Saturday, December 22, 2012

TENTANG BAYI

Assalamualaikum w.b.t.

Bila dalam masuk fasa menjadi seorang Ummi, banyak ilmu yang perlu saya kutip dari pelbagai sumber untuk tahu tentang bayi saya. Memang tak sama bila jaga adik ketika mereka kecil dulu.. Anak sendiri ok!

Sesuatu yang menarik yang saya nak share yang dipetik dari FACEBOOK

[Hari pertama Akhtar melihat dunia]
* Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir. - Ni memang betul.. Ketika mengandung pun baby boleh tendang bila dengar suara kita tapi bila si ayah nak pegang perut, terus diam..

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik. - Ni pun saya perasan bila baby Akhtar asyik nak keluarkan sesuatu dari mulutnya.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir. - Ni pun saya nampak depan mata. Terkejut gak. Memang kagum! Terdetik jap, "Orang putih ke anak aku ni?"

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai. - Ni pun sama.. Lagi2 kalau minta didukung atau dipeluk.. Ummi nak biarkan Akhtar tak manja, lagi mahu dimanja kok!

*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu. - Tapi rasanya beberapa hari lepas lahir Akhtar dah senyum dan gelak.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu. - Sekarang ni, saya nampak macam ada air mata je bila Akhtar nangis.. Alololo.. Cian anak Ummi!

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa. - Mesti mahu hati2 pegang itu anak lor..

* Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut. - Saya terus check kebenarannya.. Ek? Tulang kot yang saya rasa tu.. '-_-

* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya. - Hah, siapa ada terbaca tentang bayi kembar laki perempuan berusia 9 bulan yang boleh berenang dengan jayanya?

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu. - Sungguh indah kejadian Allah.



~ Rindu zaman lalu.. Simpan dalam hati

No comments: