Sunday, August 28, 2011

SHOPPING DI PASAR BASAH

Assalamualaikum w.b.t.

Pelik tak tajuk atas ni? Selalunya orang buat tajuk entri shopping kat pusat beli belah hebat & mewah tapi saya lain pula stylenya..Biar jelah kan..

Rumah kami kembali meriah & riuh rendah. Maklumlah semua dah kumpul. Alhamdulillah semuanya selamat. Cuma Angah akan balik pada malam raya sebab tuntutan kerjanya begitu. Angah tak dapat cuti sebenarnya. Itupun dia dah rasa sedih sebab first time jauh di tempat orang. So, dia tetap curi masa at least takbir raya tu dia ada dan nak tengok muka Ummi, Abah & adik-adik serta merasa air tangan Ummi & saya. Kami memang rapat!

Bila semua dah ada ni, masing-masing ada tugasan yang telah diberikan. Mana yang tak sempat nak bersihkan apa yang patut aritu, semua dah selesai bila adik-adik lelaki ada. Tu yang bertuah sebab we all ramai ni ramai lelaki dalam rumah. Sejuk perut Ummi mengandung. =)

Actually, pagi tadi saya terbangun awal walaupun tidur lewat. Malam tadi penat mengecat tingkap. Gigih lagi saya sampai dapat pujian Abah. Ni bukan bilik saya tapi bilik adik. Klantang keluntung di dapur seorang diri sebab nak buat sarapan bersahur. Walapun tiada bahan, bantai je saya masuk apa yang ada.

Nak ceritanya di sini, masa sahur tu kami dah dapat tugasan baru. Lepas subuh je, saya, Ummi, Utih & Soleh perlu bersiap ke pasar basah. Pasar ni lebih kurang 7km dari rumah kami. Banyak pilihan dekat pasar ni. Boleh dikatakan semua keperluan untuk memasak ada saja termasuk hasil kampung. Majoriti penjualnya pula terdiri daraipada orang Melayu sekitar Banting. Berbanding pasar yang terdapat di tempat saya ni, tak banyak pilihan sangat walaupun semuanya segar.

Bila musim perayaan ni, sudah pasti tempat menjual ayam, daging & santan menajadi pilihan para pengunjung. Sebab tulah kami membeli awal takut-takut dapat yang tak fresh & bekalan habis. Lalipun nak elak sesak sebab ramai sangat kat pasar ni. Tak dinafikan, memang ramai & silih berganti sebab pasar ni tumpuan utama.

Saya ditugaskan untuk membeli ayam, Utih pula diminta membeli daging & Soleh perlu beratur untuk mendapatkan santan kelapa. Tak silap saya, Ummi temankan Utih.

Masa nak cari parking kereta, ternampaklah payung-payung besar orang  perseorang menjual ayam hasil mereka. Ramai juga. Kebetulan hujan renyai-renyai. Saya terus lari ke penjuru bangunan untuk ke tempat ayam yang biasa dibeli oleh kami sekeluarga. Orang ni sembelih ayam depan-depan tu biasanya. So, kita boleh nampak apa yang mereka buat.

Sebut pasal ayam  ni, sebenarnya kita perlu tahu adakah mereka menyembelih mengikut hukum syarak atau tidak. Itu hak kita. Tapi insyaAllah, semuanya orang Islam, jadinya tiada masalah tentang keraguan yang mungkinr terbit dihati..

Satu lagi, saya tiada masalah bila nak tunggu kat tempat ayam ni tapi biasalah, aroma ayam tu tetap ada. Cuma ketika saya lepas SPM & STPM dulu, saya tak boleh ke tempat ayam disebabkan pernah pekerja di stesyen minyak sebagai pump attendant dan perlu mengisi minyak untuk lori ayam. Fobia beb!! Hahahaha.. Faham-fahamlah ye maksud saya..

"Ayam kampung 4 ekor & ayam biasa (daging) 2 ekor. Potong-ptong ye", maklum saya kepada pemilik gerai. Kelihatan ramai juga remaja yang bekerja sementara. Rajin mereka cari duit poket. Hati saya terdetik, pukul berapa ye mereka memulakan operasi. Subuh ke tak?? Tapi saya tetap bersangka baik. InsyaAllah.

Dari saya kecil lagi, seingat saya, Abah memang gemar makan ayam kampung. Lagipun ayam kampung ni lebih baik dari ayam daging. Apatah lagi Abah dibesarkan dengan cara kampung. So, setiap kali pergi pasar basah, ayam kampung menjadi pilihan selain ayam pencen (tak mengeluarkan telur) atau ayam hutan.

Memang untung tauke ayam ni. Harga yang saya bayar untuk 4 ekor ayam kampung berjumlah RM 77.50 manakala untuk ayam biasa berjumlah RM 23.30 untuk 2 ekor. Memang untung. Sempat juga saya mendengar ada seorang pelanggan lain meminta 50 ekor ayam daging.. Bayangkan (berniaga kot)..

Tiba-tiba Soleh datang di sebelah saya. Ada 2 kilo santan pekat ditangannya. Gerai jual santan ni tak berapa jauh dari gerai jual ayam. Then Utih pun tiba dengan daging batang pinang ditangannya. So, barang wajib ketika beraya sudah ada. Letak barang dalam kereta dulu.

Next, beli barang-barang keperluan lain. Tiada apa yang menarik pun. Cuma kami ni memang tak buat ketupat melainkan nasi himpit ready made. Saya ni tak pandai nak menganyam (tak pernah cuba pun sebab tiada siapa yang nak ajar).

Okey, itu je yang saya nak kongsikan. Ideapun banyak dah hilang. Patutnya terus update tapi black out pula. Lama pulak tu.. Mujur dalam 4.30 petang baru semuanya kembali kepada sediakala.

p/s: Umum tahu pasar malam, pasar basah, shopping complex atau pun bazar Ramadhan menjadi tempat tumpuan orang ramai. Maka terdapat juga makhluk yang tidak dapat kita lihat iaitu iblis & seangkatan dengannya. Betulkan niat anda sebelum pergi ke tempat tersebut sebab biasanya kita mudah tertarik untuk menjadi tumpuan orang atau melihat orang lain dengan pandangan yang luar biasa. Perlulah diingatkan agar membaca bismillah & berdoa agar dijaga pandangan. InsyaAllah dengan melakukan hal tersebut, pahala akan tercatat buat anda (tazkirah) .

4 comments:

merahitujambu said...

selamat hari raya.dh beli brg tuk masak eh

Brilliant Marjan said...

selamat hari raya merahitujambu..sudah tentu.nanti ramai & sesak susah pula

Anonymous said...

bab masak2 ni keje sy ialah makan je hehehe

abcd

Brilliant Marjan said...

cuba abcd try masak pula..tak adil la asyik makan je.. :P

~beranikah?