

Assalamualaikum w.b.t


Jangan fikir negatif bila saya update blog untuk hari ini. Saya bukan lambat wished tapi lambat published.

Alhamdulillah, walau tiada hadiah yang canggih saya beri untuk suami saya, tapi saya tetap beri hadiah hasil usaha saya sendiri. Seminggu saya merancang (itupun ada je yang berubah). Tambahan anak kesayangan kami demam teruk (padahal bf dah tu), terkejar-kejar saya nak urus apa yang patut untuk meraikan sang suami tercinta.

Demi suami, tekun saya siapkan kad ucapan sendiri yang paling kreatif saya usahakan. Rasa keras tangan sebab lama tak buat handmade hadiah. Gigih buat sampai bawa barang-barang ke utara lagi time bercuti Khamis - Ahad (30 Mei - 2 June 2013) lepas. Nyorok-nyorok dari pandangan mata orang.

Namun, berbaloi.. Waktu office hour di pejabat, 4 June 2013, saya beri hadiah pada suami. He love it! Itu pun nak terkantoi dah.. Sebab suami hampir tahu bila suami nak masuk bilik saya (kami satu tempat kerja), dan tiba2 saya jerit jangan masuk my room. ^^

Mungkin ini hanya usaha kecil saya dan belum mampu memberikan yang terbaik sebaik Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah atau Siti Fatimah. Saya masih belajar dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk cinta hati, jiwa dan raga saya, suamiku Mohd Zaidi. Sayang kanda sangat2.

[Di Restoran Puncak Mutiara, Bukit Mertajam] 
[ 3 hero berjumpa tapi hero seorang tu demam, moga cepat baik anakku sayang, Akhtar.]


Wednesday, July 20, 2011

BUAT SI PENCINTA

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kesihatan saya bertambah baik. Syukur pada Allah. Kerja di office banyak yang dapat dibereskan mengikut waktunya.

Sebenarnya isi bicara yang saya nak kongsikan di sini dipetik dari Abu Muawiyah. Promote sikit ye.. Adakalanya saya akui kita tidak lepas dari buat silap terutamanya tentang cinta. Kita melebihkan cinta manusia yang belum tentu lagi jadi milik kita berbanding cinta kita kepada Allah.

Anda renung diri sendiri betul atau tidak kata-kata saya ni? Nak lebih terang sila baca perkongsian ini.. 

***********
[weheartit.com]

Undurkanlah dirimu wahai si pencinta! Kerna dia tidak menginginkanmu!

Benarlah kata orang...untuk melihat seseorang itu jujur di dalam percintaannya, memang sukar sekali. Apatah lagi di zaman ini yang penuh dengan makar...maka cinta yang lahir itu kebanyakannya hanyalah datang dari nafsu semata-mata. 

Kata-kata yang penuh hikmah..."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Indah sekali kata-kata ini, malangnya ia mudah untuk diungkapkan tetapi sukar untuk berhadapan. Inilah realiti. Sekiranya cinta anda itu lahir dari hati yang jujur dan ikhlas, sudah tentu hal ini tampak begitu mudah sekali. Ketahuilah cinta yang jujur dan ikhlas itu tidak lahir melainkan dari hati yang jernih dengan iman...

Saban hari mengharapkan pengungakapan cinta dari seseorang yang kita cintai, tetapi...sehingga kini ia masih mendiamkan diri...hanya sabar menjadi pendinding kepada hati si pencinta. Setiap hari kita bertanyakan khabarnya, bergurau dengannya, menyelesaikan masalahnya...tetapi...si dia masih mendiamkan diri. Mungkin, si dia merasakan bahawa perkara itu bukanlah bukti bahawa si pencinta mencintainya...atau...mungkin si pencinta itu hanya sekadar 'syok sendiri'...hmmm, benar. Inilah yang sebenarnya. Mengapa tidak? Lihatlah bagaimana dia melayanimu...adakah dengan penuh keceriaan? atau...dia hanya terpaksa?...Ya. Terpaksa melayanimu atas dasar 'menjaga hati'...atas dasar 'persahabatan'...

Wahai si pencinta, tidakkah kau melihat bagaimana dia berhadapan denganmu? Adakah diiringi dengan senyuman? Bagaimana pula ketika kau menghubunginya...adakah dia menjawabnya dengan penuh kegembiraan dan sangat mengalu-alukan?...mungkin, kau merasakan dia gembira melayanimu, tetapi..ternyata dia hanya bosan mendengar suaramu...tetapi, mengapa pula dia tidak menghentikan sahaja perbualan itu?...'menjaga hati'mu wahai si pencinta...itu sahaja jawapannya...

Tidakkah kau perasan wahai si pencinta akan tanda-tanda si dia tidak menginginkanmu?

TAHU! ya, sudah tentu kau tahu wahai si pencinta...tetapi mengapa kau masih mengharapkannya? kerana kau bukanlah seorang yang mudah mengalah...bahkan kau masih mampu bersangka baik dengannya, sekalipun ianya jelas ingin menjauhimu, alangkah indahnya jika sikap si pencinta ini dimiliki semua orang...

Agama bukanlah sesuatu yang jauh dan janggal buat dirimu wahai si pencinta...kau amat mencintainya. Tidak kira sesiapa sahaja, di mana sahaja...kau pasti tidak akan jemu dari mengatakan sesuatu tentangagamamu... Kau bangga dengannya...tetapi, kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut menyukai hal yang sama...kau sangkakan bahawa si dia yang kau cintai juga turut gemar mendengar pendapatmu tentang agamamu...ternyata itu semua hanya lebih menjauhkanmu dari si dia. Mengapa?

Adakah si dia itu tidak menyukai agama? Oh tidak!...ketahuilah bahawa si dia bukanlah tidak menyukai dari mendengar tentang agama ini...tetapi, si dia tidak menyukai sekiranya yang mengatakannya datang dari mulutmu...Ya!, wahai si pencinta, benar sekali...si dia tidak menyukainya. Kerana...si dia melihat diri kau adalah seseorang yang 'taksub'. Seseorang yang 'keras' di dalam peganganmu...sehinggalah dia meluahkan kepadamu, ketika itulah baru dirimu merasakan sesuatu yang...sedih...hampa. Adakah kau membalasnya? Tidak...tidak sama sekali, bahkan kau mampu mengawal perasaanmu dan dengan penuh merendah hatinya, kau menerima segala kritikannya...oh, indahnya dirimu wahai si pencinta...

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum"...Sampailah masanya wahai si pencinta...terimalah hakikat ini! terimalah penerimaan ini! Mungkin ianya pahit untukmu, tetapi demi dirimu yang mulia, telanlah ia sebagai ubat hatimu yang terluka...kau mencintainya, tetapi si dia tidak mencintaimu...mengapa kau marah? kau sangkakan benar dia mencintaimu?!...Ya! Kerana di masa itu dia meluahkan padamu...

Benarkah? Apa yang diluahkannya?....dia menerimu?...dia mencintaimu?...dia ingin bersamamu?................................tidak.....dia hanya meluahkan padamu bahawa cintanya milik orang lain.

Menangislah wahai si pencinta, menangislah untuk kebahagian si dia....kemudian, senyumlah wahai si pencinta untuk membantunya...bantunya supaya si dia dapat bersatu dengan orang yang dicintainya...janganlah kau tampakkan kesedihanmu kepada si dia...janganlah dirimu membuatkan si dia bersedih hati...sebaliknya teruslah tersenyum, teruslah mendoakannya dan pergilah kepada orang yang si dia cintai, supaya kau dapat memberitakan khabar gembira ini kepadanya, kerana dia tidak mengetahui bahawa orang yang kau cintai itu sebenarnya mencintainya...bantulah...bantulah...kerana itulah bukti cintamu yang ikhlas dan jujur....Selepas mereka bersatu, apa lagi tugasmu wahai si pencinta?...

tiada lagi...

undurkanlah dirimu darinya..kerana...

telah datangnya keputusan Allah...

**********

Berdasarkan pengalaman sendiri, tidak kira lelaki atau perempuan, ada yang sanggup menjadi hamba cinta.. Punyalah tunggu dengan penuh setia.. Akuilah dia tu milik kamu.. Tayang sana-sini.. Banyak yang saya lihat jadi begini.. Saya malu..

Saya juga bukanlah sempurna, tapi cukuplah apa yang pernah terjadi dalam hidup saya. Kadang-kadang dengan nama CINTA ini, kita boleh tersilap dan jadi lebih jauh dari-Nya.. Namun jarang sangat kita punyai kekuatan untuk bangkit balik dari cinta yang sia-sia tadi tu..

Hanya orang terpilih je yang boleh sedar dari kekalutan tersebut.. So, bila dah ada chance untuk berubah, jangan lepaskan peluang.. Tak perlu terhegeh-hegeh dengan cinta manusia.. Faham?!

Wahai saudaraku yang amat aku sayangi, sayanglah diri anda terlebih dahulu. Utamakan yang utama dahulu.. Kejarlah impian dirimu dan penuhilah harapan orang tuamu terlebih dahulu... Jika kau mampu dan punyai kekuatan untuk memiliki hati insan lain, usahakanlah dengan cara yang selayaknya disisi Islam... Binalah kekuatan cinta itu berteraskan acuan Islam.. Kelak kau juga yang memperoleh bahagia..

~ Dalam diam, aku juga inginkan yang terbaik dalam hidupku.. Banyak yang aku belajar...

Wednesday, November 3, 2010

NAFAS CINTAMU



"Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku, hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!


Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..


TETAPI. . .

Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,

Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..

Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya

Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak, nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,

Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?
Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..

"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"
Suara ketiga terus memujuk rayu..



Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung solat dhuha..

Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Memohon Allah terus memberi hidayah..

Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..

Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..

Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..

Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..


Sumber dari: ILuvIslam.com

Thursday, October 28, 2010

CINTA AL-HUDA


Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu
Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu
Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan
Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya
Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai segala persoalan
Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu
Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku!
Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu!
Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah!
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya
Wahai Kalamullah
Wahai Al-Huda,
Wahai As-Syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana
Dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu
Sedalam-dalamnya…

Dari: Elya Muslimah Islam (Facebook)


~ Daku mencari diri yang hilang... Hubungan dengan semua makhluk perlu dijaga namun..aku tidak tega melakukannya.. Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata..