Wednesday, August 31, 2011

AKU RELA BAJUKU BERTAMPAL-TAMPAL DARI MENDERHAKAIMU

Assalamualaikum w.b.t.

[Hari Raya & Merdeka: Google]

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. Alhamdulillah sebagai warganegara Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dengan segala kemewahan yang kita perolehi disamping keamanan yang tiada tolok tandingnya. Saya merasa sedih melihat rakyat Somalia yang tidak cukup makan dan tiada keperluan untuk meraikan lebaran. Insaf.

Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal).

Di antara mereka mengatakan : "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!" Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut :

"Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya."

Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah.

Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya.

Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya.

Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.

Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini.

Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan.

Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,

"Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam."

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis, "Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?" Tanya anaknya.

Umar menjawab: "Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu."

Kemudian anaknya berkata: "Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku".

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Kesimpulannya, inilah contoh didikan yang terbaik dari anak Khalifah Saidina Umar al-Khattab, yang tidak mengharap sesuatu pun dari kedua ibu bapanya kecuali keredhaanya.

Adakah wujud anak-anak sebegini di zaman ini? Mungkin 1/1000000 agaknya. Pengajaran lain yang dapat diambil, adakah pemimpin seperti ini wujud pada zaman sekarang? Fikir-fikirkanlah...

Sumber: iluvislam.com

p/s: Jika terdapat rezeki lebih, hulurkan pada yang memerlukan. Bila ada baju yang lebih cantik, jika tidak mahu, dermalah kepada insan yang kurang berkemampuan.

Monday, August 29, 2011

LAU KANA BAINANA

Assalamualaikum w.b.t.


Ketika jam 5.30 pagi tadi, sempat saya menonton rancangan di channel 114 (Al-Hijrah). Subhanallah.. Memang sangat menarik sebab ia berkaitan perkongsian ilmu. Moga rahmat Allah mengelilingi hidup kami sekeluarga. Amin.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi rancangan realiti tv yang sangat menarik & berguna untuk meningkatkan kesedaran sahabat semua dalam mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti tajuk di atas, Lau Kana Bainana merupakan rancangan yang bertujuan mendapat respond orang ramai terhadap sesuatu perkara, sikap, tingkah laku & amalan yang patut dicontohi dari Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam episod yang saya lihat sebentar tadi, satu situasi diberikan iaitu memberi salam ketika menaiki teksi. Ini memang telah dirancang di mana teksi tersebut telah dipasang kamera tertutup untuk melihat reaksi orang awam ketika menaiki teksi.

Kebetulan di pertengahan jalan, seorang yang boleh diibaratkan sebagai orang JPJ atau polis menyuruh teksi tersebut berhenti. Soalan ditanya adalah "Adakah penumpang encik memberikan salam??"

Mesti kita tak sangkakan..

Ada seorang penumpang berkata, "Ya, saya beri salam."

Tayangan rakaman ditujukkan tapi tiada tanda beliau memberi salam. Hah, kan dah kantoi..

Terpaksa dia bayar saman berjumlah 50 pounds jika tidak silap saya..

Daripada hasil tersebut hanya 2orang penumpang memberi salam daripada 5 penumpang yang ada. Penumpang yang beri salam tadi tu merupakan orang yang agak berusia dan sewaktu ingin memasuki teksi terdengar beliau membaca bismillah diikuti lafaz "Assalamualaikum"

Alhamdulillah..beliau menujukkan sikap yang baik kepada kita dan tanpa dia sedari. Mungkin ini inilah amalan & makanan hariannya. Adakah kita bersikap sebegitu??

Diri ini teringat ketika berada dibangku sekolah, bukan untuk membangga diri tapi alhamdulillah kerana terdidik untuk memberi salam kepada ustazah, ustaz, cikgu malahan tukang sapu atau tukang kebun. Jika berjumpa orang lain yang tidak dikenali, masih lagi lafaz salam meniti dibibir. Namun kini, sikap ini semakin kurang melainkan berjumpa rakan-rakan (waktu berjumpa dengan insan lain agak terhad). Mana silapnya saya?? Kurang bergaulkah saya?

Selain itu, ditunjukkan juga situasi menepati masa ketika memasuki kuliah di dalam rancangan kontemporari ini. Majoriti dari pelajar tersebut datang lewat ke kelas walhal kelas bermula pukul 9.00 pagi. Terdapat seorang pelajar wanita yang paling lewat (pada pandangan saya) dengan alasan bersarapan. Pukul 9.45 pagi baru masuk kelas. Bayangkan.. Mereka yang lewat diambil fotonya dan dikenakan saman!

Hos rancangan tersebut bertanya, "Adakah Rasulullah akan melengahkan masa? Bagaimana baginda menjaga masanya??"

Wanita terbabit menjawab, "Rasulullah sentiasa menjaganya & baginda tidak pernah lewat"

Terdapat juga pandangan dari seorang pelajar lekaki di mana beliau berkata, "Sesebuah negara akan maju jika masyarakatnya dapat menjaga & menepati masa dengan sebaiknya dan begitu sebaliknya jika kerana tidak menjaga masa, sesebuah negara itu akan mundur & tidak berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan" (ada ayat yang saya tambah sendiri)..

Allah.. Adakah kita terfikir sebegitu??? Adakah kita mencontohi akhlak baginda???

Saya mengaku saya pernah tidak datang tepat pada masanya tetapi bersebab dan saya akan maklumkan awal kepada pensyarah terlebih dahulu. Saya message ataupun telefon pensyarah yang mengajar ketika itu. Begitu juga ketika bertemu rakan kerana terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan walhal saya sudah bersiap awal. Permohonan maaf tidak terlepas dari saya jika terlewat.

Begitu juga ketika zaman persekolahan dulu. Saya tidak pernah tuang kelas tanpa sebab. Setiap pagi saya bersiap awal namun kerana menunggu bas, saya lewat dan adakalanya terpaksa Ummi hantar sebab bas sudah penuh. Tension bila ingat kembali.

Sebab saya pernah didenda walhal saya sudah menunggu awal. Biasalah, siapa yang pernah merasa menunggu bas awal pasti merasakan apa yang saya rasa. Lepas subuh saya bergeas menunggu bas. Sakit hati kadang sampai bergaduh dengan Ketua Pelajar sendiri. Saya merupakan seorang pengawas & hati terasa panas apabila waktu perhimpunan tiba, sang ketua bercakap ikut sedap mulut kerana majoriti pelajar dari kawasan saya belum sampai lagi. Lengang!

Actually saya tiba sedkit awal kerana Ummi yang menghantar saya setelah saya menelefon di pondok telefon. Jenuh menunggu jadi terpaksa menyusahkan Ummi ketika itu. So, logik rasanya saya marah Ketua Pelajar sendiri kan? Saya juga telah menghantar surat kepada pihak bas tersebut supaya menyediakan bas yang banyak pada waktu kemuncak. Hah, itulah penangan saya..

Kerana menepati masa juga, saya pernah menangis ketika di semester 4 degree gara-gara pensyarah tidak mengizinkan saya masuk. Pilu hati saya kerana saya memang berhajat menuntut ilmu (subjek ekonomi).

Pada hari tersebut kelas agak penuh sebelumnya dan mujur saya sempat mencuri masa bersolat Asar di masjid. Rata-rata kami semua bergegas untuk solat. Tapi kami sudahpun meletakkan beg di dalam kelas tersebut menandakan kami semua ada (pensyarah tak masuk lagi.)

