Sunday, May 29, 2011

MASA TERBAIK MELUANGKAN BERSAMA YANG TERSAYANG

Assalamualaikum w.b.t.

Betul ke prosa susunan ayat kat atas tu? Tu je yang ayat yang terlintas kat kepala saya..Alhamdulillah. Saya rasa seronok saya walaupun tak semua ada. Holiday with family. Itu detik yang paling indah. Setuju kan?

Walaupun adik-adik saya sudah meningkat dewasa dan hanya seorang je yang bersekolah, inilah kesempatan yang ada yang dapat kami luangkan masa bersama. Hari lain atau peluang lain tak dapat dah. Agak sukar. Tapi insyaAllah detik itu tetap ada untuk masa yang akan datang.

Bila Abah kata tempahan untuk tempat penginapan di Port Dickson, TNB telah diluluskan, we all setuju je walaupun kami sebenarnya memohon untuk bercuti di tempat lain. Tak apalah, asalkan ada. Tak boleh nak tolak kan.. Rugi jadinya..

So, sekarang hari kami dah ada di sini (kondo TNB PD). My siblings yang boys ni semua girang habis dapat masuk swimming pool. Lepas gian. Terjun sana terjun sini..


Alamak..nak keluar dah.. Sambung lagi..tata

Thursday, May 26, 2011

KEK LAPIS SARAWAK & IKAN TERUBUK MASIN

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Moga ia sentiasa berterusan menjanjikan yang terbaik. Tapi mood saya jadi tak best bila terbaca isu dalam akbar tentang seorang lelaki yang ingin menukar jantinanya menjadi perempuan. Mengucap panjang saya. Nauzubillah...Fikirlah baik-baik.. Allah sudah beri yang terbaik buat kita..

Ok tak mahu bicara lebih, jom alih sekejap je pada bab makanan yang cukup terkenal di Sarawak. Yup! Enak, sedap & lazat. Tiada ungkapan lain yang lebih sesuai buat penggemar kek lapis dan ikan terubuk masin.

Nak dijadikan cerita, Abah saya baru-baru ini berkunjung ke negeri bumi kenyalang, Sarawak. Abah pergi atas urusan kerja. Rasanya tiada gambarlah yang saya nak share. Cuma apa yang saya nak beritahu, Abah memang rajin beli makanan untuk dibawa balik ke rumah. Biasanya jumlah makanan yang dibeli oleh Abah memang banyak. Maklumlah isi rumah kami ni ramai terutamanya jika musim cuti.

Dengan bungkusan yang kelihatan seperti beg untuk kek lapis Sarawak dan ikan terubuk masin, membuatkan ia mudah di bawa terutamanya menaiki kapal terbang. Serius banyak. Kek lapis dalam 8 kotak yang mana namanya adalah Mady Belang, Lemon Cheese, Lapis India, Masam Manis dan Sisik Ikan. Manakala untuk ikan terubuk, Abah beli 8 ekor yang segar dari laut. Kata Abah, orang tu siap je siang  ikan terus masuk dalam karung garam. Abah beli juga coklat dari sana.


Bagi diri saya, nak suka beria sangat makan kek lapis atau ikan terubuk ni tak adalah sangat. Jika ada, saya makan je. Jenis tak banyak karenah. Tapi bila betul-betul saya menikmati kedua makanan ini, ia membuatkan tekak saya menjadi sangat suka. Best!!!

Semalam, sempat saya potong 3 jenis kek iaitu Masam Manis (warna hijau kuning dan coklat), Lapis India (tengah-adunan tu ada coklat) dan Sisik Ikan (saya kurang pasti bahannya tapi ada rasa masam sikit) untuk dijamu kepada kawan-kawan pejabat. Saya sediakan dua bekal kek, untuk tingkat bawah dan tingkat atas.

Rata-ratanya suka dan memuji dengan kek lapis yang dibawa. Namun ikut tekak masing-masinglah. Alhamdulillah habis. Saya nak semua merasa. Bukan apa, walaupun saya duduk di tingakt atas, dan majoriti kawan yang di atas adalah Cina tapi mereka tetap pelawa saya makan bersama. Stop! Jangan fikir bukan-bukan ye.. Maksud saya pelawa makan makanan halal macam biskut atau air. Biskut tu pun biasa juga saya makan di rumah. Air pun apa yang tersedia di pantry (psssttt; saya ni memang tak gemar sangat nak minum kopi, teh, milo atau apa saje. Jangan tak tahu saya setiap hari bawa bekal air masak yang penuh dalam satu botol).

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Saya tak mahulah belajar tinggi dan kerja hebat tapi sombong pula. Semua dari kita adalah sama. Jadi saya bawa tu supaya sama merasa. Hati saya pun tumpang gembira. =)

Dan yang paling tak sangka ada yang ingat saya jadi agen jual kek lapis. Hehehe.. Tapi good idea tu.. Raya pun nak dekat ni.. Ada yang kata pandai Abah saya pilih.. Macam-macamlah.. Ada juga yang ingat saya buat sendiri kek lapis tu.. Ish..saya tak sabarlah.. Mudah je saya jawap..Susah lah nak buat. Betulkan???

Tang ikan terubuk masin pula, pergggghhhhhhh... Layan! Sedap sangat. Lagi-lagi Ummi masak. Makan tambah dua kali tadi. Hahahaha. Macam mana nak kurus nih?!

Anyway, inilah makanan tradisi negara kita. Perlu ada yang memperkenalkannya ke mata dunia. Memaang berbaloi..

~ Gambar ihsan google..

* Jalan-jalan luas pemandangan.. Den tak sabau nak bercuti hujung minggu ni...

Tuesday, May 24, 2011

AKU HARGAIMU



Dalam diam kita kenal..
Lama barangkali..
Aku sudah lupa
Begitu juga kamu

Kini proses itu berlanjutan..
Lebih rapat..
InsyaAllah
Kita berbeza..
Namun kita serupa
Dalam sesetengah perkara..
Eh..
Memang kita tak boleh sama...
Aku lain
Kamu lain
Betullah tu...

Ramai kata aku tenang..
Dengan apa yang terjadi kepadaku..
Tapi aku kuat kerana keluarga aku
dan DIA...

Begitu juga kamu..
Aku gembira kerana ada kamu...
Boleh lupa yang lain..

Terima kasih..
Aku hargai kamu dalam hidupku..
Aku tersenyum bila kamu mengusikku..
Bukan apa-apa
Cuma gembira bertandang

Harapnya ia tidak tamat..
Istikharah cintaku hanya milik DIA..
DIA yang Maha Mengetahui..
Hatiku milik siapa..

BAWA AIR & SERBUK PENAIK UNTUK RAWATAN ASID

Assalamualaikum w.b.t

Semoga anda sihat semua. Ada isu yang kita semua sedia maklum yang begitu menakutkan kita sejak akhir-akhir ini iaitu serangan asid yang kebanyakkan mangsanya adalah wanita. Sehingga kini, sejumlah 23 kes dilaporkan sejak Mac namun orang yang bertanggungjawab masih bebas.

Namun, terdapat cadangan dari seorang pakar kimia, Prof Dr Zainudin Arifin, yang boleh kita ambil sebagai pencegahan awal tentang serangan kes ini. Bagi mencegah kesan penghakisan teruk dan kecacatan kekal pada kulit, Zainudin daripada Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Malaya menasihatkan kaum wanita supaya membawa sebotol air dalam beg tangan mereka dan menggunakannya untuk mencuci simbahan asid jika kejadian seumpamanya berlaku kerana air adalah bahan pelarut mudah mencairkan kimia.

"Cuci bahagian badan dan bersihkan simbahan asid dengan menggunakan sebanyak air yang mungkin kerana masa amat kritikal ketika ini. Jika anda melengahkan pencucian asid itu, kesan lebih buruk dan menakutkan akan berlaku. Dapatkan sebanyak air dan berada di dalam aliran air sekurang-kurangnya 15 minit, lebih baik jika dapat 30 minit, kemudian tukar pakaian dan hanya selepas itu anda dapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, jika serbuk penaik, sodium bikarbonat boleh diperoleh, mangsa simbahan asid boleh mencampurkannya dengan air dan meletakkan di kawasan yang terkena simbahan asid bagi meneutralkan kesan asid berkenaan.

"Jika dalam keadaan paling teruk di mana tiada air boleh diperoleh, lap kawasan yang terkena simbahan asid dengan sebersih-bersihnya," katanya.

Beliau juga mencadangkan kaum wanita menggunakan alat pelindung keselamatan seperti kaca mata besar.

Mengenai insiden simbahan asid yang berlaku di sekitar Lembah Klang ini, Zainuddin percaya bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan bukan larutan beralkali seperti yang dilaporkan tetapi adalah asid cair.

Katanya, terdapat empat jenis asid yang lazimnya mudah diperoleh di pasaran iaitu asid formik, asid hidroklorik, asid sulfurik dan asid nitrik.

Beliau berpendapat bahawa cadangan kerajaan untuk mengawal jualan asid di pasaran tidak sesuai dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan.

"Jika ada seorang yang lemas, adakah kita akan melarang semua orang daripada berenang?" katanya.

Beliau berkata cadangan itu juga tidak membantu kerana asid adalah bahan penting bagi kebanyakan industri pembuatan dan pertanian.

Asid boleh diperoleh dengan mudah di kedai menjual alat perkakasan dan ia juga digunakan untuk tujuan pembersihan.

"Mengenai kegunaan asasnya, asid sangat berkesan sebagai agen bagi membersihkan kotoran. Sebagai negara perindustrian, kita menggunakan banyak asid terutamanya asid sulfurik yang juga sejenis bahan yang paling banyak dikeluarkan dan bahan penghakis paling berkesan," katanya.

* Sumber: Berita Harian

~ Saya merasakan penjenayah tersebut berasa gembira jika mangsanya mengalami kecederaan apatah lagi mangsanya wanita. Tapi tolonglah hentikan.. Bayangkan jika anda sendiri yang terkena simbahan asid tersebut. Tentu merana bukan??? Fikir pula orang yang anda sayang turut mengalaminya..

Apa-apa pun dengan langkah pencegahan yang dicadangkan oleh pakar dan sikap berhati-hati kita terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak mampu mengelakkan masalah ini menjadi lebih teruk. Ingat sentiasa peka...

Sunday, May 22, 2011

NERAKA DUNIA

Lubuk bahaya: Pokok gergasi, landskap aneh, ekstrem dan gas beracun antara lokasi dilabel ‘neraka’ dunia

TANYALAH sesiapa saja - hatta manusia paling kejam sekali pun - tiada siapa yang ingin menjadi penghuni neraka. Ia yang dikaitkan dengan panas, api dan bentuk seksaan mengerikan sudah cukup membuatkan tempat itu tidak ingin dijejaki langsung walaupun sekadar dalam mimpi.

Tidak kira apa jenis gambaran yang timbul mengenai neraka, ia bukan sesuatu yang baik dan molek sesuai dengan kedudukannya sebagai kediaman tetap iblis. Sebagai umat Islam, gambaran neraka cuma diperoleh menerusi al-Quran.

Namun hakikatnya, ada beberapa tempat di dunia ini sebaliknya kerap dilabel atau diumpamakan neraka kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti. Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, ia juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan. Tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yang pelik dan aneh dengan batuan serta tumbuh-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.


Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai ‘Pintu Masuk ke Neraka’ mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai. Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.

Gabungan itu menjadi keseluruhan tempat berkenaan sentiasa hidup dengan tenaga yang mendidih berterusan.


Tidak kurang ngeri ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ. Hampir 70 juta tahun dulu, ia adalah hutan hujan tetapi hari ini tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah, dinosaur.

Satu lagi Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil Darvas di Uzbekistan. Kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geologi mula menggali untuk mencari gas. Dalam proses itu mereka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali.

Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas. Mereka membakarnya untuk menghalang gas beracun daripada terlepas dan sejak itu ia tidak pernah terpadam. Tiada siapa tahu berapa tan gas yang dibakar sejak 35 tahun lalu tetapi kelihatannya ia mungkin tidak akan habis.


Satu daripada padang pasir paling ekstrem di dunia - Victoria Dry Valley atau Lembah Kering Victoria di Antartika, adalah kawasan bebas ais paling besar yang ada di benua itu. Paras kelembapan yang amat rendah dan kekurangan liputan ais menjadi sebab utama berlakunya tiupan angin katabatic yang boleh mencecah kelajuan 321 kilometer sejam.


Satu lagi kawasan digelar ‘neraka dunia’ adalah Socotra. Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur. Ia pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.


Bukan sukar untuk berasa tiba-tiba saja kita berada di satu planet lain yang lebih kasar dan lebih mengelirukan apabila melawat Vale de Lua, Brazil. ‘Lembah Bulan’ itu menjadi kawasan paling dilawati di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun. Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia.


Cuma boleh dilihat daripada angkasa lepas, Richat Structure, adalah paparan pusingan di Gurun Sahara Mauritania berhampiran Ouadane. Ia menarik perhatian sejak misi ke angkasa lepas terawal kerana mudah dilihat dan mempunyai berbentuk mata lembu.

Sementara itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat paling besar. Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat. Lebih dua tan mengalir ke dalam kawasan ini setiap hari.

Satu lagi lokasi yang digeruni adalah padang geotermal paling aktif di kawasan Rotorua, New Zealand. Ia diberi gelaran Pintu Neraka kerana bau busuk air dicemari belerang dan kolam lumpur. Di sekitar gunung berapi di Pulau Utara New Zealand dan kawasan geotermal, hampir 1,000 spesies bakteria paling pelik ditemui di sebalik suhu, paras asid, alkali, tekanan dan kerapnya tanpa cahaya matahari atau oksigen.

Hakikatnya, semua lokasi ini sememangnya jauh tersasar daripada definisi neraka seperti yang disebutkan dalam al-Quran. Tetapi mungkinkah kewujudannya boleh dijadikan peringatan kepada manusia betapa neraka akhirat jauh lebih menakutkan?

* Sumber: Berita Harian

~ Bila saya baca tentang artikel ni, saya jadi kagum dengan ciptaan Allah. Sebenarnya ia sangat unik dan kita perlu fikir asbabnya Allah bentangkan kejadian yang unik ini di hadapan kita. Saya pun jadi pelik adakah benar ia neraka dunia? Lagipun rata-ratanya mempunyai pemandangan yang indah.. Subhanallah... Bagi saya, sikap manusia itu yang menjadikan dunia ini sebagai neraka sebab tidak patuh pada arahan Allah s.w.t. Nauzubillah. Berapa ramai yang sedar dari kesilapan?? Moga kita cepat tersedar dari segala kealpaan. InsyaAllah..

Apalah agaknya jika saya jadi ahli Geologi? Sangat2 saya minati tetapi peluang bukan milik saya... =)

MANGSA TERAKHIR TANAH RUNTUH DIKELUARKAN

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.
Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Azman berkata, lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), SMART, Tentera 4 Divisyen, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk pastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap," katanya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

~ Syukur semua dijumpai.. Al-fatihah buat semua mangsa yang telah pergi meninggalkan kita..

TANAH RUNTUH: MADRASAH AL-TAQWA

TERBARU: Hingga jam 11.45 malam ini, dari berita terkini dimaklumkan bukannya 24 tetapi 25 mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat petang tadi.

19 mangsa sudah berjaya dikeluarkan, 10 darinya meninggal dunia, semuanya kanak-kanak, sembilan berjaya dikeluarkan dengan selamat termasuk seorang dewasa dipercayai sukarelawan. Manakala tujuh lagi masih hilang.

Sebelum itu, dalam kejadian jam 2.15 petang tadi, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika diwawancara oleh Halim (wartawan tv3-maaf saya tidak ingat nama penuhnya) menyatakan peruntukkan sebanyak RM 10,000 kepada keluarga mangsa dan kos rawatan ditanggung kerajaan.

Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang (persiapan nasyid).

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.

Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.
 
