Friday, April 26, 2013

If My Baby said....

[ Si soleh anak Ummi ]

Dear mom & dad,

ღ My hands are small.. I don't mean to spill my milk

ღ My legs are short.. Please slow down so I can keep up

ღ Do not slap my hands when I touch something bright & pretty.. I don't understand

ღ Please look at me when I talk to you.. Then I know you are really listening

ღ My feelings are tender.. Don't nag me all day.. Let me make mistakes witout feeling stupid

ღ Don't expect what I do to be perfect.. Just love me for trying

ღ Remember I am a child not a small adult.. Sometimes I don't understand what you are saying

ღ I love you so much.. Please love me for just being me.. Not for the thing I can do..




Source: SweetBonda

~ Tak dapat bayang jika anak Ummi bagi surat macam ni... Nangis dah kot

Thursday, April 18, 2013

Cara Menyimpan Dan Menggunakan Susu Ibu.

Assalamualaikum w.b.t

Untuk panduan diri sendiri dan juga ibu-ibu muda di luar sana yang belum tahu cara penyimpanan dan penggunaan susu ibu yang betul. Untuk keselamatan bayi dan kualiti susu terjamin berkhasiat, pastikan susu yang diperah selamau untuk diminum mengikut cara penyimpanan dan pemanasan yang betul.

Menyimpan Susu Ibu:
  • Botol susu kecil amat sesuai digunakan.
  • Bekas kedap udara daripada gelas atau plastik yang keras dan tahan dalam peti sejukbeku. termasuklah bekas dadih.
  • Bag sejukbeku khas untuk susu ibu juga boleh digunakan, terdapat jenama Medela, Avent, Gerber, Playtex.
  • Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
[ Contoh simpan dalam bekas dadih]
[ Dua jenis plastik ni saya pernah guna.. But i prefer SURI - Big]

Membersihkan Bekas Penyimpanan:
  • Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
  • Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
  • Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual di kedai bayi atau farmasi.
Panduan Menyimpan Susu Ibu:
  • Sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah.
  • {mosimage}Labelkan bekas dengan tarikh dan masa perahan.
  • Simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk.
  • Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.

Ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan:
  • Suhu bilik, atas 25°C: 4-6 jam
  • Bekas penyejuk (Cooler, icepack): 12-24 jam
  • Peti sejuk 1 pintu
Panduan Menyimpan dan Memanaskan Susu Ibu:
  • bahagian fridge 4°C: 7 hari
  • bahagian freezer -15°C: 2 minggu
  • Peti sejuk 2 pintu
  • bahagian fridge, 4°C: 5 hari
  • bahagian freezer, -18°C hingga -20°C: 3-6 bulan
  • Deep freezer -20°C: 6 bulan


Penting:
  • Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
  • Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
  • Jika telah melampaui masa simpanan, jangan sayang untuk membuangnya.
Menyahbeku Susu Ibu:
  • {mosimage}Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan, boleh digunakan dalam masa 24 jam jika disimpan di dalam peti ais.
  • Susu ini tidak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.
  • Semak tarikh pada bekas penyimpanan. Gunakan susu yang lama dahulu.
  • Nyahbekukan susu beku dengan meletakkannya di bahagian fridge selama 4 jam atau
  • Lalukan bekas susu yang beku tadi di bawah air paip yang sejuk. Setelah ia mula cair, lalukan atau rendam dalam air suam pula untuk terus mencairkannya.
  • Jangan cairkan pada suhu bilik. Suamkan susu tadi dengan merendamkannya di dalam mangkuk yang berisi air panas.
  • Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api.
Panduan Memberi Susu Ibu:
  • Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
  • Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
  • Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
  • Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
  • Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya.
Sumber: Akuiza

MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). 

Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu  segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: NurSayangUmmi

~ Jika para ibu yang menyusu baby ada info baru, sila share dengan saya ye.. Saya pun baru belajar

Wednesday, April 17, 2013

MACAM-MACAM

Assalamualaikum w.b.t
[Sekadar Hiasan]
Tapi reality sekarang yang saya hadapi saat menyusukan  our little caliph,  Muhammad Akhtar Khawarizmi, lebih kurang macam dalam gambar. Akhtar semakin besar semakin banyak perkara yang menarik minatnya. Paling ketara dalam kereta, jika ada orang atau depan tv. Kesabaran teruji. Kadang boelh pula anak Ummi ni nak main-main sambil menyusu.

Bila mandi atau sewaktu memakai baju pun, Akhtar tak boleh duduk diam. Ada akalnya untuk melakukan sesuatu. Sekali letak terus meniarap ( 2 bulan pandai meniarap ). Sekarang Akhtar dah pandai pusing 360 darjah, angkat punggung untuk gerak ke depan, pandai main dengan objek dan pusingkan objek (cubic cube) dan macam-macam lagi.

Semuanya sangat mengujakan saya dan suami. Test vokal untuk mengaji & azan (insyaAllah) memang jadi makanan. Bukan menangis. Menangis pula lain caranya untuk tarik perhatian kami. So amazing. Glad to Allah.

Nampak perubahan dan perkembangan Akhtar setiap hari. Rasa sangat-sangat beruntung mendapat anugerah dari Allah ini dan selalu juga saya bermuhasabah diri untuk menjaga amanah ini dengan TERBAIK & MENGIKUT SYARIAT ISLAM..

Namun, saya juga tetap menghadapi cabaran dalam menyusukan dan membesarkan anak cerdik kami ni. Bohonglah kalau tiada air mata yang mengalir dan berselisih faham. Huhuhu..




Cabaran yang saya lalui:

1. Baby
= Alhamdulillah masih direct bf dan menyusu hasil ebm. Mujur Akhtar mau menyusu dari botol atau bekas. Dari lahir dah ajar. Cuma sedikit terkilan, masa kat NICU, Akhtar dah mula minum fm & ketika di rumah MIL.

2. Diri sendiri.
= Memang dah set dalam otak dan berniat untuk nyusukan anak fully bf. InsyaAllah. So, memang gigih cari ilmu dalam pelbagai cabang demi belajar cara nak nyusukan, cara jaga makan, cara simpan stok ebm, buat stok ebm, cara panaskan dan paling penting cara KAWAL EMOSI & KETENANGAN DIRI.

Saya juga gigih jaga malam untuk pump di rumah atau 4x pump di office. I am working Mom. Gigih cuci botol dan kering botol or gigih cari storage plastic yang besar (12oz). Malas tu elak jauh2. Gigih bawa 2 botol air besar Herbalife dan macam2 alat jika di office atau ke mana2. Itupun tengok keadaan.

3. Ahli keluarga
= My family side alhamdulillah menyokong kuat usaha saya dan paling terharu, bila Abah bersetuju ketika terdengar perbualan saya, Anjang dan Ummi untuk jadi ibu susuan pada anak masing-masing jika terjadi sesuatu. My husband also supported me to do that.

Cuma family belah suami je.. Sangat besar cabarannya. Mungkin saya semangat terlebih atau apa tapi saya sudah terangkan secara baik.. Sekarang hanya doa yang mampu. Dan maybe ini hal baru dalam keluarga belah suami saya walaupun sudah ada 2 cucu. Sebab, saya je yang sanggup berjaga malam untuk nyusukan anak dan pumping. Dan yang penting, malu, geli atau cantik tolak tepi dulu. Solid food pun ada yang dah bagi. SANGAT SEDIH!!!!!!!

Now, keadaan dah kembali normal.. Cuma saya harap mereka bersabar hingga Akhtar genap 6 bualn 10 hari untuk beri solid food.

4. Jiran
= Ni lagi satu problem. Bukan jiran rumah kami tapi jiran belah suami. Komuniti ni ada yang baik dan bagus tapi ada juga yang tak bagus sebab tak menyokong. Dulu kata lain sekarang kata lain

Awal2 pantang: "Bagi direct bf je, jangan pump. Nanti tak cantik..n bla bla"

Sekarang:
Jiran: "Bagi botol ke?"
Saya: "Ye, saya pump"
Jiran: " Kenapa tak bagi fm je?"
Saya: klkjdxnncdhdbcv (dlm hati)

Ntah, banyak lagi.. Ada sedara yang jadi bidan, kata susu ibu elok, tapi dialah orang pertama suruh bagi fm sebab kata "Susu tak adalah..apalah.."

Ada juga ahli keluarga yang kata, bagi makan kat baby 6 bulan tapi, rupanya dalam 5 bulan dah beri pada anak..

Semua cakap lain buat lain. Sangat-sangat menaikkan darah saya.. Hahahaha..


Tapi saya dah tak peduli kata orang, cuma ada keadaan memaksa kerana suami tak bagi berhenti kerja dan MIL yang jaga anak sebab tiada orang lain yang sanggup jaga my baby.

Alhamdulillah, walaupun tidak kurus macam dulu sebab czer (ambil masa), tapi berat tetap kurang dan maintain. Setakat entri ditulis, saya belum makan apa-apa supplement.. Alahmdulillah rezeki-Mu ada untuk anakku..


p/s: Ada tak sesiapa yang tahu macam mana nak beli or cari plastik simpanan susu jenama SURI? Please help me..

Monday, April 15, 2013

TIP TARIK ANAK MINAT BERSOLAT


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.



Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada. 

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Hebat, kan... Jom praktiskan kat anak2 kita..

Ni pula doa untuk anak mudah solat.. Kita boleh amalkan..

DOA UNTUK ANK MUDAH SOLAT


[ Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku ] Surah Ibrahim: Ayat 40.
** Moga keluarga kita dalam perlindungan Allah. Ibu bapa pun kena rajin solat. Baru anak-anak akan ikut. Kita adalah role model mereka.

Friday, April 5, 2013

CABARAN PENYUSUAN SUSU IBU



Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.

Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.

Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal

Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.

Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.

Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.

Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.

Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya

Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.

Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.

7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.

Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.

Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.

Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.

Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.

Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.

Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.

Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).

Cadangan kaunselor kepada pengasuh : Elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.

Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.

Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.

Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.

Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.

Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.

Sumber: Luna Family

Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN MALAYSIA DIBUBAR SECARA RASMI

Assalamualaikum w.b.t

Pssstt.. Dah tau ke? Jom mana yang tak tahu, nak habak mai.. PM kita dah buat pengumuman pukul 11.30 pagi tadi.. PARLIMEN BUBAR. So, akan ada plihan raya tak lama lagi..

Lega kan? Lama benar menunggu nak merasai suasana berdebar-debar tu..

InsyaAllah ini kali ke dua saya akan membuat pilihan cinta hati ku.. KAU @ KAMU??!

Ehh.. Vote adalah rahsia...syyyyhhh

Moga kita mampu membuat pilihan yang paling bijak.. Calon pemimpin yang membuat manifesto, perlulah bijak menggalas amanah jika anda terpilih..

...
...
~ Mood: Nak suasana baru.. Tiada adegan kekayaan harta ditonjolkan.. Duit sendiri tidak apa kok!

KATA-KATA SEMANGAT















Tuesday, April 2, 2013

MENGETAHUI HALANGAN PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum w.b.t

Saya memang stress tapi saya akan kongsikan info yang berguna ini. Di petik dari blog famous Sara Kids.




Terus terang, inilah antara mitos2 yang menjadi penghalang kepada permulaan penyusuan.

Lebih senang kita mempercayai mitos yang diulang beribu kali dari zaman dahulu berbanding dari fakta yang tidak diketahui langsung, betul tak.

Ini kerana mitos ini telah menduduki hati nenek moyang kita hinggalah diturunkan pada kita.

Terpanggil nak berkongsi dgn anda semua sejak pulang dari seminar penyusuan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan O&G PPUM, Dr. Rahmah yang bertajuk ” Do doctors/health staffs know everything about breastfeeding?”

Beliau adalah seorang doktor, dan beliau juga mengakui tidak semua doktor tahu dan menyokong penyusuan susu ibu.



