Saturday, December 22, 2012

TENTANG BAYI

Assalamualaikum w.b.t.

Bila dalam masuk fasa menjadi seorang Ummi, banyak ilmu yang perlu saya kutip dari pelbagai sumber untuk tahu tentang bayi saya. Memang tak sama bila jaga adik ketika mereka kecil dulu.. Anak sendiri ok!

Sesuatu yang menarik yang saya nak share yang dipetik dari FACEBOOK

[Hari pertama Akhtar melihat dunia]
* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir. - Ni memang betul.. Ketika mengandung pun baby boleh tendang bila dengar suara kita tapi bila si ayah nak pegang perut, terus diam..

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik. - Ni pun saya perasan bila baby Akhtar asyik nak keluarkan sesuatu dari mulutnya.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir. - Ni pun saya nampak depan mata. Terkejut gak. Memang kagum! Terdetik jap, "Orang putih ke anak aku ni?"

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai. - Ni pun sama.. Lagi2 kalau minta didukung atau dipeluk.. Ummi nak biarkan Akhtar tak manja, lagi mahu dimanja kok!

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu. - Tapi rasanya beberapa hari lepas lahir Akhtar dah senyum dan gelak.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu. - Sekarang ni, saya nampak macam ada air mata je bila Akhtar nangis.. Alololo.. Cian anak Ummi!

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa. - Mesti mahu hati2 pegang itu anak lor..

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut. - Saya terus check kebenarannya.. Ek? Tulang kot yang saya rasa tu.. '-_-

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya. - Hah, siapa ada terbaca tentang bayi kembar laki perempuan berusia 9 bulan yang boleh berenang dengan jayanya?

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. - Sungguh indah kejadian Allah.



~ Rindu zaman lalu.. Simpan dalam hati

Tuesday, December 18, 2012

Memoir of Ceasarean

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Sihat ke? Saya masih dalam proses berpantang..Huh.. Banyak yang kena dilakukan..

Jom saya nak story sikit apa yang anda tak tahu tentang pengalaman bersalin saya..

1. Waktu dapat tengok anak tu, saya dah mula belek anak saya. Suka! Lagi saya happy bila nampak Akhtar ada lesung pipit di pipi kanan dan kiri. Selain tu, saya ingat dia ada tahi lalat di dagu tapi silap melihat rupanya..

2. Saya tak suka pam elektrik. Sakit!!!!!!!!! Saya try pun sebab ingat dapat buat stok susu untuk Akhtar bila saya tiada bersamanya dalam NICU tu.

3. Semua orang kata, baik anak saya. Tak meragam walaupun dicucuk atau dimandikan (hari ke 2). Alhamdulillah. Tapi hari ke 3 di wad, ketika saya tiada bersamanya, Akhtar menjerit sekuat-kuatnya. Padahal saya tinggalkan dia kejap je..

4. Lepas baby lahir, selalunya dimandikan ke tidak ye? Sebab waktu tu, anak saya macam tak bersih je.. Macam ada sisa-sisa darah dan air ketuban melekat dikepalanya. Sis Mei (teman bilik warga Filipina) pun bertanyakan hal yang sama pada saya.

5. Saya tak tahu pun boleh lawat anak malam-malam atau awal pagi.. Sebab saya tak jenguk pun melainkan suami saya yang bawa. Jika boleh saya nak putar balik masa tu agar saya sentiasa dekat dengan anak saya.

6. Lepas tengok anak, kadang-kadang terngiang-ngiang di telinga saya anak menangis walhal tak ada pun.

7. Setiap rasa pelik yang saya alami, saya akan terus bertanya pada doktor atau nurse yang bertugas sampaikan ada yang tergelak lucu. Malu aihh nak cerita..huhu

8. Saya paling ngeri nak buang air kecil..

9. Alhamdulillah, saya boleh buang air besar dengan baik pada hari ke 2 bersalin. Nurse pun terkejut..

10. Setaip kali bangun dari katil, pasti ber keriuk katil saya. Cari posisi yang terbaik nak bangun. Sakit nyah! Terasa sakit kat pinggang..

11. Saya tak dapat lupa ketika saya ingin di bawa ke bilik bedah. Nurse yang ada cuba berlari kerana kes saya emergency czer dan sempat saya lihat nurse yang mengandung turut berlari tolak saya. Sempat terdengar teriakan kecil nurse tu. Usia kandungan dalam 7 bulan kot.. Kesian dia demi tugas..

12. Waktu kak long call saya, ntah macam mana saya boleh menangis bila dia tanya tentang anak. Waktu tu anak kena kuning. Risau kak long, takut saya bentan.. Kadang, dalam bilik air pun sempat nangis sorang2..huhuhu

13. Waktu lihat anak di NICU tu bila tahu dia ada kuning, saya terkejut semua baby togel kecuali pakai pampers. Saya tak dapat cam anak saya sehingga saya check betul2 B/O me. Bulu roma badannya lebat ko! Rambut dia pun memang dah lebat dan terpacak lagi.. Itu yang sampai buat saya tertanya dalam hati, "Anak aku ke nih??"

14. Saya macam tak boleh terima bila doktor kata, "Tahu tak sebab apa awak kena emergency czer?". Jawapan awak kena bagi macam ni, "Sebab bayi lemas". Dalam hati kecil tetap kata, mereka punca saya terpaksa di czer dan punca jantung baby laju.

15. Rupanya suami saya risau bila baby dah keluar, tapi saya tak keluar lagi selepas di bedah tu..

16. Suami saya yang minta saya ditempatkan di bilik yang mempunyai 2 katil tapi sebab saya takut, so tukar 1 bilik yang ada 4 katil..

17. Sepatutnya pada hari kejadian 14/11/12, suami berjumpa dengan seseorang namun kerana saya bersalin, semuanya ditunda sehinggakan suami lupa bawa uri bayi pulang untuk diuruskan. Namun mujur MIL ada bersama kak long, MIL yang bawa balik.

18. Ketika uruskan uri bayi kami tu, kak long sempat call opah dan menurut orang tua-tua, Akhtar akan ada 7 adik lagi.. - namun bagi kami tidak kot untuk zaman sekarang ni..Wallahu'alam.

Ok..itu je yang saya nak cerita..

