Friday, July 31, 2009

~ A Lesson In Life ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Everything happens for a reason.

Nothing happens by chance or by means of good or bad luck.

Illness, of injury, love, lost moments of true greatness and sheer stupidly all occur to test the limits of your soul, without these small tests, if they be events, illness or relationships, life would be like smoothly paved ,straight, flat, road to now where.

If some one hurts you, betrays you or breaks your heart, forgive them, for they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to who you open your heart to.

If someone loves you, love them back unconditionally, not only because they love you, but because they are teaching you to love and opening your heart and eyes to things you would have never seen or felt without them.

Make everyday count, appreciate every moment and take from it everything that you possibly can, for you may never be able to experience it.

Talk to people you have never talked to before and actually listen. Hold your head up because you have every right to tell yourself you are a great individual and believe in yourself, no one else will believe in you either.

You can make of your life any thing you wish, create your own life and then go out and live it.

None Can Stop You From Living YOur Dream
Just Pray To Allah And Everything Will Turn Easy

May We All Meet In Jannah Inshallah



http://www.islamicpoem.com/?q=node/475

~ YA ALLAH ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة
Ya Allah Your The Greatest
Ya Allah Your The Most Gracious

From You We Were Created
To You We Shall Return

From Our Mothers We Were Raised
To You We Praise

Shatain Keeps Whispering
Telling us To Go Astray

All We Have To Do Is Pray
Five Times A Day

Ya Allah Your The Greatest
Ya Allah Your The Most Gracious

It Doesnt Matter What We Make
Cuz The Angel Of Death Will Come And Take

O'Allah Save Us From The Punishment Of Grave
Yes I Will Fight For My Deen And I'll Be Brave

Quran Is Our Light
So Lets Do Things Right

Mistakes Are There To Be Learnt From
Not To Be Done Over N Over

Ya Allah Your The Greatest
Ya Allah Your The Most Gracious

Ramadan Getting Closer
The Night Of Blessings

Were We Ask For Forgivness
And We Stop All The Rudness

We've Been Guided By Our Prophet Mohammed PBUH
And Its Our Duty To Follow

Lets Raise Our Hands N Ask For Forgiveness
So That One Day We'll Meet At Heavens Gate

People Call Us Terroists
They Call Us Sucide Bombers

But We Aint
Were Soliders Of Allah

Sisters Keep On Ur Hijabs
Don't Be Ashamed

Islam Is A Way Of Life

Ya Allah Your The Greatest
Ya Allah Your The Most Gracious
http://www.islamicpoem.com/?q=node/473

Wednesday, July 29, 2009

.:: Buat Mata Yang Sedang Menangis ::.

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة

Duhai mata yang sedang menangis

Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya "Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah Maryam: 58)



Duhai mata yang sedang menangis...

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsus-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!

Duhai mata yang sedang menangis...
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.

Jika kau lelaki, kenapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.

Jika kau wanita, kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak dari[ada lelaki.

Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.

Duhai mata yang sedang menangis...

Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Lauhkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarakan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa, "Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis keran takut kepada Allah," (Riwayat Ahmad dan al-Nasai)

Oleh: Fatimah Syarha Mohd Nordin

###################################################

Sy penah je melihat lelaki menangis..bagi sy ok pe.xsalah...hargailah apa jua perasaan anda sama ada rasa nk nangis, sedih, sakit, gembira, marah, benci dsb...

Senang kata hargai diri anda, tubuh badan anda....bila dah hargai diri, hargailah juga apa yg ada disekeliling anda...nikmati hidup ini sebaiknya...ambil hikmah di atas setiap kejadian yg berlaku dari sudut positif...setiap hal yg berlaku ada cara penyelesaiannya...

Penah seorang sahabat b'kata "Buat apa hargai perasaan sedih, nangis n marah? Apa kaitan dgn kehidupan kita?".....sy jwp seperti mana yg di atas...sy sedih dgn dia...dia manusia yg perlukan bimbingan....hanya sy seorang diberitahu tentang masalahnya...uhhhhh..bantulah hambamu ini Ya Allah...

Sunday, July 26, 2009

~ SENI MEMPERTAHANKAN DIRI; TAEKWONDO ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة


Sekadar berkongsi maklumat...aku cukup suka taekwondo ni dari sekolah rendah lagi..xtau la nape...tp mmg best...







SEJARAH RINGKAS...


Taekwon-Do ialah "Seni Bertempur menggunakan Tangan dan Kaki " yang terunggul dalam sejarah Korea yang di dokomentasikan tentang teknik mempertahankan diri . Ia diperkenalkan lebih kurang 600 selepas masihi semasa pemerintahan Silla Kingdom di Korea Selatan. Teknik bertempur purba ini dikenali sebagai Soo Bak-Gi.Ianya diikuti oleh Seni bertempur menggunakan kaki yang dikenali sebagai Tae Kwon. Kaedah ini digunakan untuk melatih tentera bagi Dinasti tersebut.






Dalam tahun 1962 Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar sebagai Duta Korea ke Malaysia.Beliau mula memperkenalkan Seni Taekwon-Do ini kepada masyarakat di sini. Pada tahun 1963 Persatuan Taekwon-Do Malaysia pun ditubuhkan. Seni ini diterima dengan baik sehinggakan satu demontrasi di adakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Alhaj.




Akhirnya Seni Taekwon-Do berkembang ke seluruh dunia atas usaha yang gigih Jeneral Choi dan anak-anak buahnya.Jeneral Choi Hong Hi dilatik sebagai Presiden Taekwon-Do Antarabangsa dan kekal sehingga sekarang.Seni Taekwon-Do di anggap sebagai Seni mempertahankan diri kebangsaan bagi negara Korea.





~rindunyer nk sparring~


TALI PINGGANG...MAKNA WARNA TALI PINGGANG PELATIH



PUTIH-Melambangkan bersih dan suci sepertimana pelatih-pelatih baru yang belum mengenali seni Taekwon-Do

KUNING- Melambangkan bumi yang tumbuhannya mula mengeluarkan pucuk dan akar sepertimana asas Taekwon-Do mula berkembang


HIJAU- Melambangkan tumbuhan yang mula membesar sebagaimana kemahiran Taekwon-Do mula dibina


BIRU- Melambangkan surga , ke arah kematangan tumbuhan kepada lebih membesar sebagaimana latihan Taekwon-Do sedang berjalan

MERAH- Melambangkan bahaya, berharap pelatih-pelatih berwaspada dan latihan mengawal dan amaran agar menjauhi daripada musuh.


HITAM- Bertentangan dengan putih, melambangkan kematangan dan berkemahiran Taekwon-Do.





~ni yg dah hebat tau...jgn nk tiru aksi ni..xpasal2, korang sakit lak~


~percaya tak, dulu aku penah wt cam ni?serius tau..~



~markah byk klu kena pale~


~hayyak.....~


nk tau lebih lanjut? klik ini

http://www.geocities.com/must_website/Taekwondo.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Taekwondo
http://en.wikipedia.org/wiki/Hyeong
http://en.wikipedia.org/wiki/Sparring

##########################################################

Cuba bagitau aku...perlu tak, aku sambung taekwondo aku ni??now, aku dah tali pinggang merah...tp masalah nyer, dah lama gak aku tglkn bidang ni since masuk KUIS...last dapat belt merah pn time kt UNISEL BB dl...


TAEKWONDO ni dah lama aku join since darjah 5 ma...kwn2 seguru pn dah byk yg jadi instructor....Sir V. Sundram penah kata, bila awk dah habis belajar taekwondo ni...awk leh jadi guru ngajar budak2 kg awk pula....So cm ne ae? nk sambung ke??


Masa konvo adik aku baru ni pn, terjumpalah si Munzir (kwn seguru gak time kt SAMTTAR dulu)..dia de tnye, sambg lg ke taekwondo? aku jwp x...tp dia kata baik smbg coz aku dah dpt merah...amik hitam pertama sudah la..Si Munzir ni target nk sampai belt hitam ke-4...jeles gak ni...so, should i further it????


.:: Award dari SYAFIE ::.

~ SALAM ~

>letakkan logo award ini di blog anda.

DONE!!


> anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

SAPA2 YANG NK, AMIK LA...FREE..TAPI NK SHARE NGN MY ADIK "PERINDU CINTA ILLAHI" AND MY SIS "SAHABATMUSLEEM"

> pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.

WHO READ OR STOPPING BY AT MY BLOG...U GET IT!!


>berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

GAMSAHAMNIDA PIE...AWK SUNGGUH BAIK ATI, KLU ADA AWARD NK LAGI...

Wednesday, July 22, 2009

.:: KESiBUKaN yang MELANDA tapi AKU HARUS TABAH ::.

~السلآم عليكم ورحمة الله وبركة~

Sekadar coretan biasa tuk melepaskan kerinduan di dalam blog ini..MAAf yg tak terhingga buat sahabat2 yg sudi berkunjung ke blog ini kerna tidak berziarah ke blog kalian..asif jiddan..

