Tuesday, November 27, 2012

KELAHIRAN YANG DINANTI - MUHAMMAD AKHTAR KHAWARIZMI BIN MOHD ZAIDI part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Lafaz syukur yang tidak terhingga saya zahirkan atas pengalaman dan kurniaan yang Allah beri buat kami suami isteri. Saya tak tahu nak mula dari mana untuk berkongsi pengalaman yang berharga ini.

Baby dijangka lahir 3 Disember 2012 tapi mengikut kiraan dari scan doktor 22 November 2012. Namun mengikut orang-orang tua yang saya temui, awal dari jangkaan di atas sebab tengok keadaan perut saya yang dah nampak sarat sangat.

Sebenarnya suami nak saya duduk di rumah mak dan abahnya jika suami keluar berkerja. Maklumlah kerja dalam bidang kontraktor ni tidak menentu masa bertemu orang. Adakalanya sampai ke malam saya duduk berseorangan. Tapi saya tetap berdegil untuk tinggal di kediaman kami kerana berasa selesa dan saya tetap tekankan saya tahu jaga diri (padahal tak sedar tu, diri dah tak larat nak bergerak laju). Saya juga maklumkan pada suami tetap nak bekerja selagi belum berasa sakit untuk bersalin.

Ketika di office tempat saya berkerja, Kak Midah dah bagi amaran, " Baby, jangan keluar lagi ye. Nak minta Ummi ko tolong buat kerja lagi, nanti tak terurus Acik Midah kat sini". Akhir-akhir tahun macam ni, baru berlambak job yang kami dapat. Saya hanya gelak suka je.. Tapi dalam hati memang dah terdetik, "Aku mungkin bersalin awal".

Pada cuti Deepavali 13 November 2012, petang tu suami ajak berjalan dan memancing. I follow je. Ni satu lagi habit saya yang suami tak tahu.. Hehehe.. Memang degil betul isterinya ni.. Gara-gara tak nak duduk rumah MIL, saya akan follow ke mana suami ajak berjalan selagi mampu. Lagipun boleh excersice kan? Dapat udara segar juga... Macam boring je lalui rutin yang sama..

Suami saya ni kaki pancing tapi sejak tahu isterinya berbadan dua, dia stop dan bersabar. Namun benteng kesabaran tak kuat, pecah juga. Banyak faktor luar yang mempengaruhi bentengnya pecah tu..Hahaha.. Suami lepas gian di Kolam Sukida, Semenyih. For him, tempat tu heaven dengan view yang cantik dan kenangan bagi dia sewaktu belajar dulu. Saya ikut je la.. Masuk hari tersebut, dah 3x saya ikut suami ke Sukida.

Untuk pengetahuan semua, hari tu juga merupakan hari yang sangat bertuah apabila 2 batang pancing  yang suami letak, asyik mengena dan suami sempat dapat ikan yang menjadi idamannya, Pacu (suami sebut gajah sebab payah nak dinaikkan ke darat). Berat ikan tu dalam 6 kilo.

Dan pada hari itu juga, saya makan dengan sangat berselera apatah lagi saya bawa bekalan speggeti lada hitam laksana berkelah di tepi pantai. Suami pun sempat beli kudapan sebagai iringan. Lahap gak saya makan macam dah tak sempat je nak menunggu hari esok.. Bukan apa, sayang kalau terbazir tak habis.

Lepas dah puas memancing tu, dalam pukul 9 malam kami bertolak balik ke Ampang. Tapi suami ajak makan malam di Restoran Tomyam Antarabangsa, Keramat. Perut saya dah penuh tapi suami paksa gak makan sebab katanya, "Kita tak makan nasi lagi satu hari ni.."

Saya balas, "Nanti gemuk, jangan marah ye.."

Ketika, itu perut dah rasa tak selesa.. Maybe banyak makan kot. Tapi saya biarkan.. Cuma tetap terdetik kata-kata kakak ipar, "Jika dah nak bersalin tu, tandanya yang paling ketara, asyik buang air besar dan sakit perut".

Sampai je kat rumah, sakit perut makin ketara.. Malu nak sebut tapi memang saya buang air besar pun..Sebelum tu sempat saya bagitahu suami ada tanda coklat yang kelihatan tapi suami kata tak ada apa kot. Kita tunggu dulu esok macam mana.

Malam tu juga sempat saya basuh kain dengan menggunakan mesin sebab rimas tengok kain yang ada. Saya jangka mesin berhenti pukul 12.00 tengah malam.