Graf ini di adaptasi dari respon dari paedatician (pakar kanak-kanak) dan obstetrician (pakar sakit puan) untuk keperluan nutrisi neonatal – kajian oleh Mizuno (International Breastfeeding Journal 2006 1:12)

Boleh nampak pandangan pakar sakit puan dan pakar kanak-kanak mengikut praktis mereka pada keadaan yang berbeza.

Contoh 1: Breastmilk is good – Majoriti pakar kanak-kanak mengakuinya manakala hanya 10% pakar sakit puan mengakuinya.

Jangan terkejut, jika beliau malah saya juga kata tidak semua kakitangan kesihatan TAHU dan menyokong penyusuan susu ibu.

Mereka akan menjadi sangat suportif tentang penyusuan susu ibu bila keadaan bayi dan ibu BAIK.

Namun pendapat mereka mungkin berubah bila ibu atau bayi mempunyai masalah. Ini hakikatnya.

Contoh: “Ya, bagus. Breastmilk is the best for your baby.” – kata Dr. A kepada seorang ibu yang tidak mengalami apa2 masalah menyusukan anaknya.

DAN

“Oh, this is most to breastmilk jaundice – u should stop breastfeeding for 48 hours and supplement your baby with formula. Then, after 48 hours u can continue breastfeed as usual. And normally bilirubin level will go down to normal range.” – kata Dr. A pada ibu lain bila anaknya menghadapi masalah – kuning.

Saya ambil contoh lain:

“Berat anak puan kurang dari carta. Puan harus tambah dengan susu formula utk meningkatkan berat badannya.” – dari kakitangan kesihatan yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.

“Mari kita lihat dan evaluasi dulu keadaan dan aktiviti penyusuan puan dan bayi supaya kita boleh meneruskan penyusuan.” - dari konsultan atau kaunselor atau kakitangan kesihatan yang menyokong penyusuan susu ibu.

Ini adalah sesuatu yang normal.

Sebagai contoh, Doktor – pada ibu2, doctor is always right. Apa doctor cakap semuanya betul.

Namun harus diingat, tak semua doktor pakar dalam bidang laktasi. Beliau adalah pakar dalam bidangnya, tetapi bukan laktasi. Jadi adalah penting untuk kita merujuk kes2 penyusuan kepada doktor yang pro-breastfeeding.

Antara tanda untuk tahu bagaimana seorang kakitangan kesihatan TIDAK menyokong penyusuan susu ibu:

*1) Dia memberikan anda contoh/sampel susu formula semasa rawatan/pemeriksaan berkala ketika mengandung atau semasa discaj dari hospital atau selepas anda melahirkan bayi.

Contoh:

“Puan, good luck on your breastfeeding, but this (formula milk) is for you IN CASE u dont have much milk to feed your baby” – Oh, tidak.

Tidak perlu memberikan seorang ibu baru PILIHAN samada dia boleh menyusukan atau tidak. Dia seharusnya menggalakkan ibu menyusui anaknya pada awal kelahiran dan  meneruskannya bila bekerja dan lain2.

Ini boleh buat ibu yang tadi berniat mahu menyusukan mengubah persepsi dari penyusuan susu ibu kepada alternatif yang lain.

* 2) Dia memberitahu anda bahawa menyusukan anak dgn susu ibu dan menyusukan anak dengan susu formula adalah sama sahaja.

Baiklah. Memanglah anak susu formula juga boleh membesar dgn bijak, boleh jadi lawyer, majistret, bukan ahli muzik, Hehe (dialog dalam filem ibu mertuaku P.Ramlee). Mereka juga mempunyai IQ yang tinggi. (walaupun hakikat sebenarnya bayi yang menyusui susu ibu mempunyai IQ yang lebih tinggi)

Tetapi, mereka kekurangan security dan EQ.

Apa itu IQ? – Intelligence Quotient – general intteligence.

Apa itu EQ? – Emotional Quotient atau emotional intelligence – yang lebih mempengaruhi kejayaan dan peribadi anak-anak itu sendiri.

seperti orang yang bijak pandai genius segala – jika ada EQ- dia boleh survive dalam hidup jika menggabungkan otak dan sifat survivor nya.