Memandangkan dah sem akhir ni, semakin byk masa diluangkan tuk menyiapkan kerja2 yg wajib 'dibelai' terlebih dahulu..huh!!!sangat letih,penat,tension & mcm2 perasaan lg yg sukar diluahkan dgn kata2..tapi xmengapa,itulah harga yg perlu dibayar sbg seorg pelajar & ank harapan keluarga :)

Tahniah juga buat para graduan KUIS yg telah grade pada 18 Julai 2009 lalu.xlupa juga buat insan teristimewa adik ku Sakinah di atas kejayaannya dlm menggenggam segulung diploma..try ur best after this;in bachelor syariah with jurisprudence.we proud of u :)

Last but not least,harapnyer mid term tuk Strategic Management ari jumaat mlm sabtu ni, dpt sy jawap ngn baik...Ameen..Moga2 thesis sy juga dpt disudahkan dgn jayanya..Ameen..(byk lg kerja yg xsudah2 ni..huhu...takutnyer)

Syukran jazilan sekali lagi buat yg sudi dtg n follow blog sy ni..ada masa sy dtg blog korang..maaf juga coz dh lama xpost maklumat terbaru yg boleh dikongsi bersama...de masa nanti, baru saya tampilkan..

Pulang dulu....lalalalalala...

Tuesday, July 14, 2009

~ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku HATI seperti ini...~

~السلآم عليكم ورحمة الله وبركة~

Pesan Imam Ghazali: Carilah hatimu pada 3 tempat.
 

"Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"



#HATI yang SEDAR#

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)

#HATI yang BERSIH#

Firman Allah, maksudnya:" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)


#HATI yang LURUS#


Firman Allah, maksunya : (Mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali'Imran 3:8)




......dan KAU pelihara daripadaku hati ini......




#HATI yang TERHIJAB (TERTUTUP)#




Firman Allah, maksunya: "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (Al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." (Surah al-An'am 6:25)




**JAGALAH HATI BY SNADA**

Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Illahi

Bila hati kian bersih
pikiranpun akan jernih
Semangat hidup nan gigih
Prestasi mudah diraih

Namun bila hati keruh
Batin selalu gemuruh
Seakan di kejar musuh


Saturday, July 11, 2009

~ Eat + Pray + Love ~

السلآم عليكم ورحمة الله وبركة~

3 perkara yang diperlukan...

Sebagai memenuhi keperluan manusia....




# EAT

Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada satu tempat pun yang diisi oleh anak Adam, lebih buruk dari pada perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk menguatkan tulang belakangnya supaya dapat tegak. Apabila ia tidak dapat menghindari, hendaklah sepertiga makanan sahaja, sepertiga lagi minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya.” (HR. Tarmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)


“My experience of life
is through food
entwined and embedded
in my memories”
Makanan or makan
Maksud yang lain
Sangat diperlukan tuk hadiah badan kita
Makan untuk hidup??
Or
Hidup untuk makan??
“I wonder how much more of this life
I could live
without the food
swallowing all of my energy
to grow.”




# PRAY

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram kerana mengingati Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d:28)


Inside…
Your spiritual
Whether you are strong or not…
To face the world..
And
To be good Muslim..
“I pray
That I may receive
Only God's Love,
Which the entire world
Can neither give me
Nor take away from me.”





# LOVE


Rasulullah SAW bersabda:
“ Kasihilah siapa yang dibumi supaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang ada di langit.” (Hr. Tabrani)

Love is not a thing to understand.
Love is not a thing to feel.
Love is not a thing to give and receive.
Love is a thing only to become
And eternally be.






Raga
Banyak hal telah kau lalui
Banyak yang telah terjadi
Dari kanak-kanak, muda, beranjak dewasa

Jiwa
Kau terus mencoba bahagia
Walau kadang kosong menyergap
Dalam detik malam sepi

Ada tempat yang selalu kurindukan
Ada haru dalam pertemuan yang kuimpikan

Aku tahu tempat itu
Rumah warna bata
Ada halaman serta ayunan
Tempat melewatkan sore
Ditingkahi riang suara bocah

Aku tahu pertemuan itu
Saat kita bertemu dan hati pun berpaut satu

Engkau bukan kekasih yang hilang
Kaulah pasangan jiwa yang kan kutemukan







Friday, July 10, 2009

# LUASNYA NERAKA ALLAH #

~السلآم عليكم ورحمة الله وبركة~
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabi'in dan semua umat manusia saudaraku sekalian...
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api neraka-Mu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurga-Mu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke neraka-Mu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yangg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w. : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yang lebih bawah lebih panas)


Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi s.a.w bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanam-Ku itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

#####################################################

Teringat pertanyaan sahabat sy kepada ustaz akidah kami yg lebih kurang begini " Adakah kita semua akan masuk syurga?? "(sambil merujuk apa yg dia baca)..lalu ustaz menjawap " Ya, kita semua akan masuk syurga bg yg beriman dan mengucap LA ILAHA ILLA ALLAH, MUHAMMADUN RASUL ALLAH. Tetapi kita akan di hisab dahulu di atas segala perbuatan kita selama ini. Maksudnya, kita akan ke neraka dulu...baru masuk syurga " Wallahua'lam.