~ Serius saya sangat terkejut dan ucapkan takziah buat keluarga mangsa. Saya baru sampai rumah sebelum pukul 9 malam tadi. Apabila menunggu berita jam 8 di tv 3 tamat, saya terkejut dengan apa yang dimaklumkan. Terus call anjang sebab menyangkakan rumah yang didiami anak-anak yatim itu adalah tempat adik saya belajar ilmu agama suatu ketika dulu. Saya cuba tunggu berita selanjutnya sampailah sekarang. Moga-moga masih ada yang terselamat. Katanya, 24 jam para petugas melakukan kerja mencari mangsa yang tertimbus sehingga kesemuanya berjaya ditemui.....

Friday, May 20, 2011

TAKZIAH TELOR DI BASUH

Dari Allah kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali....

Secara tak sengaja, saya dapat tahu tentang pemergian allahyarham Abdul Hakim atau lebih dikenali sebagai TELORDIBASUH ke rahmatullah kerana kegagalan paru-parunya berfungsi semalam melalui blog seseorang..

Innalillahiwainnailahirojiun...

Saya tak berapa kenal sangat tapi pernah singgah di blognya dan pernah juga ber shoutmix.. Moga dirinya tenang di sana...

Al-fatihah..

~ Takziah buat keluarga beliau..

SINDROM SAKIT BAHU

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kerja ni dan kebetulan lebih banyak mengadap PC, membuatkan saya rasa tidak selesa. Pertama, letih mata (walapun saya memakai cermin mata tapi saya tidak suka memakainya) tapi sekarang terpaksa bersama dengan cermin mata dan kedua, sakit bahu. Aduhai...hanya Allah yang tahu. Saya tidak tahu untuk duduk dalam keadaan macam mana.

Jom, saya nak kongsi satu artikel tentang masalah sakit bahu ni. Ianya bukan sakit biasa.. Perlukan perhatian yang serius pada peringkat awal.. Di ambil di sini.

SINDROM bahu lenguh (shoulder impingement syndrome) sebenarnya masalah yang dialami kebanyakan orang. Bagaimanapun, kegagalan menerangkannya kepada doktor secara tepat menyebabkan sindrom itu diklasifikasikan sebagai sakit urat atau sakit tengkuk.

Sindrom berkenaan membabitkan tengkuk dan bahu. Kadangkala kesakitan itu merebak ke dada atau bagi perempuan atas payu dara.

Memahami sindrom bahu lenguh harus bermula dengan mengetahui anatomi bahu. Bahu seperti cawan dan piring. Cawan merujuk pada sendi yang bertindak seakan bola pada bahu (head of humerus) dan piringnya pula adalah tulang belikat (shoulder blade).

Tendon daripada empat otot yang melindungi head of humerus membentuk rotator cuff dan berfungsi untuk menstabilkan bahu. Serat dalam rotator cuff boleh membengkok mengikut posisi bahu.

Sindrom bahu lenguh terjadi kerana tekanan pada tendon di rotator cuff yang berada di antara tulang belikat dan head of humerus. Ia boleh menjadi radang yang kronik dan menyebabkan kelemahan tendon.

Konsultan Ortopedik dan Pembedahan Kecederaan Sukan, Kol (B) Dr Azmi Abdul Latif dari Hospital Pusrawi Sdn Bhd, berkata bahu lenguh adalah satu daripada masalah biasa di kalangan orang dewasa.

“Walaupun begitu ramai orang tidak tahu malah mungkin ada doktor juga tidak tahu. Selalunya pesakit akan memberitahu doktor dia sakit tulang belikat atau sakit urat. Mereka tidak tahu pun masalah itu sebenarnya merujuk pada sindrom bahu lenguh,” katanya.

Dr Azmi berkata, sindrom bahu lenguh menyebabkan bahu tidak stabil. Kestabilan bahu banyak bergantung pada rotator cuff. Selain itu, sindrom bahu lenguh juga boleh menjadi punca tendon rotator cuff terkoyak dan mudah tercedera.

“Apabila otot tidak kuat dan tidak seimbang, bahu akan terjatuh (displaced) sama ada ke depan atau ke bawah menyebabkan ia menekan atas saraf dan terasa lenguh,” katanya.

Bahu yang tidak seimbang akan kelihatan senget. Ketika ini anda sepatutnya sudah tahu, masalah sebenar bukanlah sekadar sakit urat.

“Perlu diketahui, sindrom bahu lenguh lebih berisiko pada perempuan kerana kebanyakan wanita tidak duduk dengan posisi yang betul,” katanya.

Selain wanita, golongan yang berisiko diserang sindrom bahu lenguh adalah mereka yang banyak menggunakan pergerakan tangan, atlit (pemain badminton, tenis) dan mereka yang suka tidur mengiring.

“Mereka yang bekerja secara berterusan dengan komputer juga antara yang berisiko. Aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang banyak seperti pemain tenis atau badminton.

Simptom

Kebiasaannya, simptom awal tidak disedari kerana ia tidak begitu menyakitkan. Pada peringkat ini kebanyakan pesakit tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, akan mula terasa sakit pada bahu sama ada ketika menggunakan komputer atau ketika berehat. Kesakitan itu datang dari atas bahu dan menular ke lengan. Anda juga akan menyedari kesakitan akan menyerang apabila cuba mencapai atau mengangkat barang.

Bagi seorang pemain tenis, dia akan mula menyedari kesakitan itu apabila cuba memukul bola.
Sindrom bahu lenguh selalunya menyebabkan bengkak pada bahu. Kadang kala ia sakit dan terasa tegang apabila anda cuba untuk meluruskan bahu. Kesakitan juga akan dirasai apabila menurunkan tangan ke posisi tertentu.