Now, saya menjalani kehidupan dengan seribu satu pengalaman baru..Alhamdulillah

Friday, December 14, 2012

ALHAMDULILLAH 1/2/34 @ 14/12/12

Assalamualaikum w.b.t.

Lafaz syukur dari pagi tadi dan insyaAllah untuk hari yang akan datang juga.. Alhamdulillah gembira saya sebab luka czer melahirkan Akhtar sudah baik. Tinggal nak jaga lagi baik sepenuhnya. Pantang tetap ikut ok!

Alhamdulillah juga semakin membesar anak yang dikandungkan selama 37minggu 4 hari, Muhammad Akhtar Khawarizmi Bin Mohd Zaidi. Yang lebih manis, baby comel kami dah sebulan pada hari ini. Moga Allah beri kesempatan untuk kami sekeluarga melihatnya membesar dengan baik dan sempurna. Tarikh bulan Islam pun dah comel 1/2/34 iaitu 1 Safar 34H.

Saya nak share pemberian Allah pada kami ni untuk tatapan semua..

[ Enak je dia tidur..alhamdulillah tidak meragam mana melainkan nak susu or rasa tak selesa]

[ Kalau dah jaga, lama gak dia main..Umminya yang pening..]
Love u sayang Ummi..

Thursday, December 13, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 3

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf tak dan nak up date blog. Nak bersenang-lenang macam dulu tak boleh lagi. Kena utama yang utama dulu. Sebelum nak sambung entry terakhir, saya nak ucapkan tahniah pada adik lelaki ke 2 saya, Angah dan isteri atas kelahiran bayi mereka pada 11/12/12.

Baby, nape tak keluar semalam (12/12/12)? Mak Long suka tarikh tu. Cantik la baby. Tapi tak apalah.. Janji baby selamat walaupun tak cukup minggu. Cuma masa kelahiran baby tu comel gak Mak Long nengoknya, jam 12:12 pm. Now, tahun ni cucu Atok MJ sudah ada 3orang. Tinggal seorang lagi nak lahir bila.. Meriah nyah!

**********

Lepas 6 jam saya dibedah, sempat saya makan menu yang dihidang pihak hospital. Waktu tu nurse sempat tukarkan pakaian saya. Gerak pun masih takut-takut lagi sebab terasa ngilu bila nak bangun. Buang air pun macam ngeri.

Ada sampai satu tahap lepas ubat bius dah habis, saya nak muntah dan nak batuk, kebetulan nurse tak ada yang lalu. Nak guna alat yang boleh panggil nurse tu saya tak tahu fungsinya. Jadi saya suffer sorang-sorang kat katil. Memang azab sampai berair mata. Saya hanya mampu selawat dan kawal pernafasan saya sebaik mungkin. Alhamdulillah lepas tu baru ok.

Lepas waktu melawat habis, saya minta suami bawa saya jumpa anak. Mujur suami dapat kebenaran khas untuk berada di hospital. Alhamdulillah sempat beri baby Akhtar susu pertama. Saya kejutkan dia bangun dan paksa baby hisap sambil cakap kat suami, susu pertama penting untuk baby kita. Kuning pekat tu. Tapi sikit je yang termampu.

Bila tengok anak sendiri kena tahan di NICU, rasa sedih je. Saya ada tanya juga pada nurse, tak boleh ke baby bawa dekat dengan saya tapi nurse tak bagi.

Baby kami kena tahan pada mulanya sebab jantung laju, lepas tu katanya ada infection yang perlu pihak hospital check sama ada dapat waktu dalam kandungan atau lepas lahir. Lepas tu, saya perasan tangan baby kami lebam biru teruk sangat-sangat. Suami tanya pada doktor terus dan doktor tu minta maaf. Kena tahan lagi.

Waktu saya nak baring after tengok baby dan suami pun balik, saya ditukarkan ke bilik hujung. Sorang2 lak tu. Saya tak tahu pasal apa tapi mereka cuma maklum ada orang nak guna katil saya. Saya dah rasa cuak sebab bilik yang saya duduk tu macam 1st class. Kongsi 2 orang. Seingat saya, kami suami isteri dah bercadang nak ambil 1 bilik 4 orang je.

Mak guard yang datang check pun ngintai sambil kata, "Sorang2 dia duduk bilik ni. Berani ke?"

Soalan apakah?! -_-

Sempat saya maklumkan pada suami tentang keberadaan saya tika itu. yalah kang tak pasal2 ada pape nanti, naya je.

Around 10 pm - 10.30 pm, ada ibu lepas bersalin ditempatkan dibilik saya. Wah, lega! Ada teman. She's from Philippine.

Malam tu saya tak boleh tidur. Saya tak pasti teman saya tu sedar atau tidak saya ulang alik masuk toilet. Bukan sekali tapi 3kali. Ibarat saya terjaga tu ketika saya mengandung dulu. Bayi teman saya tu pun ada gak menangis.

15/11/12

Pagi tu saya dan teman sebilik sempat berborak panjang. Namanya Mei. Kerja kat restoran dalam Great Easten. Rupanya baby dia nangis pasal tak dapat menyusu sebab ibunya tak dapat produce susu. Tambah sedih bila Mei kata lapar. Terus saya beri beberapa peket biskut dan sekotak air susu coklat sebelum datang sarapan pagi kami.

Apa yang saya kagum, sis Mei ni nampak muda tapi dah berusia 39tahun dan mempunyai 3 anak lain di Filipina. Yang tua berusia 21 tahun, 19 tahun dan 11 tahun. Kahwin muda dia ni. Suami dia pun nampak macam budak je. Sis ni tak pandai cakap Melayu berbanding suaminya. So speaking je kami.

Sis Mei pun faham perasaan saya sebab tak boleh tidur kerana teringat baby Akhtar. Dia marah kat saya bila saya nak juga berjalan pergi tengok anak di NICU. Dia minta saya tunggu suami saya atau suaminya temankan saya. Tapi sebab czer ni kena juga berjalan, saya gagahkan diri  nak jenguk anak walaupun jauh. Saya tak mahu susahkan teman saya tu.

Alhamdulillah, Ummi, Abah dan Acik datang tengok saya. Rasa terhibur sikit. Cuma mereka tak dapat tengok baby. Kebetulan MIL, FIL, Kira & Jiha pun datang sama. Tapi ntah macam mana, suami dapat minta izin kepada pihak NICU untuk bawa Ummi, Mak & 2 Abah tengok baby walaupun dari jauh je.