Atau, orang yang tidaklah genius mana, namun boleh survive walaupun hanya dgn kerja memotong ayam di pasar sehingga lebih berjaya dari yang bekerjaya besar.

Ini bezanya.

*3) Dia terkejut bila anda memberitahu anda masih menyusukan anak anda yang berumur 1 tahun.

“wah, masih menyusukan anak? lamanya..banyak ye susu u”

- ini maknanya beliau sendiri tidak faham tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif, tentang kitaran supply dan demand, dan lain2  jadi ada baiknya dont ask him/her anything about breastfeeding. hehe :-) simpan je soalan tu diam2 dan tanya pada yang betul2 arif dalam bidang penyusuan.

*4) Dia memberitahu susu ibu sudah tiada nutrisi selepas bayi berumur 6 bulan

Penyusuan adalah satu momen cinta yang indah antara 2 orang (bayi dan ibu) walau apapun. Susu masih ada vitamin, protein dan lain2 khasiat walaupun telah berkurangan, namun antibodi di dalamnya masih diperlukan untuk melindungi bayi sepanjang tempoh bayi (infant) – jadi tiada salahnya bukan? :-)

*5) Dia memberitahu jangan biarkan bayi terlalu manja dan tertidur di payudara anda ketika menyusukan.

oh, satu kebaikan bila menyusukan anak adalah bila kita ada ‘handy way’ nak handle anak yang mengantuk/penat utk tidur. Pengalaman saya, saya betul2 tak tahu nak pujuk anak yang meragam dgn teruk (bila mood nya tak baik) selain dari menyusukannya. Ia ibarat penyelesai masalah kerana anak akan rasa tenang bila dapat ‘candu’ nya :-)

Salah satu KEINDAHAN menjadi ibubapa adalah bila melihat anak yang selalu buat kita geram dgn keletah dan kecomelannya tertidur di pangkuan kita. Jadi penyusuan adalah salah satu daripadanya :-)

Anak-anakku rasa selamat bila berada dipangkuan mami mereka. Bau pertama mereka kenal sejak dari lahir :-)

*6) Dia memberitahu susu jenama X adalah baik.

“kalau puan masih tak ada susu tak mengapa, balik ni boleh cuba susu ini, sebab susu ini agak bagus utk bayi yang baru lahir”

Ini bermakna, dia terlalu banyak mendengar/berjumpa/dikunjungi oleh wakil syarikat susu formula dan terpengaruh.

Jika dia adalah seorang yang amat menyokong penyusuan susu ibu, tiada jenama yang bagus – dia akan cuba yakinkan ibu tadi bahawa semua ibu ‘ada’ susu selepas melahirkan atau bantu ibu menyelesaikan masalah.

*7) Dia memberitahu tidak perlu menyusukan bayi seawal kelahirannya.

“Nanti2 pun boleh ye puan. Puan rehat dulu”

Ada bayi yang lambat/tidak menunjukkan minat terhadap payudara ibu kerana mungkin faktor ubat/sedatif yang diberi pada ibu, namun ianya bukanlah alasan untuk menghalang bayi kecil ini untuk mendapat peluang menyusu seawal yang mungkin selepas kelahiran.

*8) Dia memberitahu anda bahawa anak anda sakit, jadi anda harus berhenti menyusu buat sementara waktu. atau anda sakit, berhenti sementara waktu.

Pada bila2 masa bayi (6 bulan ke bawah) yang sakit harus memakan sesuatu, ianya haruslah susu ibu nya sahaja makanan dan ubat yang paling baik.

Susu ibu mengandungi antibodi khas untuk melawan penyakit anak dan ianya mudah dihadamkan. Pemberhentian susu ibu buat sementara waktu, akan melukakan perasaan ibu dan anaknya. Ibu boleh luahkan, anak? kasihan mereka. Teruskan penyusuan!

~ Ni baru kakitangan hospital, belum yang terdekat lagi...huhu