Friday, October 29, 2010

TIGA TETAMU MISTERI



Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.

Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?''

Salah seorang daripada mereka berkata, "Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar."

Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.

"Saya kekayaan," kata lelaki pertama.

"Saya kejayaan," kata yang kedua.

"Dan saya kasih sayang," ujar lelaki tua yang terakhir.

Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata, "Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk."

"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"

"Ya," jawab mereka.

"Tunggu kami berunding dahulu," pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan," cadang si isteri. "Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan. Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini."

"Tidak," kata si ayah. "Apa kata kita pilih kejayaan. Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi."


"Ayah, ibu. Saya cadangkan kita pilih kasih sayang," kata si anak. "Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ianya penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

"Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita," kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jua yang tuan-tuan minta."

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke rumah.

"Eh, maafkan saya! Mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku, jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi prinsip kami, kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya."

Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira. Alhamdulillah!


Pengajaran:

Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali - kaya harta, kaya jiwa!

Sumber: Solusi

~ Moga keluargaku dilimpahi dengan kekayaan jiwa dan harta. InsyaAllah amin...

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI

Assalamualaikum w.b.t

Semua yang berada di dunia ini hanyalah pinjaman yang sebentar cuma. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan DIA tahu hambanya mampu menghadapi segalanya ujian yang didatangkan olehNYA. ALLAHU AKBAR... KUATKANLAH AHLI KELUARGAKU DENGAN MUSIBAH YANG ENGKAU BERI INI. KAMI REDHA..

Rabbani - Pergi Tak Kembali Lirik

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




*Firman Allah: "Kami ini milik Allah, dan kepada-NYAlah kami akan dikembalikan."(Surah al-Baqarah ayat 156)

*Sabda Rasulullah SAW setelah baginda ditanya oleh Ibnu Umar, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?? Sabda baginda:
"Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik".(Kitab Baghyatul Haris, vol 1)
  
*Nasihat Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya:
"Ingatlah mati, demi zat yang jiwaku dalam kekuasaan-NYA, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".


~"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".(riwayat Bukhari dan Muslim).

Innalillahi wainnailahi rojiun.. Al-Fatehah buat anak buahku Muhammad Ajwad Naufal Bin Badrul Halil. Doakanlah Ibumu iaitu adikku Sakinah Al-Mardhiah Binti Mesari kuat dan tabah. Maklong tahu Ajwad berada di Syurga sekarang ini. Terima kasih hadir sebentar untuk menceriakan kami sekeluarga. Kami akan sentiasa merinduimu..

Thursday, October 28, 2010

CINTA AL-HUDA


Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu
Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu
Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan
Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya
Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai segala persoalan
Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu
Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku!
Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu!
Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah!
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya
Wahai Kalamullah
Wahai Al-Huda,
Wahai As-Syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana
Dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu
Sedalam-dalamnya…

Dari: Elya Muslimah Islam (Facebook)


~ Daku mencari diri yang hilang... Hubungan dengan semua makhluk perlu dijaga namun..aku tidak tega melakukannya.. Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata..

INTERNET BANKING


Internet Banking: A Reliable Way to Manage Finances


For more information, just go to the link at the above...you can buy it..

Wednesday, October 27, 2010

SEMAKIN SAYA MENINGKAT DEWASA, UCAPAN SAYANG SUDAH KURANG DIUCAPKAN

As I Grew Older I Said the Word I Love You Less



Dear Mom & Dad,

As I got older I said the words I love you less and less. I guess it’s a child’s way of becoming independent. The truth is that I love you and never any less but always more.

I know you know, but I wanted to tell you anyway. I can never repay you for all you did to raise me. There are sacrifices unnamed that children never realize until they are grown. The cost was never a question with you. You just gave and gave so that I might be what I am today.

I thank you for who I am. You have taught me many things, but the greatest of these is unconditional love. Your strength and encouragement are models for me. I realize that no matter what I do or dream, I can always go to you and that you will be supportive.

Forgive me if I haven’t told you enough, but always remember that I love you.

Your Daughter,
Brilliant Marjan


Source: Love Letters

Sunday, October 24, 2010

'Ad-Dunya Darul Amal, Wal-Akhiratul Darul Jaza'


Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:        

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu

    * Masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,
    * Masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,
    * Masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa,
    * Masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk
    * Masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."
               
                                                
Isikanlah masa kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.     

Segenap masa muda mesti dipenuhi dengan perkara yangg selayaknya sebagai seorang mukmin, sama ada dibidang  ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua yang penuh kesyukuran. Jika tidak, maka Allah SWT telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus."    (At-Tin: 4,5 dan 6)

Masa yang singkat sewaktu di dunia ini adalah suatu kesempatan yang mesti dihargai. Jika kesempatan ini tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan, keranan kelalaian oleh kenikmatan harta benda yang tidak seberapa, maka kesempatan kedua tidak akan ada lagi. Di dalam Al-Quran telah digambarkan:

"Ya Tuhan Kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin."  (As-Sajadah:12)

Demikianlah sesalan orang-orang yang lalai akan peranan mereka hidup di dunia. Mereka cuba memohon kepaa Tuhan agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal yang soleh, selepas mereka melihat dengan mata kepada sendiri datangnya hari akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh Rasul semasa di dunia dahulu.

Itulah hakikat dunia yang disebut sebagai 'Ad-Dunya Darul Amal, Wal-Akhiratul Darul Jaza' - Dunia sebagai gelanggang melakukan amal dan sebagai gerak kerja, sementara akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi bahawa penyesalan akan menunggu di akhirat.

Mudah-mudahan hidup kita ini kaya dengan ilmu, dihiasi dengan keindahan budi pekerti, dimuliakan dengan ketakwaan dan dibaguskan dengan kesihatan.

Amin.

Sumber: Di sini

~ “Wahai Tuhanku, Aku berlindung dengan-Mu dari azab neraka jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dajjal dan dari sebarang fitnah sewaktu hidup juga ketika menghadapi kematian”.

Saturday, October 23, 2010

KETAHUILAH WAHAI SYABAB



Usah kau lalaikan diri ku ,

Dengan ayat-ayat cinta palsumu,

Bukan kau sekadar merosakkan dirimu,

Ketahuilah dirimu wahai syabab,

Kau juga merosakkan bangsamu,

Kerana kejatuhan sesuatu bangsa itu ,

Tergantung pada jatuhnya maruah wanita mereka,

Bermula pada dirimu,

Jika kau gagal mengendalikan nafsumu,

Kerana mudah terpesona dengan keindahan ,

Yang hakikatnya adalah palsu.



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau merasa lemah,

Tika bayangan kami berlalu,

Yang melintas pada mindamu,

Engkau telah tertipu,

Muda kami kan berlalu,

Keayuan kami kan pudar,

Seiring waktu,

Tegas pada dirimu,

Kau harus tundukkan pandanganmu,

Agar tidak kau turut kan nafsumu.



Ketahuilah wahai syabab,

Ada di antara kami sengaja melalaikanmu,

Melalui pakaian tertentu,

Tanpa punya rasa malu,

Tegas kan pada dirimu,

Engkau pemuda Islam sejati,

Tunjukkan kegagahanmu,

Melawan hawa nafsu,

Bukan melalui kudratmu,

Jika tidak kau akan tertipu.



Ketahui lah wahai syabab,

Kau harus bertegas pada dirimu,

Menjaga kesucianmu,

Hanya buat wanita yang halal padamu,

Jika kau ingin kami juga berbuat begitu,

Kerana janji Allah tidak menipu,

Lelaki yang baik untuk wanita yang baik,

Bukankah berkali-kali kau diberi peringatan untuk itu?



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau punya niat ,

Wanita bemaruah untuk dijadikan isterimu,

Jagalah jua maruahmu,

Kerana itu ,

Selagi kami tidak halal buatmu,

Usah kau biasakan lidahmu,

Menjaja ayat cintamu yang penuh palsu.




Ketahuilah wahai syabab,

Pujuk rayu mu kan mejadi saksi,

Pada hari kebangkitan nanti,

Dan itu sudah pasti,

Pada apa yang pernah kau taburi,

Hinggakan ramai gadis dikhianati,

Anak luar nikah itu dibenci,

Gara-gara perbuatanmu,

Dan pasanganmu yang mengkhianati,

Pada ikatan suami isteri yang selayaknya kalian miliki,

Sebelum kalian berlagak suami isteri,

Kerana kalian tidak mematuhi,

Larangan zina itu sendiri.



Ketahuilah wahai syabab,

Ku tari kan pena ini ,

Mengingatkan diriku sendiri,

Juga untuk kalian hayati,

Agar kalian tidak lalai berulang kali,

Ketika kalian berhadapan dengan kami,

Bukan mengatakan kalian salah sepenuhnya,

Cuma peringatan agar kalian bangkit kembali,

Menjadi pejuang agama sejati,

Dari terus dilalaikan diantara kami,

Jika kau merasa lemah ,

Apatah kami,

Kerana kau imam ,

Dan kami makmum mu,

Jika salah hala tujumu,

Kami juga begitu.



Ketahuilah wahai syabab,

Kami miliki kudrat yang lemah,

Namun gengaman kami tidak lemah,

Jika buayan mampu kami goncang,

Dunia juga mampu kami gegar,

Apatah cuma dirimu,

Lihat sejarah lalu,

Ramai pemimpin dari kaummu,

Tewas ditangan kami,

Kerana kegagalan kalian menahan nafsu,



Ketahuilah wahai syabab,

Jika kau merasa megah,

Menghulurkan cintamu,

Tanpa ikatan halal,

Dan ada di antara kami menyambut cinta palsumu,

Lantas tanpa ikatan halal itu,

Kau megah membawa diantara kami yang hanyut dengan cintamu,

Ke sana, sini juga kesitu,

Ternyata sebenarnya engkau merendahkan dirimu,

Kerana lebih banyak dikalangan kami yang merosakkan mu,

Dari diri kaummu yang merosakkan kami,

Hanya kerana kelalaianmu,

Sedarkan dirimu,



Ketahuilah wahai syabab,

Selagi kau serius dengan agama mu,

InsyaAllah ,

Setelah sah ikatan halal itu,

Kami berusaha untuk taat padamu,

Bukan kerana menjunjung cintamu,

Tapi kerana cinta,

Pada Dia yang Maha Satu.


* Sumber: Di Facebook

Menara 100 Tingkat dan Festival Fesyen Islam

Assalamualaikum w.b.t


Apakah perbezaan di antara menegur kerajaan dan menyokong pembangkang?

Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas.

Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pembangkang.

Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah.

Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.

Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!

Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?

Bangunan 100 tingkat

Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?

i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL

ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia

iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat

iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir

v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?

Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?

Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi

ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar

iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek

iv) Kita perlukan ikon negara maju

Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek

ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?

iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini

iv) Kos awal RM 5bilion, pasti akan naik punya, macam projek istana negara; atas 'sebab-sebab' tertentu.

Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.

Dan ingat, menyuarakan padangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!

'Isu Rosmah' Pula Meyusul

Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF).

Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati. Beberapa persoalan di sini;

i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.

ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar.

Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?

Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda.

Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.

Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.

Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab dan penuh ikhlas.

Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!

- Artikel dipetik di sini

~ Bagi pandangan saya, lebih baik melengkapkan segala keperluan rakyat dan bukannya menindas rakyat. Adakah dengan pembinaan bangunan 100 tingkat itu mampu menjamin keadilan rakyat? Jangan biarkan rakyat tertindas di negara sendiri. Bukan menolak pembangunan, tetapi perbaiki dulu infrastruktur yang ada. Begitu juga dengan masalah sosial yang semakin meruncing. Perbaiki sebaiknya dahulu supaya generasi pelapis cerdik otak dan tahu menilai baik dan buruk. 
Berkaitan isu IFF, segala bentuk program yang ingin dibuat, perlu dipantau oleh panel shariah yang terpilih. Jangan hanya menutup dengan nama Islamic, tetapi kepincangan berleluasa. Jaga sensitiviti masyarakat. Kelak pemimpin yang akan dipersalahkan. 
PEMIMPIN, ANDALAH YANG AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN KELAK DI AKHIRAT SANA. PEMUDI DAN PEMUDI, FIKIRLAH DENGAN KELUASAN AKAL YANG ADA, BUKAN BERTINDAK SESUKA HATI. LONTARKAN PANDANGAN ANDA UNTUK DIDENGARI. INGAT, JANGAN DISEKAT IDEA YANG BERNAS UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.

ADAB MEMBERI NASIHAT

Assalamualaikum w.b.t


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

- Dipetik dari group di facebook.

~ Nak mendekati seseorang yang bermasalah bukanlah mudah, tetapi terlebih dahulu tawanlah sikapnya dengan sifat baik anda yang penuh keikhlasan. InsyaAllah usaha kita akan diberkati dan berbaloi untuk masyarakat. Empati kepada masalah yang dihadapi dan sebolehnya janganlah menjauhkan diri. Bantulah insan tersebut kembali ke pangkal jalan. Bak kata Pak Engku dalam program S.P.I.E.S, "Kita melihat usaha bukan kuantiti"

Friday, October 22, 2010

MAKANAN CEGAH BATUK & SELSEMA

Anda sering di serang batuk dan selesema? Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan, 7 makanan berikut boleh membantu mengubati batuk dan selsema anda semua. Cuaca pun berubah-ubah je sekarang ni. Jerebu lagi. Kesihatan perlu dititik beratkan... Mari kita lihat..

 1. SUP AYAM
Hidangan yang panas boleh membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkan bawang merah dan bawang putih dalam sup agar lebih cepat sembuh.

2. MAKANAN PEDAS.
Bawang putih, lada hitam/putih atau sos pedas boleh membantu melancarkan hidung yang tersumbat.

3. BAWANG PUTIH
Di akui boleh mengurangkan tanda-tanda selsema dan batuk. tambahkan bawang putih dalam makanan kegemaran anda atau kunyahkan seulas dua bawang putih mentah

4. AIR
Pesakit digalakkan untuk meminum banyak air masa dan jus buah-buahan. Elakkan kopi, minuman manis dan berkarbonat.

5. BUAH-BUAHAN SITRUS
Buah-buahan sitrus seperti lemon, oren atau limau mempunyai kandungan bitamin c yang tinggi, sekiranya anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C kerana merokok meningkatkan serangan selsema dan batuk.

6. SUMBER VITAMIN C
Selain buah-buahan sitrus, anda juga disarankan untuk menambah pengambilan kentang, lada hijau, strawberi dan nanas dalam menu makanan harian sebagai salah satu usaha mencegah selsema dan batuk

7. HALIA
Air rebusan halia bukan sahaja mampu membuang angin tetapi baik juga untuk mengubati selsema dan batuk.

~  Semoga anda semua mendapat manfaatnya. Sumber di atas saya tak ingat dari mana... Maaf

Thursday, October 21, 2010

TENTANG AYAH

Assalamualaikum w.b.t.


"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan." (Riwayat Ahmad dan al-Nasa'i)

Sengaja saya buka mukadimah dengan doa bangun tidur. Kerana apa? Sebab utama ada antara kita yang tak bersyukur diberi peluang untuk hidup kembali. Jangan tidak tahu, ada antara kita yang tidur terus meninggalkan ahli keluarganya tanpa disedari. Justeru ucapkanlah kalimah "Alhamdulillah" dan terima kasih kepada Allah. Inilah peluang kita untuk memperbaiki diri. Peringatan untuk diri saya juga..

Berbalik kepada tajuk di atas. Sebelum saya berkongsi, eloklah disediakan tisu untuk mengesat air mata. Pasti ada yang tersentuh. Terima kasih kepada Amirah Najihah untuk entri ini..

...................................................


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..


Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

~ Aku sebak pabila abah memberikan semangat buat si dia kerana kesakitan yang dialaminya. Moga dengan kata-kata peransang abah membuatkan si dia kembali sihat sepnuhnya. Amin. Tidak ku lupa juga nasihat abah, "Kakak biarlah, jangan kita jadi punca orang tersebut bertambah sakit." Walaupun hati ini tidak rela, namun ku turutkan ketentuan itu...Hukhukhuk (-_-)

Wednesday, October 20, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Assalamualaikum w.b.t


Diam tak diam kita dah nak menghabisi tahun 2010. Tahun yang dianggap cantik. Fenomena 10-10-10 dah berlalu. Ramailah umat manusia nak merealisasikan momen indah dalam hidup masing-masing pada tarikh 10-10-10 tersebut. Macam-macam..

Dan hari ini sejarah kembali lagi, 20-10-2010. Satu lagi tarikh keramat barangkali. Ada ke insan yang berlumba-lumba melansungkan pertunangan, pernikahan dan perkahwinan pada hari ini? Saya tidak dapat menjawabnya. Tiada statistik dipihak saya. Tapi apa yang saya tahu, di KUIS, hari ini pelajar senior telah mendaftar masuk. Tapi ikut fakulti lah. Bila ingat balik, sakit hati pula tentang registration day tadi. Saya buat untuk pihak adik saya. Menguji kesabaran sungguh!! Bilalah nak berubah kepada yang lebih mesra pengguna. Adehh..

Namun sudah pasti tarikh pada hari ini akan diingati buat mereka yang meraikan detik indah tersebut. Sempat tadi saya melihat komen di facebook rakan saya. Ada juga yang tak sabar nak menunggu tahun depan. 11-11-11 atau 20-11-2011. Pilih tarikh saya nikah ok juga kan? Hehehe..Terlebih sudah..

..........................................

" Ya Allah, jauhkan aku dari lelaki-lelaki yang bukan Kau takdirkan untukku sebagai pembimbingku. Ya Allah, jauhkan aku dari mata-mata mereka yang terusik dengan seorang wanita. Ya Allah, aku ini hambaMU yang lemah, terlalu lemah atas naluri hati seorang lelaki. Aku sedikit pun tidak menyalahkan kehadiran mereka, kerana itulah fitrah. Tapi ya Allah, aku mohon, hambaMU yang lemah ini bermohon, jauhkan dengan sebenar-benar jauh dari lelaki-lelaki yang hadir untuk mengusikku dari mengabadikan diriku padaMU. Takdirkan seorang lelaki yang benar-benar jodohku untuk hadir mengusik tenangnya hatiku, hati keluargaku untuk menerimanya. Aku ini hambaMU yang lemah ya Allah. Terlalu lemah atas naluri seorang lelaki, dan jika lelaki-lelaki itu bukan untukku, maka KAU jauhkanlah, jauhkan dengan sebenar jauh dariku. "

...................................................

" Ya Allah, jika dengan berjodohan itu dapat menjadikan aku tenang mengabdikan diriku padaMU, maka KAU berikanlahnya agar jiwa ku ini damai mengabdikan diri padaMU. Ya Allah, jika dengan tidak berjodohan itu lebih baik bagiku, maka KAU jauhkanlah aku dari pandangan mata seorang lelaki. Ya Allah, KAU Tuhan yang Maha Mengetahui, sedangkan aku hanyalah hamba yang tidak mengetahui, tunjukkanlah yang terbaik dariMU agar aku tidak jauh dariMU. "

....................................................
Firman ALLAH dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
 ................................................... 

~ Tenangkanlah resah hatiku ini Wahai Tuhan Sekalian Alam....Ampunkan dosaku..

RAHMAT DISEBALIK UJIAN

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini, Melaka melakar sejarah selepas diisytiharkan sebagai NEGERI MAJU setelah berjaya melepasi 32 kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) untuk layak diiktiraf antara kalangan negara-negara maju antarabangsa yang lain. Saya tumpang bangga untuk itu walaupun saya bukannya orang Melaka.

Mukadimah di atas tiada kaitan dengan tajuk entri namun apa yang saya ingin kongsikan di sini bukanlah hasil tulisan saya. Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini, saya mengikuti beberapa ruangan motivasi dan kesedaran di Facebook. Ada antara ilmu yang dikongsi sangat terkesan dihati saya. Lantaran itu saya juga ingin berkongsi dengan anda para pengunjung dan sahabat blogger Marjan Ibtisam.

.....................................................


Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab. Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

Ujian dan Iman
Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.


Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari) Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

** "Ya Allah, Engkau peliharalah aku dan keluargaku dari sebarang hasad dengki manusia dan musibah yang tak dijangkan. Aku menerima ujianMU ini dengan redha dan penuh kesabaran. Apa yang telah berlaku, itulah pengajaran yang terbaik yang pernah ku lalui. Terima kasih Allah kerana Engkau masih sayangkan aku dengan memberikan ujian ini. Kuatkanlah jiwaku dan semangatku untuk menghadapi hari mendatang dengan penuh kejayaan disamping beriman kepadaMu. Bantulah si polan kembali kepada azalinya dengan bertaubat kepadaMU. Engkau lebih tahu apa yang terbaik dan yang layak kami lalui dan hadapi. Amin"

Thursday, October 14, 2010

WANITA


Wanita.....
Dahulu dirimu tiada nilainya,
Kau ditanam jika rupamu tidak rupawan,
Kau dibesarkan jika memiliki raut wajah kecantikan
Sebagai pemuas nafsu dan barang dagangan
ketika kau dewasa kelak.....


Wanita.....
Diangkat martabatmu ke tahap tertinggi
Selepas Islam tersebar
Dipertahankan hakmu dan Islam membelamu
Dari terus dirosakkan oleh lelaki yang bertuhankan nafsu


Wanita.....
Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah
Kau dijamin memasuki syurga terlebih dahulu sebelum suamimu,
Telah dijanjikan nikmat-nikmat yang baik untukmu
Kerana kau menjaga kesucian dan harga dirimu
Dan juga cintamu pada Tuhan-Mu


Wanita.....
Kau memiliki kelembutan
kelembutanmu mampu menggoncang dunia
Kelembutanmu mampu mencairkan dan mendamaikan para lelaki
Seperti mana damainya Firaun tatkala ditenangkan oleh Asiah
Ketika Musa ingin dibunuh olehnya(Firaun)


Wanita.....
Kau tahu dirimu begitu berharga
Kau tahu dirimu begitu bernilai
Kau juga tahu kesucianmu begitu berharga


TETAPI.....


Mengapa kau berikan mahkotamu bukan pada suamimu
Mengapa kau rela menggadaikan maruahmu kerana wang ringgit?


Adakah kau lupa?
Wanita adalah yang terbanyak sekali menghuni Neraka Allah!


Adakah kau lupa?
Janji ALLAH itu pasti ...


Wanita.....
Mengapa kau berasa takut dan malu
Selepas nafsumu dipenuhi
Mengapa baru terbit sifat malumu
Ketika kau mendapati dirimu telah hamil
Hasil perbuatan kejimu
dan kemudiannya kau mengambil jalan pintas
Menggugurkan kandunganmu,
membunuh anakmu,
membuang bayi kecilmu yang tidak mengerti apa-apa
walaupun zahirnya anak itu adalah hasil di luar pernikahan


namun...


Ingatlah
Setiap anak yang lahir di dunia ini fitrahnya adalah suci,
Ibarat kain putih yang bersih,
Ibu bapalah yang akan mencorak anak itu


Tetapi....
Hakikatnya,
Kau membuang zuriatmu,
Zuriatmu yang akan mendoakan kesejahteraanmu
ketika kau hidup, dan ketika kau sudah tiada,
Kau membuang zuriatmu di tempat-tempat yang merbahaya,
Menjadi santapan kepada haiwan-haiwan liar
yang sentiasa berkeliaran di mana-mana,


Wanita.....
Sedarlah.....
Sedarlah dari mimpi-mimpi yang tidak pasti,
Jangan kau biarkan dirimu disentuh oleh kumbang-kumbang larangan
Yang hanya ingin menghirup madumu,
Dan meninggalkanmu selepas ia merasa puas


Wanita....
Ingatlah dirimu begitu berharga
Biarlah kau dikatakan sombong
Asalkan kau tahu mana baik dan buruknya
Demi menjaga maruah dirimu
Jangan sekali kau serahkan jiwa dan ragamu
kepada kekasihmu....
kerana belum tentu ia akan menjadi suamimu....


