Friday, August 5, 2011

5 RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.

Cepat je terasa dah masuk 5 Ramadhan. Apa perubahan yang telah dilakukan pada diri? Tanya diri ye.. Ada beza tak sekarang ni dengan sebelum ni..

[Klik untuk besarkan gambar]
Bila tengok poster kat atas ni, harapnya ada yang terpanggil untuk melaksanakannya. Mungkin ada yang kata "Alah, bulan ni je aku buat baik, bulan lain tak perlu rasanya. Sekali setahun je pun", "Aku kena berubah ni.. Lama betul aku terpesong. Mudahkanlah urusan aku, Ya Allah" dan macam-macam lagi.
Semua lintasan dalam hati tu terpulang pada hak masing-masing. Orang lain tak tahu apa yang kamu buat dan apa yang kamu niatkan. Tapi Allah s.w.t. lebih tahu setiap hamba-Nya. Beza tu.. Sebab Allah yang ciptakan kita.
Tapi jika niat kita memang untuk melakukan kebaikkan dan berubah dalam bulan Ramadhan ni, Allah s.w.t. awal-awal lagi dah beri pahala dan bantu kita untuk ke arah kebaikkan berbanding dengan niat jahat yang hendak dilakukan itu. Bila terdetik je niat nak buat baik terus dapat tapi niat jahat tu berlaku apabila anda betul-betul dah lakukannnya.
So pilihan di tangan anda!




Picca: OSM
♥ Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favourite contact. He doesn't have Facebook, but He is my bestfriend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him! ♥ ~ Pn. Ibtisam (My Lecturer)
~ Betulkan niat ye kawan-kawan sebelum terlambat. Nasihat ini juga ditujukan pada diri saya. Saya suka betul jika ada cartoon atau art yang memberi kesedaran dan kebaikkan kepada orang lain Medium dakwah ni luas so ikut selera anda nak sampaikan macam mana dalam apa jua cara yang boleh memberi manfaat kepada agama Islam.

No comments: