Tuesday, June 30, 2009

~ P@T!ENCE ~








Most of us can afford to take a lesson from the OYSTER. The most extraordinary thing about the OYSTER is this;
Irritations get into his shell;
he does not like them and tries to get rid of them.
But when he settles down to make them one of the most beautiful things in the world.
My FRIENDS, if there are irritations in our lives, today there is only one prescription:
A PEARL CALLED PATIENCE....

.:: AWARDS AGAIN::.


Bertuah lagi!! ^_^ sebab apa?? dapat award dari sahabatmusleem a.k.a kak julia...













Terima kasih daun keladi, kalau ada award bagilah lagi...hehe ^_^

Friday, June 26, 2009

~ Pesanan ~


# BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya."

# Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
  • a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah, sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
  • b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak untuk solat tepat pada waktunya ..
  • c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
  • d) Wahai puteriku, aku mahu kalian berjanji kepada Allah akan mengenakan hijab secara betul dan jujur, serta mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Haram bagi kalian melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian
# "Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara." Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain" "Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya." "Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

# Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar, DIA beri kaktus berduri. Kuminta kupu2, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa, namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang cantik... Itulah jalan TUHAN, indah pada masanya!!! TUHAN tidak akan memberi apa yang kita harapkan, tetapi Dia akan memberi apa yang kita perlukan... Kadang2 kita sedih, kecewa dan terluka, tetapi jauh di atas segalanya DIA mengatur yang TERBAIK dalam kehidupan kita!!! Ingat TUHAN sentiasa mengingati dan memerhatikan kita... Tapi sebaliknya..adakah kita sentiasa mengingatinya???

# Selangkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan. Biarlah menangis, terluka, kecewa ditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah. Kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingatlah! Setiap titisan darah dari luka dan airmata, itulah mahar kita ke syurga. Bila ditanya kenapa berjuang itu pahit? Jawabnya kerana syurga itu manis. Moga diri sentiasa tabah dalam perjuangan di jalanNya.

# "Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

# "Kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada yang membencimu, mintalah berkat bagi orang yang mengutukmu, berdoalah untuk orang yang mencacimu."

Tuesday, June 23, 2009

.:: SAHAM AKHIRAT ::.


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :


" Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?"


Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzu’ kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzu’ Al-Quran.


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.


Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


P/S: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW:


'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:


1) Sedekah/amal jariahnya


2) Doa anak-anaknya yang soleh


3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

###############################


~Selamat Datang Bulan Rejab ~

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” (Hadith)

Monday, June 22, 2009

~ Recipes For Enrichment ~


"Strive hard for success and peace, may your happiness increase!"



THE BEST IN YOU
Radiate the Warmth in you.
Develop the Courage in you.
Show the Kindness in you.
Practice the Charity in you.
Cultive the Faith in you.
Realize the Potential in you.
Share the Happiness in you.
Give the Love in you.




MOTIVATING MYSELF

Set definite and reasonable Goals

Practice Patience and Discipline

Develop a Positive Attitude

Build Confidence in myself

Show Preseverance

Take care of my Health

Choose my Friends with Care

Solve my personal Problems

Carry out my Action Plans

Try to perform My very Best

.:: Awards ::.


Award telah pun diletakkan,
Tiada kata dapat diluahkan,
Tiada balasan dapat diberikan,
Hanya persahabatan mampu dieratkan


Award~zahora (so sweet ^_^)



Award~Frodo (jadi follwer dia)



Award~whitelover (bertuah??)





Award~seloka melayu a.k.a along a.k.a yusoff (maaf baru b'kesempatan tuk letak)

~Thanks kepada pemberi award di atas~

Sunday, June 21, 2009

.:: Happy Father's Day to ABAH::.

~Assalamualaikum wbt~



I'm Happy You're My Dad


I feel safe when you are with me;
You show me fun things to do;
You make my life much better;
The best father I know is You;
I'm happy you're my Dad;
And so I want to say;
I love you, Dad, and wish You;
A Happy Father's Day!


~Anyone can be a father, but it takes someone special to be a DADDY! HAPPY FATHER'S DAY to all the Daddys in the world!! Thanks ABAH. You are My Hero ^_^ ~

Thursday, June 18, 2009

~~ Lord ~~



O Lord,
If tomorrow on Judgment Day
You send me to Hell,
I will tell such a secret
That Hell will race from me
Until it is a thousand years away.
O Lord,
Whatever share of this world
You could give to me,
Give it to Your enemies;
Whatever share of the next world
You want to give to me,
Give it to Your friends.
You are enough for me.



O Lord,
If I worship You
From fear of Hell,
burn me in Hell.
O Lord,
If I worship You
From hope of Paradise,
bar me from its gates.
But if I worship You for Yourself alone
Then grace me forever the splendor of Your Face.
(Rabi'a al-Adawiyya)

Tuesday, June 16, 2009

~ Cinta Sejati ~


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.


Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
MORAL DAN IKTIBAR
  • Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
  • Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
  • Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
  • Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
  • Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
  • Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat
  • Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda
  • Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah
  • Selalulah berselawat ke atas nabi tanda kita menyintainya ^_^

Sunday, June 14, 2009

TAG....?

Saya mendapat tag zaman kecik dari Lady Ell kerana saya adalah antara orang yg suka bg komen kt blog sis..hehe..xder lah nak glamor tp suka g blog sis ell ni..best!! & antara 1st blog yg sy join sbg follower..(mana yg dpt ilmu sy join je)


Dan untuk selanjutnyer adalah melengkapkan tag ini..


1. Sila pamerkan gambar anda ketika kecil (maksimum gambar 5 keping)
2. Sila perihalkan gambar tersebut (cth:tika@sewaktu bila, di mana or etc)
3. Tika ini anda merupakan anak yang ke berapa dalam keluarga
4. Perihalkan tingkahlaku/tabiat/pe’el/perangai anda waktu itu
5. Kongsikan tag ini bersama rakan anda (maksimum 15 orang)


Jeng jeng...bermulalah kisahku ini...



1. Ketika diriku ini lahir ke dunia..
2. Pic ini diambil pada bulan 4 thn 85..sebulan slps sy lahir..kt Karangan, Kulim, Kedah (umah tok wan belah ummi)
3. Anak sulong
4. Tido je taunyer..huhu..mata pn celik-celik lagi..hekhek

1. Baju putih tu lah saya
2. Kt Kedah lg..Disember 85 with my dua pupu, sahar (kira acik sahar lah ni...)
3. Still the first baby for my father & my mother
4. Mula meniarap (dah mula lasak nih...)


1. Penawar yang berseri tuk keluarga yang dicintai..hehe
2. April 86 (umo 1 thn) at Kedah
3. Anak sulong lg tp dah de adik, angah..
4. Tengah tayang gg yg putih tu..sambil tgk kemera & main tisu kt tgn..huhu..gehh!





1. Bersama tok & wan di Kedah
2. Me & angah bersama tok & wan beraya di Kedah
3. Memang rasmi sehingga kini diriku merupakan anak sulong & cucu sulong kedua-dua belah pihak...Kakak kepada 9 orang adik..sepupu kepada cousin aku yg ramai tuh..
4. Syg kt adik aku si angah ni...dulu ramai kt ktorg kembar tp mujur pakai gaun..huhu..


5. Kongsikan tag ini bersama rakan anda (maksimum 15 orang)




  • Saudara Shafie



  • Saudari Zahora



  • Saudari Fatimah (Lady Z)



  • Saudari Khalifatun Khairiah



  • Saudara Hamdan



  • Saudari Pu3balqis



  • Saudari Hidayah



  • Saudari Bazz



  • Saudara Hafizi



  • Saudari Luklukbaidoah



  • Saudari Fatimah



  • Saudari Whitelover


Sape yg dah penah jawap abaikan jew la ae...

