Sunday, May 10, 2015

SETIAP KESULITAN PASTI ADA HIKMAH

Assalamualaikum wbt..

Selamat berhujung minggu semua.. Actually, sejak petang jumaat lagi handphone saya buat cerita.. Semalam masuk wad sudah.. itu yang boleh update blog ni..huhuhu.. Namun saya pasti ada hikmahnya & yang penting Allah nak saya muhasabah diri balik..

Ialah dengan handphone ni banyak masa saya dengan gadjet tuh.. Cerita seharian & produk je taunya.. Al-Quran ntah ke mana.. Allah... Terima kasih Allah atas perhatian & teguranMu..

Anyway, mohon maaf banyak2 dari kalian semua... :)



Saturday, May 9, 2015

JOM DOA

Assalamualaikum wbt...

Jom amalkan doa ini selepas setiap kali solat...





Friday, May 8, 2015

KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN?? REMINDER TO MYSELF

KENAPA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN? ..
TAPI...TAK SABAR..KAYA KAN DIRI SENDIRI💥
Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
Sedar ke tak..
Kita belajar di Universiti sampai 3-4-5 tahun.. Keluar Universiti gaji baru dalam RM2000-RM3000... 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita. 😀Kita boleh sabar!
Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam... Tambah traffic jem lagi.. berjam-jam atas jalan. Kalau naik Federal Highway lagi lah. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi manager. Kita boleh sabar!
Penat-penat bekerja, gaji cukup-cukup makan je. Ikat perut hujung bulan. Barang segala dah naik harga. Gi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan. Nak simpan pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
Hari-hari pergi kerja buat kerja yang tak suka. Boss pulak marah-marah, arah itu ini. Dah rasa macam robot, buat kerja tak bawak hati bersama. Hari-hari macam tu.. sebulan.. setahun.. 5 tahun.. 10 tahun... Kita boleh sabar!
Sebulan bekerja.. Setahun bekerja.. 5 tahun bekerja... 10 tahun bekerja...15 tahun bekerja.. Kita tak ada nampak beza ketara.. Dari bujang sampai kahwin.. Sampai anak 3..
Rumah kita macam tu jugak..
Kenderaan...dahh naik panauuu
Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
Hidup seadanya ala kadar. Rumah ala kadar.. Kereta ala kadar.. Hulur duit kat mak ayah ala kadar.. kalau ada hulur.. Kalau tak ada buat-buat lupa.. Kita boleh sabar!
Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak.. mak ayah... Kita nak tolong Islam lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri?
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?

Jom buat bisnes dgn hati yg ikhlas kerana ALLAH SWT..
Niat nak tolong org..
Nak meningkatkan pendapatan..
Nak jadi jutawan dunia akhirat..
Nak bawak mak ayah mengerjakan haji/umrah..IN SHAA ALLAH..
IN SHAA ALLAH setelah segala harapan impian menjadi kenyataan matlamat yg paling tinggi dgn apa yg telah dberikan nak buat kebajikan nak berbakti dan berjihad di jalan ALLAH..
IN SHAA ALLAH YA ALLAH..
BANTULAH KAMI DENGAN KUASA MU..BERIKANLAH KAMI KEKUATAN SEMANGAT UNTUK KAMI MENCAPAI SEGALA HARAPAN,IMPIAN DAN MATLAMAT KAMI KERANA MU..
marilah sama2 kita tanam niat dalam hati untuk berjuang berjihad untuk agamanya dgn apa cara sekali pun sedaya yg kita mampu sesungguhnya kepada ALLAH.. IN SHAA ALLAH..
BEKALAN DAN SAHAM KITA UNTUK DIBAWA MENGADAPNYA NANTI..
IN SHAA ALLAH........
AMINNN....