Namun selepas solat kerana tidak tahan, saya ingin melepaskan hajat & rakan baik turut mempunyai niat yang sama. Dan kemudian kami menuju ke kelas.

Hah! Pintu tertutup & berkunci.. Saya bercakap dengan puan pensyarah dan ntah bagaimana, air mata mengalir sebab pensyarah suruh balik. huhuhuhu..sedih oi.. Puas saya mohon maaf tapi kawan saya tu dah balik dah.. Dia malu!! Tapi tidak saya.. Akhirnya puan izinkan masuk sebab ini pertama kali terjadi dalam hidup saya ketika itu. Ada juga yang tergelak kecil tapi saya tahu apa yang saya buat dan saya rasakan saat itu. Bukan dibuat-buat!

Rupanya saya bernasib kurang baik disebabkan tindakan orang lain. Puan ni baik & lembut tapi ada yang pijak kepala beliau dengan datang lewat serta suka hati keluar masuk pergi pasar (hari selasa terdapat pasar di kawasan kolej kami). Bila keputusan pertama kali beliau mengunci pintu, saya pula insan pertama yang pertama kali terlewat & terkena kerana tidak sengaja tadi..huhuhu..

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti saya??

p/s: Silalah menonton Lau Kana Bainana untuk meningkatkan rasa kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sertakan download lagu tema tersebut di sini dalam bahasa arab. Sangat sedap di telinga =)

Sunday, August 28, 2011

SHOPPING DI PASAR BASAH

Assalamualaikum w.b.t.

Pelik tak tajuk atas ni? Selalunya orang buat tajuk entri shopping kat pusat beli belah hebat & mewah tapi saya lain pula stylenya..Biar jelah kan..

Rumah kami kembali meriah & riuh rendah. Maklumlah semua dah kumpul. Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma Angah akan balik pada malam raya sebab tuntutan kerjanya begitu. Angah tak dapat cuti sebenarnya. Itupun dia dah rasa sedih sebab first time jauh di tempat orang. So, dia tetap curi masa at least takbir raya tu dia ada dan nak tengok muka Ummi, Abah & adik-adik serta merasa air tangan Ummi & saya. Kami memang rapat!

Bila semua dah ada ni, masing-masing ada tugasan yang telah diberikan. Mana yang tak sempat nak bersihkan apa yang patut aritu, semua dah selesai bila adik-adik lelaki ada. Tu yang bertuah sebab we all ramai ni ramai lelaki dalam rumah. Sejuk perut Ummi mengandung. =)

Actually, pagi tadi saya terbangun awal walaupun tidur lewat. Malam tadi penat mengecat tingkap. Gigih lagi saya sampai dapat pujian Abah. Ni bukan bilik saya tapi bilik adik. Klantang keluntung di dapur seorang diri sebab nak buat sarapan bersahur. Walapun tiada bahan, bantai je saya masuk apa yang ada.

Nak ceritanya di sini, masa sahur tu kami dah dapat tugasan baru. Lepas subuh je, saya, Ummi, Utih & Soleh perlu bersiap ke pasar basah. Pasar ni lebih kurang 7km dari rumah kami. Banyak pilihan dekat pasar ni. Boleh dikatakan semua keperluan untuk memasak ada saja termasuk hasil kampung. Majoriti penjualnya pula terdiri daraipada orang Melayu sekitar Banting. Berbanding pasar yang terdapat di tempat saya ni, tak banyak pilihan sangat walaupun semuanya segar.

Bila musim perayaan ni, sudah pasti tempat menjual ayam, daging & santan menajadi pilihan para pengunjung. Sebab tulah kami membeli awal takut-takut dapat yang tak fresh & bekalan habis. Lalipun nak elak sesak sebab ramai sangat kat pasar ni. Tak dinafikan, memang ramai & silih berganti sebab pasar ni tumpuan utama.

Saya ditugaskan untuk membeli ayam, Utih pula diminta membeli daging & Soleh perlu beratur untuk mendapatkan santan kelapa. Tak silap saya, Ummi temankan Utih.

Masa nak cari parking kereta, ternampaklah payung-payung besar orang  perseorang menjual ayam hasil mereka. Ramai juga. Kebetulan hujan renyai-renyai. Saya terus lari ke penjuru bangunan untuk ke tempat ayam yang biasa dibeli oleh kami sekeluarga. Orang ni sembelih ayam depan-depan tu biasanya. So, kita boleh nampak apa yang mereka buat.

Sebut pasal ayam  ni, sebenarnya kita perlu tahu adakah mereka menyembelih mengikut hukum syarak atau tidak. Itu hak kita. Tapi insyaAllah, semuanya orang Islam, jadinya tiada masalah tentang keraguan yang mungkinr terbit dihati..

Satu lagi, saya tiada masalah bila nak tunggu kat tempat ayam ni tapi biasalah, aroma ayam tu tetap ada. Cuma ketika saya lepas SPM & STPM dulu, saya tak boleh ke tempat ayam disebabkan pernah pekerja di stesyen minyak sebagai pump attendant dan perlu mengisi minyak untuk lori ayam. Fobia beb!! Hahahaha.. Faham-fahamlah ye maksud saya..

"Ayam kampung 4 ekor & ayam biasa (daging) 2 ekor. Potong-ptong ye", maklum saya kepada pemilik gerai. Kelihatan ramai juga remaja yang bekerja sementara. Rajin mereka cari duit poket. Hati saya terdetik, pukul berapa ye mereka memulakan operasi. Subuh ke tak?? Tapi saya tetap bersangka baik. InsyaAllah.

Dari saya kecil lagi, seingat saya, Abah memang gemar makan ayam kampung. Lagipun ayam kampung ni lebih baik dari ayam daging. Apatah lagi Abah dibesarkan dengan cara kampung. So, setiap kali pergi pasar basah, ayam kampung menjadi pilihan selain ayam pencen (tak mengeluarkan telur) atau ayam hutan.

Memang untung tauke ayam ni. Harga yang saya bayar untuk 4 ekor ayam kampung berjumlah RM 77.50 manakala untuk ayam biasa berjumlah RM 23.30 untuk 2 ekor. Memang untung. Sempat juga saya mendengar ada seorang pelanggan lain meminta 50 ekor ayam daging.. Bayangkan (berniaga kot)..

Tiba-tiba Soleh datang di sebelah saya. Ada 2 kilo santan pekat ditangannya. Gerai jual santan ni tak berapa jauh dari gerai jual ayam. Then Utih pun tiba dengan daging batang pinang ditangannya. So, barang wajib ketika beraya sudah ada. Letak barang dalam kereta dulu.

Next, beli barang-barang keperluan lain. Tiada apa yang menarik pun. Cuma kami ni memang tak buat ketupat melainkan nasi himpit ready made. Saya ni tak pandai nak menganyam (tak pernah cuba pun sebab tiada siapa yang nak ajar).