Friday, June 12, 2009

.:: Friends Award ::.



Terima award lagi dari Sis Julia(sahabatmusleem)..haila..bertuah diriku ini..thanks again sis..Tapi seperti mana yg pernah diberitahu, diriku tidak mengharapkan award ttp biarlah persahabatan ini kerana Allah s.w.t..
Di sini, aku nak share kata-kata yg b'kaitan dgn persahabatan/sahabat...

  • Tiga perkara menyebabkan terasa kemanisan iman, Allah dan Rasul-nya hendaklah dicintai lebih daripada yang lain, mencintai manusia kerana Allah semata-mata dan benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya seseorang jika dicampakkan ke dalam api neraka”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

  • "Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.” ( Hadis riwayat Muslim )


  • Keikhlasan bergaul dengan orang-orang mukmin dan berbudi pekerti dalam bergaul dengan orang jahat, kerana orang jahat rela denagn budi pekerti yang baik pada lahirnya. (Abikors)


  • Apabila temanmu telah berubah daripada kebiasaan yang ada padanya, maka marahlah dia. Marahmu ialah tanda engkau menyayanginya. (Abu Dzar)


  • Bersendirian lebih baik daripada mencari teman daripada kalangan orang jahat dan mencari teman daripada orang baik adalah lebih baik daripada bersendirian.(Abu Dzar)

  • Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh keran musuh yang seorang itu sudah lebih daripada banyak.(Lukmanul Hakim)


  • We Might Not Wear The Same Shoe Size..But We Can Share The Same Burden Together.


  • A friend in need is a friend in deed.

Tuesday, June 9, 2009

.:: RAHSIA UTAMA KEKAYAAN ::.



Daripada rahsia kunci-kunci rezeki ialah memperbanyakkan membaca Al-Quran. Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Abu Hurairah R.A maksudnya:
"Al-Quran adalah sumber kekayaan. Tidak akan fakir selepasnya dan tidak akan kaya tanpanya"
Riwayat: Abu Ya'la & At-Tabrani
Hadis daripada Saidina Anas R.A maksudnya:
"Sesungguhnya rumah yang dibaca padanya Al-Quran akan dibanyakkan kebaikan manakala rumah yang tidak dibacakan Al-Quran padanya akan dikurangkan kebaikan"
Riwayat Bazzar
Wahai saudara & saudariku! Hendaklah engkau membaca Al-Quranul Karim kerana membacanya merupakan sebab bagi keluasan rezeki dan menghasilkan kekayaan di dunia dan di akhirat. Paling utama mendapat redha dan rahmat Allah Ta'ala.

Monday, June 8, 2009

.:: Ukhwah Award 2009 ::.



Alhamdulillah dengan izinNya diri ku ini masih mampu berada di sini tuk kesekian kalinya..syukur sgt walaupun byk kje..biasalah manusia ni sering diuji, so hadapilah dgn tabah..

Jumaat lepas 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadilakhir 1430 H, aku mendapat pesanan dari Kak Julia (http://sahabatmusleem.blogspot.com/2009/06/ukhuwah-award-2009.html) tuk amik award..Uiks! Terkejut tau..

Tak sangka lak diriku ini tersenarai sekali..tp, award bukanlah yg aku minta cuma persahabatan ini hanya kerana Allah SWT..pape pun, syukran jazilan buat Kak Julia (mesra rasanya walau baru kenal *_*)


So kepada yg ingin memanjangkan award ini, silalah amik ae..aspecially for my followers..Thank you so much for joinning my blog "M@RJ@N IBTI$@M".. My Allah Bless You..^_^

Di sini, aku ingin berkongsi cerita yang di amik dari "111 Wasiat Rasulullah S.A.W untuk Wanita SOLEHAH" by Drs. Kasmuri Selamat..