Lanjutan daripada itu, kekerapan untuk buang air semakin tinggi. Suami dah lena dulu sambil mulutnya sempat tanya, "Dinda ok tak?"

12.00 tengah malam, 12.30 malam.. 1.00 pagi..1.30 pagi.. Dari buang air biasa terus jadi ceri beri yang sangat-sangat tak boleh tahan.. Dalam hati memang saya merasakan sesuatu yang akan terjadi.. Tidur saya jadi tak lena dan nak kejut suami pun tak sampai hati.

Hinggalah pukul 2.00 pagi lebih, ceri beri tiada tapi saya nampak sesuatu cuma tak yakin je..Saya cuba rasa celah peha tapi bukan air ketuban dan bila saya lap nampak darah, terus kejut suami..

"Kanda, bangun... Kanda, bangun..", ayat tu je yang mampu saya ucap sebab macam terkejut bercampur nak pitam sebab ada darah.. Suami tak bangun juga..

Tapi bila saya boleh je sebut, "Kanda, darah!". Terus suami bangun terkejut. Dia pulak jadi panik mengalahkan saya.

Sempat saya minta suami tenangkan diri. Saya bersiap seelok mungkin. Ingat nak buat air koko dan telur separuh masak tapi tak terkeluar sebab suami nak cepat takut apa-apa jadi pada saya. Waktu tu saya dah rasa contraction yang pernah dialami ibu-ibu lain. Saya hanya mampu beristighfar dalam hati.

Mujur barang-barang saya dan baby sudah disediakan awal-awal lagi dalam kereta. Buku pink saya pula sentiasa ada di dalam beg tangan.

Alhamdulillah jalan lengang. Pagi-pagi buta mana ada banyak kereta. Suami pun sempat kata, "Akhtar, nasib baik Ummi sakit pagi ni,  kalau pukul 7 pagi, jem jalan ni.."

Tiba di Hospital Ampang dalam pukul 3.00 pagi. Kat hospital ni nak cari parking macam payah sikit. Suami just berhenti depan Dewan Bersalin untuk sementara waktu. Urusan pendaftaran suami yang buat. Kena pergi kaunter nombor 8 bangunan sebelah.

Selain saya, ada 4 pasangan dan keluarga menungu. Ketika menunggu urusan pendaftaran tu, saya terdengar perempuan mengerang kesakitan di bilik dalam Dari ruang menunggu tu, boleh nampak bahagian dalam sebab pintu tidak di tutup.

Nurse tanya, "Keluar darah ke?"

Saya iakan saja. Dan nurse minta saya tukar baju pink yang diberi dan tunggu di katil yang kosong buat sementara waktu. Ketika itu, Nurse yang pertama minta izin untuk ambil darah. Waktu tu urut tak berapa timbul maybe sejuk agaknya. Tapi sebelum tu, nurse tersebut sempat cakap, "Saya try ye". Ayat try tu yang saya tak suka sebab akan ada cucukan susulan. Memang betul!! 5 cucuk saya dapat. Sakit!

4 orang nurse dan seorang doktor yang ambil darah saya di tangan kiri dan kanan. Nurse last yang dapat buat cucukan dengan betul. Nurse yang last ni kata procedure tersebut dibuat untuk memudahkan tiub dimasukkan ketika bersalin nanti. Gara-gara hal ni, saya lambat masuk ke labor room.

Waktu ambil darah tu, wanita di katil sebelah saya menjerit-jerit kata, "Doktor, saya sakit. Tak tahan. Tolong doktor."

Apalagi, doktor perempuan yang ada terus melihat dia tapi malangnya wanita tu kena marah sebab bukaannya kecik 4cm. Tapi jerit macam dah 10 cm. Last-last wanita ni kata, "Saya nak buat czer!!."

~ OK sambung next entry.. lambat post ni pasal ada keje yang perlu dibuat.. Jaga anak... =)



6 comments:

atuk said...

Assalamualaikum BM

Alhamdulillah
Syukur
Tahniah

Nur Afifah Mahmud said...

ehh.entry ney mcm bce buku novel plak. hehe..

Nur Afifah Mahmud said...

ehhh. entry ney dh mcm novel plak. huhu :p

Brilliant Marjan said...

wa'alaikumsalam atuk.terima aksih ye..

Brilliant Marjan said...

pipa >>

ada blog eh? better cerita dri mula supaya senang faham..tu yg nampak cm novel..haha..

Nur Afifah Mahmud said...

hehe. dulu ada la kak. tp sye dh buang. x tau nk update apee. :p . xpe2. suke entry mcm ney. baru ade feel . haha