Sunday, August 21, 2011

SESI MENGECAT

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dah masuk minggu terakhir berpuasa. Time macam ni sudah pasti insan yang hebat menantikan tibanya malam Lailatul Qadar. Rasa tak sabar nak bertemu malam tersebut. Betul tak? Seelok-eloknya bangunkan ahli keluarga untuk mendapat keberkatan bersama. Baru hidup terasa indah. Tidaklah kita seorang je nak rasa manisnya Syurga.

Sebenarnya sejak tamat belajar (rasa nak sambung study cepat-cepat) & sudah memasuki alam pekerjaan dan kebetulan masih tinggal bersama keluarga, banyak masa dihabiskan dengan keluarga. Sana-sini berkepit dengan Ummi & Abah. Maklumlah, saya je yang ada sementara adik-adik lain balik bila hujung minggu.  So, insan yang diharapkan membantu mencantikkan rumah adalah saya.

Alhamdulillah, sekarang ni boleh dikatakan 80% rumah kami ni telah diubahsuai. Semua dah siap dah tapi sisa kayu-kayu,cat, bumbung dan pelbagai jenis khazanah lain masih tidak dibersihkan lagi (syarat yang dibuat adalah orang yang bertanggungjawab ubah suai rumah perlu kemaskan balik barang yang tidak digunakan lagi). Jadi itu yang cacat sikit. Apalah dorang ni. Duit nak tapi janji nak bersihkan rumah tak buat dengan baik. Tiada lori katanya. Pekerjanya pun ada yang dah balik Indonesia pun. Sabar jelah.

Tapi apa yang saya nak kongsi di sini, sesi menghias rumah dan cat bilik. Serius, dengan kudrat seorang perempuan, gigih lah saya dan Ummi susun atur perabot dan lukisan serta ayat Al-Quran. Jika adik ada mereka yang buat tapi masalahnya seperti yang saya maklumkan tadi, saya je yang ada. Bila mood tak best, mulalah saya panas hati sampai teruk paku tu saya kerjakan. Huhuhu.. Tapi tetap gigih buat sebab nak tunggu tak boleh dah. Cuma saya kesian tengok Ummi. Bukan larat pun. Ada juga saya buat sorang-sorang.

Rumah kami ni luas dan tinggi, so carilah idea nak beli apa yang patut untuk bagi nampak cantik walaupun banyak barang-barang lama. Tapi semua masih ok ye. Boleh dibilang berapa kali kami tukar. Semuanya ikut budget dan bersederhana. Namun tahun ni memang banyak berhabis sebab tak lama lagi ada majlis besar. Tapi saya sangat happy bila semuanya siap cantik. Meriah dengan bunga-bunga. =)

Baru tadi saya sudah siap separuh cat dinding bilik. Mulanya rasa ngantok tapi Anjang sungguh-sungguh nak alih almari, terus terbuka mata saya ni. Hah, gigihlah anak perempuan Abah mengecat bilik. Yang saya ni tak padan dengan renek (Anjang suka panggil akak dia macam ni) nak juga jengket-jengket. Hahahaha.. Gelak je kami dari tadi. So, bahagian atas dinding, Anjang yang sudahkan. Hahahahaha..Opps..lupa, masing-masing cat bilik sendiri. Tapi cat macam tak cukup je.. Alah, guna baki-baki cat ruang tamu depan tu..Huhuhu..

Now, nak sambung cat balik.. Nanti saya dah tak ada pembantu..

Alamak! Nak masak apa ye menu berbuka nanti??? Letih kan nak fikir.. Kalau masak untuk seorang, bedal je makan apa tapi ramai mulut ni..Siakap ada...(dah bayang nak masak apa...hehehe)

Ok..tata..

8 comments:

Mieza said...

Adik marjan ibtisam..tqvm sudi follow blog kak mieza..cantik namanya..anak akak pun nama ibtisam..selamat berkenalan dan akak follow juga..selalulah ke blog akk utk mencari resepi :)

nia said...

wah. dah mula mengecat.

Selamat hari raya.

Munif Hijjaz Perfume Putrajaya said...

Rajin sungguh nih..syabas2..

aceDultraman said...

Mujur baca entry nie lepas dah bukak puasa... nama siakap di penghujung entry boleh mengundah gulanakan ati gak tu...

[[ mcm mana crita pasal cat diendingkan dgn kisah ikan.. huhuhuhu ]]

alamak..

Brilliant Marjan said...

kak mieza >>

mutiara senyuman..sy suka cari makna nama yg baik..tp nama ni utk di dlm blog je..moga mutiara yg sy kongsi (walaupun tak banyak) mampu memberi manfaat kepada orang lain =)

~insyaAllah..resepi sedap ni kita kena try..

Brilliant Marjan said...

feza >>

tak banyak mana pun nak di cat..tak larat!huhu..feza tolong boleh? =)

Brilliant Marjan said...

hamboi2 'sis' kumi >>

diam-diam dia follow kita ek..anyway thanks bro..ala, perfume tu bg free kat sy boleh tak??hahaha..(gelak jahat)

Brilliant Marjan said...

aceDultraman >>

ala, perempuan ni kan boleh buat dua benda dlm satu masa..so, masa tgh cat tu terfikir nak masak apa utk berbuka..boleh terima jwpn ni??huhu