Okey, itu je yang saya nak kongsikan. Ideapun banyak dah hilang. Patutnya terus update tapi black out pula. Lama pulak tu.. Mujur dalam 4.30 petang baru semuanya kembali kepada sediakala.

p/s: Umum tahu pasar malam, pasar basah, shopping complex atau pun bazar Ramadhan menjadi tempat tumpuan orang ramai. Maka terdapat juga makhluk yang tidak dapat kita lihat iaitu iblis & seangkatan dengannya. Betulkan niat anda sebelum pergi ke tempat tersebut sebab biasanya kita mudah tertarik untuk menjadi tumpuan orang atau melihat orang lain dengan pandangan yang luar biasa. Perlulah diingatkan agar membaca bismillah & berdoa agar dijaga pandangan. InsyaAllah dengan melakukan hal tersebut, pahala akan tercatat buat anda (tazkirah) .

Friday, August 26, 2011

DUIT RAYA

Assalamualaikum w.b.t.

Jam berdenting setiap saat. Pantas meninggalkan kita. Alhamdulillah penghulu segala hari kembali lagi. Alhamdulillah juga sebab Andak, Acik & Utih sudah selamat sampai di rumah. Jauh perjalanan adik-adikku ini. Namun, masih lagi menunggu ketibaan adik-adik yang lain.. Moga perjalanan mereka nanti selamat sampai ke rumah Ummi & Abah. Amin.

Sebut pasal duit raya ni, nampaknya niat saya belum tertunai. Maafkan kakak ye wahai adik-adikku. Mungkin bukan rezeki untuk bulan ini. InsyaAllah masanya akan tiba juga jika Allah masih lagi panjangkan usia kita. Sebak pula..ececeh..

Duit raya ni boleh dikatakan sebagai hadiah atau saguhati yang sangat bernilai & paling dinantikan oleh kanak-kanak, pelajar & orang bujang. Bila sebut je Syawal, pasti kita teringat duit raya waktu kanak-kanak dulu. Betul tak? Masa tulah rasa semangat nak teruskan puasa sebab dapat imbuhan dari mak ayah atau saudara mara. Memang rasa tak sabar-sabar kan?

Itulah riang gembiranya erti Syawal ketika itu. Bila dapat duit raya, mulalah tayang & tunjuk dekat orang. Ada juga yang bergaduh kerana duit. Duit kena copet lah.. Itulah sape suruh tayang lagi, kan dah kena amik! Hahahaha..

Seingat saya, mungkin selaku anak sulong, saya tidak berkelakuan seperti itu. Biasanya saya yang kena pantau adik-adik sebab Ummi dah pesan awal-awal bila dapat duit raya dari Abah atau saudara-mara jangan buat perangai tak elok depan orang. Maklumlah ramai, kadang perangai tu macam-macam. Kalau Ummi dapat tahu, pasti kami kena cubit atau paling kurang pun, saya yang cubit adik saya. Hahaha.. Kuasa veto tu..

Bila balik kampung sudah pasti habuan duit raya tu ada sama ada dari adik-adik Abah atau nenek. Kemudian kami semua berserta pakcik-pakcik yang lain berkonvoi ke rumah *Buyot yang memang sangat dikenali oleh orang kampung & adik beradik nenek. Memang meriah. Dapat lagi duit raya. Tapi kami tak terlepas untuk sebut rumah Buyot Loceng (penuh dengan loceng antik & rumahnya tinggi) serta Atok Bunga (penuh dengan pokok bunga kertas). Buyot Loceng ni saudara terdekat kepada Buyot kami. Itulah gelaran yang kami beri ketika kecil dulu bila singgah di rumah mereka.

Buyot Loceng ni rajin buat kerepek belinjau. Mula-mula saya tak berapa gemar maklumlah kanak-kanak lagi tapi sepupu saya asyik minta je bila kami beraya kat rumah Buyot ni, jadi saya jeles. Kerepek ni pahit sikit tapi sedap sangat sebenarnya. Sekarang ni Buyot & Buyot Loceng dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatehah.

[ Buah belinjau ]
[ Kerepek belinjau : kredit Elinluv ]
Berbalik pada cerita duit raya, biasanya tak banyak pun duit raya yang kami kumpulkan tu. Maklumlah orang kampung yang bekerja kampung. Jika rezeki saudara-mara kat kampung ni lebih, banyaklah yang kami dapat. Selalunya harapkan dari pakcik-pakcik kami yang bergaji besar je. Tapi jika kami balik Kedah, duit raya bertambah lah. So, lebih kurang RM 100 lebih. Jika rajin lagi, kami pergilah menapak ke rumah jiran-jiran nenek, kawan-kawan kampung atau kawan-kawan Ummi & Abah. Sangat best ye..

Cerita pasal raya rumah jiran-jiran, waktu tu tanah merah lagi (jalan rumah nenek ni dulu tak glamer dan jarang orang lalu sebab mereka fikir jalan ni dah masuk ke zon kampung sebelah), jadi kami yang memang semangat nak mengumpul duit raya berjalan kaki beramai-ramai. Ada sepupu yang agak cerewat (biasalah kaya, baju pun cumel), dia tak mahu ikut. Tapi kami tak peduli. Misi utama kena teruskan juga..hehehe..

Teringat saya ketika nak pergi sebuah rumah ni, ada lembu besar tengah enak lending sambil meragut rumput. Saya jadi penakut yang amat sangat sebab lembu tu besar (lembu dulu semuanya sihat-sihat belaka cuma yang sekarang ni je macam kurang sihat) dan kebetulan saya pakai baju raya berwarna merah. Dulu kan ada orang penah kata lembu sangat tertarik dengan warna merah. Lagilah cuak jadinya.. Semua adik-adik saya dan sepupu melepasi halangan kecuali saya. Angah patah balik temankan saya bila ada seorang pakcik ni lalu dengan basikalnya.. Lari laju kau..Hahhaha.. Tobat dah!

Actually, banyak nak cerita pasal duit raya ni tapi tak habis nanti.. Kenangan zaman kanak-kanak tu yang paling indah. Masuk sekolah menengah saya masih lagi dapat duit raya tapi biasalah kita malu kan. Sikap kebudak-budakkan tu semakin kurang. Dan masuk IPT, saya masih lagi menerima duit raya pemberian Abah & saudara mara. Lagipun saya belum berkahwin. Cuma tahun ni tak tahu lagi.. =)

Apa yang penting yang saya nak maklumkan di sini adalah adab kita ketika menerima hadiah atau saguhati dari orang yang lebih tua dari kita. Ibu bapa kena tekankan hal sebegini sedari kecil lagi. Seperti mana kata Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, sebelum nak beraya tu atau pada pagi raya tu, Ibu bapa wajib beri taklimat ringkas kepada anak-anak tentang adab ketika menerima duit raya. Ucapkan terima kasih, tidak menunjuk-nunjuk, merendah diri selain hormatkan orang yang lebih berusia.

Secara jujurnya, saya memang kurang gemar apabila terlihat sepupu yang kecil atau kanak-kanak yang bertandang ke rumah menerima duit raya. Berebut-rebut dan paling saya tak gemar bila terdengar,

"Ala seringgit je. Apalah, rumah besar tapi seringgit je bagi. Kedekut! Lepas ni kita tak payah raya lagi.."

Ingat ye, nak cakap apa pun, biar cakap dibelakang orang tersebut atau lagi baik diamkan sahaja dari menambah dosa. Terima saje pemberian tersebut seadanya kerana ia merupakan tanda ikhlasnya insan terbabit yang dia mampu beri kepada kanak-kanak yang bertandang. Sebenarnya ada juga saudara mara yang tidak mahu balik ke kampung disebabkan tidak mampu menyediakan duit raya kerana ia merupakan trend ketika tibanya Aidilfitri apatah lagi memberi duit dalam jumlah yang banyak. Jadi tidak perlulah membebankan mereka dengan memerli atau sebagainya.