Petang tu pula Anjang datang melawat siap bawa hadiah yang besar bagai lagi. 2 kot!

Anak kami katanya ada kuning sikit. Tapi bukan letak lampu lah..

Petang sikit tu, saya sekali lagi pindah bilik yang katilnya ada 4 je. Baru ok sebab Sis Mei kan dah balik. Saya tak mahu tinggal sorang dalam keadaan macam ni.

Malam tu saya tidur agak awal akibat keletihan tapi tetap terjaga bila tiba waktunya. 2 penghuni katil yang lain tu pula risau sebab anak mereka bising mengakibatkan saya tak dapat tidur. Puncanya bukan itu, cuma teringat anak. Naluri seorang ibu agaknya..

16/11/12

3 ke 4 pagi saya terjaga sebab nak sangat tengok anak. Dah minta izin wad saya duduk tu tapi mereka kata nak kena ambil darah dan makan ubat dulu. Mereka minta tunggu dulu. Dalam pukul 5 pagi baru saya dapat tengok.

Sedih bila sampai je, anak saya telah disusukan dengan FM. Habis! Lapar anak Ummi ye.. Maafkan Ummi ye sayang.. Tapi saya dukung juga baby saya. Agak lama saya dalam NICU tu semata-mata nak susukan baby. Alhamdulillah Akhtar tak meragam sangat. Memang anak yang baik.

Waktu sarapan, saya tinggalkan baby kejap sebab dia dah kenyang. Saya kembali ke wad saya. Hari ni kemungkinan saya boleh balik dan mesti banyak perkara yang perlu dilakukan oleh doktor.

Kebetulan suami sempat maklumkan, anak kami ada kuning. Terkejut saya. Awal pagi tak ada macam mana boleh ada pula lepas saya tengok tu...

Alhamdulillah saya memang boleh balik tapi bayi kami belum boleh lagi. So, saya tunggu turn nak duduk dalam NICU pula. Sedih bila tahu anak ada kuning. Menangis saya..

Ntah macam mana petang sikit tu, pihak NICU benarkan baby kami keluar. Kebetulan saya ada time tu. Doktor pakar maklumkan kuning anak saya 155 je. Alhamdulillah.

Hampir maghrib baru urusan semua selesai.

Dengan hujan lebat dan jalan jem, nak masuk isyak rasanya baru kami semua tiba di rumah FIL.

~  Ada masa nanti, saya update gambar anak dan apa yang menarik dan tak menarik yang saya alami..

Friday, November 30, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 2

Assalamualaikum w.b.t

Hari yang meletihkan.. Namun, Alhamdulillah kuning si kecik Akhtar pun dah makin kurang dan tak perlu pergi klinik. Cian tengokkan kalau Akhtar kena cucuk...

Tanpa berlengah, saya nak sambung entri. Kalau sesiapa yang belum baca, sila lihat ini.

Nurse yang last dapat cucuk saya tu, dia yang sorong saya naik wheel chair. Suami dah pergi tunggu ikut pintu lain. Waktu tu sempat saya request nak doktor perempuan kalau boleh. Rupanya-rupanya doktor perempuan untuk sambut kelahiran kat Hospital Ampang ni tak ada. Sebenarnya, dari buat check up susulan pun saya dah tanyakan hal ni tapi jawapan tetap sama. Bergantung pada keadaan..

Nurse tu pun sempat berkongsi, " Doktor perempuan akan layan kita kasar tak macam doktor lelaki minta izin segalanya. Puan dengar kan tadi, wanita yang bising tu kan dah kena marah dengan doktor perempuan tu. Saya pun nak doktor perempuan yang sambut tapi ntahlah..."

Saya diam sambil berfikir, " Doktor perempuan perlu ramai.." - Ntah apa-apa yang terlintas difikiran saya. Rasa sedih pun ada..

Nurse tu tanya juga, "Puan ada minum air selusuh tak?"

Saya geleng sambil jawap, "Saya tak minum. Dan untuk apa perlu saya minum?" - Actually macam-macam saya dengar tentang air selusuh ni. Untuk memudahkan proses untuk bersalinlah. Tapi nurse ni kata, kena minum waktu kita betul-betul nak bersalin bukan waktu kita belum sampai tempohnya. Nanti akan bawa masalah.

Saya dibawa ke bilik pertama berhampiran kaunter pertanyaa jika tidak silap. Kiranya mana katil yang kosonglah. Sebelum tu sempat saya melihat seorang perempuan menunggu di katil diluar bilik. Tengah menuggu bukaan terbuka kot.

Baru saya tahu, rupanya pada detik 9.00 malam 13 November 2012 hingga saat saya menanti kelahiran pada pagi 14 November 2012 tu, ramai ibu-ibu yang melahirkan anak. Doktor tak cukup sehingga perlu meminta bantuan dari doktor bahagian lain.

Kebetulan ketika saya menunggu tu, seorang doktor muda yang handsome menyapa saya. Saya sangat malu. Dalam hati, "Huhuhu..lelaki ni ke yang nak check aku??"

Dah tu doktor ni dengan lembut meminta izin untuk pecahkan air ketuban sambil ditemani nurse yang agak senior. Pulak tu yang buat saya tambah malu, doktor ni kata, " Wajah puan macam biasa dilihat..". Saya hanya geleng kepala tanpa suara. Bukaan dah 4cm..

Mereka suruh saya tunggu dengan sabar sambil meminta berselawat. Saya tahu saya tak boleh minta air, tapi ayat tu terkeluar juga, "Nurse nak air. Haus."

Nurse balas, "Dah masuk labor room tak boleh minum air.."

Doktor lelaki tadi sempat sudahkan kerjanya dikomputer yang berhampiran dengan saya. Sempat juga dia bukakan ayat Al-Quran sambil tertidur di situ kerana keletihan. Baru tenang jiwa saya sebab ketika itu saya dah dengar macam-macam bunyi (anasir subesif) yang boleh membuatkan saya terpengaruh sekali.

Nurse senior pertama memasukkan air untuk memudahkan saya bersalin jika takut-takut tidak cukup tenaga sebab last saya makan dalam 10.30 malam. Time tu pukul 5-6 pagi. Waktu tu jantung baby saya dapat dengar sebab telah dipasang alat di perut saya.