KASIH DAN SAYANG SESAMA MANUSIA



Seorang wanita Muslimah yang telah menyedari tentang hukum-hukum agamanya dan telah melaksanakannya dalam kehidupan seharian, maka dengan sendirinya akan timbul dari lubuk hatinya kasih sayang dengan sesama manusia. Mata air rahmatnya sentiasa terpancar dari hatinya, kerana ia menyedari bahawasanya mengasihi hamba-hamba Allah yang berada di bumi menjadi sebab untuknya menerima rahmat dari langit.

Rasulullah SAW bersabda:


"Kasihanilah siapa yang di bumi supaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit"
(HR. Tabrani)




"Sesiapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak mengasihinya"

(HR. Tabrani)






"Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata: "Kami semua pengasih." Rasulullah kembali bersabda: "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seseorang akan sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi seluruhnya."

(HR. Tabrani)



Wahai ukhti Muslimah! Inilah dia kasih sayang yang menyeluruh, rahmat yamg meliputi semua manusia. Ini pula yang diletakkan oleh Islam dalam hati seorang muslim. Dengan demikian, masyarakat Islam akan menjadi masyarakat yang berkasih sayang antara satu dengan yang lain seperti kata peribahasa; "Cubit di kanan kiri pun terasa"


** Peace world!! No war!! **

Friday, June 5, 2009

~ .:: Air Mata ::. ~



Pernahkah anda menangis??


Atas sebab apa anda menangis & apakah puncanya??


Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri.


Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.


Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.



Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

  • Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.

Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“ Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka. ”


Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.


Salman al-Farisi r.a berkata, sahabat-sahabatku menangis atas tiga perkara, iaitu:

  • Berpisah dengan Rasulullah dan kalangan sahabat.
  • Ketakutan seorang yang perkasa ketika melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  • Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Ada juga jenis air mata yang tidak bernilai di sisi Allah, malah kadangkala mendapat kemurkaan Allah. Antaranya menangis tengok filem Hindi serta menangis sehingga meratap dan memukul badan, malah merobek pakaian apabila ada kematian.

Tanda air mata rahmat sebagaimana diterangkan Rasulullah s.a.w dalam sabda yang bermaksud: “Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara, iaitu.

  • Apabila dahinya berpeluh.
  • Air matanya berlinang.
  • Hidungnya keluar cecair.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.


Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.


** Aku pernah memberitahu seorang rakan yg aku ini jahat, tetapi dia kata "awk nangis ni sy xfikir awk jahat, awk baik. awk nangis maknanye hati awk masih lagi penuh kebaikan. masih lg mempunyai cahaya kerana dgn menangis awk masih lagi sedar siapa diri awk. org yg xnangis & selalu mengaku dia baik, belum tentu dia baik sepenuhnya." ** PENDAPAT KALIAN PULA??


# manusia memang xlepas dari dosa.."Ampunkan dosaku Ya Allah"

Wednesday, June 3, 2009

.:: Cuba Renungkan Cerita Ini... ::.


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?


LELAKI: Kamu!!!


WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?


LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...




Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.


Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak


"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak


"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"


Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.


"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."


Lima tahun berlalu.
LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?


WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?


LELAKI: Belum.


WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.


WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC.


Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


## Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...


## Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kita ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kiranya merasakan mungkin akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima???


** Tapi bagi aku, jangan cuba2 bagi harapan kat orang yg korang sygngi or cintai dengan sesuatu yg xpasti yg dia tu milik kita selamanya kerana kita xakan selamanya dpt bersama atas kehendakNYA. Maksudnya setiap apa yg dilakukan kena berpada-pada..Selain itu, terima dia seadanya bila korang rasa dialah pasangan yg
LAYAK hidup semati bersama korang..cause nobody perfect in this world. Accept he/she as who they are. **

~~Aku sangat stress...letih & byk keje (thesis, program, assignment etc)...tolong doakan aku ye... this is final sem for me & i want get good result (4.00) insyaAllah. Amin ~~

Monday, June 1, 2009

.:: Cerit@ $emalam (31 mei 2009) ::.



1. Memandu dalam keadaan merbahaya

Sangat menyakitkan hati apabila kita mengikut peraturan jalan raya tetapi ada juga insan yg sesuka ati dia jer wat jln tu mcm jln dia..RACE KAT LEBUH RAYA!!

Memang la jln tu luas & best bawa laju tp berpada lah kot ia pn!!

Ketika kejadian, sewaktu di lebuh raya taiping, de la dua kete (kaler oren & itam, jenama xingt) sesat yg dipandu indian guys (racing antara dorang) sesuka hati melulu masuk line org. Time tuh jln agak padat & jln pn tga dibikin balik (proses pembaikan jln la). Sangat2 merbahaya!! Si alang apa lagi, hon la. That guys leh gelak2 amat!! Gila btol!!

Lama gak dorg wt perangai!! we all follow je nk bg amaran..mmg laju lah..might be, dorg dah kecut perut gak cz we all still follow sambil hon kuat2..

Mujur dorg belok ikt mna ntah, lupa lak..klu x,...

Satu lagi, lorong laju, mmg tuk drive laju, so sape yg nk bawa perlahan tuh jgn dok gatai nk dok lorong laju ni..heran bin ajaib tul lah..boleh de org yg bawa slow amat w'pun signal dah bg..xfaham etika memandu ke???

Memang susahkn pemandu lain!!..

Moral kt cni, mmg nk berlaku kemalangan dah time ngn org yg "tersesat" tuh. aku yg de dlm kete pn takut tgk!! pape pn jgn nk susahkan org lain bila kt jln raya. mmg byk excident b'laku di sepanjang lbh raya utara selatan ni..so berhati2.hormat pemadu lain jika anda mahu dihormati (patutlah pemadu m'sia ni xbagus sikap dorg..cm ne nak ubah ae??lu pk cendili la..)

2. Queue

Suka sgt lah dorg yg pemandu2 ni wt hal kat tol..xpenat ke?? kami letih dok beratur tp korang lak sesibuk jek g queue line org..lain kali tgk btl2 kwsn mne yg tuk p'guna biasa (kalu yg mana de smart tag or touch & go tu tak kesah la dorg)..

Jangan suka jadikan amalan potong jln org ni..xbaik!! semua org nak cepat, jadi jgn fikir diri sendiri jeh..ikut peraturan

3. Tahniah

Buat pasangan pengantin baru yg kwen semalam..just de picture Cikgu Mohana jek..picture kak Tini xde lar..




tahniah buat Cikgu Mohana & pasangan



4. Kg Perak, Titi Serong


Lama gak tak tgk Tok Njang aku nih..kebetulan rumah Cikgu Mohana ni xjauh dari umah Tok, so dats y, kami g Parit Buntar ni..Sedara kt utara yg tua2 dah xramai dah..cuma tgl Tok Njang & Tok Ngah je..my Mummy asal org Kulim, Kedah..


For me, i'm so happy cz sempat gak balik kg walau balik hari je...at least hilang tension aku nih..bila lah nak dpt jejalan lg ek??



5. Datuk Sarimah Ahmad


Kat hentian R&R Tapah..xsangka gak dpt jmpe Datuk Sarimah waktu nk solat kt cni..Depan aku jeh..tp xsalam pn cz org ramai..Datuk pakai spek itam (xnak org kenal kot) tp xkesah la..Cantik orgnye..Datuk kata g kenduri kahwin anak sepupunyer (klu aku xsalah dgrlah)




6. Innalillahiwainnailahirojiun...

Ketika di umah Tok Njang aku, Abah dpt panggilan dari acik Emy yg memberitahu bahawa acik Nazim (my dua pupu) meninggal. Meninggal sbb sakit paru-paru berair..Muda lagi (32thn). Arwah mmg dah lama menderita dari kecil akibat sakit lain (sangkut paut ngn paru2 la)


Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 yang beriman & dikasihiNya.."Sesungguhnya dari Allah kita datang & kepada Allah kita kembali"