Jangan pula kerana matlamat Aidilfitri untuk mengumpul duit raya menyebabkan orang lain terpaksa bermegah-megah ketika beraya dan kelihatan hebat tapi semuanya tipu belaka sebab hutang keliling pinggang. Ibu bapa perlu ingatkan anak-anak supaya menjaga kelakuan ketika bertemu dengan saudara yang kurang kemampuan dan adab berziarah ketika berhari raya atau hari lain sekalipun.apa maknanya beraya di bulan Syawal, matlamatnya & makna berziarah.

Berziarah itu penting terutamanya ketika semua saudara mara berkumpul yang mana mungkin sukar bertemu sebelum ini. Jadi kesempatan di bulan Syawal ini pasti dinantikan setiap insan. Nanti tak adalah yang tak kenal saudara sendiri. Pulanglah walaupun seketika agar silaturrahim tetap terpelihara. inya. Hal ini juga ditekankan oleh Rasulullah s.a.w, seperti yang dipetik dari hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmidhi dan Nasa’i,

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

Terlebih pula sentuh bab berziarah. Sambung balik sikt lagi pasal duit raya tadi, sebaik mungkin dan lebih afdhal bila dapat je duit raya dari siapapun, simpanlah untuk masa depan. Minta mak masukkan duit tu dalam bank supaya lebih terjamin agar tidak dicuri atau dirompak. Jika ada keinginan, belilah apa yang perlu sahaja dan berpada-pada. Lain orang lain jumlah duitnya, jadi pandai-pandailah nak uruskannya.

* Buyot : moyang (dalam bahasa jawa)

~ Rasa puas dapat menabung sendiri & rasa gembira bila teringat saat saya menghafal surah As-Saff sewaktu ketika dulu kerana dari situ saya tahu & faham ertinya persaudaraan.

HADIAH PERSAHABATAN

Assalamualaikum .w.b.t.

Sekadar berkongsi hasil doodle trade & doodle freebies dari blogger lain.. Semua cantik-cantik & ada karektor masing - masing.


[ Dari: Mel Amalina ]

[ Dari: Mrs. Farhan ]


[ Dari: Anis Asniza ]

[ Dari: Feza ]


[ Dari: Jaja ]

[ Dari: merahitujambu ]






[ Dari: Tengku Puteri ]


[ Dari: Aten ]

[ Dari: Cik Cempaka ]

[ Dari: Nurdani


[ Dari: Bunbun ]

Betul tak setiap doodle ni ada seni yang tersendiri? Lain orang lain caranya.. Apa-apa pun mereka sangat kreatif.

Dengan itu saya nak beri kad raya buat sahabat-sahabat saya.. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda semua. Jika ada terkasar bahasa & tersilap taip & tersalah fakta atau apa sahaja selama kita berkenalan, saya memohon ribuan ampun maaf..

[ Klik untuk besarkan ]

Harap ada yang sudi menerimanya.. Sebenarnya dah lama saya buat kad raya ni.. Cuma tak publish je.. Apa-apa pun maaf andai ada kekurangan untuk kad raya ni.. Nanti jika saya dah mahir, saya akan beri lagi..

Thursday, August 25, 2011

HADIAH GA & CONTEST

Assalamualaikum w.b.t.

[ Dari: Ain ]
Cute kan doodle kat atas ni? Alhamdulillah saya telah memenangi GA dari Ain untuk sambungan ayat yang paling kreatif.. Untuk tahu lebih lanjut, cuba lihat jawapan saya di sini..

Lagi satu tu saya menang untuk contest yang dianjurkan oleh Kei Seichi. Tapi saya tak inform lagi kat owner blog tersebut sama ada saya nak header flash atau header biasa.. Kekangan masa apatah lagi saya jarang nak buka facebook sebab beliau ingankan butiran lebih lanjut di facebook.. Untuk contest ni boleh baca di sini.

ERTI SEBUAH TANGISAN

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis:

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
 Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering dan berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda: "Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s.


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,

“Manis sungguh air ini.”

Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut.


Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan. Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”?? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”
“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a. Aku menangis atas 3 perkara:
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mati.

(riwayat dari Salman al Faarisi) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.” 



Sumber: Halaqah.net


~ Ketika subuh tadi, hati tiba-tiba sayu & sedih. Menangis. Bukan pagi ini saja tetapi setiap hari.. Adakalanya rasa takut bila hari makin singkat. Ramadhan bakal pergi. Cepat sangat masa berlalu. 

Hal ini juga terjadi ketika membaca al-Quran, sekali lagi rasa sayu menyapa..sukar digambarkan apatah lagi pada ayat-ayat tertentu..Sedih..


[ Sukar nak diluahkan apa yang dirasa...Hanya Allah yang bisa membuka setiap jalan yang dilalui]

Tuesday, August 23, 2011

KENALI ALAHAN & CARA MENGATASI

Assalamualaikum w.b.t.

Sedikit perkongsian yang sangat bermanfaat untuk anda terutamanya jika alahn ini terjadi kepada anda sendiri.

Alahan (dalam bahasa Inggerisnya = allergy) bermaksud 'perubahan aktiviti'. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk. Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu. Anafilaksis merupakan tindakbalas alahan yang sangat teruk dan boleh berlaku secara tiba-tiba dalam masa beberapa minit selepas terdedah kepada alergen. Ia membawa kepada kejutan anafilaksis dan boleh menyebabkan kematian dalam masa 15 minit jika tidak mendapat rawatan perubatan.

Istilah 'allergy' telah dicipta oleh pakar kanak-kanak Vienna, Clemens von Pirquet dalam 1906 selepas membuat nota bahawa sesetengah pesakit-pesakitnya adalah hipersensitif untuk entiti-entiti yang biasanya tidak berbahaya seperti debu, debunga, atau makanan tertentu. Pirquet menamakan fenomena ini sebagai 'allergy', daripada kata-kata Yunani allos bermaksud "lain" dan ergon bermaksud "kerja".

Sejarah

Dari segi sejarah, semua bentuk hipersensitif (hypersensitivity) adalah diklasifikasikan sebagai alahan-alahan, dan segala pemikiran yang disebabkan oleh satu pengaktifan yang tidak wajar kelas antibodi yang bernama Immunoglobulin E (IgE) - Teruka dan Kimishige Ishizaka merupakan antara yang pertama untuk mengasingkan dan menghuraikan IgE dalam tahun 1960an.
Kemudian, ia menjadi jelas bahawa beberapa mekanisma penyakit lain telah dilibatkan, dengan hubungan biasa antara hypersensitivities berbeza-beza ini ada satu pengaktifan yang mengganggu sistem imun dalam satu cara atau selainnya. Suatu skima klasifikasi yang baru telah direka oleh P Gell dan R Coombs bagi mencerminkan apa yang kemudian diberi nama semula reaksi kehipersensitifan (hypersensitivities). Perkataan "alahan" adalah kemudian terhad untuk jenis I hypersensitivities, yang adalah disebabkan oleh mekanisme IgE yang klasik.

