Friday, October 29, 2010

DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADA ALLAH JUGA KITA KEMBALI

Assalamualaikum w.b.t

Semua yang berada di dunia ini hanyalah pinjaman yang sebentar cuma. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan DIA tahu hambanya mampu menghadapi segalanya ujian yang didatangkan olehNYA. ALLAHU AKBAR... KUATKANLAH AHLI KELUARGAKU DENGAN MUSIBAH YANG ENGKAU BERI INI. KAMI REDHA..

Rabbani - Pergi Tak Kembali Lirik

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi




*Firman Allah: "Kami ini milik Allah, dan kepada-NYAlah kami akan dikembalikan."(Surah al-Baqarah ayat 156)

*Sabda Rasulullah SAW setelah baginda ditanya oleh Ibnu Umar, siapakah orang yang paling cerdik dan paling teguh?? Sabda baginda:
"Mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia untuknya, mereka itulah orang yang cerdik".(Kitab Baghyatul Haris, vol 1)
  
*Nasihat Nabi Muhammad SAW dengan sabdanya:
"Ingatlah mati, demi zat yang jiwaku dalam kekuasaan-NYA, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis".


~"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".(riwayat Bukhari dan Muslim).

Innalillahi wainnailahi rojiun.. Al-Fatehah buat anak buahku Muhammad Ajwad Naufal Bin Badrul Halil. Doakanlah Ibumu iaitu adikku Sakinah Al-Mardhiah Binti Mesari kuat dan tabah. Maklong tahu Ajwad berada di Syurga sekarang ini. Terima kasih hadir sebentar untuk menceriakan kami sekeluarga. Kami akan sentiasa merinduimu..

4 comments:

bazz rianne said...

kak adah..sy baru tawu dr kwn hal ni..sdih
salam takziah drpd sy dan kwn2 ntok akak skluarga n khas ntok sakinah..

smpaikan salam wat die..tawu die sorg yg kuat! mudahan die tawu sy ade dblkg ntok support die kak..uuu

Brilliant Marjan said...

terima kasih bazz..

akak terpaksa kuat utk bagi ahli keluarga yang lain kuat..insyaAllah

Fatimah- ex-sambest said...

salam k.marjan.. saya juga kwn sakinah.. sampaikan salam takziah saya kepada dia ya.. semoga dia kuat dan tabah.. Allah menguji hambaNya berdasarkan kemampuannya..pastinya Allah tahu Sakinah sudah cukup kuat untuk terima ujian ini.. saya xdapat contact die

Brilliant Marjan said...

wslm fatimah.

terima kasih sudi singgah blog akk.terima kasih juga atas doa yang diberikan.insyAllah semuanya kembali pulih..