Wanita....
Ingatlah sang lelaki amat bijak bermain kata-kata
Mereka amat bijak dalam tipu daya
Mereka akan berusaha mencapai apa yang mereka hajati
Sehingga mereka jemu dengan apa yang telah mereka rasai


Wanita.....
Tidakkah kau sedar semua ini
Mengapa kau masih bergembira dengan kekasihmu
Tidakkah kau sedar,
Dirimu sentiasa dalam pengawasan Tuhan-Mu?


Wanita.....
Sedarlah
Jangan kau mengikut jejak Jahiliyah
Hargailah dirimu yang tinggi d sisi islam
Hargailah mahkotamu yang sangat berharga
Insaflah dengan perbuatan silammu
masih belum terlambat untuk segalanya
Kerana TuhanMu itu Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani'


Wanita....
Labuhkanlah cintamu kepada Tuhan-Mu
kerna Tuhan-Mu akan lebih mencintaimu
dan Dia akan memberi kepadamu cinta yang sebenar.....


Wanita....
Hiasilah dirimu dan Jagalah peribadimu
Semoga dirimu berjaya menjadi wanita yang solehah
dan disayangi oleh Tuhan-Mu



SUMBER: GROUP DI FACEBOOK 

Wednesday, October 13, 2010

CINTA DALAM DIAM

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah pagi tadi saya sempat melakukan aktiviti berjalan disekitar kawasan rumah sewa saya sambil menemani kakak serumah berenang. Opss. Tutup aurat ok! Semuanya itu adalah terapi yang mampu menenangkan diri. Maklumlah, student. Dah nak habis semester, sepatutnya motivasi diri makin bertambah, tapi lain pula dengan saya, makin kurang. Tak nafikan juga beberapa sahabat saya pun menyatakan perasaan yang sama. Namun saya tahu apa yang terjadi... Dan alhamdulillah, masalah yang berlaku baru-baru ini semakin susut sedikit demi sedikit.. Syukur padaMu..

Berbalik pada tajuk entri di atas, adakah perlu perasaan cinta itu diluahkan? Adakah elok ia dipendamkan? Di sini, banyak pro and cons.. Tapi terpulang pada individu itu sendiri. Bagi saya, cukuplah hanya saya dan orang terdekat sahaja yang tahu. Kadang nak share semua pada orang pun tak boleh dan tak manis. Ikatan pun tiada lagi. Sama juga bila bertunang. Bagi saya, cukup untuk saya dan keluarga yang tahu.

Tapi kan, jika ada yang perasan, makin canggih teknologi yang digunakan, makin berlumba-lumba orang nak dedahkan status diri. Dengan itu, semakin banyak bahaya yang kita dedahkan kepada orang ramai. Jika ada yang sakit hati pada kita, ada je punca dia nak buat masalah pada kita. Nauzubillah...

Fikir-fikirkan... Jom, saya nak share apa yang saya dapat dari rakan facebook saya..

.............................................................

CINTA DALAM DIAM


Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat:49)

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32)

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah… berdoalah… berpuasalah…

” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila di antara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya” (Hadith)

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam… bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan… karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan karena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan karena tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?

“ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…karena tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

~ "Aku redha dengan ujianMu. Jika ini yang terbaik untukku, aku terima. Jika cinta yang ada bersamaku ini mampu memperbaiki sikapku terhadapMu, aku terima. Jika cinta yang diberinya itu membuatkan aku tunduk padaMu, aku terima. Jika cinta yang dilafaz untuk kebahagian kami dan keturunan kami, aku terima. Kerana kepada Engkau jualah aku mengadu dan Engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku.."