Suami saya ikut masuk sekali untuk temankan saya. Saya sempat minta maaf pada suami atas sikap saya selama bersama dengannya.

Kesakitan yang saya rasa makin ketara dari masa ke semasa. Selang 5minit tak silap. Waktu contraction tu, jantung baby ikut laju sama. Sempat saya terdengar wanita di bilik lain meminta ampun dan sebagainya. Suasana agak hingar bingar..Saya dah cakap dengan baby dalam perut, "Muhammad, kita kena kuat. Ummi tak nak buat malu muka macam perempuan lain yang terjerit-jerit tak ingat Allah. Selawat sama nak...."

Dalam hati saya harap baby dapat keluar sama waktu saya lahir iaitu lepas subuh sebelum pukul 7.00 pagi. Apa yang saya alami ni lebih kurang waktunya dengan Ummi saya saat melahirkan saya 27 tahun lalu. Sakit tengah malam..

Nurse kedua datang masukkan air untuk mempercepatkan proses bukaan.

Waktu silih berganti.. Suami pun sempat buat lawak agar saya tak terasa sakit. Mak mertua dah tunggu di luar. Ummi dan Abah saya sudah diberitahu sejak awal lagi oleh suami. Sempat saya minta maaf  pada mereka.

Bibir dan hati tak henti-henti lafaz doa nabi Yunus dan dalam bilik saya tu pun ada ditampal doa tersebut. ‘Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doktor perempuan yang agak berusia dan bergaya mengambil alih. Dia sempat lihat graf jantung baby. Terdengar dia bising, "Nurse mana yang masukkan air kedua ni. Jantung baby lemah.." Terus dia cabut wayar yang menyambung air kedua dibadan saya..

Kami suami isteri dah takut sebab memang kami turut jadi hairan bila dengar bunyi jantung baby kami. Bukaan saya sudah 6cm. Tempoh saya untuk bersalin normal dan menunggu bukaan hingga 10 cm adalah pada jam 12.30 tengah hari dari pukul 5.00 pagi tadi.

Tapi pada jam 8. 45 tu doktor perempuan tu decide dan putuskan perlu dibuat emergency czer.. Saya yang sain. Sebelum terlupa, ada nurse tu beritahu waktu check bukaan saya, dia kata baby dah buang najis tapi sikit je. Kita biarkan dulu.. Dalam hati, "Ni macam waktu Ummi lahirkan Uda dulu. Tapi dah dipaksa baby keluar. Kenapa aku disuruh tunggu? Baby tak apa-apa ke?"

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya... Czer juga yang perlu saya lalui.. Suami tak dibenarkan ikut. Mereka menolak saya dengan cepat termasuk seorang nurse yang mengandung sebab doktor di bilik bedah sudah bising menunggu.. kes saya terpaksa didahulukan demi menyelamatkan si anak.. Huhu..

Waktu tiba di satu ruang, saya berseorangan,contraction yang saya rasakan sangat-sangat menyakitkan.. Saya tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi hanya Allah yang saya mampu sebut..

Seorang pakar bius menerangkan procedure epidural dan beliau bertanya jika saya mengalami sebarang alahan.. Saya hanya memberitahu, "Doktor mata pernah beritahu saya, darah saya lambat beku..". Mereka cuba lihat kes yang ini pula..

5 kali cucuk ditulang belakang saya. Sakitnya hanya Allah yang tahu.. Doktor pesan jangan bergerak ketika mereka cucuk tapi saya tak gerak cuma mungkin saya terkejut bila di cucuk terus badan jadi semacam.. Saya hanya mampu cakap, "Doktor dah ke? Doktor dah ke?" Tapi mereka tak balas.. Huhu.. Sakitnya!

Bila cucukkan last mengena, baru segalanya dapat dimulakan.. Saya terasa perut dibelah. Waktu tu tubuh badan saya menggigil yang amat sangat. Saya dibius separa sedar.. Everything is clear. Saya dengar lagu yang dipasang. Nampak nurse bergerak tapi saya tak dapat lihat mereka keluarkan anak saya sebab badan saya di cover tinggi dengan kain.

Saya juga dapat rasakan mereka menarik dan menolak 'sesuatu' dari perut. Segalanya cepat. Tup-tup dengar bayi menjerit dengan kuat. Dalam hati, "Anak aku.." 9.29 pagi masa kelahiran dicatatkan. Kiranya waktu dhuha lah..

Then, nurse bawakan baby dan tunjuk 'anunya'' sambil bertanya pada saya, " Puan, tengok bayi apa ni?"

"Lelaki", balas saya. Terus nurse ciumkan mulut baby ke mulut saya. Itu saat yang paling saya tak dapat lupakan.. Best sangat sebab dapat cium anak sendiri. Macam tak percaya pun ada. Waktu check up dulu, nurse maklumkan, selepas dilahirkan, anak diletakkan di dada si ibu dalam beberapa saat tapi bergantung pada keadaan. Cuma cara saya dan bayi bersama lain pula..hehehehe

Badan saya masih lagi menggigil yang amat sangat, bukan sejuk. Saya tak boleh kawal rasa gigil tu. Waktu tu, saya terasa kulit seperti plastik. Saya bertanya pada nurse, "Nurse, kenapa saya menggigil teruk ni?? Saya tak pernah rasa macam ni? Semua ok ke?"

"Bila dibedah, badan kita hilang darah dan biasanya sesiapa yang pertama kali dibedah akan mengalami hal seperti ini. Jadi puan akan rasa menggigil. Ia perkara biasa...", balas nurse tersebut.

Seterusnya selepas dibedah, saya ditempatkan di satu bilik. Ratanya-ratanya pesakit kelihatan baru sudah dibedah. Macam ada pesakit yang berusia. Doktor pulak tu ramai yang lelaki dan semuanya muda. Malu betul saya!. Gigil saya masih ketara lagi..

Then, baru saya dibawa keluar. Suami dan MIL sudah menunggu dengan sabar. Saya minta MIL pakaikan saya tudung sebab dalam bilik bedah tadi mereka hanya benarkan pakai topi bedah je..MIL sempat cium dahi saya..

Saya ditempatkan di wad 4c - bilik berkipas dan ramai. Bukan special sebab semuanya penuh. Nurse tak benarkan saya bergerak selama 6jam melainkan bola mata saya je yang bergerak. So, saya hanya terbaring dikatil saja. Tak tahu macam mana keadaan anak.

