Thursday, May 26, 2011

KEK LAPIS SARAWAK & IKAN TERUBUK MASIN

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, hari ini lebih baik dari semalam. Moga ia sentiasa berterusan menjanjikan yang terbaik. Tapi mood saya jadi tak best bila terbaca isu dalam akbar tentang seorang lelaki yang ingin menukar jantinanya menjadi perempuan. Mengucap panjang saya. Nauzubillah...Fikirlah baik-baik.. Allah sudah beri yang terbaik buat kita..

Ok tak mahu bicara lebih, jom alih sekejap je pada bab makanan yang cukup terkenal di Sarawak. Yup! Enak, sedap & lazat. Tiada ungkapan lain yang lebih sesuai buat penggemar kek lapis dan ikan terubuk masin.

Nak dijadikan cerita, Abah saya baru-baru ini berkunjung ke negeri bumi kenyalang, Sarawak. Abah pergi atas urusan kerja. Rasanya tiada gambarlah yang saya nak share. Cuma apa yang saya nak beritahu, Abah memang rajin beli makanan untuk dibawa balik ke rumah. Biasanya jumlah makanan yang dibeli oleh Abah memang banyak. Maklumlah isi rumah kami ni ramai terutamanya jika musim cuti.

Dengan bungkusan yang kelihatan seperti beg untuk kek lapis Sarawak dan ikan terubuk masin, membuatkan ia mudah di bawa terutamanya menaiki kapal terbang. Serius banyak. Kek lapis dalam 8 kotak yang mana namanya adalah Mady Belang, Lemon Cheese, Lapis India, Masam Manis dan Sisik Ikan. Manakala untuk ikan terubuk, Abah beli 8 ekor yang segar dari laut. Kata Abah, orang tu siap je siang  ikan terus masuk dalam karung garam. Abah beli juga coklat dari sana.


Bagi diri saya, nak suka beria sangat makan kek lapis atau ikan terubuk ni tak adalah sangat. Jika ada, saya makan je. Jenis tak banyak karenah. Tapi bila betul-betul saya menikmati kedua makanan ini, ia membuatkan tekak saya menjadi sangat suka. Best!!!

Semalam, sempat saya potong 3 jenis kek iaitu Masam Manis (warna hijau kuning dan coklat), Lapis India (tengah-adunan tu ada coklat) dan Sisik Ikan (saya kurang pasti bahannya tapi ada rasa masam sikit) untuk dijamu kepada kawan-kawan pejabat. Saya sediakan dua bekal kek, untuk tingkat bawah dan tingkat atas.

Rata-ratanya suka dan memuji dengan kek lapis yang dibawa. Namun ikut tekak masing-masinglah. Alhamdulillah habis. Saya nak semua merasa. Bukan apa, walaupun saya duduk di tingakt atas, dan majoriti kawan yang di atas adalah Cina tapi mereka tetap pelawa saya makan bersama. Stop! Jangan fikir bukan-bukan ye.. Maksud saya pelawa makan makanan halal macam biskut atau air. Biskut tu pun biasa juga saya makan di rumah. Air pun apa yang tersedia di pantry (psssttt; saya ni memang tak gemar sangat nak minum kopi, teh, milo atau apa saje. Jangan tak tahu saya setiap hari bawa bekal air masak yang penuh dalam satu botol).

Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa. Saya tak mahulah belajar tinggi dan kerja hebat tapi sombong pula. Semua dari kita adalah sama. Jadi saya bawa tu supaya sama merasa. Hati saya pun tumpang gembira. =)

Dan yang paling tak sangka ada yang ingat saya jadi agen jual kek lapis. Hehehe.. Tapi good idea tu.. Raya pun nak dekat ni.. Ada yang kata pandai Abah saya pilih.. Macam-macamlah.. Ada juga yang ingat saya buat sendiri kek lapis tu.. Ish..saya tak sabarlah.. Mudah je saya jawap..Susah lah nak buat. Betulkan???

Tang ikan terubuk masin pula, pergggghhhhhhh... Layan! Sedap sangat. Lagi-lagi Ummi masak. Makan tambah dua kali tadi. Hahahaha. Macam mana nak kurus nih?!

Anyway, inilah makanan tradisi negara kita. Perlu ada yang memperkenalkannya ke mata dunia. Memaang berbaloi..

~ Gambar ihsan google..

* Jalan-jalan luas pemandangan.. Den tak sabau nak bercuti hujung minggu ni...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum admin..saja nak share jugak..mak saya juga ada beli kek lapis dari Sarawak minggu lepas. Ternyata ada beberapa dari perasa2 yang saya suka. Dan yang paling famous kek lapis nama "MARIA"..memang the best among the best lah. Malangnya mak saya beli 2pcs saja. Sangat sedap sampai makan tak ingat dunia! Katanya orang Sarawak yang suggest kek "MARIA" ni. Perisa lain2 pula dibeli dari kedai kek lapis bernama DAYANG SALHAH yang juga boleh diorder dari laman web dia. Terubuk masin juga ada beli..tapi tu saya tak pernah try la sebab tak makan ikan..hehe. Sekian, wassalam =) (anis dari kelantan)

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam anis..

thanks ye komen.berbesar hati sungguh sy.perkongsian yg menarik..abah sy beli dekat faezah...ye?cam nak try kek lapis maria tu ye..tp my sis kata dia suka mkn coklat cheese..aik?xmakan ikan ke?cam adik sy lah..

anyway, thanks ya! =)