***Ya Allah!! Aku sangat takut..adakah dosa ku diampunkan?? Tak tertanggung rasanya melalui azab-Mu Ya Rabb...

Wednesday, July 8, 2009

SAYANG, ABANG MINTA UNTUK NIKAH SORANG LAGI….

~SALAM ~

Sekadar berkongsi email yg sy dapat dari sahabat sy, elis..
Jom kita baca....


Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang, Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,”Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang buka-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?”

“Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,”

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.


Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Breap, breap... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...


Abang yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abang
lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebihbaik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan abang ini,ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkan abang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan abang. Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang..Tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. Air tangan Aliyah.

Salam sayang,


Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!

################################################

Bersyukurlah dengan apa yang ada...
Madu itu manis
Madu itu racun

Tapi siapa mampu mengharunginya???

.:: M@$@ Yang @D@..::.




MASA ITU EMAS


MASA ITU PEDANG


MASA YANG SELALU MENCEMBURUI KITA...


YANG TAK MUNGKIN KITA PUTAR KEMBALI...


YANG SELALU BERUBAH DAN BERTUKAR...
YANG MEMBUATKAN KITA KERUGIAN...
JADI...


MASA YANG ADA INI...


HARGAINYA SEBAIK MUNGKIN...
KERANA MUNGKIN ESOK YANG TIADA...


KERANA MUNGKIN ESOK CERITA LAIN YANG AKAN BERLAKU...


BERMULA EPISOD BARU...


MENCATAT DIMENSI HIDUP


YANG BAKAL MERUBAH HARI KITA
CERITA KITA
LEBARAN KITA


YANG AKAN DATANG

###############################


MASA YANG MEMBUATKAN....

AKU MENGINGATIMU...
TAK MELUPAKANMU...

MEMORI ITU SANGAT MANIS BUATKU...




Monday, July 6, 2009

~ KET!K@ C!NT@ BERT@SB!H ~




###############################################
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada-Mu


Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit


Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

#################################################

Tuhan mabukkanlah aku
Dengan anggur cinta-Mu
Rantaikanlah kaki seerat-erat
Kurasakanlah seluruh isi diriku
Kecuali cinta-Mu
Hidupkan lagi diriku
Laparku yang membuat maha pada-Mu
Telah membuatku
Berlimpah kurnia..

Saturday, July 4, 2009

<< TAG LAGI....>>


Minggu ni mmg minggu sibuk sy...tersangat busy dgn asemet, thesis n presentation...but, sy dpt harunginya dgn baik...tapi penat xabis lagi nih...so saja nk post pasal tag ni...

Tag ni dapat dari sis julia a.k.a sahabatmusleem...akak2..kt bg dia tag, xmau jawab!!huhu...tp xpe..sy akn jawab tag akk ni...



Rules And Regulation: Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..



~penawar yang berseri~

1. As usual, anak sulong so panggil la kakak…de gak panggil along..tp sepupu n nenek belah abah panggil kakak eyah (xtau nape)

2. Ummi nak anak laki sebenarnya, tp yg lahir p’puan..so perangai ni faham2 la ek! Mcm laki beb! Tapi still maintain cute…

3. Abah kt aku takut ayam! Hahaha..abah just tunjuk pic ank ayam je kat aku tp aku nangis (dlm umo 2 o 3 thn kot)..tp I suka mamam ayam -lol :)

4. Penah gaduh ngn angah time umo 5 o 6 thn, then pak njang bagi aku kt angsa ke itik ntah(lupa)…jerit n nangis kuat2!!

5. Ada lelah….masuk wad lama gak!!memandangkan kami adik beradik lahir setahun sorang, so tuk tak susahkan ummi, angah dok temankan aku kt hospital..tido 1katil..cian angah!time tu mmg leh katakn ktorg ni kembar..

6. Rambut pendek cm laki…tp mmg dah pakai tudung dari kecik..cuma kdg on off jew...

7. Baju angah baju aku gak…ktorg share baju tp aku xsuka pakai baju!rimas!short pants je..

8. Suka peluk bantal busuk & isap botol susu!!

9. Masa dok kt taman, aku ramai geng laki..apalagi ajak angah, main kejar2, masuk hutan,main kt taman permainan n mcm2 lah!! Time masuk hutan tu, selagi xptg, xbalik…so abah tgu ngn rotan o umi pgl balik..