Apabila masalah itu makin bertambah, kesakitan itu akan menyerang juga pada waktu malam. Malah anda akan hilang kekuatan dan tidak boleh bergerak. Anda juga mungkin sukar membawa tangan ke belakang selain sukar mengenakan butang dan zip pakaian.

“Mungkin sesetengah orang akan mendapat khidmat tukang urut. Selalunya urutan berkesan untuk beberapa minggu dan masalah ini akan kembali menyerang,” katanya.

Rawatan

Rawatan awal sindrom bahu lenguh bersifat konservatif. Doktor akan mencadangkan anda berehat. Senaman regangan mungkin diajar bagi memperbaiki jangkauan pergerakan anda.

Jika rawatan konservatif tidak berkesan selepas enam hingga 12 bulan rawatan, pembedahan menjadi pilihan. Pembedahan selalunya sama ada arthroscopy atau pembedahan terbuka atau kombinasi antara kedua-duanya. Kedua-dua jenis pembedahan ini boleh memperbaiki kerosakan dan melegakan tekanan tendon.

FAKTA:
Bahu terdiri daripada empat sendi yang berkerja secara bersama

Sendi glenohumeral yang menghubungkan tulang panjang di bahagian lengan atas humerus dengan tulang belikat.

Sendi acromioclavicular (AC) yang menghubungkan tulang belikat dengan tulang selangka (collarbone). Ia bertindak memberi kestabilan kepada bahu

Sendi sternoclavicular yang menghubungkan tulang selangka dengan tulang dada. Sendi ini sangat penting kerana ia adalah satu-satunya yang menghubungkan tulang bahu dengan tubuh.

Sendi scapulothoracic secara tekniknya ia bukan sendi kerana ia tidak menghubungkan mana-mana tulang.

Thursday, May 19, 2011

DADDY'S BIRTHDAY


I find myself wondering...

Did I give you your due..

For all that you've done for me

Did I ever thank you?


For all of my childhood memories

For helping me deal with life's stresses

For helping me accept my defeats

And celebrate my successes?


Or for teaching me the value of hard work,

Good judgement, courage, and being true

The laughter, smiles, and quiet times we've shared

Did I ever thank you?


If I have forgotten, I'm thanking you now

You taught me right from wrong....

I hope you know how much you're loved and appreciated

I hope you, instinctively, knew it all along.


Thank you Dad...

for listening and caring,

for giving and sharing,

but, especially, for just being you!

 
I’m soooo happy you’re my Dad

And soooo I want to say

I love you, Dad, and wish you

A sooo very best birthday


Happy Birthday, Dad



* Source: Daddy Poem (mixed)
* Picture: weheartit.com


~ Abah touching bila sy menjadi wakil adk2 beri kad padanya..time wish tu mata saya pejam2 sebab ngntok...hahahaha..lucu je

Wednesday, May 18, 2011

SELF DEVELOPMENT QUOTES

{From weheartit.com}

Collect as precious pearls the words of the wise and virtuous.
[Abd-el-Kadar]

If we do not plant knowledge when young, it will give us no shade when we are old.
[Lord Chesterfield]

If you have an hour, will you not improve that hour, instead of idling it away?
[Lord Chesterfield]

Follow your honest convictions, and stay strong.
[William Thackeray]

He that will not reflect is a ruined man.
[Asian Proverb]

Every day do something that will inch you closer to a better tomorrow.
[Doug Firebaugh]

Be not afraid of growing slowly; be afraid only of standing still.
[Chinese Proverb]
 
The way to gain a good reputation, is to endeavor to be what you desire to appear.
[Socrates]

The fact is, that to do anything in the world worth doing, we must not stand back shivering and thinking of the cold and danger, but jump in and scramble through as well as we can.
[Robert Cushing]
 
Knowing yourself is the beginning of all wisdom.
[Aristotle]
 
We are sometimes as different from ourselves as we are from others.
[Francois de La Rochefoucauld]
 
To conquer oneself is the best and noblest victory; to be vanquished by one's own nature is the worst and most ignoble defeat.
[Plato]
 
Change and growth take place when a person has risked himself and dares to become involved with experimenting with his own life.
[Herbert Otto]

Heed the still small voice that so seldom leads us wrong, and never into folly.
[Marquise du Deffand]

Your real influence is measured by your treatment of yourself.
[A. Bronson Alcott]

Energy and persistence conquer all things.
[Benjamin Franklin]

If we all did the things we are capable of, we would astound ourselves.
[Thomas Edison]

BEACH - TUMBLR

















~ Masa untuk berehat... Tak mahu fikir hal lain.. 
~ Mood nak update dah berkurang...
~ Tq pada wehearit.com untuk semua gambar di atas..

Sunday, May 15, 2011

KAU PENYULUH HIDUPKU

Assalamualaikum w.b.t.

“It should be recognised that the proper status of teachers and due public regard for the profession of teaching are of major importance.” UNESCO (Art. 5 of 1996 Recommendation)



Sedari kecil hanya beliau insan yang kulihat indah dipandangan mata. Tidak jemu menatang diriku sebagai permata dan penawar yang bernilai. Walaupun acapkali diri ini banyak menimbulkan masalah, namun beliau tetap sabar. Aku mendapat didikan yang sangat sempurna darinya. Itulah Ummi, ibuku sendiri.