Lama tu baru MIL datang. Rupanya FIL hanya sempat hantar MIL pagi tu je sebab FIL ada kerja luar. MIL beritahu, waktu menunggu saya tu, rupanya bersusun ibu-ibu untuk dibedah czer. Pening MIL. MIL juga maklumkan suami saya tak dapat tengok anak sebab anak kena tahan dalam NICU. Sedih rasa hati...

Dalam hati dah berbisik, "Apa yang anak aku nak minum nanti lepas satu jam ni? Aku boleh gerak pun lepas 6jam" - susu ibu boleh diberi selepas sejam melahirkan.

Di wad 4c itu, mostly memang ramai yang bersalin secara czer.. Saya tak pasti kenapa.. Adakah tidak mahu menunggu lama untuk bersalin normal atau ada sebab lain. Dan kebetulan, semuanya anak pertama... Nasib badan..

Saya rasa iri dengan ibu-ibu yang tidak mengalami masalah seperti saya sebab anak mereka berada di sebelah mereka. Huhuhu.. Sedih!

Suami sempat jenguk saya. Anak kami ditahan kerana jantungnya berdegup laju dan suami belum dapat azankan lagi ditelinga si anak.

Saya dapat tahu hari itu juga suami saya kena saman gara-gara park kereta di kawasan tidak sepatutnya. Suami tidak beritahu saya. Mujur suami dapat kad khas untuk melihat anak kami di wad NICU.

So, ulang alik la jawapnya..

Ok, sambung lain kali..

~ Tahniah buat adik saya, Alang dan Isteri kerana kelahiran anak lelaki mereka, selasa 27 November 2012. Lahir selepas 2 minggu Akhtar.

Tuesday, November 27, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Lafaz syukur yang tidak terhingga saya zahirkan atas pengalaman dan kurniaan yang Allah beri buat kami suami isteri. Saya tak tahu nak mula dari mana untuk berkongsi pengalaman yang berharga ini.

Baby dijangka lahir 3 Disember 2012 tapi mengikut kiraan dari scan doktor 22 November 2012. Namun mengikut orang-orang tua yang saya temui, awal dari jangkaan di atas sebab tengok keadaan perut saya yang dah nampak sarat sangat.

Sebenarnya suami nak saya duduk di rumah mak dan abahnya jika suami keluar berkerja. Maklumlah kerja dalam bidang kontraktor ni tidak menentu masa bertemu orang. Adakalanya sampai ke malam saya duduk berseorangan. Tapi saya tetap berdegil untuk tinggal di kediaman kami kerana berasa selesa dan saya tetap tekankan saya tahu jaga diri (padahal tak sedar tu, diri dah tak larat nak bergerak laju). Saya juga maklumkan pada suami tetap nak bekerja selagi belum berasa sakit untuk bersalin.

Ketika di office tempat saya berkerja, Kak Midah dah bagi amaran, " Baby, jangan keluar lagi ye. Nak minta Ummi ko tolong buat kerja lagi, nanti tak terurus Acik Midah kat sini". Akhir-akhir tahun macam ni, baru berlambak job yang kami dapat. Saya hanya gelak suka je.. Tapi dalam hati memang dah terdetik, "Aku mungkin bersalin awal".

Pada cuti Deepavali 13 November 2012, petang tu suami ajak berjalan dan memancing. I follow je. Ni satu lagi habit saya yang suami tak tahu.. Hehehe.. Memang degil betul isterinya ni.. Gara-gara tak nak duduk rumah MIL, saya akan follow ke mana suami ajak berjalan selagi mampu. Lagipun boleh excersice kan? Dapat udara segar juga... Macam boring je lalui rutin yang sama..

Suami saya ni kaki pancing tapi sejak tahu isterinya berbadan dua, dia stop dan bersabar. Namun benteng kesabaran tak kuat, pecah juga. Banyak faktor luar yang mempengaruhi bentengnya pecah tu..Hahaha.. Suami lepas gian di Kolam Sukida, Semenyih. For him, tempat tu heaven dengan view yang cantik dan kenangan bagi dia sewaktu belajar dulu. Saya ikut je la.. Masuk hari tersebut, dah 3x saya ikut suami ke Sukida.

Untuk pengetahuan semua, hari tu juga merupakan hari yang sangat bertuah apabila 2 batang pancing  yang suami letak, asyik mengena dan suami sempat dapat ikan yang menjadi idamannya, Pacu (suami sebut gajah sebab payah nak dinaikkan ke darat). Berat ikan tu dalam 6 kilo.

Dan pada hari itu juga, saya makan dengan sangat berselera apatah lagi saya bawa bekalan speggeti lada hitam laksana berkelah di tepi pantai. Suami pun sempat beli kudapan sebagai iringan. Lahap gak saya makan macam dah tak sempat je nak menunggu hari esok.. Bukan apa, sayang kalau terbazir tak habis.

Lepas dah puas memancing tu, dalam pukul 9 malam kami bertolak balik ke Ampang. Tapi suami ajak makan malam di Restoran Tomyam Antarabangsa, Keramat. Perut saya dah penuh tapi suami paksa gak makan sebab katanya, "Kita tak makan nasi lagi satu hari ni.."

Saya balas, "Nanti gemuk, jangan marah ye.."

Ketika, itu perut dah rasa tak selesa.. Maybe banyak makan kot. Tapi saya biarkan.. Cuma tetap terdetik kata-kata kakak ipar, "Jika dah nak bersalin tu, tandanya yang paling ketara, asyik buang air besar dan sakit perut".

Sampai je kat rumah, sakit perut makin ketara.. Malu nak sebut tapi memang saya buang air besar pun..Sebelum tu sempat saya bagitahu suami ada tanda coklat yang kelihatan tapi suami kata tak ada apa kot. Kita tunggu dulu esok macam mana.

Malam tu juga sempat saya basuh kain dengan menggunakan mesin sebab rimas tengok kain yang ada. Saya jangka mesin berhenti pukul 12.00 tengah malam.

Lanjutan daripada itu, kekerapan untuk buang air semakin tinggi. Suami dah lena dulu sambil mulutnya sempat tanya, "Dinda ok tak?"