Penyebab
  • Tumbuh-tumbuhan.
  • Makanan.
  • Ubat-ubatan.
  • Debunga.
  • Sengatan lebah.
  • Gigitan.
Alahan Rhinitis (Alahan pernafasan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara. Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk. Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala
  • Penghasilan mukus (lendir).
  • Gatal-gatal di
    • Tekak
    • Hidung
    • Mulut
    • Mata
    • Kulit
  • Batuk.
  • Sakit kepala.
  • Hidung berair/Bersin.
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi).
Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik.
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana.
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung.
Pengurusan sendiri

Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk:
  • Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.
  • Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.
  • Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.
  • Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.
  • Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan. Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan.
  • Sindrom gangguan usus.
  • Tekanan fizikal.
  • Keracunan makanan.
Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala
  • Tekak terasa gatal.
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian).
  • Sakit perut.
  • Loya.
  • Muntah.
  • Kekejangan otot perut.
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
  • Gatal-gatal/urtikaria.
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair.
  • Sesak nafas/bunyi ronkus.
Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat. Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri
  • Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.
  • Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.
  • Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).
  • Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.
  • Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.
Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun. Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini. Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Gatal-gatal.
  • Ruam kulit.
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata.
  • Bunyi ronkus.
  • Bibir membengkak.
  • Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
    • Penyumbatan rongga hidung.
    • Sukar bernafas.
    • Batuk.
    • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku.
    • Pening.
    • Keliru.
    • Sakit/kekejangan otot abdomen.
    • Loya, muntah.
    • Cirit-birit.
Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah.
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera.
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar.
  • Keluar air mata.
  • Kelopak mata bengkak/sembab.
Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri
  • Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.
  • Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.
  • Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.
  • Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.
  • Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata dan gantikan/nyahjangkit kanta lekap anda.
  • Tuam mata dengan penuam sejuk untuk melegakannya.
*********************
Berdasarkan pengalaman sendiri, saya juga antara insan yang kerap mengalami alahan sedari kecil. Asma atau lelah kerap terjadi pada saya dan ia memang dari keturunan. Namun alhamdulillah, Abah dulu pernah bawa balik sedikit susu lebah dan Ummi suapkan ke mulut kami empat beradik ketika itu. Semua dapat sorang sikit. Sejak tu kata Ummi, asma saya terus hilang.

Namun, saya tetap menjadi kerisauan Ummi & Abah. Kerap pula demam & gatal-gatal. Sehingga kini ia tetap ada (mengikut masa & keadaan). Dan saya juga semakin memahami diri. Tapi semua itu berlaku setelah alahan terjadi. Biasalah, adakalanya kita tidak tahu apa yang tidak sesuai dengan tubuh badan walaupun makanan dan persekitaran. Kena dimanjakan selalu..

Dulu pernah terjadi, saya cuma kemas bahagian luar rumah dan terdapat semut besar (yang pasti bukan lebah atau seangkatan dengannya). Semut tu terkena baju dan saya kuis sedikit. Tak bunuh pun. Lepas tu, terus bengkak-bengkak. Terkejut saya. Satu hari tanggung bengkak yang agak gatal tu. Then ia terus hilang.

Minggu lepas pun sama juga. Setahu saya, saya tiada alahan makanan melainkan saya tidak boleh minum susu dan makan buah oren. Dua benda ni akan menyebabkan perut saya memulas dan serangan migrain. Tapi yang saya tahu, saya makan seafood. Sejak tu, asyik gatal je. Tak tahu punca apa. Bila malam, garu-garu dah jadi amalan...huhuhu..

Begitu juga mata. Baru saya tahu, mata saya sangat sensitif dengan segala jenis habuk. Sebelum ni pernah terjadi. Terdapat bintil atau ketumbit di mata. Walhal, sejak kecil tiada masalah ini. Sampai saya terpaksa dibedah disebabkan bintil tu tak surut-surut. Namun, ada juga hal lain yang baru saya ketahui. Darah saya agak lambat membeku. Huhuhuhu... Mujur saya belum pernah cedera parah atau kehilangan darah yang banyak. Nanti jenuh nak cari bantuan.. Tapi insyaAllah, saya tahu ada yang sudi membantu. Darah O please...

Sebut pasal mata, ketika mengemas, habuk tak masuk pun dan saya pun tak sentuh mata. Tapi bila bangun je tidur, wah! Mata ku bertukar.. Sakitnya hanya Allah yang tahu.. So, saya mengalami dua alahan sekarang ini.. Sampai Andak baru ni cakap "Kak, nape bila Andak balik, Andak tengok akak sakit je.."

Inilah ujian atau kafarah. Mujur Allah sayangkan saya demi  menyedarkan saya ketika saya masih muda. Nauzubillah bila ujian & teguran Allah terjadi ketika kematian saya. Moga dijauhkan dalam keluarga saya. Apa yang kita buat ketika hidup, balasannya akan kita dapat ketika saat ajal menjemput. Masa tu semua tak berguna dah.. Amalan ketika hidup itulah penentunya..

"Ya Allah, moga ujian yang Engkau beri terselindung hikmah yang sangat bernilai. Ampunkan segala dosa-dosaku samaada kecil atau besar. Aku berharap dosaku ini dapat terhapus dengan ujian yang Engkau berikan kepadaku ini" Amin.

~ Bila ditimpa musibah samaada berbentuk kegembiraan atau kesedihan, Allah sangat mengharapkan hamba-Nya untuk dekat kepada-Nya. Ketika ini, segala doa akan didengari. Syukurlah pada insan yang mempunyai akal untuk berfikir.

    KITAR SEMULA

    Assalamualaikum w.b.t.

    Actually banyak yang saya nak kongsikan tapi tak terluah dengan tulisan. Acapkali yang saya mampu lakukan adalah berborak dengan Ummi, Abah & Adik-adik. Kalau kawan ni boleh dibilang dengan jari je.. Susah sikit nak cerita dengan kawan ni..

    Berbalik pada topik utama, setiap tahun, bulan & hari, ada saja barang yang boleh dikitar semula. Kempen kitar semula masih giat dijalankan oleh kerajaan dan NGO yang lain. Kalau kat Selangor ni, hari Sabtu diishtiharkan hari tanpa plastik. So, semua kena maklum dan peka untuk membawa plastik beg atau paper beg sendiri bila nak bershopping.

    Bagi keluarga saya, istilah kitar semula ni dah lama kami guna. Bukan hanya pada barang domestik sahaja tapi meliputi fabrik juga. Hah, canggih ayat. Barang domestik saya boleh kategorikan seperti plastik, tin, botol, & paper. Kadang termasuk juga tayar, zink, besi & kayu. Alah, senang kata, banyak yang boleh digunakan semula jika korang pandai nak reka & kreatif. Barang jenis fabrik pula, saya kelaskan seperti kain, beg & langsir. Boleh faham kan?

    Bila musim perayaan, pasti semuanya nak kelihatan baru. Dari dalam rumah hinggalah luar rumah. Semualah nak berwajah baru supaya dapat mengalahkan jiran yang di sebelah rumah. Tak gitu? Ok, sebelum bebel lagi panjang, saya nak ingatkan, jangan sesekali tanamkan sifat riak & suka menunjuk-nunjuk dengan rezeki yang kita ada kepada orang lain. Cukuplah dengan bersederhana setakat yang kita mampu. Nanti bila jatuh ke bumi, tidaklah kita rasa menyesal sangat. Hidupkan ibarat roda. Ada yang di atas & ada yang di bawah.