Bila usia bertambah ke 5 tahun, semakin ramai insan pendidik yang aku kenal. Mualimah Rohani dan Mualimah Zuraini, insan yang tidak jemu berjasa pada diri ini. Aku pernah ingat, aku sakit teruk (tak pasti asma atau apa) tapi dua insan ini tetap baik melayani aku dan adikku, Angah.

Bila masuk sekolah rendah, bertambah ramai ilmuan yang sudi memberikan ilmunya kepadaku (ada 3 sekolah yang berlainan). Maaflah ada antara guru, ustaz dan ustazah yang aku tak ingat nama cuma ingat muka. Maaf sangat. Tapi jasamu tetap ku kenang dan ingat dalam hati. Aku bukan pelajar nakal tapi tetap bikin serabut dikepala guru. Hehehehehe.. Biasalah bila tak buat kerja sekolah sebab terlupa, tipu pun ada juga.. Adoi.. Jangan buat contoh ye..



Menginjak usia remaja, sekolah menengah pun macam tu. Banyak sekolah yang aku belajar. Ambil PMR sekolah lain, SPM pun kat sekolah lain dan begitu juga dengan STPM.

Tapi aku tak boleh lupa bila seorang ustaz mengatakan aku bodoh kerana aku tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek yang aku ambil. Aku tak sangka beliau sanggup berkata demikian walhal diri ini tidak nakal. Hanya kurang cerdik dalam subjek killer. Sangat sedih apatah lagi beliau berkata di depan sahabat ku yang boleh dikatakan pandai di dalam kelas kami ketika aku di tingkatan 5.

Hatiku sedih dan Ummi ku yang meredakan kesedihan itu. Azamku bulat untuk membuktikannya dan aku masih ingat, aku hanya merenung wajah ustaz itu dan berlalu.

Ketika di tingkatan 6, insan yang percayakan kemampuan diri ini adalah Cik Ida Hairani. Dialah mentor ku ketika itu. Walaupun aku hanya pelajar biasa namun beliau memberikan keyakinan yang aku mampu menjadikan diriku hebat.

Belum kira aku join kelas tuisyen. Guru lain juga yang aku jumpa. Tapi ni memang tak ingat nama dan muka. Apapun tetap aku hargai jasa mereka.

Dah jadi remaja dewasa, peringkat lebih tinggi pula aku daki. Dua universiti diri ini belajar tanpa jemu. Semuanya memberikan kenangan yang tersendiri. Thanks a lot buat Cik Ahda sebab beliaulah yang membuatkan diri ini minat terhadap subjek ekonomi dan aku bersyukur masih lagi ada pendidik yang baik dan boleh dibuat kawan.



Bila di KUIS, banyak perkara aku belajar. Pahit manis masin kelat tawar semua ada. Tersangat sayang buat supervisor thesis ku Pn. Nazifah. Dengan kelembutan yang ada dan sokongan yang terbaik dari beliau dan kedua orang tuaku, itulah detik yang mengembirakan aku. Syukur sangat.

Semakin dewasa semakin mencabar. Hidup ini penuh dengan ilmu dan kita perlu belajar walaupun ianya sekecil kuman. Aku sudah merasai nikmatnya membuat MBA. Semuanya berliku. Aku hargai apa yang aku lalui untuk mendapat MBA aku. Bukan senang budak yang dianggap bodoh suatu ketika dulu untuk merasai anugerah dan peluang yang Allah beri. Aku bersyukur sangat. Namun ia berbaloi kerana ia mampu membuatkan aku ingat siapa aku.

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua para pendidik yang begitu sabar dan tabah mencurahkan ilmu buat bekalan hidupku. Aku tetap ingat jasa kalian. InsyaAllah, jika takdirnya memang begitu, aku pasti mengikut jejak kalian suatu hari nanti. =)

SELAMAT HARI GURU

In teaching you cannot see the fruit of a day's work. It is invisible and remains so, maybe for twenty years. [Jacques Barzun]

I touch the future. I teach.

[Christa McAuliffe]


~ Buat sahabatku Serena, Haris, Aiman, Haez, Faiz, Zul dan ramai lagi, jadikan diri anda contoh terbaik buat bakal pelapis kita kelak. Ditangan anda tergenggam satu amanah yang wajib dilaksanakan sebaiknya.

~ Sempat diri ini bergelar Cikgu, aku gembira memberikan nasihat yang baik buat mereka yang sempat mendengarnya...

Saturday, May 14, 2011

HAMBA-MU

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat beristirehat semua. Pagi ni telinga saya asyik berdendang lagu tema IMAM MUDA - HAMBA-MU. Semangat dan rancak. Maklumlah waktu kerja payah nak dengar lagu dendangan orang Melayu apatah lagi nasyid.

Nak tahu saya dengar lagu apa? Saya pun tak tahu. Tapi sama je setiap hari. Semuanya lagu Cina. Hahahahahahaha.. Kasihan saya... If ada lagu lain pun bila handphone saya berdering, baru keluar lagu Maher Zain.

Memang mencabar bila hidup bersama dengan kawan sekerja berbangsa lain. Kebetulan waktu rehat yang saya pilih pukul 1 petang hingga 2 petang (mudah nak solat & saya selalu bawa bekal dari rumah) dan baru saya sedar, saya still seorang berbangsa Melayu yang makan di pantry yang disediakan. Most kawan Malay yang lain rehat pukul 12 tengahari hingga 1 petang dan biasanya mereka makan di luar. Tapi syukur Allah tetap bersama saya. If kita pandai bawa diri, mereka pun respek diri kita. Betul tak?

Tak mengapalah.. Jom layan lagu yang saya suka ni...

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


~ Sesuai dengan mood saya sekarang ini. Alhamdulillah, saya tetap syukur dengan apa yang saya ada dan redha dengan apa yang telah saya lalui. Tetap berdoa padaNYA agar hari yang mendatang sentiasa dapat dilalui dengan baik, tenang dan sabar... Ameen

Thursday, May 12, 2011

KITAR MAKANAN TONG SAMPAH

Assalamualaikum w.b.t

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor berjaya membongkar kegiatan pihak tertentu menjual semula produk makanan dan barangan keperluan harian yang sudah luput tarikh kepada peniaga runcit sekitar Lembah Klang khususnya di Gombak.
Kegiatan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan berjaya ditumpaskan dalam serbuan KPDNKK Selangor, malam kelmarin.


Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, sebuah banglo di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak, di sini didapati menjalankan kegiatan menjual barangan runcit secara pukal yang sudah tamat tempoh.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, hasil risikan pihaknya berjaya menyerbu masuk premis berkenaan bersama 10 pegawai dan anggota.


“Hasil siasatan kita mendapati barangan runcit itu dikutip dari beberapa sumber seperti tong sampah, tempat pelupusan sampah, kedai dan kilang.

****************************

Antara berita ringkas yang dipetik di akbar Harian Metro.

Ulasan saya:

Habis je baca berita ni, otak terus berputar teringat satu cerita yang pernah dibaca (tapi tak ingat sama ada dalam blog atau akbar) tentang sekeluarga miskin di China yang mana anak gadisnya menggunakan tuala wanita yang sudah tamat tempoh dan gadis itu telah mengandungkan anak tikus. Lebih kurang macam tulah ceritanya.. Wallahualam..

Saya rasa marah bila ada yang sanggup menipu macam ni. Tak ada kesedaran sivik lansung! Produk yang dikitar seperti yang dimaklumkan adalah susu krimer, susu segar, serbuk minuman, teh, lampain pakai buang, tuala wanita dan ubat gigi.

Sah lah tak ada otak! Fikir untung je tahunya.. Ada juga aiskrim yang dibuat dari bahan yang rosak turut dijual kepada pelajar sekolah. Bayangkanlah......

WAHAI PENGGUNA,
Telitilah segala bahan-bahan yang digunakan dan gunakan rasa was-was anda untuk mengatakan tidak pada bahan atau produk yang ingin dibeli jika terdapat sebarang kemusykilan yang ketara.

WAHAI PENJUAL (DAN YANG SEUMPAMANYA),
Tanggungjawab sebagai pengusaha bukan mudah.. Jika anda serius untuk menceburi keusahawanan, langkah yang baik dan bertanggungjawab perlu diambil. Jika hak pengguna, anda beratkan, hak anda juga akan terbela.. Fikirkan risiko yang bakal terjadi... Biar sedikit tetapi berkat...

~ Jika tak elok tu, buang je...nanti bawa mudarat pada diri..

Wednesday, May 11, 2011

CUCI MATA

....... walaupun saya mengantuk......
tapi saya tetap degil buka blog...rindu..
saya suka ini.....
[damai & tenang]
[damai pagi...bebas rasanya]
[bila agaknya kesegaran itu menyapa?]
[teringat ketika di Langkawi dulu]


[asyik dongak je, lupa kat bawah yang unik..]

[dimanakah temanku yang lain???]

[huhuhuhu]

[meletus...apakah kita sedar?]
[macam payah je nak jumpa bunga macam ni melainkan ketika joging pagi]
[hai...perbezaan itu pasti ada..]
[tik tok tik tok..view ni macam unik kan?]
[silent tunder....]
[siapa hebat sila teka tempat di atas]
[putih suci je kan? cute]
[La ni...saya jarang dapat gelak...saya rindu saat itu...]
[jumpa lagi....tata]
** tak sabar tunggu sabtu & ahad... letih rasanya ngadap komputer...mata rasa tak sihat...tengkuk sakit...but tq to my HOD, thanks to be good leader...
** amik gambar dari weheartit.com

Tuesday, May 10, 2011

ONLY YOU

Only You
A person can make you feel high,
A person can make you feel low.
But only you can decide,
Which way you want to go.

A person can hurt you mentally,
A person can hurt you physically.
But only you can place,
A limit on your abilities.

A person can cause drama,
A person can cause a situation.
But only you can create,
Your own reputation.

A person can make you laugh,
A person can make you cry.
But only you can make,
Decisions for your life.

I guess what I'm trying to say,
That when you're living day to day.
Don't live by what people do,
But live by what you know is true.


Taken from: Inspirational Poems

~ i'm getting down. but sometimes my mind want me to find something into myself..we never no anything until we learn something to be somebody.also thanks to my mom... -_-

Sunday, May 8, 2011

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

Assalamualaikum w.b.t.

Secara tepat saya tidak tahu bila hari ibu. Ada yang kata hari ini, semalam atau semalamnya lagi. Tapi adik saya yang bongsu kata hari ini. Dia pun dah wish kat Ummi. Cuma saya wish terlebih awal, iaitu pada hari Jumaat. Lain pula adik saya yang numbur empat, dia kata setiap hari adalah hari Ibu. Dia kata jangan sambut sangat... Fahamlah ye apa mkasudnya.. So, bagi pendapat saya, setiap hari adalah hari Ibu.

Ucapan sayang pada Ummi setiap hari boleh dilakukan. Jika ada masa dan duit lebih, saya atau adik-adik akan belanja Ummi atau belikan barang yang Ummi suka. Tak banyak pun tak apa. We spend time together and share everything. Nanti mulalah sesi keluar air mata. Ummi cepat tersentuh hati..hukhukhuk

Yang saya paling suka bila tengok Ummi kalut menjawab panggilan dari anak-anak Ummi yang berada jauh darinya. Adik-adik saya lah tu.. Nanti ayat yang pasti keluar dari mulut Ummi adalah, "Mummy very busy. Career woman not kueh keria".. Lucu sangat.. Memang bantai gelak bila tengok gelagat Mummy (sebenarnya banyak nama timangan untuk Ummi kami ni..)

Kadang tersentuh hati saya sebab adik-adik saya masih lagi setia menelefon Ummi. Syukur alhamdulillah. Maksudnya apa tu? Ummi sumber inspirasi. Angah memang jarang nak balik sebab tuntutan kerjanya namun dia memang rajin call Ummi. Katanya rindu. Lagipun Angah ingin berbincang tentang pertunangannya.

Macam Acik pula, baru-baru ni dia mengalami kemalangan, dan memang dari dulu lagi jika ada apa-apa pasti Ummi yang dicari dan baru Abah. Luahan rasa dari Acik dengan sabar Ummi dengar. Tak putus-putus kata-kata semangat Ummi beri untuk Acik. Sebabnya Acik ada ujian percubaan kedua.

Untuk Uda yang berada jauh di selatan tanah air, adik saya yang seorang ini memang lain tingkahnya. Tough! Tak Ummi call Uda atau Uda call Ummi. Macam-macam yang Ummi ambil beratkan. Lagipun Uda tengah praktikal..

Itulah serba ringkas jika adik-adik saya yang berada jauh dari Ummi. Tapi bagi saya yang ada di rumah ni sebab saya masih tinggal bersama dengan Ummi, perngorbanan Ummi sangat-sangat tidak terbalas. Teman terbaiklah senang cakap!

Semua harapkan Ummi maksudnya balik rumah je cari Ummi untuk kongsi segala cerita. Bukan saya je tapi adik-adik yang kat rumah ni pun macam tu. Mummy dengan sabar mendengar. Pe'el kami ni macam-macam jenis. Ada yang ke laut, ada yang ke utara namun tetap berjaya Ummi satukan. We all pun sabar melayan lawak, kesedihan dan derita Ummi tapi mungkin tidak setanding Ummi bersama kami. Ummi memang terbaik!

Moga saya dan adik-adik mampu menjaga Ummi dan Abah hingga akhir hayat. InsyaAllah..Ameen

Moga segala jasa Ummi terhadap kami semua sedari kecil hingga dewasa ini mendapat balasan dan  rahmat dari Allah s.w.t. Moga kesihatan Ummi baik untuk mengerjakan haji nanti.. Ameen.

~ Semalam sempat bawa Ummi makan pizza berbentuk hati..

Friday, May 6, 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

** Saya setuju tentang ini.. Curi juga masa untuk kita bersama dengan Allah sebagai sesi terapi jiwa

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

** Salah satu tanda kita adalah hamba..tetap merendah diri. InsyaAllah jika kita kerap beristighfar, kita akan mendapat apa yang dihajati..

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

** Manusia memang tak lepas dari buat silap.. Yang pasti kita sedar akan kesilapan kita. Akuinya..

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

** Hidup matiku kerana Allah..

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

** Hebat manapun kita, jangan dilupa orang yang melahirkan, membesarkan dan memberikan segalanya buat kita..Love u Ummi & Abah.

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

** Jika kita memudahkan orang, insyaAllah rezeki kita tidak akan putus..

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

** Sama seperti di atas.. Cuma yang saya nak tambah jika seseorang itu teringinkan sesuatu (kadang tanda terakhir sebelum hayatnya), penuhilah hajatnya..

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

** Memang terbukti tapi yang penting kita kena sabar..

09. Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

** Orang buat baik, kita buat baik tapi orang buat jahat cuba kita doakan dia jadi baik..

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

** Sangat setuju... Fresh.. Saya memang hairan nape masih ada yang sanggup sambung tidur..

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

** Hidup untuk memberi tidak hanya menerima..

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

** Amalan yang baik ni..masa belajar dulu rajin juga buat..

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

** Solat sunat yang paling saya gemari

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

* Sama sperti di atas..

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

** Walaupun rezeki sedikit sekalipun pada hari itu, tetaplah juga besyukur..

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

* Setiap surah & doa kelebihan dan kegunaanyanya.. Pohonlah hajat kita..

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

** Doa adalah senjata ampuh untuk membuka langkah seterusnya..
19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

** Biar dengan usaha kita sendiri baru kita rasai nikmat hasil usaha kita.. Orang kata biar titisan darah terakhir..

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com

Monday, May 2, 2011

CAKE + ICE CREAM

CAKES







ICE CREAM







* Makanan yang saya suka makan jika teringin.. Sempat bedal ice cream keladi and vanila tadi. Tq Abah. Tapi batuk oooo
* Saya giler dengan cheese+pasta..aroma tu sedap! Nyam2
* Lately picture banyak dari wehearit.com. Tq.
* Teringin nak pegi ice room and pasta mania again.. Ada sudi teman? Oh..maybe saya bawa Ummi and my adik.. ^_^
* Sebelum tu pastikan tahap halal yang tinggi untuk makanan anda...
* Esok kerja la... Tata..