12.00 tengah malam, 12.30 malam.. 1.00 pagi..1.30 pagi.. Dari buang air biasa terus jadi ceri beri yang sangat-sangat tak boleh tahan.. Dalam hati memang saya merasakan sesuatu yang akan terjadi.. Tidur saya jadi tak lena dan nak kejut suami pun tak sampai hati.

Hinggalah pukul 2.00 pagi lebih, ceri beri tiada tapi saya nampak sesuatu cuma tak yakin je..Saya cuba rasa celah peha tapi bukan air ketuban dan bila saya lap nampak darah, terus kejut suami..

"Kanda, bangun... Kanda, bangun..", ayat tu je yang mampu saya ucap sebab macam terkejut bercampur nak pitam sebab ada darah.. Suami tak bangun juga..

Tapi bila saya boleh je sebut, "Kanda, darah!". Terus suami bangun terkejut. Dia pulak jadi panik mengalahkan saya.

Sempat saya minta suami tenangkan diri. Saya bersiap seelok mungkin. Ingat nak buat air koko dan telur separuh masak tapi tak terkeluar sebab suami nak cepat takut apa-apa jadi pada saya. Waktu tu saya dah rasa contraction yang pernah dialami ibu-ibu lain. Saya hanya mampu beristighfar dalam hati.

Mujur barang-barang saya dan baby sudah disediakan awal-awal lagi dalam kereta. Buku pink saya pula sentiasa ada di dalam beg tangan.

Alhamdulillah jalan lengang. Pagi-pagi buta mana ada banyak kereta. Suami pun sempat kata, "Akhtar, nasib baik Ummi sakit pagi ni,  kalau pukul 7 pagi, jem jalan ni.."

Tiba di Hospital Ampang dalam pukul 3.00 pagi. Kat hospital ni nak cari parking macam payah sikit. Suami just berhenti depan Dewan Bersalin untuk sementara waktu. Urusan pendaftaran suami yang buat. Kena pergi kaunter nombor 8 bangunan sebelah.

Selain saya, ada 4 pasangan dan keluarga menungu. Ketika menunggu urusan pendaftaran tu, saya terdengar perempuan mengerang kesakitan di bilik dalam Dari ruang menunggu tu, boleh nampak bahagian dalam sebab pintu tidak di tutup.

Nurse tanya, "Keluar darah ke?"

Saya iakan saja. Dan nurse minta saya tukar baju pink yang diberi dan tunggu di katil yang kosong buat sementara waktu. Ketika itu, Nurse yang pertama minta izin untuk ambil darah. Waktu tu urut tak berapa timbul maybe sejuk agaknya. Tapi sebelum tu, nurse tersebut sempat cakap, "Saya try ye". Ayat try tu yang saya tak suka sebab akan ada cucukan susulan. Memang betul!! 5 cucuk saya dapat. Sakit!

4 orang nurse dan seorang doktor yang ambil darah saya di tangan kiri dan kanan. Nurse last yang dapat buat cucukan dengan betul. Nurse yang last ni kata procedure tersebut dibuat untuk memudahkan tiub dimasukkan ketika bersalin nanti. Gara-gara hal ni, saya lambat masuk ke labor room.

Waktu ambil darah tu, wanita di katil sebelah saya menjerit-jerit kata, "Doktor, saya sakit. Tak tahan. Tolong doktor."

Apalagi, doktor perempuan yang ada terus melihat dia tapi malangnya wanita tu kena marah sebab bukaannya kecik 4cm. Tapi jerit macam dah 10 cm. Last-last wanita ni kata, "Saya nak buat czer!!."

~ OK sambung next entry.. lambat post ni pasal ada keje yang perlu dibuat.. Jaga anak... =)



Monday, November 12, 2012

TAHNIAH BUAT SAHABAT SAYA

Assalamualaikum w.b.t

Actually saya baru perasan tarikh 10/11/12 iaitu Sabtu lepas tu cantik. Bagi pendapat sayalah.. Patutlah En. Suami kata nak anak dia lahir waktu tu, 10/11/12. Tapi baby belum sampai due lagi ler..

Sahabat baik saya pun pandai pilih tarikh untuk nikahnya.. Anyway tahniah ye.. Tapi ada juga yang saya tak dapat hadir untuk memenuhi undangan lantaran keadaan diri yang tidak mengizinkan..

Ada juga sahabat saya yang selamat melahirkan baby perempuan pada tarikh tersebut. Tahniah sangat2..

[Solemnize Elis & Yusof]



[Kalau ikut kami punya geng, Elis lah paling bongsu kahwin.. Tahniah dear..]
[Saya jadi tertarik dengan model motor skuter kecik ni..Comel giler! Rasa nak kumpul gak lah.. Nak beli gak model Ferrari dari Shell juga..]
[Ni pulak Yafiza & Fadhli.. Tahniah ye..]
[Hati2 ngn duit bentuk bunga tu.. Sat lagi ada yang copet! Time saya nikah bulan 2 hari tu, mak mertua gubah duit mas kahwin jadi bunga]
[With pak & mak Yafiza.. Tahniah sekali lagi..]

~ Sabarlah dalam melayari rumah tangga anda semua.. Kadang tak macam kita nak tapi itu yang terbaik untuk kita..

Friday, November 9, 2012

INGAT IBU KITA





[ Klik gambar untuk besarkan]

~ Mood : Rindu nak bergosip dengan Ummi saya.. Berbual di telefon tak puas.. Nak jumpa gak baru best.. Tq Ummi sebab masih sabar mendengar celoteh kakak walaupun kakak ni dah nak jadi Ummi juga tak lama lagi... Aku syok giler dapat Ummi yang sempoi macam Ummi aku tu.. Modern mother and she always said, "I'm carrier women not kueh keria"

Thursday, November 8, 2012

LUKISAN DOODLE SAYA DI AMBIL TANPA KEBENARAN

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ceria semua. Hari ni baru saya berkelapangan untuk update blog. Dah masuk minggu nak melahirkan dan time ni juga kerja di office makin bertambah. Malam tadi keluar office pukul 10.00 malam. Bayangkan betapa letihnya saya..

Actually saya nak luahkan seperti tajuk entri di atas...
[ Doodle khas untuk adik saya yang saya buatkan atas permintaannya]
Alkisah bermula pada Isnin lepas, 5 Nov 2012...

