Thursday, May 22, 2014

SELAMAT BERPANTANG! 2

Sambungan dari cerita yang pertama. 

23 April 2014

Bila tiba di labor room tu, nurse yang bertugas untuk bilik yang saya masuk tu bernama Norlinda. Sempat di tanya bila kali terakhir saya makan dan previous kelahiran..

Setelah alatan disiapkan, rupanya bukaan saya sudah 6 cm. Dalam bilik tu terasa aura tenang kerana kedengaran alunan suci al-Quran dari radio yang terpasang.

Mulut saya basah dengan kalimah 'Allah' dan doa Nabi Yunus, "La Ilahailla Anta Subhanaka Inni Kuntum Minadzolimin"..

Nurse pecahkan air ketuban saya tapi rupanya ada masalah yang dihadapinya sehinggakan dia memanggil doktor lain. Saya dah rasa lain ketika itu..

"Saya dah pecahkan air ketuban tapi macam ada selaput.." Penerangan nurse kepada doktor.

"Dah tiada air ketuban dah..10 cm dah ni.. Mana suami dia? Panggilkan masuk.. Nak beranak dah ni.."

(Ada sedikit pergaduahan kecil antara doktor dan nurse tersebut tambahan tidur doktor tu diganggu.. ^_^)

Ini pengalaman pertama saya melahirkan secara normal walaupun anak kedua. Semuanya serba tidak kena dan yang pasti pada mulanya saya tidak memberikan kerjasama untuk meneran dan macam-macam lagi. Tunggang langgang habis!

Saya ada meminta air dan mereka tetap beri..Saya masih dalam keadaan sopan walaupun menjerit "Allah". Ingatkan baby dah keluar, rupanya tenaga je yang habis..

Suami sempat cium dahi saya dalam saat genting begitu dan bagi semangat,

"Dinda kan nak bersalin normal. Dinda boleh"

Nurse turut memberi sokongan.

"Saya dah mudahkan puan ni. Puan perlu tenang, tarik nafas, teran, curi nafas dan teran lagi.. Kesian kat baby.. Dah nak keluar dah"

Macama-macam lagi ayat yang kedengaran..

Yang saya tahu ketika itu, suami saya yang menegakkan kepala saya untuk saya meneran. Lengan kanan suami menjadi tempat saya berpaut.. Tak larat!

Saya jerit kebas kaki kanan.. Nurse sendalkan palang untuk saya pijak.

Dan akhirnya, saya bejaya menemui rentak yang betul.. Saya buat sehabis daya dan yang pasti saya tak tengok apa yang berlaku..

Tangisan anak kami kedengaran.. Alhamdulillah..

Nurse sempata tanya,

"Bayi laki ke perempuan?"

Suami jawap, "Lelaki"

"Eh, tengok betul-betul.. Perempuan!"

Kami serentak, "Perempuan"

Bayi kami terus diletakkan ke dada saya.. Saya cepat-cepat iqomatkan baby.. Suami pun sama.. Syahdu pagi tu. 4.42 pagi bayi keluar melihat dunia..

Cepat je rasa..Macam ajaib pun ada..Bercampur baur perasaan saya.

Lepas suami keluar, saya hampir terlelap mata dan mamai..

Sekali lagi saya kurang beri kerjasama ketika nurse ingin keluarkan uri. Tapi saya cuba juga beri yang terbaik.

Nurse jahit tak sedar sangat tapi last sekali rasa sakit.. Ada nurse lain bawakan air untuk saya minum.

Nurse tu sempat pesan jaga jahitan elok-elok sebab jahitan saya banyak tambahan pertama kali dan saya tak ikut petua.. (Semua dah hilang dan lupa!)

Keluar je dari bilik setalah sejam dijahit, suami saya sambut dengan senyuman.. Rupanya, suami tolong balaskan wassap dan message yang diberi. Sebelum tu, saya sempat kabarkan pada adik dan keluarga dikampung. Mohon doa mereka agar mudah saya bersalin.

Di tepi sebuah bilik, nurse minta saya nyusukan bayi saya. Alhamdulillah bayi kami sangat pandai menyusu.. Sempat nurse bercerita yang suami saya macam tak boleh terima anaknya perempuan.. Macam-macam yang suami runsingkan.

Sebetulnya, last scan pada 17 April 2014 itu, saya dimaklumkan, bayi kami lelaki jadi saya maklumkan pada suami. Waktu tu dah pasrah walaupun hati kecil menginginkan anak perempuan. Itu ceritanya..

Kemudian, saya tiba di wad dan ditempatkan di katil yang tinggi kerana semuanya penuh. Azab rasanya.. Hampir pitam saya ketika di bilik air mujur ada kakak yang baik hati membantu..

Saya yang paling muda..huhu..tengok ibu-ibu lain relex aje.. Dugaan..

Saya pulang ke rumah hari yang sama tapi agak lewat kerana anak kami lambat buang air kecil..

Alhamdulillah.. Banyak lagi yang saya nak kongsi..tapi satu-satu dulu ye..

*** Nama anak kami, NurHasya Durrani Faqihah Binti Mohd Zaidi. Dah sebulan dah..

Wednesday, May 14, 2014

SELAMAT BERPANTANG!

Assalamualaikum w.b.t.

Tiada lafaz yang lebih hebat mampu diucapkan melainkan kalimah 'Alhamdulillah'.. Selamat semuanya..

Ceritanya bermula begini..

22 April 2014

Check up mingguan di Klinik Kg. Pasir Hulu Kelang. Saya dah masuk 37 minggu. Semuanya ok melainkan saya memberitahu nurse gigi geraham sebelah kanan atas patah separuh ( suami kata sumbing ) ketika makan hari minggu lepas.

Saya telah diberikan surat bertarikh 17 April 2014 oleh doktor yang bertugas untuk dirujuk di Hospital Ampang sama ada saya boleh bersalin secara normal atau pembedahan tapi saya tidak sempat melakukannya lantaran suami saya mempunyai urusan yang lain.

Puas dah saya pujuk suami takut ada pape yang terjadi dan suami berjanji untuk membawa saya keesokan harinya.

Malamnya saya bermain dengan Akhtar dan melakukan rutin biasa tapi saya berasa tidak sedap hati. Saya tidak memaklumkan kepada suami cuma saya berlagak tenang. Akhtar pula asyik benar menyebut 'Adik' sambil bermain perut saya.

Saya terdetik di hati, "tanda aku nak sakit bersalin kat Akhtar, hari Selasa, Rabunya Akhtar lahir dah.. Ni adiknya pun macam tu ke??"

Saya sudahkan melipat baju, basuh dan sidai kain, sempat kemas baju Akhtar sekali..

23 April 2014

Dalam pukul 1.35 pagi saya sempat menjamah sedikit kurma dan minum air susu kambing..

Saya berkira-kira dalam hati, masanya dah tiba ni..

Sebenarnya, suami minta saya berehat tapi hati rasa tak tenang.. Kemudian, baru saya kejutkan suami,

"Kanda, dinda rasa dah sampai masa ni.. Tak apalah kita pergi hantar Akhtar dulu kat rumah mak. Rasa sakit tu dah makin kerap"

Saya tak pasti apa yang suami balas waktu itu..

Sekitar pukul 2 pagi, kami tiba di rumah Sentul, Mak Abah dan Kak Seri sudah menunggu kami.

Sempat saya minta maaf dari Mak dan Abah serta minta doa mereka agar saya mudah bersalin. Mak cium saya..

Mak tanya, "Dah rasa sakit sangat ke?"

Saya menganggup sambil suara terketar-ketar menjawap, "Dah agak kerap" (tengah kontraksi tu..)

Sempat saya pesan pada mak, "Tengokkan Akhtar elok-elok ye, mak. Kalau dia jaga, mak bagi air tau"

My hero yang soleh still bf with me..tu yang saya sedih sikit..

Then kami terus patah balik pergi ke Hospital Ampang..

Kali ni suami parking pada tempatnya tidak seperti kelahiran lalu, habis kena saman suami saya..

Sesudah mendaftar, saya terus disiapkan dan nurse sempat marah ringan setelah saya ajukan surat doktor tempat saya check up.

"Patient lambat buat tindakan"

Terus doktor India datang,

"Siapa yang advice awak untuk bersalin normal?"

Saya geleng..

"Ok, kita cuba bersalin normal tapi kalau tanda-tanda perut awak akan pecah, kita terus buat pembedahan"

(Dalam hati, tersentap dengar ayat doktor tu... Kuasa Allah. Dulu aku emergency czar la)

Melihat saya sakit semakin kerap, terus mereka bawa ke labor room, tingkat 4.

========

Ok, bersambung di lain kali..batuk teruk la..