    Sebut pasal tukar baru dan kitar semula ni, sebenarnya hal sebegini boleh diselesaikan dengan cara yang mudah. Tak perlu nak bergolok-gadai macam-macamlah. Barang lama yang terasa elok tu boleh digunakan semula dan tambahkan dengan hiasan yang lain jika perlu. Contohnya kain langsir, sebelum ni kosong je langsir tu tapi tengok balik langsir tu tetap elok cuma tambah dengan kain lace ke, manik ke. Terus jadi baru. Sama juga dengan kusyen atau sofa. Adakalanya kayu kusyen tu masih kukuh lagi. Jadi tak perlu beli baru. Cuma tukar lapik kusyen atau sofa sahaja. Hah, itulah kreatif namanya. Pedulikan orang nak cakap apa..
    Dulu penah seorang saudara secara sengaja luah "ala langsir murah je baik buat alas meja" ketika kami kecil dulu. Ummi diam je sebab ekonomi keluarga pun tak berapa ok. Langsir biasa je Ummi jahit sendiri. Elok je kami tengok. Mereka apa tahu.. Nak bergaya tu tengok keadaan diri dulu. Sama juga terjadi saat kami dah besar pun ada juga yang mulut tak berinsurans sibuk cakap banyak.

    "Ooo..macam ni, tak lah kaya mana.." Aiseh..panas je telinga dengar. Siap selidik satu-satu isi rumah. Huhuhu.. Sebenarnya, tahun lepas, Ummi pernah minta tolong salah seorang saudara untuk menjahit langsir sebab hasil kerjanya baik. Tapi tak sangka mulut sebegitu. Apalah mentaliti sebegini. Adab bertandang pun tak jaga. Inikan nak sibuk selidik macam-macam. Padahal dia bukan saudara rapat kami.! Saya dan Anjang protes habis ketika itu (hanya pandangan mata).

    Ummi pun ada berkongsi cerita tentang kawan Ummi yang kelihatan kecewa disebabkan kami tak tukar perabot baru untuk menyambut Syawal yang bakal tiba. Kata Ummi, dia sibuk bercerita rancangannya untuk menemani & membantu ibunya menukar & mencari barang keperluan rumah yang baru dengan tema diminati. Apa yang difahami, setiap tahun, pasti rumahnya berwajah baru. So, bila Ummi kata "Saya guna barang lama je.. Elok lagi". Terus dia kecewa.. Ntahlah... Macam-macam!

    Masuk balik topik tadi, memandangkan saya ni ramai adik beradik, jadi perbelanjaan tu banyak dan perlu berjimat. Nak kata tak cukup keperluan tidak juga tapi kain-kain baju yang elok, biasanya bertukar generasi. Proses kita semula lah tu.. Terutamanya baju melayu & baju jalan. Maklumlah, majoriti ramai lelaki. Dari Angah turun ke Alang, Andak, Acik dan seterusnya.. Setiap tahun macam tu dari kami kecil hinggalah dan besar. Jadi tiada istilah membazir. Baju jalan pun begitu. Mana yang muat, adik lain boleh guna. Sama juga antara adik beradik perempuan. Adakalanya tertukar juga seluar trek saya diguna oleh adik lelaki saya. Ada juga baju tu kami sedekahkan pada saudara terdekat dan orang lain. Sebab semua cantik-cantik lagi dan masih elok digunakan. Sayangkan nak buang.. Baiklah derma..

    Begitu juga dengan paper dan botol plastik. Setiap tahun, kedua barang itu pasti ada di rumah kami. Ialah, setiap hari beli akhbar bukan satu tapi kadang dua akhbar. Belum cerita adik-adik yang duduk jauh tu. Mereka tetap beli juga. So, dari dulu kami sekeluarga akan kumpulkan akhbar dan jualkannya kepada pemungut barangan kitar semula. Memang kami dah jadi pelanggan tetap. Begitu juga dengan botol plastik. Kami ni pula memang jenis minum air mineral jadi bila beli sampai berkotak-kotak. Air Gau, air Tasneem atau air Spritzer.

    Awal-awal Ummi dah pesan pada kami jika berada di kolej, "Paper, botol atau tin yang korang beli tu, jangan buang suka-suka hati, bawa balik rumah nanti kita kitar semula."
    Jadi korang bayangkanlah jika dibawa balik ke rumah. Pasti banyak bukan? Untunglah siapa yang dapat kami. Hahaha..

    Sebenarnya, bila difikirkan balik, bertuah kami dapat Ummi yang prihatin dan peka. Ummi mengajar kami supaya sentiasa kemas, menjaga barang keperluan sendiri, berdikari, berjimat cermat dan menghargai erti hidup. Bayangkan jika botol atau paper dibuang begitu saja, belum tentu ia memberi kesan yang baik kepada persekitaran kita. Nak menghapuskan botol plastik bukannya senang dan mudah tapi bertahun-tahun! So, dengan disiplin agar barang yang boleh dikitar semula dikumpulkan satu tempat, kami juga dapat hasilnya. Maksudnya dapat duit tambahan. Bukan senang nak cari duit sekarang ni. Dari barang yang tak bermanfaat tu (botol, paper dll) jika dilihat dengan mata kasar, sebenarnya jika kita bijak, kita boleh buat hasil kraftangan yang berguna. Boleh jimatkan bahan-bahan ini dari terbuang sia-sia. Pencemaran boleh dikurangkan walaupun bukan sifar.

    Sama juga dengan alat-alat tulis dan barang-barang kuliah. Semua saya ada. Serba lengkap! Biasanya saya beli dalam jumlah yang sederhana contohnya pen, pencil, pemadam & note book. So, Ummi pun ada pesan, "Akak, barang-barang akak tu jangan dibuang, adik-adik ko ramai. Semua boleh guna"

    Buat akhirnya, dalam sibuk menjalani ibadah puasa yang berbaki 7 hari lagi dan persiapan hari raya, jangan kita terlebih ghairah nak berbelanja pula. Berjimat cermat dan elakkan pembaziran. Ingat insan lain yang kurang berkemampuan. Terasa nak buat kempen "Satu botol satu pokok". Maksudnya, satu botol kita kitar semula dan satu pokok kita tanam baru. Dapat hidupkan persekitaran yang sihat. Badan pun rasa hebat! =)_

    ~ Teringat ketika buat exam untuk paper B.I baru-baru ni. Tajuk kitar semula ada turut tersenarai. Walaupun keadaan kurang sihat, tetap gagah di medan perang..

    Monday, August 22, 2011

    Berdoa Pada Lailatul Qadar



    Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu 'anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:  "Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."

    Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-Qadr

    Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu 'anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?"  Maka ujar Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam:  "Katakanlah:

    "Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."

    إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ 3 فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ 4
     

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [3] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [4] (Surah Ad-Dukhan 44: Ayat 3-4)

    Sumber: iluvislam.com 

    ~ Semoga segala usaha & doa yang dilakukan demi mendapat keredhaan Allah termakbul hendaknya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala hajat hamba-Nya.

    Sunday, August 21, 2011

    SESI MENGECAT

    Assalamualaikum w.b.t.