Dengan suara yang sayu dan sedih, Anjang (adik saya) call saya yang tengah pening dan mamai tu sambil beritahu doodle yang saya buat khas untuknya setahun lalu digunakan orang sebagai gambar di dalam facebook. Saya agak terkejut sebab doodle yang saya lukis tu amatur je sebab baru belajar ketika itu. Tak sangka ada yang berminat!

Anjang sempat bertanya pada orang yang menggunakan doodlenya itu dan si perempuan tu mengatakan dia ambil dari doodle dakwah tapi lupa linknya (ntah betul ntah tidak).

Ini antara luahan hati adik saya iaitu Ummu Ajwad

1. Anjang sedih sebab doodle yang kakak buat tuk anjang dicuri orang..

2. Anjang sedih sebab orang tu tak minta izin nak ambik..

3. Anjang sedih sebab name ummuajwad@mummynaufal dibuang..

4. Anjang sedih sebab doodle tu di edit menjadi kecil..

Sebagai kakak, saya pun turut sedih.. Sebab Anjang lah yang sokong saya buat doodle ni lantaran dia tau kakaknya suka melukis jika ada masa. Apatah lagi guna software.. Bukan senang tahu! Cuma tahun ni je saya tak dapat nak improve skill melukis saya.. Namun saya tetap admirer dengan kawan-kawan yang mahir buat doodle guna software.

Adik saya berniqob dan merupakan seorang ibu. Saya lukis doodle tu atas permintaannya. Saya tak cacatkan tudung si comel tu dengan nama adik saya juga sebab atas permintaannya... Cuma ayat kat doodle tu je saya yang buat dan Anjang setuju.

Seperti luahan dia, yang sangat sedih adalah orang tersebut buang nama ummuajwad @ mummynaufal. Anak buah saya Allah simpan dan sekarang Anjang diberi rezeki mengandung lagi. So, tak best jika emosi terganggu kan? Sungguh Anjang sangat sedih!

Sebagai kakak, saya tak suka lah jadi macam ni.. Jika berkenan dengan doodle tu, minta izin sebab memang ada nama adik saya dan adik saya pun mention saya lukis khas untuknya..

Selama ni pun, saya cukup takut nak ambil gambar orang sesuka hati.. Saya takkan crop link yang ada pada apa-apa sumber pun! Saya biarkan dalam keadaan asli sebab saya tahu bukan hak saya. Malah saya minta izin nak ambil atau saya beli hasil kerjanya jika berkenan! Saya join contest doodle jika nak doodle comel.. See, saya serius kan?!

So, jangan buat gini kat saya dan adik saya.. Minta maaf cepat!!! Betul, Anjang sangat kecewa.. Dia rasa tak semangat...

p/s: Perhatian! Jujur pada diri sendiri.. Tak salah minta izin kepada yang berhak..

~ Tak syok tau jadi cam ni.. Emosi pun jadi tak stabil.. Kami berdua tengah mengandung... Jadi, prihatin lah sikit ngan kami ni..Anjang juga minta saya buat entri ni sebab dia kata blog saya femes.. Cian Anjang.. Korang jangan buli adik saya k! Tq

Friday, November 2, 2012

TANDA-TANDA BERSALIN

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.
Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
Sumber: Portal Hamil

~ Saya antara ibu muda yang baru nak tahu tentang hal sebegini.. Saya pun dah ada tanda untuk melahirkan tapi belum lagi tiba masanya..Moga2 bayi yang dikandung sihat dan selamat serta saya tahu dan peka alamat2 yang lain sebab setiap orang berbeza..

KURSUS PENULISAN ISLAMIK


LATARBELAKANG

Penerbitan buku berkembang dengan pesat setanding dengan permintaan yang semakin rancak daripada pembaca di setiap lapisan umur. Suasana ini menunjukkan bahawa bidang penulisan bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan potensi pasaran yang luas malah menjadi medan dakwah yang amat berpengaruh dalam membentuk masyarakat. Namun, semua ini memerlukan pengetahuan, kemahiran dan teknik yang berkesan.

Justeru, menyedari kepentingan ilmu untuk berdakwah melalui medan penulisan ini, Pusat Islam telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kursus Penulisan Islami ini bagi memenuhi tuntutan dakwah dan semestinya memberi kebajikan dan impak yang besar kepada para peserta terutamanya para staf akademik, kakitangan pentadbiran universiti dan para pelajar dan masyarakat sekeliling.

Kursus ini bertujuan menyediakan satu pakej lengkap untuk menjadi seorang penulis buku Islami yang berjaya. Selain itu, kelainan bengkel ini ialah peserta dapat berkongsi pengalaman, pengajaran dan panduan daripada penulis yang telah menjiwai bidang penulisan dan berjaya melakar nama di persadanya.

OBJEKTIF

1. Mengetengahkan halatuju dan fikrah dakwah dalam jiwa seorang penulis.
2. Mengetengahkan kaedah penulisan buku yang menarik dan berkualiti.
3. Mengetengahkan pola minda pembaca mengikut kehendak pasaran semasa.
4. Memberi panduan secara amali penulisan ilmiah dan perkongsian pengalaman.

PENCERAMAH JEMPUTAN KHAS:

Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (saifulislam)

YURAN

RM 10.00 SAHAJA! (MAKAN, SIJIL DAN DAN BAHAN MODUL) - duit pendaftaran mestilah diberikan bersama borang pendaftaran. Sekiranya pendaftaran penuh, tiada pendaftaran terbuka pada hari berlangsungnya program.

TERHAD KEPADA 150 ORANG!

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Kredit: The Kakaroct

~ Jom pakat memeriahkan kursus ni. Saya tertarik tapi apakan daya ketika itu tengah pantang.. Murah tu dan ada sijil lagi.. Ilmu pun dapat, kawan pun dapat dan sijil pun bertambah!

Wednesday, October 31, 2012

KENALKAN SOLID FOOD UNTUK BAYI ANDA

RESEPI UMUR 6 BULAN

Guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy.

Hari 1-3: Air kanji nasi. Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum dalam 4-5 sudu jer. Ini petua
org tua2 nak intro solid kat baby.
Hari 4-7 : Bubur nasi
Hari 8-11 : Bubur nasi + kentang
Hari 12- 15 : Bnasi + carrot
Hari 16-19: Bubur nasi +bayam
Hari 20- 23: Bubur nasi + bilis
Hari 24-27: Bubur nasi+kentang+ carrot
Hari 28-31: Bubur nasi+kentang+carrot+bilis

Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis.

Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok.
Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis.
Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. 
Sumber: Facebook Ibu2 Comel Mengandung 

~ Ada yang mula ngan buah dulu tapi apa2 pun terpulang. Ummi saya dulu lenyek nasi campur sayur guna penafis je.. Saya yang makan lebih banyak dari adik kecik saya..

Monday, October 29, 2012

KISAH PENGORBANAN : ABANG BUAT ADIK

[ Comel giler wall ni.. ]

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas.....
Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku..

Sumber: Facebook

Tuesday, October 23, 2012

Sunnah Meminta Pendapat Anak

COPY PASTE DARI USTAZ HASRIZAL

Buka minda dan pemikiran untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman Ustaz Hasrizal sendiri. Ini juga yang berlaku dalam keluarga saya. Maksudnya Ummi & Abah juga meminta pendapat anak-anak untuk sebarang tindakan.


“Kalau Abi tanya sikit, boleh?” saya memecah sepi di dalam kereta.
“Tanyalah” jawab Saiful Islam.
“Apa tentang Abi yang paling Yop suka?” saya menyoal.
“Hmm…” anak sulung saya mengeluh perlahan.
Lama beliau berfikir.
Sambil memandu, saya memandang di ekor mata memerhatikan gelagatnya.
“Sabar! Yop rasa Abi seorang yang sabar” jawabnya.
“Kenapa agaknya Yop kata Abi sabar?” saya menyoal lagi.
“Bukan senang jadi bapa. Anak-anak buat perangai macam-macam. Tapi Abi sabar” terang beliau.
“Sesekali Abi marah juga. Yop pun pernah kena rotan juga, kan?” saya mahukan kepastian.
“Sesekali tak apalah. Biasalah tu” jawabnya.
Jawapan yang Saiful Islam berikan itu mencetuskan rasa lega sedikit buat diri saya. Sekurang-kurangnya dia faham mujahadah yang saya alami setiap hari untuk berusaha menjadi bapa yang baik. Adakalanya, kita seperti itik yang berenang. Nampak tenang dan damai di permukaan air, sedangkan kaki terkapai-kapai berkayuh di balik pandangan.
“Apa tentang Abi yang paling Yop tak suka?” saya bertanya soalan bahagian kedua.
“Hmm… hmm… hmm…” beliau mengusap-ngusap dagunya gaya berfikir.
“Apabila Abi tanya, maknanya Abi nak dengar jawapan Yop. Abi tak kisah dan tak marah apa-apa pun jawapan yang Yop bagi” saya cuba meyakinkannya.
“Sibuk!” jawab beliau. Sepatah.
Kereta petang itu meluncur di lebuhraya. Saya hening dalam menyambut jawab balas si anak.
“Rasa-rasanya Yop tahu tak kenapa Abi sibuk?” saya bertanya lagi.
“Tahu. Sebab Abi ustaz. Abi kena berdakwah” jawab beliau lagi.
“Selain kena berdakwah, Abi juga kena kerja cari pendapatan. Keperluan kita pun macam-macam, kan?” saya menambah.
“Memanglah. Sekarang ni semua benda mahal. Nak pakai duit” ujar beliau.
Kami hanya berdua di dalam kereta. Naurah tidak bersekolah hari itu. Jika tidak, saya juga mahukan maklum balas si anak dara yang seorang itu.
“Banyaknya Abi tanya. Penat Yop nak fikir jawapan!” kata Saiful Islam.
Memang penat. Mungkin lebih penat daripada saya. Kelasnya bermula jam 8, berakhir jam 5. Sudah seperti orang bekerja pejabat.
“Ok, soalan terakhir. Abi nak kurangkan ceramah dan kerja, Abi cuba. Tetapi apa penyelesaian yang Yop boleh fikirkan?” saya meminta pendapatnya.
“Hmm… bagi Yop ikut Abi pergi mana-mana ceramah yang Abi rasa Yop boleh ikut” cadangnya.
“Ok! Insha Allah! Tapi jangan tertidur pula! Ceramah Abi kadang-kadang membosankan” saya bergurau sambil menyetujui cadangan.
“Yop suka dengar ceramah Abi. Tapi kadang-kadang Yop dah dengar ceramah tu. Yop pun tak tahu kenapa Yop ketawa” tambah beliau.
Tol sudah dibayar, kereta kami sudah masuk ke Bandar Seri Putra. Saya berpuas hati dengan perbualan kami petang itu. Perbualan yang mengingatkan saya kepada sunnah yang diajar oleh Ibrahim ‘alayhi al-Salaam dalam komunikasi baginda bersama anaknya Ismail ’alayhi al-Salaam:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [Al-Saffat 37: 102]
Biar pun perintah menyembelih itu adalah perintah Allah yang pasti ditunai, Ibrahim melakukan sesuatu yang masih penting dalam mendidik Ismail secara efektif.
Ibrahim meminta pendapat anaknya.
Tidak mudah untuk sunnah yang satu ini dilaksanakan.
Tidak biasa.
Tidak punya masa.
Namun ia perlu.
Dan apabila ia diwartakan sebagai keperluan, mahu tidak mahu, kita tiada pilihan beralasan melainkan terus berusaha agar ia dapat dilaksanakan. Tidak biasa kena dibiasakan. Tiada masa, perlu dicari masa.
Demi anak-anak kesayangan.
Demi Tuhan!
TUJUH BUAH FIKIRAN:
  1. Faktor kualiti masa jauh lebih penting berbanding kuantiti masa
  2. Kualiti masa boleh dihasilkan dengan meningkatkan kualiti komunikasi
  3. Meminta pendapat anak berkenaan kualiti kita sebagai ibu bapa adalah sunnah dan salah satu bentuk komunikasi berkualiti
  4. Untuk menjayakannya, langkah pertama adalah pada membina kepercayaan antara kita dengan anak-anak bahawa kita ikhlas bertanya dan tidak meletakkan syarat pada jawapan
  5. Pertanyaan hendaklah diungkai kepada pertanyaan-pertanyaan yang kecil, satu persatu dan tidak bersifat konsepsual yang sukar anak fahami
  6. Berikan peluang untuk anak memikirkan solusi
  7. Ucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada kesudian anak bekerjasama memberikan maklum balas tersebut