10. Penah kena kejar ngn arwah nenek kwn aku kt taman cz aku, angah n cucu2 dia main sampai xingat dunia. Nenek ni siap kejar kami 1taman bawa rotan..Penah kena kejar gak ngn anjing…LLLLLLLAAAAAAAAAAARRRRRRRIIIIIIII

11. Penah main pisau cukur abah…tgk2 tgn dah luka..hahaha

12. Ummi kt aku suka punggah baju…penat ummi kemas balik..

13. Suka kacau adik aku sampai nangis then pujuk balik n kacau balik…hahaha!! Geram n suka tgk dorg nangis!!!

14. Umo 9 thn dah pandai pegang soleh(baru lahir),tlg ummi mandikan soleh yg lembek n lembut time tu…

15. Dari kecik mmg dah tlg ummi wt keje dapur o pape jelah yg boleh ditolong…aku kn SULONG!!

16. Penah aku pegang soleh n bawa dia kt computer, ntah cm ne, tetiba dia jatuh sampai dahi dia luka n berdarah!!..now de parut kt dahi soleh…SORRY SOLEH!!

17. Selalu kena sebat ngn abah klu xjaga adik ngn elok…xpn klu aku nakal sgt…

18. Suka takutkn makcik2 yg de kt masjid bl dorg pulang dari msjid..dulu umah dekat ngn msjid!

19. Penah tampar dak laki cz ejek atok aku..penah sound n cakap kuat2 kt dak laki yg suka kacau aku n buli adik aku…AKU NI PEMBELA ADIK2…SELALU INGAT PESAN ABAH “JANGAN MULAKAN PERGADUHAN DULU”…sape yg kacau n mula dulu…siap korg!!!

20. Suka main basikal…ronda2 kg..Penah curik buah orang, masuk parit tgkap ikan, main tarzan….

21. Suka curik mkn time puasa, sapu mentega n gula kt roti n mkn kt luar..tp Alhamdulillah darjah 4 mula puasa penuh cz ummi kata sape puasa penah dpt KFC (mkn sorg)

22. Masuk taekwondo darjah 5 n penah ajak kwn gaduh..hehe..1 lagi partner sparring aku dak laki….dia sakit n aku pn sakit…

23. Suka baca buku,main lego n bina objek..aku sgt kreatif…penah baiki tempat vcd sampai OK!

24. Takut momok tp nak tau pe aku buat?? Sebelum tido, aku pk semua jenis hantu yg de dlm dunia or yg penah aku baca or dengar,aku bayangkan…then baca 3 qul n surah dhuha..alhamdulillah…darjah 4 pandai tdo sendiri dlm gelap :)

25. DEGIL, GARANG N BANYAK CAKAP..TP AKU KWN YG BAIK…

~5 orang yang nak di tag adalah POWORKZS, SURAYA, ROSNIZA, LADY ELL & FATIMAH~
##SELAMAT BERCUTI MID SEM BUAT WARGA KUIS. TO MY ALL CLASSMATE, INGAT THESIS AE...SIAPKAN ##

Thursday, July 2, 2009

~ Kau....ADAM ~




Adam,mengertilah...

Hawa bukanlah insan yang kuat..

bukan juga insan yang bisa menahan nafsu..

tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...

tewas dengan godaan syaitan & nafsu sendiri..




Adam,mengertilah...

sungguh, Hawa telah cuba melakukan yang terbaik..

agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...

telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..

Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..

perfume, make up, perhiasan...

telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..

namun mengapa masih Adam tertarik pada Hawa

yang serba kekurangan ini..





Adam,mengertilah...

Hawa ini berjiwa lembut...

sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...

Hawa tau permintaan Adam

tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...

namun, Hawa lemah...

Hawa takut zina hati...





Adam,mengertilah...

setiap kali 'sms' diterima..

Hawa keliru...

ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..

tapi Hawa akur tuntutan sahabat...

Hawa tewas...

Hawa reply juga...

mengenangkan Adam adalah sahabat....





Adam,mengertilah...

setiap layanan yang Hawa beri hanya sekadar membantu..

mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yang dikurniakan buat Adam..

memudahkan perjalanan hidup Adam..

jangan disalah tafsir apa yang Hawa berikan..





Adam,mengertilah...

Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..

namun,bukanlah 'couple' yang Hawa pinta...

tapi cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..

cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..

jangan dipinta apa yang tak mampu Hawa berikan..

kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...



Adam,mengertilah...