    Alhamdulillah dah masuk minggu terakhir berpuasa. Time macam ni sudah pasti insan yang hebat menantikan tibanya malam Lailatul Qadar. Rasa tak sabar nak bertemu malam tersebut. Betul tak? Seelok-eloknya bangunkan ahli keluarga untuk mendapat keberkatan bersama. Baru hidup terasa indah. Tidaklah kita seorang je nak rasa manisnya Syurga.

    Sebenarnya sejak tamat belajar (rasa nak sambung study cepat-cepat) & sudah memasuki alam pekerjaan dan kebetulan masih tinggal bersama keluarga, banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Sana-sini berkepit dengan Ummi & Abah. Maklumlah, saya je yang ada sementara adik-adik lain balik bila hujung minggu.  So, insan yang diharapkan membantu mencantikkan rumah adalah saya.

    Alhamdulillah, sekarang ni boleh dikatakan 80% rumah kami ni telah diubahsuai. Semua dah siap dah tapi sisa kayu-kayu,cat, bumbung dan pelbagai jenis khazanah lain masih tidak dibersihkan lagi (syarat yang dibuat adalah orang yang bertanggungjawab ubah suai rumah perlu kemaskan balik barang yang tidak digunakan lagi). Jadi itu yang cacat sikit. Apalah dorang ni. Duit nak tapi janji nak bersihkan rumah tak buat dengan baik. Tiada lori katanya. Pekerjanya pun ada yang dah balik Indonesia pun. Sabar jelah.

    Tapi apa yang saya nak kongsi di sini, sesi menghias rumah dan cat bilik. Serius, dengan kudrat seorang perempuan, gigih lah saya dan Ummi susun atur perabot dan lukisan serta ayat Al-Quran. Jika adik ada mereka yang buat tapi masalahnya seperti yang saya maklumkan tadi, saya je yang ada. Bila mood tak best, mulalah saya panas hati sampai teruk paku tu saya kerjakan. Huhuhu.. Tapi tetap gigih buat sebab nak tunggu tak boleh dah. Cuma saya kesian tengok Ummi. Bukan larat pun. Ada juga saya buat sorang-sorang.

    Rumah kami ni luas dan tinggi, so carilah idea nak beli apa yang patut untuk bagi nampak cantik walaupun banyak barang-barang lama. Tapi semua masih ok ye. Boleh dibilang berapa kali kami tukar. Semuanya ikut budget dan bersederhana. Namun tahun ni memang banyak berhabis sebab tak lama lagi ada majlis besar. Tapi saya sangat happy bila semuanya siap cantik. Meriah dengan bunga-bunga. =)

    Baru tadi saya sudah siap separuh cat dinding bilik. Mulanya rasa ngantok tapi Anjang sungguh-sungguh nak alih almari, terus terbuka mata saya ni. Hah, gigihlah anak perempuan Abah mengecat bilik. Yang saya ni tak padan dengan renek (Anjang suka panggil akak dia macam ni) nak juga jengket-jengket. Hahahaha.. Gelak je kami dari tadi. So, bahagian atas dinding, Anjang yang sudahkan. Hahahahaha..Opps..lupa, masing-masing cat bilik sendiri. Tapi cat macam tak cukup je.. Alah, guna baki-baki cat ruang tamu depan tu..Huhuhu..

    Now, nak sambung cat balik.. Nanti saya dah tak ada pembantu..

    Alamak! Nak masak apa ye menu berbuka nanti??? Letih kan nak fikir.. Kalau masak untuk seorang, bedal je makan apa tapi ramai mulut ni..Siakap ada...(dah bayang nak masak apa...hehehe)

    Ok..tata..

    Friday, August 19, 2011

    Jiwa Terasa Kosong?

    "... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)

    [ cutesecret.com ]


    Duhai insan,
    Jiwamu terasa kosong?
    Perlu peneman,
    Kekasih hati yang prihatin,
    Pengisi jiwa ragamu itu.
    Tapi tahukah kamu,
    Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
    Sering pula ia mengecewakan,
    Selagi dia belum halal untukmu,
    Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
    Kamu dan dia belum ada ikatan,
    Itu hakikat!
    Meletakkan harapan...
    Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
    Kerana semuanya, masih tiada kepastian.

    Hatimu kosong?
    Isikanlah hatimu itu,
    Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
    Berimanlah.
    Yakinilah.
    Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
    Amat-amat dekat,
    Amat amat amat dekat.

    Dia tahu kamu sedang berduka,
    Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
    Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
    Dirimu itu milik-Nya,
    Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.

    Isi hatimu...
    Dengan cinta-Nya,
    Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
    Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
    Sungguh,
    Ia dapat menenangkan jiwa,
    Setenang-tenangnya.

    Bertawakkallah kepada-Nya
    Yakinlah,
    Dia punyai aturan untukmu,
    Dan pastinya ia yang terbaik!
    Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
    Duhai insan,
    Isi hati kecilmu itu...
    Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

    Sumber: iluvislam.com

    ~ Kena tepat kat muka. Bukan cinta tapi...urusan kehidupanku yang lain.. Kerja.. Apa yang kita nak tak dapat, tapi Allah beri yang terbaik yang Dia tahu....Malam temani aku...gundah yang tak berkesudahan..hukhuk

    Thursday, August 18, 2011

    Segmen Kreatif Bersama Budak_Bertopeng

    Assalamualaikum .w.b.t.

    Sejak belajar buat doodle ni, saya dah perasan kat diri saya, saya suka nak join aktiviti dari blog lain.. Sebelum ni bukan tak terdetik tapi mungkin kekangan masa jadi saya kuburkan niat tu..

    Tapi pada 9 Ogos 2011 iaitu hari Selasa, saya dikunjungi oleh Cik Anis a.k.a Budak Bertopeng yang menjemput saya untuk menyertai segmen pertama beliau..Terharu sebab tuan badan sendiri datang jemput. Terima kasih =)

    So dengan semangat (sebab Cik Anis juga nak doodle trade dengan saya) saya singgah. Pergh!! Jujurnya ini pertama kali saya ternampak segmen yang sangat kreatif. Selalunya segmen yang ada kurang menarik minat saya..Huhuhu..

    Kali ni segmen tu boleh diibaratkan Cikgu Seni suruh buat latihan ibarat nak masuk exam. Berdebar! Tapi terpulang nak buat macam mana kan..

    Header

    Tatap bulat ini..
    Bulatnya..






    Jeng Jeng Jeng

    Ini hasil kreatif saya:

    [ Tajuk: Kanta Bumi]

    Jujurnya, saya lukis banyak benda dengan bentuk bulat (guna photoscape) termasuk pandangan 3 dimensi...
    Saya fikir macam-macam..
    (budak LK dulu)
    Tapi akhirnya satu je yang saya pilih untuk segmen ni..
    Kanta Bumi..
    Ada dua bulat sebenarnya.. Kanta & Bumi
    (Bersedia baca entri panjang saya...)

    Manusia melihat & dilihat..
    Setiap orang ada tafsiran masing-masing apabila melihat dengan matanya sendiri..
    Abstrak
    Subjektif

    Mungkin tepat & mungkin tidak
    Begitu juga Kanta..
    Melalui kanta,
    kita melihat objek yang tak termampu dilihat
    dengan mata kasar seperti zarah-zarah halus..
    Namun dalam hati seorang insan tiada siapa yang mampu melihat & mentafsir  
    kecuali
    ALLAH S.W.T.
    Hanya dia yang Maha Mengetahui..
    Apa yang kita fikir, lihat & rasa..


    Dengan akal & teknologi yang ada..
    Kita melihat pelbagai perkara yang terbentang
    serta berfikir jika ada keinsafan & kesedaran..
    Tapi adakah kita berfikir tentang Bumi yang sudah tua??
    Buktinya banyak berlaku..
    Kemusnahan akibat tanda akhir zaman
    Bencana alam, kerakusan manusia terhadap bumi,
    sifat manusia terhadap manusia lain yang lemah..
    Semuanya seakan terhakis..
    Semakin banyak!
    Mampukah kita selamatkan bumi

    diri kita?
    *Akal & iman*

    -
    -
    Selain itu cerminan buat diri saya di dalam blog

     
    [idea spontan ketika mula berjinak dengan blog 3 tahun lalu kerana saya sukakan alam]


    Button larian diberi pada Aqiela @ Wardah Humairah


    Amalan Nabi Muhammad S.A.W, Para Sahabat & Tabi'ien di Bulan Ramadhan.

    Assalamualaikum w.b.t.
     
    Nabi Sallallahu'alaihi wasallam menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya Al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Sayyidina Uthman bin Affan berkata: "Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Quran padanya."

    Imam al-Baihaqi berkata: "Apabila Uthman wafat, mashafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca."

    Rabi' bin Sulaiman bercerita: "Al-Syafi'e mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30kali."

    Imam Abu al-Qasim al-Qushairi bercerita: "Setiap kali tiba bulan Ramadhan, Abu Bakar al-Shibli akan meningkatkan ketekunan ibadahnya. Ia berkata: 'Inilah bulan yang diagungkan oleh Allah. Maka aku mesti menjadi orang yang paling pertama mengagungkannya."


    Ibrahim al-Nakha'i berkata: "Al-Aswab bin Yazid(ulama tabi'in di Kufah)mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan setiap dua hari sekali. Beliau tidur antara Maghrib dan Isyak. Selain bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkannya setiap enam hari sekali."

    Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hambali berkata: "Seorang Mukmin menghadapi dua Jihad pada bulan Ramadhan. Jihad puasa pada siang hari dan Jihad Qiam(solat sambil membaca Al-Quran) pada malam hari."
    **********************
    Sebahagian sajak atau puisi yang ingin ku kongsikan di bawah ini..
    Al-Quran…
    Bila membacanya…
    Jiwaku rasa tenang tenteram,
    Terasa bagai berkata-kata dengan Tuhan.
    Seperti kata ilmuan,” jika kamu ingin berkata dengan Tuhan, bacalah al-Quran!”.

    Bila menghayati…
    Setiap bait ayat kalamnya,
    Terasa bagai disuluh cahaya yang terang.
    Indah, Menusuk Qalbuku yang kian gersang,

    Bila mengalunkannya,
    Terasa bagai dinaungi sakinah dari malaikat Tuhan.
    Yang membuatkan aku merasai ada kelazatan,
    Satu perasaan yang penuh dengan kenikmatan.
    Walaupun suaraku tidak gemersik pada pendengaran insan.

    Al-Quran…
    Dia bisa menitiskan air mataku,
    Melembutkan lidahku yang kelu,
    Menggetarkan jasadku yang utuh…

    Dia kalam Tuhan,
    Tiada makhluk dapat menyamakan,
    Hatta membandingkan semisalnya.

    Ketika bacaanku mengenai ayat targhib,
    Misalnya Syurga dan orang yang muttaqin,
    Hatiku berbisik sopan berdoa,
    Mohon pada-Mu Ya Allah, Aku ingin masuk dikalangannya.

    Ketika bacaanku mengenai ayat tarhib,
    Misalnya neraka dan orang yang inkar perintah Allah,
    Hatiku berbisik lantas berdoa,
    Mohon pada-Mu Ya Allah, jauhkan aku dari bahayanya.

    Al-Quran..
    Makna bahasanya sungguh mengkagumkan,
    Menjadi panduan buat diriku yang inginkan pimpinan.
    Maha suci engkau wahai Tuhan, yang mewahyukan al-Quran,
    Sebagai penawar bagi orang beriman,
    Menjadi hidayah buat hamba-Mu yang bertakwa dan yang inginkan keredhaan.

    Aku mohon pada-Mu wahai Tuhan!
    Rahmatilah aku dengan berkat membaca al-Quran,
    Dan jadikanlah al-Quran buat diriku sebagai imam,
    Sebagai petunjuk dan juga rahmat dari-Mu,
    Agar aku merasakan sentiasa merujuk pada-Mu wahai Tuhan.
    Juga agar aku tidak tersasar dari jalan kebenaran.
    Dengan berkat rahmat-Mu Ya Allah yang maha pengasih dan penyayang.
    Perkenankanlah! Ameen Ya Salam!



    ~ Indah nukilan di atas. Kagum! Namun benar, sahabat terbaik adalah al-Quran. Jika saya tidak mampu membacanya, ibarat terasa kehilangan. Sungguh itu perasaan yang sangat aneh tapi itulah kelebihan kalam Allah, al-Quran.

    Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain

    Assalamualaikum w.b.t.


     *Seramai 5 peserta bertuah berpeluang dapat dudel dari Cik Nuyui 'Ain.
    *Pemenang akan ditambah sekiranya entri sambung ayat tu menarik. Hehe
    *Boleh pilih baju dudel sama ada baju raya, gown atau tshirt+seluar.

    TARIKH TUTUP : 22/08/2011
     
    First of all, saya teruja!! Bukan pasal free atau apa tapi seni. I love art. Doodle salah satunya dan ia sangat dekat dihati sebab semua orang boleh buat walapun hanya contengan dalam nota terutamanya ketika zaman sekolah dulu. Biasanya kita melukis mengikutkan apa yang kita rasa ketika itu.

    Jika di komersilakan, ia merupakan hasil seni yang sangat menarik. Bertuah jika sesiapa yang mempunyai bakat seni dan dapat berkongsi dengan orang lain dengan caranya yang tersendiri.. Macam satu proses pembelajaran dan kehidupan. Sharing is caring..

    Saya join Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain tapi ada syaratnya. Syarat tu dah saya buat.. Done!

     [ Various of doodles : Credit to Google ]


    Saya suka doodle kerana cukup dengan 4 huruf saya gambarkan iaitu

    "C.U.T.E"

    in English said,

    Creativity of drawing & skill by using pencil, crayon, photoshop or photoscape.
    Unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied.
    Thumbs-up (hand gesture) means good to express your feeling by doodling.
    Emotion refer to daydreaming of the artist..

    &

    "C.U.T.E"

    dalam Bahasa Melayu kata,

    Cantik kerana mempunyai gaya tersendiri, corak menarik dan teknik mewarna yang pelbagai..
    Unik disebabkan terdapat pelbagai jenis doodle mengikut orang yang menghasilkannya..
    Terbaik sebab bukan senang nak lukis walaupun ia secara spontan, hanya insan terpilih je mampu melakukannya kerana ia perlukan minat & kesabaran yang tinggi..
    Emosi yang terhasil dari pelukis dalam karya doodlenya..
    "apa yang difikir, dilihat dan dirasai saat itu itulah yang akan dipamerkan kepada umum"


    I'm happy with doodle.. love it so much.. =)

    Awak yang saya pilih...

    Aqiela pemilik Wardah Humaira'