Monday, August 29, 2011

LAU KANA BAINANA

Assalamualaikum w.b.t.


Ketika jam 5.30 pagi tadi, sempat saya menonton rancangan di channel 114 (Al-Hijrah). Subhanallah.. Memang sangat menarik sebab ia berkaitan perkongsian ilmu. Moga rahmat Allah mengelilingi hidup kami sekeluarga. Amin.

Entri kali ini, saya ingin berkongsi rancangan realiti tv yang sangat menarik & berguna untuk meningkatkan kesedaran sahabat semua dalam mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Seperti tajuk di atas, Lau Kana Bainana merupakan rancangan yang bertujuan mendapat respond orang ramai terhadap sesuatu perkara, sikap, tingkah laku & amalan yang patut dicontohi dari Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam episod yang saya lihat sebentar tadi, satu situasi diberikan iaitu memberi salam ketika menaiki teksi. Ini memang telah dirancang di mana teksi tersebut telah dipasang kamera tertutup untuk melihat reaksi orang awam ketika menaiki teksi.

Kebetulan di pertengahan jalan, seorang yang boleh diibaratkan sebagai orang JPJ atau polis menyuruh teksi tersebut berhenti. Soalan ditanya adalah "Adakah penumpang encik memberikan salam??"

Mesti kita tak sangkakan..

Ada seorang penumpang berkata, "Ya, saya beri salam."

Tayangan rakaman ditujukkan tapi tiada tanda beliau memberi salam. Hah, kan dah kantoi..

Terpaksa dia bayar saman berjumlah 50 pounds jika tidak silap saya..

Daripada hasil tersebut hanya 2orang penumpang memberi salam daripada 5 penumpang yang ada. Penumpang yang beri salam tadi tu merupakan orang yang agak berusia dan sewaktu ingin memasuki teksi terdengar beliau membaca bismillah diikuti lafaz "Assalamualaikum"

Alhamdulillah..beliau menujukkan sikap yang baik kepada kita dan tanpa dia sedari. Mungkin ini inilah amalan & makanan hariannya. Adakah kita bersikap sebegitu??

Diri ini teringat ketika berada dibangku sekolah, bukan untuk membangga diri tapi alhamdulillah kerana terdidik untuk memberi salam kepada ustazah, ustaz, cikgu malahan tukang sapu atau tukang kebun. Jika berjumpa orang lain yang tidak dikenali, masih lagi lafaz salam meniti dibibir. Namun kini, sikap ini semakin kurang melainkan berjumpa rakan-rakan (waktu berjumpa dengan insan lain agak terhad). Mana silapnya saya?? Kurang bergaulkah saya?

Selain itu, ditunjukkan juga situasi menepati masa ketika memasuki kuliah di dalam rancangan kontemporari ini. Majoriti dari pelajar tersebut datang lewat ke kelas walhal kelas bermula pukul 9.00 pagi. Terdapat seorang pelajar wanita yang paling lewat (pada pandangan saya) dengan alasan bersarapan. Pukul 9.45 pagi baru masuk kelas. Bayangkan.. Mereka yang lewat diambil fotonya dan dikenakan saman!

Hos rancangan tersebut bertanya, "Adakah Rasulullah akan melengahkan masa? Bagaimana baginda menjaga masanya??"

Wanita terbabit menjawab, "Rasulullah sentiasa menjaganya & baginda tidak pernah lewat"

Terdapat juga pandangan dari seorang pelajar lekaki di mana beliau berkata, "Sesebuah negara akan maju jika masyarakatnya dapat menjaga & menepati masa dengan sebaiknya dan begitu sebaliknya jika kerana tidak menjaga masa, sesebuah negara itu akan mundur & tidak berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan" (ada ayat yang saya tambah sendiri)..

Allah.. Adakah kita terfikir sebegitu??? Adakah kita mencontohi akhlak baginda???

Saya mengaku saya pernah tidak datang tepat pada masanya tetapi bersebab dan saya akan maklumkan awal kepada pensyarah terlebih dahulu. Saya message ataupun telefon pensyarah yang mengajar ketika itu. Begitu juga ketika bertemu rakan kerana terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan walhal saya sudah bersiap awal. Permohonan maaf tidak terlepas dari saya jika terlewat.

Begitu juga ketika zaman persekolahan dulu. Saya tidak pernah tuang kelas tanpa sebab. Setiap pagi saya bersiap awal namun kerana menunggu bas, saya lewat dan adakalanya terpaksa Ummi hantar sebab bas sudah penuh. Tension bila ingat kembali.

Sebab saya pernah didenda walhal saya sudah menunggu awal. Biasalah, siapa yang pernah merasa menunggu bas awal pasti merasakan apa yang saya rasa. Lepas subuh saya bergeas menunggu bas. Sakit hati kadang sampai bergaduh dengan Ketua Pelajar sendiri. Saya merupakan seorang pengawas & hati terasa panas apabila waktu perhimpunan tiba, sang ketua bercakap ikut sedap mulut kerana majoriti pelajar dari kawasan saya belum sampai lagi. Lengang!

Actually saya tiba sedkit awal kerana Ummi yang menghantar saya setelah saya menelefon di pondok telefon. Jenuh menunggu jadi terpaksa menyusahkan Ummi ketika itu. So, logik rasanya saya marah Ketua Pelajar sendiri kan? Saya juga telah menghantar surat kepada pihak bas tersebut supaya menyediakan bas yang banyak pada waktu kemuncak. Hah, itulah penangan saya..

Kerana menepati masa juga, saya pernah menangis ketika di semester 4 degree gara-gara pensyarah tidak mengizinkan saya masuk. Pilu hati saya kerana saya memang berhajat menuntut ilmu (subjek ekonomi).

Pada hari tersebut kelas agak penuh sebelumnya dan mujur saya sempat mencuri masa bersolat Asar di masjid. Rata-rata kami semua bergegas untuk solat. Tapi kami sudahpun meletakkan beg di dalam kelas tersebut menandakan kami semua ada (pensyarah tak masuk lagi.)

Namun selepas solat kerana tidak tahan, saya ingin melepaskan hajat & rakan baik turut mempunyai niat yang sama. Dan kemudian kami menuju ke kelas.

Hah! Pintu tertutup & berkunci.. Saya bercakap dengan puan pensyarah dan ntah bagaimana, air mata mengalir sebab pensyarah suruh balik. huhuhuhu..sedih oi.. Puas saya mohon maaf tapi kawan saya tu dah balik dah.. Dia malu!! Tapi tidak saya.. Akhirnya puan izinkan masuk sebab ini pertama kali terjadi dalam hidup saya ketika itu. Ada juga yang tergelak kecil tapi saya tahu apa yang saya buat dan saya rasakan saat itu. Bukan dibuat-buat!

Rupanya saya bernasib kurang baik disebabkan tindakan orang lain. Puan ni baik & lembut tapi ada yang pijak kepala beliau dengan datang lewat serta suka hati keluar masuk pergi pasar (hari selasa terdapat pasar di kawasan kolej kami). Bila keputusan pertama kali beliau mengunci pintu, saya pula insan pertama yang pertama kali terlewat & terkena kerana tidak sengaja tadi..huhuhu..

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti saya??

p/s: Silalah menonton Lau Kana Bainana untuk meningkatkan rasa kecintaan kita kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sertakan download lagu tema tersebut di sini dalam bahasa arab. Sangat sedap di telinga =)

2 comments:

Aku Dan Kalam said...

ALhamdulillah, gembira membaca entri anda. Semoga kita semua berubah ke arah yang lebih baik

Aku Dan Kalam said...

Alhamdulillah, semoga kita sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

Gembira membaca entri anda